Saturday, July 24, 2010

RM1000 kepada anak yang menjaga Ibu Bapanya di P.Pinang

UMNO yang ditunggangi oleh MCA dan Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, tidak pernah atau gagal memikirkan apakah bantuan sebagai kerajaan yang mereka boleh hulurkan kepada warga Pulau Pinang.
Biarpun dikalangan mereka itu terdapat ramai cerdik pandai yang berkebolehan samada bijak melakukan pentadbiran mahupun bijak dalam memikirkan bagaimana mereka boleh membina harta dari kuasa dan pangkat yang ada.

Awas, politik cemburu Umno di Selangor


Anak Sengat   
Usia kerajaan Pakatan Rakyat baru menjangkau tiga tahun. Bermacam serangan dan meriam pelbagai saiz telah diledakkan. Hingga kini hanya kerajaan Perak yang mampu ditumbangkan.
Itupun dengan cara yang di luar akhlak dan moral demokrasi. Kerajaan Kelantan tak tergoyah sedikitpun sekalipun sasaran dihalakan kepada TG Nik Aziz dan keluarganya.

Friday, July 23, 2010

Kerajaan Rakyat vs Kerajaan Kroni

Kerajaan yang dipilih oleh rakyat akan bertanggung jawab pada rakyat. Kesejahteraan dan kepentingan rakyat mesti menjadi prioriti mereka. Dasar serta tindak tanduk mereka mesti rakyat-friendly.... dan menguntungkan rakyat.Dalam masalah air di Selangor..... apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan meminta Kerajaan Pusat menyerahkan semula pengurusan industri air Selangor yang telah diswastakan kepada mereka, adalah satu tindakan yang pro-rakyat. Mereka tidak mahu rakyat dibebani dengan kadar kenaikan tarif air... sedangkan Syabas, syarikat kroni UMNO/BN, mengaut keuntungan lumayan.

UMNO Selangor tertekan, Poket Kroni dah kering.

Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

BN telah menghabiskan sumber negara secara melampau


Selepas kemelut ekonomi pada tahun 1998, Perdana Menteri pada ketika itu, Mahathir Mohamad melaksanakan langkah seperti "capital control" (kawalan modal) dan sebagainya. Tetapi, apakah harga yang kita bayar? Jawapannya boleh dibaca dari kenyataan Idris Jala, defisit negara telah bertambah dari RM5 bilion pada tahun 1998, kepada RM47 bilion pada tahun 2009. Hutang negara kita pula meningkat daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM 362 bilion pada tahun 2009

Rasuah rugikan negara RM10b setahun

 Malaysia boleh menanggung kerugian sehingga RM10 bilion setahun sekiranya gejala rasuah tidak dibendung di negara ini.Bank Dunia juga menganggarkan rasuah jika tidak dibendung boleh mengakibatkan kadar pertumbuhan sesebuah negara merudum antara dua hingga empat peratus setahun.
Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Akhbar Satar, berkata mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) penipuan/penyelewengan terbesar direkodkan di negara ini pada satu-satu tahun adalah pada 1998, membabitkan nilai mencecah RM4.6 bilion.
“Jumlah itu kemungkinan jauh lebih besar sekiranya mengambil kira statistik ACFE dikeluarkan tahun lalu yang menunjukkan hanya 2.3 peratus kes penyelewengan termasuk rasuah terbongkar di seluruh dunia,” katanya pada Forum Garis Panduan Pemerolehan Nasional di sini, semalam.

'Pecat pemimpin temui Harussani'


PAS diingatkan supaya bertindak tegas terhadap pemimpinnya yang mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bagi meminta beliau mengusahakan kesatuan parti itu dengan Umno.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata sekiranya terdapat mana-mana pemimpinnya terlibat walaupun atas kapasiti peribadi, pemimpin berkenaan boleh dikatakan tidak wala' (setia),
"Ini kerana dasar parti jelas dan ditegaskan dalam tiga muktamar berturut-turut. Kukuhkan Pakatan Rakyat dan tolak perpaduan dengan Umno!" kata Khalid tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin itu

Thursday, July 22, 2010

Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan.  Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.
Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak untut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.
Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.

Yang miskin subsidi yang kaya


Kenaikan harga, atau "penyelarasan" sebagaimana yang disebut dalam akhbar menjadi tumpuan ramai baru-baru ini.  Kerajaaan masing-masing mengetengahkan pakej ransangan ekonomi sebagai reaksi kepada tsunami ekonomi global pada tahun 2008, seolah-oleh pengikut setia John Maynard Keynes, pakar ekonomi yang terkemuka.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, masing-masing terasa sesuatu yang tidak kena pada tempatnya, segera menjauhkan diri daripada roh John Maynard Keynes, dan mula membincangkan pengetatan fiskal (fiscal tightening).  Seiring dengan pola global ini, kerajaan Malaysia juga beralih daripada dua pakej ransangan ekonomi, kepada formula naik harga pada hari ini.

Najib PM Terakhir Umno

Oleh: qatibun

"Mengikut Teori RAHMAN sememangnye Najib adalah PM terakhir dari UMNO utk Malaysia. Dan sememangnye teori ini ada asasnye semenjak najib mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Terlalu banyak kacau bilau yang dilakukan beliau atas arahan sifunye Tun M.

Najib adalah merupakan PM yg terlalu byk dipalitkan dgn kes kes yg berprofil tinggi antara yg terkenal ialah kes altantunya mongolia dan sehingga kini beliau tidak menafikan penglibatannye. Sehinggakan isteri beliau juga terpalit dgn kes tersebut. dan akhirnye 2 anggota polis dikambing hitamkan manakala Razak Baginda terlepas ke luar negara.

Perpaduan Melayu supaya lupa isu negara

 
PAS mengingatkan kepada semua pimpinan dan ahli PAS di semua peringkat jangan terpedaya dengan taktik media Umno untuk menenggelamkan isu negara yang bertimbun-timbun sekarang yang menggambarkan kerajaan yang ditunjangi Umno di negara ini semakin rapuh dan reput.

Wednesday, July 21, 2010

Mungkinkah Najib Menjadi Saksi Di Mahkamah Peranchis?

Barangkali ramai orang sudah mempercayai keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menerajui kepimpinan negara. Sebutan ‘Satu Malaysia’ sering kedengaran di sana sini terutama melalui corong-corong radio dan televisyen. Tidak cukup dengan itu, apa jua dasar baru yang diperkenalkan, masih juga menyematkan perkataan ‘1Malaysia’ seperti ‘Klinik 1Malaysia’ dan sebagainya.
Tetapi, adakah kita pasti Najib sekarang tidur lena? Mungkin agak keterlaluan apabila kita mengatakan dia sekarang mampu untuk tidur lena di tilam empuk di puncak Putrajaya.

PAS pertahan Harussani berbohong, cabar dedah identiti wakil

PAS masih mempertahankan yang pihaknya tidak pernah menghantar wakil rasmi untuk menemui Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar menjadi orang tengah mengaturkan pertemuan penyatuan Umno-PAS. Sehubungan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mencabar Harussani agar mendedahkan nama pemimpin parti itu yang didakwa menemui beliau berhubung isu idea perundingan menyatukan Umno-PAS.
“Sekali lagi kami hendak mengatakan yang kami tidak menghantar dan tidak pernah memutuskan perkara ini... tidak, tidak ada orang, tiada keputusan parti.

CUKUPLAH WAHAI HARUSSANI, BETULKAN PERAK DULU

MUFTI Perak Harussani mengakui beliau tidak berbohong apabila mendakwa terdapat pemimpin PAS berjawatan `tinggi' menemuinya. Tujuan berjumpanya adalah untuk meminta Mufti Perak tersebut menjalankan usaha menyatukan parti sekular Umno dengan Parti Islam iaitu PAS. Pengakuan Mufti Perak tersebut adalah berlanjutan daripada kenyataan dua Naib Presiden PAS yang mendakwa Mufti berkenaan berbohong.

Tuesday, July 20, 2010

Kerajaan salah, rakyat dihukum


YB V.Sivakumar   
Adakah benar bahawa Malaysia akan muflis pada tahun 2019? Kenyataan ini tidak dibuat oleh YB Lim Kit Siang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ataupun YAB Dato Seri Tok Guru Nik Aziz.

Yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang pemimpin Barisan Nasional sendiri. Seorang menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri telah berani tampil ke hadapan untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa negara kita akan muflis dalam tempoh 9 tahun lagi. Beliau menyarankan supaya subsidi yang diberikan kepada rakyat ditarik balik untuk menyelamatkan negara.

Mahfuz: Jika ada RM10b, mengapa potong subsidi

Pentadbiran Najib tidak sewajarnya merampas subsidi rakyat, yang dikatakan hanya mampu menjimatkan RM750 juta tahun ini memandangkan Perbendaharaan mengaku mempunyai lebihan pendapatan RM10 bilion tanpa subsidi diselaras.

Haram sokong pemerintah zalim

"SOALAN: Benarkan pentadbiran negara pimpinan BN boleh dianggap mengamalkan demokrasi, iaitu satu sistem yang kononnya berteraskan keadilan kepada rakyat jelata. Persoalannya, Dewan Rakyat belum dibubar, tetapi para pemimpin BN sudah berkempen sakan khususnya di negeri Kelantan dengan menaburkan pelbagai janji dan begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Pakat masuk PAS, bukan bersatu dengan Umno

Idris Ahmad   
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak cadangan Tan Sri Harussani yang hendak menjadi perantaraan antara Pas dan Umno demi perpaduan Melayu di negara ini.

PAS bukan angkuh tetapi itulah hakikat yang berlaku pada hari ini, Umno sudah tidak relevan untuk orang Melayu menjadi tempat berteduh.

Monday, July 19, 2010

PR sedia disiasat

  Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pe- nyelewengan pengurusan jual beli pasir seperti didakwa Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Seri Noh Omar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye berkata, PR tidak mempunyai masalah memberikan kerjasama dalam siasatan itu kerana PR yakin bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam penyelewengan itu.

Pilih.. Parti atau Kerajaan?

Oleh : Profesor Dr Abdul Aziz Bari

Perkembangan dalam UMNO dan PKR bulan lalu membangkitkan isu tentang hubungan antara parti dan kerajaan. Di Selangor PKR membuat perubahan dalam struktur kepemimpinan parti dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mengetuai parti di peringkat negeri. Sementara itu, perkembangan dalam UMNO menimbulkan soalan siapa yang memerintah: kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO?

TERIMA KASIH BN KERANAMU HARGA BARANG NAIK MELAMBUNG!

Perdana Menteri 1Malaysia arah kepada media pengampu, jangan guna 'Harga Minyak Naik", Harga Gula Naik, Harga Gas Naik! Tukar tajuk...turun subsidi, penyelarasan harga dan lain-lain supaya mak cik dan pak cik kat kampung terus kena kelentong dengan Umno BN.

Harga barang: Bijaknya kerajaan sembunyikan agenda

1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .

Search This Blog