Thursday, March 5, 2009

SPRM Parti Komponen Ke 15 BN

Artikel Oleh addin_77

"
Dengan rentetan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, kita makin hairan dengan sikap SPRM yang membisu dengan aduan-aduan rasuah terhadap puak-puak UMNO BN ini. SPRM secara terang dan jelas telah memihak terhadap UMNO BN. Perkara ini jelas menjengkelkan kerana SPRM sebuah badan bebas. Tiada tindakan yang diambil puak-puak UMNO BN walaupun bukti yang kukuh dapat di kemukakan.


Terbaru, kes seorang pemimpin PKR mendedahkan butiran dakwaan percubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak. Dalam akuannya bertarikh 2 Februari lalu, Fauzi Muda mendakwa Najib menawarkan sejumlah wang yang besar untuk memujuknya melobi dua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti. Pertemuan itu di kediaman rasmi timbalan perdana menteri di Putrajaya beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas. Fauzi menyatakan beliau mempunyai bukti kukuh seperti rakaman perbualan Najib dengan individu tertentu.

Fauzi mendakwa, beliau ditawar RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu. Sebenarnya SPRM tidak berminat menyiasat aduannya atau mengambil tindakan terhadap timbalan perdana menteri. SPRM lebih berminat lagi untuk menyiasatkan kes lembu korban di Selangor. Padahalnya telah beratus aduan sehingga kini telah di buat terhadap pemimpin UMNO BN tetapi tindakan diambil. Tindakan hanya di ambil terhadap pegawai bawahan dan kakitangan bawahan sahaja. Ini membuktikan SPRM 'double standard' dalam tindakannya.

Dalam isu Speaker DUN Perak pula, Ketua SPRM mengeluarkan kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exconya daripada menghadiri sidang DUN negeri itu. Jelas beliau, kes salah guna kuasa Sivakumar itu akan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 2009. "Jika benar terdapat penyalahgunaan kuasa SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya. Beliau juga menyatakan Speaker tidak kebal dan boleh didakwa.

Jelaslah tindak tanduk SPRM ini telah memburukkan lagi keadaan yang melanda negara kita sekarang. Sebuah badan bebas yang diharap dapat memulihkan kepercayaan rakyat telah dikudakan oleh puak-puak UMNO BN demi kepentingan politik sempit mereka. Dengan ini, bolehlah di nobatkan SPRM parti kompenen ke 15 BN yang sah.

No comments:

Search This Blog