Thursday, December 18, 2008

Naik satu kali, turun tujuh kali…

Artikel

"

Naik satu kali, turun tujuh kali. Itulah rekod harga minyak yang dicipta untuk menjadi modal tambatan untuk Kerajaan BN jaja ke serata Alam. Pada 5 Jun 2008, BN menaikkan harga minyak RON 97 dari RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 seliter, dengan kadar kenaikkan keseluruhan berjumlah 78 sen atau 41%.

Pastinya ramai yang terkejut dan marah ketika itu kerana itulah kenaikkan yang tertinggi dalam sejarah.



Walaubagaimana pun, BN ‘bijak’ untuk menarik perhatian rakyat dan pada 23 Ogos 2008, sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh mereka menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen dengan harga baru sebanyak RM 2.55.


Ini diikuti dengan enam lagi siri penurunan harga yang begitu hebat di war-warkan dalam media iaitu pada 25 September 2008 turun 10 sen kepada RM 2.45 , 15 Oktober 2008-RM 2.30 (Turun 15sen), 1 November 2008 - RM 2.15 (Turun 15sen), 18 November 2008 - RM 2.00 (Turun 15sen), 3 Disember 2008 - RM 1.90 (Turun 10 sen), 16 Disember 2008 -RM 1.80 (Turun 10sen).

Tujuh kali penurunan berbanding dengan satu kali kenaikkan kalau difikir sepintas lalu pasti kita ingat bahawa Kerajaan BN sudah buat kebajikan besar buat rakyat.

Namun, hakikatnya itu hanyalah satu permainan eko-politik mereka yang mahu rakyat hanyut dengan graf penurunan itu. Ianya memang berkesan kerana rakyat kini tidak lagi tertumpu pada isu harga minyak kerana mereka beralih pada isu harga barang yang tidak turun walaupun harga minyak dah turun banyak kali.

Dari segi matematik dan ekonominya, kenaikkan hanya sekali itu sebenarnya lebih merugikan kerana melibatkan perubahan harga yang besar kepada pasaran barang diseluruh negara yang mengambil masa yang panjang untuk melakukan pusingan modal dan untung.

Minyak menjadi punca awal kenaikkan harga barang hari ini kerana ianya telah menaikkan kos perkilangan dan pengeluaran produk yang ada dalam pasaran sekarang sejak lima bulan lalu. Kos kilang yang tinggi belum dapat mereka tampung, justeru itu mereka tidak boleh mengikuti rentak penurunan harga minyak sekarang walaupun mereka tahu bahawa mereka akan tetap dapat untung bagi pusingan pengeluaran untuk lima bulan akan datang hasil dari harga minyak yang rendah hari ini.

Langkah menurunkan harga minyak sebanyak tujuh kali hanyalah sekadar untuk menarik perhatian rakyat agar tidak terus salahkan Kerajaan.

Oleh itu kita janganlah terpedaya dengan langkah ini kerana Kerajaan hanya mengambil satu hari untuk naikkan harga minyak dari RM 1.92 kepada RM 2.70 tetapi kemudiannya mengambil masa lebih 5 bulan untuk turunkannya kepada RM 1.80 secara berperingkat.

Hari ini harga minyak dunia begitu rendah iaitu USD 46.28 setong dan sebenarnya harga ini lebih lebih rendah berbanding harga minyak dunia pada 1 Oktober 2004 dimana pada ketika itu harga minyak dunia adalah USD 53.13 dengan nilai harga tempatan hanya RM 1.42 seliter berbanding harga RM 1.80 seliter hari ini.

Jadi, bayangkanlah keuntungan yang diperolehi oleh pihak Kerajaan BN hasil dari putar belit mereka sepanjang lima bulan lalu dalam memainkan harga minyak ini.

Memang isu ini agak complicated untuk difahami, tetapi semuanya pasti ada alasan dan jawapan. Cuma, bagi kita sebagai rakyat diharapkan agar sedar akan hak dan juga tidak mudah berpuas hati.

Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa politik BN yang sebenarnya telah mengaut untung yang besar dalam kerugian rakyat.

Jadual berikut menunjukkan harga minyak Malaysia sejak 1990 yang merujuk kepada harga runcit di stesyen minyak bagi RON 97.

Harga runcit minyak Malaysia (RON 97)TarikhHarga baruPerubahanHarga sejagat1Perubahan RM/literPeratus (%)AS$/tongPeratus (%)

Sebelum 19900.89-18.33 (1989)-
19901.102524.4933.6
1 Oktober 20001.20924.680.8
20 Oktober 20011.308.325.904.9
1 Mei 20021.321.530.8619.2
31 Oktober 20021.33124.535.3
1 Mac 20031.351.531.5428.6
1 Mei 20041.371.540.2827.7
1 Oktober 20041.423.653.1391.8
5 Mei 20051.52756.265.9
31 Julai 20051.626.658.704.3
28 Februari 20061.9218.561.645
5 Jun 20082.7041121.0096.3
23 Ogos 200822.55(5.6)114.60(5.3)
25 September 20082.45(3.9)109.20(4.7)
15 Oktober 20082.30(6.1)84.07(23)
1 November 20082.15(6.5)64.38(23)
18 November 20082.00(7.0)55.37(13)
3 Disember 20081.90(5.0)46.96(15)
16 Disember 20081.80(5.3)46.28(1.4)

Nota:
1Harga minyak sentiasa berubah. Nilai yang diberikan merupakan nilai anggaran berdasarkan harga minyak mentah di pasaran New York.
2Kerajaan mengumumkan harga minyak akan dikaji sebulan sekali bermula 1 September 2008 berdasarkan purata harga global minyak. Perubahan mengikut sistem ini pertama kali dilaksanakan pada 23 Ogos 2008.

Wednesday, December 17, 2008

Sepatutnya turun 48 sen dan harga minyak RM1.42 sahaja - Guan Eng

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Dec 17, 08 | 2:23:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Iklan

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.

"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.

Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.

"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.

Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini._

Monday, December 15, 2008

10 sen lagi…



Harga minyak turun 10 sen lagi berkuasa esok. Ini menjadikan harga petrol RON97 daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter manakala harga petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter .Diesel pula daripada RM1.80 kepada RM1.70 seliter Pengumuan penurunan terbaru ini dibuat kerajaan petang ini.Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Samad ketika ditemui di lobi Parlimen mengingatkan rakyat agar tidak terlalu mengharapkan harga itu diturunkan lagi selepas ini.Beliau menjelaskan ini memandangkan trend harga minyak global mula meningkat balik.Beliau juga menolak andaian penurunan terbaru ini ada kaitan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.‘Ini bukan gula-gula politik walaupun pembangkang jadikan minyak sebagai isu politik.Ini adalah janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak,”katanya.Beliau berharap penurunan yang dibawah paras RM1.92 selepas naik kepada RM2.70 Jun lalu akan memberi banyak manafaat kepada rakyat.- 15/12/2008

Search This Blog