Friday, April 30, 2010

MCA didesak keluar BN

Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak MCA keluar dari Barisan Nasional (BN) daripada terus menuding jari di atas kegagalan mendapatkan sokongan pengundi Cina di pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Ahmad Tajuddin mendakwa kegagalan MCA meraih sokongan pengundi Cina tidak hanya di Hulu Selangor tetapi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu juga keadaan sama berlaku.

Menurutnya, pilihan terbaik kepada MCA adalah menarik diri sebagai parti komponen supaya tidak terus membebankan BN dengan kegagalan meraih kepercayaan pengundi Cina.

“Keluarlah dari BN untuk elak daripada terus membebankan parti komponen lain. Jangan menuding jari kepada sesiapa berikutan kegagalan kita sendiri. Sepatutnya mereka mengakui kesilapan bukan menuduh orang lain sebagai penyebab.

“MCA perlu mengaku bahawa mereka tidak lagi diberi kepercayaan daripada kaum Cina. Ia bukan berlaku pada pilihan raya kecil tetapi pada PRU 2008 lalu juga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan MCA menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menjadi penyebab kekurangan undi masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Parlimen Hulu Selangor.

“Dakwaan MCA sekadar untuk menutup kegagalan mereka meraih sokongan masyarakat Cina. Pada saya ia tindakan yang tidak bertanggungjawab. MCA gagal meyakinkan masyarakat Cina supaya menyokong calon BN daripada MIC di Hulu Selangor.

“Jika UMNO mampu meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong calon MIC, mengapa MCA tidak boleh?. Jangan mencipta alasan yang tidak bijak untuk menutup salah,” katanya.

Sesiapa Tak Setuju Dengan Hukum Dan Syariat Allah Sila Keluar Dari Bumi Allah

Oleh: Tok Janggut

Penulis setuju dengan titah Sultan Selangor bahawa sesiapa yang tak setuju dengan undang-undang Negeri Selangor, jangan datang ke Selangor. TAPI persoalanya ialah, undang-undang yang bagaimana? Adakah yang hanya berkait kononya "tidak boleh guna masjid untuk cakap politik saja?" Bagaimana jika yang datang ke Selangor untuk berzina, minum arak, berjudi, makan rasuah, tipu harta rakyat dan berbagai lagi itu dibolehkan?

Ingatlah, ini bumi dan seisinya kepunyaan Allah, milik Allah dan hak Allah yang mutlak. Allah telah berfirman dalam kitabnya yang suci, bahawa barangsiapa yang tidak mahu tunduk, tidak mahu akur dan cuba mengambilalih kuasa dan hak Allah, sila keluar dari bumi Allah ini dan rekaciptalah satu bumi lain mengikut kehendak kamu, dan disana kamu boleh berseronok sakan tanpa siapa boleh larang, mampukah?

Adalah suatu yang mengaibkan dan menghinakan apabila hukuman yang berkaitan dengan hak Allah seperti minum arak diambilalih oleh manusia yang juga peminum arak. Kini sesiapun sudah boleh minum arak, nak berzina, nak berjudi, nak membunuh secara terang-terangan kerana mahkamah tidak boleh buat apa. Si pesalah boleh mengadap Sultan untuk memohon ampun dari dikenakan tindakan undang-undang. Kenyataan Menteri Agama dan beberapa orang pemimpin UMNO/APCO bahawa sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan keputusan Sultan seolah memberi amaran dan menghina bukan saja kepada rakyat bahkan seolah-olah ditujukan kepada Allah dan Rasul juga. Atau dengan kata lain "Allah dan Rasul jangan nak pertikai keputusan Sultan mengampunkan peminum arak itu, itu hak dan kuasa Sultan", lebihkurang begitulah. Kenyataan Mufti Perak pula seolah-olah bersetuju dengan keputusan Sultan itu dengan memberi alasan bahawa enam rotan bukanya hukum hudud.

Sepatutnya beliau menasihatkan Sultan yang kononya Ketua Agama supaya meminta Mahkamah Syariah menghukum dengan 80 rotan seperti yang diperintah oleh Allah, bukanya bersetuju hukuman 6 rotan dibatalkan dengan alasan enam rotan bukanya termasuk dalam hudud.

Mudah sungguh si Mufti ni mencari alasan untuk melarikan diri semata-mata kerana takut dengan Sultan lebih dari takutkan Allah.

Jadi sekiranya perintah Sultan mengatasi segala-galanya, yang wajib dipatuhi, mesti ikut, tak boleh bantah dan derhaka sehinggakan mengatasi taat dan patuh pada perintah Allah dan Rasul, maka elok sajalah pada sesiapa yang hidupnya bergelumang dengan maksiat, kezaliman, penindasan, penipuan dan berbagai kemungkaran lagi, keluar saja dari bumi ALLAH ini dengan segera. Kerana dengan ketiadaan golongan sebegini, barulah orang yang beriman hidup aman dan tenteram.

Jika ada golongan sesat mencadangkan agar di tarik taraf kerakyatan pada sesiapa yang derhaka pada Sultan, maka elok jugalah ditarik taraf "manusia nya" dari golongan yang derhaka pada Allah dan Rasul, samada keluar dari bumi Allah atau berdoa pada Allah supaya ditukar atau dijadikan setaraf dengan makhluk di rimba atau di zoo.

Amaran Allah bahawa Yahudi adalah bangsa yang dilaknat, yang jahat dan penipu, tiba-tiba UMNO pula berkawan dan menjemput mereka datang ke Malaysia bahkan turut mempromosi Negara Yahudi itu di MITI. Kini UMNO adalah sebahagian dari Yahudi. UMNO juga adalah cawangan Yahudi di Malaysia. Insyaallah, di akhirat kelak puak UMNO akan Allah bangkitkan dan dikumpulkan bersama puak Yahudi ini dan dicampakan ke dalam neraka yang sama dengan Yahudi kerana sebagai balasan berkawan dan berbaik-baik dengan Yahudi semasa di dunia sehinggkan sanggup menghina dan mengenepikan syariat Allah dan menghina ulama semata-mata untuk menjaga hati Yahudi dan berlutut dengan Yahudi.

Kita lihat saja strategi UMNO di setiap kempen pilihanraya samada PRU atau PRK. Apa yang dilakukan oleh UMNO tak ubah seperti apa yang dilakukan oleh Dajjal dan Yahudi. Rasuah, ugutan, keganasan, penipuan dan provokasi mereka tidak ada bezanya dengan perangai Yahudi setiap kali berdepan dengan umat Islam di seluruh dunia.

Inikah golongan yang dipertahankan dan di bela oleh Sultan dan Mufti serta orang Melayu yang bermaruah dan beragama? Patutlah ramai umat islam jahil dan menentang syariat Allah yang berkait dengan hudud, qisas dan sebagainya kerana perkara ini termasuk dalam bab politik (pemerintahan) dan perkara ini jugalah yang menjadi larangan kuat UMNO dari disampaikan di dalam masjid dan surau. Jika mereka tidak mampu menghalangnya (negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat), UMNO akan menggunakan istana untuk menghalangnya. Tetapi jika nak berjudi, nak minum arak, nak berzina, makan rasuah, nak menipu atau nak hina syariat Allah dan Sunnah nabi, UMNO tak peduli, buatlah, asalkan kamu sokong UMNO/APCO. Inilah antara kejayaan Yahudi sejak berkawan dengan UMNO. Berbanggalah wahai Mufti dan orang Melayu dengan UMNO/APCO

Umno cuba heret istana untuk runtuhkan kerajaan PR


baru-baru ini Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.

Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung) .

Keadaan itu tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh Umno terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti Umno -Harusani Zakaria.

Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak).

TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid.

Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala Umno yang mewarisi sekular menolak politik Islam.

TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian.

Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah politik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan.

Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor.

Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi Umno menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana.

PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana.

Sasaran kerja Umno adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru.... Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya.

Thursday, April 29, 2010

Pakatan Tidak Kalah Atau 1Malaysia Yang Menang?

DENGAN corak kempen yang hebat dan agresif dipamirkan jentera serta pemimpin BN semua peringkat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor lalu, tidak hairanlah mereka mengecap kejayaan. Namun, majoriti 1,725 yang diraih calon BN tidak boleh dianggap peratusan yang membanggakan dibandingkan dengan kerjakeras dan usaha gigih serta perbelanjaan besar yang sudah dicurahkan dalam kempen itu

Sepatutnya jumlah majoriti melebihi angka 5000 atau lebih lagi barulah dikira setimpal dengan kerja keras mereka. Ini diakui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjangka sebelum keputusan diumumkan bahawa BN boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 6000 undi.

Kemenangan majoriti undi BN berpunca dari undi orang Melayu di kawasan kampung, felda dan felcra yang jelas memihak kerajaan. Undi mereka inilah yang memberi kelebihan kepada calon BN, P. Kamalanathan di samping peratusan jumlah undi kaum India yang juga sudah beralih arah kepada BN. Orang Cina masih kekal dengan Pakatan. Cuma sekitar 30 perataus undi saja memilih calon BN selebihnya 70 peratus memihak calon Pakatan, Datuk Zaid Ibrahim sebagai tanda protes mereka kepada dasar BN yang dianggap tidak pernah menyebelah dan tidak adil kepada kaum mereka. Peralihan (swing) pengundian segelintir orang Melayu dan kaum India kepada BN didakwa kerana mendapat peruntukan dan habuan yang lumayan serta janji-janji projek pembangunan yang menguntungkan mereka. Majoriti mereka seolah-olah sudah tertarik dan menerima gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu idea yang memberi banyak kelebihan kerana menunaikan hasrat dan kehendak mereka.

Dalam hubungan ini, Najib dikatakan berjaya memikat hati rakyat terutama gulungan sederhana dan bawahan sekaligus meraih undi mereka. BN melakukan apa saja yang termampu asalkan kehendak asas mereka seperti sekolah, tanah dan bantuan umum termasuk memberi peruntukan berjuta kepada peneroka felda dan felcra yang mereka sendiri tidak duga. Berita terakhir, kaum Cina juga ditunaikan permintaan sebanyak 3 juta seperti yang dijanji bagi membina baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) walaupun mereka tidak mengundi BN.

Selepas menang, PM Najib berjanji akan terus menunaikan semua janji yang dibuat BN dalam kempen pilihan raya kecil itu bagi memenuhi kehendak rakyat dan memastikan semua mendapat menafaat tidak kira kaum sesuai dengan gagasan 1Malaysianya. BN menang kerana rakyat mendapat apa yang dihajat dan Najib sudah melaksanakan (deliver) permintaan mereka semasa berkempen yang membuat mereka merasa termakan budi dan seolah-olah tiada pilihan melainkan memangkah BN. Episod ini disebut membeli undi untuk meraih kemenangan yang dibantah oleh Pakatan dan sudah dipertikai Zaid dengan membawa kes itu ke mahkamah atas dakwaan kemenangan BN kerana menabur habuan dan peruntukan serta projek pembangunan bagi meraih undi rakyat.

Kenapa pelbagai bantuan dan peruntukan dicurahkan kepada rakyat di kawasan itu semasa kempen pilihanraya dan tidak waktu sebelumnya? Kenapa rakyat dibelai, didekati dan diberi semua apa yang diminta (termasuk apa yang tidak diminta) padahal peruntukan dan bantuan itu kelihatan terlalu lumayan dan sepatutnya boleh diagihkan ke tampat lain yang lebih memerlukan? Bagi BN dan Najib yang penting adalah kemenangan dan kemenangan adalah kritikal dan amat diperlukan bagi memastikan kawasan itu jatuh ke tangan BN. Kejayaan BN bermakna referendum kepada beliau dan petunjuk awal bagi menjayakan cita-cita besarnya untuk menawan Selangor dari tangan Pakatan. Kejayaan BN sudah dikaitkan dengan gagasan 1Malaysia Najib yang membela hak semua kaum dalam semua bidang yang membuat majoriti rakyat beralih mengundi BN. Pakatan pula dalam kempennya lebih banyak mempersoal dan mempertikai dasar BN yang didakwa menyeleweng tanpa memberi alternatif kepada agenda pembangunan ekonomi rakyat yang sepatutnya diberi perhatian.

Sepatutnya Pakatan menonjolkan gagasan baru yang boleh memikat hati rakyat seperti gagasan 1Malayasia dalam bentuk lain yang berbeza tetapi lebih bermakna dan berkesan. PAS For All itu baik dan seharusnya dikembangkan kepada gagasan sebenar Pakatan yang membawa maksud rakyat semua kaum tidak kira agama dan fahaman politik diberi perhatian dalam semua aspek kehidupan hidup mereka terutama dalam soal ekonomi dan pekerjaan.

Kajian mendalam dalam soal ini mungkin perlu dipertimbangkan jika Pakatan ingin membaiki diri dan mahu rakyat dan penyokong mereka mendapat pembelaan sewajarnya dari perjuangan sebenar mereka. Rakyat kini lebih cerdik, kritis dan mengerti apa yang menjadi keutamaan mereka dan pemimpin Pakatan harus sedar soal ini dengan mengurangkan politiking dalaman yang mempamirkan imej buruk mereka. Mereka seharusnya lebih menumpukan usaha sepenuh perhatian kepada agenda membela rakyat jika mahu memenangi hati mereka.

Persepakatan tiga parti itu seharusnya lebih telus dan mengelak dari banyak pertikaian sama sendiri yang tidak perlu bagi memberi gambaran positif kepada rakyat tentang kewujudan mereka untuk membela kehidupan rakyat khususnya gulungan bawahan. Persefahaman pemimpin sepatutnya bukan bersifat kosmetk dan berada di permukaan saja, tetapi seharusnya meresap masuk dalam jiwa dan hatinurani sebenar dengan memahami ideologi serta dasar perjuangan masing-masing parti secara jujur dan jelas.

Walaupun konsep ini sudah dipertikai oleh Pakatan sebagai dasar yang diceduk dari Israel, namun pengundi kampong dan pendalaman yang kurang berpendidikan tidak nampak faktor itu sebagai penghalang untuk mereka terpikat kepada konsep 1Malalysia. Mereka melihat gagasan itu memberi keadilan kepada mereka di mana hak semua dijamin dan peluang untuk kejayaan bersama. Tidak ada yang tidak terbela jika mereka memerlukan petolongan atau layak dibantu seperti yang sudah berlaku. Kaum Cina tidak tertarik dengan idea itu kerana mereka tidak memerlukan bantuan kerajaan dan sudaah boleh hidup sendoiri selama ini atas udaha mereka sendiri. Mereka tidak perlu bantuan kewangan BN kerana mereka sudah kuat, tapi menuntut hak yang lebih yang selama ini dinikmati kaum bumiputra seperti soal pelajaran, ekonomi dan peluang bernaga yang adil.

Rengkasnya, kehendak dan kepentingan rakyat semua kaum harus diutamakan dan diberi penekanan dalam bentuk projek atau bantuan yang boleh mengeluarkan mereka dari kesempitan hidup. Dalam situasi ekonomi negara yang tidak menentu dan mencabar, rakyat memerlukan pembelaan dalam bentuk perancangan ekonomi besar atau kecil yang boleh membantu meningkatkan pendapatan mereka. Konsep membela dan mendekati rakyat yang mirip gagasan BN mungkin perlu diberi perkiraan dan diperkenalkan kepada rakyat jika Pakatan mahu memenangi hati rakyat sekaligus undi mereka dalam pilihan raya akan datang.

Rasuah 10 bilion setahun, apa cerita menteri-menteri semua

PAS berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.


10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa.

10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.

Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini.

Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?

Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat ‘gulai’ bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.

PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.

Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.

Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.

PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.

Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf ‘sampah’ atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.

Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri.

Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.

PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kalau Berlaku PRK di Kota Siputeh....

PAS tidak akan menggunakan kerajaan negeri untuk kepentingan parti! Ini sudah ditegaskan oleh YAB MB sejak awal lagi. Ada beberapa permohonan bantuan dari Kota Siputeh selepas kerusi itu diistiharkan kosong oleh mahkamah, antaranya permohonan memperbaiki dewan dan pagar sebuah sekolah cina di situ. MB dengan tegas menjawab, kita akan beri, tapi tunggu lepas pilihanraya, nanti dilihat sebagai 'rasuah politik' pulak.
.
YAB juga mengarahkan program Pemimpin Bersama Rakyat yang dijadualkan di Jerlun dibatalkan, buat di daerah lain. Nanti orang tuduh kita guna kedudukan sebagai MB dan Exco untuk kempen untuk PAS. Kita akan guna jentera parti sepenuhnya kalau berlaku PRK di Kota Siputeh. Kita menang dulupun bukan ada jentera kerajaan tolong kita. Kalau rakyat marah, gunalah jentera kerajaan samahunya macam BN dulu, depa kalah juga.
.
Sampai sekarang, walaupun kerajaan negeri sudah berpendirian bahawa kerusi itu kosong, tak ada sebarang projek segera dibuat di sana, selain daripada projek yang sudah diluluskan dalam Perancangan Plan Pembangunan Daerah, mengikut prosedur biasa.
.
Saya percaya, Malaysia akan melalui satu dimensi baru berparti politik andainya berlaku PRK di Kota Siputeh. Alangkah baiknya kalau berlaku jentera parti lawan jentera parti dalam PRK itu nanti, PAS Kedah sudah bersedia ke arah itu, BN bagaimana?

Wednesday, April 28, 2010

JALAN KE PUTRAJAYA MAKIN HAMPIR

Pilihanraya kecil Hulu Selangor membawa 1001 cerita suka duka. Seperti kelaziman, kekalahan akan menimbulkan kekecewaan. Tetapi perasaan kecewa itu tidak wujud sama sekali bila meneliti dan mentafsir angka-angka keputusan pilihanraya kecil ini.

Peluang dan potensi Pakatan Rakyat cukup besar dalam pilihanraya umum akan datang. BN yang diistiharkan menang seolah-olah hilang semangat dan kata-kata apabila meneiliti semula keputusan pilihanraya berkenaan.

BN khususnya Umno hanya menang sorak seketika. Kini mereka mula menghitung hari detik-detik kejatuhan . Mereka seperti biasa terpaksa bergantung kepada undi pos, pengundi felda, masyarakat orang asli serta pengundi saluran 1 kampung Melayu tradisional. Di samping itu BN hanya kelihatan gagah dengan propaganda media, peranan SPR dan agensi kerajaan yang di bawah telunjuk mereka.

Bermula dari isu rampasan kerajaan Perak, pilihanraya kecil Bukit Gantang sehingga pilihanraya kecil Hulu Selangor sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya orang cina menunjukkan perkembangan yang sangat-sangat memberangsangkan.

Undi dan sokongan mereka tetap konsisten dan tidak terjejas. Wang dan projek mee segera serta pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Umno-BN tenyata menikam dan membawa padah kepada BN. Dalam hal ini saya mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Umno dan Perkasa yang berterusan memainkan isu perkauman.

Ternyata Umno-BN kini cukup tertekan dan terdesak menjelang tempoh pilihanraya umum yang bakal menjelang. Dalam keadaan sekarang Umno-BN tidak akan berani sama sekali sama ada membubarkan mana-mana DUN atau mengadakan piliahnraya umum dalam masa terdekat.

Apa yang yang saya harapkan perpaduan dan kerjasama yang erat dalam Pakatan Rakyat dapat dikekal dan dipertahankan. Dalam masa yang sama semua pimpinan dalam Pakatan Rakyat mengelakkan sebarang isu dalam atau isu sensitif yang boleh membuka ruang kepada Umno-BN 'bernafas' dan menyerang Pakatan Rakyat.

Zaid akan fail petisyen pilihan raya


Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membenarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

Rasuah BN: Zaid Bakal Ambil Tindakan Mahkamah

Calon Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim bersama barisan peguam terkenal akan mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa unsur rasuah yang membawa kepada kemenangan Barisan Nasional Ahad lalu.

Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Syed Husin Ali berkata, ketika ini Zaid yang juga seorang peguam terkemuka sedang membuat penyelidikan dan pengumpulan bahan bukti secara teliti sebelum tindakan tersebut diambil berikutan beberapa kejadian pembelian undi dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh berkempen.

Menurutnya, perbuatan itu juga akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Zaid bersama-sama peguam-peguam terkenal sudah mencadangkan untuk menyelidik hal ini dan mengambil tindakan undang-undang terhadap rasuah yang telah berlaku.

"Perkara serius ini juga akan dilaporkan kepada pihak SPRM walaupun kita kurang percaya kepada keberkesanan SPRM dan pihak mahkamah misalnya untuk menjalankan tugasnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen ketika menghadiri Sidang Dewan Negara semalam.

Dr Syed juga berkata, Umno dan Barisan Nasional tidak perlu berseronok dengan kemenangan yang diperolehi kerana calon Pakatan Rakyat tidak mengalami kemerosotan undi malah Pakatan Rakyat bertekad untuk meneruskan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

"Ya betul kami kalah dan kami akan bekerja keras lagi untuk memastikan kemenangan dalam masa akan datang. Cuma kekalahan kami disebabkan oleh beberapa faktor rasuah dan Perdana Menteri menafikan adanya rasuah.

"Sebenarnya tidak ada sebab untuk Umno-BN bergembira sangat dengan kemenangan mereka. Ini ialah kerana dalam pilihan raya yang lalu, KEADILAN telah kalah di tiga kawasan negeri dengan campuran undi lebih kurang 6100. Tetapi kali ini daripada ketiga-tiga kawasan itu mereka menang hanya dengan kira-kira 1,700," katanya.

Dr Syed juga menyifatkan prestasi Pakatan Rakyat menerusi keputusan pilihan raya kecil kali ini secara umumnya adalah baik.

"Yang lebih penting dalam soal ini ialah bahawa kalau dulu ketiga-tiga kawasan negeri, kita (Pakatan) kalah tetapi dalam pilihan raya kecil ini apa yang nyata ialah daripada tiga kawasan itu, satu kawasan telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat iaitu Kuala Kubu Bharu, Pakatan mendapat 7,194 undi manakala Umno mendapat 5,153 ertinya lebih kurang 7,200 berbanding dengan 5,200 jadi majoriti 2,000 padahal kita kalah pada tahun yang lalu dengan kira-kira 4500 undi."

Katanya di Hulu Bernama pula, menunjukkan peningkatan yang sangat baik kepada calon Pakatan.

"Ini adalah kawasan Melayu dan termasuk di dalamnya adalah kawasan Felda dan kita dapati di kawasan Felda, undi bagi Pakatan telah meningkat dan itu sebab itulah majoriti Umno di Hulu Bernam dapat dikurangkan iaitu apabila Pakatan mendapat kira-kira 5,400 dan BN mendapat lebih kurang 7,200 undi.

Sementara itu, jelas beliau lagi, di Batang Kali jurang semakin berkurangan apabila Pakatan memperoleh 10,600 undi manakala Umno mendapat 11,600.

"Ertinya, majoriti telah dikurangkan di situ," kata beliau.

Dr Syed juga turut mempertikaikan tawaran korupsi sejumlah RM50,000 yang dijanjikan Perdana Menteri kepada peneroka Felda Sungai Buaya sebelum pilihan raya diadakan.

"Tanah di Sungai Buaya itu telah dibeli oleh syarikat Etika dan syarikat itu telah ditutup. Sebab itulah selama kira-kira 20 tahun peneroka tidak dibayar, tiba-tiba sekarang dijanjikan RM50,000 dengan RM1,000 sudah dibayar walaupun waktu mula-mula dibeli dahulu Etika telah membayar RM100,000 jadi RM850,000 masih tak dibayar lagi dan kemudian syarikat itu telah ditutup.

"Sekarang saya nak mempersoalkan siapakah yang akan membayar RM50,000. Siapakah yang akan menanggung RM850,000 yang belum dibayar?

"Dari manakah punca wang itu akan datang? Adakah ia daripada parti, adakah daripada sumber lain, yang nyata ialah tawaran itu berupa korupsi. Kita tahu juga ada bahawa yang ditawarkan sehingga RM250 dan RM500 malah sehingga RM1,000 kepada keluarga-keluarga tertentu dan kita mempunyai bukti terutamnanya kepada keluarga India dan Melayu dan ini adalah satu perkara yang sangat-sangat serius," katanya lagi.

MCA: Kenyataan Ibrahim Ali Berunsur Hasutan

MCA menyelar Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kerana mengeluarkan kenyataan berunsur "perkauman menebal" yang telah menyinggung perasaan kaum Cina.

Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata kenyataan anggota Parlimen Pasir Mas itu yang menggesa kerajaan menangguhkan kelulusan peruntukan dan projek kepada kaum Cina, yang Ibrahim anggap sebagai "tidak berterima kasih" dan "tidak menghargai" amat dikesali.
"Kenyataan itu juga berunsur hasutan," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.


Ibrahim membuat kenyataan itu pada Isnin berikutan keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada Ahad yang menunjukkan sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin berkurangan.

Bagaimanapun, Gan menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi "perkauman menebal".

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika Barisan Nasional mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum k-13 akan datang, katanya.

"Saya bangga menjadi wakil rakyat yang datang dengan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Sebarang kenyataan supaya rakyat berterima kasih dan menghargai merupakan pencabulan terhadap amanah dan keyakinan yang diberikan rakyat.

"Mana-mana ahli politik yang membuat kenyataan berunsur perkauman dalam komuniti mereka sendiri akhirnya akan diketepikan oleh rakyat. Saya pasti jika Ibrahim Ali bertanding sebagai calon di kawasan bukan Melayu, beliau tidak akan mampu dapat 10 peratus pun daripada undi," katanya.

Tuesday, April 27, 2010

Pakatan tak tumbang di Kedah

Soalan paling popular seminggu ini di Kedah ialah, kerajaan Pakatan Rakyat boleh bertahan lagi ke? Ia ekoran pengisytiharan keluar parti oleh ADUN Bakar Arang, Tan Wei Shu. ADUN yang bertanding dan menang atas tiket KeADILan itu keluar parti kononnya menjadi bebas.

Oleh kerana waktu yang dipilih untuk menjadi bebas ialah sewaktu berlangsungnya pilihanraya kecil Hulu Selangor maka bebasnya itu bukan bermaksud dia tidak memihak kepada Pakatan atau BN. Hakikatnya perlakuan Tan adalah bertujuan untuk memberitahu rakyat jelata bahawa KeADILan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah parti bermasalah.

Apabila berlaku pilihanraya, maka dunia diberitahu bahawa sebuah parti yang bertanding dalam pilihanraya itu bermasalah maka untunglah parti lawannya. Jadi tindakan ADUN Bakar Arang itu jelas menguntungkan BN, maka bolehkah dia diiktiraf sebagai bebas?

Tiga bekas ADUN Pakatan berjaya membantu BN menegakkan sebuah kerajaan luar tabie di Perak. Mereka juga mendakwa bebas, tetapi menyokong BN. Bebas apa ke namanya?

Raja Katak dari Pasir Mas turut mendakwa dirinya bebas. Dia turun ke Hulu Selangor kononnya tidak memihak kepada Pakatan atau BN. Tetapi dia naik ke pentas BN berceramah menghentam Anwar dan menegaskan bahawa BN perlu dimenangkan.

ADUN Lunas mendakwa dirinya bebas tetapi berceramah di Hulu Selangor di atas pentas BN untuk memenangkan Kamalanathan. Di negara ini ‘bebas’ boleh dianggap sebagai parti komponen BN secara tidak rasmi.­­­­

Tan Wei Shu keluar parti di saat pilihanraya kecil Hulu Selangor. Mungkin ia secara kebetulan saja. Kalau tiada pilihanraya pun boleh jadi dia akan keluar juga masa itu. Kebetulan itu boleh diibaratkan sama seperti kehadiran projek kilat berjuta-juta di Hulu Selangor.

Setiap menteri yang diajukan soalan itu oleh media memberi jawapan yang sama. “Sebenarnya semua projek itu sudah dirancang dari awal.” Hanya manusia yang berfikir menggunakan kepala lutut saja yang boleh menerima alasan yang diberikan itu. Begitu jugalah jika ada yang mendakwa bahawa keluarnya Tan Wei Shu dari Pakatan tiada kena mengena dengan konspirasi politik BN untuk sesuatu tujuan politik. Dengan itu sukarlah untuk dipercayai bahawa beliau kelaur parti dengan percuma tanpa apa-apa ‘bayaran perpindahan’.

Saya telah menulis untuk sekurang-kurang tiga artikel dalam ruangan ini sejak dua tahun lalu berhubung isu cubaan menubuh kerajaan katak di Kedah, lantas tidak perlu mengulas lagi dalam tulisan ini. Di belakang tabir saya mempunyai maklumat yang lebih terperinci berhubung usaha menubuhkan kerajaan katak ini tetapi atas sebab tertentu tidak dapat memperincikan di dalam tulisan.

Dua ADUN yang membuat lompatan itu adalah yang memang sudah dijangkakan sejak lebih setahun yang lalu. Antara sebab Tan Wei Shu digugurkan dari exco ialah kerana ketidakyakinan partinya bahawa dia akan setia terhadap parti. Daripada dia melompat sewaktu menjadi exco, lebih baik dia melompat kerana (kononnya) tidak dapat exco.

Untuk membuat lompatan politik, sekalipun nampak mudah, hakikatnya ia sukar juga. Macam sukarnya seseorang nak jadi pelacur. Pelacur tiada moral tetapi tapi dia malu jika dunia tahu dia pelacur. Dia menutup muka bila ditangkap. Orang tiada moral macam pelacur pun tahu jaga maruah, maka apatah orang politik.

Sebab itu selain dari tawaran yang mengelabui mata jika melompat, asas pertikaian yang membuka ruang ke arah lompatan tidak boleh dinafikan begitu saja. Maksudnya penolakan dari dalam.

ADUN Bukit Selambau S. Manikumar menggesa partinya tidak memandang remeh sebab musabab seseorang itu keluar parti. Ia mesti diteliti, diambilkira dan diambil tindakan. Pertikaian dalam organisasi adalah perkara biasa. Tetapi pertikaian dalam KeADILan agak rumit dan bersimpang siur. Tidak semua tindakan keluar parti itu adalah angkara musuh. Ramai juga yang keluar parti atau menyisih diri dari parti tanpa apa-apa habuan.

Dengan lompatnya Wei Shu, Pakatan tinggal 20 dari 36 kerusi DUN. BN perlu mengumpan lagi tiga ADUN untuk mendapat majoriti mudah satu kerusi, kerana buat masa ini BN hilang satu kerusi di Kota Siputeh. Kali ini laluan mereka tidak mudah kerana baki yang ada di kalangan tiga ADUN KeADILan yang tinggal sangatlah kebal. Cubaan mendapat satu kerusi DAP juga bagai mahu mengalih gunung Jerai. Manakala bagi PAS, BN tidak perlu mencuba langsung. Berniat untuk mendapatkan ADUN PAS yang mahu melompat pun adalah kerja yang sia-sia.

Bagi BN menumpukan kerja untuk memenangi pilihanraya umum ke 13 adalah lebih baik dari berusaha membentuk kerajaan katak yang tiada bermaruah.

BN pun tahu kemampuan mereka terbatas, namun daripada membiarkan kerajaan Pakatan memerintah dengan selesa biarlah mereka mendendangkan selalu akan lagu ‘kejatuhan kerajaan Pakatan Kedah’. Biar nampak macam kerajaan yang ada tidak stabil.

Pencak politik Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak lebih hebat. Apabila diajukan soalan oleh wartawan perihal ura-ura ada lagi ADUN melompat dengan selamba beliau menjawab, “Tiada masalah nak jadi pembangkang, kita dah biasa 50 tahun jadi pembangkang.” Mati kutu wartawan dibuatnya.

Di hadapan kita terbentang baki dua tahun lebih untuk membuktikan kepada rakyat Kedah bahawa (sekurang-kurangnya) rakyat tiada apa-apa masalah berada di bawah Pakatan. Rakyat pun tahu bahawa bukan tugas kerajaan untuk menghHulur barang dapur kepada setiap pintu rumah. “Siapa pun jadi kerajaan, kita kena cari makan macam tu juga,” itu pemikiran rakyat Kedah. Sebab rakyat Kedah cara berfikirnya mudah.

Terus berjuang, kerja lebih kuat - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat.

Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam.

Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral.

Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang.

“Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Monday, April 26, 2010

Faktor kekalahan PR di Hulu Selangor

Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.

Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.

Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkin

Parti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.

Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.

Anehnya, di kampung tersebut turut tiada bendera PKR selain jentera BN awal-awal lagi telah mendirikan bilik gerakan mereka.

Malah, di salah sebuah papan kenyataan di balai raya tersebut jelas menunjukkan risalah BN dengan propaganda fitnahnya jelas tertera di situ.

Perpecahan ahli PKR di Hulu Selangor

Selain itu, walaupun tindakan Dr. Halili Rahmat yang keluar parti tidak diikuti oleh orang rapatnya teermasuklah mereka yang bersamanya seawal tahun 1998 dulu, namun perpecahan yang wujud dikalangan ahli parti itu dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bukan lagi rahsia besar.

Sumber memberitahu, sekurang-kurangnya terdapat empat kem PKR dalam kawasan itu terutamanya selepas kemenangan PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Empat kem itu pula bukan sahaja mengadakan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing malah wujud usaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah dalam satu mesyuarat beberapa bulan sebelum pencalonan Datuk Zaid Ibrahim.

Empat kem itu yang antaranya bergerak di bawah sekretariat tertentu, juga bergerak mengikut Cabang, Parlimen dan pemimpin tertentu sekaligus melumpuhkan jentara PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini.

Antara Ofensif dan Defensif

Turut menjadi faktor kekalahan PR pada kali ini juga ialah apabila jentera parti lebih bersikap defensif atau bertahan berbanding startegi ofensif atau menyerang seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Ini terbuti apabila awal-awal lagi jentera BN melakukan serangan dan provokasi melalui bebarapa bill board dan kain rentang, sesuatu yang berbeza dari sebelumnya yang mana pihak Pakatan Rakyat lebih mendahului.

Bill Board itu termasuklah mengaitkan calon PR dengan arak, selain menggambarkan gabuang parti PKR, PAS dan DAP sebagai bermasalah yang diletakkan di jalan-jalan utama dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Kesimpulan

Walaubagaimanapun, PRK di Hulu Selangor sudah pun menjadi sejarah, tinggal lagi bagaimana PR mengambil iktibar dari kekalahan itu kerana jumlah majoriti 1,725 yang diraih oleh BN itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jutaan ringgit campur perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka.

Malah, keputusan itu bolehlah disifatkan sebagai ‘kalah' kerana jumlah keseluruhan undi BN jika dicampur dalam ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan Parlimen itu seperti mana dalam PRU lalu adalah jauh lebih tinggi berbanding angka 1,725 itu.

Sebelum ini, BN meramalkan mereka akan menang kira-kira 5,000 majoriti dan angka 1,725 undi itu jauh lebih kecil selain bantuan Suruhanja Pilihan raya (SPR) yang memindahkan ribuan pengundi termasuklah ke kawasan Selayang yang dilihat bertujuan untuk memenangkan BN sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.

Tetapi yang pasti, undi masyarakat Cina terhadap PR bukan sahaja terus mencatatkan peningkatan malah pastinya menjadi igauan ngeri buat BN menjelang PRK Parlimen Sibu Mei ini.

Untuk rekod, masyarakat Cina di Hulu Selangor terdiri daripada luar Bandar berbanding masyarakat Cina di majoriti kawasan Bandar dalam Parlimen Sibu yang pastinya membuatkan fakta ini mengganggu tidur Presiden Umno, Najib Razak.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'

Banyak lompat, elok bubar DUN

Oleh Dr Abdul Aziz Bari

Laporan Bernama Isnin lalu menyebut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah jika keluar atau lompat parti terus berlaku.

Akhir-akhir ini begitu ramai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari PKR yang berbuat demikian. Bermula dari apa yang berlaku di Perak awal tahun lalu sehingga menumbangkan Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Nizar Jamaluddin ia diikuti tindakan keluar parti di DUN Kedah dan Parlimen; kesemuanya melibatkan anggota-anggota PKR.


Kenyataan Azizan itu timbul berikutan tindakan ahli DUN Batu Arang, Tan Wei Shu, meninggalkan PKR dan menjadi ahli bebas. Sebelum itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohamad Radzhi Salleh, juga dari PKR juga berbuat demikian.

Buat masa ini di DUN Kedah, Pas memiliki 16 kerusi manakala PKR 3 dan DAP 1. UMNO memiliki 14 kerusi; termasuk kerusi DUN Bukit Seputeh yang dipertikaikan itu. Dalam Perlembagaan; khususnya Perkara 39(2)(b) Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, kuasa memperkenan atau sebaliknya pembubaran DUN terletak di tangan sultan. Pada hakikatnya ini sama sahaja dengan kedudukan di peringkat persekutuan dan negeri-negeri lain. Dalam kata lain kuasa Yang di-Pertuan Agong, sembilan Raja dan empat Yang di-Pertua Negeri sama sahaja.

Justeru apabila Azizan berkata beliau akan membubarkan DUN maka ia bermakna Menteri Besar Kedah itu akan menyembah memohon perkenan Sultan supaya Dewan dibubarkan. Di sisi undang-undang kuasa ketua negara atau ketua negeri – walaupun kelihatannya mutlak kerana disebut budi bicara – sebenarnya adalah satu amanah. Ini bermakna Perlembagaan memberi tugas kepada ketua negara atau ketua negeri itu membuat keputusan yang terbaik untuk negeri. Oleh sebab itulah Suruhanjaya Reid sendiri dalam laporannya mengatakan bahawa kita perlu merujuk kepada pengalaman di seluruh Komanwel dan belajar daripadanya. Hal ini juga terpakai dalam soal kuasa speaker Dewan, baik di Parlimen mahupun di DUN.

Salah satu alasan yang membenarkan ketua negara atau ketua negeri menolak permintaan membubarkan Dewan ialah apabila di sana ada kemungkinan untuk membentuk kerajaan tanpa mengadakan pilihan raya. Sebagai contoh kalaulah UMNO dapat menarik bilangan ADUN yang cukup untuknya menjadi kumpulan majoriti dalam Dewan, maka ketua UMNO di situ bolehlah dilantik sebagai menteri besar dan bolehlah permohonan membubarkan DUN oleh Azizan ditolak. Pada hakikatnya inilah yang berlaku di Perak awal tahun lalu.

Walaupun apa yang dilakukan di Perak itu tidak salah ia tidak semestinya tepat dan betul dalam keadaan sekarang. Ini kerana kita mesti ingat formula yang dikemukakan para sarjana perlembagaan itu dibuat berdasarkan keadaan dan senario tahun awal 1900an. Waktu itu tidak ada internet atau telefon bimbit seperti sekarang.

Dalam kata lain meskipun kuasa itu masih sama cara bagaimana ia harus digunakan sudah berlainan. Kita juga tidak harus lupa tentang kedudukan dan peranan dan ketua negeri; yakni mereka perlu berada atas politik kepartian atau kata lain, mereka tidak harus mengambil keputusan dan tindakan yang akan menyebabkan dituduh berat sebelah serta mempunyai kepentingan.

Sebelum terjadinya tragedi politik di Perak, saya sendiri tidak terfikir soal itu. Setelah berlaku kekecohan dan perbalahan yang berlarutan sehingga sekarang barulah saya nampak segi dan aspek lain yang perlu diberi perhatian dalam soal pembubaran Dewan ini.

Satu lagi sebab mengapa pembubaran Dewan ini tidak diberikan kepada kerajaan yang memerintah dan diletakkan di tangan ketua negara atau negeri kerana ia lebih adil. Selain itu pilihan raya adalah mahal dan memakan masa, justeru perlu dielakkan.

Bagaimanapun dalam keadaan sekarang alasan-alasan itu tidak selamanya betul. Melihat kepada perkembangan terbaru di negara-negara Westminster yang maju – khususnya United Kingdom – adalah jelas apabila rakyat diupayakan – yakni diberi peluang bersuara – keputusan lebih tepat boleh diambil. Penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan juga tidak berlaku. Sebab itu di Britain tidak timbul perdebatan atau 'suspend' tentang bila pilihan raya akan diadakan. Ratu Elizabeth juga tidak kelihatan memainkan peranan meskipun di sisi undang-undang kedudukan baginda sama dengan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri.

Mengambil kira ini semua saya fikir Azizan membuat kenyataan yang betul: pulangkan kepada rakyat. Hari ini tidak sukar untuk kita mengetahui apa rakyat mahu: minta mereka hantar SMS. Kita tidak mahu kerajaan yang ada digelar kerajaan istana atau kerajaan mahkamah. Perlembagaan sendiri – baik persekutuan mahupun negeri – menuntut kerajaan yang memerintah bertanggungjawab kepada Dewan yang merupakan himpunan wakil-wakil rakyat.

Memulangkan isu ini kepada rakyat saya fikir akan menyelesaikan masalah lompat parti yang tak habis-habis diperdebatkan. Bukan soal ia halal atau tidak di sisi undang-undang, tetapi kerana ia tumpul dan memenatkan minda. Kita banyak kerja lain yang perlu diselesaikan.

Najib Terlalu Angkuh Dengan Kehebatannya?

APAPUN keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang ditentukan oleh pengundi Hulu Selangor kelak, tidak akan memberikan apa-apa impak kepada Pakatan Rakya mahupun Barisan Nasional sekiranya gagal menawan kerusi tersebut ataupun ia tidak akan membawa kemegahan kepada Pakatan Rakyat sekiranya memenangi kembali kerusi tersebut.

Sekali pun Pakatan Rakyat kalah ia tidak akan merubah senario PRU13 akan datang. Misalnya kekalahan PKR di Ijok Selangor yang lalu boleh dijadikan rujukan ‘mood’ pengundi. Seandainya BN memenangi kerusi tersebut ia tidak juga akan menjadi suatu kejutan hebat kepada Pakatan Rakyat. Ini memandangkan ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor semuanya dimiliki oleh UMNO/BN.

Kita dapat melihat dengan sejelas-jelasnya UMNO/BN telah bekerja dengan sedaya-upaya mereka untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Segala janji-janji muluk di tabur di sana-sini, drama ulang-tayang ‘mesra rakyat untuk seketika cuma’ berulangkali disiarkan di media-media elektronik dan cetak, demi untuk meraih undi dari rakyat jelata.

Tidak cukup dengan calon yang turun padang, semua Menteri kabinet diarahkan turun padang untuk ‘beramah-mesra’ dengan rakyat Hulu Selangor. Malah PM Najib dengan slogannya 1Malaysia juga telah memendekkan lawatan rasminya demi untuk bersama-sama ‘menawan’ hati rakyat Hulu Selangor. Sebab apa? Sebabnya amat mudah, UMNO/BN merasa terlaku gentar seandainya mereka gagal mengambil kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor yang kononnya ‘dipinjamkan’ kepada Pakatan Rakyat.

Bagi BN, seandainya kemenangan ini mereka perolehi dalam PRK Hulu Selangor kelak, maka ianya akan dijadikan kayu pengukur dan BN akan penuh bangga akan mewar-warkan di setiap media massa bahawasanya rakyat Malaysia telah kembali ke ‘pangkuan’ UMNO dan Barisan Nasional.

Senario ini memang telah dijangkakan, kerana walau dalam tempoh kempen pun, BN telah mempergunakan kuasa yang ada di tangan mereka untuk melaksanakan kempen ‘secara tidak sedar’ melalui media-media elektronik.

Makanya kalau BN kalah, ianya akan menjadi suatu perkara yang amat serius dan terlalu memalukan kepada UMNO/BN. Sia-sia sahaja peruntukan yang begitu besar di keluarkan di PRK Hulu Selangor.

UMNO/BN memang sudah amat terkenal dengan cita-cita ‘mahamerunya’, siapa tidak kenal barisan saf kepimpinan UMNO/BN yang punya cita-cita setinggi gunung Everest. Sehinggakan PM 1Malaysia turut melibatkan Presiden Amerika demi untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa kepimpinan beliau kini di iktiraf oleh Presiden Amerika Syarikat Barak Obama. Begitu hebatnya penangan PM 1Malaysia sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan UMNO/BN terus berada dalam kemuncak kepimpinan Kerajaan Malaysia.

Tapi jangan lupa, masih ada satu lagi PRK yang bakal diadakan kelak, PRK Sibu di Sarawak. Jika dilihat pada PRU 12 yang lepas, BN memperolehi majoriti sebanyak 3,000 ke atas, akan menjadi suatu tamparan yang amat pedih dan perih kepada saf kepimpinan Barisan Nasional seandainya Pakatan Rakyat mampu ‘mencuri duduk’ di kerusi berkenaan.

Berhati-hatilah wahai warga Barisan Nasional, kerana langit tidak selalunya cerah dan panas tidak selalunya hingga ke petang. Berwaspadalah kehebatan perpaduan Pakatan Rakyat. Jangan ketawa dulu dengan apa sahaja keputusan Hulu Selangor sebelum Bandar Sibu.

Sunday, April 25, 2010

punca kekalahan PR....felda?

nampaknya warga felda telah menjadi penyebab dan punca kekalahan PR pada PRK di P094. pada permulaan kiraan untuk 100 dari 137 peti undi datuk zaid mendahului kiraan undi sehingga lah peti-peti undi dari kepulauan felda di bawa masuk untuk dikira.

nampaknya pujukan dan umpan yang digunakan oleh PM 1 malaysia serta konco-konconya berjaya menawan hati para penduduk di kepulauan felda ini yang kesemuanya orang-orang melayu yang memang mudah lupa. walaupun telah bertahun ditipu oleh kerajaan yang tiba-tiba bertaubat dengan memberi RM 1000 setiap peserta yang mana bakinya akan dijelaskan kemudian, namun mereka tetap menjadi warga yang mudah memaafkan dan masih memberi taat setia pada BN.

dari pemerhatian dan kesimpulan yang dapat dibuat dari polar undi yang dikira, kita dapat lihat penolakan secara total oleh orang-orang cina dan india kepada calon BN. walaupun dijanjikan dengan bermacam-macam bantuan dari segi kewangan atau projek namun mereka tetap menolak BN. ini melambangkan kekuatan prinsip dan kesedaran berpolitik yang tinggi yang ada pada orang-orang cina dan india. maka benarlah kata-kata mantan PM kita bahawa melayu mudah lupa. walau macamana sekali pun kerajaan yang ada melaksanakan dasar atau perkara yang menindas rakyat tapi mereka tetap menyokong. janji dapat habuan walaupun ianya hanya bersifat sementara.

nampaknya, untuk persediaan PRU 13 pakatan rakyat perlu bekerja lebih keras untuk membuat penerangan kepada warga felda dan kawasan pendalaman yang kekurangan kemudahan IT. mungkin ada baiknya kerajaan negeri pimpinan PR memulakannya dari sekarang.

atau mungkin ada kemungkinan pengundi-pengundi yang memberi undi kepada Bn pada PRK ini berpendapat apa salahnya jika BN menang pada PRK kali ini. satu kerusi tidak ada mengubah apa-apa. mereka hanya ingin merasa laba-laba yang dijanjikan oleh PM 1 malaysia didalam kempen mereka tempohari. kita pun tidak boleh menyalahkan mereka kerana banyak janji-janji menarik yang ditabur. dan kita doakan agar mereka akan menukar undi-undi itu didalam PRU 13 nanti....insyaallah. takbirx3

KEPUTUSAN YANG MENGHAIRANKAN. ADA PENGUNDI HANTU?

Keputusan baru Hulu Selangor ni juga satu bentuk keputusan yang menghairankan. Mengapa saya kata demikian? K

Kerana Undi PKR NAIK berbanding 2008:

2008 : 23,177

2010 : 23,272

Bererti kenaikan sebanyak 95 undi. TAPI dalam naik pun PKR tetap kalah.

Saya menghidu terdapatnya RAAMAAAIIII hantu2 yang telah mengundi, ditambah lebih 1000 pengundi yang telah di buang nama mereka dari senarai oleh SPR.

Suka tak suka, perlu ada siasatan terhadap keputusan ini. Saya menghidu penipuan sekali lagi.

Kepada penyokong dan pendokong PR, jangan jatuh semangat. Kita kena tipu dan di masa lain mereka tak boleh tipu lagi, inshaalah.

Sah, BN rampas balik Hulu Selangor

TERKINI

HULU SELANGOR, 25 April - Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Beliau dikatakan memperoleh kira-kira 1,725 undi menewaskan calon Pakatan Rakyat (PR) Datuk Zaid Ibrahim.

Kamalananthan terima sebanyak 24,997 unid, manakala Zaid terima 23,272 undi.

Ketika keputusan diumumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di dewan kompleks sukan di Kuala Kubu Baru di sini.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya kira-kira 9:15 malam tadi.

Walaupun BN menang dengan 1,683 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid mendahului Kamalanathan ketika 100 daripada 137 peti undi diumumkan.

Kemudian Zaid depan dengan majority kira-kira 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.

Dalam pilihanraya 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi.

Politik "Dajjal" di Hulu Selangor


Antara tanda-tanda besar Kiamat ialah keluarnya Dajjal. Politik Dajjal ialah sesiapa yang ikut dan taat perintahnya "selamat" dan akan mendapat "bantuan segera" seperti langit menurunkan hujan, bumi menumbuhkan tumbuhan subur dan ternakan menjadi gemuk-gemuk.

Manakala warga penduduk yang mengingkari perintah Dajjal maka "merana" dan "derita"lah jawabnya. Bumi warga itu akan kering kontang dan kemarau.

Begitulah "berkuasa"nya Dajjal pada masa itu sebelum Nabi Isa membunuhnya.

Persoalannya adakah politik ala Dajjal ini muncul di Hulu Selangor kini dan seluruh tempat dimana wujudnya Pilihanraya Kecil (PRK) atau pilihanraya kecil (PRU) ?

Hari ini, di Hulu Selangor PM Najib begitu "ringan" mulut menawarkan "juta-juta" RM untuk sesiapa yang undi BN. Bantuan RM 3 juta jika penduduk Hulu Selangor undi BN.

Itu belum campur lagi dengan "berguni-guni" janji dari mulut pemimpin BN yang lain seperti Muhyiddin dan Menteri Kabinet yang lain.

Jika BN kalah di Hulu Selangor bermakna tiadalah bantuan buat penduduknya.

Ingat warga Hulu Selangor jika BN kalah!...."Kering kontang dan kemarau" lah bumi Hulu Selangor !

Adakah suatu kebetulan dikala Dajjal diikuti oleh 70,000 Yahudi ketika itu manakala UMNO pula sedang ikat janji dengan APCO ?

Atau perkhabaran dari Hadis Rasulullah bahawa Dajjal itu punya SATU mata manakala di Hulu Selangor sedang sohor dengan SATU Malaysia . Satu kebetulan ke ?

‘Pengundi hantu’ wujud di Hulu Selangor


Pengundi hantu yang sering kali diperkatakan oleh pembangkang pada pilihan raya sama ada umum atau kecil sememangnya wujud termasuk dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Apa yang berlaku kali ini ialah pengundi yang tidak dikenali telah terlebih dahulu mengundi bagi pihak pengundi asal sebagaimana yang terdapat dalam buku daftar pemilih tanpa pengetahuannya.

Ini ekoran seorang pengundi, Lee Fong Thye, 56, hari ini membuat laporan polis berikutan ada orang lain telah mengundi bagi pihaknya.

Beliau yang tinggal di No 28, Jalan 2/24 Taman Bukit Rawang membuat laporan di Balai Polis Serendah pada jam 2.29 petang ini.

Menurutnya, lebih kurang jam 12.30 beliau sampai di pusat mengundi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Serendah.

Beliau telah membuat semakan di pondok panas dan namanya ada tersenarai dalam senarai pengundi di saluran 2.

Beliau masuk ke pusat mengundi di saluran 2 dan memberikan KPT (Kad Pengenalan) kepada calling agent SPR serta ketua tempat mengundi (KTM).

Bagaimanapun, katanya, beliau diberitahu namanya telah ditanda sebagai sudah mengundi.

Berikutan itu, beliau membuat bantahan kepada KTM dan telah dibenarkan untuk membuang undi setelah disahkan dokumen pengenalan diri.

“Saya membuat laporan polis kerana terdapat keraguan bagaimana nama saya telah ditanda sebagai pengundi walaupun saya belum mengundi.

“Saya juga takut sekiranya KPT saya telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dalam laporan polis itu.

Keputusan rasmi : BN menang majoriti 1725 undi.

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi

UMNO dan Rasuah Lemahkan Jati Diri Rakyat Malaysia


Pemimpin Pakatan Rakyat meminta pengundi Hulu Selangor supaya mengundi untuk perubahan, dan bukan sogokan setahun sekali pada hari pengundian esok.

Kelibat jentera Barisan Nasional kelihatan sibuk menabur wang ringgit dan geran, Pakatan Rakyat membawa dasar dan wawasan baru untuk Hulu Selangor.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pengundi membebaskan diri dari permainan politik Umno-BN, yang telah membudayakan kemiskinan dalam hayat penduduk Hulu Selangor.

Nik Aziz meminta Hulu Selangor untuk perhatikan bahawa mesej Pakatan Rakyat adalah jelas, untuk segenap masyarakat merentasi garis agama dan warna kulit.

Hanya jauhari mengenal manikam, Nik Aziz berkata pembawaan dan ketrampilan Pakatan Rakyat jauh berbeza dari Barisan Nasional.

"Saya datang bukan sebagai orang Melayu, tetapi atas nama Islam. Jika saya turun sebagai orang Melayu, maka mesej saya hanya terhad pada orang Melayu. Tetapi kalau atas nama Islam, mesej saya untuk semua,"

"Prinsip Islam adalah untuk semua. Buktinya, saya telah diberi amanah untuk memimpin rakyat Kelantan kira-kira 20 tahun.

Umno-BN menyertai pertarungan merebut kerusi Hulu Selangor dengan calon baru yang membawa janji-janji lama.

Nik Aziz berkata kita harus berani menuntut perubahan, kerana masyarakat Melayu, Cina, India, Orang Asal dan masyarakat di Sabah dan Sarawak sendiri pernah merasai perit dikhianati Barisan Nasional.

"Saya sendiri pernah suatu ketika menyokong Umno, mengikut pimpinan Pas menyertai BN dahulu. Ketika itu Umno lemah, dan mereka meminta kepada perpaduan. Bila mereka kuat, mereka singkirkan kami. Perit rasanya dikhianati. Sekali digigit, kedua tidak lagi,"

Walaupun berucap dalam keadaan kurang sihat, Nik Aziz tetap menarik perhatian ribuan yang hadir.

Setiap butir katanya adalah mudah, dan penerimaan mereka yang hadir - melayu, cina, india dan orang asal - amat ketara.

Nik Aziz berkata masyarakat Melayu-Islam telah dikembiri dengan versi dakyah Islam yang mesra pemerintah.

Penindasan dan kemiskinan direstui atas nama bangsa Melayu.

Beliau menggesa hadirin untuk berubah, bersama-sama Pakatan Rakyat.

"Yang melemahkan orang Melayu adalah dakyah yang disebarkan Umno. Mereka pisahkan agama dari politik, menyebabkan rasuah jadi halal begitu juga bermacam lagi kejahatan"

"Berpuluh tahun orang Melayu dilemahkan, dan kerana itu hari ini saya tolak Umno-BN,"

Peneroka digesa bangkit dari terus ditipu


Warga peneroka digesa berani mempertahankan hak mereka dari terus ditipu dan ditindas Felda dan kerajaan BN khususnya dalam isu hak pemilikan tanah.

Peguam Wan Rohimi Wan Daud berkata, Felda kini menggunakan Akta Kumpulan Penempatan Berkelompok atau Group Settlement Act (GSA) 1960 untuk menindas peneroka.

Peneroka jelasnya ditekan akan dibuang dari rancangan Felda jika melanggar akta itu, sedangkan Felda langsung tiada kuasa berbuat demikian.

"Itu tahyul belaka, selama 52 tahun Felda guna akta GSA ini takutkan peneroka.

" Isu tanah ini adalah kuasa kerajaan negeri bukan Felda," katanya sewaktu membentangkan kertas kerja di Himpunan Warga Felda Kebangsaan Kali Ke-2 di Sg. Tengi hari ini.

Rohaimi yang juga peguam kes Felda Kemahang 3, Kelantan yang menang baru baru ini berkata, beberapa penindasan lain juga wujud, dan didakwa dirancang secara teliti pihak Felda tanpa pengetahuan peneroka.

"Tiga benda Felda tipu peneroka secara tidak sedar iaitu isytihar buah reject, curi buah reject dan isytihar kualiti minyak rendah," katanya lagi.

Menurutnya, hasil penyiasatan yang dilakukan mendapati dalam purata 7 tan kelapa sawit, Felda mengisytiharkan setengah tan adalah buah yang di reject.

Ianya bersamaan lebih kurang 19 dari 38 tandan kelapa sawit.

Namun dedahnya, buah yang diisytihar reject itu bagaimanapun tidak dibenar diambil semula oleh peneroka berkenaan.

"Pada malamnya, lori akan datang ambil buah reject itu dibawa ke kilang untuk diproses.

"Tapi Felda tidak pernah agihkan wang dari buah reject ini kepada peneroka," katanya lagi.

Ekoran itu tambahnya, setiap peneroka rugi atas angin RM250 sebulan ditipu Felda dangan "buah reject".

Selain itu, setiap kilang Felda juga jelasnya turut mewujudkan kolam minyak busuk.

Bagaimanapun, pada sebelah malamnya, 'lori hantu' diarah datang menyedut minyak tersebut untuk dijual.

"Minyak busuk ini ada harga, Felda jual mianyak ini tetapi langsung hasilnya tidak diberikan kepada peneroka," katanya lagi.

Membuat pendedahan seterusnya Rohaimi berkata duit hasil minyak dari biji kelapa sawit juga tidak diwartakan Felda kepada peneroka.

Apa yang diberikan kepada peneroka katanya hanya hasil minyak dari sabut buah kelapa sawit sahaja.

"Jenis apa ke ini, dapat nasihat dari Apco la ni," katanya.

Sehubungan itu katanya, nasib peneroka hanya akan terbela jika kerajaan negeri berpihak kepada mereka.

Maka ujarnya, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah yang terbaik membela nasib mereka.

Perubahan jelasnya harus dimulakan pada pilihan raya Hulu Selangor ini dengan mengundi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Search This Blog