Dalam  sebuah filem dokumentari terbitan BBC berjudul "The Power of  Nightmares" pejabat CIA secara terbuka mengakui bahawa Al-Qaeda  sebenarnya merupakan 'rekacipta'  yang tidak pernah ada kebenarannya. Pentadbiran George W Bush  memerlukan sebuah alasan yang logik sesuai dengan undang-undang sehingga  mereka mampu mencari kambing hitam 'the  bad guy of their choice' iaitu Undang-undang yang telah dijalankan,  dalam rangka melindungi kita dari demonstrasi dan "organisasi pengganas"  seperti mafia. Mereka membayar Jamal al Fadl ratusan ribu dolar supaya  mencipta 'story line' mengenai Al-Qaeda untuk pentadbiran Amerika  Syarikat.
"Al  Qaeda bukanlah sebuah organisasi. Al Qaeda sebenarnya merupakan sebuah  cara kerja ...tetapi hal tersebut mempunyai hallmark dalam  pendekatannya."
Dokumentari penuh The Power of Nightmare 
Al-Jazeera
Al-Jazeera  merupakan saluran berita Arab terbesar dan yang paling kontroversi di  Timur Tengah. Stesen TV itu menawarkan berita dari seluruh dunia selama  24 jam setiap harinya dan memusatkan pemberitaannya pada wilayah konflik  terpanas. Ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpusat di Qatar, jaringan  berita Al-Jazeera merupakan jaringan berita yang paling cepat berkembang  di antara komuniti Arab dan orang-orang yang bertutur dalam bahasa Arab  di seluruh dunia. 
|  | 
| Al-Jazeera dimiliki oleh Putera Alwaleed Talal, rakan kongki Rupert Murdoch (taikun Yahudi) | 
|  | 
| Putera Alwaleed (al-Jazeera) dan Rupert Murdoch (20th Century) | 
Ketahuilah  bahawa Al-Jazeera sebenarnya merupakan media propaganda utama untuk  kepentingan Amerika Syarikat dan keseluruhan rancangannya dilakukan di  Amerika Syarikat dengan kerjasama Allied Media Corp.  Setiap kali Al-Jazeera melaporkan berita terbaru sama ada melalui video  atau audio mengenai Al-Qaeda atau Osama yang mengancam keselamatan  Amerika Syarikat, ia sebenarnya telah dilakukan di studio Allied Media  Corp. Padahal dengan melakukan hal itu, secara tidak sengaja pentadbiran  Amerika Syarikat mengancam keselamatan rakyatnya sendiri. Studio-studio  Allied Media Corp membuat video dan audio tape untuk Presiden Bush  dalam rangka Amerika Syarikat untuk meneruskan Perang Menentang  Pengganas serta perang saraf menentang rakyatnya sendiri (anti-Zionis  dan pro-Kristian Katholik) selain negara-negara berdaulat lainnya di  dunia.
 
|  | 
| Hebat...Osama bin Laden juga sudah memakai 'dai' pada jambangnya. hehehe | 
George  W. Bush telah menggunakan Allied Media Corp dengan mencipta sebuah  video dan audio tape yang dilakonkan oleh seorang lelaki berpewatakan  seakan-akan Osama. Rata-rata video tersebut memperlihatkan bahawa Osama  serta al-Qaeda membuat ancaman untuk menyerang Amerika Syarikat. Ia  dilakukan oleh pentadbiran Bush sebagai dalam rangka mempengaruhi serta  memaksa Kongres untuk memberikan Bush kekuasaan diktator serta merampok  hak-hak sivil dan kemerdekaan rakyat Amerika.
|  | 
| Wajah-wajah presiden dan bekas presiden 'perang' Amerika Syarikat | 
Osama  tidak menyingkirkan kebebasan anda, Bush di White House-lah yang  melakukannya. Bin Laden tidak menyerang Amerika Syarikat pada 11  September 2001, kerajaan andalah yang melakukannya. Bin Laden tidak  membuat ekonomi Amerika Syarikat terjejas, kerajaan andalah yang  melakukannya. (Sejarah menunjukkan bahawa semua kerajaan besar runtuh  akibat pembiayaan yang sangat mahal dalam kampen yang agresif) Bin Laden  dan Saddam Hussein tidak membunuh lebih dari 1 juta orang  warganegaranya yang tidak bersalah, kerajaan andalah yang melakukannya  (Pertama dilakukan oleh pemerintahan Clinton, kemudian semasa  pemerintahan George W. Bush dan Dick Cheney dan sekarang ketika  pemerintahan Barack Obama. 
Kesimpulan
Al  Qaeda adalah sebuah organisasi ciptaan pemerintah Amerika Syarikat  sebagai sebahagian daripada 'pendekatan matlamat menghalalkan cara'  untuk menghapuskan umat Islam di sebelah Timur. Terorisme yang dicipta  adalah untuk tujuan sebuah agenda politik Amerika Syarikat semata-mata. 

 
 
1 comment:
Seperti juga kelentongan 9/11 di New York, burukan nama Islam macam di Malaysia ada juga penentangan terhadap jemaah Islamiah tapi secara licik dan bijak hingga rakyat tak nampak,macam kelicikan zionis !
Post a Comment