Friday, August 27, 2010

Najib Tetap Enggan Mengalah ...

PM Najib sering bertindak pantas dan tidak mahu mengalah. Dalam peristiwa kebakaran Maahad Tahfiz di Selangor bulan lalu, sumbangan pertamanya sekitar RM30,000.
Selang dua tiga hari, Kerajaan Selangor bagi derma RM100,000. Kembali dari bercuti PMNajib sekonyong-konyong bagi RM200,000. Beberapa hari lalu, Kerajaan Pulau Pinang bagi bonus raya RM400 kepada stafnya. Ramai kakitangan Kerajaan Pusat berputus asa kerana tiada bonus raya.

Dinar, dirham boleh runtuhkan ekonomi Yahudi

 Datuk Husam Musa berkata, penggunaan sistem dinar dan dirham secara tidak langsung akan memberi pulangan ekonomi yang lebih tinggi kepada umat Islam, sedangkan golongan Yahudi semakin runtuh.
“Kerana itu mereka sedaya mungkin akan menghalang serta mengkritik dengan pelbagai dakyah untuk menakutkan umat Islam sendiri yang ingin menggunakan sistem terbabit,” ujarnya.
Justeru itu, katanya golongan Yahudi serta penentang agama Islam yang lain sehabis mungkin akan menentang umat Islam menggunakan mata wang syariat dinar dan dirham, kerana sistem itu akan merugikan mereka.

Thursday, August 26, 2010

Elok MCA keluar BN masuk Pakatan Rakyat


SEJAK akhir-akhir ini kelihatan Umno dan MCA sering bercakaran sesama sendiri, bersengketa dalam hal-hal perkauman sempit, kata-mengata antara satu sama lain.
Persengketaan kedua-dua parti utama komponen Barisan Nasional ini mengheret kepada pertikaman lidah antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek

Wednesday, August 25, 2010

Jika Ezam Bercakap Benar, Dialah Yang Pertama Diliwat


"Pada 1999 Ezam telah ditahan di bawah ISA dan dibebaskan pada tahun 2003. Mungkin inilah saat paling klimaks dalam rencah reformasi Ezam. Pada saat Ezam berada di penjara tentu sekali segala maklumat sulit tentang Anwar dan segala perjuangannya akan cuba dikorek digali oleh SB pada masa itu. Tentu sahaja dia tidak ditahan semata mata tanpa ada soal balas di dalam penjara. .

Tuesday, August 24, 2010

Kepimpinan Najib mula mirip era Pak Lah

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mula mempersenda kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan menggambarkan mirip gaya “Pak Lah” kerana kelihatan bimbang dalam melahirkan pendirian tegas ekoran isu-isu kontroversi kebelakangan ini.
Mereka mendakwa bahawa sikap Najib yang terlalu “berdiam diri” mencerminkan era Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila bekas perdana menteri itu takut dengan orang-orangnya sendiri dalam mengambil pendirian-pendirian tegas

terbaru tentang lingam...correct...correct...correct

Mahkamah Rayuan perlu menyemak hasil penemuan yang terkandung dalam laporan siasatan Inkuiri Suruhanjaya Diraja bahawa Datuk V.K.Lingam telah melakukan kesalahan jenayah, kerana ia merupakan serangan terhadap reputasi peguam itu. Lingam berkata walaupun tidak pernah didakwa, reputasinya telah tercemar dengan teruk, oleh itu, mengikut Perlembagaan Persekutuan, beliau berhak melindunginya.

Monday, August 23, 2010

UMNO Kedah Kalut: Masing-masing Bawa Hal Sendiri?

Oleh Ahmad Albab Al-Kulimi
Jumaat lalu, ana ke Lapangan Terbang Sultan Abd Halim, Alor Star menunggu kawan-kawan dari Kuala Lumpur. Sesampai di bangunan terminal, ana terkejut melihat banyak kereta Perdana dan Merz hitam. “Ai PM nak mai ka? Atau Muhyiddin. Tapi tak ada polis,” tertanya saya. Dalam terminal ana jumpa seorang kawan yang juga bekas orang kuat UMNO Bahagian Kota Star.
Biasalah bila bertemu kawan lama, banyaklah perkara kami borak. Ana tanya kawan ana, siapa yang nak mai. Ramai juak-juak UMNO dok tungggu. “Entah,” katanya. “Hai hang orangkuat UMNO tak kan tak tau?” tanya ana. “Manalah aku tau. Aku tak ambil kisah langsung bab UMNO. Buang masa. Aku dah lama tinggal UMNO. Lebih baik aku joint puak-puak tabligh,”jawabnya.

Tangkap ‘ikan besar’ selesai masalah


Terdapat banyak kes berprofil tinggi lewat diselesaikan agensi penguatkuasaan kerana terlalu memberi tumpuan menyelesaikan kes-kes kecil yang tidak pernah berkesudahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, agensi penguatkuasaan yang dipertanggungjawabkan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) harus mengambil tindakan serius untuk menghentikan perkara yang sama daripada terus berulang dengan menangkap ‘ikan besar’ yang menjadi dalang pada masalah itu.

Mahkamah jadi kedai tuak dan hakim mabuk

Faktor apakah yang menyebabkan orang ramai semakin terhakis keyakinan mereka pada mahkamah dan hakim-hakim.Tidak kira hakim peringkat kampung yang membicarakan kes kecurian ayam atau hakim yang mendengar dan membuat keputusan kes lebih besar yang melibatkan kepimpinan negara.

Asri: Jangan politikkan isu khutbah, tak salah doa pemimpin sejahtera


Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan isu membaca doa membabitkan kesejahteraan Ketua Menteri Pulau Pinang semasa khutbah sehingga boleh mencetuskan suasana tidak senang di kalangan rakyat.
Sambil menegaskan beliau tidak pasti bentuk doa yang telah dibacakan sebagaimana didakwa oleh Umno Pulau Pinang, bekas mufti Perlis kelahiran Pulau Pinang itu menganggap membacakan kesejahteraan Lim selaku Ketua Menteri atau seabgai ketua kerajaan negeri adalah perkara kecil.

Search This Blog