Saturday, April 11, 2009

krisis politik di terengganu berulang?

ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang menteri besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

“Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

“Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

“Itu saya tidak tahulah. Terengganu kena tanya Tuankulah,” katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya.

MIC timbang keluar dari kabinet



MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini.

Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.

"Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.

Bagaimanapun, parti itu akan kekal menganggotai gabungan BN.

Sumber tersebut berkata, sungutan utamanya ialah "masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini".

Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet.

dr s subramaniam interview 210308 05Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.

Menteri tunggal MIC dalam kabinet baru ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Dr S Subramaniam yang dilantik semula sebagai menteri sumber manusia. Parti itu juga diberi dua jawatan timbalan menteri - M Saravanan (Wilayah Persekutuan) dan SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri).

Kementerian sumber manusia, kata sumber tersebut, dianggap sebagai bukan jawatan kanan dalam kabinet dan MIC merasakan ini tidak mencerminkan status parti sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN.

Rakyat tidak restu kerajaan BN Perak, PM baru Najib


Slogan kempen Umno 'Mohon Restu Rakyat' boleh membawa tiga maksud iaitu pertama memohon restu rakyat selepas merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, kedua peralihan kuasa kepimpinan tertinggi Umno kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan ketiga teori Mahathir dengan Jerlunnya.

Umno percaya teori pertukaran kepimpinan boleh mengambalikan sokongan rakyat kepada Umno sebagaimana pernah berlaku dalam pilihan raya umum 2004, di mana Barisan Nasional (BN) memperolehi kemenangan besar sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada pilihan raya umum 2008, BN menerima kekalahan teruk sehingga gagal mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen serta lima negeri dikuasai Pakatan Rakyat.

Mahathir mengambil kesempatan daripada kekalahan teruk itu dengan menyerang dan menyalahkan Abdullah. Desakan begitu kuat sehingga Abdullah terpaksa berundur dan memberi laluan kepada Timbalannya, Najib.

Mahathir percaya bahawa orang Umno lari mengundi Pakatan Rakyat kerana kelemahan Abdullah. Beliau juga percaya orang Umno masih menyokong beliau berdasarkan kemenangan anaknya, Mukhriz di Parlimen Jerlun di mana beliau turun membantu berkempen.

Daripada kepercayaan ini, Mahathir merasa amat yakin tentang dirinya sehingga sanggup turun berkempen bagi calon Umno pada 6 April lalu, di Jalan Simpang, Taiping. Dalam perhimpunan tersebut, beliau menyeru kepada ahli dan penyokong Umno yang telah meninggalkan parti agar kembali bersama parti itu.

Akhirnya teori beliau bersama Jerlun tidak mendapat restu rakyat. Mungkin pada masa ini Abdullah tersenyum puas kerana keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau menjawab tuduhan Mahathir dan penyokongnya selama ini tanpa perlu beliau bercakap banyak dengan Mahathir.

Kemenangan hatrick Pakatan Rakyat juga menjawab bahawa teori pertukaran pemimpin Umno daripada Abdullah kepada Najib bermakna berlakunya perubahan dan ia akan mengambalikan kepercayaan ahli serta penyokongnya kepada Umno juga tidak menjadi kenyataan kali ini.

Namun amat malang bagi Najib. Sebagaimana Mahathir teruja dengan ucapan Najib, katanya: "Satu ayat Najib semasa sampaikan ucapan penutupan Perhimpunan Agung Umno yang menarik perhatian saya ialah walaupun ada desakan supaya parti menguasai kerajaan tetapi Najib menambah bahawa selain parti, rakyat juga mesti bersama dengan kerajaan."

Sebaliknya perubahan yang cuba dibawa Najib gagal mendapat restu rakyat. Apakah Mahathir akan mendesak Najib berundur bagi memulihkan Umno? Mungkin sekali tidak kerana Perdana Menteri inilah yang disukai beliau untuk meneruskan agendanya.

Kalau Abdullah sempat mendapat gelaran 'Mr Clean' selepas pilihan raya 2004 iaitu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno daripada keburukan yang ditinggalkan Mahathir. Abdullah berjaya merampas kembali Terengganu yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 1999 semasa pemerintahan Mahathir, sebaliknya rekod Najib bermula dengan buruk dan jawapan yang diberi oleh rakyat: "Tiada restu bagimu Najib."

Tiada restu bagi Najib juga terpalit dengan tindakan beliau merampas kerajaan Pakatan Rakyat. Jawapan jelas daripada rakyat hasil daripada kempen Umno mohon restu rakyat sebaliknya rejim yang dikatakan haram di bawah Menteri Besarnya, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir diberi jawapan bahawa: "Tiada restu bagimu Zambry."

Kerajaan BN Perak dan Sultan patut menerima keputusan pilihan raya kecil ini kerana rakyat memberi isyarat jelas bahawa mereka mahukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak supaya pemerintahan Perak ditentukan oleh rakyat.

Tomohan media cetak dan elektronik bahawa Mohamad Nizar Jamaluddin penderhaka sukar diterima rakyat kerana isu yang lebih besar di sebalik itu ialah keganasan BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat yang telah ditentukan rakyat pada pilihan raya umum 2008.

azilah dan sirul azhar


Gambaran lakaran wajah mereka berdua


Wajah Azilah Hadri (atas) yang hampir terselindung dan wajah Sirul Azhar yang hanya nampak sedikit di sebelah kiri sahaja.

Gambar mereka berdua setelah hakim menjatuhkan hukuman mati.

Malik dan Maktar calon Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang - Guan Eng

BUTTERWORTH: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee adalah dua calon yang disenaraikan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepadanya bahawa bakal Timbalan Ketua Menteri adalah seorang ADUN daripada parti itu yang berbangsa Melayu.

"Kita ada dua sahaja Adun PKR yang berbangsa Melayu di Pulau Pinang. Siapa yang dipilih kita kena tunggulah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Guan Eng berkata walaupun beliau mempunyai kuasa melantik timbalannya, namun atas dasar setiakawan dalam Pakatan Rakyat, beliau meminta Anwar menamakan calon daripada PKR yang layak mengisi jawatan itu.

Khamis lepas, beliau memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk mengemukakan nama calon daripada PKR untuk menjadi TKM 1 bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang juga dari PKR yang meletak jawatan pada 8 April lepas.

Selain Abdul Malik dan Maktar, dua lagi nama yang disebut-sebut untuk mengisi tersebut jawatan itu sebelum ini ialah Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dan timbalannya, Dr Mansor Othman

Siapa Yang Kenal Azilah Dan Sirul??

Artikel Pendek

" Hari ini Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Karpal Singh yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya juga menyatakan bahawa sabitan ke atas kedua-dua tertuduh itu, tidak dapat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Kaedah penyiasatan dan prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya telah mengundang rasa ragu dan kesal rakyat terhadap sistem kehakiman, PDRM dan pemimpin politik kerajaan Malaysia. Satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain. Menurut ketua pihak pendakwaraya Tun Majid Tun Hamzah, pula berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu. “Pastinya Dr Shaariibuu Setev (bapa Altantuya) tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman,” kata Karpal Singh kepada pemberita diperkarangan mahkamah pagi tadi.

Persoalannya sekarang siapa yang kenal dengan mereka berdua ni? Muka pun tak pernah nampak, asyik berbungkus je! Dah kalau betul-betul bersalah biarlah masyarakat umum kenal penjenayah yang sebenar. Biar di jadikan pengajaran dan iktibar kepada semua. Ini tidak makin di sorok-sorok. Betulkah yang akan digantung itu nanti adalah pembunuh Altantuya Shariibuu yang sebenar? Sesiapa pun tak mampu memberikan jawapannya.... Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Terima kasih untuk semua pejuang rakyat

Artikel Pendek Oleh jiwa-merdeka

" Berkalung-kalung tahniah buat semua rakyat yang menyintai keadilan, ketelusan dan yang berani menentang kezaliman di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Sudah jelas dengan kemenangan di dua bukit ini, bahawa rakyat sememangmya secara total telah menolak kezaliman dari sang penguasa. Biarpun sang penguasa masih berkokok bak ayam jantan yang mereka masih relevan untuk rakyat jelata dengan kemenangan di Batang Ai

Pedulikanlah sahaja pada sang penguasa yang tidak mahu mengaku kesilapan mereka, dengan memberi berbagai alasan untuk menidakan kebenaran. Biarkanlah mereka dengan retorik mereka, kerana yang pastinya hukuman dari rakyat akan terus menanti sehingga mereka belajar bagaimana mahu menghormati kehendak rakyat.

Kemenangan di dua bukit ini bukannya tanda rakyat tidak mahu memaafkan sang penguasa, sebaliknya rakyat telah meluat, menyampah dan bosan dengan kerakusan sang penguasa. Hukuman yang paling padan sekali untuk sang penguasa, ialah turunkan mereka dari singgahsana yang mereka cipta dengan prinsip keadilan dan demokrasi yang masih bersisa di tanah air yang kita cintai.

Adakah dengan menukar wajah, sang penguasa fikir dapat melunakan kebangkitan rakyat? Apatah lagi dengan menukar wajah yang lebih hodoh dan tidak mengendahkan persoalan rakyat tentang wajah mereka yang baru ini. Apakah sang penguasa berfikir apabila mendiamkan diri, akan membuat rakyat lupa. Jika benar sang penguasa berfikir begini, nantikanlah hukaman seterusnya dari rakyat jelata.

Mulai saat ini, kejutkanlah saudara-saudara kita yang masih dilamun mimpi, jalan keadilan yang nyata sentiasa terbentang untuk mereka yang berani berjuang. Bangunkanlah sahabat-sahabat kita yang masih lena tidurnya, yang cahaya kebenaran pasti akan menerangi kegelapan kebatilan. Jadikanlah tanah tumpah darah ini bertuah untuk semua.

Akhir sekali terima kasih tidak terhingga untuk semua pejuang rakyat, semoga dengan kemenangan di dua bukit ini akan terus menyemarakan semangat perjuangan untuk rakyat yang mahukan kebenaran dan kedilan bukan sahaja untuk diri mereka, bahkan untuk semua rakyat jelata. Terus berjuang! "

Kitar Semula Bermula dari Kabinet



Oleh MatKeri

 Tidak dinafikan lagi bahawa laki Rosmah bakal berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pejuang Pemanasan Global, Al Gore. Ini kerana laki nombor dua Rosmah ini telah membuktikan pada seluruh rakyat Tanah Melayu bahawa dia amat prihatin dengan alam sekitar dengan memperkenalkan Teknologi Hijau melalui kementerian yang diubah nama iaitu kementerian Tenaga, Tekonlogi Hijau, dan Air (Energy, Green Technology, and Water).

Tetapi Najib tidak terhenti di situ saja. Dia tidak lagi sekadar beretorik tentang alam sekitar dengan hanya memperkenalkan nama kementerian baru yang menggambarkan semangat hijaunya. Sebagai seorang pemimpin gurkha glokal, dia terus membuktikan pada rakyat bahawa hanya dengan memperkenalkan teknologi hijau sahaja tidak menjadikannya sebagai pejuang alam sekitar. Nope. Najib terus melangkah setapak lagi dengan terus menggunakan teknologi kitar semula semasa mengumumkan barisan kabinetnya. Najib mengitar semula wakil2 rakyat dan wakil2 ameno yang telah terbukti dibuang oleh rakyat dan perwakilan ameno pada pilihan yang lalu untuk digunakan sebagai menteri dan timbalan menteri! Al Gore, inilah kawan kamu yang sejati!

"Kitar Semula Bermula dari Kabinet" - mungkin inilah motto dan slogan baru Najib bila berbicara tentang pemanasan global nanti. Apabila Najib menyertai mana2 mesyuarat atau persidangan negara2 membangun menentang pemanasan global, aku pasti Najib akan mencontohkan tindakannya sekarang kepada para deligasi negara2 lain. Betapa dia telahpun menggunakan teknik recycle ini seawal dia mengambil alih pemerintahan. "Walk the talk" kata penjajah.

Mungkin ini juga salah satu strategi Najib mengumpan pengundi muda yang rata2nya sangat peka dengan isu2 alam sekitar sekarang ini. Kerana selain daripada anti-estabilshment, anti-gomen, dan anti-ameno, orang2 muda juga dikatakan sangat anti kepada pencemaran alam sekitar. Najib bijak!

Dan aku tak menyangkal bahawa idea ini mungkin di bawa oleh bininya, RM (Rosmah Mansor). Ini kerana pattern rambut RM sebelum dan selepas menjadi "first lady" dah kelihatan sangat berbeza. Mereka yang pernah bekerja sebagai pembaca berita RTM semestinya mengetahui bilangan tin penyembur rambut yang digunakan oleh RM untuk mengembangkan rambutnya sewaktu dia belum bergelar isteri PM. Dan selepas bergelar isteri PM, rambut RM tidak sekembang dulu, sekaligus menggambarkan bahawa RM sangat peka dengan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan CFC dalam tin penyembur rambut. Sebab tu agaknya rambut RM tidak sekembang dulu.

Shahrizat yang ditongsampahkan oleh rakyat dan pengundi ditempatnya telah dikutip dan direcycle oleh Najib kali ini. Koh Tsu Koon yang bukan sahaja tewas di tempat sendiri, tetapi jugak kehilangan negeri dan partinya hampir lingkup, juga dikitar semula bagi menyelamatkan bumi daripada kesan rumah hijau. Dan yang paling mengaibkan ialah bilamana Mukhriz yang mendapat tempat tercorot dalam pertandingan merebut jawatan ketua pemuda diguna semula. Semua ini untuk mengurangkan pemanasan global. Sisa2 buangan rakyat seperti ini amat susah lupus dan tidak mereput dengan cepat. Jika dibiarkan, kemungkinan besar akan menipiskan lapisan ozon ameno!

Najib tidak mahu lapisan ozon ameno dinipiskan lagi. Sebab itu dia terpaksa mengitar semula mahadet. Mahadet perlu dikitar semula, dan tidak boleh dibuang dan ditanam seperti mana cubaan paklah dulu. Mahadet amat susah mereput, dan bahan toksid yang dikeluarkan olehnya telah merosakkan tanah ameno, dan gas yang dilepaskannya telah terbukti mencemarkan udara. Recycle. Kitar semula! Jika tidak, bumi akan cair dan ameno akan dilanda tsunami yang tidak mungkin akan dapat diselamatkan lagi.

Dengan terbentuknya kabinet baru Najib, maka selayaknyalah beliau kini digelar : Captain Planet!

NIEI mahu SPR bebas pengaruh kendali pilihan raya

PETALING JAYA: Setelah tiga pilihan raya kecil diadakan serentak pada Selasa lalu, badan pemantau dari National Institute for Electoral Integrity (NIEI) mendapati wujudnya beberapa proses yang tidak telus hingga mencemarkan perjalanan pilihan raya yang demokratik.

Pengarah Eksekutif NIEI, Amin Iskandar berkata pihaknya menuntut agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bebas daripada pengaruh mana-mana pihak.

"NIEI mempersoal tujuan hari mengundi dibuat pada hari kerja iaitu pada hari Selasa 7 April yang lalu.

"Keputusan SPR untuk meletakkan hari mengundi pada hari bekerja telah menyusahkan para pengundi terutamanya yang bekerja di luar daerah atau negeri untuk hadir pulang ke kampung halaman masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beliau berkata tindakan SPR itu dilihat sebagai tidak menggalakkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

Jelas beliau lagi kebiasaannya, badan penggendali pilihanraya seperti SPR akan berusaha keras untuk memastikan peratusan keluar mengundi tinggi tetapi ini tidak berlaku untuk pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan DUN Batang Ai.

Dalam kenyataan itu juga NIEI mempersoalkan mengenai tindakan SPR yang tidak mengira undi di pusat pembuangan undi di beberapa kawasan Batang Ai terlebih dahulu sebelum dibawa ke pusat pengiraan undi seperti yang dilakukan di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.

"Alasan untuk mempercepat proses pengiraan tidak dapat diterima akal kerana pilihanraya di dua bukit ini melibatkan jumlah undi yang besar dan keputusan masih dapat diumumkan tepat pada masanya.

"Keengganan SPR membenarkan wakil-wakil calon ikut serta menaiki helikopter menimbulkan keraguan tentang ketelusan dan keabsahan pilihanraya tersebut," katanya.

Selain itu juga NIEI turut mendakwa pihak polis yang ditugaskan mengawal keadaan keselamatan sepanjang proses pilihan raya diadakan mengamalkan sikap berat sebelah.

"Misalnya pihak polis lambat bertindak untuk menyelesaikan bantahan atau laporan pihak Pakatan Rakyat manakala dengan cepatnya bertindak menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan Barisan Nasional (BN).

"Biarpun Ketua Polis Negara mengeluarkan larangan berkonvoi motosikal, namun dalam kempen BN tetap berbuat demikian, malah diringi oleh pasukan polis," katanya.

Dalam pada itu NIEI turut menegur penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan kempen untuk calon BN.

Menurutnya BN dan Pakatan Rakyat perlu telus dan tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.

"Kerajaan adalah milik awam yang digerakkan kakitangan awam untuk kepentingan awam atas biaya wang awam, bukannya kepentingan parti yang memerintah.

"Kementerian dan jabatan awam telah digunakan untuk berkempen, contohnya, dalam kempen bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad kemudahan, kakitangan dan jentera beberapa kementerian serta jabatan awam dikerahkan sepenuhnya untuk membantu kempen BN", katanya.

Selain itu NIEI turut mendakwa media arus perdana tidak memberikan laporan yang telus dan seimbang bagi semua parti-parti yang bertanding.

Friday, April 10, 2009

Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah

Mohamed Hanipa Maidin

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?

Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.

2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.

3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.

Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?

Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:

1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.

2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.

3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).

4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.

5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.

6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:

Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.

Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.

7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.

8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.

Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.

Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar � individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.

'Tidak ada sebab ambil nyawa mangsa dengan kejam' - Cif Inspektor Azilah Hadri


"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya."

Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.

Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober lalu, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat (sumber dipetik laporan agensi berita).

kelebihan dan kelemahan kabinet najib

APRIL 10 — Saiz kabinet Datuk Seri Najib Razak kini tidak lagi boroi seperti barisan kepimpinan negara zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi kabinet ini, yang baru sahaja selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, tetap tembam, dan berkemungkinan besar terus lembab gerak langkahnya.

Ramai pemerhati politik kecewa dengan senarai menteri yang kebanyakannya masih muka lama; nama-nama yang sinonim dengan kebekuan dan kebuntuan politik Abdullah sejak awal 2004 dahulu.

Cemuhan juga hebat dihamburkan kepada Najib dan barisan kabinetnya, terutama kritikan dari para pemimpin Pakatan Rakyat.

Dari satu segi, kalangan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat melihatnya sebagai satu kelebihan kerana perubahan tidak drastik dari Najib akan memudahkan barisan pembangkang pusat untuk meneruskan agenda menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini tidak menyukarkan Pakatan untuk meyakinkan rakyat bahawa ia adalah alternatif yang lebih baik dari BN, khususnya apabila muka-muka lama yang dianggap membosankan, masih berpaut pada kuasa kerajaan pusat. Dan mereka juga dikatakan punca BN gagal menghasilkan the wow factor.

Malah propaganda Pakatan yang berjaya mengalih pandangan rakyat untuk menolak Umno, BN dan Abdullah dalam pilihan raya umum 2008 tidak perlu banyak dirobah; hanya diubah suai untuk memenuhi keperluan semasa. Ini adalah kerana musuh politik Pakatan adalah muka-muka yang hampir sama juga.

Dari segi yang lain pula, barisan kabinet Najib mungkin menggugat peluang Pakatan untuk membuat kejutan sejarah dalam pilihan raya umum akan datang. Benar, masih banyak muka lama di dalamnya; tetapi ia juga mencerminkan pragmatisme Najib dalam menyelami hati para pengundi Malaysia yang masih berisfat konservatif.

Sejak Mac 8 tahun lalu sehingga hari ini, BN kalah dalam semua pilihan raya kecil (kecuali Dewan Undangan Negeri Batang Ai di Sarawak). Memang ia prestasi buruk BN dan kejayaan besar Pakatan, khususnya dalam mengekalkan sokongan pengundi keturunan Cina dan India.

Yang masih liat adalah pengundi Melayu yang tetap dilihat bersama Umno dan BN. Walau pun jumlah mereka bukan lagi di antara 70 dan 80 peratus seperti pada dekad-dekad sebelumnya, secara amnya majoriti pengundi Melayu yang bersama Umno dan BN masih pada kadar 45 hingga 55 peratus.

Melihat kepada barisan kabinet Najib, pengekalan ramai menteri Melayu yang sama boleh dilihat sebagai usaha untuk memastikan peratusan majoriti pengundi Melayu tetap bersama Umno dan BN.

Jika usaha ini berjaya, Najib mungkin mempunyai lebih banyak masa untuk mencari jalan menarik semula sokongan kaum bukan Melayu yang kini semakin tegar bersama Pakatan.

Apa yang benar-benar merisaukan BN adalah perubahan sikap kaum bukan Melayu terhadap PAS yang selama bertahun lamanya dimomokkan sebagai musuh kepada kaum Cina dan India. Sekarang fenomena pengundi Cina memilih PAS bukan lagi sesuatu yang menakjubkan.

Setakat ini belum ada mana-mana pemimpin Umno atau BN yang dapat mengatasi perubahan sikap yang positif untuk Pakatan ini.

Begitu juga langkah Najib melantik empat menteri dari Sabah yang dilihat sebagai usaha menghapuskan sama sekali krisis keyakinan terhadap Umno dan BN — setidak-tidaknya menghampakan harapan Pakatan yang cuba bertapak di negeri itu.

Kabinet baru dengan muka lama ini boleh disifatkan sebagai barisan yang berhati-hati dalam memulakan langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap Umno, BN dan Najib sendiri. Walau pun geraknya mungkin dilihat perlahan kerana masih tembam, ia mungkin lebih terperinci susun langkahnya.

Sebagaimana kata Najib sendiri, “Sebagai satu parti dan kerajaan, kita mesti berani bawa perubahan. Mesti berani buat perubahan pada diri kita dan metodologi politik yang diamalkan.” Beliau turut mengakui kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau berpunca dari kelemahan Umno dan BN yang masih menggunakan metodologi politik lama.

Namun, perubahan kepimpinan juga memerlukan pengorbanan kerana pucuk pimpinan baru perlu mengisi jawatan dengan orang kepercayaannya dan membuang sesiapa sahaja yang tidak diperlukannya lagi.

Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin era Abdullah seperti Khairy Jamaluddin telah pun diketepikan walau pun memenangi pemilihan Ketua Pemuda Umno. Lebih perit baginya ialah apabila calon yang tewas di tangannya Datuk Mukhriz Mahathir dan naib ketua pemudanya Datuk Razali Ibrahim pula diberi jawatan timbalan menteri.

Sedangkan Datuk Shahrizat Jalil yang sudah pun terkeluar dari senarai arena politik negara — tetapi kembali sebagai Ketua Wanita Umno — dipulangkan semua jawatannya sebagai menteri penuh. Kedua-dua jawatan ketua wanita dan pemuda adalah secara automatik bertaraf naib presiden dalam barisan kepimpinan Umno.

Begitu juga lawan-lawan dalaman seperti Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dianggap ramai kalangan Umno sebagai calon yang sepatutnya memenangi jawatan Timbalana Presiden Umno telah dihalang bertanding.

Suasana seperti ini mungkin membawa ledakan dalaman terhadap Umno. Jika Najib gagal menanganinya dengan baik — termasuk dalam soal perlantikan menteri besar dan ketua menteri baru tidak lama lagi — bibit perpecahan dalam parti yang sedia ada akan semakin memburuk.

Keadaan ini juga memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk kembali mencari jalan untuk merapatkan barisan mereka yang belum cukup kukuh. Pakatan perlu mencari formula dan gerak kerja yang dipersetujui bersama untuk menangani BN baru di bawah kepimpinan Najib.

Strategi dan taktik menentang Abdullah tidak semestinya berkesan menenang Najib yang lebih pragmatik dan berhati-hati dalam tindakannya. Pakatan juga tidak harus memandang mudah sokongan rakyat kerana pendedahan maklumat, sama ada melalui teknologi baru atau lama, membuatkan orang Malaysia semakin kritis dalam menyatakan suara hati dan keperluan mereka.

Jika pimpinan Pakatan melihat Najib sebagai cabaran yang lebih besar dan serius daripada kepimpinan sebelumnya, ia mungkin dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan keangkuhan kononnya perdana menteri yang sarat dengan pelbagai tuduhan skandal lebih mudah untuk ditewaskan.

Yang penting, Pakatan tidak harus mengambil mudah dengan kabinet dan kepimpinan Najib; sebaliknya perlu lebih bijak dan bertungkus lumus dalam usaha memenangi hati rakyat.

Apatah lagi, yang baru itu cuma perdana menteri dan kabinetnya. Yang masih di takok lama dan mengekang hak adalah penggunaan undang-undang zalim, penyalahgunaan fungsi dan jentera agensi kerajaan, dan penguasaan media untuk menyokong Umno dan BN. Ruang kebebasan juga masih terhad dan peluang saksama hanya mainan lidah.

Ir Nizar, bergelar ‘ Mr Nice ‘ pemimpin masa depan rakyat Malaysia




 I
r Nizar adalah seorang produk istimewa PAS. Keperibadiannya yang unik, berkarisma, seorang ahli pidato, terpelajar, soleh dan dikatakan mirip Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Tetapi didalam ‘ versi’ baru .

Seorang teman pernah mengambarkan bahawa Nizar akan mengantikan Anwar Ibrahim. Dimana namanya akan digeruni lawan dan disegani kawan.


Kelebihan beliau boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Cina dalam beberapa dialek Tamil dan Arab merupakan suatu bonus .

Didalam masa yang singkat namanya sudah terpahat didalam ingatan rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak. Walaupun label “penderhaka“, boneka cina dan sebagainya beliau masih sentiasa senyum.

Beliau bukan sahaja berjaya popular dalam masa yang singkat. Keyakinan oleh masyarakat majmuk amat ketara. Saksikanlah setiap perhimpunan yang diadakan ketiga-tiga kaum utama pasti akan hadir.

Sejurus kemenangan di Bukit Gantang seorang teman berbangsa India berkata kepada saya ; ini Nizar very nice la! ” lagi educated katanya bangga.




Saya yakin Nizar kini didalam proses pembikinan sebagai pemimpin yang ulung bagi Malaysia. Generasi akan datang InshaAllah akan melihat kelibat ‘ klon Anwar atau TGNA ‘ akan menyatukan seluruh rakyat yang berbilang bangsa ini.

Beliau juga bukan sahaja hebat dipentas politik malah dipelusuk kampung, surau dan masjid beliau akan dijemput untuk menyampaikan ilmu akhirat.

Kini namanya bukan sahaja bergema di bandar-bandar malah diceruk kampung. Inilah contoh pemimpin yang kita mahukan. Pemimpin dunia dan akhirat.

Rakyat Malaysia dan khususnya ahli parti PAS mahu melihat Nizar akan diberi peluang didalam saf kepimpinan PAS,terutama diperingkat saf pimpinan PAS pusat .

Bukit Gantang :Rakyat Mohon Bubar DUN Perak.



Oleh Greenb0c

Keputusan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan DUN Bukit Selambau di Kedah 7 April 2009 adalah mesej rakyat menolak 'rampasan kuasa' kerajaan negeri di Perak pada 6 Februari 2009,

menurut kalangan penganalisis politik. Kemenangan BN di Batang Air, di Sarawak pula bukanlah sokongan kepada UMNO sebaliknya memperlihat dominasi politik etnik Iban dan pengaruh parti-parti keturunan Dayak berperanan di Sarawak, kata mereka.

Justeru bagi memulihkan semula imej UMNO/BN isu 'rampasan kuasa' di DUN Perak perlu diselesaikan secara berhemah, di samping tak membabitkan kedaulatan istana, menurut bekas Exco Pemuda UMNO Dato' Kamal Amir Kamal Hijaz. Penjelasan Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi TV1 (Selamat Pagi Malaysia, 8 April 2009) yang menyebut terserah kepada baginda Sultan Perak untuk membubarkan DUN, adalah percubaan mengheret kemurnian institusi istana ke dalam kebobrokan UMNO, katanya.

"Langkah sebaik-baiknya untuk memulihkan maruah UMNO ialah membubarkan DUN di samping menyerahkan mandat kepada rakyat," beritahu beliau menambah. Penjelasan Zahid Hamidi sokongan tiga ADUN Bebas sebagai bukti UMNO/BN mendominasi DUN Perak, meletakkan kepongahan UMNO yang sukar diterima majoriti rakyat. Kata Dato' Kamal Amir, tiga ADUN yang disebut Zahid bukan ciri-ciri sokongan rakyat sebaliknya 'pencerobohan' ke atas hak rakyat.

Dalam pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang calon PAS Dato' Seri Ir Muhamad Nizar Jamaluddin yang juga Menteri Besar selepas PRU12 (8 Mac 2008) memperoleh 21,860 undi menewaskan calon UMNO/BN Ismail Suffian (19,071 undi). Kemenangan tersebut sebagai manifestasi sokongan rakyat iaitu menolak 'rampasan kuasa'. Sekiranya UMNO/BN masih beranggapan isu 'rampasan kuasa' sebagai remeh temeh ianya akan membawa impak yang lebih besar pada PRU13, menurut Dato' Kamal Amir menambah.

Sementara di Bukit Selambau, keberangan masyarakat India kepada Presiden MIC Dato' Seri Samy Vellu diterjemahkan melalui peti undi sebagai mesej jelas untuk 'menjenamakan' semula BN, beritahu sumber tersebut menambah. Malah mesej tersebut sudah disampaikan sebelum hari pengundian iaitu masyarakat India melarang Samy Vellu berkempen ke Bukit Selambau. "Kalau Samy Vellu masih tak mahu menerima hakikat, BN akan menanggung beban," jelasnya

Kritikan terbuka Ahmad Zahid dalam wawancara bersama 'Selamat Pagi Malaysia' 8 April 2009 mengakui pengundi bukan Melayu melahirkan kebencian kepada komponen BN, tetapi menyembunyikan keberangan orang Melayu kepada UMNO. Penolakan orang Melayu di Bukit Gantang terhadap UMNO juga memberi mesej, rakyat Perak menolak kepimpinan Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak secara total, menurutnya lagi.

"Najib perlu berundur dari pimpinan UMNO Perak, sebelum ianya menambah banyak masalah di negeri itu," beritahu sumber dalaman UMNO di Perak sendiri selepas keputusan pilihanraya kecil berkenaan. Di samping itu kehadiran ramai FRU turut memberi petanda rakyat juga menolak kebobrokan bagi menakut-nakutkan mereka dengan isu keselamatan. Strategi menggunakan FRU ketika pilihanraya juga tak memberi sebarang kredit kepada UMNO/BN, kata sumber berkenaan.

Rumusannya menurut Dato' Kamal Amir, kekalahan BN di Semenanjung akan menular ke Sabah dan Sarawak selepas ini sekiranya berlaku pilihanraya. Kedudukan UMNO lebih 70 kerusi di Parlimen adalah bergantung kepada Sabah, kerana di Semenanjung kerusi UMNO tak sampai 70 kerusi daripada jumlah 140 dikuasai BN. "Justeru jentera kerajaan, media dan pasukan keselamatn tak lagi menjamin keberkesanan kempen UMNO/BN," jelas Dato' Kamal Amir.

Najib tidak mahu Khairy duduk dalam "Pasukan Baru'


KETUA Pergerakan Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin tidak terpilih menganggotai kabinet Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang diumumkan petang tadi. Beliau satu-satunya ketua dari sayap parti itu yang tidak terpilih duduk sebaris dalam saf "Pasukan Baru" Najib.

Namun penentangnya pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno hujung bulan lalu, Dato' Mukhriz Tun Mahathir dikutip menganggotai kabinet sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri membantu Dato' Mustapa Mohamed yang dipindahkan ke kementerian ini.

Paling sadis, Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim turut diserap ke dalam "Pasukan Baru" Najib dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan membantu Dato' Ahmad Shabery Chik yang dipindahkan dari Kementerian Penerangan.

Ini boleh dilihat sebagai suatu "tekanan" Najib terhadap ketua pergerakan itu, Khairy yang tidak terpilih. Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari pergerakan itu terhadap "peminggiran" Khairy dalam "Pasukan Baru" Najib yang diumumkan petang tadi.

Apakah gesaan menantu Pak Lah itu sebelum ini, kononnya bersedia untuk tidak dilantik ke kabinet suatu yang ikhlas, terpaksa dibungkam sendiri Khairy apabila Najib tidak membariskannya sebagai salah seorang dari "Pasukan Baru" beliau, sedangkan Khairy adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, sayap paling kanan Umno.

Ini merupakan satu sejarah pergerakan tersebut kerana selama ini ketuanya sentiasa dilantik menganggotai kabinet, yang terakhir ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Adalah dipercayai, tindakan ganjil ini akan akan menimbulkan masalah baru "api dalam sekam" dan "gunting dalam lipatan".

Sementara itu, satu lagi sayap Umno, Pergerakan Puteri diiktiraf oleh Najib apabila Ketuanya yang baru, Datuk Rosnah Rashid Shilin disenaraikan dengan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kabinet yang diistilahkan sebagai "Pasukan Baru" dengan dianggotai 28 orang sebagai menteri penuh dan 40 yang lain dilantik timbalan menteri.

Secara umumnya, saiz kabinet baru ini yang diistiharkan tujuh hari selepas Najib dilantik Perdana Menteri keenam adalah lebih kecil - hanya terdiri daripada 25 portfolio dengan perubahan banyak melibatkan wakil Umno termasuk dari Sabah dan MCA serta Gerakan.

Keputusan 'hakim' Bukit Gantang perlu diterima Dr Zambry


Masihkah Dato' Dr Zambry Abdul Kadir mampu bertahan di kerusi 'Menteri Besar Perak' sedangkan rakyat sudah memberi isyarat jelas menolak Barisan Nasional (BN) digambarkan melalui referendum Bukit Gantang.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telah menjatuhkan penghakiman mereka.

"Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh.

"Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan mereka, apa lagi semua dasar yang diputuskan kerajaan Pakatan Rakyat diteruskan tanpa satu pun dirombak kerajaan BN.

"Walaupun Umno mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai sejak puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak," katanya dalam sepucuk surat yang dikirim kepada Zambry hari ini.

Calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian turut mengakui kekalahannya kelmarin antaranya berpunca daripada rampasan kuasa Febuari lalu. Kenyataan itu disiarkan sebuah akhbar hari ini.

Pemimpin Gerakan di Kedah juga mengakui punca kekalahan BN di Bukit Selambau ada kaitan dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak.

Husam berkata, sekiranya calon BN sendiri boleh mengakui hakikat itu di mana lagi Dr Zambry mahu meletak muka.

"Bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah.

"Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan tindakan Umno Perak, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan lebih lagi. Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil," katanya.

Menurutnya juga sejak rampasan kuasa kelancaran pentadbiran Perak terganggu kerana semata-mata ada pihak membelakangkan pilihan rakyat.

Kata beliau Adun Pangkor sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan Menteri Besar, sekali pun Menteri Besar yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya.

"Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian anggota parlimen Bukit Gantang di mana seorang Adun berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Changkat Jering.

"Calon BN tewas dengan majoriti yang lebih besar. Kemenangan Dato' Seri Nizar telah membuktikan segala-galanya," katanya.

Thursday, April 9, 2009

2 Dibawa masuk semula



 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan.

Seperti yang diramalkan, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran).

UMNO SALAHKAN MCA DAN MIC KERANA KALAH BUKIT GANTANG



Oleh Dr Fikrah

Semalam (8 April) Ut usan telah menyiarkan berita berkenaan penubuhan badan bebas yang mengkaji kekalahan BN di dua bukit. Berdasarkan berita tersebut, boleh saya gariskan beberapa factor kekalahan BN :

- MCA dan MIC sambil lewa
- Golongan muda yang tak menyokong BN
- Pengundi kawasan Bandar
- Isu setempat yang tidak diselesaikan


Faktor pertama sehingga tiga adalah kajian daripada badan bebas tersebut. Manakala yang keempat itu adalah MCA dan MIC membela diri. BN dilihat semakin berpecah. Semalam (8 April) MCA tidak setuju dengan cabinet Najib. Hari ini pula bagaimana? Ya, perpecahan sesama Barisan Nasional ini semakin ketara.

Adakah mereka beralasan pihak PR cuba menaburkan fitnah mendakwa perpecahan mereka? Tidak sama sekali. Sumber ini dipetik dari akhbar BN sendiri. Anda sendiri boleh membacanya. Sekiranya benar, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, kita berharap begitu.

Walaubagaimanapun, mereka asyik menunding jari kepada orang lain. Lihatlah keempat-empat faktor ini, mereka masih tidak mahu mengaku kezaliman yang menyebabkan orang ramai menolak mereka. Mereka masih tidak mengaku bahawa mereka adalah haprak sehinggakan orang menolak BN.

Oleh itu, saya cuba menyenaraikan beberapa factor kekalahan BN, supaya menjadi bahan kajian badan bebas tersebut…

- Najib (PM) diragui kepimpinannya kerana Altantuya - akhbar antarabangsa
- BN mencetuskan kontroversi semasa berkempen - isu londeh seluar
- BN import pengundi hantu yang dikatakan sebagai penyokong - telah jelaskan di dalam artikel BN kata “itu bukan pengundi hantu”
- Calon BN, Mail digelar “mail danok” - kain rentang di BG
- BN rasuah, terutamanya pemimpin mereka - dibuktikan oleh Lembaga Disiplin
- BN rampas Perak tanpa keizinan rakyat - semua sudah tahu
- banyaakkkkk lagi…………
.
.
Ini hanya beberapa faktor yang boleh dilihat oleh badan bebas tersebut. Tetapi badan bebas itu berkata, hasil kajian ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, dan saya yakin, beliau tidak akan menerima hasil kajian ini, terutamanya apabila membaca faktor yang pertama sekali.

Walaupun saya bukan Presiden PAS, tetapi saya tetap ingin menyeru kepada MCA dan MIC supaya bersama Pakatan Rakyat menumbangkan BN. Ini kerana sesiapa sahaja berhak menyeru kepada kebenaran. Jangan tunggu Presiden PAS yang berkempen, kita sendiri perlu berkempen kepada kebenaran.

Senarai penuh barisan Kabinet baru

KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Apa yang boleh dipelajari dari pilihan raya kecil April 7

Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai sudah membuat keputusan.

Masing-masing mengekalkan parti yang menang di sana — Keadilan, PAS dan BN — dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Sebelum 8 Mac 2008, pilihan raya kecil umumnya merupakan sebuah pertandingan yang dimenangi BN. Hanya sekali-sekala pembangkang dapat meraih kemenangan — antaranya di Johor Baharu pada 1988, Arau 1998 dan Lunas 2001.

Sebab-sebabnya jelas — pada pilihan raya kecil seluruh jentera BN dan kerajaan boleh menumpukan usaha mereka di kawasan tersebut.

Jalan-jalan boleh dibina, jutaan ringgit boleh diberikan kepada sekolah, masalah-masalah yang selama ini tak dipedulikan boleh diselesaikan dengan sekelip mata.

Tetapi berikutan 8 Mac 2008, senarionya berubah. Di Permatang Pauh, Keadilan menang dengan majoriti lebih besar dan di Kuala Terengganu, PAS merampas kerusi Umno. Waktu itu yang dipersalahkan ialah kepimpinan lemah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apatah lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad masih mengkritik Pak Lah bertalu-talu.

Kali ini situasinya berbeza. Bukan sahaja Pakatan Rakyat menghadapi tiga pilihan raya kecil serentak (Keadilan sahaja bertarung di Kedah dan Sarawak, sedangkan BN menampilkan tiga parti berbeza untuk setiap kawasan) tetapi “mood” Umno sudah pulih apabila naiknya Datuk Seri Najib Razak dengan slogan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Semangat BN berkobar-kobar dengan bebasnya dua tahanan ISA Hindraf ditambah pula kembalinya Mahathir ke Umno. Tanpa membuang masa, Mahathir terus berkempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Alhamdulillah, keputusan di kedua-dua baik untuk Pakatan Rakyat, dengan majoriti lebih besar. Penyokong Umno mendakwa PAS menang dengan undi bukan Melayu, tetapi mereka juga harus sedar di sebalik retorik kaum yang mereka dendangkan, tarikannya untuk pengundi Melayu sudah sampai ke tahap maksimanya. Masih wujud bilangan pengundi Melayu yang ramai yang memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat — seperti mana diakui Mahathir, mustahil untuk Keadilan menang di Bukit Selambau dan PAS di Bukit Gantang dengan pengundi bukan Melayu semata-mata.

Sedangkan, dahulu kekuatan BN dan Umno ialah kebolehan memenangi kerusi-kerusi campuran. PAS cuma boleh menang di kerusi-kerusi Melayu di Utara dan Pantai Timur, sementara DAP pula cuma boleh menang di kerusi-kerusi Cina.

Kerusi-kerusi campuran ini merupakan kubu kuat BN, di mana parti-parti pembangkang tidak boleh bermimpikan untuk menang. Bukit Selambau dan Bukit Gantang tidak boleh ditembusi sehinggalah 8 Mac 2008.

Malah, selepas gelombang Reformasi meletus, kerusi-kerusi Melayu dikurangkan, digantikan dengan kerusi-kerusi campuran memandangkan Umno pimpinan Mahathir begitu takutkan pengundi Melayu pada waktu itu. Wira-wira Melayu dalam Umno tidak berkata apa-apa pun pada waktu itu kerana melihatkan ini cara menjaga masa depan politik mereka.

Penyokong-penyokong Umno juga harus akur, bilangan ahli Parlimen Melayu meningkat dari 123 kepada 130 pada Pilihan Raya Umum ke-12, cuma mereka kini lebih ramai dari PAS dan Keadilan.

Hakikatnya, di dalam negara majmuk seperti Malaysia, hanya politik yang bercorak inklusif mampu mendapat tempat di majoriti rakyat. Sentimen yang ditunjukkan Umno menggambarkan “1Malaysia” itu cuma satu lagi langkah “branding”.

Tetapi juga kita harus tawadduk, mengenalpasti apakah cabaran yang masih wujud bagi Pakatan Rakyat, bukan sahaja di Sarawak tetapi di sebalik kemenangan kita di Semenanjung Malaysia.

Di Sarawak, kelebihan yang ada pada BN pada pilihan raya kecil sebelum ini masih kukuh. Situasi ni sama dengan kawasan luar bandar Melayu di mana maklumat alternatif masih kurang. Pakatan Rakyat harus mencari jalan untuk menang di kawasan-kawasan ini, yang menjadi tempat di mana Umno dan BN bertahan selepas gelombang perubahan 8 Mac 2008.

Jelas dari hari pertama beliau menjadi PM, Najib mencuba dasar “triangulation” iaitu untuk mengangkat politik era Najib mengatasi kedudukan tradisi BN dan Pakatan Rakyat dengan melangkaui kedua-duanya. Maka Najib cuba memperlihatkan beberapa perubahan termasuk pembebasan tahanan ISA, langkah mengkaji semula ISA dan menamatkan penggantungan Suara Keadilan dan Harakah.

Dengan ini, Najib cuba mengambil beberapa isu diperjuangkan Pakatan Rakyat untuk dijadikan isu-isu BN juga.

Adalah menarik untuk diperhatikan sejauh mana Najib akan mempunyai keazaman politik meneruskan langkah ini dengan bayang-bayang Mahathir dan tekanan dari akar umbi Umno. Atau adakah Najib akan terus mendendangkan perkara yang sedap didengar sedangkan institusi-institusi seperti mahkamah, media dan lain-lain lagi akan diperalatkan untuk meneruskan cengkaman mereka terhadap demokrasi di Malaysia?

Yang pastinya, Pakatan Rakyat harus meningkatkan kerjasama, melebarkan organisasi dan menyebarkan mesej kita dengan lebih meluas agar rakyat punyai keyakinan Pakatan Rakyat sebagai “government-in-waiting” dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Satu Malaysia: Mendahulukan rakyat negeri Perak

Memang ada benarnya kata-kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kekalahan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau tidak boleh dianggap sebagai tanda rakyat menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurut Naib Presiden Umno itu, Najib sebagai perdana menteri tidak boleh dipersalahkan kerana beliau baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara.

“Saya percaya berikan masa kepada kami, kita dapat buktikan bahawa politik BN bukan politik sementara, bukan politik sensasi dan bukan politik berkisar kepada isu-isu tertentu saja tetapi suatu perjuangan yang konsisten dan mengambil kira cita rasa dan kehendak orang ramai, masa, tempat dan zaman,” katanya.

Begitu juga pandangan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa keputusan pilihan raya kecil itu bukan sebagai referendum terhadap kepimpinan negara.

Selaras dengan hujah Hishammuddin dan Muhyiddin, memang patut Najib diberi masa dan peluang untuk membuktikan keikhlasan beliau menerajui negara atas slogannya Satu Malaysia.

Indah sekali bunyi slogan “Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan” di mana Najib berjanji untuk mengutamakan rakyat dari seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik tanpa sesiapa merasakan tercicir atau terpinggir.

Dalam ucapan penerimaan jawatan Perdana Menteri pada 3 April lalu, Najib dengan tegas menyatakan: “Kita akan rapatkan hubungan rakyat dan kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik”.

Sebagai memenuhi janji dan harapannya sendiri, Najib boleh membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat dengan mengesyorkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengakhiri kebuntuan krisis politik negeri itu.

Seperti mana yang diketahui umum, kebekuan politik Perak berpunca dari “rampasan kuasa” oleh Umno setelah tiga Adun Pakatan Rakyat melompat meninggalkan parti asal mereka. Mentri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah pun memohon pembubaran DUN tetapi ditolak oleh Sultan Perak.

Kini keadaan semakin buntu dengan kes demi kes dibawakan ke mahkamah sedangkan suara majoriti rakyat Perak yang didengar di mana-mana mendesak mahukan penyelesaian yang muktamad.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Hishammuddin, “perjuangan BN adalah konsisten dan mengambil kira aspirasi rakyat,” tentutunya tidak mustahil untuk Najib mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dengan membolehkan adanya pilihan raya negeri di Perak.

Oleh kerana kepimpinan Umno dan BN amat yakin bahawa keputusan di Bukit Gantang — yang dimenangi oleh Mohd Nizar dengan majoriti yang lebih tinggi dari keputusan pilihan raya umum 2008 — bukan sebagai referendum terhadap Najib, tidak ada sebab mengapa pilihan raya negeri tidak boleh diadakan untuk mencairkan kebekuan politik di Perak.

Umno dan BN yang bermati-matian berkempen di Bukit Gantang sepanjang lebih seminggu yang lalu dengan bantuan dari agensi-agensi kerajaan sudah pasti mempunyai laluan mudah untuk memenangi hati rakyat Malaysia di Perak.

Tentunya tidak sukar untuk Umno dan BN memujuk rakyat dalam pilihan raya negeri dengan bantuan semua media arus perdana yang secara terang dan jelas berkempen untuk gabungan parti pemerintah pusat.

Malah seruan Satu Malaysia dapat dijadikan asas kempen BN untuk menjinakkan hati rakyat yang selama ini marah dengan keangkuhan dan ketidakpedulian pimpinan Umno yang semakin jauh jurangnya dengan rakyat yang ingin mereka sumbangkan bakti.

Jika tidak, status kerajaan negeri yang dirampas itu akan menjadi duri dalam daging untuk Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah jika undang-undang dan aparatus negara dipergunakan untuk menampung keputusan yang zalim dan rapuh, ia akan ranap juga satu hari nanti.

Seruan untuk mendahulukan rakyat memang patut disokong kerana ia adalah gambaran niat yang ikhlas. Namun niat sahaja tidak akan ke mana; rakyat telah perit melalui era sepanjang lima tahun lalu di mana janji demi janji ditaburkan. Malah dua dekad sebelum itu pun penuh dengan pelbagai juadah janji.

Buktikan sokongan melalui pilihan raya negeri Perak; kecualilah kalau Umno dan BN merasakan mereka akan ditolak oleh rakyat.

Tetapi itu mungkin mustahil kerana semua pemimpin Umno dan BN yakin rakyat masih tetap bersama mereka. Jadi tidak perlu tunggu lama lagi; biarkan rakyat — yang dijanjikan untuk didahulukan — membuat keputusan.

Umno dan BN tidak perlu merasa takut dengan Pakatan Rakyat kerana BN sudah pun terkenal dengan perjuangan “membela rakyat” yang pasti akan diberi pertimbangan wajar oleh rakyat di Perak.

Lagi pun di mata para pemimpin Umno, siapa dan apalah sangat Pakatan Rakyat? Di Perak sahaja, dua tiga kerat exco negeri pun boleh “dibeli” begitu sahaja.

Cumanya Umno dan BN terpaksa lebih berhati-hati sekarang kerana rakyat jelata semakin prihatin dengan soal-soal ekonomi, hak, keadilan dan demokrasi - bukan sahaja di Perak, malah di seluruh negara. Kini semakin susah untuk mana-mana pemimpin politik membohongi rakyat.

Wednesday, April 8, 2009

syabas- petugas dan penyokong

maaf kerana tidak dapat update blog ini dari hari sabtu 4 april hingga kehari ini. penulis terpaksa bergegas balik ke bukit gantang kerana mak mertua(73 tahun) dimasukkan ke wad di hospital taiping dan dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat sesak nafas.

tapi sempat juga menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di sek keb sultan abdullah kampung cheh dan sempat juga meluangkan masa untuk bersama-sama rakan seperjuangan di UPU kampung cheh. dan pada malam sebelum hari mengundi sempat berbual dengan timbalan presiden yang meluangkan masa untuk bersama petugas dan penyokong di situ. ramalan ustaz nasaruddin mat isa bahawa peluang untuk menang adalah 50-60 peratus menepati ramalan.

tahniah dan syabas diucapkan kepada petugas/penyokong tempatan dan juga petugas/penyokong dari luar yang datang dari terengganu, kelantan, pahang, n sembilan dan dari seluruh pelusuk negeri perak yang menghulurkan bantuan tenaga dan wang ringgit demi menegakkan perjuangan islam.

pada pengamatan penulis dengan gerak kerja yang sistematik dan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong/petugas di sepanjang kempen dan hari pembuangan undi dan jika dilihat dari sambutan rakyat terhadap parti PAS dan rakan dalam pakatan sudah pasti PRU13 akan menjadi milik PR. tambahan pula rakyat telah menolak janji pembangunan yang digunakan BN di sepanjang kempen mereka. projek mee segera yang dilaksanakan BN juga tidak dapat mengubah pendirian pengundi-pengundi yang semakin meluat dengan UMNO yang dilihat penuh dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah.

restu yang dipohon oleh BN dalam kempen ditolak oleh pengundi. majoriti pengundi marah dengan trajedi rampasan kuasa di PERAK. tun mahathir juga tidak dapat memujuk pengundi bukit gantang untuk memenangkan BN walaupun turut berkempen pada hari terakhir di simpang.

penulis amat berbangga melihat kaum muslimat yang berkerja keras walaupun tidak mendapat apa-apa habuan seperti umno yang menyalurkan wang ringgit yang banyak kepada petugas mereka. muslimat kampung cheh ulu mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil dari rumah ke rumah di sepanjang hari berkempen. itulah bezanya diantara umno dan PAS. kita berjuang untuk menegakkan islam dengan memohon pertolongan dari allah. bekerja hanya kerana allah tanpa mengharap kan apa-apa balasan selain dari keredhaannya sahaja. semoga allah membalas pengorbanan yang dilakukan oleh PAS MARANg/DUNGUN yang berkampung di kampung cheh, PAS seremban di MATANG, PAS BKT beruntung/PAS PAHANG di TRONG dan pada semua petugas yang datang membantu di sepanjang tempoh kempen hingga mengekalkan kemenangan PAS di BUKIT GANTANG.
Takbir...takbir...takbir.

Syabas kerana rakyat tetap bersama Pakatan Rakyat

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihanraya kecil pada 7hb April 2009.

Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.

Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP semakin hari semakin utuh.

Kemenangan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang serta sokongan pengundi Batang Ai membuktikan rakyat masih yakin terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat untuk terus menerajui perjuangan menuntut Perubahan bagi mencipta Malaysia Baru yang adil dan saksama.

Hari ini rakyat menghantar mesej yang jelas. Mereka mahukan perubahan yang nyata, bukan sekadar janji politik untuk terus kekal berkuasa.

Kemenangan Dato� Seri Nizar di Bukit Gantang merupakan satu referendum agar dikembalikan Kerajaan Perak yang sah. Rakyat menuntut agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan pilihanraya diadakan di seluruh Negeri Perak.

Kepada pendokong Pakatan Rakyat di Batang Ai, kita berhasil mengungkapkan isu tanah adat dan peminggiran rakyat yang terjadi di Sarawak. Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat akan terus berjuang membawa Perubahan kepada rakyat Negeri Sarawak.

Sekali lagi kewibawaan proses pilihanraya menjadi pertikaian. Pengiraan awal yang tidak dilakukan di tempat pembuangan undi serta penggunaan helikopter untuk mengangkut membuka ruang kepada penipuan.

Ini seharusnya menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras membawa Perubahan, bukan sahaja di Batang Ai, tetapi juga di segenap pelusuk tanah air.

Walaupun berulang kali berhadapan dengan kekerasan, fitnah dan ugutan penguasa, ianya tidak akan menghambat kami dari menunaikan janji yang telah diberikan.

Pakatan Rakyat akan terus mempertahankan keluhuran Perlembagaan dan berusaha melaksanakan agenda serta dasar untuk membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang telah diberikan rakyat ini.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tetap bersama-sama dengan agenda perubahan dan Pakatan Rakyat. Sudah tiba masanya kita meniup nafas segar kepada demokrasi dan memperkukuhkan kembali kedaulatan undang-undang di negara ini.

Bukit Gantang: Undi Melayu, Cina lebihi sasaran punca PAS menang

TAIPING: PAS, yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, memperoleh kira-kira 43 peratus pengundi Melayu - lebih daripada disasarkan parti itu.

Malah PAS juga memperoleh sokongan besar daripada pengundi-pengundi Cina kali ini untuk kekal di Bukit Gantang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 1959.

"Sokongan kaum Cina dianggarkan naik daripada 65 peratus ketika Mac 2008 kepada 75 peratus kali ini," kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi hari ini.

"Dari segi sokongan pengundi Melayu, kami sebenarnya hanya menjangkakan kira-kira 40 peratus tetapi kami peroleh hampir 43 peratus, ia melebihi sasaran kami," kata beliau.

Nizar memperoleh 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian menerima 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi.

Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 41,626 (75 peratus) naik tiga peratus dengan undi rosak sebanyak 456.

Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, menang dengan majoriti 2,789 undi berbanding diperoleh Allahyarham Roslan Shaharum, dari PAS, sebanyak 1,566 undi. Mengenai sokongan pengundi India pula kata beliau, ia tidak jauh berubah dengan kekal dalam lingkungan 60 peratus berbanding 63 peratus ketika pilihan raya umum 2008.

Bahagian Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada 55,562 pemilih dengan kaum Melayu mewakili kira-kira 63.5 peratus, diikuti masyarakat Cina 27.1 peratus, India 9.1 peratus dan selebihnya kaum lain.

Kata beliau, walaupun ada usaha untuk menghalang arah aliran sokongan pengundi Cina dan Melayu kepada PAS tetapi pihaknya berjaya memperoleh sokongan besar.

Dari segi prestasi mengikut bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata, pihaknya menerima sokongan memuaskan di DUN Kuala Sepetang.

Kali ini PAS memengani tambahan satu peti undi berbanding lima tahun lalu di DUN Kuala Sepetang.

Di bahagian itu, PAS memperoleh 8,466 undi berbanding 7,490 manakala BN juga mengalami kenaikan iaitu daripada 6,193 kepada 6,259.

Di DUN Changkat Jering, kali ini PAS kehilangan satu peti undi kepada BN iaitu Changkat Jering.

Pada pilihan raya umum lalu PAS menguasai lapan peti undi di DUN Changkat Jering yang wakilnya telah keluar PKR dan Pakatan Rakyat lalu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Kedua-dua BN dan PAS memperoleh sokongan undi lebih baik kali ini.

PAS menerima 9,896 undi berbanding 9,163 Mac tahun lalu manakala BN pula 8,206 undi berbanding 7,939 undi.

Berhubung kedudukan di DUN Trong, yang dikuasai BN tahun lalu, PAS juga kehilangan satu peti undi. Tahun lalu kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat menguasai masing-masing tujuh peti undi.

Dari segi undi sokongan, kedua-dua BN dan PAS menerima peningkatan undi.

Misalnya PAS merekodkan 3,367 undi berbanding 3,301 tahun lalu manakala BN memperoleh 4,124 undi berbanding 4,021 undi Mac 2008.

Dari segi undi diperoleh, PAS menguasai DUN Kuala Sepetang dan Changkat Jering.

Najib umum Kabinet esok

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan umumkan barisan Kabinet baru kerajaan Malaysia pada pukul 3 petang esok.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pejabat Perdana Menteri.

Najib dijadual mengumumkan senarai Kabinet itu di Dewan Taklimat ICU, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Sementara itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Najib, petang ini dipercayai bagi membincangkan pembentukan barisan Kabinet baru.

Pertemuan tersebut merupakan kali kedua selepas Ahad lalu.

Sejak kelmarin, pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mula mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Jumaat lalu.

Pada sebelah pagi tadi, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud; Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan dilihat memasuki bangunan pejabat Perdana Menteri.

Najib dijangka akan mengumumkan barisan Kabinet barunya esok.

Pada Isnin lalu Muhyiddin dilaporkan mengesahkan pertemuannya dengan Najib selepas kembali dari kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai.

Muhyiddin bagaimanapun enggan menyatakan sama ada pertemuan mereka itu turut menyentuh soal pembentukan Kabinet baru.

Search This Blog