Kalau Pemuda Umno menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' sebagai modal bertemu pengundi, Pemuda Pakatan Rakyat petang tadi menjadikan isu 'Siapa Pengkhianat Negara' pula sebagai serangan balas untuk 5 hari berbaki kempen di N11 Permatang Pasir.
Ekoran itu, Pemuda Pakatan mencabar Pemuda BN berdebat secara terbuka mengenai kedua-duanya. Merujuk surat yang ditandatangani Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan at-Tantawi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Loke Siew Fook, debat itu dijadualkan pada Ahad 23 Ogos jam 9.30 malam di Permatang Tengah iaitu di sebuah kedai makan. Wakil Pemuda Umno Rosli Hamid yang menerima surat jemputan itu berjanji akan menyerahkannya kepada Khairy. �Bukan jaminan untuk saya kata Pemuda setuju, tapi saya akan berikan kepada Ketua Pemuda kami (Khairy),� katanya. Debat Terbuka 'Siapa Pengkhianat Negara' anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu merupakan strategi terbaru pembangkang selepas Pemuda PAS sendiri gagal berwacana ilmiah dengan Khairy dalam isu 'Benarkah Umno Memperjuangkan Islam' sebelum ini. Tekad Pemuda Pakatan mengadakan debat terbuka itu dikatakan untuk memastikan 39 peratus pengundi muda kekal memberi undi kepada calon PAS Mohd Salleh Man 25 Ogos depan. Bagi Pemuda Pakatan, rekod menang kesembilan-sembilan peti undi saluran muda � saluran 5 (21-25), saluran 4 (26-40) dan saluran 3 (41-50) dalam pilihanraya umum ke-12 lalu tidak boleh disandarkan sepenuhnya bahawa PAS akan kekal di Permatang Pasir. Pengundi muda merupakan masyarakat berfikir, membaca, aktif, akses internet serta tidak mudah terpengaruh oleh cakap-cakap kosong orang politik semata-mata. Dalam kepercayaan Pemuda Pakatan, bukan sahaja isu 'Siapa Pengkhianat Melayu' patut dibincangkan, malah isu 'Siapa Pengkhianat Negara' juga perlu diperdebatkan, asalkan atas fakta dan rasional oleh semua pihak. "Saya lihat isu itu (pengkhianat bangsa) diucapkan Umno dengan penuh emosi dan langsung tidak meningkatkan minda dan ilmu orang Melayu. Maka, setiap isu terutamanya berkaitan kepentingan negara perlu diperdebatkan secara ilmiah dan berfakta," jelas Badrul Hisham Shaharin. Bercakap di depan Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh, Badrul berkata, jika Umno berani, mereka akan menyertai debat terbuka dan mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden mereka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Anwar Pengkhianat Bangsa, secara fakta dan ilmiah. Jelasnya lagi, Ketua Pemuda Umno Mohd Khairy Jamaluddin sendiri pun tidak berupaya mempertahankan peribadi Muhyiddin yang dikatakan 'Pengkhianat Negara' ekoran menjual 51,170 hektar tanah Johor/negara kepada Singapura dengan harga RM350 juta sewaktu menjadi Menteri Besar Johor (1980). Ahli Parlimen Jerai dari PAS, Mohd Firdaus Jaafar berharap Pemuda Umno dapat menyertai debat itu untuk menjernihkan kesangsian rakyat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu. "Isunya (siapa pengkhianat) sekarang bukan lagi ke atas bangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya. Tetapi, melibatkan kepentingan negara." Kelmarin, semua media melaporkan Muhyiddin menafikan pendedahan tersebut, dan mengganggapkan dakwaan itu sebagai fitnah. "Saya ingin menjelaskan bahawa saya (semasa menjadi Menteri Besar Johor) tidak pernah menjual tanah walau seinci pun kepada Singapura dan ini adalah fitnah semata-mata. |
Saturday, August 22, 2009
Pemuda Pakatan dan BN berdebat 23 Ogos?
Friday, August 21, 2009
Bekas rakan kongsi Rohaizat dakwa Umno berbohong
Bekas rakan kongsi Rohaizat Ibrahim, calon BN Permatang Pasir, Yusri Ishak hari ini mempertahankan dirinya dan mendakwa tuduhan terhadap beliau oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan adalah bohong.
Yusri yang mengadakan sidang media khasnya di Yayasan Aman hari ini berkata, dia tidak ada kaitan dengan kes pecah amanah itu sebagaimana yang didakwa Ahmad Maslan. "Itu kenyataan bohong," kata Yusri. Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan polis segera selepas berbincang dengan peguamnya. Yusri keluar mempertahankan diri selepas Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin Umno lagi dalam kenyataan mereka berkata, calon BN itu adalah mangsa salah laku rakan kongsinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Rohaizat tidak terlibat dalam sebarang transaksi jual beli tanah yang diuruskan oleh rakan kongsinya bagi pihak Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang Berhad. Ahmad mendakwa, Rohaizat menjadi mangsa keadaan setelah rakan kongsi beliau meninggalkan firma berkenaan di mana beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan rakannya itu. Beliau seterusnya mendakwa, sebagai menunaikan tanggungjawab syarikatnya, Rohaizat telah membayar balik wang koperasi tersebut. Menurutnya, sikap bertanggungjawab Rohaizat itu menunjukkan beliau seorang pemimpin yang berkualiti dan tidak melarikan diri seperti rakannya itu dan boleh dianggap sebagai "wira". Menurut Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (gambar), ekoran keputusan Majlis Peguam memecatnya, Rohaizat telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan memecatnya itu. Namun mahkamah telah mengekalkan keputusan Majlis Peguam itu. Hari ini, rakan kongsi yang dimaksudkan itu keluar dalam sidang media dan menolak segala dakwan Maslan dan lain-lain pemimpin Umno itu. "Saya memohon kepada PAS dan PKR agar memberikan pentas mereka kepada saya untuk mempertahankan diri," kata Yusri dalam sidang media hari ini. CERITA YUSRI Menurut Yusri, isu bermula apabila pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi untuk tujuan pembelian sekeping tanah bagi mengembangkan perniagaan mereka. Koperasi kemudian meluluskan pinjaman itu dan memasukkan wang RM320,000 itu dalam akaun klien di pejabat guaman mereka, Saif Ariff and Rohaizat. "Saya yang menyiapkan draf perjanjian ini," kata Yusri(gambar bawah). Namun koperasi mulanya hanya mengambil RM100,000 untuk tujuan perniagaan selebihnya dikekalkan dalam akaun itu kerana masalah traNsaksi dengan penjual tanah. Seorang pelanggan kenalan Rohaizat kemudiannya meminta Rohaizat membantunya membiayai satu pembelian tanah bernilai RM130,000. Rohaizat bersetuju dan memberikan pinjaman RM100,000 dengan menggunakan wang koperasi itu dengan syarat ia dibayar balik segera. Namun, kawannya gagal membayar balik wang itu. Rohaizat bertindak mengambilalih tanah itu dan cuba dijual dengan cara dibuat pecahan lot. Namun, ia gagal dijual sepenuhnya. Oleh kerana kegagalan mereka menjual semua tanah lot itu, menyebabkan firma mereka gagal membayar balik wang koperasi itu. Sebahagian wang itu juga digunakan Rohaizat untuk membantu rakannya yang juga pemaju perumahan dan juga ahli politik dari Perak. Wang itu juga digunakan untuk mengembangkan firma guaman mereka apabila sebuah pejabat dibuka di Ipoh. Yusri bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth. Ekoran itu, Yusri tidak lagi memantau akaun-akaun klien di cawangan Butterworth sehinggalah dia meinggalkan firma pada November 2003 |
Thursday, August 20, 2009
Nik Aziz sedia bersemuka Majlis Fatwa Kebangsaan
"Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul," katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.
"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.
Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.
"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad S.A.W. dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.
"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabinabi," katanya.
Wednesday, August 19, 2009
PR: HATI-HATI STRATEGI BARU UMNO YANG BERKESAN
SPRM melalui Pengarah siasatannya mengumumkan kononnya mereka akan berhenti dari melakukan siasatan ke atas ahli politik. Akhbar hari ini (Berita Harian 17hb Ogos) pula melaporkan bahawa SPRM bukan Gestapo.
Jika kita meneliti kenyataan pertama, ia seolah-olah menggambar bahawa SPRM sudah merajuk dalam melaksanakan tugas mereka. Dari satu sudut yang lain, jika kita berfikir secara rasional, ianya adalah melucukan. Kenyataan sebegitu boleh disamakan dengan tamsilan, seekor harimau bertekad tidak akan makan/memburu rusa lagi kerana sudah kerapkali gagal menangkapnya dalam siri perburuannya. Bukankah lucu bunyinya??? Tidakkah menyiasat dan menghapuskan rasuah itu adalah tugas SPRM? Jadi, jika mereka tidak mahu menyiasat ahli politik (baca ahli politik pembangkang), ia bermakna SPRM tidak melaksanakan tugasnya. Bukankah tugas SPRM menyiasat dan menangkap ahli politik pembangkang yang disyaki rasuah.
Kita menyaksikan bagaimana lakonan/sandiwara Mahkamah Tinggi pada Jun 2009 yang lalu yang mengisytiharkan Datu Seri Nizar sebagai MB Perak yang sah dan pada keesokan harinya Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan tersebut??? Skrip yang amat ringkas dan mudah difahami tetapi amat berkesan dalam memusingkan pemikiran rakyat supaya membenci pembangkang. Kini adegan yang sama dilakukan oleh SPRM pula. Sudah ramai mereka membabitkan ahli politik PKR dan DAP dalam rasuah sehingga terbunuhnya Teoh Beng Hock. Dan jangan lupa, mereka juga menyiasat ahli politik UMNO (di Terengganu) dalam siri perlaksanaan tugas mereka.
Dari kedua-dua episode di atas, maka media, pemimpin UMNO/BN akan dapat memerangkap pembangkang di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan mematahkan hujah PR dalam setiap tindakan mereka. PR tidak boleh lagi mendakwa mahkamah tidak bebas kerana DS Nizar menang dan SPRM tidak boleh dikaakan tidak bebas kerana mereka juga menyiasat 2 orang Wakil Rakyat dari Terengganu. Jadi – mahkamah dan SPRM adalah dua agensi yang tidak memilih bulu. Betulkah realitinya?
Kita menyaksikan sudah berpuluh laporan polis dibuat oleh PR yang membabitkan bukan sahaja bekas wakil rakyat, wakil rakyat, menteri, kroni UMNO malah Perdana Menteri sendiri tetapi – tiada satu pun tindakan atau siasatan yang dilakukan oleh SPRM. Ini adalah mengenai SPRM.
Bagi mahkamah pula, kita menyaksikan bagaimana semua pemimpin UMNO dan kroni-kroni mereka yang didakwa telah didapati tidak bersalah atau tidak didakwa langsung. Razak Baginda, Kasitah Gadam, Eric Chia, Tun Dr Mahathir, kes Lingam, Idris Jusoh dan keruntuhan Stadium Sultan Mizan di Terengganu, Dr Khir Toyo dan Balkis serta rumah agamnya, projek PPRT dan Annuar Musa di Kelantan dan yang terakhir ialah dakwaan dari Ketua Backbencher BN ke atas Presiden MCA yang menerima RM10 juta sebagai derma (kononnya) dan Ketua Wanita MCA pula tidak dinyatakan jumlahnya. Kita yakin Datuk Seri Tiong King Sing tidak berani untuk memecah lubang jumlah derma (istilah baik untuk kerja yang hina) yang diberi dan berapa ramai pemimpin UMNO atau kroni mereka yang menerimanya.
Polis pula amat aktif, tangkas dan cekap apabila ada laporan dibuat melibatkan pemimpin PR. Penggunaan ISA ke atas orang PAS majoritinya atas alasan-alasan yang direka oleh UMNO/polis adalah perkara biasa. Dalam penjara, polis membelasah tahanan, menganiayai, menghina dan menyiksa mental mereka sebagai yang dibuat oleh Gestapo, CIA, Savak, dan Mossad – tiada bezanya. Bila ada pihak yang membangkitkan isu tahanan mati dalam lokap, maka UMNO pun membela polis dengan alas an dan hujah-hujah karut mereka. Kita tidak perlu ada pita rahsia untuk merekodkan video kekejaman polis UMNO ini. Lihat saja bagaimana mereka memperlakukan kepada para demonstran pada setiap kali diadakan perhimpunan aman di Kuala Lumpur.
Dua tahun lalu UMNO/BN pening kepala memikirkan bagaimana mahu menyekat maklumat yang disebarkan melalui internet oleh masyarakat yang prihatin dari sampai ke seluruh lapisan masyarakat. Kini mereka sudah dapat penyelesaiannya iaitu dengan mengupah blogger untuk berhadapan dengan blog-blog yang tidak pro kepada UMNO/BN. Tidak dapat dinafikan memang terdapat ramai manusia yang sanggup diperalatkan dan diperhambakan dengan ganjaran yang sedikit walaupun agama, bangsa dan negara mereka tergadai. Blog-blog ini menulis dan memfitnah para wakil rakyat khususnya dari DAP dan PKR. Apabila penafian dibuat maka UMNO pun dalam masa yang sama membuat penafian ke atas dakwaan-dakwaan yang ditulis oleh blogger yang kontra mereka. Lalu UMNO pun berhujah bahawa sebagaimana wakil rakyat PR menafikan fitnah dari blog-blog, maka samalah keadaannya dengan apa yang mereka lakukan.
Strategi UMNO yang mahu mengelirukan fikiran rakyat masih diteruskan kerana ia terbukti berjaya dan berkesan sejak dahulu. Apa yang sudah termaktub dalamAl Quran tetapi bertentangan dengan polisi dan tindakan mereka (UMNO) mereka mengupah para ulamak untuk menjustifikasikannya dengan hujah-hujah yang mengelirukan masyarkat yang sudah sedia jahil. Contohnya dalam bab jihad, UMNO mengelirukan konsep jihad yang utama iaitu jihadul qital kepada jihad-jihad yang kecil yang tidak diberi penekanan oleh Nabi s.a.w.
Kini PR perlu berhati-hati dengan strategi halus dan terkini UMNO/BN. Mereka akan arah mahkamah, polis ,SPRM dan agensi-agensi kerajaan yang lain agar berbuat sesuatu (‘by hook or by crook’) untuk membabitkan pemimpin PR dan apa jua kes dan dalam masa yang sama bersandiwara. dengan menangkap beberapa pemimpin UMNO kemudian menutup failnya secara senyap-senyap. Mereka kini sudah matang untuk menangkis strategi politik pembangkang dengan mengikut rentak politik PR. Desakan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja kes Beng Hock dipatuhi tetapi sebagaimana yang kita jangka, suruhanjaya itu hanya menjadi budak suruhan UMNO sahaja. Kegagalan PR untuk mengatasi perancangan strategic UMNO yang terkini ini akan mengakibatkan rakyat berjaya dikelabui dan di tipu sekali lagi oleh UMNO. Kesan jangkamasa pendeknya ialah PR bakal menyaksikan merudumnya sokongan masyarakat kepada mereka jika langkah strategik seterusnya tidak diambil segera. "
Ku Li: Apakah Umno kurang calon?
"Kita juga berkata calon tersebut mewakili kita. Saya rasa sedih kerana terpaksa menyebut perkara yang sudah nyata itu," tulis Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang dalam blognya.
Beliau merujuk kepada pemilihan Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya - sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.
Majlis Peguam telah membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran dikaitkan dengan kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.
Menurut Tengku Razaleigh perkara itu seumpama itu tidak akan melayakkannya menjadi calon bagi jawatan awam dalam mana-mana parti politik.
Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah Umno kekurangan calon sehingga terpaksa memilih Rohaizat bertanding di Permatang Pasir.
"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu sudah menjadi perkara biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon yang sesuai.
"Pemimpin parti yang memilih dan menyaring calon-calon mesti sudah tahu kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewngan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.
Menurut Tengku Razaleigh lagi, kejujuran merupakan syarat minimum untuk memegang jawatan awam.
"Apa jua pun kebaikan-kebaiakan yang lain yang dimilik calon berkenaan, beliau tidak boleh dipertimbangkan sekiranya beliau gagal ujian ini.
"Calon yang hendak kita pilih bertanding dalam pilihanraya mesti mempunyai rekod yan bersih kerana kita meminta rakyat meletakkan keyakinan mereka kepadanya sebagai pemimpin mereka.
"Dan kerajaan yang demokratik akan runtuh tanpa mendapat keyakinan rakyat," tambahnya.
Oleh itu, Tengku Razaleigh berkata, dengan meletak seorang yang telah dilucut kelayakannya menjadi peguam, maka Umno menonjolkan imej bahawa ia mengamalkan kod moral yang berbeza dengan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
"Satu set peraturan untuk Umno dan yang lain pula untuk orang lain," katanya.
Tuesday, August 18, 2009
buah busuk jangan di pilih.
namun apakah kita mahu menjadikan individu yang ada sejarah hitam dan telah dicemari dengan sifat keji untuk menjadi pemimpin dan menjaga kepentingan kita nanti. ibarat menyuruh serigala menjaga kambing-kambing kita. atau mungkin itulah calon yang terbaik dimiliki oleh UBN pada masa kini. atau calon-calon lain tidak mahu mengambil risiko untuk bertanding kerana telah tahu keputusan yang bakal diperolehi nanti.
mustahil pengerusi perhubungan UMNO pulau pinang yang berlatar belakangkan agama itu tidak tahu menilai calon yang paling baik untuk diturunkan bertanding menentang calon dari PAS. mungkin pengerusinya pun dua kali lima juga dengan calon pilihannya itu. sama juga macam presiden mereka yang memang kaki tipu duit rakyat. tapi kalau mahkamah tak kata bersalah maka tak jadi hal. macam mana mahkamah nak kata salah sedangkan tak pernah dihadapkan ke mahkamah pun. tapi tak apalah, mahkamah dunia kita boleh gula-gula kan, tapi tunggu mahkamah allah....nak kemana.
jadi sekarang ini terserahlah pada pengundi PRK permatang pasir. penyokong PR kita tak risau kerana sudah pasti akan pilih calon PAS. cuma pengundi atas pagar dan penyokong BN. apakah mereka sanggup pilih pemimpin yang mempunyai moral dan integriti yang rendah. terpulanglah..undi itu hak masing-masing tapi gunalah dengan bijak. janganlah kita sudah tahu makanan kita tercemar tapi masih nak dijamah. teuk dada tanyalah selera.
Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi. Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi. Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga. Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz. Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini. "Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain. "Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi. Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga. "Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya. Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin. "Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya. Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu. "Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya. Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau. "Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap. "Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya. Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW. "Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya. |
Muhyiddin jadikan harta kerajaan harta partinya
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno, baru-baru ini terselamat dari terlibat dengan tragedi apabila helikopter Nuri milik TUDM yang dinaikinya terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran disebabkan cuaca buruk.
Sambil mengucapkan syukur atas terhindarnya Muhyiddin dari tragedi, Saudara Ahmad Nizam Hamid, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang sempat melontar persoalan yang terbit berikutan kejadian tersebut.
Ini kerana Muhyiddin menaiki helikopter Nuri milik TUDM tersebut untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu setelah selesai merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kudat. Pada petang hari yang sama, Muhyiddin dijadual akan merasmikan pula Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Penampang.
Nizam mempersoalkan kenapa Muhyiddin dibenar bagi menggunakan helikopter milik tentera, milik kerajaan untuk kerja-kerja partinya, Umno?
Walaupun beliau berjawatan dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi itu tidak pula pernah memberinya tiket untuk turut mendapat keistimewaan kemudahan kerajaan dalam menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Presiden Umno.
Lainlah kalau Muhyiddin boleh membuktikan yang Umno telah menyewa helikopter tersebut dari TUDM untuk kegunaannya di Sabah.
Nizam menambah, sikap Muhyiddin mungkin gambaran sikap Umno keseluruhannya, yang sudah tidak dapat membezakan di antara harta peribadi dan harta kerajaan, harta kerajaan itu harta parti, Umno itu kerajaan, kerajaan itu Umno.
Sikap yang melambangkan bahawa Umno secara dasarnya tidak pernah berubah, walaupun telah terpukul teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.
Jika Umno, seperti yang ditunjukkan Muhyiddin, secara berterusan menggunapakai harta kerajaan bak harta sendiri dan harta parti, tanpa sedikitpun ada rasa bersalah, maka jelaslah Muhyiddin bagi Nizam, sebenarnya adalah pengkhianat, mengkhianati amanah negara yang telah mempertanggungjawabkan kedudukan Timbalan Perdana Menteri ke bahunya. Dengan menyalahgunakan kedudukannya, Muhyiddin telah “mencuri” harta negara untuk digunakan bagi kemudahan diri dan partinya.
SPRM sepatutnya boleh membuka fail siasatan terhadap Muhyiddin berdasarkan laporan akhbar. SPRM sepatutnya boleh menyerbu ke pejabat Muhyiddin dan mengheret setiausaha peribadi atau pembantu khas beliau di hadapan orang-ramai. Tegas Nizam, perbelanjaan minyak dan lain-lain berkaitan juruterbang serta seumpamanya boleh sahaja mencecah RM150,000 jika mengambil contoh skandal yang didakwa melibatkan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang gagal menjelaskan bil penggunaan jet persendiriannya.
Simpul Nizam, bagi pemimpin Umno seperti Muhyiddin, istilah pertanggungjawaban dan memegang amanah secara jujur tiada dalam kamus hidup dan politik mereka. Tanggungjawab moral bagi pemimpin seperti ini hanyalah retorik pidato dalam siaran media dan kempen pilihanraya. Mereka, ujar Nizam lagi mencuri, menggadai dan menyalahguna harta negara, kemudiannya melepaskan tanggungannya ke pundak rakyat. Lebih teruk ia dilakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah dan menyesal.
Monday, August 17, 2009
Ahli Umno tak akan masuk syurga - Nik Aziz
Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.
"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga.
Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.Pengundian ialah pada 25 Ogos ini.
Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar.Nasi sudah jadi bubur, kata Mahfuz
Nasi sudah menjadi bubur. Akibat kegagalan membuat tindakan awal yang berkesan, setiap rakyat negara ini kini terdedah kepada virus yang cepat merebak, H1N1.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar sikap kerajaan yang lambat bertindak dalam menangani penularan wabak selsema influenza A H1N1 yang semakin kronik ketika ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai 16 Ogos lalu bahawa darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini boleh dijangkiti virus tersebut. Beliau bagaimanapun mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat. Sehingga berita ini ditulis, sudah 64 orang terbunuh akibat serangan virus yang sangat mudah berjangkit ini. Setiap hari antara dua hingga tujuh orang dilaporkan meninggal di negara ini. "Bagi saya dalam hal yang melibatkan keselamatan rakyat ini, tindakan kerajaan sangat perlahan dan kesilapan ini tidak boleh dipandang ringan,"ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sikap kerajaan yang suka berdolak dalik dan menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan rakyat juga menunjukkan kerajaan tidak mengendahkan permintaan rakyat yang semakin berasa tidak selamat dengan situasi sekarang. Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang parlimen khas bagi membentangkan kertas putih berkenaan isu ini juga tegasnya jelas menunjukkan kerajaan tidak bersedia menerima pandangan dari pihak lain terutamanya melibatkan Pakatan Rakyat. "Ini bagi saya adalah satu sikap yang tidak wajar,"tegasnya lagi. Sambil menyifatkan penularan virus ini seperti nasi sudah menjadi bubur, beliau berkata ianya semakin susah untuk dibendung memandangkan jangkitannya yang semakin meluas. "Saya tidak faham apa lagi yang perlu ditunggu kerajaan sedangkan kes kematian semakin meningkat. Kalau nak tunggu keadaan jadi lebih buruk pun, akhirnya pengisytiharan darurat tetap perlu dibuat. "Saya setuju jika kerajaan tak mahu isytihar darurat kalau mereka ambil tindakan yang berkesan dari awal lagi.Tapi sekarang dah tak boleh buat apa dah,"katanya. Tambahnya, keadaan semakin membimbangkan apabila virus berkenaan boleh berjangkit di mana-mana sahaja termasuk di hospital dan pusat-pusat kesihatan. "Kadang-kadang ada yang cuma demam biasa, tapi bila pergi periksa kesihatan di hospital, mereka terkena virus itu,"ujarnya. Terbaru, wabak ini memakan dua lagi korban,seorang kanak-kanak lelaki 7 tahun dan seorang nenek, 74 tahun,menjadikan jumlah kematian sebanyak 64 kes. 384 kes baru yang dicatatkan ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,225 kes. Selasa lepas, jumlah keseluruhan dicatat sebanyak 2,253 kes dengan 270 kes baru iaitu rekod tertinggi dalam satu hari pada waktu itu. Pendedahan perangkaan terbaru itu menunjukkan peningkatan mendadak dan luar biasa, kira-kira 2,000 kes dalam tempoh seminggu. Selepas Thailand, Malaysia adalah negara tertinggi di Asia Tenggara, angka korban akibat virus ini |
Datuk Alimudin Syawal sertai PKR
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Alimudin berkata beliau membuat keputusan Sabtu di hadapan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan dalam blog bekas timbalan perdana menteri mengenai perkara itu hari ini.
Blog tersebut menyatakan Alimudin yang juga bekas ahli jawatankuasa bahagian Umno Temerloh telah mengisytiharkan dirinya keluar dari Umno dan mengumumkan menyertai PKR.
"Pengumuman itu dibuat oleh beliau sendiri di hadapan Datuk Seri Anwar Sabtu lalu di Mentakab, Pahang," tulis blog tersebut.
Menurut Alimuddin beliau membuat pengumuman tersebut di Taman Saga Mentakab dalam satu majlis yang dihadiri oleh Anwar di situ.
Katanya, beliau bertindak keluar Umno kerana "tidak wujud ruang demokrasi dalam Umno".
"Saya dukacita, kebebasan bersuara tidak ada dalam Umno. Kalau dikongkong, (maka) tidak guna jadi ahli," katanya.
Menurutnya, beliau telah menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian Temerloh pada pagi Sabtu lalu untuk membentangkan satu usul meminta perdana menteri mewartakan hari Jumaat sebagai hari cuti umum.
"Sudah dua kali - tahun lalu dan tahun ini - bahagian tidak memberi peluang kepada ahli berucap (dalam mesyuarat bahagian). Ahli sepatutnya mengusulkan apa yang mereka tidak puas hati.
"Oleh kerana tidak ada peluang, apa guna saya berjuang dalam Umno. Nak bersuara tak boleh, apa gunanya," tambahnya.
Bagaimanapun, kata Alimudin, beliau tidak ada sebarang masalah dengan Umno bahagian.
"Tetapi, Umno bahagian mesti memberi peluang (kepada ahli) memberi idea baru. Sindrom 'angguk, kipas' tak ke mana," katanya.
Inkues : Tiada bukti sokong teori Beng Hock dibunuh
Katanya, beliau sendiri tidak akan teragak-agak untuk mengatakan ia adalah kes bunuh sekiranya menemui sebarang fakta-fakta yang disyaki berkaitan dengan teori tersebut.
Walau tidak menyoal pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau turut menyiasat tempat kejadian dan menemubual keluarga selain bergantung kepada hasil bedah siasat, laporan asid deoksiribonukleik (DNA) serta toksikologi sebelum membuat kesimpulan tiada unsur-unsur pembunuhan dalam kes ituHishamuddin hampa SPRM enggan diperguna lagi..
"Hishamuddin menyatakan rasa hampanya dengan sikap baru yang diambil SPRM apabila enggan dipergunakan lagi untuk menyerang ahli politik pembangkang.
SPRM baru-baru ini menyatakan hasrat hendak berhenti menyiasat ahli politik sehingga kaedah siasatan dan sebagainya selesai dikaji kerana masyarakat marah dengan apa yang dilihat sebagai kepincangan SPRM. SPRM dilihat telah diperkuda oleh UMNO. Justeru, Hishamuddin cukup marah dan kecewa:
The Star (Used by permission)
"Star, Monday 17 august 2009: PETALING JAYA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) should not run away from its responsibility to curb corruption by ceasing to investigate politicians, but work with the Opposition and Barisan Nasional to curb corruption.
Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ex-pressed sadness and disappointment over the statement by MACC director of investigations Datuk Mohd Shukri Abdull to stop investigating politicians."
rasa macam nak mencarut-carut bila dengar ahli politik UMNO buat kenyataan. Baru ni saya menghadiri seminar perundangan di luar negara yang dihadiri wakil dari Singapore, Hong Kong, Taiwan, Cina, Amerika dan Eropah berhubung hak asasi. Isu ISA di Malaysia pun dibincangkan dan sistem perundangan Malaysia yang pincang dan sistem pencegahan rasuah yang bias dikritik hebat.
Umno sedia perangkap sendiri di Permatang Pasir
"Kita tidak menjadikan Kelantan atau mana-mana negeri dalam Malaysia sebagai model pentadbiran kerana terdapat beberapa faktor penting yang tidak sama," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pedu, Dato' Seri Mahdzir Khalid pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-12.
Dalam pertanyaannya asal Mahdzir ingin tahu sama ada kerajaan pimpinan PAS menjadikan Kelantan sebagai model dalam mentadbir kerajaan negeri.
Dalam soalan tersebut juga ditanya bilakah konsep berkenaan akan dilaksanakan? Apakah kerajaan negeri telah membuat kajian terhadap impak kepada kepada 'keputusan' meniru model dari Kelantan itu? Apakah ciri-ciri yang diambilkira bagi melaksanakan konsep berkenaan?
Menteri Besar dengan tegas menjawab, "Tidak!" Tercengang sejurus Adun-Adun BN. "Oleh kerana jawapannya tidak, maka saya tidak perlu menjawab soalan berikutnya."
Apabila Mahdzir mengajukan soalan tambahan barulah Ustaz Azizan memberi penjelasan. Pentadbiran negeri Kedah berjalan dengan stailnya yang tersendiri dalam fokus yang terbaik untuk rakyat dengan meneruskan perancangan yang dibuat kerja dahulu, memperbaikinya dan menambah program baru.
Menteri Besar pun boleh menghidu pencak soalan yang berbaur tipu muslihat. Soalan diajukan sebenarnya lebih kepada usaha memerangkap PAS, berhubung isu bukan Melayu di negeri ini. Sudah tentu BN berharap jawapan yang diberikan ialah 'Ya' kerana ia boleh dimanipulasi habis-habisan dalam usaha terdesak mereka meraih kembali sokongan bukan Melayu. BN gagal lagi.
Di Kedah, kekuatan PAS dan Umno adalah seimbang. Kata Sanusi Junid '3P'. Di mana ada padi di situ ada pondok, di mana ada pondok di situ ada PAS. Cuma lebih Umno dapat memerintah Kedah selama 50 tahun kerana undi bukan Melayu memihak kepada mereka. Sekali undi bukan Melayu beralih pada PAS, tumbanglah BN. Umno sedar, macam mana kuat sekalipun mereka bekerja memperkasa parti, tapi kalau bukan Melayu tak sokong dalam pilihan raya, harapan tawan Kedah jadi mimpi di tengahari.
BN juga ada mencuba membangkitkan kebencian bukan Melayu terhadap kerajaan melalui kaedah 'Trojan Horse'. Iaitu menggunakan juhalak tunggangan mereka dalam pentadbiran kerajaan tempatan bagi melaksanakan agenda-agenda politik BN, untuk membangkitkan kemarahan bukan Melayu.
Isu perobohan pusat babi dan cubaan bertindak terhadap kuil di Jalan Pegawai adalah antara agendanya. Pusat babi musnah, tapi kemarahan bukan Melayu dapat dibendung dengan alternatif lebih baik, sedangkan imej kerajaan di kalangan orang Melayu naik menjulang. Maknanya mereka gagal juga. Isu cubaan bertindak terhadap kuil dapat dihidu dari awal. Konspirasi mereka melalui 'Trojan Horse' gagal.
Walaupun setakat ini BN Kedah masih gagal memanipulasi situasi dan isu untuk menarik sokongan bukan Melayu tapi usaha mereka berpijak kepada realiti, kerana sedar pentingnya undi bukan Melayu.
Ia berbeza pula dengan Umno di peringkat Pusat. Akibat ghairah dengan peningkatan undi di Manek Urai yang pengundi Melayunya hampir seratus peratus, mereka terus meledakkan isu perkauman Melayu.
Saban hari, setiap detik, mutakhir ini mereka mencanang habis-habisan isu perkauman Melayu. Gerakan terkini ialah menganjurkan perhimpunan-perhimpunan haram secara besar-besaran mengecam Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau adalah pengkhianat Melayu.
Di samping menganjurkan perhimpunan haram mengecam DAP dan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina kononnya menghina Islam. Sejak bila pula Umno tahu sensitif bila Islam dihina, sedangkan lidah merekalah selama ini cukup celupar membelasah hudud dan mempersenda hukum Allah?
Saya meramalkan bahawa jika Umno berterusan meledakkan isu perkauman seperti ini dalam waktu terdekat, maka mereka akan kalah lebih teruk dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir.
Bangang sangat nampaknya BN kalau nak menang pilihan raya dengan meledakkan isu perkauman di kawasan 28 peratus pengundi bukan Melayu. Kerja PAS tak teruk sebenarnya untuk meraih undi bukan Melayu.
Setiap butiran kempen BN di kalangan pengundi Melayu, setiap bahan kempen mereka hendaklah dirakam, disalin dan diedarkan segera kepada 28 peratus pengundi bukan Melayu.
Manakala di kalangan pengundi Melayu, senaraikan pengkhianatan panjang Umno terhadap orang Melayu tanpa menyentuh langsung isu bukan Melayu, khususnya orang Cina.
Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, dari awal BN memainkan isu kononnya Nizar Jamaluddin derhakai raja dan ikut telunjuk DAP. Mereka istiqomah dengan isu tersebut sehingga akhir. Tapi jentera kempen PAS tidak buat ‘serangan membela’ dari awal. Sebab itu BN berjaya kuasai undi Melayu.
Di Bukit Selambau, jentera Pakatan sedar bahawa gilapan imej Najib (yang baru angkat sumpah sebagai Perdana Menteri) akan dipergunakan. Maka tumpuan berganda diberi terhadap merosakkan imej Najib.
Entah pihak mana tiba-tiba mengedarkan foto anak Najib berpelukan dengan perempuan-perempuan seksi Mat Saleh. Semua itu membantu menumpulkan serangan BN dalam isu yang dia mahu pergunakan.
Di Permatang Pasir sama saja. Siapkan peluru serangan dari jenis yang dijangka musuh menggunakannya. Biar mereka tercungap-cungap mencari jalan keluar selepas tersasul lorong.
Jika kita berjaya memukul Umno sewaktu dia tersesat mencari jalan keluar, maka peluang untuk menang jadi cerah. Strategi nak menang pilihanraya memang macam tu.
Satu lawan satu di DUN Permatang Pasir
Hanya calon mewakili dua parti itu yang menyerahkan borang penamaan calon apabila sesi serah borang selama sejam ditutup 10 pagi tadi.
Status calon kedua-dua parti itu diumumkan satu setengah jam kemudian. BN diwakili oleh Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman manakala PAS pula Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 15 bantahan iaitu 13 daripada PAS terhadap Rohaizat manakal BN mengemukakan dua ke atas Salleh.
Bagaimanapun tiada apa-apa bantahan berkaitan dengan isu salah guna wang membabitkan bekas firma guaman Rohaizat yang menjadi isu dibangkitkan pembangkang.
Antara bantahan yang dibangkitkan berkaitan dengan status pekerjaan. Misalnya PAS mempertikaikan pekerjaan Rohaizat yang disebutkan sebagai ahli perniagaan sedang media melaporkan beliau seorang peguam syarie dan penasihat undang-undang.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya ketika mengumumkan status nama calon di pekarangan Institut Kemahiran Belia Negara berkata, pihaknya menerima 15 bantahan tetapi semua ditolak.
"Dengan itu, hanya dua calon bertanding iaitu Rohaizat Othman dari Barisan Nasional dan Mohd. Salleh Man dari PAS," katanya.
Borang penamaan calon BN diterima pukul 9.03 pagi manakala calon PAS berbuat demikian tiga minit kemudian.
Pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding mengubah 'fikiran' pada minit-minit terakhir.
Walaupun beliau memasuki dewan penamaan calon kira-kira empat minit sebelum 10 pagi tetapi tidak menyerahkan borang.
"Saya masuk dewan tetapi terus ke tandas. Apabila saya keluar dari tandas saya dapati pegawai-pegawai SPR keluar dan dapati masa untuk serah borang sudah berakhir," kata beliau kepada wartawan.
Beliau pernah bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Penanti.
Walaupun gagal serah borang Kamarul terus berada di khemah yang dikhaskan untuk calon Bebas sehingga Roslan mengumumkan nama calon-calon yang sahDesakan terhadap Nik Aziz tanda kekuatannya
Malah dari satu sudut yang lain tindakan itu menunjukkan Umno sendiri sebenarnya meyakini Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, sebagai ikon kekuatan PAS di Kelantan dan perlu dijatuhkan jika mahu menang di negeri itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, menyelar sikap Pemuda Umno sebagai terlalu dangkal lantaran tidak memahami maksud tersirat kenyataan Nik Aziz biarpun telah dijelaskan dengan terperinci sehingga sanggup memanipulasikan hakikat.
Nik Aziz sejak akhir-akhir ini menerima serangan bertubi-tubi dari Umno. Ia bermula dari timbalan presidennya, Tan Sri Muhyidin Yasin hinggalah Ketua Pemuda Umno negeri Kelantan, Anuar Safian. Serangan ini semacam satu yang dirancang dan dihalakan kepada Nik Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tokoh yang dikira penggerak dan faktor penyatu Pakatan Rakyat.
Bagi Abdul Latif, pemimpin Barisan Nasional (BN) sepatutnya terlebih dahulu melepaskan kepimpinan kerajaannya memandangkan sistem pentadbirannya sendiri lebih tidak konsisten sehingga menimbulkan banyak tekanan dan kekeliruan di kalangan rakyat.
Beliau berhujah, sekiranya sistem pentadbiran kerajaan BN dikatakan konsisten sudah semestinya tidak akan ada sebarang demontrasi atau penyerahan memorandum sebagai tanda protes dan kritikan secara terbuka tentang perlaksanaan dasar pemerintahan kerajaan Umno.
“Tetapi di dalam Pakatan belum ada lagi kritikan-kritikan atau protes dari rakyat hingga di tahap itu. Gambaran kritikan rakyat terhadap BN ternyata dilihat amat parah” jelasnya dalam perbualan bersama The Malaysian Insider sebagai mengulas desakan Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian, semalam supaya Nik Aziz meletakkan jawatan.
Anuar dilaporkan mendesak Nik Aziz melepaskan jawatan dan digantikan dengan pemimpin pelapis atau pemimpin muda PAS yang dilihat lebih mampu memberikan pendapat yang lebih konsisten.
Sementara itu Ketua Umno bahagian Rantau Panjang, Abdullah Mat Yasin, berpendapat perebutan kuasa akan berlaku di kalangan pemimpin PAS sekiranya Nik Aziz melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.
“Saya yakin jika Tok Guru letak jawatan, lepas ini akan berlaku perebutan kuasa,” katanya.
Kenyataan Abdullah itu bagaimanapun dibidas oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Mohamad Mustapha, sebagai tidak berasas seolah-olah tersimpan satu niat buruk di sebaliknya. Ia berniat untuk melaga-lagakan pemimpin PAS.
Justeru beliau menyaran para pemimpin Umno khas di Kelantan agar lebih rasional dan mesti berlandaskan fakta-fakta konkrit sebelum menghukum sesuatu apatah lagi berkenaan survival yang tidak dapat dilihat.
Ini kerana, penolakan rakyat terhadap Umno jelas sekali. Antaranya kerana sikap berpuak-puak dalam Umno khasnya di Kelantan. Oleh kerana ia berlaku dalam Umno, janganlah ia dianggap akan berlaku juga dalam PAS.