Wednesday, November 25, 2009

Pembinaan Istana Negara, satu lagi penyelewengan

Sewaktu reformasi Iran dahulu, orang memperkatakan tentang kemewahan Istana Shahan Shah yang begitu membazir membelanjakan wang khazanah negara.

Begitu juga takala kejatuhan Iraq, dunia mengutuk Sadam kerana membina banyak istana untuk dirinya.Termasuklah negara kita sendiri mengutuk Sadam – membazir wang sedangkan rakyatnya sengsara miskin kebuluran.

Dan kini kerajaan UBN sedang menyiapkan sebuah lagi Istana Negara untuk Yang DiPertuan Agong.

Kita kini sudah mempunyai dua istana – di Jalan Syed Putra and di Putrajaya . Baginda yang DiPertuan Agong sendiri tidak pernah meminta untuk dibinakan sebuah istana baru.

Kita tidak tahu kenapa perlu sebuah lagi istana di Jalan Duta.Kenapa kita perlu ada 3 buah istana dalam sebuah negeri bernama Selangor yang jarak perjalanan dengan iringan polis hanya mengambil masa kurang satu jam?

Dibawah Rancangan Malaysia Ke-9, semua projek istana diwajibkan dikelolakan melalui tender terbuka.

Mahfuz Omar mendakwa projek pembinaan Istana Negara ini berlaku penyelewengan dan tidak melalui tender terbuka yang akibatnya dari harga asal RM400 juta kini sudah menjadi RM1.1billion!

Oh! Ini tentu projek penyelewengan perampok bagi tujuan untuk mendapatkan komisyen yang besar.Lagi mahal, lagi besar komisyen yang boleh diperolehi.

Sebab itu harga asalnya RM400 juta; tapi kerana Umno boleh, kini sudah mencecah RM1.1billion!

Hoi Ceupacs! Kenapa mudah diperbodohkan oleh si Najib? Ingat apa kata PM Najib apabila Ceupacs minta bonus ? Najib kata :

"...adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja." Ingat tu... salah di segi moral!

Adakah kerajaan kita lebih bermoral dengan membina satu lagi istana yang bernilai RM1.1billion?

Itu belum lagi kos penyelenggaraan yang akan melibatkan RM juta-juta sebulan.

RM1.1billion! Bayangkanlah…berapa banyak sekolah dan hospital dapat dibina ? Berapa banyak jambatan untuk kampung-kampung yang mundur ? Bayangkanlah ….komisyen Istana Negara…komisyen kapal selam.

3 comments:

sdrahiman said...

Hallo brader,

Kerja pembangkang memang mudah. Bangkangje. Apa sahaja bangkang. Bila kuat bangkang pengikut kat kampung akan kata hebat, terror, inilah pemimpin yang kita mahu. Tapi kat Kelantan habok pun tarak, kat Penang pun sama. Apa lagi Kedah dan Selangor dah nak ruyup.

Dulu bila kita buat lebuhraya, sebok ustaz2 pembangkang kata membazir. Depa kata kalau duit berbilion ringgit tu buat sekolah lagi baik. Lepas tu kita buat Putrajaya. Pun sama depa kata membazir. Kalau duit tu diberi sedekah pada rakyat lagi baik. Dan macam-macam lagi.

Itulah mentaliti pembangkang yang selalu gagal melihat diluar tempurung jumud mereka.

Tak apalah, dalam sistem demokrasi kita memang perlukan pembangkang. Kerana sistemnya begitu. Tapi rakyat belum tentu sukakan pembangkang kecuali beberapa kerat yang termakan racun fitnah, dakyah dan putar belit emosi yang dimainkan.

Sambil tu eloklah Brader Cheh beri perhatian kepada apa-apa lagi yang kerajaan buat tak betul dan merugikan rakyat dan kalau boleh senaraikan sama apa-apa yang pembangkang buat yang menguntungkan rakyat selain dari ceramah menghasut, menabur fitnah, memutarbelit fakta dan memperalatkan agama.

Ikutlah cara Islam:
Keadilan didahulukan agama diutamakan.

fidel castro said...

sdrahiman..
kalau nak di buat projek secara telus seperti tender terbuka itu tak akan membuat pembangkang bising. juga projek projek yang hendak dibuat hendaklah dikira untung atau ruginya.
kita lihat contoh projek projek lebuhraya,tiap tiap tahun kena naik kadarnya kalau tak kerajaan terpaksa bayar ganti rugi. duit sapa kerajaan bayar kalau bukan duit rakyat dan bukannya duit umno/bn. cuba kita ambil contoh di negara thailand, harga minyak memang mahal tapi harga kereta jauh lebih murah serta lebuhraya tiada tol. harga makanan pun murah. dah tu PKFZ pada pandangan saudara membazir ke tidak? nasib baik ada pembangkang yang mendedahkan skandal itu.

pemuda cheh said...

sebenarnya...orgx2 umno ni memang macam katak bawah tempurung.macamx2 penyelewengan yang kerajaan BN buat tapi tak nampak..termasuk lah brader rahiman ni. tentang k'jaan PR cuba lah k'jaan pusat salurkan peruntukan yang menjadi hak k'jaan PR, royalti minyak misalnya baru boleh nak bandingkan pembangunannya dgn negeri bawah BN.

Search This Blog