Saturday, October 30, 2010

betul kah guan eng akan peluk islam


Cerita nih...gua dapat dari member2 dari utara, gua tak tau kebenarannya... tapi boleh la buat santai jiwa...
Kisahnya...., baru-baru ini Lim Guan Eng (KM Penang) turun padang bertemu rakyat. Dalam ucapannya, dia kata dia nak jadi macam khalifah Umar Abdul Aziz.
Seorang AJK Dewan Ulama' yang turut hadir berkata (dalam hati), "Paklong ni dia hanya pandai sebut Umar Abd Aziz. Dia bukan tau siapa dia Umar sebenarnya. Dia pakai sebut ja kot..."

Zaid dahului Azmin, Mustaffa pengundian hari pertama

Datuk Zaid Ibrahim mendahului dua calon lain bagi jawatan timbalan presiden pada hari pertama pengundian pemilihan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di dua negeri hari ini.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Zaid, Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menguasai enam daripada sembilan cabang yang melangsungkan pengundian di bawah sistem pemilihan langsung yang julung kali diadakan selepas parti itu meminda perlembagaannya tahun lalu.

Friday, October 29, 2010

Zulkifli pembohong besar

Pemimpin Keadilan dan DAP menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu bahawa mereka mengadakan pakatan rahsia dengan mengetepikan PAS bagi menjamin dominasi kepimpinan Cina jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.
Sebaliknya kepimpinan kedua-dua parti itu membidas Zulkifli Noordin, yang keluar keadilan awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk 'berkhidmat' kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

Bila SPRM nak soalsiasat Ketua Hakim Negara?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sebanyak 20 kertas siasatan dan penyiasatan serta lima kertas pemeriksaan dan perundingan, hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan tahun lepas. Berita [di sini]

Rakyat ingin tahu apa jadi dengan laporan Ketua Audit Negara 2008 yang menunjukkan projek landasan berkembar elektrik antara Rawang dan Ipoh yang panjangnya 179km melibatkan kos lebihan besar lebih daripada RM1.43 billion.

Ketua Hakim Negara Zaki Azmi ialah pengerusi dan pemegang saham terbesar dalam Emrail Sdn Bhd, salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut. Sama ada beliau akan disoalsiasat, masih kekal sebagai tanda soal.

Thursday, October 28, 2010

Siapa Apek P.Ramlee tahun 2010

Tak sangka pulak aksi komedi dan ucapan dalam filem hitam putih ‘Madu Tiga’ arahan dan lakonan P.Ramlee wujud dizaman kini, di alaf millennium ini. Ketika Ramlee lari dihambat madunya dengan kereta spot merah Sunbeam, seorang apek yang ingin membunuh diri terjun dari pokok dan jatuh atas kereta yang dipandu P.Ramlee. kata-kata yang diucapkan apek tua itu dan diikuti orang ramai ialah “"Hilup susah matipun susah...hilup jalan sinang-sinang...mati pegang bendela......."

Seorang tokoh Umno Kelantan bakal tinggalkan parti akhir bulan ini?

NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alis pelolongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.
Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur. Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.

Wednesday, October 27, 2010

Lawak-Lawak Samy Vellu


Jadi Samy akan 'padam' tak lama lagi. Jadi sempena padamnya kita lihat kata-kata yang tersohor yang pernah diucapkannya.

1. Samy Velu Berkata Tentang Pos Laju;
"Besoh kirim, hari ini juga sampai "
2. Di TV yang dia berkata dia malu;
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"
3. Samy berkata dalam ceramah;
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini"
Lantas seseorang bertanya,
"Datuk,sini takde sungai, buat apa bina jambatan?
dan Samy dengan bangga membalas ,
"Kalao takde sungai,kita bina sungai"

Galas : Pas mendahului 317 undi?

Macam dalam dunia persilaatan, apabila tok guru silat gagal mengalahkan lawannya, beliau akan melatih anak muridnya pula untuk bertarung. Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad pernah mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.

Tuesday, October 26, 2010

RTM buka ruang liputan siar berita pembangkang - Rais

 Bermula Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kempen dan aktiviti pembangkang akan diberi liputan dan disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Menyedari mengenai pemikiran baik daripada pembangkang, beliau berkata, pihaknya memutuskan memberi ruang tersebut tetapi berita yang dikeluarkan perlu berkaitan masyarakat majmuk dan isu-isu nasional yang mampu menjana kebaikan bersama.

Tindakan Ku Li jadi tanda tanya

Tindakan Pengarah Pilihan raya Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak turut serta masuk ke pusat pusat penamaan menimbulkan tanda tanya.
Bagi Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, beliau mengharap ianya satu signal positif dan akan memberi kelebihan kepada calon PAS, Dr ulkefli Mohamad.
Bagi Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapha Mohamed pula, beliau menjelaskan tindakan Ahli parlimen Gua Musang itu kerana beliau lebih selesa bersama rakyat.

Walaupun proses penamaan calon belum selesai, namun difahamkan Ku Li dan Datuk Ahmad Shabery Cheek telah beredar kira-kira jam 10.00 pagi.

John Howard Pula Dibaling Dengan Kasut


Bekas Perdana Menteri Australia, John Howard telah menrima hadiah istimewa sewaktu ditemuramah di dalam sebuah program televisyen popular "ABC's Q and A".
Seorang lelaki tiba-tiba muncul dari celah penonton, kemudian melontarkan but yang dipakainya sambil berkata: "Ini untuk kematian rakyat di Iraq!"
Sejurus kemudian seorang penonton wanita pula berkata: "Tangan kamu penuh dengan darah mangsa pembunuhan!" sebelum wanita itu keluar dan meninggalkan majlis berkenaan.

Sabah negeri termiskin, BN patut malu, kata PAS

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

Monday, October 25, 2010

Batu Sapi: BN Terima Tamparan Hebat. Majlis Pengumuman Calon Dipulau.

mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka - Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini.
Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan.

Adik Ipar Tony Blair Peluk Islam

Oleh: bumirel

"Puan Lauren Booth saudara ipar kepada Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain telah memeluk agama Islam selepas enam minggu melawat makam Fatima al-Masumeh di bandar raya Qom Iran.
Beliau yang juga merupakan rakan kepada Yvone Ridley bekas wartawan yang ditahan kumpulan Taliban, kemudian memeluk Islam enam tahun lalu.
Menurut berita yg dilapurkan oleh Dailymail U/Kingdom semalam 24hb.10 bahawa Lauren Booth memeluk Islam setelah tinggal sementara di Iran.

Zahid...anda lupa satu nama lagi...!

Oleh tokpepijat
Perhimpunan UMNO kali ini mencatatkan beberapa perkara menarik. Antaranya solat Jumaat di PWTC Begitu juga isi khutbah oleh mantan bos KAGAT Jamil Khir Baharom bertajuk Perjanjian Hudaibiyyah.Akhir sekali ucapan penggulungan oleh Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi tentang 6 golongan yang terdapat dalam UMNO. Antaranya Abu Bakar. Bagi Zahid, sifat Abu Bakar adalah yang didambakan oleh UMNO.

Sunday, October 24, 2010

Gendang Pilihan Raya Umum Mula Dipalu

BAHANG pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) semakin terasa. Gendangnya mula dipalu di Perhimpunan Agung Umno ke-61 walaupun belum benar-benar deras. Kehangatannya mulai membakar khususnya ahli-ahli Umno apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak melabuhkan tirai Perhimpunan Agung dengan peringatan kepada semua Badan Perhubungan Negeri di seluruh negara bahawa beliau bersama Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin akan menemui rakyat mulai tahun depan.

Pemimpin BN hidup menyusahkan rakyat bila mati pun menyusahkan rakyat

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan berdasarkan buku belanjawan negera terdapat satu projek baru yang dipanggil sebagai 'pusara negara'.
“ada projek baru yang Ada projek baru namanya pusara negara, berapa lubang kubur (ada) 500 lubang kubur, 250 lubang kubur untuk VIP Islam dan 250 lubang kubur untuk VIP bukan Islam,”katanya ketika menyampaikan ceramah mpena sambutan Kelantan Membangun Bersama Islam di sini semalam.

Search This Blog