Saturday, May 16, 2009

MB Muka Tak Malu

Ramai yang terkejut dengan apa yang telah berlaku awal minggu ini. Mula-mula DS Nizar diumumkan sebagai Menteri Besar yang sah di Mahkamah Tinggi. Tuan Hakim menyebut bahawa DS Nizar tidak pernah tidak menjadi Menteri Besar semenjak perlantikan beliau pada bulan Mac tahun lepas. Ini bermakna bahawa semenjak Februari tahun ini apabila rompakan kuasa dilakukan oleh BN, DS Zambri merupakan Menteri Besar Haram. Sijil haramnya disahkan oleh mahkamah tinggi! Zambri telah menjawat jawatan MB secara tidak sah, berlagak sebagai MB sedangkan beliau tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengisi jawatan tersebut.

Sepatutnya Zambri merasa malu dengan keputusan itu dan bersegera untuk meyerahkan balek jawatan yang dia tidak layak memegang itu. Malangnya sesuai dengan gelaran di atas, beliau bertindak untuk menyekat dan menangguh perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut dengan mendapatkan ‘stay order’ dari mahkamah rayuan.

‘Stay order’ ini tidak bermakna bahawa keputusan Mahkamah Tinggi tersebut ditolak atau diterbalekkan. Ia hanya menunda perlaksanaan keputusan mahkamah tersebut. Ertinya, mahkamah rayuan tidak menolak keputusan mahkamah tinggi. DS Nizar diakui MB yang sah. Hanya tak boleh lagi diberikan kembali jawatan MB kepadanya kerana ada ‘stay order’. Oleh itu, dakwaan bahawa Zambri kembali sebagai MB yang sah adalah satu dakwaan yang palsu dan memalukan. Bagi mereka yang tahu malu.

Tidak puas dengan menyamar sebagai MB selama 3 bulan lebih, Zambri berjaya melanjutkan lagi tempoh untuk dirinya terus menyamar. Muka tak malu sungguh! Sekiranya nak tunggu tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan untuk menolak keputusan mahkamah tinggi sekalipun, sepatutnya Zambri mengakui buat masa ini DS Nizar lebih berhak ke atas jawatan tersebut. Zambri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Perak kerana menipu mereka selama ini, serahkan jawatan balek ke DS Nizar dan terus berkhidmat sebagai ADUN biasa sehingga tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan.

Namun apakan daya. Teringin sangat beliau kepada jawatan tersebut walaupun diputuskan beliau tidak berhak. Mungkin dianggap rakyat bodoh dan tak faham.

Malah beliau dengan begitu bangga kembali sebagai MB Haram sambil mendabik dada menyamakan dirinya sebagai pejuang seperti Gandhi dan Mandela! Rakyat benar-benar dianggap bodoh oleh gerombolan ini!

Gandhi dan Mandela berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak diredhai rakyat. Mungkin DS Zambri tak sedar, kerajaan yang TIDAK diredhai rakyat di Perak adalah kerajaan BN! Mereka masih anggap rakyat bodoh. Namun rakyat nampak siapa sebenarnya yang bodoh!

Bukti mereka tahu bahawa BN tidak diredhai jelas dari sikap mereka yang begitu takut untuk membubar DUN Perak. Malahan, tanpa segan silu, seorang lagi ahli kumpulan yang tak tahu malu, Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan mendesak BN supaya jangan membubar DUN kerana kalau dibubar dan diundi semula, BN pasti akan kalah! Tahu pun! Kalau dah tahu dan dah sedar, insaf ajelah. Ini, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong siapa suruh? Apa dah nak jadi kepada Malaysia ini? MB muka tak malu, PM muka tak malu (kes Mongolia) dan mantan PM yang juga muka tak malu!

Mereka satu kapal. Semoga karam bersama!

Krisis Perak: Nik Aziz tidak setuju bincang dengan BN

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mahu sebarang perbincangan diadakan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tidak yakin kaedah perbincangan antara keduadua pihak yang bertentangan itu dapat menyelesaikan krisis berkenaan.

"Jalan paling baik ialah bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Persekitaran Bestari Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden BN, untuk bertemu dengan pemimpin pembangkang dalam usaha menamatkan kemelut politik Perak.

Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan DUN Perak agar pilihan raya negeri dapat diadakan.

Friday, May 15, 2009

PM Rakyat @ PM Takut Rakyat !!



"
Melihatkan akan ucapan Dato' Seri Najib Razak semalam di Putrajaya, boleh dikategorikan ucapan paling meloyakan dan memualkan. Juga boleh dimasukkan dalam Guinness World Book of Records kategori perkara-perkara yang paling meloyakan dan memualkan.

Beliau mahu dikenali sebagai 'Perdana Menteri Rakyat' yang mesra rakyat dan memahami kehendak rakyat. Beliau juga berkata, "saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat', beliau juga menegaskan tidak sepatutnya wujud tanggapan bahawa beliau adalah anak golongan bengsawan.


"
Dalam ucapan tersebut, beliau juga menegaskan "kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Jikalau seseorang yang berfikiran waras pasti akan berkata Dato' Seri Najib Razak ini dalam khayalan semasa memberi ucapan tersebut. Bagaimana boleh beliau membuat ungkapan ingin menjadi 'Perdana Menteri Rakyat' sedangkan tindakan beliau menggambarkan sebaliknya. Merujuk krisis di Perak, kesemua tindakan beliau membelakangi hak rakyat keseluruhannya. Merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara rakus dan membelakangi undang-undang. Tidakkah beliau merasai denyutan nadi rakyat negeri Perak yang inginkan pembubaran DUN dan diadakan pilihanraya bagi menyelesaikan krisis tersebut? Adakah terlau susah untuk memahaminya?

Beliau sebenarnya ingin bersandiwara dengan kata-kata manis beliau supaya rakyat terus ditipu. Sekiranya itu yang beliau inginkan, ternyata kenyataan tersebut memakan diri sendiri ibarat "boomerang". Rakyat akan pasti dan terus menghukum UMNO BN walau apapun ancamannya. Ternyata ucapan beliau tidak selari dengan tindakan beliau, sebenarnya segala tindakan beliau menggambarkan Perdana Menteri yang takutkan suara rakyat. Seboleh-bolehnya beliau ingin menyekat suara rakyat daripada terus berkumandang dan bergema untuk menuntut keadilan.

Umno serba salah di Penanti

Umno kelihatan masih kabur sama ada untuk bertanding atau tidak di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang dikosongkan oleh penyandangnya merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin pertengahan bulan Mac lepas.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak seakan membisu isu di Penanti mungkin memberi sepenuh perhatian pada kemelut di Perak yang telah jadi 'bubur' diperlakukan oleh Najib bersama kuncu-kuncunya setelah mengambil alih sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak mengantikan Tajul Rosli yang melepaskan jawatan ekoran tidak tahan dengan karenah berpuak-puak dalaman Umno.

Penanti merupakan salah satu Dun daripada dua Dun lagi yang ada dalam Parlimen Permatang Pauh yang menjadi milik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim apabila dijulang sebagai Ahli Parlimen baru mengantikan isteri tercinta beliau, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenanginya sejak pilihan raya ke-10 lagi.

Dua Dun lagi ialah Seberang Jaya yang masih menjadi kubu bagi Umno dan Barisan Nasional (BN). Ia di wakil Dato' Arif Shah manakala Dun Permatang Pasir merupakan kerusi PAS ia milik Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Namun begitu, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang diadakan pada bulan Ogos tahun lalu manyaksikan Dun Seberang Jaya tewas kepada Pakatan Rakyat di mana calon yang fasih berbahasa Cina agak kecewa kerana jentera Umno dan BN tidak membantunya sedangkan peruntukan turun mencurah-curah.

Pernah satu ketika kemarahan beliau hampir mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan di pancing untuk bersama KeADILan untuk mengisi kekosongan Exco jika berlaku percaturan baru oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Kerusi Penanti sering bertukar tangan antara BN dan Pakatan Rakyat. Pada Pilihan raya Umum tahun 1999 Haji Abdul Rahman Kader menang atas tiket KeADILan waktu itu Pakatan Rakyat di kenali dengan nama Barisan Alternatif (BA) iaitu nama yang diabadikan oleh Presiden PAS ketika itu, Allahyarham Dato' Fadhil Noor.

Pada pilihan raya ke-11 tahun 2004 iaitu tahun peralihan kuasa antara Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahamad Badawi atau lebih dekat dikenali 'Cucu Tok Guru' berjaya merampas kembali kerusi berkenaan kali ini di menangi oleh BN menerusi calonnya, Dato' Abdul Jalil Abdul Majid.

Empat tahun kemudian kerusi itu kembali kepada Pakatan Rakyat apabila tokoh muda iaitu seorang pejuang dan pengemar seni silat, Mohamad Fairus Khairudin memenangi dengan mudah menewaskan penyandangnya yang sekali lagi menjadi pilihan BN.

Tetapi, hari ini tiba-tiba Umno menjadi pengecut bagaikan 'Pondan Mengkuang Road' kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu setiap kali berucap di khalayak ramai dalam siri ceramahnya di awal kenyataan Najib yang tidak mahu meletakkan calon di Penanti kerana dikatakan merugikan wang rakyat dan tenaga.

Hakikatnya, bukan kerana merugikan wang rakyat atau tenaga sebaliknya untuk tidak memalukan lagi Umno dan BN setelah kalah 4-1 di tangan Pakatan Rakyat melalui pilhanraya kecil di Permatang Pauh, Kuala Trengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. BN cuma mempertahankan Batang Ai di Sarawak sahaja.

BN sebenarnya tiada calon lain melainkan meletakkan Ketua Bahagian, Dato' Abdul Jalil tetapi bimbang tewas sekali lagi ekoran sikapnya tidak turun padang semasa menjadi Wakil Rakyat dahulunya.

Hendak memandatkan Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian pun masalah kerana beliau pernah mencemarkan emej pergerakan itu sendiri dengan skandal tidak bermoral.

Cuma dikhabarkan BN akan meletakkan calon muda mungkin seorang peguam namun bimbang di saman oleh veteran Umno sebelum bertapak di arena politik tanahair khususnya di Pulau Pinang. Melihatkan senario ini Umno dan BN masih kabur untuk meletakan calon atau sebaliknya.

Jika Najib bertegas tidak meletakan calon di situ maka Umno akan di perlekehkan selama-lamanya bukan sahaja oleh orang luar Umno malahan dalaman mereka sendiri.

Jika meletakkan calon siapa pula nama yang hendak dipamerkan untuk mengalas amanah parti kerana yang ada dikatakan bermasalah dan tidak berupaya menonjolkan emej terbaik untuk baik pulih kemelut yang dimainkan oleh BN di Perak.

Dengar kata, BN akan mengumumkan nama calon mereka pada minggu depan. Kita tunggu siapakah nama yang hendak dipertaruhkan.

Hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila dikatakan kelibat Khairy Jamaludin akan kelihatan di Guar Perahu tempat yang didakwa kubu kuat Umno dulunya.

Kini, semuanya telah berubah apabila Pakatan Rakyat hanya kalah di saluran satu di situ serta saluran satu di Jentera Daerah Mengundi (JDM) Kuala Mengkuang berbanding 10 JDM lain.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Sharizat Jalil telah merayau ke Sungai Lembu dan sekitarnya pagi tagi.

Semua itu dilakukan untuk menilai sendiri sokongan pengundi terutamanya ahli Umno bagaimana reaksi mereka setelah kenyataan Najib yang dianggap dayus bila berhadapan Pakatan Rakyat sekali lagi dalam pilihan raya kecil Penanti sebelum membuat keputusan bertanding atau menyerah bendera putih tanda kalah kepada Pakatan Rakyat

VK Linggam sebut Hakim yang benarkan permohonan Zambry

Azamin Amin

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

Demikian pendedahan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham tentang Hakim Mahkamah Rayuan itu yang dilantik 15 April lalu iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes itu di mahkamah.

Mengikut perbualan itu kata Badrul, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.

"Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002," katanya dalam blog peribadi beliau.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini, katanya.

Beliau membangkitkan persoalan betapa mudahnya Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry sedangkan Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk berhadapan dengan tiga panel hakim.

"Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari tiga orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama.

"Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

"Malangnya, kes rayuan Zambry ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam," katanya.

apa akan jadi pada isnin ini?

"Adakah isnin yg bakal menjelma minggu hadapan akan membuatkan Adun Pangkor "meroyan" diserata Pulau Pangkor kerana dilucutkan jawatan MB dan seterusnya DUN dibubarkan dan akhirnya "kematian karier politik"Adun Pangkor apabila tidak akan tercalon lagi sebagai wakil BN utk DUN Pulau Pangkor didlm pilihanraya yg baru negeri Perak..."

Ini kerana DUN Negeri Perak akan dibubarkan dan tiada undi tidak percaya utk YB Nizar...


Mengapa saya berkata begitu..ini kerana melihat dr perkembangan terbaru yg berlaku akhir-akhir ini selepas permohonan YB Nizar untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan yang menangguhkan pelaksanaan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa YB Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Sebab-sebabnya ialah..

1) Suhakam..Ku li sudah "berbunyi" mahukan kemelut politik di negeri Perak ditamatkan melalui pembubaran DUN dan seterusnya pilihanraya baru akan diadakan..

2) Gerakan Pulau Pinang juga "bebunyi" agar Adun Pangkor membubarkan DUN setelah mendapat tahu bahawa Najib menyerahkan keputusan samada permohonan utk bubar DUN atau permohonan Undi tidak percaya kepada YB Nizar akan diputuskan sendiri oleh Adun Pangkor..

3) Najib sekali lagi mengulangi BN tidak gentar utk menghadapi pilihanraya baru di negeri Perak jika pembubaran DUN berjaya .

Dari 3 sebab ini dapat disimpulkan bahawa Isnin ini 18/05/09 merupakan tarikh penamat karier politik Adun Pangkor...
Najib,UMNO/BN sendiri sudah dapat merasai bahawa peguam-peguam Adun Pangkor akan "tersungkur" buat kali kedua ditangan peguam-peguam YB Nizar..

Sesungguhnya Isnin ini dinanti utk memberi "ong" utk YB Nizar.....

Rayuan paling cepat?

"Tidak sampai 24 jam pengumuman hakim mengenai Ir Nizar sebagai MB Perak yang sah Umno BN telah mengemukakan rayuan terhadap pengesahan itu. Ini menampakkan Umno tidak sanggup menerima hakikat bahawa Pakatan Rakyat berada dilandasan yang betul.

Umno terpaksa berdepan rasa malu terhadap rakyat Malaysia lantaran sikap mereka yang rakus itu lantas cuba menutupi kelemahan. Umno telah membuat rayuan keputusan perlantikan Ir Nizar sebagai MB Perak, tidak sampai 4 jam mahkamah telah menerima rayuan itu dan menetapkan 18 Mei 2009 untuk menentukan keputusan

Zambry tersenyum kembali mendapat berita itu lantas terus bersuara kepada Nizar supaya mengosongkan pejabat MB walhal semua sedar Zambry hanyalah MB sementara menjelang 18 Mei.


Senyum Zambry kembali tawar apabila komponen BN dari MCA,Parti Gerakan, Suhakam mendesak agar Zambry membubarkan DUN. Pimpinan Umno agak terkejut dengan situasi ini maka bertambah malu lah Umno bila ada diantara mereka membuat desakan ini.


Umno tidak sanggup kehilangan Perak sebab itu Zambry dan Umno takut berdepan dengan kekalahan. Sedangkan Penanti Umno tergagap inikan pula seluruh Perak. Umno masih berfikiran primitif dan tidak profesional, mereka sedar sudah kehilangan sokongan tapi mereka masih lagi membuat perkara yang rakyat tidak mampu terima seolah-olah Umno merasakan pemikiran generasi kini sama dengan generasi yang lalu.

Generasi kini pantang apabila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dan bertekad untuk mengubahnya. Sanggup menghadapi risiko namun masih berfikiran waras membuat keputusan. Generasi hari ini tidak mudah ditipu atau dipermainkan dengan umpan yang tak seberapa, "orang bagi kita ambil, rezeki jangan ditolak tapi nak sokong sori laaa"

Berbeza generasi yang lalu takut menerima perubahan dan mudah terpedaya janji manis dan umpan yang tak seberapa, pemikiran mereka masih ketinggalan seolah-olah hidup hari ini sama seperti hidup dimasa selepas merdeka. Mereka masih beranggapan yang ada kini sudah cukup baik sedangkan mereka tahu kalau diubah sudah pasti akan baik dari apa yang ada sekarang ini.

Sebab itulah generasi muda kini (generasi ketiga)begitu kuat menyokong Pakatan Rakyat, pabila Dato seri Anwar Ibrahim ingin melakukan perubahan politik yang dianggap akan menghapuskan kekotoran Umno ditambah pula pendedahan berita atau maklumat terkini di internet. Pakatan Rakyat masih perlu bekerja lebih kuat lagi untuk mengubah generasi pertama dan kedua terutama di kawasan luar bandar walaupun kita sedar ada diantara kedua-dua generasi ini ada yang menyokong Pakatan Rakyat. Sedarkah kita berapa jumlah kedua generasi ini bergantung harap pada Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya mereka.

Berhati-Hati Dengan Malaysiakini

Analisis Isu Oleh addin_77

"

Dengan suhu politik di Perak makin hangat dan panas, mungkin dua tiga hari lepas kita agak lega dengan Mahkamah Tinggi KL mengumumkan MB Nizar sebagai yang sah. Tetapi selepas itu krisis di Perak kembali hangat apabila Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan Zambry Kadir terhadap keputusan tersebut.

Yang peliknya, keputusan tersebut dapat dibuat oleh Mahkamah Rayuan sepantas kilat. Petang semalam pula, MB Nizar menfailkan rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.


Rayuan tersebut akan didengar pada 18 Mei 2009, ramai telah menjangka keputusan tidak boleh dibuat secepat yang mungkin. Inilah situasi yang berlaku di Perak buat seketika.
Namun, disebalik krisis di Perak ini ada satu isu yang bermain di kotak pemikiran saya. Saya selalui melayari berita-berita dari internet, dan salah satu laman yang paling kerap dilawati ialah Malaysiakini. Namun, beberapa bulan kebelakangan ini saya lihat artikel-artikel yang diterbitkan oleh Malaysiakini agak berbentuk spekulasi yang melampau dan berunsur provokasi. Contoh yang signifikan ialah artikel bertajuk
" PAS Wilayah Tolak Hadi?" , artikel tersebut dibuat dengan hanya memetik beberapa kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan iaitu Hedzer Ibrahim dengan tujuan untuk dimanipulasikan dengan niat subjudis terhadap proses pemilihan PAS Wilayah Pesekutuan.


Begitu juga dengan isu pro muzakarah dan pro pakatan (kumpulan erdogan), jelas Malaysiakini tidak menghormati Tuan Guru Nik Aziz yang menegaskan tidak wujud golongan tersebut didalam PAS. Namun Malaysiakini tetap memainkan sentimen tersebut bagi mewujudkan situasi tidak selesa dalam PAS. Beberapa artikel yang terkini seperti
"Takut UMNO, PAS Tangguh Ahli Bersekutu", "'Kumpulan Erdogan, Gagal Kuasai Pemuda PAS" dan "Tiada'Gempar' Yang Dalam Sidang Akhbar Nik Aziz.." jelas berunsurkan spekulasi dan provokasi. Artikel ini kebanyakan ditulis oleh Jimadie Shah Othman. Di perhatikan artikel beliau terkadang mempunyai banyak manipulasi dan tidak mempunyai fakta-fakta yang sahih.


Di bimbangi wartawan-wartawan cyber seperti Jimadie ini diutuskan oleh puak-puak karat UMNO dalam akhbar online bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat. Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini bertanggungjawab dan beramanah bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat dan membuat tapisan ketat terhadap artikel yang diterbitkan. Rakyat beralih arah ke media cyber kerana telah meluat dengan berita-berita tahyul dan karut oleh media perdana. Jangan di gadaikan kredibiliti media cyber ini hanya kerana ingin mendapat rating tinggi pembaca sahaja, atau yang lebih malang lagi ialah bagi memenuhi nafsu politik sempit golongan tertentu UMNO.Saya optimis rakyat akan lebih sensitif lagi pada masa akan datang dengan berita-berita sebegini.

Krisis Perak: Pakatan mahu temui Najib bincang formula penyelesaian

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) namun mereka telah menetapkan pendirian bahawa krisis politik Perak perlu dikembalikan kepada rakyat untuk penyelesaian.

Ia diputuskan pada pertemuan khas gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di Ibu Pejabat PAS di sini petang tadi.

Kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat hadir iaitu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ketua Umum PR berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan membubarkan DUN Perak bagi mengadakan pilihan raya kecil yang adil.

“Pendirian kita jelas krisis politik di Perak hanya boleh diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih, dan bukan pihak istana atau mahkamah yang menentukannya.

“Majlis Pimpinan PR, mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kita bersedia untuk berjumpa dan kita harap perjumpaan itu akan diadakan secepat mungkin,”katanya.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus,

Najib berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Jelasnya, Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Anwar berkata, PR tidak bercadang untuk membincangkan agenda mengenai penubuhan kerajaan campuran di Perak dalam perbicangan bersama Najib.

“Kita mengharapkan kerjasama dalam bentuk menghormati Perlembagaan, kerjasama undang-undang dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukannya. Bukannya kerjasama yang dimaksudkan (kerajaan perpaduan),”katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

“Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik termasuk beberapa pemimpin BN, Yang dipertua Dewan Negara, dan pelbagai pihak lain berpandangan bahawa membubarkan DUN Perak dan mengadakan pilihan raya yang baru merupakan cara terbaik untuk mengatasi kemelut di Perak,"katanya.

Ketika ditanya apakah matlamat pertemuan itu diadakan kerana Najib telah menegaskan bahawa kuasa untuk membubarkan DUN Perak terserah kepada kuasa Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Anwar berkata: “Kita akan bagi pandangan kita, kalau dia (Najib) nak bagi pandangan dia kita akan dengar. Kita adakan dulu perjumpaan. Selepas itu kita akan maklumkan kepada anda (wartawan)."

Ditanya adakah apa-apa syarat yang diletakkan untuk mengadakan perbincangan itu, Anwar berkata, syarat tersebut telah dinyatakan dengan jelas sebelum ini.

“Kita adakan perbincangan mengenai isu Perak dan pertemuan dengan Najib untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri berdasarkan perlembagaan dan undang-undang, jadi soal lain tidak berbangkit sama sekali,”katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata masa sudah sampai masanya untuk menyelesaikan krisis politik Perak kerana ia melibatkan kestabilan politik Malaysia.

“Ia (krisis politik Perak) telah merosakkan institusi-institusi penting seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya, Badan Kehakiman dan Pegawai Kerajaan yang membuatkan keyakinan orang ramai sudah berkurangan terhadap mereka.

“Sebagai PM Najib harus adakan mesyuarat dan jumpa dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan krisis politik ini. Masalah kerajaan perpaduan tidak timbul. Kami (pemimpin Pakatan Rakyat) tidak pernah cakap apa-apa mengenainya (kerajaan perpaduan),”katanya.

Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur berkata keputusan Mahkamah Tinggi yang diputuskan oleh Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim pada mulanya memberi satu sinar baru kepada bidang kehakiman, namun kurang daripada 24 jam, Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan mengiktiraf Nizar (Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin) sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

"Krisis politik Perak tidak boleh diselesaikan dalam mahkamah dan rakyat perlu diberi kuasa untuk menentukannya. Najib yang memulakan rampasan kuasa di Perak jadi beliau perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan mencari jalan penyelesaian dalam isu tersebut.

"Saya rasa semua pemimpin Barisan Nasional (BN) harus bertanggungjawab terhadap krisis politik Perak kerana mereka sebahagian daripada BN. Saya bangga bila ada suara-suara datang daripada pemimpin Umno, Gerakan dan MCA menyokong DUN Perak dibubarkan,"katanya.

Tegas Kit Siang, sudah tiba masanya Najib mencari jalan penyelesaian dengan meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan politik.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata krisis politik Perak hanya akan dapat diselesaikan dengan kerjasama daripada kedua-dua pihak.

“Mengikut amalan demokrasi, mahkamah rakyat adalah yang paling tinggi. Sekarang sudah ada pandangan daripada semua pihak mahu mengembalikan kuasa memilih kerajaan di Perak diberikan kepada rakyat. Kita lihat ini pandangan majoriti dan jika tidak ia akan berlarutan,”katanya.

Ahad lalu, Anwar berkata, PR tidak pernah menolak ruang untuk berbincang dengan mana-mana pihak termasuk Umno dan BN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Penasihat PJR berkata tidak ada alasan untuk pakatan pembangkang menolak niat baik mana-mana pihak yang mahu mengadakan perbincangan demi kepentingan rakyat.

Pada hari yang sama, Najib ketika berada di Pekan berkata kerajaan BN sedia bekerjasama dengan pihak pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia bukanlah bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Perdana Menteri berkata, kerjasama kedua-dua pihak mestilah menjurus kepada saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan mematuhi undang-undang negara.

Thursday, May 14, 2009

Masihkah Ada Telur?

Maafkan saya sekiranya tajuk komentar saya kali ini agar kurang sopan bunyinya. Setelah seharian mencari satu tajuk yang sesuai, namun hanya inilah sahaja tajuk yang saya rasakan paling sesuai untuk menggambarkan senario dan isi kandungan komentar saya kali ini.

Zambry Kadir mengusulkan didalam rayuannya yang dibicarakan di Mahkamah Rayuan semalam agar perlunya ada satu penangguhan perlaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahasa Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang sah. Alasan yang dikemukakan oleh para peguam Zambry Kadir adalah jika ianya dibenarkan, kemungkinan DUN Perak akan dibubarkan dan seterusnya kes rayuan beliau hanyalah akan menjadi satu nilaian akademik sahaja (sia-sia).

Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menginginkan satu penyelesaian yang adil bagi semua rakyat Negeri Perak iaitu dengan membubarkan DUN Perak dan seterusnya memungkinkan satu piliharaya peringkat negeri diadakan secara menyeluruh. Dengan ini dapatlah rakyat (para pengundi) menentukan pilihan mereka sama ada mahukan Pakatan Rakyat memerintah Perak atau Barisan Nasional memerintah Perak.

Persoalan yang ingin saya kemukakan adalah kenapakah pihak Barisan Nasional bermati-matian berusaha untuk menghalang terjadinya pembubaran DUN Perak dan seterusnya memungkinkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan? Adakah kerana Barisan Nasional sedar bahawa jika DUN dibubarkan dan adanya pilihanraya, maka mereka pasti akan dikalahkan dengan seteruk yang mungkin (kemungkinan Barisan Nasional akan berkubur di Negeri Perak)? Ataupun mereka sebenarnya tidak berani untuk berhadapan secara “jantan” dengan rakyat?

Jika Barisan Nasional “masih ader telur”, tentunya mereka berani untuk berhadapan dengan satu pilihanraya peringkat negeri yang sepatutnya adil, telus dan saksama.

Yang pastinya saya beranggapan bahawa Zambry Kadir dan Najib Razak sememangnya telah “kecut telur” dalam melihat tindakbalas (respon) daripada rakyat marhaen yang menolak Barisan Nasional pada skala mega. Saya dapati jika Zambry Kadir dan Najib Razak berterusan mengusutkan lagi masalah di Negeri Perak Darul Ridzuan, janganlah kita terkejut bahawasanya pada PRU13 nanti, kemungkinan hanya tinggal 2 negeri sahaja dibawah Barisan Nasional (Johor dan Sarawak). Negeri yang lain mungkin akan kecundang tahap mega kepada Pakatan Rakyat.

Selagi kemelut ini tidak diselesaikan secara membubarkan DUN dan membuat satu pilihanraya peringkat negeri, selagi itulah saya beranggapan bahawa Zambry Kadir, Najib Razak dan Barisan Nasional umumnya sudah tidak “bertelur” lagi. Kalau anda (Zambry Kadir, Najib Razak dan Barisan Nasional) rasakan bahawa anda “masih ada telur”, silakan kita bersilat dipadang yang rata secara anak jantan.

HJ NIZAR TIDAK GILA KUASA

Hj Nizar menuntut haknya di mahkamah bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk kepentingan dan kebaikan rakyat Perak. Beliau bukan kemaruk atau gila kuasa nak jadi MB. Beliau boleh berbuat demikian sewaktu UMNO menawarkan untuk tubuh kerajaan campuran dengan PAS. UMNO menawarkan Hj Nizar sebagai MB dan kesemua ADUN PAS sebagai EXCO. Tawaran ini dikemukakan oleh mereka yang diutus oleh UMNO untuk berunding dengan Pesuruhjaya PAS Perak. Tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh PAS Perak termasuk Hj Nizar sendiri.

Menuntut haknya sebagai MB yang sah adalah bagi membolehkan DUN dibubarkan. Dengan kuasa sebagai MB, beliau boleh mengadap Tuanku sekali lagi bagi memohon perkenan supaya DUN dibubarkan. Beliau tidak mahu mengkhianati rakyat yang telah memberi mandat kepada PR untuk memerintah negeri Perak.

Seluruh rakyat Malaysia tahu sebelum ini Dato' Seri telah menghantar tiga pucuk surat kepada istana untuk mohon mengadap. Surat tersebut tidak mendapat maklum balas dari istana. Ada makluman mengatakan Tuanku hanya menerima mengadap MB yang sah sahaja ketika itu untuk mengadap. Hj Nizar dianggap MB yang tidak sah. Sebab itu, permohonan mengadap tidak diperkenan. Kita menghormati Tuanku dalam hal ini.

Sebaik Mahkamah Tinggi memutuskan Hj Nizar adalah MB yang sah, kenyataan pertama Hj Nizar ialah mohon mengadap Tuanku dan minta perkenan DUN dibubarkan. MB nizar mahu konflik dan kemelut politik segera berakhir.

Berbeza dengan Zambry, beliau memohon Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi bagi membolehkan beliau berkuasa semula sebagai MB yang haram. Sepatutnya, kalaupun Mahkamah Rayuan mahu menerima rayuannya, Zambry hanya boleh masuk pejabat tapi tidak boleh menjalankan tugas untuk membuat keputusan-keputusan kerajaan, tidak boleh memberi arahan, tidak boleh meluluskan , tidak boleh menjalankan mesyuarat EXCO dan tidak boleh mewakili kerajaan dalam program-program rasmi kerajaan. Itu baru adil namanya. Duduk je la dalam bilik untuk terima elaun haram.

Jadi yang gila kuasa dan kemaruk kuasa sebenarnya adalah Zambry dan seluruh EXCO dan ADUN-ADUN BN.

Hj Nizar dalam tuntutannya asalnya juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Hj Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Hj Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Hj Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Hj Nizar ). Jika Hj Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Hj Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Hj Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekali lagi menunjukkan Hj Nizar menuntut haknya bukan kerana gila kuasa dan bukan juga kepentingan diri sendiri, tetapi kepentingan rakyat.

Bila DUN bubar, pilihanraya akan berlaku. Keputusan pilihanraya tiada siapa yang jangka, semua kemungkinan boleh berlaku. PR boleh jadi menang, boleh jadi juga tidak kalah. BN begitu juga, boleh jadi kalah, boleh jadi juga tidak menang.

Melalui pilihanraya, rakyat dan semua parti politik akan puas hati. Biasanya kempen-kempen pilihanraya, media arus perdana akan berkempen habis-habisan. UMNO BN akan dibantu oleh semua agensi kerajaan, UMNO BN tidak ada masalah dari sudut material. PR hanya menggunakan kudrat parti dan kekuatan ahli semata-mata. Jadi apa UMNO BN bimbang sangat dengan bubar DUN. Kita lawan la. Menang kalah rakyat penentu dan hakim yang paling adil.

tak takut..kenapa tak bubar DUN

kenyataan Najib: BN tidak khuatir hadapi pilihan raya baru di Perak Pilihan raya semula adalah satu daripada opsyen yang ada untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak tetapi ia bukanlah sesuatu yang harus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri di Perak bergantung kepada budi bicara Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini hari ini, Najib berkata Barisan Nasional tidak gentar untuk menghadapi apa jua kemungkinan termasuk pilihan raya sekiranya itu yang diputuskan.

"Kita sedia berdepan dengan rakyat," katanya.

tapi kalau tak takut hadapi rakyat kenapa takut nak bubar DUN. kenapa sampai sekarang belum berani nak umum samada akan letak calun atau tidak di penanti. jangan nak letak segalanya di tangan sultan, sedangkan siapa yang mempengaruhi sultan supaya tidak membubarkan DUN semasa nizar mengadap untuk mohon supaya DUN dibubarkan pada permulaan krisis lompat parti berlaku.

demi kepentingan rakyat...seperti slogan yang dilaung-laungkan...rakyat didahulukan...bubarkan lah DUN perak dengan segera. dengarlah pandangan rakyat dan pandangan suhakam, gerakan dan ramai lagi golongan profesional. government not always right...bukankah itu yang disarankan pada permulaan menerima tugas sebagai PM tempohari. jadi buktikan....jangan hanya cakap saja tapi tak berani untuk di praktikkan. lagi pun mahkamah telah putuskan bahawa nizar masih lagi MB yang sah.

Perak: Mahathir saran undi tak percaya, pilihan raya sukar buat BN

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

"Kalau nak buat pilihan raya, kita sudah tahu apa kesudahannya.

"Pakatan akan menang jadi mengapa kita nak adakan pilihan raya, tapi itu hanya pandangan saya. Saya tak buat apa-apa survey, undian. Ia hanya pandangan saya selepas melihat perkembangan di Bukit Gantang dan juga cakap-cakap dengan orang," katanya selepas menyampaikan ucapan bertajuk 'Malaysia - Today Knowledge Economy' di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan beberapa pihak untuk mengadakan pilihan raya negeri bagi menyelesaiakn krisis di Perak.

Bekas Perdana Menteri itu juga berkata, rakyat hari ini sudah bosan dengan pilihan raya kecil.

"Rakyat 'sakit' dengan pilihan raya...lagipun ia akan menggunakan wang yang banyak untuk pilihan raya," katanya.

Mengulas lanjut mengenai krisis pertukaran Menteri Besar di Perak yang masih belum selesai, beliau berkata, isu itu perlu diselesaikan dengan segera kerana ia akan memberi pandangan yang negatif terhadap dunia luar.

"Tak elok bile dunia asyik tengok kita sentiasa bertukar Menteri Besar di Perak.

"Mula-mula kata anda bukan lagi Menteri Besar.

"Esok pula kata, keputusan itu tak boleh digunapakai lagi, perlu beri masa...ini macam permainan musical chair...ia tak baiki," katanya.

Semua Pihak Mahu DUN Perak Dibubarkan Kecuali Najib dan Zambry?


PDF Print

Pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang juga Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan, Dr Hsu Dar Ren (gambar bawah kanan) menggesa BN bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) mengakhiri kemelut politik negeri Perak dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata sudah terlalu banyak kerosakan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan pilihanraya negeri sahaja yang dapat menyelesaikannya.

“Ia bukan lagi perkara siapa yang benar atau siapa yang salah, keputusan siapa yang berhak menubuhkan kerajaan seharusnya tidak lagi dibuat di mahkamah, tetapi lebih baik diputuskan oleh rakayat Perak sendiri, balik kepada prinsip asas demokrasi,”katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media.

Kenyataan Dr Hsu Dar Ren tersebut disokong oleh Gerakan Muda Parti Gerakan negeri Selangor.

Ketua Biro Penerangannya, Delren Terrence Douglas yang mewakili seluruh pemuda Gerakan Selangor berkata hanya pembubaran DUN Perak sahaja yang dapat merungkai situasi semasa di negeri Perak.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam, Gerakan Muda Selangor berkata walaupun Gerakan adalah komponen BN mereka menyarankan agar rakyat Perak diberikan hak untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Perak, Pakatan Rakyat tuntas dengan tuntutan agar Dewan Undangan Negeri DUN) dibubarkan serta-merta.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media kelmarin.

Katanya ia (pembubaran DUN) membolehkan rakyat menentukan kerajaan mana yang memperolehi mandat serta kepercayaan mereka melalui pilihanraya yang bakal diadakan nanti.

Ketua Penerangan PAS Dato’ Mahfuz Omar mendesak pembubaran DUN Perak mesti dilakukan dalam tempoh terdekat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/kuli.jpgDalam kenyataan beliau semalam menegaskan, jika DUN dibubarkan, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis yang melanda negeri Perak.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam blognya.

Tengku Razaleigh juga pernah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)Tan Sri Abu Talib Osman juga menggesa pembubaran DUN dan seterusnya http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/abutalib.jpgpilihanraya untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Abu Talib.

Beliau yang juga bekas Peguam Negara berkata "Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak."

Menteri Besar Perak yang sah sebagaimana diisytiharkan Mahkamah Tinggi kelmarin, Dato’ Seri Nizar Jamaludin berkata, beliau ingin mencari penyelesaian muktamad menerusi mandat rakyat.

Tegas beliau, krisis politik negeri ini tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan mahkamah semata-mata.

Dalam sidang media lewat petang semalam beliau berkata, parti-parti politik di negeri Perak perlu kembali kepada rakyat untuk memberikan mandat dengan pembubaran DUN.

Katanya Pakatan Rakyat telah menggerakkan usaha tersebut dan telah pun menghadap Sultan Perak bagi menyampaikan hasrat.

"Kami mohon menghadap Sultan Perak pagi tadi dan seterusnya akan memohon pembubaran DUN," katanya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/ghani%20patail.jpgBeliau yang juga bekas Peguam Negara berkata "Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak."

Hanya Zambry dan kerajaan UMNO/BN Pusat sahaja yang tidak mahu DUN Perak di bubarkan.

Di Mahkamah Rayuan semalam, ketika memohon untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan Nizar Menteri Besar Perak, peguam Zambry berhujah, penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili kerajaan persekutuan turut menyokong hujah peguam Zambry.

Wednesday, May 13, 2009

kenapa 18 haribulan- rayuan nizar

kenapa 18 haribulan baru nak dengar rayuan nizar? kenapa tak besok pagi-pagi lepas tu keputusan boleh dibuat selepas zohor...kenapa rayuan zambry cepat sangat didengar dan keputusan pun sepantas kilat?

tak kan lah bila kes yang melibatkan kepentingan BN mahkamah kena cepat-cepat bersidang dan buat keputusan. tapi bila melibatkan kepentingan PR dan yang bakal mengugat BN mahkamah pun buat lambat-lambat.

Mahkamah Rayuan dengar rayuan Nizar 18 Mei ini

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Kelmarin Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali hari ini membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dalam afidavit sokongannya, Mohammad Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan semalam untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Mohammad Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai siasia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Mohammad Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam.

Krisis Perak: Perintah digantung



Oleh YB Zulkifli Nordin

Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.



Namun undang-undang memperuntukkan dibawah
Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.

Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.

Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.

Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.

Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.

Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.

Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!

Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.

Razaleigh : Sultan dan sistem beraja tanggung malu



Oleh Afrar Yunus


Semuanya kelihatan seperti drama bersiri yang belum ditetapkan bilangan episod terakhirnya. Pengarahnya terlalu ramai.

Kelmarin apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Mohd Nizar Jamaludin masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah, terlalu banyak komen termasuk daripada politikus veteran mengatakan, "demokrasi telah dikembalikan" dengan keputusan tunggal hakim berkenaan.



Bagi saya, adalah terlalu awal untuk mencerminkan demokrasi, kebebasan kehakiman, ketelusan kerajaan, kewibawaan institusi istana dan sebagainya hanya dengan satu penghakiman yang dilihat sebagai "mewakili suara majoriti rakyat".

Biar mulut Zambry Abdul Kadir bertasbih beribu kali mengatakan, "kita terima keputusan mahkamah", namun tindak-tanduk awalan Abdullah Ahmad, Najib Abd Razak dan Zambry sendiri telah mencontengkan arang ke muka pengadilan dan demokrasi itu sendiri.

Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa, "kita bimbang tiada penyelesaian. Perkara ini perlu dilihat dari perspektif rakyat" ketika mengulas kemelut di Perak.

Malah, isu penculikan V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri biar hanya untuk seketika merealisasikan kebiadaban penggubal undang-undang yang dilihat sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.

Sudahlah perlantikannya Speaker baru datang dari satu kumpulan yang tidak sah, tanpa upacara mengangkat sumpah seperti lazimnya dan tindakan mereka 'mengkatunkan' DUN yang sebelum ini dikira mulia, sangat-sangat mencemar dan memalukan rakyatnya.

Mei 7 pasti meninggalkan kenangan pahit dan manis. Perak masih menangis sesudah Gaza.

Anak raja Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa peristiwa ini bukan sahaja telah membelit Perak, malah merosakkan keluhuran undang-undangnya, mencalarkan badan kehakiman, polis dan pentadbiran awamnya serta mencemarkan sistem beraja di mata umum.

Tegas Razaleigh lagi, "sultan dan sistem beraja itu sendiri menanggung malu dengan babak ini".

Ahli-ahli politik dari Gerakan, Pakatan Rakyat, pakar perlembagaan, Suhakam, NGO, mereka yang berminat dengan politik dan undang-undang, pemerhati politik, penulis, mahasiswa, pekerja, individu dan rakyat bukan sahaja dari Perak hatta seluruh Malaysia mengharapkan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan supaya hak rakyat dikembalikan ke tangan mereka.

Mahkamah tidaklah merupakan institusi terbaik. Ia bertindak seperti "muzium". Tiada roh di dalam undang-undang buatan manusianya.

Dewan Undangan Negeri telah dicemarkan dengan kerakusan politikus, polis dan senjata, dan banyak 'binatang betopengkan manusia' di dalamnya baru-baru ini.

Sistem monarkinya sentiasa menegaskan bahawa mereka bukanlah bisu dan pekak. Tetapi tidak ke mana jua tindakan mereka.

Kuasa hebat yang ada hanyalah pada rakyat. Makkal shakti sahaja dapat merubah keadaan. Bukan sahaja mahkamah, DUN dan monarkinya malah kepimpinan yang buta boleh digantikan dengan kuasa hebat ini.

Tengku Razaleigh menambah, "kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri".

Jangan jadi macam, "hidung sudah rampung, masih mahu diatur orang".

Memperingati 13 Mei, Nik Aziz sampaikan amanat pagi ini

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat Malaysia, jam 11.30 pagi ini.

Menurut laman web Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan beberapa blog yang lain, intipati amanat Menteri Besar Kelantan itu ialah mengenai peristiwa 13 Mei dari perspektif baru termasuk kegagalan Umno yang menerajui negara sehingga tercetusnya peristiwa hitam itu.

Difahamkan Pejabat Menteri Besar Kelantan turut menjemput semua wakil media dan media online termasuk bloggers untuk mendengar amanat penting itu di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darul Naim pagi ini.

Di dalam sidang media penting ini, Tuan Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun dijangka akan mengumumkan suatu penawarannya kepada rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

Sidang media tersebut juga akan disiarkan secara live menerusi www.kelantan.tv

Sementara itu menurut laporan agensi berita Nik Aziz mahu kerajaan menjadikan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu hari bersejarah yang diingati setiap tahun supaya tragedi hitam berhubung isu perkauman itu tidak berulang.

Katanya, peristiwa yang berlaku 39 tahun lalu itu perlu dijadikan iktibar oleh generasi akan datang untuk mengelakkan peristiwa yang boleh menimbulkan kegelisahan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sambutan bagi mengingati Peristiwa 13 Mei bukannya berasaskan agenda tertentu sebaliknya sebagai peringatan atau pedoman kepada masyarakat untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang," katanya kepada pemberita semalam.

Nik Aziz berkata, rakyat sepatutnya mengambil iktibar daripada sejarah hitam itu dengan meninggalkan perkara-perkara yang boleh mengulangi peristiwa sedemikian.

"Jangan sesekali bangkitkan masalah bangsa kerana keadaan ini akan menyebabkan timbul perasaan cemburu kaum lain sehingga menyebabkan orang Melayu dihina," katanya.

Sehubungan itu, Nik Aziz mengajak masyarakat negara memilih sistem Islam sebagai cara hidup iaitu titik perpaduan yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w. yang bukan sahaja boleh diamalkan orang Melayu tetapi juga kaum lain

"Saya masih MB yang sah - Nizar

Dato' Seri ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah, kerana penangguhan perisytiharan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai MB tidak terjejas.

Sambil menyatakan bahawa penangguhan itu lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan, Nizar berkata secara logiknya beliau masih Menteri Besar.

Pada satu sidang akhbar, Dato'Dr Zambry Abd Kadir memperakukan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Nizar memberitahu sidang media bahawa,walaupun ditangguhkan perisytiharan itu, kerajaan Pakatan Rakyat tetap kerajaan yang sah.

Nizar berkata, ia hanya penangguhan perisytiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, yang mengesahkan bahawa beliau adalah MB yang sah, yang secara langsung membawa pengertian bahawa Zambry adalah MB yang tidak sah.

Malahan penangguhan persiytiharan juga bukan bererti ia telah mengesahkan Zambry sebagai MB yang sah, atau tiada siapa yang selayaknya menjadi MB, maka pilihan yang ada hanyalah beliau sebagai MB yang sah

Tuesday, May 12, 2009

Dr M patut ketuk Najib - Husam

Sudah sampai masanya untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuk Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tukul besinya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengulas Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau juga menyeru Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengambil pendirian yang berbeza dari Najib dan jangan sesekali berada dalam bakul kemusnahan yang sama.

Menurut Husam, keutamaan Najib bukan lagi masa depan Umno dan Barisan Nasional (BN) "tetapi memilih untuk melayari tempoh honeymoon sebagai Perdana Menteri baru dengan agendanya sendiri tanpa menoleh kepada realiti yang berlaku".

Walaupun BN memperolehi perintah mahkamah yang menyebelahi mereka, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu, tetapi keyakinan rakyat terhadap kesucian doktrin pengasingan kuasa di bawah BN semakin luluh.

"Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Zambry tidak mengejutkan. Itulah sistem kehakiman Malaysia," katanya.

Najib, katanya, "telah kehilangan peluang keemasan untuk muncul mendapat political mileage dari keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

"Beban ke atas Najib semakin berat. Hari ini, empat kenyataan penting meminta pilihanraya semula di Perak dibuat".

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyatakan penyelesaian terbaik bagi krisis di Perak ialah dengan mengadakan pilihan raya yang baru di negeri itu.

Pandangan yang sama juga datang Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow dan Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Dr Hsu Dar Ren.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pula berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

�Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia,� kata Pengerusinya Tan Sri Abu Talib Osman.

Mengulas desakan-desakan itu, Husam berkata: "Kalau sekutu Umno sendiri sudah bersuara dari dalam kelambu BN, menunjukkan mereka bukan sahaja mempunyai mimpi yang berbeza dalam isu ini, malah mungkin tilam yang juga berbeza".

Keputusan Mahkamah Rayuan itu, katanya, tidak dapat membeli keyakinan anggota BN sendiri, apatah lagi membeli keyakinan rakyat.

MCA dan Gerakan, katanya lagi, lebih jujur mengenai ketakutan mereka terhadap hukuman rakyat yang lebih dahsyat akibat tingkah laku Umno di Perak.

"Jika sikap keras kepala Umno berterusan, bermakna pilihanraya umum akan datang adalah masa gelap bagi BN.

"Namun, Umno masih dilamun mimpi. Jalan undang-undang yang menjerut diri walaupun kehilangan rasa hormat rakyat kepada mereka masih pilihan mereka," katanya.

Beliau menyeru Dr Chua, Teng Chang Yeow dan Dr Hsu bertindak lebih lanjut dan menggesa Najib supaya bersetuju dengan pembubaran disuarakan dalam forum BN yang lebih efektif._

Serah kepada rakyat pilih kerajaan di Perak - Suhakam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak," kata Abu Talib.

Status MB: Peguam Nizar kaji rayu keputusan Mahkamah Rayuan

IPOH: Barisan peguam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin mengemukakan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Salah seorang peguamnya, Leong Cheok Keng berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan tersebut.

Ketika ditemui di sini pukul 3.30 petang pada sidang media bersama Nizar, Leong berkata, pihaknya akan meneliti kandungan keputusan Mahkamah Rayuan tengah hari tadi.

"Kami sedang meneliti kemungkinan itu, kemungkinan itu (peruntukan undang-undang)," kata beliau sambil menambah, aspek masa rayuan dikemukakan pihak defenden juga akan diteliti.

Nizar pula berkata, beliau menyerahkan kepada peguamnya untuk memberi nasihat mengenainya.

Kira-kira pukul 1.20 tengah hari tadi Mahkamah Rayuan di Putrajaya membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

PAS curiga keputusan Mahkamah Rayuan

Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.

"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.

"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.

Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.

"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.

Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.

Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.

Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.

Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat.

Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh keputusan MB Perak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menangguhkan keputusan laksana Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar(MB) Perak yang sah.

Sementara itu, ketika ditemui di perkarangan mahkamah Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai MB dan akan kembali ke pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada bila-bila masa.

Semalam Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar sah.

Pagi tadi, Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk kerajaan negeri 6 Februari lalu berada di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu.

Nizar ke Istana Iskandariah

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin keluar dari pejabat Menteri Besar Perak menuju ke Istana Iskandariah bagi menghadiri istiadat penganugerahan pingat kira-kira pukul 7.50 pagi ini. beliau juga akan mohon perkenan untuk mengadap seri paduka sultan perak untuk mohon pembubaran DUN.

Nizar, Exco masuk pejabat

BINCANG... MB Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berbincang dengan pihak polis sebelum memasuki bangunan SUK pagi tadi.

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.bersama lapan Exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar yang sah.

Mereka dibenarkan melepasi pintu pagar bangunan itu pada pukul 7.31 pagi.

Turut bersama rombongan itu ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.

Nizar gantung tugas tiga pegawai kanan termasuk SUK

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad berkuat kuasa serta merta.

Tugas mereka itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.

Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.

Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

Monday, May 11, 2009

perak..kita tunggu episod seterusnya

keputusan mahkamah tinggi hari menampakkan integriti mahkamah dan demokrasi yang sebenar. kita bukan hanya memuji mahkamah hanya apabila keputusannya memihak kepada kita..tetapi kedilan dan kebenaran yang ditegakkan oleh mahkamah itu yang kita puji. semua telah maklum bahawa menteri besar tidak boleh dipecat melainkan hanya dengan undi tidak percaya ahli dewan atau jika beliau dengan rela meletak jawatan. ini termaktub didalam perlembagaan tubuh negeri. bukan rekaan sesiapa. sejarah di sarawak telah membuktikannya.

syabas diucapkan kepada hakim datuk aziz abdul rahim kerana membuat keputusan tanpa di pengaruhi oleh tekanan dari sesiapa. tindakan yang sama patut dilakukan oleh seri paduka sultan perak. demi untuk kepentingan negeri dan rakyat perak. bukan untuk kepentingan segelintir manusia yang tamak kuasa sehingga sanggup melanggar batas undang-undang dan perlembagaan.

kini kita tunggu apa tindakan najib yang seterusnya. apakah tekanan akan dikenakan keatas mahkamah rayuan apabila rayuan dikemukakan nanti. apakah akan ada kuasa-kuasa luar yang akan digunakan untuk mempengaruhi keputusan rayuan nanti. seperti mana yang berlaku didalam kes abdul razak baginda. jika tidak masakan najib berani berkata bahawa mereka mempunyai kes yang kuat untuk membuat rayuan. apakah faktor yang boleh menguatkan kenyatannya itu. hakim telah berhujah bahawa menteri besar tidak boleh dipecat oleh sultan. dan nizar juga tidak pernah meletakkan jawatan mahupun menerima undi tidak percaya ahli dewan. jadi apakah asas najib untuk membuat rayuan.

namun kita yakin bahawa tiada kuasa yang lebih tinggi dari kuasa yang maha esa. jika dikehendakinya begini maka beginilah jadinya. maka pihak PR tidak perlu bimbang....tapi tidak pula boleh duduk saja tanpa berusaha. insyaallah kemenangan dipihak kita jika itu janjinya.

Nizar Menteri Besar Perak sah, mahu menghadap Sultan Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas keputusan permohonan diumumkan. - foto The Star oleh ONG SIN HOONG

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim DatukAbdul Aziz Abdul Rahim memutuskan perkara itu selepas mendapati kerusi itu tidak kosong kerana Nizar tidak pernah meletak jawatan dan tiada sebarang usul undi tidak percaya yang dilakukan terhadapnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mahkamah juga menolak permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan pengesahan Nizar sebagai MB Perak tetapi boleh mengemukakan rayuan rasmi.

Nizar berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh zambry akan dikaji semula dan bukannya tidak sah sehingga notis seterusnya kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu.

"Kita akan minta Datuk Zambry dan Exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya.

Nizar MB Perak sah


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk memohon keputusan itu ditangguhkan untuk membolehkan rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan ditolak oleh hakim.

Hakim juga berkata, jika Sultan Perak mahu Nizar meletakkan jawatan, baginda hendaklah mengarahkan Dun Perak bersidang dan usul undi tidak percaya dikemukakan.

Selepas usul itu lulus barulah Sultan berhak memerintahkannya meletakkan jawatan dan melantik MB baru.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah

Nizar MB Perak

Mahkamah sahkan Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak

takbir....takbir.....takbir

KES MB PERAK: SITUASI DI KOMPLEKS MAHKAMAH JALAN DUTA

BERIKUT adalah perkembangan semasa di kawasan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta menunggu keputusan kes mempersoalkan kesahihan Menteri Besar Perak.

3.30 petang: Hakim, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim sedang membaca kertas penghakiman.

2.30 petang: Mahkamah mula bersidang.

2.15 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tiba di kawasan pekarangan mahkamah.

1.58 tengah hari: Barisan peguam kedua-dua pihak - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berada di depan Mahkamah Tinggi Dagang 8. Kelihatan juga segelintir penyokong mula berkumpul, menunggu masa untuk masuk ke kawasan mahkamah.

1.20 tengah hari: Keadaan masih masih lagi tenang. Kelihatan beberapa trak FRU mula memasuki kawasan pekarangan mahkamah.

1.15 tengah hari: Wartawan mula berkumpul di hadapan mahkamah.

Zambry Kadir peragut politik

Dato' Mahfuz Omar

KEJAMNYA PERAGUT! Begitulah bunyinya tajuk utama Utusan Melayu hari Khamis, 7 Mei 2009 yang menyiarkan kisah bagaimana tiga orang mangsa ragut yang terbunuh kerana perbuatan kejam tersebut.

Cerita ragut sudah begitu lama kedengaran, cuma ditakdirkan Allah ia berlaku kali ini ketika polis sedang berkubu di Ipoh dan Penanti. Nampaknya hari ini polis lebih banyak digunakan untuk mempertahankan kuasa politik BN daripada menjaga keselamatan awam. Jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, Malaysia akan betul-betul menjadi 'negara polis'.

Keadaan politik di Perak sebenarnya tidak serumit di Terengganu kerana kedua-dua menteri besarnya mempunyai kumpulan penyokong yang ramai. Yang menjadi masalah besar di Perak ialah kedegilan Zambry Kadir untuk tidak mengikut undang-undang dan peraturan dalam setiap tindakannya.

Dulu dia bersekongkol dengan Najib Razak untuk menculik dan merasuah tiga Adun Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kerajaan, kemudian dia mengangkat sumpah sebelum sempat Menteri Besar Nizar meletak jawatan atau dikenakan undi tidak percaya. Mahkamah dijadikan alat untuk mereka mengesahkan tindakan haram itu. SPR dan SPRM pula menjadi kuda tunggangan untuk menjayakan rancangan jahat yang bertentangan dengan undang-undang.

Mungkin Zambry Kadir belum sedar apabila rakyat Bukit Gantang menyampaikan mesej untuk menolak perbuatan tidak bertamadun BN pada 7 April 2009 yang lalu. Dia mahu 'diajar' dengan cara yang lebih jelas lagi. Kita tunggu tindakan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

KEJAMNYA PERAGUT! Begitulah yang terjadi pada Khamis, 7 Mei 2009 di Ipoh, Perak. Kali ini bukannya mat rempit yang meragut. Tetapi pemimpin politik BN yang tidak bertamadun dan tidak menghormati demokrasi meragut setiap hak dan keadilan demi kepentingan politik rakus mereka.

Dahulu mereka meragut kerajaan daripada rakyat cara menculik dan merasuah, kemudian mereka meragut jawatan menteri besar melalui cara tidak berperlembagaan. Hari ini mereka melakukan lagi apabila jawatan Speaker Dun Perak diragut dengan cara yang lebih hina daripada binatang. Mereka tidak mengiktiraf Sidang Dun Perak di bawah pokok atas bermacam-macam alasan walaupun ia berlaku mengikut lunas undang-undang. Tetapi mereka bertindak persis binatang buas di dalam dewan yang mulia itu apabila bersidang sendiri dengan membelakangkan Speaker Dun yang berada di kerusinya.

Walau apapun yang dilaporkan oleh media arus perdana, rakyat mengetahui keadaan yang sebenar. Dahulu mereka menipu rakyat kononnya Nizar telah menderhaka, tetapi rakyat memberikan mesej sebaliknya di pilihan raya Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Saya percaya rakyat menyedari keadaan sebenar yang berlaku walaupun media memberikan gambaran sebaliknya. Sebagai Ahli Parlimen, saya memahami peraturan yang menghendaki setiap ahli YB menghormati speaker yang mengendalikan persidangan. Saya bersetuju dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berkata apa gunanya ada Speaker jika keputusannya tidak dihormati.

Sebagai Ketua Dun, Speaker berkuasa penuh di atas semua urusan di dewan itu. Beliau yang menentukan kedudukan Adun, usul-usul dan semua urusan perjalanan dewan tersebut. Bahkan, tidak ada Adun yang boleh bercakap tanpa kebenaran Speaker. Jika semua orang ingin bertindak sesuka hati, bercakap, membuat usul dan mengusung keluar Speaker... maka jadilah sidang itu seumpama satu sidang di Zoo Negara!

Sebenarnya isu ini cukup mudah diselesaikan. Semua pihak perlu memberi laluan kepada Speaker untuk mengendalikan mesyuarat mengikut peraturan mesyuarat. Tetapi malangnya, Zambry Kadir dan sembilan yang lain begitu degil dan keras kepala. Mereka bukan sahaja tidak mengikut arahan, bahkan cuba menjalankan sidang Dun secara haram.

Tidak pernah berlaku dalam mana-mana majlis perundangan di dunia, usul dikemukakan sebelum sidang bermula. Speaker telah memberitahu berkali-kali bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi arahannya untuk 10 orang itu keluar dewan dipatuhi. Ini bermakna, ketika Zambry Kadir membuat usul, sidang belum bermula lagi. Yang paling saya kesalkan ialah Setiausaha DUN yang telah dipecat itu. Dia begitu biadap dan langsung tidak menghormati Speaker semata-mata kerana �ke-Umno-annya�.

Pada saya mudah sahaja, bahawa seluruh sidang itu adalah tidak sah kerana sidang belum bermula ketika prosiding dijalankan. Saya sangat percaya kekecohan ini tidak akan berlaku jika semua pihak menghormati peraturan. Mengapa Zambry Kadir begitu biadap dengan membawa satu usul tanpa mendapat kebenaran Speaker. Lebih-lebih lagi, Zambry Kadir sebagai seorang Adun yang digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun tidak berhak menghadiri sidang, apatah lagi membuat usul.

R Ganesan, 'Speaker haram' pula telah menceroboh Dun Perak secara sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan S Sivakumar yang berada di kerusi Speaker. Kemudian beratus-ratus polis yang sepatutnya menjadi keselamatan mangsa ragut, ditugaskan untuk �meragut� kerusi Speaker daripada Sivakumar.

Apa yang boleh kita rumuskan ialah sebuah kerajaan yang haram akan melakukan apa sahaja tanpa mengikut lunas undang-undang untuk mempertahankan kegiatan haram mereka. SPR, SPRM, mahkamah, polis, SUK, Setiausaha Dun, bahkan istana telah diperalatkan oleh mereka secara sempit sehingga kemuliaan Dun Perak tercemar.

Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah dimalukan di hadapan khalayak dengan perbuatan yang biadab dan tidak bertamadun itu. Untuk menutup kekotoran itu, Zambry Kadir memberitahu bahawa Adun Pakatan Rakyat menyerang mereka dan bertindak menggunakan undang-undang rimba.

Saya tahu bahawa rakyat telah sedar siapakah Tarzan dalam krisis ini. Najib Razak dan Zambry Kadir patut berasa malu di atas perbuatan yang tidak demokratik ini, kerana Tun Mahathir sendiripun tidak dapat menerima apa yang berlaku di Perak

Penyelesaian Kemelut Perak : Jangan Sekadar Hulur Ranting Zaitun!



Oleh Anwar Ibrahim

Bahang kemelut di Perak semakin membara hangatnya sehingga membuatkan Perdana Menteri bersedia bekerjasama dengan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan krisis perlembagaan tersebut.

Manakala sebagaimana yang sering saya ulangi, ranting zaitun yang dihulurkan demi kesejahteraan rakyat jelata pasti disambut dengan hati terbuka oleh Pakatan Rakyat.



Namun, janganlah pula kesediaan ini dikhianati, di saat ranting zaitun dihulurkan, pisau belati tajam sudah siap menikam! Jikalau begitu sandiwara yang direncana, layak sahaja buah durian dibaling ke muka mereka yang menghulurkannya.

Krisis yang berlaku ini sememangnya menjadi pengajaran kepada mereka yang membelakangkan Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang demi kepentingan politik. Sudah pasti saya bersetuju dengan anjuran agar kita kembali merujuk undang-undang dan keluhuran Semangat Keperlembagaan bagi menyelesaikan kemelut di Perak.

Perlu diberi perhatian bila sahaja saranan kembali kepada Kedaulatan Undang-Undang dikemukakan, sudah tentu rakyat mahu diyakinkan bahawa sistem kehakiman bebas dari sebarang kongkongan politik penguasa, undang-undang kuku besi dimansuhkan dan tiada lagi sebarang gangguan terhadap mereka yang berbeda pendapat. Jika ini tidak dipenuhi kerjasama yang ditawarkan umpama mencurah air di daun keladi.

ANWAR IBRAHIM

Krisis politik Perak: Pakatan juga sedia bincang tapi...

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat bersedia untuk berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung krisis politik di Perak, namun beberapa insiden ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Khamis lalu menuntut penjelasan terlebih dahulu.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau gembira dengan maklum balas yang diberikan Najib pada hari ini untuk sedia bekerjasama namun pihaknya inginkan penjelasan itu terlebih dahulu sebelum sebarang perbincangan berlangsung.

"Pertama, kita mahukan jawapan kepada tindakan mengheret Speaker DUN (V Sivakumar) yang dilakukan pihak polis.

"Hal seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah politik moden dan mana-mana negara Komanwel.

"Selain itu, kerajaan juga harus menghentikan amalan menangkap orang awam dan wakil-wakil rakyat seperti yang dilakukan pada hari persidangan DUN Perak yang lalu kerana ia langsung tidak memberi imej yang baik kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa Barisan Nasional (BN) sedia bekerjasama dengan pembangkang bagi mengatasi kemelut politik di Perak, namun ia tidak bermakna bersetuju untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Najib berkata demikian sebagai maklum balas kepada cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam yang sedia mengadakan perbincangan dengannya bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, sebagai Perdana Menteri, Najib mempunyai kuasa untuk memperbetulkan kecelaruan yang berlaku di negeri itu.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengamalkan prinsip terbuka bagi hal-hal yang melibatkan kepentingan rakyat dan undang-undang serta keluhuran perlembagaan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya begitu serius dalam usaha menyelesaikan krisis politik di Perak yang semakin meruncing sejak Februari lalu.

"Kalau kita sudah sampai ke tahap itu (mengadakan perbincangan), ini menunjukkan kita serius dalam perkara ini.

"Kalau BN tolak, memang menunjukkan mereka berniat jahat dan memang ada konspirasi untuk merampas kuasa," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, rakyat Perak pada masa ini memerlukan kepada kerajaan yang dapat menjalankan tugas dengan baik dan ia tidak akan tercapai selagi situasi politik di Perak tidak menemui jalan penyelesaian.

"Selain itu, tindakan mereka yang menghalau Speaker semasa sidang DUN tempoh hari begitu tidak berdemokrasi.

"Kalau mereka tak mahu selesaikan, rakyat tentunya akan menghukum mereka pada pilihan raya umum akan datang," katanya

Krisis politik Perak: Campur tangan Sultan penentu penyelesaian?


PDF Print

Di sebalik krisis politik Perak yang telah masuk bulan ketiga sekarang, penganalisis-penganalisis berpendapat parti-parti politik perlu berkompromi manakala Sultan perlu campur tangan walaupun raja "berada di atas politik".

Penganalisis politik Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kekecohan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Khamis lalu tidak sepatutnya berlaku dalam konteks demokrasi diamalkan di negara ini.

“Kita tak seharusnya sampai ke tahap mentaliti politik yang negatif seperti yang berlaku dalam Parlimen di Taiwan,” katanya.

Jelasnya, imej negara tercalar atas kekecohan yang berlaku dan kemelut politik yang melanda Perak tidak akan selesai sehingga pilihan raya umum yang ke-13 jika tiada langkah segera diambil.

“Sudah tiba masanya baginda (Sultan Perak) campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini.

“Saya melihat Sultan wajar mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan pendirian baginda berhubung keputusan yang telah dibuat (melantik Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir).

“Walaupun Sultan berada di atas kuasa politik tapi dalam situasi seperti ini, saya melihat campur tangan itu perlu untuk meredakan kemelut politik di Perak,” kata beliau kepada mStar Online.

Mengulas lanjut mengenai isu tersebut, Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia berkata, baginda boleh mengisytiharkan darurat di Perak dan menyerahkan urus tadbir negeri itu kepada kerajaan Persekutuan untuk sementara waktu. “Langkah ini boleh diambil kerana pentadbiran di Perak telah menjadi kucar-kacir dan rakyat yang mangsa. Pemimpin politik ini perlu berhenti bertelagah,” katanya.

Beliau berkata, perbuatan pembangkang tempoh hari lebih bersifat populis untuk meraih sokongan rakyat untuk menunjukkan seolah-olah mereka menjadi mangsa diskriminasi dan percaturan politik BN.

“Mereka (Pakatan Rakyat) sengaja berbuat demikian kerana ia akan memberi kesan kepada pola pengundian pada pilihan raya umum akan datang.

“Rakyat Perak dijangka menterjemahkan melalui pilihan raya, mereka akan undi pembangkang sebagai undi protes kepada BN yang dilihat merampas Perak daripada Pakatan Rakyat,” katanya.

Tambahnya, bagi menyelesaikan konflik politik itu salah satu pihak perlu mengalah, tetapi sama ada BN mahupun Pakatan kelihatan tidak akan mengalah dengan mudah.

“Jalan penyelesaian terbaik adalah kita harus serahkan kepada mahkamah. Sememangnya akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah Isnin ini.

“Amalan berpolitik keterlaluan yang berterusan hanya merugikan negara dan rakyat akan terus mangsa,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin pula menyifatkan insiden tersebut sebagai satu lagi rampasan kuasa selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Februari lalu.

“Apa yang berlaku semalam tidak betul dan salah dari sudut perlembagaan. Mereka (kerajaan Barisan Nasional) tidak boleh memecat Speaker dan pelantikan penggantinya yang baru (dari BN) juga tidak sah," katanya.

Jelasnya, kekecohan itu juga memberi tanggapan negatif masyarakat luar negara terhadap negara ini.

“Bukan sahaja ekonomi Perak akan terjejas, malah ada kemungkinan pelabur-pelabur asing akan was-was mengenai kestabilan politik di negeri itu.

“Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada industri pelancongan ekoran urus tadbir yang tidak sempurna,” katanya.

Search This Blog