| Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyelar tindakan Kerajaan Pusat yang bersikap tidak adil dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen terutamanya kepada wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat (PR). Menurut beliau lagi tindakan Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP), tanpa memberikannya terus kepada Ahli Parlimen PR membuktikan bahawa mereka seolah-olah menafikan hak rakyat yang telah memberi mandat dan sokongan serta kepercayaan kepada Ahli Parlimen PR untuk menjadi wakil mereka. |
Thursday, January 14, 2010
MB Kedah selar kerajaan Pusat
Peruntukan program 'Juara Rakyat' dipersoal
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, UMNO juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa semua projek dan program dalam siri kempen Juara Rakyat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera parti itu.
Menurutnya, sekiranya perkara itu diperjelaskan, barulah UMNO boleh mendabik dada sebagai juara rakyat sebagaimana yang diuar-uarkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Program Juara Rakyat telah dilancarkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Sabtu lalu.
Sewaktu merasmikan program tersebut, Najib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15.6 juta bagi membaik pilih 52 blok pangsapuri di sekitar kawasan Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempertikaikan peruntukan untuk membaiki pangsapuri itu yang disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
:"Adakah gaji pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh UMNO. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain termasuk peruntukan RM15.6 juta untuk membaiki pangsapuri, apakah mereka tidak membabitkan wang negara dan jentera kerajaan?.
"Persoalannya ialah kalau UMNO hendak mengaku mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen UMNO juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari UMNO sendiri,” katanya.
:Beliau turut menyifatkan program Juara Rakyat merupakan usaha terdesak UMNO untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada parti itu selepas ditolak rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Umno gagal, PAS lulus
| Selena Tay |
| Saya telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik. Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN). |
Tanpa BTN UMNO Berkubur
Wednesday, January 13, 2010
Kemelut Di Perak: Siapa Juara ,Dan Siapa Pula Terkubur ?
h. Kita tidak perlu menunggu keputusan mahkamah perbicaraan di antara Zambry dan Mohd Nizar. Tetapi cukup sekadar kita membuat kaedah yang diajar oleh Imam al Ghazali. Kaedah yang digunakan oleh Imam al Ghazali di dalam persoalan susah ini, adalah dengan menggunakan “andaian dan pembahagian”.Di sini, kita menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan jawatan ini. Kita menggunakan watak Zambry sebagai contoh. Zambry kemungkinan menang, dan kemungkinan kalah dalam perbicaraan tersebut. Sekiranya beliau menang, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar, sehinggalah pilihanraya akan datang.
Sekiranya kalah dalam perbicaraan kali ini, beliau akan turun daripada takhta haram, dan mendapat cacian dan kejian daripada banyak pihak terutamanya seluruh rakyat Perak sendiri. Bahkan Barisan Nasional akan dilenyapkan sehabis-habisnya kerana kejahatan mereka merampas kerajaan Perak telah disahkan. Sudah pasti BN akan terkubur, dan terpaksa berkempen lebih 30 tahun untuk mengembalikan kepercayaan tersebut.
Kita kembali kepada kemungkinan pertama. Iaitu sekiranya beliau menang dalam perbicaraan, beliau akan terus sebagai MB sehinggalah pilihanraya akan datang. Adakah beliau masih dapat kekal dengan jawatan MB selepas itu? Sekiranya beliau kalah pun sudah melahirkan kebencian, apatah lagi sekiranya beliau menang? Lebih ramai orang membencinya! Bahkan di dalam pilihanraya tersebut akan menyaksikan Barisan Nasional Perak akan terkubur dalam tempoh jangkamasa yang panjang.
Maka, hasil daripada kaedah yang diajar oleh Imam al Ghazali ini, menghasilkan satu kesimpulan. Samada Zambry menang dalam kes ini ataupun kalah, akhirnya Barisan Nasional tetap dikuburkan. Cuma berbeza dari sudut masa. Samada terkubur selepas perbicaraan, atau terkubur selepas pilihanraya akan datang. Hasilnya, BN tetap terkubur!
Wahai Zambry dan kuncu-kuncu anda, fahamilah kaedah ini dengan sebenar-benarnya. Kamu semua tetap akan terkubur. Cuma tidak pasti bilakan masa kamu dikuburkan. Oleh itu saya menasihatkan kamu supaya bertaubat sebelum ditanya oleh Malaikat Kubur! Bertaubatlah sebelum dipalitkan tahi oleh manusia setelah kamu dikuburkan tersebut.
Saya yakin, setelah Zambry dan BN terkubur, satu dunia akan mencaci pemerintahan Zambry dan mukanya akan kekal diabadikan di hati-hati pejuang supaya menjadi tauladan yang dibenci. Sama seperti Firaun yang mayatnya diabadikan, tetapi pengabadiannya itu menjadi pengajaran yang berguna untuk generasi mendatang.
Oleh itu, saya sekali lagi menasihatkan kepada Zambry supaya bertaubat sebelum terkubur. Bagaimanakah kaedah taubat tersebut? Sertailah Pakatan Rakyat! Taubat anda sudi kami terima dengan berlapang dada. Kembalilah ke dalam PR sebelum anda terus berkubur dan nama anda menjadi sebutan sebagai penjenayah yang tidak dipenjarakan. Saya yakin, sekiranya anak yang masih di bangku sekolah atau berada di mana-mana university, akan menanggung malu dengan kelakuan anda.
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
Tuesday, January 12, 2010
Adun BN perlu jelaskan tajaan tunai haji
| Kebiasaan orang kampung terpaksa menyimpan bertahun-tahun untuk mengumpul wang sebanyak RM16,000 di Tabung Haji bagi membolehkan mengerjakan ibadat haji. Lebih mengharukan lagi apabila ada bakal haji yang sudah mencukupi jumlah tersebut masih tidak dapat menunaikan fardu haji kerana nama tidak disenaraikan. Itulah kebiasaan yang kita dengar susah payah orang kampung untuk menunaikan rukun Islam kelima. Namun lain pula bagi pemimpin Umno apabila dapat menunaikan haji dengan mudah tanpa perlu menunggu menggenapkan simpanan RM16,000. Tahun lepas difahamkan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Mat dikatakan mendapat keistimewaan tersebut yang dibiayai Tabung Haji. “Saya minta penjelasan Datuk Alwi, saya difahamkan beliau ke Makkah sekali dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan 20 orang VVIP yang mana tambang pun disediakan Tabung Haji,” dakwa Adun Salor, Datuk Husam Musa. Beliau meminta Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan menjelaskan berhubung tajaannya ke Makkah sebelum gemar mencari kesalahan orang lain. Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan Adun Kok Lanas mendakwa mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek bernilai RM516 yang diberikan kepada enam pihak termasuk Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Ariffahmi Abdul Rahman. Dalam kenyataan tersebut Alwi meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu. Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tidak wajar Alwi membangkitkan isu kek kerana ia dianggap menjadi kelaziman dalam dunia korporat. “Sekiranya Alwi menyibuk diri ingin menjelaskan isu kek PMBK, pemergiannya ke Makkah dengan tajaan Tabung Haji juga perlu diberi penjelaskan kerana orang ramai hendak tahu. “Kenapa Tabung Haji taja beliau, adakah ia dibolehkan,” ujarnya. |
Umno 'Juara Rakyat' konon...peeraaahh!
|
Kental dan Rasional Seorang Menteri Besar
Bagi isu Timbermine, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sudah memutuskan untuk dikemuka rayuan dan satu jawatankuasa khas dibentuk untuk menangani langkah-langkah sewajarnya bagi tujuan penyelesaian. Begitu pula, isu rawatan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, pihak Kerajaan Negeri telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan pusat rawatan dibuat di Kuala Lumpur. Kemudian, terkini berkaitan isu kalimah Allah yang mencetuskan beberapa demonstrasi dan bantahan, termasuk melontar bom petrol dan percubaan membakar gereja. Pihak Tuan Guru Dato’ Menteri Besar yang juga selaku Mursyidul Am PAS dan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah mengeluarkan suatu kenyataan yang cukup meredakan keadaan hubungan antara agama di Negara ini. Di samping kedua-dua pemimpin besar parti Islam itu turut melawat gereja berkenaan. Misalnya, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz petang semalam (10 Januari) telah membuat lawatan simpati ke Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta, Petaling Jaya. Sehari sebelum itu, Tuan Guru Dato’ Abdul Hadi bersama Ustaz Nasharudin Mat Isa turut melawat Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati, Setapak.
Namun, fokus besar warganegara ialah kepada isu pengguna kalimah Allah yang telah bertukar menjadi isu bakar gereja. Oleh itu, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz begitu prihatin dalam soal hubungan antara agama (merujuk kepada isu bakar gereja).
Sehubungan itu, pada sidang media (9 Januari 2010), selepas majlis penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), antara lain Tuan Guru Dato’ Menteri Besar menyebut:
Kesan hilangnya sensitiviti itu telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.
Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar, kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.
Sama juga dengan arak kepala lembu, melukakan hati orang beragama Hindu. Ia berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam sesetengah orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh UMNO. Ini yang kita dukacita.
Selain itu, disebabkan hilangnya sensitiviti tersebut telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku, telah berlaku dalam negara kita.
Sebab itulah berlakunya ada menteri yang rasuah, orang kampung yang rasuah, parti-parti pun rasuah. Hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja. Mana boleh jual kalau tidak ada rasuah.
Semua itu adalah kerana UMNO telah menghilangkan sensitiviti dosa-pahala dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan amalan politik. UMNO sejak dulu lagi berpendirian agama lain, politik lain.
Semuga seluruh rakyat Kelantan ringan untuk memohon daripada Tuhan Yang Esa, agar semua rakyat Kelantan Darulanaim, khususnya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz berada dalam rahmat dan berkat berpanjangan. Amin
Monday, January 11, 2010
Kelab Penyokong PAS kini diiktiraf sebagai dewan
Boleh Dr jelaskan bila terbentuknya keputusan mengenai Himpunan Penyokong PAS, diperingkat pusat, dan bagaimana ia dipertimbangkan hingga terbentuknya dewan yang bersejarah ini?
Dr MUJAHID YUSUF: Terima kasih kepada pihak Harakah. Ingin saya maklumkan bahawa ia bermula dengan pembentangan awal draf ini pada 'retreat' PAS Pusat Jun tahun 2009 di Alor Setar.Kemudiannya, kali kedua setelah selesai beberapa pilihan raya kecil, dalam dua tiga bulan yang sudah. Selepas itu ia dibincang lagi dalam mesyuarat terakhir baru-baru ini, dibentang lagi.Bermakna dah tiga kali draf ini dibentangkan. Draf ini membawa makna ia legitimasi kepada undang-undang yang menuju kewujudan kelab ini. Contohnya, dia ada struktur sendiri, keahliannya, disiplinnya dan hak keperwakilannya ke dalam muktamar atau mesyuarat-mesyuarat PAS Pusat, negeri, hingga ke kawasan. Ia juga ada syarat-syarat keanggotaan dan sebagainya.
Maknanya ia sudah dipersetujui pada dasarnya?
Draf ini telah dibentang tiga kali dan pada mesyuarat terakhir di peringkat Pusat telah bersetuju dari segi dasarnya. Bagi saya ia hampir selesai. Cuma pembetulan dari segi teknikal bahasa sahaja, iaitu kita akan siapkan sebelum mesyuarat akan datang pada 10 Januari 2010.Dari segi dasar, tiada masalah bahkan pada mesyuarat lalu mereka mahu namanya diberi sedikit kekuatan dengan diberi nama Dewan Perhimpunan Penyokong PAS supaya dilihat ia sayap yang berperanan penting seperti dewan lain. Itu drafnya. Kita telah sediakan dan bekas Senator Ustaz Haji Hassan Shukri dilantik jadi pengerusi.
Baik, bagaimana kedudukan penyokong yang menjadi ahli dewan ini, terutamanya dalam muktamar dan peranan mereka dalam PAS?
Kita cuba elakkan terutamanya soal keahlian. Jika mereka hendak dijadikan ahli penuh maknanya PAS perlu meminda perlembagaan. Ia akan melibatkan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Pengalaman PAS dalam berurusan dengan ROS ini sebenarnya, jika nak hantar satu pindaan yang besar, melibatkan satu prinsip atau asas dalam perlembagaan, ia akan mengambil masa panjang untuk ROS luluskan.Malah, ia perlu dibawa ke muktamar untuk pindaan. Oleh kerana kita nak elak ia menjadi masalah yang panjang, kita menggunakan peruntukan (klause) yang ada dalam perlembagan kita yang menyatakan AJK PAS Pusat berhak membentuk apa-apa jawatankuasa yang dirasakan perlu.
Jadi keahlian mereka macam mana?
Jadi dengan peruntukan itu, kita telah diberi kuasa menubuhkan jawatankuasa ini dan kita setuju keahlian dewan ini keahlian di peringkat dewan sahaja tak melibatkan ahli menyeluruh kerana berasaskan kepada masalah yang saya sebutkan tadi. Namun demikian, status sebagai dewan perhimpunan ini tetap memberi hak hadir mesyuarat, hadir muktamar dan beri pandangan dan lebih dari itu jadi sayap parti khusus dalam persoalan bukan Islam.
Adakah mereka juga berhak untuk mengundi atau memilih perwakilan?
Oleh kerana macam saya kata tadi, pindaan perlembagaan secara besar-besaran tidak berlaku, yang berlaku hanya klause yang menyatakan jawatankuasa boleh membentuk.Di sana ada isu-isu yang menyentuh hak untuk mengundi di muktamar. Dia tak menyebut nama dewan ini sebab belum dipinda. Kita letak status mereka sebsagai pemerhati rasmi. Mereka berperanan macam perwakilan lain tetapi mereka tak boleh mengundi dan diundi buat masa ini. Namun, status itu tak kekal, maknanya ia boleh berubah tak kekal statusnya setakat itu sahaja.
Ada keperluan diubah pada masa akan datang?
Kemungkinan besar ada keperluannya nanti. Ini kerana kita baharu pada peringkat awal. Ia berpadanan dengan bersifat pemerhati rasmi sahaja, namun bila kita lihat adanya keperluan kita akan pinda lagilah.
Apakah respons penyokong bukan Islam terhadap pembentukan dewan ini?
Sebelum ini, mereka setia dengan Kelab Penyokong PAS (KPP), sudah tentulah gembira bila PAS mengiktiraf mereka jadi dewan dan ada undang-undang sendiri dan boleh hadir muktamar dan mesyuarat. Bagi mereka yang setia bersama KPP, ini satu perubahan besar. Mereka yakin masa depan dengan PAS sangat cerah. Dan bagi mereka yang bukan penyokong, akan dapat melihat ini sebagai satu pembaharuan yang PAS lakukan bukan hanya retorik sahaja.
Timbul persoalan, dalam menyentuh soal calon bagi pilihan raya kecil ataupun umum. Apakah mereka dari kelab boleh bertanding dengan lambang PAS seperti yang pernah dituntut KPP sebelum ini?
Kalau kita tengok dalam draf undang-undang ini, antaranya ada disebutkan mencalonkan ataupun mencadangkan calon-calon untuk pilihan raya apabila dikehendaki atau diminta PAS Pusat. Maknanya potensi mereka jadi calon ada. Namun ianya terpulang kepada pertimbangnan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama yang biasanya menapis calon-calon ini.Malah, ia juga bergantung kepada suatu rundingan dengan sahabat-sahabat dalam Pakatan Rakyat untuk letakkan di tempat yang sesuai. Draf juga menyebut mereka boleh jadi calon kepada kita untuk kita pertimbangkan. Mereka bukan sahaja duduk kekal sebagai dewan tetapi boleh jadi calon untuk mereka. Ini tidak mustahil akan berlaku. Isu ini perlu diperincikan keperluan siapa dan di mana. Secara peribadi saya rasa sangat perlu letak calon bukan Islam kalau tak ramai beberapa indidvidu di kawasan yang staretgik
Dengan kekecamukan parti komponen BN seperti MIC, PPP dan MCA, apakah peranan dewan ini dalam mendepani kemelut yang membadai mereka supaya sokongan bukan Islam akan terarah kepada PAS?
Peranan dewan ini besar walaupun kini kita tumpukan soal penjelmaan dewan ini. Ini bukan mudah. Insya-Allah akan kita selesaikan secepatnya.Tetapi pada waktu yang sama juga apa yang berlaku ialah kekecamukan dalam MIC, MCA dan PPP... di peringkat PAS memerlukan mereka sertai kita. Tetapi ditegaskan mereka yang nak masuk kena yakin dasar dan perjuangan PAS dan ada syarat dalam keahlian. Kita alu-alukan. Kita juga mahu penyertaan mereka dengan keyakinan dengan dasar-dasar PAS. Kita dah siap moduluntuk mereka masuk serap jadi ahli dewan kita dan kita adakan model latihan perkenalkan PAS.
Apakah terbentuknya dewan ini, sokongan kepada PAS akan meningkat, atau rakyat hanya akan melihat ia satu perubahan politik semata?
Sudah tentu meningkat. Salah satu sebab mengapa ditubuhkan atau diangkat jadi dewan ialah kerana aktivis kelab ini...mereka rasa mereka mahu lebih dihargai dan berperanan.Mereka mahu jadi sebahagian dari kita dan seterusnya orang bukan Islam ini bila lihat serap jadi dewan mereka lebih yakin dan bukan retorik lagi. Kita jadikan mereka sebahagian orgnaisasi kita. Ini komitmen PAS yang begitu telus dalam garap persoalan bukan Islam ini. Ini pengiktirafan besar. Kita harap ia berkembang dalam memperkenalkan PAS. Bukan lagi dari mulut orang Islam tetapi dari mulut orang bukan Islam.Saya juga ingin berpesan, Lajnah Perpaduan Nasional mahu minta semua pengerusi lajnah negeri memberi kerjasama erat supaya usaha kelab di negeri masing-masing diberi perhatian dan disokong supaya mereka dapat diserap dengan licin dengan daftar keahlian dan struktur negeri yang lebih tersusun.Beri kerjasama atas arahan lajnah pastikan proses ini berjalan lancar.
Kedudukan MB Nizar : Kenapa Mahkamah Sukar Tetapkan Tarikh?
Kedudukan Mahkamah Rayuan yang sehingga kini tidak menetapkan tarikh sebenar untuk mendengar perbicaraan kes berhubung siapakah Menteri Besar (MB) Perak yang sah, besar kemungkinan disebabkan kerana, keputusan itu akan memenangkan MB Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Hj. Nizar Jamaluddin.Menurut Nizar, tindakan melengah-lengahkan itu menunjukan pihak BN berkemungkinan akan kalah dalam kes itu seterusnya memberikan kemenangan kepada PR.
“Saya tidak menyatakan yang keputusan itu akan memihak kepada saya, tetapi saya percaya bahawa tindakan melengah-lengahkan kes itu berkemungkinan untuk BN kalah amat cerah," katanya ketika dihubungi Era Pakatan baru-baru ini.
"Jika tidak," tambah beliau, "mengapa lima hakim mahkamah rayuan terlalu sukar untuk menetapkan tarikh?”
Kata Nizar, kes tersebut telah tertangguh sejak dua bulan lalu.
Beliau berkata, pada 9 Disember tahun lalu, beliau dijemput memberi ucap utama dalam forum bertajuk "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak".
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, forum itu turut dihadiri oleh peguam-peguam yang pakar dalam Perlembagaan di negara-negara Komanwel termasuk di Malaysia seperti Tommy Thomas, Shad Saleem Faruqi dan Kevin Tan.
Nizar yang juga Adun Pasir Panjang berkata, peguam Tommy Thomas pada malam itu memberi jaminan kepada hadirin bahawa seandainya kes beliau dibicarakan di mahkamah di enam buah negara komanwel termasuk di negara Eropah, pihaknya pasti menang.
“Tapi, hal ini berlaku di Malaysia. Kalau ia berlaku di negara-negara seperti Britain, Kanada, Australia, New Zealand, India, dan Afrika Selatan, keputusannya secara total akan menyebelahi kerajaan Pakatan Rakyat,” kata Nizar.
Tambah beliau, forum malam itu juga terganggu apabila peguam terkemuka Singapura, Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis pada saat-saat akhir apabila polis mengenakan syarat terhadap beliau untuk mendapatkan Pas Ikhtisas sebelum hadir sebagai panelis.
Mengulas kenyataan Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir yang didakwa keluar negara bersama Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), beliau berkata, jika benar beliau ke sana kononnya atas nama MB Perak, ia sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan sekali gus membazirkan wang rakyat.
Nizar berkata, selagi tiada keputusan sah dan rasmi daripada mahkamah, tindakan beliau atas nama MB adalah haram dan semua yang dilakukannya juga adalah haram kerana kedudukan siapakah MB Perak yang sah sehingga kini belum diputuskan di mahkamah.
Pimpinan PAS Perak itu turut mengulas kenyataan Zambry pada 26 Disember tahun lalu berhubung cadangannya agar semua bas ekspres di negara ini menghentikan operasi pada waktu malam, kononnya untuk mengelakkan kemalangan jalan raya.
“Saya menganggap kenyataan itu kenyataan kartun daripada seorang pemimpin kesayangan Umno/BN yang jelas membayangkan tahap pandangan yang amat tidak relevan serta cetek,” katanya.
Tambah beliau, kenyataan itu bukan saja tidak bersifat intelektual malah ia dibidas Perdana Menteri Najib Razak yang melihat pandangan itu sebagai tidak rasional.
"Ini kerana, kemalangan juga boleh berlaku pada siang hari dan bukannya kemalangan itu berlaku pada waktu malam sahaja," kata Nizar.
Pada 29 Disember tahun lalu, Mohd Najib Razak ketika dalam lawatan kerjanya di Sabah berkata, cadangan agar operasi bas ekspres pada waktu malam dihentikan bukan saja tidak praktikal malah syor itu tidak dapat menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan pengangkutan awam itu.
Presiden Umno itu juga berkata, sikap pemandu bas dan pengurusan pemanduan yang baik, perlu diberikan penekanan dalam menyelesaikan masalah itu.Saturday, January 9, 2010
Bakar gereja, di mana polis?
|
Friday, January 8, 2010
umno terdesak
Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi Umno terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini. UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama.
Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama.
Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.
Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.
Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza.
Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah.
Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?
Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”.
Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah?
Bila orang bukan Islam diminta menyayi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka.
Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.
Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin.
Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.
Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain.
Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain.
Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.
Kita telah ada cukop undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain.
Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untok kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah.
Siapa yang perlu disalahkan?
Thursday, January 7, 2010
Isu Perak: Pilihan raya atau tidak?
|
Wednesday, January 6, 2010
Polemik kalimah Allah akibat fahaman politik suku
“Sehari dua ini timbul pasal kalimah ‘Allah’, Kristian boleh guna atau tidak. Dalam surat khabar bermacam-macam melaporkan mengenainya. Apa benda ni?
Kini tercetus kontroversi penggunaan kalimah "Allah" ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaannya dalam penerbitan akhbar mingguan Herald.
Menteri Besar Kelantan ini berkata beliau hairan kumpulan yang mengkritik penggunaan kalimah “Allah” daripada digunakan oleh agama lain adalah dari kumpulan yang selama ini membezakan politik suku agama suku.
“Yang beriya-iya sangat panaskan perkara ini... faham ke kamu apa itu Allah?
"Bukankah Allah itu adalah tukang yang buat segala-gala. Buat manusia, berbagai kaum berbagai bangsa, berbagai agama. Buat oksigen, hidrogen dan lain-lain.
“Orang yang perbesar-besarkan isu ini adalah orang yang duk katakan agama suku politik suku lah.
"Siapa ajar ilmu semacam ini? Dia ajar orang lain tak boleh guna kalimah ‘Allah’ tapi dalam masa sama dia sebut agama suku politik suku. Tak faham pengertian kalimah Allah agaknya,” ujarnya.
Ahad lalu Nik Aziz membuat kenyataan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald mengikut pengamal agama samawi tidak menjadi kesalahan.
Namun apa yang membimbangkan masyarakat ialah jika kalimah ini disalahgunakan.
Kelmarin PAS mengeluarkan pendirian rasminya dengan menegaskan perkataan "Allah" dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.
Bagaimanapun PAS menegaskan penggunaan kalimah "Allah" secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara iniUmno tersepit antara Allah dan Tugu Negara
|
Umno pertahan nama Allah, tapi khianat Islam
PAS mempertikaikan sikap pemimpin Umno yang menerajui negara tetapi menutup mata bila Hakim Datuk Lau Bee Lan dibenarkan mengadili kes pertikaian penggunaan nama Allah hingga melahirkan keputusan yang mencetuskan ketegangan agama pada masa ini.
PAS berharap agar persidangan Mahkamah Rayuan akan datang mengunakan lebih dari satu Hakim dan memastikan adanya Hakim beragama Islam bagi mengadili kes ini.
Maka PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan dan menjadikan Al-Quran sebagai asas perlembagaan disamping menguatkuasakan undang-undang hudud bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam.
Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah diseluruh negara yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam.
PAS menuntut klausa ini mansuhkan segera.
PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.
Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.
PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi seruan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.
Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam untuk bekerja di premis arak dan judi.
Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.
Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang.
PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan ribuan sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.
Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah.
Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS.
Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno. Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, mereka yang bukan Islam pun sudah berani mencabar Islam di negara ini.
PAS berharap agar Yang DiPertuan Agong dapat meneliti isu penggunaan nama Allah ini dan memberikan keputusan yang adil demi menjaga kesucian Islam serta keharmonian rakyat yang berbilang agama dinegara ini. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat