Siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
(Suhakam) terhadap perhimpunan Bersih 2.0 mendapati terdapat
perlanggaran hak asasi manusia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pengerusi Panel, Prof Datuk Dr Khaw Loke Tee menjelaskan keadaan
tertentu yang menunjukkan polis melanggar hak asasi manusia dan
membahayakan keselamatan awam, termasuk insiden di KL Sentral dan
Hospital Tung Shin.
Saturday, May 5, 2012
Friday, May 4, 2012
Isteri Tok Guru Nik Aziz Dan Tok Guru Haji Hadi Boros?
Pensyarah Kanan Universiti Pertahanan Nasional, Prof Madya Riduan Tee Abdullah berkata beliau kecewa dengan isteri pemimpin politik yang hidup bermewah dan tidak menutup aurat.
Thursday, May 3, 2012
10 Perang Amerika Syarikat Yang Dimulakan Dengan Pembohongan
Jika diteliti, setiap
peperangan yang tercetus sentiasa didahului oleh pembohongan
besar-besaran oleh media-media yang berpengaruh. Sejarah lalu
membuktikan Amerika Syarikat telah mengancam Venezuela dan Ecuador.
Esok, mungkin Iran. Dan selepas itu, yang akan datang, siapa pula.
Tuesday, May 1, 2012
Rakaman Hasut Rempuh Dataran Merdeka Perlu Disiasat - Majlis Peguam
Majlis Peguam pada Selasa meminta supaya rakaman
video yang memaparkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat didakwa menghasut
penyokong Bersih 3.0 supaya merempuh halangan polis di sekitar Dataran
Merdeka, Sabtu lalu disiasat secara terperinci sebelum tindakan susulan
mengenainya diambil.
Presidennya, Lim Chee Wee merujuk kepada satu rakaman video yang
memaparkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat
kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali
untuk melakukan hasutan itu.
Monday, April 30, 2012
Wakil rakyat Australia Terlibat Demonstrasi di Malaysia
Seorang wakil rakyat asing menjadi pemantau pilihan raya bebas dan
terlibat dalam demonstrasi di negeri ini. Kalaupun dibenarkan sebagai
pemantau pilihan raya, bila pilihan raya Malaysia diadakan? sangat
mencurigakan!
Subscribe to:
Posts (Atom)