Friday, December 30, 2011

Yahudi di Asia Timur


Kaifeng Jews sedang membaca Torah melalui 'Chair Of Moses'

Barangkali tidak ramai yang tahu mengenai kisah ini meskipun terdapat banyak rekod sejarah yang menunjukkan kemasukan bangsa Yahudi ke dalam kelompok masyarakat Asia melalui proses asimilasi. Tetapi ada juga yang sudah lama tahu mengenai perkara ini.

Thursday, December 29, 2011

dulu daim..kini ku li pula ramal BN akan tumbang



"Menjelang PRU 12 lalu, diramalkan oleh Daim, beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembangkang, maka jatuhlah Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Tepat sekali maklumat yang ada dalam tangan Daim ketika itu. Cuma, Perak adalah bonus kepada pembangkang, kerana ianya tidak ada dalam buku catatan harian Daim, juga turut jatuh, walaupun akhirnya UMNO berjaya merampas kembali.

Wednesday, December 28, 2011

Misteri kemunculan semula Razak Baginda terjawab

Kebelakangan ini, beberapa media mula memperkatakan semula tentang Dr Abdul Razak Baginda, yang muncul di tengah-tengah satu kes yang memanaskan politik negara.

Tanpa memberikan sebarang maklumat terperinci, Abdul Razak hanya dikatakan "muncul semula" dalam program dialog dan juga "mula mendekati Islam."

Tuesday, December 27, 2011

Merry Christmas Bukan Hari Kelahiran Jesus Tetapi Hari Memperingati Berhala

Tulisan ini bukanlah untuk mengajak pembaca merayakan perayaan natal (krismas), tetapi untuk memberikan pengetahuan dan fakta di sebalik natal, sebagai umat Islam kita semua meyakini tentang Nabi Isa 'alaihissalam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Umno sebenarnya ancaman kepada orang Melayu


Oleh T UAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

SAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya sethttp://hazrul7.files.wordpress.com/2009/04/dato-nik-abdul-aziz-nik-mat.jpgiap saat.Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal harihari.
Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai.

Tamatkan Riwayat UMNO dalam PRU 13 Untuk Hapus Rasuah



 Setiausaha Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya menyifatkan rasuah negara mesti dibendung dengan menjatuhkan Umno BN dalam Pilihanraya yang akan datang.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas kedudukan ranking Rasuah negara Malaysia yang memalukan seluruh rakyat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menganggotai OIC. Beliau berkata demikian dalam salah satu program anjuran Dewan Ulamak PAS yang diadakan di sini baru-baru ini.

Sunday, December 25, 2011

Negara Berkebajikan mengukuhkan identiti PAS


Nasrudin Hassan at-Tantawi   
1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden Isma berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

Friday, December 23, 2011

BENAR, Wang Zakat Diguna Bayar Kos Guaman Menteri - Audit Negara



Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Thursday, December 22, 2011

Isu agenda Melayu sejak dari dulu sampai sekarang- Melayu tidak kemana juga

Agenda Melayu! Itulah isu yang tidak lekang di mulut pemimpin UMNO sejak tiga dekad dahulu. Semasa perlaksanaan DEB dahulu pun tidak begitu kuat pemimpin-pemimpin UMNO menyebut tentang isu agenda Melayu ini. Sekarang di mana-mana pemimpin-pemimpin terbesar negara bercakap tentang agenda Melayu tetapi Melayu masih dalam keadaan ketinggalan dan kerana itu isu itu masih mahu dihidupkan terutamanya dalam menghadapi PRU yang semakin hari semakin hampir ini.

AMANAT DS ANWAR IBRAHIM - MENJELANG PRU 13

Oleh: Dato Seri Hj. Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.
Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Apabila Agong dan Timbalannya adalah dari negeri PAS


RIBUAN rakyat jelata berbaris di sepanjang jalan dari Istana Anak Bukit hinggalah ke Lapangan Terbang Kepala Batas. Rakyat Kedah sangat bangga untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Tuanku Sultan Kedah yang akan menaiki singgahsana takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong kali yang ke-14 pada usia 84 tahun. 
Kebanggaan rakyat berganda kerana baginda akan ditabalkan buat kali kedua dalam sejarah kehidupannya. Kali pertama baginda memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ialah pada tahun 1970 hingga 1975.
Sebaik kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengambil alih Kedah pada 2008, negeri Jelapang Padi ini meraikan sambutan Jubli Emas pemerintahan baginda.

Najib nafi Shahrizat letak jawatan, maknanya dah tak lama riwayat Shahrizat




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan. Klik disini

Wednesday, December 21, 2011

Umno Tidak Boleh Dipakai Lagi - Bekas Pengarah Pendidikan


Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.

Monday, December 19, 2011

Berkhatan Elak Kanser Serviks


Lelaki bukan Islam digalakkan untuk berkhatan bagi mengelakkan risiko pasangan mereka dijangkiti kanser serviks. Amalan itu terbukti berkesan melalui satu kajian terhadap lelaki Yahudi yang berkhatan.

Sunday, December 18, 2011

Kisah Mualaf Dan Daging Babi

Aliya bersama dengan keluarganya


Pengalaman Dan Coretan Aliya (Mualaf)

"Babi sedapkah?"
"Apa rasanya?"
"Mengapa orang Cina suka makan daging babi?"

Thursday, December 15, 2011

Surat Nabi Muhammad SAW Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

Surat Nabi Muhammad Kepada Paderi St. Catherine’s Monastery

Pada tahun 628 Nabi Muhammad SAW mengeluarkan Piagam Anugerah kepada biarawan St. Catherine Monastery di Mount Sinai.

Tuesday, December 13, 2011

Hikmah di Balik Gerhana, Menurut Pandangan Islam


Gerhana matahari dan gerhana bulan merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh Allah swt untuk memperlihatkan tanda–tanda kebesaranNya. Berlakunya gerhana matahari disebabkan posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalang cahaya matahari sampai ke bumi. Manakala gerhana bulan terjadi apabila keadaan bumi berada di antara matahari dan bulan yang menyebabkan bulan tidak memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Ketakutan Umno terhadap kaum Cina akan menyumbang kpd kejatuhannya


  Harimau tidak akan menukar belangnya. Begitu juga UMNO. Dalam kes ini, pemimpin-pemimpin UMNO pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tidak akan membersihkan semua 'dosa' mereka yang lalu untuk menjadikannya sebuah parti pilihan orang Melayu dan kaum lain dalam pilihan raya umum yang akan datang. Mereka menggunakan AGM bukan untuk bermeditasi atau bersifat introspektif mengenai kelemahan mereka sebagai sebuah parti politik, tetapi memilih untuk menjadikannya sebagai forum politik untuk menjatuhkan Pembangkang.

Friday, December 9, 2011

Wong Fei Hong @ Faisal Hussein Wong


"

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.

Bukti Bergambar Dan Persediaan Menyambut Bencana Yang Dirancang


Keranda di Kem Fema

Perancangan dajjal melalui pengikutnya untuk menakluk dunia baru mereka semakin hampir. Disini saya sertakan bukti bergambar dan video sebagai peringatan bahawa kita sekarang akan menghadapi peperangan sepertimana disebut-sebut dalam hadis, kitab-kitab dan ramalan dari perbagai sumber.

Thursday, December 8, 2011

Kepada yang tidak mengikuti skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).



Di bawah Rancangan Malaysia ke 9 (9MP) pada 2006, NFC disasarkan sebagai ‘Projek berimpak tinggi’ dengan objektif mencapai 40% keperluan daging lembu negara pada 2010. Kerajaan Tun Abdullah Badawi telah menyediakan dana sebanyak RM4.4 bilion untuk memodenkan sektor pertanian dan penternakan di bawah 9MP.

Malaysia Telah Wujud Pada September 1937


Benarkah 'kenyataan' ini?


Projek penjajahan bentuk baru iaitu melalui empayar baru matawang dolar dan tentera Amerika Syarikat (A.S). Projek yang kononnya bertitik tolak dari hasrat murni A.S untuk membebaskan tanah jajahan Inggeris, tetapi dengan niat jahat melalui penjajahan dalam bentuk baru.

Tuesday, December 6, 2011

Shahrizat rebah, siapa Ketua Wanita baru?


SEMEMANGNYA kuasa itu akan korup apabila seseorang memegangnya buat tempoh lama. Itulah yang berlaku terhadap sesiapa pun termasuk golongan wanita.
Memanglah wajar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil marahkan Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamarudin dan Rafizi Ramli; anak muda yang mendedahkan skandal lembu Feedlot. Lewat ucapannya, Shahrizat menyelar Zuraida sebagai biadap sebab menyuruhnya meletak jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Monday, December 5, 2011

Populariti Najib palsu semata-mata



BUKANKAH ganjil bahawa kaji selidik selepas kaji selidik yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan seolah olah Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan bibir merah jambunya yang hanya berjaya memenangi separuh pengundi di Pekan terus kekal popular?

Saturday, December 3, 2011

Benarkah Alam Semesta Ini Berbentuk Trompet?


Sebelum datangnya kiamat, apa yang di lakukan sekarang oleh malaikat Israfil?. Mungkin ada yang terfikir malaikat Israfil itu seperti seorang seniman yang asyik menggilap trompet kecilnya sebelum tampil di atas pentas. Sebenarnya macam mana rupanya terompet itu atau yang juga dikenali sebagai sangkakala malaikat Israfil itu?

Friday, December 2, 2011

Pakatan Rakyat Bakal Tumbangkan Bn di Pahang, Johor dan Melaka!


Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah menjangkahkan Umno- BN bakal hilang penguasaan di tiga negeri dalam pilihan raya https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkO_r0cm6uWqEakpaey7-S0ZR7J3SbWPa8qlmH82T3HMj-fGCk4LTnIqN78G3SGyBnguNwrusdl5yVtgKoh9wbFSe30q5YLkerNOZPdKz9WprpInuAtgPuLomAEPvus_sKQicVLvBw7Z9j/s320/Copy+of+DSC_0097.JPGumum ke-13 (PRU13) akan datang.Bercakap baru-baru ini, Dr Abu Hassan yang juga Pensyarah Pengajian Media di Universiti Malaya (UM) berkata, terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah jatuhnya tiga kerajaan itu ke tangan pembangkang
Pertamanya, peralihan sokongan golongan anak muda bukan Melayu dan kecenderungan golongan ini untuk mendaftar sebagai pengundi dapat dilihat perkembangan ke arah itu, katanya. 

Tuesday, November 29, 2011

Kisah Nabi Musa a.s Dengan Seekor Burung Helang


Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s.

Monday, November 28, 2011

Apa relevennya Teori RAHMAN dengan PM Malaysia?


Ramai pemerhati politik di Malaysia sebelum ini sukar mempercayai berhubung dengan satu teori, iaitu teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin utama politik Negara selepas merdeka.

UMNO Lebih Rela Bergelumang Dengan Najis Lembu Daripada Buang Shahrizat



Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diheret dalam isu salah guna dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN), yang dikendalikan suami dan anaknya, akan tetap bersama perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno.

Sambil menganggap isu berkenaan yang tercetus susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sebagai asam garam dalam kehidupan ahli politik, Ketua Wanita Umno itu, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata ia tidak mengganggu kepemimpinannya dalam pergerakan itu.

BN Hanya Tinggal Pada Nama, Hakikatnya, BN Sudah Tiada


Barisan Nasional sebenarnya telah mati dan hanya tinggal nama yang diusung Umno sebagai modal politik, begitu menurut Timbalan Presiden Azmin Ali dalam sesi temubual khas Fokus Berita malam tadi.

Beliau berkata rakyat Malaysia umumnya sedar parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan kini hanya perkakasan mewarnai teater propaganda Umno.

Penipuan SPR-BN Didedahkan, Kawasan BN Dikecilkan Untuk Tambah Bilangan MP BN



Pesara: Mengapa Pakatan sukar tawan Putrajaya

Seorang pesara menjadi tumpuan pihak pembangkang sewaktu pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya, apabila beliau meminta mereka supaya melupakan sahaja niat untuk menawan Putrajaya di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang.

Dengan berbekalkan cetakan slaid pembentangannya, Ng Chak Ngoon yang menyifatkan dirinya sebagai seorang pesara, membentangkan kepada anggota panel PSC dengan graf yang menunjukkan 222 garisan, dengan setiap satu lebih tinggi daripada yang lain.

Saturday, November 26, 2011

Kisah di sebalik NFC


Ol eh Nawawi Mohamad

Ketua Audit Negara Ambrin Buang berkata pengendali utama kementerian pada awalnya, Lamberts Agricultural Trade (M) Sdn Bhd (LAT) telah menarik diri dari projek ini, satu langkah yang menyumbang kepada prestasi hambar NFC yang gagal untuk melatih 130 petani bagi projek tersebut.

Friday, November 25, 2011

Apa Kata Mereka Mengenai Islam


William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan "Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan.

Malaysia Kalah Teruk Dengan Indonesia


"Indonesia mungkin tidak mendapat perhatian seperti yang banyak diterima dari dunia seperti China dan India, tetapi tiap-tiap pakar perniagaan dan ekonomi menyedari potensi ekonomi Indonesia akan menjadi ekonomi terbesar di Dunia!

Thursday, November 24, 2011

Penemuan Kota Kaum A'ad Membuktikan Mukjizat Al-Quran


Kota Iram yang dirakam setelit NASA

Satu ketika dahulu, ramai yang ragu-ragu tentang kewujudan kaum A’ad seperti yang termaktub dalam al-Quran. Ketika ayat mengenai kehancuran kaum A’ad diturunkan, ramai terkejut dengan kedashyatan azab Allah terhadap kaum nabi Hud as tersebut. Namun, rata-rata umat Islam ketika itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kaum yang disebut Allah swt sebagai kaum A’ad tersebut.

Wednesday, November 23, 2011

Wang Kertas : Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia


"Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas, orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.

Tuesday, November 22, 2011

Anda Tidur 'Berteman' Siapa ??

posted by Al Baith

Sedarkah kita bahawa wujudnya ekosistem lain di tempat tidur ?? Mungkin kita tidak menghirau atau menyedarinya, namun , percayalah sebenarnya ada ribuan bakteria, kutu, mikroskopik, kulat malah kuman yang sering menjadi teman setia kita di tempat tidur selama ini !!!

"Menteri-menteri Lembu" Patut Letak Jawatan


Projek lembu: NGO pula cabar Shahrizat berundur

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.

Sunday, November 20, 2011

Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains



Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Loceng Amaran Kepada Malaysia: Arroyo Ditangkap Kerana Menipu Dalam Pilihanraya


Manila - Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.

Gambar: ARROYO duduk di atas kerusi roda semasa beliau dilarang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila pada Selasa lalu.

Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut.

Thursday, November 17, 2011

Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?


Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Tuesday, November 15, 2011

Raja-Raja Melayu harus mencontohi Sultan Kelantan

Dirgahayu Tuanku

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, 11 November lepas.

Ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan pada kali ini disambut dalam keadaan yang agak berbeza. Tiada pintu gerbang berwarna warni di setiap daerah. Tiada program kebudayaan yang diatur.

Sultan Kedah Kecewa Hospital Pendang Dan Bandar Baharu Belum Dibina


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa kerana rancangan untuk membina hospital bagi daerah Pendang dan Bandar Baharu belum dilaksanakan.
"Rakyat beta di daerah tersebut menghadapi kesukaran kerana perlu banyak bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan di hospital di luar daerah tersebut," titah baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di sini hari ini.

Kes Feedlot-Kondo Hanya Disiasat Apabila Pakatan Rakyat Berkuasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kes projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MAS-AirAsia: MP Umno dakwa Azman, Tony tipu rakyat



“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada  penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.

Monday, November 14, 2011

Diet Yang Memanjangkan Umur DiTemui



"Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya?

Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.

Saturday, November 12, 2011

Hospital di Johor hebat, canggih, WOW Rakyat Didahulukan


"Aduan Rakyat 11 Nov 2011 - Pada 29hb Oktober 2011 jam 7.30mlm saya bersama isteri saya yang masih dalam pantang telah membawa bayi saya yang berumur 2 hari ke hospital HSI Johor Bahru dibahagian Kecemasan kerana Jaundis ( Sakit Kuning), setelah mendaftar, 1/2 jam kemudian iaitu jam 8.00mlm bayi kami telah di ambil darah oleh pegawai perubatan untuk di uji

Kami di suruh menunggu sehingga di panggil semula, setelah 2 jam 45 minit menunggu iaitu jam 10.45 mlm akhirnya keputusan darah menunjukkan anak kami dalam keadaan yang hampir kritikal, pegawai yang bertugas adalah seorang doktor yang agak muda

Friday, November 11, 2011

11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun Ini

 Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

Thursday, November 10, 2011

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?


Penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa sedang dijalankan

Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.

K'jaan Selangor Akan Beri Bayaran Kepada Mereka Yang Lapor Rasuah


Orang ramai yang melaporkan rasuah bakal menerima hadiah di bawah satu geran RM15 juta yang akan dilaksanakan di bawah bajet Kerajaan Selangor 2012.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu merupakan duit yang dahulunya hilang akibat rasuah dan ianya kini digunakan bagi melaksanakan program pembasmian rasuah yang lebih berkesan dan sistematik.

Najib Sedang Menuju Jalan Mati Dan Pilihan Terbaik Baginya Ialah Berundur

Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan perdana menteri memasuki pasaran.

5 Ahli Parlimen Umno Dijangka Bakal Lompat Parti


Oleh: siasahkini


Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.
Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.

Wednesday, November 9, 2011

Pirates Of The Caribbean : Watak Hector Barbossa Diilhamkan Dari Tokoh Islam


Hector Barbossa

Apabila
 disebut Barbossa, saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean. Namun tahukah kita, sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali. Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

80,000 Warga Moscow Berjemaah Menyambut Aidiladha



Beribu-ribu umat Islam merapatkan bahu sesama bahu dalam menunaikan Solat Aidiladha dalam kedinginan bandaraya Moscow, Russia.

Jangan Henti Hambat Menteri Projek Lembu Sampai Masuk Kandang



Kerajaan Persekutuan digesa menjelaskan dakwaan penyelewengan wang rakyat di dalam Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diusahakan keluarga menteri dan sehingga kini sudah menelan belanja RM250 juta.

Tuesday, November 8, 2011

Apabila Adanya Manusia Tidak Yakin Dengan Kekuasaan Allah Ketika Di Tanah Suci..



Oleh: Tok Janggut
Mekah adalah Tanah Suci yang dijamin keselamatan oleh Allah ke atas semua manusia yang berada di sana walaupun berlaku kecurian samada wang ringgit dan lain-lainya tetapi itu adalah merupakan perkara terpencil dan berlaku secara sembunyi-sembunyi oleh pihak yang melakukanya kerana mereka tahun akan hukuman yang bakal diterima jika dapat ditangkap oleh pihak berkuasa di sana.

Monday, November 7, 2011

Kuman Anjing Dan Kucing


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Saturday, November 5, 2011

Perjuangan Umno sangat sesat


 Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Friday, November 4, 2011

komen TG nik aziz tentang homoseksual

Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
1. Saya amat terkejut dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka yang sedang dirancang oleh beberapa NGO dan individu sebagaimana yang sedang diiklankan melalui laman web http://seksualitimerdeka.org.
2. Jika program tersebut benar-benar bermatlamatkan untuk mengiktiraf hak sesetengah pihak yang mempunyai kecenderungan seks yang songsang termasuklah golongan gay dan lesbian, ia perlu dicegah dan ditentang.  Ini merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseks.

Coretan Panjang Mengenai PengIslaman Anelka

Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Wednesday, November 2, 2011

10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu


Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya.

Saturday, October 29, 2011

Surat bekas ketua jabatan siasatan jenayah Bukit Aman kpd PM



"Mat Zain bin Ibrahim,
20hb.Oktober 2011

Kepada,


YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.

Assalamualaikum wbt.

Yang Amat Berhormat Dato Seri,

RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI.

1. Kerbau dipegang pada talinya,Manusia dipegang pada janjinya.Rakyat pula memegang Perdana Menteri pada segala kata-katanya.Jujur dan ikhlas atau tidak, seorang PM, akan diukur dari sejauh mana beliau menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan.

Wednesday, October 26, 2011

Najib bubar parlimen

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1 Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember (Sabtu) sebagai hari mengundi.

Monday, October 24, 2011

Isu Raja: Siapa lebih derhaka



Jangan sesekali mudah percaya UMNO bila mereka mula bercakap soal institusi Raja di Malaysia. Begitu juga, jangan kita terpedaya dengan Mahathir Mohamad bila dia membuka mulut tentang isu Raja.
Mantan Perdana Menteri itu menempelak Prof Aziz Bari sebagai ‘kurang ajar’ atau kasar bila pensyarah undang-undang itu menyatakan buah fikirannya yang institusi Raja tidak boleh lari dari kritikan. Mahathir bercakap seolah-olah terlupa akan sejarah diri sendiri yang pernah mengherdik, menghina Institutsi Raja sewaktu memerintah.

Sunday, October 23, 2011

Berakhirnya Gaddafi satu teladan buat Najib, Dr. M dan para pembesar UMNO




Satu lagi hayat seorang tirani asal Timur Tengah melayang terbang. Sebuah jilid sejarah dunia telah ditamatkan, dan adalah satu teladan yang patut diambil kira oleh tirani asal negara Malaysia untuk benar-benar mengerti apa yang tidak boleh diketepikan lagi di dalam dunia sekarang – perubahan, demokrasi dan kuasa rakyat.
Muammar Gaddafi, atas semua kata-kata semangat dan hasrat untuk ‘terus melawan’ muncul merayu; jika laporan yang memetik beliau sebagai berkata “jangan tembak!, jangan tembak!” lalu diheret keluar dari tempat persembunyiannya di daerah Sirte, oleh pejuang-pejuang National Transitional Council (NTC).

Thursday, October 20, 2011

Akhir Zaman : Padang Pasir Akan Disuburkan Dan Ditanam Dengan Tanam-Tanaman


Rasulullah berkata, mafhumnya: 
Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.
Benar atau tidak?
Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

Beribadat 500 Tahun Tidak Menjanjikan Syurga



Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya, "Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar, panjang bukit itu 30 puluh hasta dan lebarnya 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru".

Tuesday, October 18, 2011

Semuanya Bergerak Mengikut Arah Lawan Jam


Di dalam dunia ni, hanya jam sahaja yang berputar mengikut arah jam. Selain daripada jam, semuanya bergerak mengikut arah lawan jam. Pergerakan ini melibatkan sekecil-kecil perkara seperti ion dan sebesar-besar objek seperti galaxy yang terbentang luas. Cuba kita imbas kembali, setiap kali kita mengacau minuman atau memasak di dapur, kita akan mengacau mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam?

Najib, Rosmah dan hakim: Tidak relevan atau alat BN?



Oleh Malaysia Chronicle
Ada sebab penting kenapa Anwar Ibrahim mahukan hakim Kes Liwat II diketepikan. Hakim itu terlhttp://politikharian.com/wp-content/uploads/2011/02/anwar_ibrahim.jpgalu mentah dan masih belajar menangani kes penting seperti kes Liwat II itu. Apa yang penting, beliau yang diserap ke dalam sistem melalui saluran Eksekutif kerajaan, adalah satu yang memalukan.
Ini juga boleh dikatakan pada keputusan mahkamah yang membenarkan permintaan Najib dan Rosmah untuk tidak hadir ke mahkamah sebagai saksi diterima. Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai pengolahan kuasa semata-mata.

Monday, October 17, 2011

Keistimewaan Pengebumian Umat Islam


Kesederhanaan yang memberikan keindahan

“Kamu tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena sediakan lebih kurang RM20 ribu tau” seorang sahabat saya membuka perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman perumahan kami.

Saturday, October 15, 2011

Sejarah Yang Digelapkan : Islam Di Benua Amerika


Sejarah mereka telah digelapkan

Jika
 anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.

Friday, October 14, 2011

Saintis Barat Akui Matahari Akan Terbit Dari Barat


AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Thursday, October 13, 2011

Kanak-Kanak Yang Dapat Melihat Malaikat

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs313.ash1/27796_392426223325_592438325_3901197_8200273_n.jpg
Foto hanya hiasan sahaja. Peristiwa ini berlaku di timur tengah tiada kaitan dengan gambar yang dipaparkan. Cuma peristiwa benar-benar berlaku kepada keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Islam.

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat


Ingatlah, bahawa semua makhluk Allah sentiasa berzikir memuji kebesaran Allah

Wednesday, October 12, 2011

Tidak salah kritik Raja-raja

Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

HUDUD. antara malaysia dan brunei

Di negara kita apabila Pas hendak laksanakan hudud ada dua golongan yang menentang, satu adalah orang yang mengaku islam dan satu lagi orang bukan islam. Yang bukan islam menentang memang mudah diterima kerana pemahaman yang kurang tentang agama islam, tapi yang peliknya apabila orang yang mengaku islam pun menentang juga. Tidakkah mereka sedar perbuatan menolak hukum dan perintah allah itu boleh menyebabkan akidah dan iman kita rosak...bahasa mudahnya murtad. Kita tidak boleh ambil separuh dan buang separuh kandungan dan perintah yang terdapat didalam al-quran. Apa lagi alasan yang ada untuk tidak melaksanakan HUDUD dinegara kita.....tidak sesuai kerana negara kita mempunyai masyarakat majmuk....sebenarnya alasan itu mempertikaikan kekuasaan allah taala.

Monday, October 10, 2011

Peter Casey Tidak Malu Menunaikan Solat di Starbucks


Peter Casey tidak kekok solat di tempat awam

Peter Casey atau Abdul Malik, berlatar belakangkan seorang Yahudi-Kristian. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini berakhir kepada agama Islam. Seawal usia 15 tahun, pemuda lulusan Queens College ini memutuskan untuk bersyahadat dua kalimah syahadah.

Najib Hina Petani Dan Nelayan - Anggap Ia Kelas Rendah



Perdana Menteri hari ini memberitahu ahli penyokong BN hari ini bahawa pilihan raya umum ke 13 sangat dekat.

Berucap di majlis penerangan perdana BN Wilayah Persekutuan di PWTC, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata “gendang pilihan raya sudah dipalu dan gemanya semakin dirasai”

Sunday, October 9, 2011

Bajet Morfin One-off


Oleh: ruhan

"Pakatan telah mengemukakan bajet alternatif mereka lebih awal daripada UMNO/APCO-BN. Pakatan memperuntukkan sebanyak RM220 bilion. UMNO/APCO-BN memperuntukkan sebanyak 232.8 bilion. Dr. M kata bajet Pakatan tidak realistik. Anwar kata bajet UMNO/APCO-BN tidak realistik. Reaksi yang diberi oleh Najib terhadap komen tersebut menampakkan sikap bongkaknya kerana menganggap Pakatan mati akal untuk menyerangnya. Dia menganggap dirinya terlalu hebat. Yang sudah bertalu-talu dikomen dan dihentam setakat ini dia tak baca ke? Tinggi sangatkah darjah ujub dalam kalangan pemimpin UMNO/APCO-BN? Itu belum lagi serangan di Dewan Rakyat nanti.  Rugikah kalau merendah diri? Tambah memalukan ialah UMNO/APCO-BN menciplak banyak benda dari Pakatan demi menunjukkan bajet mereka lebih baik daripada Pakatan.

Saturday, October 8, 2011

Jika Bukan Islam Tolak Hudud, Orang Islam Juga Patut Tolak Undang-Undang Reid



Apabila MCA, DAP dan Gerakan termasuk UMNO menolak hukum hudud yangmana undang-undang tersebut adalah milik orang Islam yang beriman dengan Allah Rasul, maka sebagai kontranya orang Islam juga boleh menyatakan bahawa kita juga menolak undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dulu kerana ianya tidak ada mengena dengan kita sebagai orang Islam bahkan tidak ada kena mengena dengan rakyat negara ini.

Parlimen Bubar Isnin Ini??



Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan.

Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu.

Friday, October 7, 2011

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI


Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan, dan tolong tag rakan2 lain, saya x sempat nak tag:
oleh Hawa Lawa pada pada 16hb Ogos 2011 pukul 1.38 ptg
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

Search This Blog