Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah,  Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia  telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi,  ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk  menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku,  adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?
Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.
Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya kesemuannya pasti ber "bin" yang sama "Abdullah".
Tidak Berlaku Pada Zaman Sahabat
Pada  zaman Nabi S.A.W jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para  sahabat akan ber "bin" kan "Abdullah". Maka tidak adalah lagi disebut  Umar bin al-Khattab, sebaliknya Umar bin Abdullah, tidaklah Uthman Bin  Affan sebaliknya Uthman Bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi Ali Bin Abi  Talib, sebaliknya Ali bin Abdullah. Hal ini kerana kesemua bapa-bapa  mereka tidak menganut Islam. Adakah Rasulullah S.A.W menyuruh  mereka-mereka ini menukar nama bapa mereka kepada Abdullah ? tidak sama  sekali.
Orang Arab amat menjaga salasilah keterunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Merujuk dalam kitab "Riyadh as-salihin, karangan Imam An-Nawawi, menyebutkan : "Amir al-Mukminin Umar Al-Khattab bin Nufail Bin Abd al-Uzza. Abd al-Uzza  bermaksud " hamba sembahan berhala". Jika dilihat nama datuk  Nabi....bin Kilab. Kilab bermaksud anjing. Adakah Islam mengubah  nama-nama ini kepada 'Abdullah" ? tidak sama sekali.
Patung Al-Uzza di Kuil Manatu, Petra
Dalil-dalilnya :
Firman Allah S.W.T :Maksudnya : 
"Panggilan  anak-anak angkat itu ( dengan ber "bin" kan ) kepada bapa-bapa mereke  sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi Allah. Jika kamu tidak  mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggillah mereka sebagai  saudara-saudara kamu seagama dan sebagai maula-maula kamu. Kamu pula  tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya,  tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh  hati kamu. Dan ingatlah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha  Mengasihani 
( Surah AL-AHZAB : 5 )
Al-Imam  At-Tabari dalam tafsirnya mengatakan, ayat di atas, adalah dalil bahawa  tidak boleh menasabkan sesorang kepada bukan bapanya. Islam amat  menjaga keterunan.Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : "Sesiapa yang  mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya,  maka syurga haram ke atasnya." 
( Riwayat Al-Bukhari )
Sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : 
" Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya" 
( Riwayat Al-Bukhari )
Dr Wahbah Az-Zuhaili
Kata Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam karyanya al-fiqh al-islami wa adillatuhu  : "Keadilan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada  bapanya yang hakiki. Bukan bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan,  sesiapa yang ada bapa yang dketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Ini  semua demi mencegah perubahan hakikat sebenar.
"Abu  Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar at-Tafasir  menyebut : "Wajib mem "bin" kan anak-anak angkat kepada bapanya yang  dikenali sekalipun bapanya seekor keldai.
"Nabi  Muhammad S.A.W hanya mengubah nama individu yang menganut Islam jika  namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak menukar nama bapanya.  Umpamanya baginda mengubah sahabat Abd asy-Syams bin Sokhr kepada Abd  Rahman bin Sokhr. Hal ini kerana Abd asy-Syams bermaksud hamba matahari.  Namun nama Sokhr yang bermaksud batu tetap dikekalkan.
Ini jelas Islam tidak pernah melarang umatnya mengekalkan nama asal bapa dan ibu asal.

 
 
1 comment:
Kalau ikut sepatutnya 'bin Abdullah' kecuali memang si bapa namanya Abdullah, adalah untuk anak tak sah taraf yang tidak diketahui siapa bapanya.
Tapi kerajaan Melayu UMNO ni buat macam tu dalam usaha untuk menjauhkan dan menakutkan masyarakat bukan Islam dari memeluk agama Islam. Semoga Allah mengambil balik kuasa pemerintahan yang dipinjamkannya kepada UMNO/BN... kerana kerja sabotaj mereka terhadap Islam.
Post a Comment