Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini,.
Harakahdaily memetik pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah berkenaan di mahkamah.
Thursday, March 10, 2011
Kemenangan Sebenar Di Sisi Allah
Oleh Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Apa sahaja perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yang lepas, PAS telah gagal untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut daripada UMNO. Saya akur dengan kekalahan tersebut. Di mana-mana perlawanan sekalipun, pihak yang menang berhak untuk gembira dan pihak yang kalah berhak untuk kecewa dan bersedih. Tinggal lagi, berapa lamakah kegembiraan dan kekecewaan itu akan bertahan?
Monday, March 7, 2011
ALLAH TAK TANYA KENAPA KAMU TAK MENANG ! ...
Jangan kecewa dan lepas ini sambil lewa kerana Allah tidak akan tanya kenapa kita tidak menang , tetapi Allah akan tanya apa yang kita lakukan atau usahakan untuk menegakkan hukum Islam dan keadilan dalam Negara Malaysia ini.
Sunday, March 6, 2011
pesanan untuk rakyat 1 malaysia
kenapa lah mentaliti rakyat malaysia terlalu lemah....terutamanya dari kaum ku sendiri yakni melayu. sudah berbuih mulut NGO yang menentang kes saman ekor menyatakan bahawa sebenarnya orang kena blacklist kerana tidak membayar saman ekor tidak perlu membayar saman mereka kerana sebenarnya tindakan JPJ dan PDRM itu sebenarnya menyalahi perlembagaan. dan keputusan mahkamah tinggi kuching menyatakan tindakan JPJ menyenaraihitamkan dan tindakan tidak mengeluarkan cukai jalan itu bertentangan dengan perlembagaan dan undang -undang negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)