Saturday, May 30, 2009

Had 10 subjek SPM - Muhyiddin cipta rekod jadi Menteri Pelajaran paling BODOH da

Artikel Oleh Salmah UMNO

Belum ada negara yang hadkan ruang kepintaran rakyatnya selain Malaysia Boleh. Ambil lebih dari 10 perkara dalam SPM sudah biasa di Malaysia dan terbukti memberi ruang kehebatan minda rakyat yang creative.

Seperti biasa, apabila seorang menteri baru dilantik, dia cuba buat perubahan untuk tayang kehebatannya. TS Muhyiddin berjaya mencipta sejarah sebagai Menteri Pelajaran paling jumud dan bodoh dalam dunia.

Kerajaan diminta mengkaji semula keputusan mengehadkan setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakahdaily sebentar tadi mengulas isu tersebut.

Beliau mengharapkan kerajaan terutamanya Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula kesan negatif terhadap keputusan itu.

"Pertamanya mengapa perlu kita menghalang kecemerlangan pelajar dengan hanya isu remeh iaitu persoalan biasiswa, berapa kerat sangat mereka yang ambil subjek sehingga 20, dan berapa ramai sangat yang daoat 20, tahun ini hanya Nik Nurmadihah seorang sahaja yang dapat 20 A," katanya.

Keputusan kerajaan ini lebih dilihat bersifat meminggirkan sekolah agama yang kebanyakan pelajarnya akan mengambil lebih 10 mata pelajaran, katanya.

"Ramai pelajar sekolah agama yang mengambil lebih 10 mata pelajaran kerana subjek teras dan subjek elektif (agama) yang mesti mereka ambil menghampiri jumlah 10, dan untuk membuka peluang mereka menerokai kerjaya lain selain dari bidang agama, mereka perlu mengambil subjek elektif lain seperti Fizik, Kimia dan sebagainya," katanya.

Sudah terbukti, pelajar-pelajar keluaran sekolah agama berjaya mendapatkan keputusan yang baik walaupun mengambil lebih 10 subjek, katanya.

"Saya bimbang pertimbangan ini hanya kerana masalah biasiswa dan lebih parah lagi jika ada muslihat politik sebaliknya.

"Kita lihat sahaja keputusan kerajaan menarik kembali bantuan perkapita SAR ketika kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, akhirnya hanya kerana alasan SAR sarang pembangkang, ini satu helah yang kita akan lihat selepas ini buktinya, ini persepsi yang tak dapat dihalang," ujar Mahfuz.

Justeru beliau mendesak kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut demi masa depan dan kecemerlangan pelajar.

Muhyiddin dalam satu kenyataanya hari ini berkata, beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

"Ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek di Nilai hari ini, lapor Bernama.

Muhyidin, yang juga menteri pelajaran berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Friday, May 29, 2009

Kegagalan Mahkamah Rayuan Kemuka Ulasan Bertulis Bukti Konspirasi Badan Kehakiman

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kegagalan tiga hakim Mahkamah Rayuan sehingga kini untuk mengemukakan ulasan bertulis berhubung keputusan yang dicapai mereka 22 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai penyandang jawatan yang sah membuktikan konspirasi dalam badan kehakiman menafikan hak beliau.

Berucap pada majlis penutup program puasa sunat dan mogok lapar di Pejabat PAS Negeri Perak di Ipoh yang berakhir petang semalam beliau bagaimanapun yakin keadilan di cari akan didapat diperolehi di Mahkamah Persekutuan nanti apabila rayuan dibuat.

"Kita tidak mahu berpegang kepada kuasa yang diberikan mahkamah namun kita ke istana untuk mohon bubarkankan. Begitu juga sila Zambry ke Istana jumpa Tuanku untuk bubar DUN.

"Dalam tempoh sekarang, akhir-akhir ini dengan karenah UMNO dan BN saya pun jadi marah, sampai mengigau saya marahkan kepada Speaker (Haram) Ganesan dalam tidur," kata beliau secara berseloroh.

Datuk Seri Nizar berkata rakan sejawatnya dari Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isteri turut meraikan mereka yang berpuasa malah seluruh rakyat Pulau Pinang menyokong perjuangan Pakatan Pakyat di Perak.

Beliau juga mengumumkan Ketua Menteri itu akan melakukan perubahan kepada Jalan Tun Perak di Pulau Pinang sebagai peringatan untuk mengabdikan perjuanganrakyat di Perak.

"Sebelum ini rakyat tidak merasa kehidupan rakyat pelbagai bangsa berlaku di Perak tetapi setelah kita memerintah Perak, ini yang UMNO cukup cemburu.

"Saya teringat sebelum ini saya dapati Dato' Ngeh cakap Bahasa Melayu pun tidak lancar, selepas bersama kita dalam Pakatan Rakyat dibuktikan malam ini dia bercakap dengan baik, kalau puluh tahun akan datang dia akan boleh hafal Quran dan hadis," kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sambil tersenyum.

Menteri Besar juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan dakyah Umno dan Barisan Nasional yang mengaitkan DAP dengan fahaman komunis.

"Kita kena berjaga-jaga dengan tohmahan DAP sebagai komunis, jangan termakan tohmahan ini. Kita ada prinsip dalam Pakatan Rakyat" ini.

"Mudah-mudahan untuk menuntut pembubaran DUN Perak merebak ke seluruh dunia sehingga kepada pelajar-pelajar kita di Timur Tengah menghantar memorandum supaya dibubarkanDUN.

"Semua pihak bersetuju, yang tidak setuju cuma UMNO kerana mereka tahu mereka akan kalah teruk," tegas beliau kepada hadirin.

Thursday, May 28, 2009

Pedih ketika ditendang perikatan masih terasa - Tok Guru Nik Aziz

Menurut beliau, Umno kini bukan lagi sebuah parti politik melainkan sekadar sebuah gerombolan yang berbentuk pemikiran.

Menteri besar Kelantan itu turut menegaskan PAS tidak akan mengadakan kerjasama dengan Umno kecuali parti itu menukar dasar perjuangan atau menerima Islam yang ingin dibawa oleh PAS.

"Kita bersedia untuk mengadakan muqabalah dengan sesiapa sahaja tetapi mesti bersama-sama Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa peranan ulama PAS tidak terhad untuk menguruskan masalah dan urusan di Malaysia semata-mata sebaliknya dunia secara keseluruhannya.

"Jika tiada Dewan Ulama PAS, maka Islam akan lenyap di Malaysia," demikian kesimpulan
MURSYIDUL Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan ahli-ahli PAS agar meneliti semula sejarah ketika Umno menyingkirkan parti itu daripada Perikatan, lapor Intan Abdullah.

"Mungkin saudara-saudara tidak ada pada masa Peristiwa 13 Mei dan sewaktu Umno menendang kami (PAS) keluar daripada parti Perikatan, masih terasa sakitnya, pedih dan parutnya masih lagi ada," ujarnya kepada lebih 500 peserta yang hadir di Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, dekat sini pada 23 Mei lalu.

dibuat Tok Guru Nik Aziz setelah mengimbas saat penubuhan PAS serta peranan yang dimainkan dalam membantu menyuarakan pandangan berhubung isu-isu yang membabitkan agama di negara.

Beliau mendoakan agar ulama PAS terus gagah dan unggul untuk memimpin Malaysia pada masa akan datang.

Tok Guru Nik Aziz juga turut menyuarakan cadangan agar ulama mengadakan pertemuan secara kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS dalam memberikan kefahaman mengenai agama Islam kepada mereka.

"Saya mencadangkan agar dibuat pertemuan kecil-kecilan dengan Kelab Penyokong PAS untuk memberikan kefahaman tentang Islam tetapi jangan memburuk-burukkan agama mereka. Sampaikan dengan cara hikmah sebagaimana yang diajar Rasulullah kepada kita," ujarnya

HUKUM ORANG KAFIR BACA QURAN

oleh: Ust Abdul Ghani Shamsudin


Baru-baru ini ada kalangan dan individu tertentu membuat laporan polis kerana ada pemimpin Tionghoa berceramah dengan membaca ayat al-Quran untuk menguatkan hujah dalam ceramahnya. Masalahnya bolehkah orang kafir membaca ayat al-Quran untuk menguatkan hujah? Adakah pembacaan mereka dengan niat seperti di atas merupakan penghinaan kepada al-Quran dan menjatuhkan martabat Islam?

Musafir Kelana,
Kuala Lumpur
============ ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========= ========
Jawapan:

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Nahli ayat 44 bermaksud:
"Maka Kami turunkan kepadamu al-Zikr (al-Quran) ini, untuk engkau menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; moga-moga mereka berfikir."

Ayat ini menerangkan bayawa al-Quran dan isinya mesti disampaikan kepada seluruh manusia; justeru motif penurunan al-Quran ialah untuk dakwah dan mengajak orang ramai ikut menganut ajaran, hukum hakam dan nilai-nilainya.

Sebab itu Rasulullah S.A.W menukilkan beberapa ayat daripada al-Quran dalam suratnya kepada para pemimpin orang kafir sama ada pemimpin orang Rom mahupun Habsyah.

Dalam utusan baginda kepada Najasyi, antara lain baginda menjelaskan:
"Saya mengajak anda agar menerima seruan Allah justeru saya adalah Rasulullah. Oleh itu masuklah saudara dalam Islam nescaya anda akan sejahtera. (Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 64:) "Wahai Ahli Kitab, marilah kita menuju kepada satu Kalimah yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah selain Allah, dan kita tidak mempersekutukan- Nya dengan sesuatu pun; dan bahawa kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam."

"Jika saudara enggan maka saudara akan memikul dosan Nasraninya kaum saudara." Ayat yang sama disisipkan dalam utusan baginda kepada Hercules Raja Rom, dan Muqauqis Raja kaum Qibthi.

Utuan baginda kepada Raja Parsi pula antara lain berbunyi: "Saya mengajak anda dengan ajakan Allah; bahawa saya adalah Rasulullah kepada manusia sejagat untuk memberi peringatan kepada:" Siapa yang hidup jiwanya dan agar ketetapan azab terhadap orang-orang yang kafir menjadi satu kepastian. (Maksud sebahagian Surah Yasin ayat 70."Oleh itu masuklah dalam agama Islam, anda pasti sejahtera. Tapi kalau saudara enggan maka saudara akan memikul dosa majusinya (kaum) saudara."

Bingkisan Rasulullah kepada Hercules dan lain-lain adalah sesuatu yang tersurat dalam lipatan sejarah Islam. Sirah Rasul dan riwayat hadith seperti ini dijadikan dalil oleh segolongan ulama untuk mrmbolehkan orang yang junub membaca al-Quran. Ini kerana sudah barang tentu orang-orang kafir tidak selamat daripada janabah, meskipun demikian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tetap juga menulis surat kepada mereka; dengan menampilkan ayat-ayat tersebut untuk mereka dapat membacanya.

Menurut Dr Ahmad Salim dalam buku beliau 'Faidhu al Rahman Fi al-Ahkam al-Fiqhiyah al-Khassah Bi al-Quran', terdapat dua pendapat dalam perkara ini:

Pendapat pertama: Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub. Ini adalah mazhab Hambali

Pendapat kedua: Harus bagi orang kafir membaca al-Quran kerana dia belum percaya kepada kehormatannya. Ini adalah mazhab Syafie.

Pengarang kitab 'Hasyiah al-Bujairimi' mensyaratkan supaya orang kafir tersebut diharap untuk masuk Islam.

Apabila dirujuk pula kitab-kitab utama dalam mazhab Syafie kita menemui hakikat berikut:
Imam Ramli dalam kitabnya 'ihaayatu al Muhtaj' berkata:"Orang kafir tidak ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya."

Pengarang kitab 'Mughni al-Muhtaj', Imam Muhammad as-Syarbini menegaskan bahawa: "Perkara kedua dilarang bagi orang berjunub adalah membaca al-Quran bagi orang Muslim. Adapun orang kafir tidak ditegah membaca kerana dia tidak percaya kepada kehormatannya seperti yang disebut oleh al-Mawardi."

Al-Bujairimi berkata dalam kitabnya: "Tidak ditegah orang kafir berjunub untuk duduk di masjid dan membaca al-Quran. Adapun orang kafir yang berhaid dan bernifas dilarang membaca Quran dan duduk di masjid."

Kalau kita mama-amati, sebab kenapa tidak ditegah orang kafir yang berjunub membaca al-Quran dan duduk di masjid adalah kerana mereka belum beriman atau percaya kepada kehormatan masjid dan al-Quran. Pengharusan orang kafir berbuat demikian adalah berdasarkan hadith; yang mana Nabi S.A.W pernah menahan orang-orang musyrikin di dalam masjid.

Sayidina Umar ibnul Khattab pernah merampas al-Quran daripada saudara perempuannya ketika beliau masih belum beriman. Kemudian beliau terbaca ayat-ayat al-Quran dalam Surah Toha semasa beliau masih kafir. Oleh kerana kesan ayat itu begitu tepat menerjah dalam lubuk hatinya beliau lantas sedar dan insaf sehingga akhirnya beliau memeluk agama Islam.

Maharaja Najasyi pemerintah Kristian dari Habsyah membaca Surah Maryam yang akhirnya beliau beriman kepada Allah. Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa dalam Sirah Nabawi yang menunjukkan betapa ramai golongan buka Islam setelah mereka membaca atau mendengar ayat al-Quran dalam keadaan mereka masih kafir!

Berdasarkan kepada keterangan di atas maka kita dapat mengatakan bahawa tindakan penceramah Tionghoa berkenaan tidaklah salah atau menghina al-Quran, sebaliknya sebagai tanda penghormatan beliau kepada Quran sebagai kitab suci. Bahkan itu juga menunjukkan kesediaan beliau untuk bersandarkan kepada saranan-saranan lohor yang terdapat dalam al-Quran.

Lebih jauh perbuatan yang demikian akan memasyhurkan lagi ajaran al-Quran untuk dibaca oleh khalayak kaumnya yang masih belum beriman dan tidak pernah mendengar ajaran seperti itu daripada pemimpin Melayu berfaham asabiah.

Kita berharap agar suatu masa nanti hati orang yang dengan rela hati membaca ayat al-Quran ini akan dibuka oleh Allah untuk menerima hidayah Allah dan mereka menjadi pengamal nilai dan ajaran Islam seperti yang terkandung di dalam al-Quran.

SPR tentukan tarikh pilihan raya kecil Manek Urai hari ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini menentukan tarikh pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

SPR akan mengumumkan tarikh menjelang tengah hari ini.

Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Ismail Yaacob Jumaat lalu.

Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timblan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut terdiri daripada DUN Dabong, Guchil serta Mengkebang.

ADUN Bebas Di Perak Terima RM3 Juta Daripada Najib?

Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.



Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.

"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

"Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.

Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong.

Tindakan mereka bertiga telah mencetuskan kemelut politik terburuk dalam sejarah moden negeri Perak yang masih berterusan sehingga kini.

Jamaluddin, Mohd Osman dan tiga orang lagi di dakwa secara perseorangan atau bersama berhubung 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek perumahan seluas 36 hektar berharga RM180 juta di bandar Sri Iskandar.

Tiga tertuduh yang lain ialah Ketua PKR Bahagian Parit dan bekas ADUN Bota Usaili Alias, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Ruslan Sahat.

Kelima-lima tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin.

Lima daripada tuduhan tersebut membabitkan rasuah antara RM400 dan RM10,000, dan tuntutan saguhati seks melalui seorang bernama Mohamad Imran Abdullah, sebagai habuan meluluskan sebuah projek bangunan di Sri Iskandar.

Dua tuduhan lagi bersabit dakwaan menerima rasuah RM2,000 dan tuntutan saguhati seks melalui Mohamad Imran sementara Ruslan dituduh bersabit tujuh kes rasuah melibatkan wang dan seks.

Kesemua kesalahan itu di dakwa berlaku pada 14 Ogos tahun lalu di Apartmen Sri Sayang Apartment dui Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Pada kempen pilihan raya kecil Penanti di Kubang Ulu semalam Speaker V. Sivakumar menimbulkan kemusykilan berhubung kelewatan mendengar kes kelima-lima tertuduh sejak kes disebut pada September 2008.

Beliau juga secara sinis menyentuh kes sivil yang difailkan oleh beliau dan juga Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang cepat didengar oleh mahkamah.

"Mengapa berhubung kes kami amat cepat macam keretapi ekspres tetapi kes rasuah membabitkan dua exco tersebut masih belum lagi didengar sehingga sekarang?

"Kes mereka disebut tahun lepas, lama sebelum kami memfailkan kes kami. Ini sungguh aneh," tanya Sivakumar dihadapan lebih 1,000 penduduk.

Wednesday, May 27, 2009

NH Chan: Mahkamah Rayuan Perlu Kemuka Penghakiman Bertulis

So then, how could the Court of Appeal overrule the judgment of the High Court when the higher court substantially agrees with the judgment of the High Court? The newspaper report is not very clear on this point as we are still unaware of the reason for overruling the judgment of the High Court judge.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah. Ini berbanding berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.

Dalam artikel beliau bertarikh 26 Mei hakim NH Chan menyatakan sekiranya Mahkamah Rayuan menolak hujah-hujah Mahkamah Tinggi maka ia perlulah mengemukakan alasan bagi tindaknya itu. Tanpa penghakiman bertulis keputusan mahkamah tersebut tetap akan dipersoalkan rakyat kata beliau.

BILA ZAHID TAK MUNCUL - HUSAM

Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.


Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.

Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.

Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan.

Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.

Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas
sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!

Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga emapat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.

Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul.

Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru.

isu komunis yang tiba-tiba muncul semula

Sekilas pandang, telah terbukti bahawa Rais Yatim (Menteri Penerangan Malaysia) nampaknya seperti buta sejarah (ataupun menilai sejarah dari satu sudut sahaja) dan mempunyai tahap akademik yang rendah walaupun beliau dikhabarkan mempunyai status PHD.

Saya berasa pelik bilamana isu komunis ini dibangkitkan semula dalam situasi Kerajaan Barisan Nasional telah kurang mendapat kepercayaan daripada sebilangan besar rakyat Malaysia. Namun setelah difikirkan kembali, sentimen anti komunis inilah yang akan menjadi satu pemangkin untuk mendapatkan sokongan rakyat (terutamanya bagi waris-waris anggota keselamatan Malaysia) untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan Barisan Nasional yang dilihat sedang berada dalam situasi “seperti telur dihujung tanduk”.

Didalam mana-mana peperangan, pastilah ada yang menjadi mangsa. Begitu jugalah apa yang berlaku di didalam negara. Jika kita ambil situasi “Perang Dunia Kedua” antara Britain dan Jerman, tentulah kita boleh lihat bagaimana tentera Jerman membunuh ramai rakyat Britain. Namun kini Britain dan Jerman telah bersahabat dibawah naungan Kesatuan Eropah. Oleh itu cuba kita bayangkan, adakah masih ada lagi rakyat Britain yang berdendam dengan rakyat Jerman?

Bagi kes diatas ianya melibatkan dua negara yang berlainan rakyat dan kewarganegaraan, namun bagi kes di Malaysia yang dimomokkan oleh Rais Yatim, Zahid Hamidi dan beberapa pihak lain, tentulah kita boleh merasakan bahawa ada sesuatu perkara lain yang sebenarnya cuba diterapkan sebagai satu pengalihan minda. Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan ramai lagi adalah warga Malaya (seterusnya secara otomatik berhak menjadi warga Malaysia atas dasar lahir di Malaysia sebelum Malaya merdeka). Oleh yang demikian perang saudara di Malaysia ini menyebabkan masih ada yang berdendam tidak berkesudahan.

Bukanlah tujuan saya menulis untuk menidakkan kekejaman Bintang Tiga ketika zaman dharurat, namun apa yang saya ingin tegaskan ialah sewajarnya bagi mana-mana ahli Bintang Tiga yang bersalah, perlulah kita bawa kehadapan Mahkamah Malaysia untuk dibicarakan atas dasar jenayah perangnya. Jika didapati dan dibuktikan bersalah, maka bolehlah mereka ini dihukum mengikut undang-undang di Malaysia. Secara tidak langsung dendam waris-waris anggota keselamatan Malaysia dahulu akan dapat dibalas.

Namun jika Kerajaan Barisan Nasional masih lagi bersandiwara dengan berselindung dibalik isu dendam waris-waris anggota keselamatan Malaysia, maka jangan terkejut bilamana satu masa nanti Barisan Nasional juga akan dilabelkan sebagai satu gabungan parti berfahaman komunis oleh rakyat Malaysia.

Satu persoalan yang ingin saya kemukakan disini hasil perbincangan dengan rakan-rakan adalah apakah agaknya perasaan waris-waris mangsa kekejaman PDRM dan anggota keselamatan Malaysia di Memali. Tentulah mereka juga berhak untuk berdendam dengan PDRM dan Kerajaan Malaysia (dibawah pimpinan Barisan Nasional) atas dasar jenayah perang yang dilakukan oleh PDRM bagi kes pembunuhan beramai-ramai di Memali. Adakah waris-waris anggota PDRM yang terlibat (yang meninggal dunia) ketika kejadian di Memali akan berdendam dengan penduduk Baling dan Memali?

Seingat saya sehingga kehari ini (setelah lebih 20 tahun), Kerajaan Malaysia masih lagi berlengah dalam urusan kehakiman yang berkait dengan isu Memali (rayuan demi rayuan kes telah tertunggak sejak sekian lama) dan keputusan Mahkamah Malaysia masih lagi tidak dapat diketahui.

Jika Rais Yatim, Zahid Hamidi dan Kerajaan Barisan Nasional mempunyai telur (maaf agak kurang sopan), apa kata kita selesaikan dahulu kes Memali yang telah tertunggak lebih 20 tahun ini. Selepas selesai, maka bolehlah Mahkamah kita bersidang untuk kes jenayah perang Bintang Tiga. Adakah anda dan wakil-wakil anda bersetuju?

ZAHID HAMIDI MEMANG PENGECUT ORANGNYA

misbahul munir

Malu orang Bagan Datoh, Ahli Parlimen yang jadi Menteri Pertahanan rupanya seorang yang pengecut. Tak berani berdebat dalam siri hujjah di TV9 malam ini. Seluruh rakyat Malaysia dihampakan oleh Zahid Hamidi. Husam Musa telahpun berada di Kuala Lumpur untuk berdebat dengannya, malangnya petang tadi pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.


Menurut Husam, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu, dan mencadangkan Ezam Mohd Noor sebagai penganti Zahid. Husam tidak bersetuju, hasratnya hanya ingin berdebat dengan Zahid yang sama-sama terlibat memimpin parti politik dan kerajaan. Tajuknya juga sangat sesuai dengan situasi politik wang yang sedang membudaya dalam UMNO dan kerajaan.

Zahid memang pengecut, bercakap di atas pentas memang nampak hebat tetapi jiwanya kecil dan lemah.

Saya teringat 10 tahun dulu ketika gelombang reformasi, Zahid merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, beliau bersama anggota EXCO pemuda UMNO cukup lantang menentang Dr. Mahathir. Setelah Anwar ditahan, beliau turut ditahan dibawah ISA di Sabah. Ketika beliau dalam tahanan, pemuda-pemuda UMNO sering berjumpa saya dan membeli Harakah dari saya untuk mendapatkan maklumat terkini isu-isu politik ketika itu. Hanya Harakah yang memberi liputan yang meluas dan benar terhadap gerakan reformasi ketika itu.

PAS Bg Datoh turut menganjurkan ceramah besar-besaran untuk mengulas isu ini. Ramai kalangan ahli-ahli UMNO yang menyokong Anwar hadir termasuk orang-orang kuat Zahid. Himpunan besar-besaran atas nama GERAK di Taman Melewar turut dihadiri oleh orang-orang kuat UMNO Bg. Datoh.

Setelah Zahid dibebaskan, beliau telah membuat kenyataan di hadapan Dr. Mahathir kononnya Anwarlah yang merancang untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Zahid tahu dia diperangkap oleh Dr. Mahathir, tetapi dasar pengecut, dia tidak berani menyatakan tentangan terbukanya kepada Mahathir. Dia gagal melalui ujian ISA, orang lain setelah keluar ISA lebih bersemangat lawan kerajaan, tetapi Zahid bertambah pengecut, kata orang Jawa "kucur'.

Saya ketika itu menjadi Ketua Pemuda PAS Bagan Datoh, dan masih berkhidtmat sebagai guru. Saya masih ingat ketika itu setelah Zahid dibebaskan, kawan-kawan saya dari UMNO melalui beberapa rakan yang sama mengajar di sekolah, menyatakan Zahid ingin sekali berjumpa dengan saya, tetapi tidak berani secara terang. Macam-macam cara cuba diatur untuk membolehkan berjumpa dengan saya.

Saya jadi hairan, hebat sangatkah saya sehingga Zahid terlalu ingin berjumpa dengan cara yang begitu strategik macam cerita James Bond. Setiap kali ura-ura nak berjumpa dengan Zahid, diaturlah berbagai strategi untuk bertemu dengannya supaya pertemuan tersebut tidak ada siapa yang tahu, saya pula menjadi rimas. Nak jumpa Zahid macam nak jumpa dengan perompak atau penyangak. Tetapi tak pernah terjadi perjumpaan tersebut. Saya berkali-kali dipesan jangan beritahu sesiapa, saya pegang sungguh pesanannya, memang tidak ada siapa yang tahu ketika itu.

Melihat kesungguhan Zahid, saya sendiri yang mengatur untuk bertemu di kediamannya di Kajang. Bukan susah sangat, saya bersama Muhaimin melalui Zaharuddin (ketika itu pemimpin mahasiswa yang rapat dengan Zahid) akhirnya dapat bertemu dengan beliau di rumahnya di Cauntry Hight, Kajang pada waktu tengah malam.

Tidak ada pun yang sangat penting rupanya, pertemuan hampir 2 jam di rumahnya. Zahid jamu kami dengan satay Kajang. Setelah kenyang makan satay, Zahid tak juga cerita apa maklumat penting yang hendak disampaikan sehingga ingin sangat berjumpa saya, hanya bersembang kosong sahaja.

Saya akhirnya yang berterus terang bertanya pendirian beliau yang sebenar, nak terus bersama dengan Anwar atau bagaimana. Jawapanya penuh dolak dalik, berkepul-kepul asap rokok gudang garam keluar dari mulut dan hidungnya, entah berapa batang yang dihisapnya, saya pun tak ingat. Beliau tetap tidak menyatakan pendirian yang sebenar.

Saya cabar dia samada bersama Anwar untuk lawan Mahathir atau bersama PAS. Contohi beberapa tokoh yang telah menyertai PAS seperti Kamaruddin Jaafar dan Datuk Dr. Hassan Ali. Macam-macam alasan diberi, antaranya terikat dengan perniagaan, kalau menyertai PAS atau Anwar, bila-bila masa akan diisytihar bangkrap, bangunan UMNO di Bg. Datoh banyak guna duit dia, hutang banyak lagi. Saya jawab mudah je, kalau Datuk masuk PAS, bangunan tersebut ahli-ahli PAS boleh tolong bayarkan, kemudian terpulang padanya nak jadikan apa bangunan tersebut. Zahid tersengih sahaja, mengisap asap rokok dalam-dalam kemudian menghembusnya puas-puas, begitulah setiap kali saya ajukan pertanyaan mengenai sikapnya yang sebenar.

Zahid juga ada menyebut dalam pertemuan itu, dia kata ada dua tokoh yang cukup dihormati yang dianggap tok gurunya iaitu Datuk Dr. Harun Din dan Ustaz Fadzil Noor. Saya segera mencelah, kalau dah anggap dua tokoh ini macam tok gurunya, tak ada sebab tak boleh bersama PAS, sedangkan dua tokoh ini pemimpin PAS dan ulama yang tersohor. Dia cuma menjawab Insya Allah berkali-kali.

Akhirnya dari pukul 11.00 hingga 1.00 pagi, Zahid tetap tidak pernah menyatakan pendirian yang jelas samada ingin terus bersama gerakan reformasi atau sebaliknya.

Dalam perjalanan pulang, saya dengan Muhaimin buat kesimpulan, bahawa Zahid orang yang tidak jelas pendirian bila berlaku kemelut seumpama ini, seorang yang penakut terhadap risiko perjuangan, seorang yang hanya menjaga kepentingan dirinya sendiri dari kepentingan rakyat dan perjuangan, seorang yang bergantung kepada kehebatan orang lain, kenaikan dalam politik kerana bergantung dengan Anwar, dia juga sangat kaya orangnya, siapa yang bagi peluang dia kaya ketika itu, Anwar juga orangnya. Apabila Anwar jatuh, dia tidak rela jatuh bersama Anwar, walaupun dia turut jatuh ketika itu di mana jawatan Ketua Pemuda UMNO terpaksa dilepaskan kepada timbalannya. Tetapi Zahid terus bergayut dengan orang lain sehingga dia dapat semula kedudukan politik yang cukup selesa sekarang, tetapi sayang, dia tetap menjadi orang pengecut.

Kalau tidak berani berdebat dengan Husam, saya cabar Zahid, jom kita berdua berdebat di Bg Datoh atas tajuk apa pun tak apa di Kg. Sg. Nipah Darat tempat kelahirannya atau di Sg. Tiang Darat tempat kelahiran saya. Tidak perlu siar dekat tv pun tak apa, panggil sahaja orang kampung di Bagan Datoh. Tak mahu wartawan tahu untuk buat ulasan, kita berdebat dalam bahasa Jawa. Amacam Zahid, setuju ke, kita berdebat?

Tuesday, May 26, 2009

Nasruddin Tantawi dipilih Ketua Pemuda PAS, lima tanding Naib Presiden

Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding.

Dengan ini, Ustaz Nasruddin Tantawi dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang sah manakala jawatan timbalannya disandang oleh Azman Safawi dan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Selain itu, calon-calon yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS ialah seramai lima orang iaitu Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Mujahid Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.

Haron Din syor PAS ubah sistem pemilihan elak ditembusi "musuh"

PAS yang melihat kedudukannya semkin bertapak dalam arena politik negara ini disaran agar mengubah sistem pemilihan bagi mengelak situasi "memenangkan musuh Islam."

Antara cadangan yang diutarakan ialah menerapkan kaedah pemilihan kepimpinan PAS berdasarkan pelantikan kepimpinan sebagaimana kitab feqah.

Ia antara syor dikemukakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din dalam satu kertas kerja dibentangkan pada seminar sempena sambutan 25 tahun kepimpinan ulama PAS dekat sini Sabtu lalu.

Kertas kerja itu bertajuk Memperkukuh Kepimpinan Ulama". Seminar itu diadakan secara tertutup.

Dalam kertas kerja itu yang diperoleh kemudian, beliau menekankan "pemimpin tertinggi mestilah daripada kalangan ulama."

"Dalam konteks ini perlu difikirkan manakah portfolio penting yang mesti dipegang oleh ulama," katanya.

Sehubungan itu jelas beliau, pengesahan atau kelulusan jawatan pemimpin juga harus dilakukan oleh ulama.

"Ini jelas melalui perbincangan syarat Ahlul Halli Wal Aqdi dan syarat Ahlul-Ikhtiar," katanya lagi.

PAS mengadakan pemilihan hujung minggu depan dan baru-baru ini wujud polemik peranan dan kedudukan pemimpin kalangan ulama dalam PAS.

Dalam konteks PAS, jelas beliau, perlu dibuat pembaharuan berhubung aspek calon-calon pemilihan PAS dan pengesahan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS yang dilantik dalam muktamar.

"Calon-calon pemilihan ini perlu disemak kelayakannya oleh Majlis Syura sebagaimana semakan calon pilihan raya.

"Calon-calon yang dilantik dalam muktamar hanya sah secara rasmi selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Majlis Syura," jelas beliau.

Beliau menambah, perlu diletakkan syarat mereka yang bertanding dalam pemilihan PAS berpandukan pada portfolio ditandingi.

"Kelayakan ini bukan direka oleh ulama atau Majlis Syura tetapi ia mestilah diadaptasikan daripada syarat kelayakan digariskan dalam kitab feqah supaya syarat kelayakan ini tidak dituduh bias kepada mana-mana pihak," katanya lagi.

Mengenai asas kepada pandangan itu, beliau berkata, sesiapa sahaja di kalangan ahli PAS layak bertanding di peringkat tertinggi sebagaimana digariskan oleh Perlembagaan.

"Ini menjadikan musuh dalam yang dirancang oleh musuh luaran berpeluang menduduki tampuk kepimpinan tertinggi parti.

"Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri.

"Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.

"Sehingga kini kita tidak mempunyai mekanisme khusus bagi dijadikan perisai menghadapi musuh kerana strategi ini dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam organisasi Islam di peringkat dunia," katanya lagi.

Monday, May 25, 2009

nizar-berjiwa rakyat


Kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan DS Nizar ( MB Halal ) menuju ke beberapa tempat Program dlm Parlimennya.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta DS Hj Nizar beliau meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan.

Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.



Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan. Begitu mudahnya jadi MB Halal, tak payah diiringi oleh Polis..boleh behenti dimana mana..hatta boleh makan cendol bawah pokok lagi...

sebaliknya MB (Haram) Zamry, tak berani berhenti tepi jln...lampu isyarat pun belah terus jer...sentiasa dikawal oleh 4,5 org polis berunifom tak termasuk yg berpakaian awam....fikir fikirlah...berani kerana benar ( halal )..takut kerana salah ( haram )


Nyawa Umno Berakhir Di Ubun - Ubun Najib ?

Di bawah kepimpinan Najib Tun Razak Umno khususnya dan Bn, amnya terlalu mengharapkan agar imej Umno/Bn dapat dipulihkan daripada sakit tenat sewaktu penghujung era kepimpinan di bawah Pak Lah. Ahli-ahli Umno terutamanya percaya bahawa Najib pasti mampu memimpin Umno paling kurang pun setara dengan kepimpinan ayahandanya Allahyarham Tun Razak. Harapan mereka begitu tinggi dan takdir telah menentukan bahawa Najib telah diberi peluang untuk merealisasikan hasrat ahli-ahli dan penyokong Umno/Bn. Kini, Najib awal mula pertama mula mengorak langkah memperkenalkan `Satu Malaysia' sepertimana juga `Islam Hadhari ' diperkenalkan pada awal kepimpinan Pak Lah dahulu.

Misi penting Najib sebaik sahaja mengambil tampuk kepimpinan parti dan negara adalah memainkan peranan di dalam `skandal rampasan kuasa' di Perak. Pelbagai `misteri ' telah berlaku di Perak bermula semenjak `ghaib'nya 2 Adun dari PKR beberapa hari atas alasan kononnya `sakit'. Drama kemasukan seorang Adun dari Umno ke dalam PKR dengan `menipu' rakyat Perak di dalam satu ceramahnya kononnya beliau tidak lagi percaya kepada Umno terutamanya di bawah kepimpinan Najib. Puluhan ribu rakyat Perak yang hadir di dalam ceramah tersebut bersyukur ke hadrat Illahi kerana `terbuka'nya hati Adun tersebut untuk bersama rakyat memperjuangkan keadilan. Namun, nikmat yang diberi oleh Allah kepada Adun tersebut tidak lama kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, melainkan dengan usaha dan kekuatan semangat orang itu sendiri. Adun tersebut memilih untuk terus senang bersama pemimpin yang berkuasa dan tidak sanggup susah untuk bersama rakyat. Beliau berpaling tadah, beliau mempersetankan janji-janjinya kepada rakyat. Begitu juga halnya yang berlaku terhadap seorang Adun dari DAP yang mempersembahkan `drama' yang berlainan. Beliau mempersia-siakan perjuangannya selama ini di dalam DAP serta mengecewakan puluhan ribu rakyat yang sentiasa sanggup susah bersamanya dahulu.

Semua kisah ini tidak berakhir setakat itu sahaja. Peristiwa Persidangan Dun di bawah pokok telah menjadi satu sejarah hitam demokrasi di Perak. Kemuncaknya, demokrasi di Perak punah ranah apabila Persidangan Dun yang terakhir diadakan menyaksikan Speaker Dewan telah dihina-sehinanya. Paling mendukacitakan apabila Raja Muda Perak terpaksa `menunggu' berjam-jam untuk menyampaikan titah kepada seluruh Adun akibat salah laku dan kesombongan mereka yang tamak kuasa ketika itu. Apabila Dewan dihina, Speaker dihina dan Raja Muda juga terhina oleh mereka sedemikian rupa, apakah yang ada lagi di bumi Perak sekarang ? Menyedari bahawa Dewan Undangan Negeri tidak lagi berupaya berfungsi untuk melaksanakan demokrasi, maka mahkamah adalah pilihan mereka. Apa yang berlaku di dewan kesemuanya dibawa ke mahkamah bukan kembali kepada rakyat yang menentukan keahlian mereka di dewan. Mahkamah di dunia tidak seperti mahkamah di akhirat kelak. Mahkamah di dunia sentiasa boleh dicabar dan tiada jaminan bahawa mahkamah itu akan berlaku adil atau pun tidak melakukan kesilapan.

Kisah tragis ini masih berterusan dan rakyat Perak semakin tertekan dengan lagak pemimpin mereka yang rakus. Suara rakyat Perak agar mereka diberi peluang untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku tidak diendahkan samasekali. Rakyat Perak mahukan mereka diberi peluang untuk menjadi penentu pemimpin dan kerajaan yang mereka mahukan. Mengapa begitu sukar untuk kembali kepada rakyat ? Ini semua pasti akan menerima pembalasan dari Allah yang Maha Esa.

Akibat dari perbuatan mereka, kini Umno/Bn mulai terhimpit dengan berbagai masalah dan `petaka'. Parti komponen mereka seringkali tidak sependapat dengan mereka bahkan kadangkala bersuara seperti pembangkang. Parti PPP kini menjadi duri dalam daging buat Umno. Kini, PPP punyai 2 Presiden yang telah `di pecat'. Masalah dalaman Umno di Terengganu amat kritikal dan menunggu masa untuk terkubur. Umno di Selangor, Kedah dan Terengganu khususnya semakin lumpuh, maka terpaksa diketuai oleh pemimpin ` import' bagi memulihkan semangat ahli Umno di negeri tersebut. Siapa boleh terbayang betapa Pengerusi Perhubungan Umno Kedah boleh dipegang oleh rakyat Sabah? Tidakkah Umno Kedah terasa malu? Dan, benarkah Umno sememangnya tidak tahu erti malu ?

`Petaka' buat Umno bertambah apabila lepas satu, satu pilihanraya kecil terpaksa mereka hadapi. Pilihanraya kecil yang lepas terlalu berat untuk Umno mengubati luka parahnya, kini terpaksa pula hadapi dua lagi pilihanraya kecil iaitu di Dun Penanti dan Manik Urai. Apalah malang nasib yang menimpa Najib selaku PM yang baru. Najib dilihat bukan mengubati luka lama yang melanda Umno sewaktu era Pak Lah, tetapi Najib telah menambahkan lagi luka buat Umno. Tanda-tanda bahawa Umno akan ditalkinkan semakin jelas dan kita akan menyaksikan nanti bahawa `nyawa' pada jasad Umno akan ditarik keluar melalui ` ubun-ubun' Najib. Selepas itu, Umno akan kekal sebagai bahan sejarah.

Pilihanraya (Kecil atau Umum) Bukan Satu Pembaziran

zaid ibrahim

Selepas majlis penamaan calon pilihanraya kecil Penanti selesai, saya terus ke sebuah kedai nasi kandar yang terletak di Seberang Prai. Di sana, saya sempat berbual dengan beberapa orang aktivis Pas dari Kelantan dan Selangor. Tanpa diduga, salah seorang daripada mereka mengistiharkan saya sebagai Melayu Terbilang. Saya fikir ada besar kemungkinan dia hanya bergurau.
Barangkali itu cara dia memberi penghormatan atau pujian. Cara dia berucap itu menampakkan keikhlasan namun gelaran itu membuat saya tidak senang duduk dan rasa serba salah. Tiada ada apa yang gemilang lagi terbilang tentang diri saya ini.

Menurut UMNO, gelaran itu telahpun diberikan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada bulan lepas. Sebelum Tan Sri Syed Mokhtar, kita rasa kagum dengan para Melayu lain yang juga terbilang seperti Tun Daim zainuddin, Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Halim saad, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, Tan Sri Abu Sahid (tuan punya Maju Holdings) dan termasuk beberapa orang lain yang dikenali sebagai Raja-Raja AP. Apa yang menyerlah tentang personaliti dan watak mereka yang terbilang ini ialah sifat mereka yang terlalu ‘low key’. Tidak banyak yang diketahui tentang sejarah hidup mereka. Malahan, berita mengenati bisnes mereka juga tidak banyak mendapat liputan kecuali apabila keadaan memaksa. Mereka ini seolah-olah malu untuk diketahui umum. Memang benar, terdapat juga jutawan dari negara-negara barat yang bersifat ‘recluse’ kerana tidak mahu kehidupan serta cerita kejayaan mereka diketahui umum, namun golongan ini tidaklah ramai. Di sana mereka lebih suka bercerita tentang kejayaan rakyat agar dapat dicontohi semua. Bill Gates, Richard Branson atau Warren Buffet adalah ikon mereka. Malah, saya begitu gemar membaca buku-buku yang ditulis oleh Richard Branson, yang menceritakan kejayaan beliau menjadi jutawaan terkemuka walaupun datang daripada sebuah keluarga miskin serta tidak mempunyai ijazah universiti. Alangkah baiknya jika terdapat buku-buku yang ditulis mengenai cerita kejayaan orang-orang Melayu terbilang? Analisis dibuat tentang bagaimana mereka berjaya dalam bisnes agar anak-anak Melayu dapat mempelajari teknik-teknik mencapai sukses dalam hidup.

Di Penanti juga saya agak kecewa bila bertemu dengan mereka-mereka yang masih lagi berpendirian bahawa pilihanraya kecil ini tidak perlu diadakan kerana membawa pembaziran. Saya berasa hairan bagaimana satu amalan demokrasi dianggap membazir. Wakil Rakyat Penanti sebelum ini, Fairuz telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Apapun sebab atau alasan yang diberi, hakikatnya dia telah meletakkan jawatan. Kita mungkin rasa marah kepadanya atau kepada partinya (PKR). Terpulang. Walaubagaimanapun, bila ada kekosongan kerusi, rakyat Penanti berhak mendapat seorang wakil rakyat yang baru. Rakyat Penanti menjadi perkiraan utama. Kerajaan pernah menyatakan bahawa ia tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil apabila seseorang wakil rakyat meletak jawatan dengan alasan mahu menjimatkan wang. Jika itu keputusannya, maka gubal undang-undang baru agar kekosongan itu diisi oleh wakil parti yang memenangi kerusi tersebut sebelum ini tanpa melalui proses pilihanraya kecil. Dia perlu berkhidmat sehingga tarikh pilihanraya umum yang akan datang. Ini sebenarnya telah diamalkan oleh sesetengah Negara. Saya rasa kita perlulah bersikap realistik. Kadang-kala ada wakil rakyat yang terpaksa meletakkan jawatan. Jika dia sudah tidak mahu lagi menjadi wakil rakyat (walaupun telah puas dipujuk). Maka, dia tidak lagi berupaya menjaga kepentingan rakyat di kawasannya. Yang rugi adalah rakyat. Oleh itu pilihanraya kecil wajar bagi mencari pengganti wakil rakyat seperti ini. Jika kita anggap pilihanraya kecil membawa pembaziran, saya pasti tidak lama lagi kita akan diberitahu bahawa pilihanraya umum itu juga membawa pembaziran.

12 tahun dahulu, kita telah melakukan satu perkara luar biasa dengan membuat pindaan Perlembagaan. Wakil Rakyat yang membuat keputusan meletak jawatan akan hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun. Ini sebenarnya adalah cukup untuk menjadi penghalang atau ‘deterrent’ kepada mereka yang mahu meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Tidak ada siapapun yang siuman mahu melepaskan jawatan dengan mudah selepas bersusah payah bertanding pilihanraya dan memenanginya.Kita harus lebih bersimpati kapada Fairuz dan orang-orang sepertinya. Dia memang berhasrat mahu menjadi Wakil Rakyat tetapi keadaan adalah sukar dan tanggungjawab terlalu berat untuk dipikul. Mungkin juga terdapat tekanan lain yang dihadapinya. Jika BN tidak mahu bertanding di Penanti, katakan sahaja. Tidak perlu mereka cerita karut seperti perlu ada undang-undang menyekat atau denda mereka yang meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.

Pada pendapat saya, jika Kerajaan mahu mengelak pembaziran, mereka lebih perlu membelanjakan wang rakyat secara berhemah. Mereka boleh mulakan proses ini dengan mengambil kira pandangan pegawai-pegawai JKR yang bertauliah lagi professional tentang kos atau harga kontrak projek yang sebenar.Bukanlah harga yang ditentukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Lagipun menurut blogger ‘ez42get’, negara telah mengalami kerugian lebih 100 billion ringgit sejak tahun 1980 kerana skandal dan pembaziran yang lain. Ini adalah lebih baik daripada menyalahkan seorang Wakil Rakyat yang terpaksa meletakkan jawatan dan membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan.

Mahkamah Rayuan Tidak Memperkasakan Demokrasi : Aziz Bari

Sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.

Profesor Aziz Bari berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.

Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Nizar Jamaluddin di Perak (2008).

Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).

“Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan,” tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa aneh mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.

“Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi”, ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.

Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. “Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan”.

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan.

Katanya, “Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya”. Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya.

Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. “Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya,” kata Aziz.

Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini.

“Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan”.

Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak.

“Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif,” ujarnya.

Najib harus hormati tatakrama politik dan doktrin pemisahan kuasa

Zambry dan presiden partinya, Najib Razak tidak harus lupa mengapa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan kempen dan kemudian menghadkan kuasa raja hampir tiga puluh tahun lalu.

Malangnya, umum masih belum mengetahui apakah teras penghujahan tiga hakim Mahkamah Rayuan Jumaat lalu. Mengapa dan bagaimana mereka membuat keputusan Sultan Perak memang berhak untuk melantik seorang Menteri Besar baru walaupun Menteri Besar sedia ada tidak atau belum meletak jawatan hanya akan diketahui apabila penghujahan bertulis mereka dikeluarkan.

Apapun jua sebagai hakim yang ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, keputusan sebulat suara mereka mesti dipatuhi dan semua pihak yang bertikai harus menunggu hingga minggu hadapan apabila ketiga-tiga mereka – Datuk Raus Sharif, Datuk Ahmad Maarof dan Datuk Zainon Ali -- mengeluarkan penghujahan bertulis masing-masing.

Prosedur ini perlu dipatuhi dan kajian yang ilmiah, teknikal dan saksama boleh dibuat oleh sesiapa yang berkepentingan selepas meneliti sandaran Perlembagaan Negara, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan proses keadilan yang digunapakai oleh ketiga-tiga hakim dalam membuat keputusan mereka.

Yang penting, Zambry Abdul Kader sudah mendapat sokongan sistem mahkamah untuk mengesahkan kedudukannya sebagai Menteri Besar. Ini kerana kedudukan Mahkamah Rayuan adalah lebih tinggi tarafnya dari Mahkamah Tinggi. Maka apa yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziz Rahim yang mengiktiraf Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah dimansuhkan oleh Mahkamah Rayuan.

Soalnya, bolehkah keputusan Mahkamah Rayuan ini dianggap penyelesaian mutlak kekusutan politik Perak? Sudah tentu di peringkat ini jawapannya tidak. Ini kerana Nizar Jamaluddin masih mempunyai pilihan untuk mengemukakan tuntutannya bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah pada Mahkamah Persekutuan. Soal bila dan sama ada beliau akan berjaya dalam tuntutan di mahkamah tertinggi Negara itu, adalah perkara kedua. Yang utama sekarang Zambry adalah Menteri Besar Perak.

Kedudukan Zambry sebagai Menteri Besar ini adalah bersandarkan keputusan Mahkamah Rayuan yang belum ada penghujahan bertulis. Sekalipun ada, yang agak merisaukan ialah, adakah di segi asas politik, dan neraca moral politik rakyat, kedudukan Zambry itu sah?

Berdasarkan keputusan pilihanraya umum 2008, Nizar dilantik Sultan dan direstui oleh rakyat untuk menjadi Menteri Besar. Namun pilihan rakyat ini dinafikan oleh dua Ahli Dewan Undangan Negeri yang berhijrah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sebenarnya, sokongan ketiga-tiga ADUN kepada Barisan Nasional (BN) ini belum diuji dan disahkan. Soal ini boleh diatasi oleh Zambry dengan mudah jika beliau tidak gopoh memanggil sidang DUN 7 Mei lalu. Seandainya beliau bersabar sehingga selepas 22 Mei lalu apabila Mahkamah Rayuan mengesahkan kedudukannya itu, sudah pasti agak mudah tiga ADUN bebas itu menyatakan sokongan mereka terhadap BN dalam undi tidak percaya terhadap Nizar.

Nasi sudah menjadi bubur. Rakyat dan dunia sudah tahu dan menyaksikan sendiri bagaimana Speaker V Sivakumar diarak keluar tanpa kerelaannya dari DUN dan digantikan oleh speaker pilihan BN, R Ganeson. Episod ini akan terus mekar dalam ingatan berjuta-juta rakyat bagaimana tidak demokratiknya tindakan Zambry merampas kuasa.

Sandaran bukti Zambry Menteri Besar Perak yang sah ialah keputusan Mahkamah. Bagaimana dengan keputusan rakyat, terutama pengundi Perak dalam mahkamah demokrasi dalam bentuk pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac tahun lalu? Adakah mereka setuju dengan keputusan tiga hakim itu?

Apabila ketiga-tiga hakim berkenaan berkeyakinan Sultan Perak mempunyai kuasa penuh dan boleh mengatasi keputusan Dewan Undangan Negeri yang telahpun ditentukan oleh rakyat siapa penjawatnya, adakah ini bermakna ia akan menjadi iktibar untuk mengatakan kuasa menentukan pemerintahan di Negara ini kini telah kembali ke tangan Raja-raja? Jika begitu, bagaimana dengan adat, doktrin pemisahan kuasa dan juga tatakrama demokrasi yang saling bertaut membina proses pemerintahan di negara ini?

Kuasa raja dan sultan adalah turun temurun. Kuasa rakyat ialah peti undi. Apabila keputusan Mahkmah Rayuan 22 Mei dijadikan asas undang-undang, adakah ini bermakna kini hanya Sultan yang berhak menentukan sesiapa sahaja yang dirasakan patut dilantik untuk mengetuai sesebuah kerajaan negeri? Tidakkah ruang kuasa Sultan selepas keputusan ini menyerupai pemerintahan sebuah negara monarki di mana Sultan mempunyai kuasa penuh menentukan siapa jadi Perdana Menteri atau Menteri Besar?

Kebijaksanaan Sultan tidak pernah dipertikaikan. Namun pada hakikatnya menurut konvensyen atau tatakrama sistem demokrasi Raja Berperlembagaan Malaysia, Sultan akan membuat keputusan menurut nasihat Ketua Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Dalam kes Perak, Menteri Besar telahpun menghadap sembah kepada Sultan minta dibubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi peluang kepada rakyat membuat pemilihan baru siapa dan parti apa yang wajar diberi mandat mentadbir negeri Perak. Ini kerana pada peringkat ini soal kekusutan politik itu memang semakin jelas – tindakan tiga ADUN keluar parti masing-masing merobah imbangan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Lantas imbangan baru itu perlu diuji secara matematik. Berapa sokong dan berapa yang tidak. Ini semua boleh dilakukan di dalam DUN. Ini memang cara politik. Bagaimanapun entah mengapa BN dan Zambry enggan berbuat demikian.

Adakah kemelut politik Perak ini sudah dan akan berakhir dengan keputusan Mahkmah Rayuan ini? Tentu jawapannya tidak. Nizar dan penyokongnya akan memulakan mogok lapar dan berpuasa mulai minggu depan. Betapa tegas dan kuat sekalipun Zambry berusaha untuk memerintah Perak, keabsahannya menjadi Menteri Besar hanya ditentukan oleh tiga orang hakim. Memang ini halal kerana ia menurut proses undang-undang. Bagaimanapun rakyat akan terus terkilan hak mereka untuk menentukan siapa yang patut diberi amanah memerintah negeri mereka masih terus dinafikan.

Zambry dan presiden partinya, Najib Razak tidak harus lupa mengapa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan kempen dan kemudian menghadkan kuasa raja hampir tiga puluh tahun lalu. Ini kerana beliau bimbang doktrin pemisahan kuasa bagi membina sebuah Negara Malaysia yang demokratik tidak dapat dikekalkan jika ruang kuasa raja mengatasi kuasa rakyat di parlimen atau dewan undangan negeri.

Hingga setakat ini Najib dan Zambry menang pusingan untuk mendapat kerusi Menteri Besar Perak. Bagaimana pula jika ada raja dan sultan yang berselera mahu menggunakan “kuasa yang baru diberikan oleh Mahkamah kepada mereka” ini untuk melantik hanya golongan yang bersaing dengan Barisan Nasional untuk memimpin negeri mereka? Janganlah menang sorak tetapi kampung tergadai. Adakah Najib ketika itu akan kembali ke mahkamah untuk menyelesaikan “kesukaran politik baru” itu? Tangani isu Perak dengan hemah dan bijaksana. Soal politik harus diselesaikan cara politik dan bukan oleh Mahkamah.

Sunday, May 24, 2009

Pas sedia serah jawatan MB pada bukan Melayu


NIK Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan sebahagian ahli Pas yang hadir pada sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Taman Melewar, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Mei – Pas sedia memberikan peluang kepada kaum selain Melayu untuk menjadi Menteri Besar di negeri yang dikuasai oleh parti itu dengan syarat mesti beragama Islam, warak, bertakwa, zuhud dan berpendidikan tinggi dalam agama.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, persoalan kaum tidak pernah menjadi ancaman kepada parti itu kerana agama mengajar kepentingan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan sesuatu kaum.

Menurut beliau, Allah tidak pernah mengiktiraf kemuliaan sesuatu kaum berdasarkan kulit atau kaum tetapi secara mutlak hanya memandang kepada ketakwaan yang mematuhi apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang-Nya.

“Pas mengamalkan ketuanan Islam dan bukannya ketuanan Melayu seperti yang diagungkan oleh UMNO,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markas Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan secara sinis berkata, gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya sudah lama diamalkan Pas, malah parti itu sanggup menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada kaum lain selain Melayu.

“Kita ada Islam For All, kita yang pertama jadi mana boleh UMNO mahu kita mengikut mereka yang bukannya pihak pertama membuat gagasan sebegitu. Adakah logik orang pertama kena ikut orang nombor dua,” katanya.

Sementara itu Nik Abdul Aziz memberitahu, Pas akan terus mempromosikan kepimpinan ulama di dalam parti itu yang dianggap telah berjaya mentadbir negeri Kelantan mengikut acuan yang dikehendaki Islam selama hampir 20 tahun.

Katanya, kerajaan negeri itu di bawah pimpinannya selama ini mempraktikkan Islam dari segi akidah, ibadat, ekonomi dan perjalanan politik sehingga berjaya menarik keyakinan rakyat terhadap parti itu sejak sekian lama.

“Sememangnya kami mahu mempromosikan kepimpinan ulama. Kepimpinan ulama di Kelantan selama ini telah membuktikan yang kita mampu mentadbir dengan baik.

“Menjelang pemilihan kali ini, Saya gembira apabila mendengar khabar ada antara Exco Kelantan yang dicalonkan bertanding,” katanya.

Nik Aziz tidak senang

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang tidak bermoral dan bertamadun kerana menguasai Perak melalui cara tidak terhormat.

Beliau turut menyifatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai 'Menteri Besar mahkamah' dan bukannya mewakili seluruh penduduk Perak.

"Kenapa pakatan pembangkang yang telah dipilih oleh rakyat secara sah melalui undi, tetapi dirampas oleh UMNO dan BN secara melarikan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyokong mereka," katanya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama di Markaz Tarbiyah Pas Pusat di Taman Melewar di sini hari ini.

Biar rakyat tentukan keadilan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, prosiding mahkamah yang dilalui Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) sekarang berhubung isu kerajaan negeri Perak sekadar mengikuti proses undang-undang semata-mata.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, keputusan muktamad sebenarnya adalah di tangan rakyat Perak kerana mereka yang berhak membuat pemilihan yang baru, sekali gus menamatkan krisis politik terburuk dilalui negeri tersebut.

“Kami memohon Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan untuk memenuhi kehendak rakyat. Kita tidak akan bergantung dengan keputusan mahkamah selain dari keputusan rakyat,” katanya pada sidang media selepas mahkamah ditangguhkan semalam.

Ditanya keyakinannya untuk menang, Nizar berkata: “Dari segi perundangan kita cukup yakin kerana kita sudah pun memenuhi kesemua kriteria yang dikehendaki oleh panel tiga hakim.”

Semalam, Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (BN) dan Nizar dibacakan jam 3.30 petang esok (hari ini).

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Raus Md Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Ahmad Maarop dan Hakim Datuk Zainun Ali menetapkan masa tersebut setelah selesai mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Zambry diwakili oleh peguamnya Datuk Cecil Abraham manakala Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah.

11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.

apa akan jadi kepada 3 katak di perak

Apakah agaknya yang akan dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap tiga orang 'Adun Lompat' di Perak itu? Persoalan ini didapati semakin hangat dibincang dan diperdebatkan di kalangan pegawai tinggi Umno/BN, di saat peristiwa rampasan kuasa di Perak itu terus menjadi topik utama di media-media utama di Malaysia yang mengaitkannya dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak

Pegawai-pegawai BN berkata, berdasarkan apa yang berlaku hari ini, apa yang difikirkan terbaik untuk dilakukan ialah membiarkan mahkamah memutuskan sama ada Dato' Seri Zamry Abdul Kadir atau Dato' Seri Nizar Jamaluddin menteri besar Perak yang sah, dan kemudian adakan usul undi tidak percaya kepada ahli politik PAS yang popular itu, dan kemudian terus memerintah Perak.

Akan tetapi sekiranya sentimen rakyat di negeri itu tidak dapat menerimanya meskipun ia telah diputuskan oleh mahkamah, dan sekiranya Sultan Perak mendapat tekanan daripada pembangkang, masyarakat awam serta sivil dan membubarkan dewan undangan negeri, maka karier politik 'Adun Lompat' berkaitan, yakni Hee Yit Fong (Jelapang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) akan segera berakhir.

The Malaysian Insider mendapati, beberapa orang pegawai kanan BN percaya bahawa salah satu cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak ini ialah dengan memujuk tiga orang 'Adun Lompat' ini supaya mengosongkan kerusi mereka dan kemudian mengadakan pilihan raya kecil di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.

Pihak yang menang akan mempunyai majoriti jelas di dalam dewan undangan negeri dan berupaya membentuk kerajaan negeri. Tambahan lagi, tindakan mengadakan pilihan raya kecil di tiga kawasan ini dikatakan akan dapat melunakkan hati rakyat Perak yang merasakan bahawa mereka mempunyai kata putus dalam hal tersebut selain dapat mengendurkan rasa marah mereka kepada Sultan Azlan Shah yang enggan menerima cadangan Nizar agar membubarkan dewan undangan negeri Februari lalu.

Dato' Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang pemimpin kanan BN telah diberi taklimat mengenai "pilihan terhad" ini tetapi terdapat bangkangan terhadap pilihan ini.

Seorang pegawai kanan parti yang terlibat dengan perbincangan tersebut memberitahu The Malaysian Insider: "terdapat pandangan bahawa sekiranya BN mengorbankan ketiga-tiga "Adun Lompat" itu, maka pada masa hadapan tidak akan ada lagi wakil rakyat yang ingin melompat parti dan menyertai BN. Kami yakin kami boleh menang di Changkat Jering dan Behrang kerana majoriti pengundi Melayu bersama kami. Akan tetapi persepsi bahawa kami memaksa tiga "Adun Lompat" itu bersara tidak baik bagi BN."

Tetapi beliau mengakui bahawa jika Sultan mengambil keputusan untuk membubarkan dewan undangan negeri dan meminta diadakan pilihan raya negeri, BN akan menghadapi dilema untuk meletakkan Hee, Osman dan Jamaluddin sebagai calon BN di kawasan terbabit.

Ketiga-tiga "Adun Lompat" ini juga dijangka akan kehilangann sokongan pengundi disebabkan tindakan mereka yang dilihat lebih kepada kepentingan peribadi, bukannya kerana perbezaan ideologi parti.

Meletakkan Osman dan Jamaluddin sebagai calon juga merupakan satu hal yang tidak kena kerana kedua-dua wakil rakyat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Jamaluddin memenangai kerusi Behrang pada 8 Mac 2008 dengan majoriti 1,027 undi sementara Osman memenangi kerusi Changkat Jering dengan majoriti 1,102 undi.

Namun, untuk menggugurkan ketiga-tiga "Adun Lompat" ini bererti BN menerima pendirian Pakatan Rakyat bahawa tindakan melompat parti merupakan sesuatu yang haram dan menyalahi perlembagaan.

Pegawai kanan parti itu selanjutnya berkata: "berdasarkan apa yang berlaku hari ini, pendirian BN ialah untuk membawa usul undi tidak percaya dalam dewan. Sebarang pilihan raya, sama ada terhad atau sebaliknya akan merumitkan BN."

Dan punca kerumitan itu ialah apakah yang perlu dilakukan kepada tiga orang "Adun Lompat" Hee, Osman dan Jamaluddin itu?

Search This Blog