Thursday, March 12, 2009

Pertemuan PM-Anwar - Benarkah secara kebetulan?

Analisis Isu Oleh Tarabulsi_2008

"

 Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bertemu semalam, 10 Mac 2009 ketika menghadhiri majlis sambutan Maulidur Rasul di Madrasah Nurul Iman di Hulu Langat atas jemputan Ustaz Sheikh Mahmud Al-Mazjub. Maka tercetuslah bermacam spekulasi.

Pertemuan PM dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada bulan Mac ini, iaitu bulan Pak Lah kononnya akan melepaskan jawatan PM mahu tak mahu telah mengemparkan kawan dan juga lawan.



Spekulasi yang muncul sebelum ini telah dirujuk kembali. Buat kata beberapa orang kawan saya,”Nampaknya cerita-cerita yang kita dengar dua tiga tahun lalu bukan cerita-cerita kosong tapi mungkin ada kebenarannya. Faktor KJ..yes, kan kita dah kata dulu pasal KJ.

Apakah cerita-cerita lama tersebut? Apakah factor KJ – Khairy Jamaluddin - yang disebutkan itu?

Sementara itu kedua-duanya, Pak Lah dan Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan mereka di Hulu Langat semalam sebagai telah tidak dirancang dan berlaku secara kebetulan sahaja.

Tak dirancang? Mungkin. Tetapi ramai di kalangan kawan-kawan saya telah dengan pantas kaitkan dengan cerita-cerita lama yang mereka telah dengar. Kawan-kawan saya itu tidak mahu Najib Tun Razak menggantikan Pak Lah sebagai PM sebab Najib dan isterinya Rosmah disyakki mendalangi pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya. Najib dan Rosmah juga dikaitkan dengan salahguna kuasa serta rasuah dalam perolehan untuk Kementerian Pertahanan. Kawan-kawan saya yang tak mahu Najib jadi PM tersebut menaroh harapan pertemuan Hulu Langat antara Pak Lah dan Anwar Ibrahim sebenarnya bukan berlaku secara kebetulan tetapi telah dirancang. Mereka menaroh harapan Pak Lah akan bergabung dengan Anwar, iaitu suatu pergabungan politik di mana Pak Lah akan terus jadi PM dengan Anwar Ibrahim kembali ke pangkuan UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri – TPM.

Bila saya anggap mereka berangan-angan, kawan-kawan saya itu merujuk kepada cerita-cerita lama. Cerita-cerita lama ini seperti berikut.

Cerita lama ini berkisar pada Khairy Jamaluddin (KJ) dan Anwar Ibrahim. Ceritanya waktu KJ seorang pelajar di UK beliau penyokong Anwar dan Reformasi. Malah politik KJ yang memperalatkan isu perkauman dan ketuanan Melayu mirip politik Anwar Ibrahim waktu lampau. Kedua-duanya gunakan isu ketuanan Melayu untuk menjadi popular di kalangan orang Melayu.

Maka bila Pak Lah, bapa mertua KJ menyuruh KJ pergi menemui Anwar di Sungei Buloh sejurus sebelum Pak Lah mendalangi pembebasan Anwar melalui proses kehakiman, maka pertemuan KJ-Anwar itu telah mencetuskan bermacam spekulasi. Ada yang membuat rumusan kononnya Anwar akan dibawa kembali ke dalam UMNO dan kerajaan BN untuk memperkukuhkan kepimpinan Pak Lah. Menurut ceritanya, Pak Lah akan lantik Anwar Ibrahim sebagai TPM dan bila Anwar ambil alih nanti sebagai PM, Anwar akan lantik KJ sebagai ahli cabinetnya.

Setelah kekalahan BN di 5 buah negeri dan BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen dalam PRU ke-12 pada 8 Mac tahun lepas, Najib dan beberapa lagi faction dalam UMNO telah memulakan tekanan minta Pak Lah turun tahta. Akhirnya Pak Lah terpaksa mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan PM dalam bulan Mac 2009 ini.

Maka pertemuan di Hulu Langat antara Pak Lah dan Anwar dalam bulan Pak Lah kononnya akan melepaskan jawatan PM mahu tak mahu mencetuskan berbagai spekulasi menjurus kepada kemungkinan akan ada pergabungan politik antara Pak Lah dan Anwar.

Entahlah. Sama-sama kita tunggu dan lihat apa perkembangan yang bakal menyusul. Yang agak pasti waktu ini adalah rata-rata rakyat tidak mahu Najib ambil alih sebagai PM. Beginilah “mood” tidak mahu Najib di kalangan majority rakyat yang mungkin membuka ruang bagi Pak Lah dan Anwar Ibrahim untuk berkerjasama.

Ada sesetengah pihak yang menaroh harapan Anwar akan kembali ke pangkuan UMNO dan meninggalkan PKR kerana PKR semakin kelihatan dikuasai oleh bukan Islam dan berpotensi untuk menjadi parti mirip Parti Gerakan.

Jika pertemuan di Hulu Langat itu sebenarnya telah dirancangkan, maka siapakah yang merancangkannya. Khairy Jamaluddin? Mungkin.

No comments:

Search This Blog