Teka-teki
mengenai kedudukan Nasharudin Mat Isa hari ini terjawab apabila
setiausaha majlis syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan
bahawa bekas timbalan presiden parti itu kini digugurkan keanggotannya
dalam badan tersebut.
Menurut laporan Sinar Harian Online, Nik Zawawi berkata keputusan itu dibuat memandangkan Nasharuddin melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan.
“Keputusan
mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang
dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara
sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar
beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir
mesyuarat...," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Tambahnya, majlis syura juga telah menyerahkan surat perlucutan jawatan tersebut selepas mesyuarat berkenaan.
Nasharudin
beberapa hari lalu dilaporkan menyertai gerombolan Umno, bersama
presiden parti tersebut Datuk Seri Najib Razak untuk lawatan kemanusiaan
ke Gaza.
Menyentuh perkara itu, Nik Zawawi dalam laporan laman
berita itu berkata: “Itu terpulanglah kepada dia (Nasharuddin), itu
tindakan peribadinya sendiri."
Nasharudin pada pertengahan November lalu dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang berlangsung di Kota Bharu.
Nasharudin
pada masa itu dilaporkan berkata ketidakhadirannya itu "bukan isu
besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.
Teka-teki
mengenai kedudukan Nasharudin itu timbul ekoran kenyataan Nasharuddin
sebelum ini yang mencadangkan supaya PAS keluar daripada Pakatan jika
DAP menentang hudud – seperti dilaporkan meluas oleh TV3 dan Utusan Malaysia.
Susulan
itu, timbul saranan daripada pemimpin parti supaya majlis syura ulama
PAS menasihatkan Nasharudin Mat Isa supaya berundur daripada menganggota
jawatankuasa tersebut bagi mengelakkan isu berkaitannya dieksplotasi.
Mesyuarat
majlis syura – yang berkuasa memecat keanggotaan ahlinya – pada 9
September lalu bagaimanapun mengekal Nasharudin sebagai anggota
jawatankuasa tersebut.
Susulan itu, Nasharudin terus mengeluarkan
kenyataan yang boleh dianggap mempertikai kerjasama PAS dalam Pakatan
dan juga hala tuju partinya itu dalam memperjuangkan Islam.
Dalam
satu ucapan pada Oktober lalu, Nasharudin mendakwa seorang pemimpin
parti itu pernah memberitahunya bahawa kemenangan Islam tidak pernah
dibantu oleh orang kafir tetapi hanya oleh umat itu sendiri.
Dalam
ucapan sama, Nasharudin turut mendakwa bahawa satu majlis kesyukuran
yang diadakan di Sarawak tahun sebelumnya menganjurkan doa supaya
"Malaysia menjadi negara Kristian".
"Selepas pilihan raya di
Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya,
di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat
sebagai majlis kesyukuran.
"Dan dalam majlis kesyukuran itu
antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia
menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa
supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.
1 comment:
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment