Bijih besi tiba-tiba muncul di bumi Kedah dianggap  rezeki  rakyat negeri ini oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak  selepas  tiga tahun menerajui pemerintahan sebagai Menteri Besar.
Sumber  hasil bumi ini dipercayai terdapat di Daerah Kubang Pasu,  Pendang dan  Kuala Muda. Beliu berkata demikian kepada pihak media  selepas  mempengerusikan Mesyarat Mingguan Exco di sini.
Justeru itu negeri Kedah bakal memperolehi pendapatan baru hasil bumi yang akan memacu ekonomi Kedah mencecah jutaan ringgit. “Sumber   hasil bumi baru ditemui dikenal pasti ada di Daerah Kubang  Pasu,  Kuala Muda dan Pendang sejak tahun lepas. Mungkin ada juga dalam  daerah  lain di Kedah ini,” katanya.
Ada beberapa pihak yang datang  untuk  berunding dengan Kerajaan  Negeri menawarkan diri untuk   mengusahakan projek tersebut, katanya.
“Seperti biasa kita membuka tawaran kepada sesiapa sahaja dan tawaran dibuat menerusi tender terbuka,” ujarnya
Beliau  juga memberitahu Kerajaan Negeri akan meneliti sumbangan pihak   pengusaha atau syarikat berkenaan yang berminat dengan projek ini.
“Ini adalah proses biasa pihak yang menawarkan jumlah tertinggi mempunyai peluang besar memperolehi projek ini,” katanya.
Ini  tidak mustahil kerana pada zaman yang dikenali sebagai Kedah Tua   negeri ini muncul sebagai negeri pengeluar bijih terbesar peringkat   antarabangsa  menjadikan pelabuhan di kawasan Sungai Merbok sibuk dengan    ratusan kapal yang singgah setiap  hari.
Terdapat kesan jeti  sepanjang Sungai Merbok dan Sungai Batu  yang  menjadi bukti adanya  pengkalan tempat kapal-kapal berlabuh membeli bijih  besi keluaran lain  dari negeri Kedah.
Kajian itu juga telah menemui kilang melebur bijih besi di Jeniang yang beroperasi sebelum abad ke 4 masihi lagi.
Justeru  itu katanya,  tidak mustahil Kedah akan memasukki era baru  dalam  bidang ekonomi sebagai pengeluar bijih besi untuk pasaran  antarabangsa  terutama China.
Selain itu Kedah merancang untuk membangun Pulau  Bunting sebagai  pelabuhan dengan memohon kerajaan pusat menyambung  lebuhraya dan  landasan berkembar dari Pendang ke Pulau Bunting.
Kerajaan  Negeri bercadang membangunkan Pulau Bunting  sebagai  pelabuhan  berikutan di pulau tersebut sudah ada jambatan yang bernilai  RM10 juta.
“Jalan  keretapi berkembar akan  siap sepenuhnya pada tahun 2013 dan  kita mahu  produk dari China yang menjadi kegemaran rakyat Afrika dibawa  ke  Pelabuhan Pulau Bunting sebelum dihantar ke negara tersebut,”  katanya.
Ujarnya  lagi, keretapi ini difahamkan bertolak dari Ipoh ke Kunming,  China dan  Kedah akan merebut peluang dengan membangun Pulau Bunting  sebagai  pelabuhan ekoran China sekarang ini muncul sebagai pengeluar   produk  pelbagai guna. 
Kemunculan bijih besi anugerah untuk rakyat Kedah 
 
 
No comments:
Post a Comment