Adolf Hitler
Siapa  yang tidak mengenali Adolf Hitler. Biografi, filem-filem dokumentari,  buku-buku, bahkan filem-filem Hollywood pun banyak yang terinspirasi  oleh kisahnya. Diktator Nazi ini dikenali sebagai tokoh perkauman yang  menganggap bangsa Aryan (bangsa Jerman) sebagai bangsa yang paling  unggul.
Di samping kebanggaannya  terhadap bangsa Aryan (dimana Hittler mengaku sebagai bangsa Aryan),  Hitler sangat memandang renadah terhadap bangsa lain, khususnya Yahudi.  Hitler menunjukkan kebenciannya pada kaum Yahudi secara terang terangan  tanpa berselindung dari mata dunia.
Tindakan diskriminasi  sehinggakan pembunuhan untuk menghapuskan kaum Yahudi menular ke seluruh  Jerman. Kem kem khas ditubuhkan untuk memisahkan kaum Yahudi dengan  bangsa lain. Begitu mendalam sekali kebencian Hitler terhadap kaum  Yahudi.
Tetapi tahukah kita bahawa di  dalam darah Hitler adanya 'darah' Yahudi yang mengalir di dalam  badannya? Berdasarkan ujian DNA yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan  fakta yang mengejutkan, Hitler terbukti berketurunan Yahudi dan Afrika.
Marc Vermeeren
Jean-Paul Mulders
Wartawan, Jean-Paul Mulders  dan sejarawan, Marc Vermeeren yang menggunakan DNA untuk menjejak 39  waris Hitler awal tahun ini. Termasuk, seorang petani Austria yang  diketahui satu-satunya sepupu Hitler, Norbert H. Sampel DNA juga diambil  dari seorang warga Amerika Alexander Stuart-Houston, 61, cucu kepada  saudara Hitler.
Alexander Stuart-Houston bersama dengan Adolf Hitler
Alexander Stuart-Houston ketika remaja
Sebuah akhbar Belgium  melaporkan, sampel dari air liur yang diambil dari sampel saudara  maranya tersebut untuk menjejaki asal-usul darah Hitler. Kromosom yang  disebut Haplogroup E1b1b (Y-DNA) terdapat dalam sejumlah sampel itu, dan sangat jarang ditemui di Jerman, bahkan di Eropah Barat.
Taburan penduduk yang mempunyai darah 
Haplogroup E1b1b (Y-DNA)
"Ini biasanya ditemui di Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia juga diantara Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Vermeeren, seperti dimuat di laman Daily Mail, 23 Ogos 2010.
"Ini salah satu bukti bahawa Hitler sememangnya sebahagian daripada bangsa yang dia benci," tambah Mulders dalam Majalah Knack.
Haplogroup E1b1b1, yang  menyumbang sekitar 18-20 peratus daripada bangsa Ashkenazi - dan 8.6  peratus sampai 30 peratus daripada Sephardic-kromosom Y, nampaknya  menjadi salah satu nadi garis keturunan utama dari penduduk Yahudi.
Prof Ronny Decorte
"Ini adalah hasil yang  mengejutkan," kata Ronny Decorte, pakar genetik yang setuju bahawa  Hitler mungkin mempunyai asal usul dari Afrika Utara.
Majalah Knack mengatakan, DNA diuji dalam keadaan makmal yang rapi dan kawalan ketat untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Ini bukan kali pertama sejarawan yakin bahawa Hitler berketurunan Yahudi. Ayahnya, Alois, adalah anak kepada seorang perempuan yang tidak berkahwin Maria Schickelgruber .Alois adalah hasil hubungan emaknya dengan seorang lelaki Yahudi yang ketika itu berusia 19 tahun bernama Frankenberger.
Sebuah laporan menyebutkan, anak  saudara Hitler, Patrick pernah menghantar surat kepada ayah saudaranya  itu - amaran tentang isu sensitif soal darah campuran Alois Hitler.
Mengikut cerita yang tidak  sahih, Hitler mengarahkan orang kananya, Hans Frank untuk menyiasat  perkara tersebut. Oleh sebab tertekan selepas mengetahui asal usulnya  dari bangsa yang dibencinya, Hitler telah membunuh diri dengan menembak  kepalanya sendiri.
Gambar kematian yang digembar gemburkan
Ada sumber yang mengatakan Hitler meninggal di Argentina. Perancangan siapakah ini?


 
 
No comments:
Post a Comment