Saturday, April 10, 2010

Siapa tak tahu apa yang bermain dalam otak Najib?

Ketika menghadiri satu majlis di Kuala Selangor baru-baru ini, Najib Razak menggesa agar parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak sekadar menggariskan matlamatnya pada PRK Hulu Selangor, tetapi memandang ke arah matlamat yang lebih besar, iaitu mengembalikan majoriti dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat.

Ketika mengeluarkan hujah-hujah ini, Najib dengan penuh yakin mengumumkan bahawa BN semakin menghampiri matlamat ini. Malah, beliau mungkin berharap agar kemenangan BN di PRK Hulu Selangor boleh dijadikan hadiah ketika beliau mengunjungi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama

Kenyataan Najib ini sesungguhnya mengejutkan saya, namun perlu juga saya memuji kejujuran dan keberaniannya. Senario terbaru memperlihatkan bagaimana beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat keluar dari parti, dan memainkan peranan untuk menyerang PR. Kenyataan Najib ini tidak lain tidak bukan pengakuan terbuka bahawa beliaulah pengarah di sebalik sandiwara ini -- menuju ke arah matlamat besar untuk mengembalikan majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Pencaturannya sama sebagaimana beliau merampas kuasa kerajaan negeri Perak dari PR pada tahun lalu. "Secara tiba-tiba", tiga orang ADUN pengkhianat menyebelahi BN. Kemudian, beliau menamatkan nafas kerajaan negeri PR di Perak dengan tangan Sultan. Najib melayan perlembagaan negeri bagaikan sampah; memijak suara rakyat bagaikan tanah. Sekali lagi beliau menjejaskan sistem pengasingan kuasa, mengerah jentera negara yang ada untuk mengukuhkan kuasa BN.

Apa yang berbeza, Najib tidak lagi menyembunyikan "matlamat besar"-nya, sebaliknya secara terang-terang menyampaikan mesej yang jelas kepada ahli parlimen pembangkang, bahawa beliau amat memerlukan mereka. Apa-apa pun syaratnya, bolehlah dibincang kemudiannya.

Oleh itu, ahli parlimen PR yang gelojoh, malas berkhidmat, mencungkil rungutan rakyat, dan menyedari bahawa dirinya tidak berpeluang lagi untuk bertanding pada PRU akan datang..., menjadi sasaran Najib. Maka, Najib pun melambai-lambaikan tangan kepada mereka, agar mereka tampil ke depannya dan menggadaikan diri (yang "tidak ternilai"), lantas merealisasikan wawasan Najib untuk menguasai majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Kehilangan kuasa meminda perlembagaan

Mengapa BN asyik gusar tak tentu arah setelah kehilangan majoriti dua pertiga dalam parlimen? Jawapannya semudah ABC. Untuk setengah abad yang lalu, sistem perundangan, eksekutif dan kehakiman digenggam BN. Semakin besar kuasanya, semakin beranilah orangnya. Tiga kuasa ini diperkudakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan BN. Fenomena kepincangan seperti "Undang-undang BN", "Polis BN" dan "hakim BN" yang kita saksikan hari ini, adalah produk kepada monopoli BN sepanjang ini.

Tanpa diduga, BN tersungkur dalam PRU ke-12. BN kehilangan majoriti dua pertiga hanya semalaman. Rakyat telah merampas kuasa pemerintah untuk menggubal undang-undang dan meminda perlembagaan. Untuk BN yang sudah biasa dengan kuasa dalam genggamannya, malapetaka ini cukup membinasakan.

Apa pentingnya kuasa untuk meminda perlembagaan? Secara ringkasnya, ia bagaikan senjata yang boleh digunakan untuk melindungi rakyat, bahkan boleh disalahgunakan untuk mengancam kepentingan rakyat. Persoalannya, dalam tangan siapa senjata itu berada? Sejak tahun 1960-an, saya menyeru rakyat untuk menafikan kuasa majoriti dua pertiga Perikatan (BN kemudiannya), yang membolehkannya meminda perlembagaan sewenang-wenangnya.

Sekali imbas, pemindaan yang bercanggahan dengan semangat satu orang satu undi, perbezaan ketara antara jumlah pengundi satu kawasan dengan satu kawasan yang lain, pindaan yang menjamin kemenangan parti pemerintah dalam persempadanan semula kawasan pengundi, malah pemansuhan undi ketiga (pilihan raya kerajaan tempatan) yang dibangkitkan baru-baru ini, semuanya diluluskan pada zaman itu. Kesannya masih dirasai sehinggalah sekarang.

Perlembagaan tidak harus dipinda sewenang-wenangnya

Perlembagaan ialah asas undang-undang negara yang suci, digubal rakyat melalui parlimen. Ia merupakan manifestasi prinsip kedaulatan rakyat. Malah, ia juga merupakan syarat amalan sistem berperlembagaan. Maka, kandungan dalam perlembagaan tidak harus diubahsuai sewenang-wenang tanpa diteliti fungsi dan kewajarannya. Ini menjelaskan mengapa akta kuno yang "ketingggalan zaman" di sesetengah negara masih disimpan sebagai "hiasan sejarah".

Untuk melangkah serentak dengan peredaran zaman, banyak negara yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan akan mengadakan referendum, walaupun telah diluluskan dengan majoriti dua pertiga dalam parlimen pindaannya. Sebarang pindaan perlembagaan perlu mendapat persetujuan rakyat untuk memperolehi legitimasinya. Kuasa menggubal perlembagaan dimiliki rakyat. Idea ini telah menjadi persefahaman semua umat manusia, malah merupakan nilai sejagat.

Perlembagaan hanya akan dipinda apabila amalannya bercanggah dengan kepentingan rakyat. Perlembagaan dipinda bukan kerana kepentingan sekumpulan orang, lebih-lebih lagi perkiraan politik beberapa kerat orang.

Pernah pakar perlembagaan menyatakan bahawa, seandainya perlembagaan boleh dipinda sesuka hati dalam parlimen, maka kuasa pindaan ini bersamaan dengan kuasa penggubalan. Ia bukan sahaja sesuatu yang tidak masuk akal dari segi teorinya, malah pelaksanaannya bakal mengundang malapetaka.

Apabila kuasa pengubalan perlembagaan dicabuli, maka kepentingan penggubal perlembagaan (rakyat) gagal dijamin. Perlembagaan gagal memainkan dwi-fungsinya, iaitu memperuntukkan kuasa dan pada masa yang sama mengehadkan kuasa. Dengan itu, kuasa mungkin akan menjadi abnormal.

Untuk mengelakkan pencabulan perlembagaan oleh kerajaan diktaktor, Thomas Paine dalam "Rights of Man"-nya berkata, "Perlembagaan adalah sesuatu yang wujud sebelum kerajaan. Dan kerajaan adalah produk perlembagaan. Perlembagaan bukanlah resolusi kerajaan, tetapi resolusi rakyat untuk membentuk kerajaannya."

Dengan kata lain, seandainya resolusi rakyat diubahsuai oleh kerajaan yang jahat, maka mana jaminannya hak asasi, hak kehakiman, hak politik, hak ekonomi dan hak sosial rakyatnya?

Taktik BN untuk survive

Untuk Najib, majoriti dua pertiga dalam parlimen adalah segala-galanya. Niatnya menjadi rahsia terbuka. Pada PRU ke-12, bukan sahaja rakyat mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan, malah menumpaskan empat kerajaan negeri BN dan menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen. Pengajaran ini cukup mencemaskan BN.

Meminda perkara pilihan raya dalam perlembagaan, menggunakan SPR untuk menyempadankan semula kawasan pengundian agar kuasa mereka dikekalkan, telah menjadi salah satu taktik BN untuk memastikan kelangsungan survival-nya. Namun, cubaan Najib ini tersekat kerana gagal mencecah majoriti dua pertiga dalam parlimen. Percayalah, persempadanan semula kawasan pengundi adalah perkara yang didahulukan, malah, lebih undang-undang yang menyebelahi BN dalam pengukuhan kuasanya akan menyusul kemudian, seandainya BN menguasai semula majoriti.

Sebagaimana yang saya sebut tadi, pindaan perlembagaan tidak dapat dielakkan ada kalanya kerana keperluan untuk menyesuaikan undang-undang dengan keadaan baru. Pada hemat saya, seandainya pindaan tersebut selari dengan kepentingan rakyat, mendukung cita-cita membina sesebuah masyarakat yang adil, saksama, bersih, dan menuju ke arah pengagihan sumber yang adil dalam bidang politik, ekonomi, budaya, pendidikan, tanah dan sebagainya--di mana ia menjadi persefahaman antara pemerintah dan pembangkang, maka bukanlah sesuatu yang susah untuk diluluskan dalam parlimen. Jadi, apa perlunya BN menguasai semula majoriti dua pertiga?

Hanya konspirator politik dengan muslihat yang tidak boleh terdedah, malah gelojoh untuk memenuhi nafsu kuasa, akan dihantui majoriti dua pertiga di mana-mana dia berada. Konspirator sebegini akan menggoda pelacur politik dengan wang ringgit yang ada, bermalam-malam dia berjinak-jinak dengan mereka atas "1katil".

Nampaknya Najib menyarat penuh harapannya dalam kunjungan beliau ke Amerika Syarikat kali ini. Sebelum Najib menyampaikan cenderamatanya kepada Obama, saya berharap beliau menatap pindaan perlembagaan pertama yang pertama kalinya diluluskan di Amerika Syarikat pada 15 Disember 1791,

"Parlimen tidak boleh menggubal undang-undang seperti berikut, mewujudkan agama kebangsaan atau menyekat kebebasan beragama, mencabul kebebasan bersuara atau penerbitan atau berpersatuan, merampas hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan mengadu kepada kerajaan."

Kemudiannya, beritahulah Obama dalam pertemuan mereka, "Perlembagaan '1Malaysia' juga mempunyai undang-undang sebegini. Selain agama kebangsaan, kami mendukung kesemua undang-undang itu. Malah perlaksanaannya berkesan sepanjang tahun ini. Konsep 'Melayu didahulukan' tidak bercanggahan dengan konsep '1Malaysia'. Negara kita adil untuk semua, satu dunia mengetahuinya."

Semoga Presiden Obama membalas dengan tepukan yang gemuruh, dan Najib kembali diiringi kebanggaan.

Umno guna BN perkudakan komponen lain

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan ucapan perkauman timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang membangkitkan isu kerakyatan kepada bukan Melayu di negara ini yang didakwa perlu berterima kasih kepada Umno.PAS tidak melihat isu ini perlu dibangkitkan kerana soal kerakyatan bukan Melayu sudah lama selesai dan generasi Cina, India dan kaum bukan Melayu yang menjadi warganegara ini telah diberikan kerakyatan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Umno.

Malah selepas lebih 52 tahun negara ini merdeka, rakyat bukan Melayu telah memberikan banyak sumbangan kepada pembangunan negara ini dan mereka seharusnya tidak dijadikan bahan politik untuk dihina demi untuk menunjukan Umnolah juara rakyat sebenarnya.Ucapan Noh ini bukan pertama kali keluar dari mulut pemimpin Umno. Februari lepas Datuk Nasir Safar, pegawai khas Perdana Menteri turut membakar kemarahan kaum bukan Melayu dengan mengelarkan kaum Cina dan India dinegara ini sebagai pendatang.PAS menolak sebarang ucapan, slogan atau kempen perkauman yang diterapkan oleh Umno dan BN kerana jelas ia hanyalah merugikan rakyat.

Isu perkauman dan kewarganegaraan tidak seharusnya berbangkit dan PAS berharap kaum Melayu dan bukan Melayu dapat hidup dengan harmoni dinegara ini serta menghormati hak masing-masing.PAS menyeru Komponen BN menilai kedudukan mereka dalam BN kerana akhir-akhir ini Umno sudah kembali menunjukan dasar perkaumannya. Umno hanya menjual slogan demi slogan bagi menarik sokongan rakyat.Malah dalam konvensyen itu, hanya lagu BN dan Umno sahaja yang dinyanyikan seolah-olah dalam BN hanya ada parti Umno sahaja. Jawapan Pengerusi Penganjur Konvensyen, yang mendakwa beliau tidak melihat sebarang isu dalam hal ini menjelaskan lagi sikap Umno yang memandang kecil kehadiran komponen lain BN semasa majlis itu. Malah Umno sampai hari ini tidak pernah berhenti menyalahkan MIC dan MCA diatas kekalahan teruk mereka di Selangor.

Oleh itu, PAS melihat komponen BN bukan Melayu kini ibarat anak tiri yang sudah kematian bapa. Sudah kalah, Umno pun tak pandang.PAS juga yakin, rakyat akan menghukum BN dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 25 April ini dengan sikap yang ditunjukan oleh Umno dan Komponen lain yang masih bacul untuk tinggalkan BN kerana menjaga periuk nasi mereka.Ustaz Idris Ahmad,Ketua Penerangan PAS Pusat.

Anggota Parlimen Sibu meninggal dunia

Anggota Parlimen Sibu, Sarawak yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau meninggal dunia pagi ini akibat barah.Robert Lau, 68, dari parti SUPP, salah satu komponen BN, memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi menewaskan dua calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu iaitu calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil iaitu yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008. Namun begitu besar juga kemungkinan ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri yang sedang disebut-sebut sekarang ini.Sebelum ini, Sarawak menghadapi pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya umum 2008 iaitu DUN Batang Ai. BN menang kerusi itu mengalahkan calon PKR.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail yakin hanya seorang sahaja calon Pakatan Rakyat akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini.
"Saya yakin, kita hanya mampu mengalahkan BN melalui pendekatan satu lawan satu. Jadi saya yakin, hanya satu calon Pakatan kali ini," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam pilihan raya lalu, calon DAP dan calon PKR menentang calon BN di Sibu. Hasilnya kedua-dua mereka kalah dengan majoriti 3,235 undi di tangan Robert Lau.
Saifudin juga berkata, Pakatan Rakyat sedang memperkukuhkan hubungan antara parti di Sarawak.
"Kita yakin, pilihan raya kecil ini boleh mempercepatkan proses itu," katanya.
Beliau juga tifdak menolak kemungkinan pilihan raya Parlimen ini akan disekalikan dengan pilihan raya negeri Sarawak yang sudah sampai tempoh matangnya.

Friday, April 9, 2010

Kadir Jasin: Letak Calon MIC Silap Besar BN Di Hulu Selangor

Sistem kuota yang diamalkan oleh Barisan Nasional dalam pembahagian kerusi berkemungkinan menjejaskan peluangnya untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor.

Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan The News Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin walaupun media mewar-warkan bahawa populariti Umno kini kembali pulih dan sokongan kaum Cina bertambah mantap kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun keputusan tidak memihak kepada calon Melayu atau Cina untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor.

"Semua indikasi menunjukkan kerusi ini akan sekali lagi diberi kepada MIC, parti yang paling kecil dan lemah dalam gagasan BN pada peringkat federal yang secara kebetulan kalah kepada PKR dalam pilihan raya umum 2008.

"Inilah dilemma BN yang mungkin akan mengorbankan kerusi ini sekali lagi. Bukan sahaja MIC parti yang terkecil dalam kumpulan parti asal di Semenanjung, bahkan ia juga mempunyai pengikut paling sedikit di Hulu Selangor," kata Kadir dalam catatan blognya Isnin lalu.

Kawasan Parlimen tersebut didominasi oleh penduduk Melayu yang merangkumi hampir 54 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar seramai 63,000 orang, diikuti oleh pengundi Cina (26.7 peratus) dan India (19 peratus).

Spekulasi yang berlegar ialah calon BN yang kalah iaitu Datuk G. Palanivel yang juga merupakan Timbalan Presiden MIC akan dipilih menjadi calon.

"Seorang yang dianggap baik tetapi hubungan rapat beliau dengan presiden parti, Datuk Seri S. Samy Vellu, juga tokoh dari MIC yang kalah teruk dalam PRU 2008, dilihat sebagai satu liabiliti.

"Meletakkan calon India di yang mempunyai kawasan majoriti Melayu serta komuniti Cina yang besar, dan di mana Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat akan menampilkan seorang calon Melayu, akan hanya melemahkan peluang BN untuk mengambil balik kerusi tersebut," jelas Kadir.

Kerusi Hulu Selangor kosong berikutian kematian wakil KEADILAN, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mach.

Pada PRU 2008 Zainal Abidin mengalahkan Palanivel dengan majoriti tipis sebanyak 198 undi. Beliau mendapat 23,177 undi berbanding Palanivel yang memperolehi 22,979 undi.

"Samada Umno atau the BN tidak berani mengakui bahawa kekalahan kerusi itu disebabkan undi protes pengundi Melayu terhadap Umno yang ketika itu dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketidakpuasan hati terhadap calon India yang dipilih.

"Demonstrasi besar-besaran oleh pertubuhan haram, Hindraf yang mendakwa penindasan ke atas kaum India serta reaksi MIC telah menyebabkan kemarahan orang Melayu. Akibatnya majoriti calon MIC termasuk Samy Vellu, kecundang dalam pilihan raya," kata beliau lagi.

Tambah Kadir, kelompok Melayu yang tidak berpuas hati tersebut mungkin tekah kembali menyokong Umno di bawah Najib seperti mana yang dicanangkan oleh parti itu.

Persoalannya adakah mereka akan mengundi BN di Hulu Selangor sekiranya gagasan itu masih diwakili oleh MIC?BN kalah kerusi tersebut pada PRU 2008 disebabkan protes oleh penyokong Umno.Mereka juga bencikan pentadbiran Abdullah dan terguris akibat protes kaum India pada 2007 kata pengarang veteran itu.

"Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor mengatakan segalanya. Peratusan keluar mengundi adalah rendah - hanya 75.24 peratus - dan bilangan undi rosak dan ditolak adalah tinggi – 1,689 - menunjukkan elemen protes yang kuat.

"Saya tidak fikir pandangan dan perasaan ahli dan penyokong Umno terhadap MIC telah berubah kepada suatu yang positif. Mereka masih tidak yakin mengenai kekuatan MIC kerana tampuk pimpinan parti masih kekal dan tidak banyak berubah. Samy Vellu masih kekal berkuasa sementara pada waktu yang sama Umno dan MCA telah melalui proses pertukaran kepimpinan.

"Tambah lagi kesetiaan pengundi India berbelah bagi dengan begitu banyak parti politik dan NGO India berebut-rebut untuk mendapatkan sokongan kaum itu.

"Keputusan PRU 2008 jelas menunjukkan majoriti pengundi India berpihak kepada KEADILAN-DAP-Pakatan Rakyat," ujar Kadir dalam analisis beliau.

Menurut Kadir lagi, terdapat parti berasaskan kaum India lain yang kecil - samada yang menyokong BN atau sebaliknya - seperti PPP, IPF, MIUP, Makkal Sakti, Mindraf, Kimma dan Parti Punjabi Malaysia.

"Jadi, sementara meletakkan calon MIC mungkin dilihat selari dengan semangat BN dan untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri dikalangan kaum India, langkah ini dianggap amat payah untuk meyakinkan pengundi Melayu dan Cina untuk menyokong calon kaum India yang berkemungkinan gagal untuk memobilisasi sokongan dari komunitinya sendiri.

"Oleh itu sekiranya KEADILAN-Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kerusi itu bukan kerana mereka kuat tetapi disebabkan BN masih belum pulih sepenuhnya. Sistem kuota yang masih digunakan dalam pembahagian kerusi antara parti komponen untuk membantu parti minoriti akan menjadi beban kepada BN," kata Kadir.

Kata Kadir Pakatan Rakyat juga mempunyai masalah mereka tersendiri, terutamanya KEADILAN yang tercalar imejnya akibat tindakan melompat parti oleh tiga daripada 31 Ahli Parlimennya.

"Kita mungkin akn melihat ulang tayang tindakan protes oleh pengundi Melayu terhadap BN kerana memilih untuk meletakkan calon yang salah," kata beliau.

Thursday, April 8, 2010

Peruntukan RM2.64 Bilion, Nilai Kontrak hanya RM15 Juta

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah didakwa menerima peruntukan sebanyak RM2.64 bilion melalui bajet 2009 namun hanya RM15 juta nilai kontrak yang telah didedahkan di dalam portal perolehan elektronik MyProcurement.

Hal ini didedahkan Ahli Parlimen (AP) Petaling Jaya, Tony Pua pada sidang media di parlimen hari ini.

Tony Pua dalam sidang media berkata beliau juga menemui satu lagi maklumat yang dicurigai dalam portal berkenaan iaitu satu kontrak untuk membina sebuah hostel 200 bilik dengan jumlah RM77.8 juta.

"Lebih murah lagi kalau beri setiap seorang itu sebuah banglo," kata beliau.

Beliau dalam pada itu meminta kementerian pelajaran untuk membuat penjelasan berhubung kontrak berkenaan.

Menurut beliau, lebih banyak kesilapan dan maklumat yang tidak lengkap dikesan dalam portal perolehan elektronik MyProcurement.

Beliau juga mendedahkan maklumat di dalam protal itu tidak lengkap kerana hanya mengandungi maklumat kontrak daripada 16 buah kementerian.

Selain itu, beliau juga memetik maklumat kontrak daripada Jabatan Perdana Menteri yang memperoleh peruntukan sebanyak RM11.2 bilion sebelum ini.

Namun, kontrak yang dipaparkan di portal berkenaan bagi kementerian berkenaan hanyalah sebanyak 1.5% daripada jumlah peruntukan berkenaan.

"Ini akan meningkatkan kecurigaan bahawa kerajaan tidak mempunyai political will untuk membanteras rasuah," katanya lagi.

Portal MyProcurement merupakan pusat maklumat perolehan kerajaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

YBK: K'jaan S'gor keluar kertas putih

Semoga dengan pendedahan lengkap fakta-fakta mengenai YBK ini akan menghentikan fitnah fitnah dari blog-blog pro UMNO hendaknya..

Kerajaan Selangor akan mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada umum pada 12 April ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kertas putih yang disediakan berdasarkan maklumat hasil laporan bahagian audit dalaman kerajaan negeri.

Menurutnya, kertas putih yang mengandungi maklumat lengkap mengenai YBK termasuk tanah dan aset yang dimilikinya, akan diedarkan sewaktu sidang Dewan Negeri Selangor yang akan bersidang Isnin depan.

“Bahagian audit dalaman sudah menyiapkan laporan mengenai YBK dan kita akan edarkan kepada umum sempena sidang Dewan Negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Pejabat Daerah Hulu Selangor, hari ini.

Difahamkan, isu YBK akan dibangkitkan oleh BN dalam kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hubung bulan ini.

YBK menjadi perhatian apabila kerajaan negeri Selangor yang mahukan Khalid selaku menteri besar memegang jawatan pengerusi yayasan tersebut.

Selain itu, dilaporkan, kerajaan negeri juga mahu tiga orang lantikan mereka memegang jawatan ahli pemegang amanah YBK.

Bagaimanapun,YBK menolaknya kerana bermakna kerajaan Selangor mahukan jawatan empat daripada enam ahli pemegang amanah yayasan tersebut.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom dilaporkan berkata, YBK tidak akan tunduk kepada ugutan kerajaan negeri itu yang ingin menyekat segala kegiatannya jika tidak mematuhi syarat tersebut.

Selepas itu dilaporkan bahawa tanah milik YBK akan diambil semula jika pertubuhan itu gagal melunaskan tunggakan cukai RM5.7 juta.

YBK merancang untuk membangun kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sebidang tanah seluas 876 hektar tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menolak bayaran daripada RM5.7 juta Yayasan Melaka untuk menjelaskan tunggakan cukai YBK itu.

Sementara itu, Menteri Besar juga berkata, mesyuarat MMKN hari ini juga meluluskan pemberian tanah tambahan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, Hulu Selangor, yang telah tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, tanah itu memang sudah digazetkan untuk sekolah berkenaan dan sekolah hanya perlu membayar premium tanah sebanyak RM1, yang menjadi polisi kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Abdul Khalid juga berkata, kerajaan negeri akan mencari jalan untuk membantu petani yang menjalankan aktiviti pertanian di tapak tanah yang menggunakan status pendudukan sementara (TOL).

“Kita akan cari jalan supaya mereka boleh menyewa atau sewa beli untuk jangka panjang,” katanya.

Menteri Besar juga berkata, semenjak tahun lalu kerajaan negeri telah berusaha memberi peluang kepada setinggan di negeri itu untuk menduduki tanah secara sah.

Katanya, peluang itu diberikan kepada setinggan dan mereka yang tidak memiliki tapak tanah dengan syarat telah menduduki tanah itu melebihi 15 tahun.

Katanya, mereka boleh memohon untuk pajakan antara 60 hingga 99 tahun bergantung kepada bayaran premium yang dibayar pemohon.

MCA Boikot Konvensyen BN Selangor

Tindakan biadap dan tidak bertanggungjawab penganjur Konvensyen Barisan Nasional Selangor yang menganak-tirikan pemimpin perwakilan MCA yang hadir dijangka menyukarkan usaha komponen itu untuk menawan Selangor.

Konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

Mengulas isu ini, Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata tindakan ini membuktikan MCA sudah tidak releven lagi dalam BN.

"Ini adalah buktinya, di mana semangat setiakawan yang dibanggakan telah dikorban hanya untuk kepentingan Umno.

"Perkara ini bukan baru sejak Najib menjadi PM dan melancarkan slogan 1Malaysia, beliau tidak pernah sebut nama dan guna MCA sebagai platform untuk bertemu masyarakat Cina. Semua diurus oleh pejabat PM," dakwa Hu.

Ditanya berkenaan ucapan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selongor, Datuk Noh Omar yang mengungkit bahawa orang Melayu telah banyak berkorban dengan memberikan kerakyatan dan meminta kaum bukan Melayu berterima kasih dengan tindakan ini.

Bagi Hu Pang Chaw, kenyataan Noh ini adalah dangkal dan tidak tahu membaca sejarah.

Tambahnya, soal kerakyatan ialah perkara yang dipersetujui bersama oleh pemimpin terdahulu dan juga British pada masa itu. Tentunya ada sebab yang kuat untuk pemimpin Umno ketika itu bersetuju dengan perkara berkenaan.

"Apabila berkata begitu Noh tidak layak duduk dalam kabinet PM yang memperjuangkan slogan 1Malaysia. Beliau juga tidak layak menjawat jawatan timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor yang akan berkempen di Hulu Selangor pada pilihan raya kecil hujung bulan ini nanti," tegasnya.

Konvensyen BN pada hari ini bertujuan bagi membincangkan berkenaan hala tuju parti itu dan hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi yang tidak dikenali.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Wednesday, April 7, 2010

Kalah kalau pilihanraya sekarang?.Nizar: PR menang dulu, kini dan selama-lamanya

Mantan Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin tetap yakin bahawa rakyat di bumi Perak akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan negeri seandainya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan pilihan raya diadakan sekarang.

Sambil menolak analisis soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM centre, yang menjangkakan PR akan kalah jikalau pilihan raya diadakan sekarang, berdasarkan perhitungan bahawa sokongan Melayu terhadap PR akan menurun pada kadar 7–10 %, Nizar mendakwa rakyat di bumi Perak telah menjadi "buta warna kulit".

"Saya perlu mengaku bahawa saya tidak dapat menyetujui sepenuhnya analisis tersebut," sebelum beliau menyambung, "Kalau itulah analisisnya, maka Zambry (MB BN) adalah orang pertama yang ketawa dan ketawa dan mengadakan pilihan raya sekarang kerana beliau akan menang sekarang juga."

"Tetapi, saudara-saudara, kita cabar dia. Kalau anda (Zambry/BN) rasa anda akan menang dengan apa-apa cara juga, adakan pilihan raya sekarang dan tengok siapa yang akan menang!"

Malah, beliau sempat mengusik parti musuh politiknya, dengan meminjam slogan UMNO, "Kami menyatakan, kalau ada pilihan raya hari ini, besok, semalam dan bila-bila...dulu, kini dan selama-lamanya, kita Insyaallah akan menang!"

Hampir 40% setuju BN sah kerajaan negeri di Perak

Kata-kata bekas MB Perak dalam forum berjudul "Pencabulan Amalan Federalisme: Implikasi kepada Institusi Perundangan di Malaysia" disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 600 orang hadirin. Forum ini dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) bersama ILHAM Centre pada pada 1 April, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bertempat di Auditorium Dewan Sivik MBPJ.

Selain Nizar Jamaluddin yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, ahli panelis yang dibariskan termasuklah pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari, pakar perundangan Sulaiman Abdullah dan ahli parlimen Subang-PKR Sivarasah Rasiah. Bagaimanapun, dua orang panelis yang dijadualkan sebelum ini, iaitu bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dan EXCO Kelantan, Husam Musa gagal hadir.

Sebelum forum dimulakan, Pengarah Urusan ILHAM Centre, Mohd Azlan bin Zainal membentangkan laporan soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM, berjudul Tinjauan Lapangan terhadap Isu-isu Semasa di Perak. Tinjauan ini dijalankan antara 1 hingga 4 Mac 2010, iaitu selepas panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir dari UMNO-BN adalah Menteri Besar Perak yang sah. Tinjauan terhadap 1,031 orang responden ini mengambil tempat di kawasan DUN Kuala Sepetang, dengan struktur penduduk mengikut kaum Melayu 59.96%, Cina 31.67%, India 8.34%, dan lain-lain 0.03%.

Menurut Mohd Azlan, tinjauan ini menunjukkan 39.2% responden bersetuju bahawa Kerajaan BN Perak adalah sah di sisi Undang-Undang Tubuh Perak, sementara 31.0% tidak bersetuju, dan 26.8% tidak pasti. Di samping itu, 37.0% responden bersetuju dengan keputusan mahkamah berkaitan dengan pengesahan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun pandangan ini tidak dipersetujui oleh 30.0% yang lain dan 28% yang tidak pasti.

PR bakal tewas kalau pilihan raya diadakan

Apa yang menarik, tinjauan tersebut menunjukkan pola di mana responden yang semakin lanjut usia dan semakin rendah taraf pendidikannya, didapati lebih cenderung untuk menyetujui bahawa BN dan Zambry adalah kerajaan negeri dan MB yang sah di Perak.

Malah, ketika diajukan soalan "sekiranya pilihan raya diadakan semula seluruh Perak, jangkaan Parti akan menang", hasil tinjauan masih memihak kepada BN dengan peratusan sebanyak 55.3%, berbanding kepada PR 48.5% dan hanya 11.2% menyatakan tidak pasti.

Ketika merumuskan hasil tinjauan tersebut, ILHAM menjangkakan sokongan kaum Cina kepada PR Perak akan kekal di Perak, tetapi sokongan daripada kaum Melayu akan menurun 7–10 %, dan kaum India pula bergantung kepada isu.

Semasa mengulas analisis tersebut, Nizar Jamaluddin berkata, "...tetapi di Perak, analisis itu mungkin tidak berkesan lagi di Perak. Kerana kami tidak lagi membezakan antara kami dengan Melayu, Cina, India...dalam analisis kita. Itu telah berlalu."

"Merdeka Center dan NGO lain boleh menganalisa berdasarkan faktor-faktor tersebut," Nizar bersambung, "Tapi biar saya beritahu anda dari hati saya, ia tidak berlaku begitu di Perak lagi. Untuk satu dan setengah tahun yang lalu, 11 bulan semasa kita memegang tampuk kuasa, Alhamdulillah kami mampu menghakis perasaan perkauman di Perak. Kita adalah buta warna dalam kulit."

"Dasar Apartheid" di Perak?

Biarpun dipertikaikan sama ada hujah di atas berpijak pada bumi, Nizar tetap mempertahankan kenyataan beliau dengan mengambil contoh bagaimana beliau sebagai calon bukan Cina dari PAS berjaya meraih sokongan 85% pengundi Cina di PRK Bukit Gantang, sokongan kemuncak dari komuniti Cina yang belum dicapai oleh pemimpin Cina dari DAP mahupun MCA. Tidak cukup dengan itu, beliau menggambarkan bagaimana buat pertama kalinya pimpinan DAP dan PKR yang bukan Melayu mula membaca al-Quran dalam DUN.

"Tak pernah ada dalam sejarah negeri Perak, bahawa kehormatan kami antara satu kaum dengan kaum yang lain paling tinggi yang pernah dicapai dalam zaman Barisan Nasional," katanya.

Nizar Jamaluddin yang kini menjadi Ketua Pembangkang dalam DUN Perak menjelaskan kepada hadirin mengapa ADUN PR terpaksa keluar dari DUN Perak secara beramai-ramai dalam persidangan mesyuarat DUN Perak, baru-baru ini.

Nizar mendakwa bahawa PR "mahu jadi pembangkang yang cukup-cukup kuat, untuk menjadikan persidangan itu berjalan licin dan lancar", namun berdepan dengan pencabulan hak, apabila pembesar suara ADUN PR ditutup, malah media tidak dibenarkan masuk ke dewan untuk mengikuti persidangan yang mengambil masa hanya lima jam ini, kecuali beberapa media milikan UMNO seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan sebagainya.

Beliau bertanya, "Bolehkah anda bayangkan? Nak masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak, Barisan Nasional masuk pukul 9:30 (pagi), ikut pintu A, pakai lif nombor tiga. Bukan hanya Afrika Selatan ada (dasar) Apartheid, Ipoh ada. Pakatan Rakyat masuk ikut pintu B, pakai lif nombor enam, masuk pukul 9:45 (pagi). Nak masuk macam masuk kapal terbang, ada scanner, ada x-ray,...ada telefon, rampas; ada video cam, rampas..."

Tolak Ketuanan Melayu

Sebelum mengakhiri ucapannya, Nizar Jamaluddin menyeru agar konsep "Ketuanan Melayu" ditolak. Beliau membacakan ayat dari Quran, menterjemahkannya, "Wahai orang-orang yang beriman, kamu hendaklah laksanakan kebenaran sentiasa. Dan kamu mestilah jadi saksi yang adil, dan janganlah sikap kamu benci kepada kaum dan bangsa lain menjadikan kamu tidak adil. Berlaku adilah kau, sesungguhnya ia cukup rapat dengan ketaqwaan dan bertaqwalah kamu sesungguhnya Allah maha mengetahui dalam perkhabarannya berkenaan apa yang kamu lakukan..."

"Kita hari ini sewajarnya membuangkan (konsep) 'Ketuanan Melayu' yang diuar-uar dan diasak oleh UMNO-Barisan Nasional," tegasnya, "I repeat (Saya mengulangi), mengapa kita jadi hari ini, kerana sindrom Ketuanan Melayu tanpa kita sedari menular di hati sanubari kita."

Malah, Nizar mengingatkan bahawa tiada kalimah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, "UMNO ingatkan, Malaysia bapak dia punya! Hari ini Pakatan Rakyat, kita menyeru seluruh rakyat, untuk membantu kita dalam perarakan ke Putrajaya. Kita kini dalam perarakan ke Putrajaya, menjujung banner Ketuanan Rakyat!"

Sulaiman: Nizar tetap MB sah

Sementara itu, meskipun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir sebagai MB yang sah pada 9 Februari yang lalu, namun dalam hati pengamal undang-undang, Sulaiman Abdullah, Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak yang sah.

Penghakiman ini membuatkan beliau "teringat peristiwa yang berlaku berabad-abad dahulu". Sulaiman (gambar kiri) berkata, "...Galileo Galilei, iaitu ahli astronomi dan fizik, yang mengatakan bahawa bumi kita mengelilingi matahari. Tetapi pihak berkuasa berpendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi kita, dan bumi kita tidak bergerak. Jadi, apabila Galileo tidak bersetuju menarik balik pendapat dia, mereka cuba membakarkan dia sehinggalah dia setuju dengan pendapat palsu mereka."

"Tetapi semasa dia dikeluarkan dari api itu, dia berbisik juga, 'tetapi ia(bumi) bergerak', bumi kita yang bergerak," katanya.

Sulaiman menerima tepukan gemuruh dari bawah pentas, apabila dengan nada yang tenang mengatakan, "Jadi, beberapa mahkamah, beberapa pembesar negara, boleh mengatakan bahawa di sisi undang-undang, Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar Perak. Tetapi dalam hati nurani saya, menurut undang-undang Tuhan, undang-undang manusia yang baik, saya percaya bahawa beliau tetap Menteri Besar Perak yang sah!"

RM 100 Setahun Lebih Mulia Dari Nilai Sehelai kain Batik Dan Pelikat Lima Tahun

Apabila membaca kenyataan Shahrizat Jalil yang memperlekeh pemberian RM 100 oleh kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas saya merasa terpanggil untuk menyatakan pandangan.

Pemberian RM 100 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihanraya lalu. Menurut Guan Eng kerajaan Pulau Pinang dapat memperuntukkan sejumlah wang kepada warga emas kerana hasil penjimatan dan usaha menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini di Pulau Pinang

Memanglah pemberian itu tidak seberapa. Tetapi bagi warga emas yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau berpendapatan rendah nilai itu sangat besar di sisi mereka. Ini terbukti sejak kelmarin ribuan warga emas mengunjungi cawangan Maybank berhampiran untuk mendapatkan wang RM 100 yang dijanjikan.


Bagi pemimpin Umno seperti Shahrizat mungkin RM 100 tidak ada apa-apa nilai. Umpama sisa makanan di celah gigi sahaja yang dicungkil guna anak lidi yang kemudiannya di ludah ketepi. Maklumlah dah biasa buat untung 'atas angin' dengan mendapat projek dan saham tanpa perlu mengeluarkan walaupun setitik peluh. Malah dengan cuma bermodalkan syarikat dua ringgit mereka boleh mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Sekurang-kurangnya Lim Guan Eng meletakkan nilai yang tinggi kepada warga emas RM 100 setahun berbanding Umno yang meletakkan nilai pengundi terutama warga emas di kampung-kampung cuma sehelai kain pelikat atau sehelai kain batik setiap lima tahun sekali!

peluang untuk menambah pendapatan

di zaman yang serba mahal ini, mungkin kita terfikir bagaimana cara untuk menambah pendapatan. dan salah satu yang ingin saya syorkan adalah melalui jualan langsung. di negara kita ada banyak syarikat dan bermacam-macam cara yang mereka gunakan. tapi kebanyakannya adalah sistem piramid dan mempunyai dua(dua kaki) atau lebih rangkaian. tak banyak yang menggunakan sistem straight line.

tapi yang ini agak mudah sikit. sistemnya adalah straight line(satu kaki). dan kalau kita dapat sponsor 3 ahli baru setiap bulan untuk selama 9 bulan, kita akan menjana rm129k. gambarannya seperti jadualdibawah.

Inilah kehebatan bonus team volume group yang di bayar sehingga 9 level.

AHLI

BULAN

PENDAPATAN

3

JANUARI

6.00 USD

9

FEBRUARI

14.40 USD

27

MAC

32.40 USD

81

APRIL

97.20 USD

243

MEI

486.00 USD

729

JUN

1458.00 USD

2,187

JULAI

3499 USD

6,561

OGOS

7873 USD

19,683

SEPTEMBER

23,619 USD

PLAN SATU KAKI YANG LUMAYAN....!

dan untuk sponsor ahli baru,kita tidak perlu untuk keluar rumah dan menebalkan muka untuk mengajak orang menyertai kita. pihak syarikat akan menyediakan website untuk kita,contohnya anda boleh klik disini http://www.totallifechanges.com/1033071

cuma kita perlu mengiklankan website kita supaya dapat dilayari oleh seramai yang mungkin.

tapi untuk kita mencapai target kita seperti juga mana-mana MLM yang lain kita kena maintain point bulanan kita. jadi tiap-tiap bulan kita kena beli produk syarikat. mungkin sebulan dua kita kena keluar duit poket. tapi selepas itu kita boleh guna duit bonus. pakej yang disyorkan berharga rm220. harga ini adalah untuk teh herba yang melangsingkan badan dan juga untuk mencegah penyakit-penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi.

apa salahnya mencuba, dengan sedikit usaha untuk mengiklankan website kita dilaman blog dan facebook impian kita pasti akan berjaya.

untuk maklumat lanjut sms atau hubungi 0124020004

Tuesday, April 6, 2010

PERKASA umum tindakan terhadap MCA, Gerakan esok

Fuh! Gerunnya aku dengar.. Apakah tindakan yang akan diambil oleh PERKASA itu?

Adakah PERKASA akan memecat kedua-dua pemimpin dari MCA dan GERAKAN itu?

Atau adakah PERKASA yang PERKASA itu akan menyingkirkan MCA dan GERAKAN dari Barisan Nasional?

Adakah kedua-dua parti itu tidak akan merasakan kemenangan lagi didalam setiap pilihanraya yang akan datang kerana tidak disokong PERKASA?

Atau mungkinkah PERKASA akan menghalau keluar kedua-dua pemimpin MCA dan GERAKAN itu dari tanah Melayu?

Tapi itu semua tidak mungkin boleh dilakukan oleh PERKASA yang PERASAN itu.. kerana.. siapa PERKASA tu??

Salak lah PERKASA ooiii.. Bukit tak akan runtuh dengar salakan korang tu..



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengumumkan tindakan lanjut terhadap dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua lagi akhbar berbahasa Cina kerana gagal memohon maaf secara terbuka kepada NGO itu.

"Kita akan buat sidang media esok bagi mengumumkan perkara ini. Kita akan panggil semua pihak media, termasuk televisyen dan penulis blog," kata ketua Wiranya Arman Azha Abu Hanifah.

Jumaat lalu, PERKASA memberikan tempoh 48 jam kepada Timbalan setiausaha Pemuda MCA Low Chew Jun, Ketua Gerakan Pulau Pinang Datuk Teng Hock Nam, akhbar Sin Chew Daily dan China Press kerana didakwa melabelkan mereka sebagai "perkauman".

Sehari lepas itu, Teng dan Low dilaporkan enggan tunduk kepada desakan NGO Melayu tersebut dan tetap mempertahankan kenyataan mereka bahawa perjuangan PERKASA bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Manakala kedua-dua akhbar Sin Chew dan China Press - dua akhbar berbahasa Cina berpengaruh - pula setakat ini tidak memberikan sebarang respons berhubung tuntutan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Arman bagaimanapun enggan menyatakan lagi bentuk tindakan yang akan diambil mereka.

"Sabarlah, tidak berapa jam lagi (kita akan umumkan)," katanya Arman Azha yang kini tidak berada di ibu negara.

Menurut beliau, tindakan lanjut NGO itu akan diumumkan di ibu pejabatnya di ibu negara pada jam 3 petang esok.

Amaran SPR hanya ditertawakan

Amaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula, sudah pasti akan ditertawakan ramai.

Ini disebabkan meskipun amaran oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu kepada semua pihak kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April, namun apakah beliau sedar BN sudah menghantar dua orang pembesar negara ke sana untuk berkempen?

Yang melanggar undang-undang SPR dengan berkempen itu pula bukan sebarangan orang, melainkan orang nombor satu dan nombor dua negara!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.

Sehari sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit. Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.

Itu belum lagi dikira kempen-kempen dan janji-janji secara bisik-bisik semasa mereka ke sana.

Nah, ini apa ini kalau bukan berkempen? Bukan sekadar berkempen kepada di hadapan penduduk Hulu Selangor, bahkan kempen itu tersiar dalam semua media cetak dan elektronik pro-BN. Apakah semuanya buta dan tuli dan melihat semua itu?

Dan ini bukan kali pertama kempen seumpama ini berlaku, bahkan setiap kali pilihan raya dan kempen pula menggunakan segenap jentera kerajaan dan media.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, BN jelas tidak menghormati proses pilihan raya demokratik dan menggesa SPR bertindak tegas terhadap BN.

”Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya, tindakan itu adalah kesalahan mengikut peraturan pilihan raya.

“Jadi, seharusnya SPR memberikan amaran dan mengeluarkan arahan supaya tidak ada apa-apa kempen sehingga hari penamaan calon,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Mafrel berkata, Kerajaan Pusat mungkin mendakwa apa yang dilakukan itu terkandung dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsur kempen.

"Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor sepatutnya belum boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April belum berlangsung.

"Tindakan BN jelas bercanggah Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung," katanya.

Jika begitu, jika SPR benar-benar serius dan bermaruah, ada baiknya kita cabar SPR bertindak sesuatu terhadap pemimpin tertinggi negara ini yang jelas dan terang-terang melanggar peraturan dan undang-undang SPR.

Mungkin juga SPR benar-benar insaf dan tidak mahu dipandang seperti ‘ternakan kerajaan’ lagi. Justeru bertindaklah.

Jika tidak, amaran SPR – sampai bila-bilapun – akan hanya dan tetap dianggap sebagai lelucon serta bahan penglipur lara, yang hanya mahu masuk sekadar hiasan di dada akhbar semata-mata!

Sunday, April 4, 2010

Najib kembali Berlakon di Hulu Selangor

Karenah Umno-BN kini tidak ubah seperti orang yang gila talak. Dahulu semasa Selangor dalam genggaman mereka, rakyat Selangor di baikan yang di utamakan hanyalah poket/akaun masing-masing. Apabila rakyat Selangor sudah bosan dengan telatah kepimpinan Umno di Selangor, maka kuasa rakyat Selangor di pertaruhkan di PRU-12 dan akhirnya membawa peralihan kuasa di negeri Selangor.

Drama sebabak bermula lagi. Drama tradisi Umno ini di ulang tayang tatkala menjelangnya pilihan raya kecil yang bakal di adakan pengujung April ini di Hulu Selangor. Drama meruntun jiwa ini melihatkan keperihatinan Najib dan kuncu-kuncunya mengadakan siri lawatan ke kawasan Hulu Selangor untuk menggamit hati setiap pengundi.

Masa inilah Najib akan melebihkan adegan beramah-mesra dengan penduduk setempat. Adegan-adegan huluran bantuan dan projek binaan bangunan sekolah dan masjid pasti menduduki carta teratas dalam drama beli jiwa rakyat hasil mahakarya Umno-BN ini.

Adegan sampingan seperti duduk makan bersama rakyat sessi peluk-memeluk, ganding-mengandingi orang kampung, bertanya khabar dan berbagai-bagai lagi bentuk keperihatinan yang mempunyai makna terselindung merupakan antara adegan 'favourite' dalam drama sebabak pemimpin besar Umno yang bergelar Najib.

TV3 juga turut menyibukkan diri memainkan peranan penting mengatur acarakan "satu Melayu, satu India dan satu Cina" bercakap menurut skrip yang disusun oleh TV3 memuji-muja Najib berjaya menjadi Perdana Menteri 12 purnama dalam 1Malaysianya.

PM penuh yakin akan menawan kembali kerusi Hulu Selangor.

Keyakinan yang cuba di perkuatkan semangat biarpun Umno sedar hakikat sebenarnya mereka amat goyah dan terlalu goyah. Ingin memperkasakan lagi slogan 1Malaysia maka ura-ura dapat di lihat dengan jelas mereka ingin meletakkan calon dari MIC dalam kawasan Melayu.

PM dan delegasinya di lawatan ke Hulu Selangor, cuba meraih simpati dan perhatian rakyat dengan mencanangkan kononnya pembangkang hanya pandai berjanji tapi tidak dapat mengotakan janjinya.

Apakah PM lupa, kemudahan yang pelbagai bentuk sedang di nikmati oleh rakyat Selangor yang telah di jayakan dengan cemerlangnya oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang di terajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengapa kemudahan yang berbagai itu tidak di laksanakan oleh kepimpinan Umno-BN dahulu semasa mereka memerintah negeri Selangor ? Sekarang ini Umno sedaya upaya mempelbagaikan propaganda memperselekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat demi untuk menarik perhatian rakyat Selangor untuk kembali ke pangkuan Umno.

Karenah Umno-BN ini tidak ubah seperti orang yang gila talak. Dahulu semasa Selangor dalam genggaman mereka, rakyat Selangor di baikan yang di utamakan hanyalah poket/akaun masing-masing. Apabila rakyat Selangor sudah bosan dengan telatah kepimpinan Umno di Selangor, maka kuasa rakyat Selangor di pertaruhkan di PRU-12 dan akhirnya membawa peralihan kuasa di negeri Selangor.

Apakah Umno lupa mengapa senario ini berlaku? Tidakkah Umno sedar-sedar lagi bahawa rakyat Selangor telah bosan/muak dengan system pentadbiran Umno-BN yang matlamat utama mereka hanyalah kekayaan diri sendiri dan kroni-kroni kecuali kalau ada pilihan raya kecil baru ada bantuan.

Apa pun, selamat mencuba nasib lagi di PRK Hulu Selangor, kita akan lihat betapa besarnya kuasa rakyat berbanding dengan kuasa yang ada ditangan kerajaan Umno disebalik tabir ditadbirkan oleh Jin yang diberi nama sebagai 'BIG MAMA'.

Search This Blog