Saturday, January 3, 2009
pemimpin tak sedar diri
wahai pemimpin yang tak sedar diri, apakah alasan anda untuk menafikan hak rakyat untuk menikmati pembangunan hanya kerana mempunyai fahaman politik yang berbeza dengan anda? apakah bila rakyat telah melawan arus dengan memilih pembangkang didalam sesuatu pilihanraya maka mereka akan dikecualikan daripada membayar segala cukai cukai yang ada? cukai pintu, cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan dan macam macam cukai lagi. tahu tak duit dari hasil cukai ini lah digunakan untuk membayar gaji anda semua dan untuk digunakan bagi melaksanakan pembangunan. jadi apa alasan anda untuk membuat ugutan jika mahu pembangunan pilih atau undilah BN. kalau duit yang digunakan untuk bayar gaji anda sebagai MB, exco dan pegawai kerajaan lain adalah duit BN boleh lah nak berlagak cakap macam tu.
janganlah nak memperbodohkan rakyat. dulu lain....sekarang lain. apakah kalau kerajaan yang memerintah itu pembangkang, maka api, air dan jalan tak boleh disediakan. itu cerita lapuk 70an. rakyat kelantan dah 18 tahun dibawah kerajaan islam PAS. kalau nak dibandingkan dengan PERLIS yang diperintah BN rasanya banyak yang boleh di bezakan. hak untuk memilih sepatutnya tidak membezakan kita sebagai rakyat malaysia. parti itu hanyalah sebuah organisasi yang dipilih kita untuk mewakili kita didalam soal pemerintahan. parti yang mendapat majoriti untuk memerintah hanyalah sebagai wakil yang diamanahkan rakyat untuk mengurus kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Minyak kekal AS$40 setong hingga Obama jadi Presiden
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Harga minyak mentah dijangka berada pada paras stabil melebihi AS$40 (RM138.40) dan akan kekal di paras tersebut sehingga Presiden Amerika Syarikat (AS) baru, Barack Obama memulakan tugas pada 20 Januari ini.
Ini berikutan, harga pasaran akan menunggu polisi beliau terhadap ekonomi AS, pengeluar minyak utama Iran dan konflik yang berlaku antara Israel-Hamas di Timur Tengah yang kaya dengan minyak bagi menentukan harga semasa minyak mentah dunia.
Harga pasaran minyak mentah hari didagangkan rendah pada hari pertama 2009, walaupun harga meningkat sehari sebelum cuti tahun baru.
Kontrak utama New York, minyak berkualiti tinggi Light sweet untuk penghantaran Februari jatuh AS$2.03 (RM7.02) kepada AS$42.57 (RM147.29) setong pada dagangan tengah hari selepas meningkat AS$5.57 (RM19.27) kepada AS$44.60 (RM154.31) di New York Mercantile Exchange, Rabu lalu.
Sementara itu, minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Februari jatuh AS$1.91 (RM6.60) kepada AS$43.68 (RM151.13) setong selepas melonjak AS$5.55 (RM19.20) kepada AS$45.59 (RM157.74) di London, Rabu lalu.
''Harga pasaran mengalami kejatuhan disebabkan pelabur Asia berpendapat trend menaik yang berlaku adalah melampau pada Rabu lalu,'' kata Dave Ernsberger, Pengarah Editorial Kanan Platts Asia, penyedia maklumat tenaga global.
Dengan permintaan dikawal oleh kemelesetan ekonomi di negara-negara besar ekonomi dunia, harga minyak berisiko untuk terus jatuh pada tahun ini, menurut penganalisis.
''Berita ekonomi yang berterusan suram akan menyebabkan harga pasaran minyak berada dalam keadaan defensif pada 2009 sehingga pakej rangsangan AS dapat dinilai keberkesanannya,'' kata Mike Fitzpatrick di MF Global.
Sementara itu, Obama bercadang membelanjakan sehingga AS$775 bilion (RM2.68 trilion) bagi pakej rangsangan ekonomi, seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Terdahulu, harga minyak mentah melonjak sehingga mencapai paras tertinggi melebihi AS$147 (RM508) setong dari Julai lalu, sebelum krisis ekonomi global mengurangkan permintaan dunia untuk tenaga dan menjadikan harga jatuh secara drastik.
Rabu lalu, harga pasaran meningkat selepas laporan mingguan Jabatan Tenaga AS menunjukkan peningkatan dalam simpanan minyak mentah negara itu.
''Kemungkinan (pelabur) menjangkakan sesuatu yang lebih daripada itu,'' kata Andy Lipow dari Lipow Oil Associates
Friday, January 2, 2009
CRUDE OIL
Crude Oil Price by OIL-PRICE.NET © | ||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Khairy Dilarang Ke K Trg : Pengundi P36 Kempunan Melihat Gelagat & Aksi KJ
Oleh professor
"
Rupanya , sangkaan menyatakan khairy telah menjadi juara dan pemenang dalam wacana tersebut , tidak menjadi kenyataan , kerana ada dakwaan menyatakan parti yang diwakilinya tersepit kini , dan sudah tentu si khairy dikutuk hebat dari pimpinan nombor 2 hingga ke peringkat cawangan , kecuali orang nombor 1.
Jangkaan awal khairy isu ini akan menjulang namanya juga boleh dijadikan senjata dalam memecahkan pakatan PAS , DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRK P36 Kuala Terengganu , ternyata meleset
Ini kerana , enakmen hudud dan qisas , sudah pun diperkenankan oleh DYMM Sultan Terengganu dan diluluskan oleh DUN Terengganu.
Maka tindakan khairy ini telah menimbulkan kemarahan orang – orang Melayu , orang – orang islam dan bukan islam Terengganu , khsusnya kini di Parlimen Kuala Terengganu , kerana mempermainkan hukum Tuhan dan secara tidak langsung telah menghina DYMM Sultan Terengganu
Menurut sumber – sumber dari pihak tertentu , informasi dari risikan dan maklumat cawangan khas di seluruh Parlimen Kuala Terengganu , telah wujud sentimen anti khairy dan anti UMNO yang membara dan meluas.
Sangat besar kemungkinan , sepanjang PRK P36 K TRG ini , si khairy akan dilarang dan dihalang dari turun ke Kuala Terengganu , untuk berkempen membantu jentera parti UMNO.
Sekiranya maklumat dari beberapa sumber – sumber tadi benar , maka amatlah malang sekali bagi pengundi – pengundi di Kuala Terengganu yang berjumlah seramai 80,229 orang , kerana tidak dapat melihat gelagat dan aksi si khairy , yang bermula sebaik saja hari penamaan calon pada 6 januari hingga 17 januari hari mengundi.
Mungkin kah tuan/puan salah seorang dari pengundi yang kempunan , at least tidak dapat menatap wajah ketampanan seorang menantu Perdana Menteri bagi sebuah negara , yang katanya dua mempunyai anak kini ?
Sunday, December 28, 2008
Hudud bukan tanggungjawab PAS sahaja, Umno halang hukum Allah
Hudud- Perjuangan Yang Belum Selesai
Seperti selalu setiap kali pilihanraya kecil, maka akan muncullah isu ini.Tetapi setiap kali munculnya ia penuh dengan konfrantasi dan kontroversi daripada parti-parti kaum Cina dan India seperti MCA, Gerakan, DAP dan MIC. Mereka seolah-olah bermati- matiannya menolaknya seolah-olah hukuman yang terdapat di dalam hudud itu ditujukan kepada mereka.
Yang masih membingungkan UMNO sebagai parti Melayu seolah-olah tidak berminat dengan Hudud tersebut dan nampak menjadi pengadu domba kepada Pihak PAS dan kaum lain.Mereka dengan kerjasama TV3 dan RTM serta akhbar nasional seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian menjadikannya sebagai kempen pilihanraya mereka.Apa yang menghairankan tidak pernah sekalipun kita mendengar dari mulut pemimpin UMNO menceritakan tentang kebaikan hudud.
Apakah agama Islam itu lebih kepada ekonomi dan bab nikah kahwin sahaja yang diketahui oleh pemimpin UMNO tersebut? Tepuk dada tanya selera. Kita amat mengharapkan seluruh umat Islam bersatu mempertahankan hukum Allah tersebut.
Pak Lah dan para pemimpin UMNo perlulah mengambil kesempatan untuk menjelaskan kehebatan hukum Allah supaya bangsa lain akan turut menyakininya.Janganlah kerana terlalu ghairah untuk kekal berkuasa,soal hukum Allah itu diletakkan di bawah alas kaki.
Kepada para pejuang Islam, jangan gentar atau undur ke belakang,PAS misalnya yang kini telah mempunyai Kelab Penyokong sendiri haruslah memberikan gambaran yang sejelas-jelasnya kepada mereka supaya kumpulan ini dapat berperanan menjelaskan kepada bangsa mereka yang masih kabur tentang hukum yang terbaik ini.Malah Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin yang begitu besar pengaruhnya boleh memainkan peranannya kerana beliau merupakan tokoh yang sangat dihormati oleh bangsa Cina dan India di negara ini.
Apa yang diharapkan usaha untuk menegakkan hukum Hudud akan terlaksana kelak.Insya Allah"