Pemimpin
veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim
Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot
Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan
kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Secara
umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi
'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau
India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk
kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.
"Anda perlu
berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya
kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif
yang diterbitkan hari ini.
Menurut skandal NFC mempunyai lebih
impak berbanding dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng
kerana wang pembayar cukai digunakan dalam projek penternakan lembu itu.
Justeru, katanya, isu nadir bumi itu mungkin memberi kesan kepada penduduk di Pahang, tetapi tidak ke atas negeri-negeri lain.
Mengenai
kemungkinan landskap politik selepas pilihan raya umum akan datang,
Daim berkata adalah malang jika Umno berjaya mengekalkan sokongannya
tetapi dengan kedua-dua sekutunya MCA dan Gerakan ditolak terus oleh
pengundi.
Jelasnya, ini akan menunjukkan bahawa pengundi membuat
keputusan berdasarkan garisan perkauman dan bukannya sebagai rakyat
Malaysia manakala rakyat negara ini akan berpecah mengikut perbezaan
kaum.
No comments:
Post a Comment