Wednesday, January 28, 2009

Tidak wajar bagi wakil rakyat BN mengetepikan parti

Dilulus terbit pada Wednesday, January 28 @ 14:12:47 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Oleh enamjahanam

"KUALA LUMPUR 26 Jan. - Adalah tidak wajar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) meninggalkan parti semata-mata kerana masalah peribadi atau perasaan tidak puas hati, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah juga tidak wajar bagi wakil rakyat BN mengetepikan parti ketika sokongan dan kesetiaan mereka kepada parti amat diperlukan. ''Semua wakil rakyat yang berniat meninggalkan parti mesti faham bahawa UMNO dan BN telah terlalu banyak menabur jasa kepada rakyat dan negara pada keseluruhannya,'' kata Najib.


Itulah kata Najib yang terlalu banyak skandal Yang dikaitkan dengannya. daripada kaki betina sehingglah tuduhan terlibat dengan PEMBUNUHAN Altantuya. Tapi najib sekarang dah baik sebab dia dah bersumpah yang dia tak kenai Altntuya, tapi kawan Altatuya pula kata dia jumpa gambaq Najib dok makan dengan Altantuya. Betuilah tu, makan sekali tak mestinya kenai kan? Macam kita pi rumah kenduri, kekadang kita makan sekali tapi haram tak kenai dengan orang yang kita dok kongsi gulai tu.... Betui Najib, hang memang betui. Hang memang baik. Hang memang layak jadi M gantikan AlBadawi... PM kita sekarang ini.

nampaknya Najib marah sungguh kepada mat Bota yang tinggalkan parti haprak UMNO dan masuk PKR. Kalau masuk PAS mungkin Najib tak marah sangat, tapi sebab masukPKR jadI gerombolan DSAI, maka Najib tercabar sungguh. Nasib hanglah Najib, nak buat macam mana...


Aku disini bukan nak celoteh tentang Najib yang frust menonggeng, tetapi kenyataannya yang menampakkan kedangkalannya berkenaan fakta. Lihat yang aku bold kan tu. Biar aku ulang sekali lagi..

''Semua wakil rakyat yang berniat meninggalkan parti mesti faham bahawa UMNO dan BN telah terlalu banyak menabur jasa kepada rakyat dan negara pada keseluruhannya,'' kata Najib.


Najib kata UMNO banyak berjasa untuk rakyat dan rakyat telah menerima terlalu banyak jasa dari UMNO. Ini yang aku nak komen sikit seab nampak sangat Najib ni dangkal, mungkin lebih dangkal daripada Pol Pot yang bunuh semua orang yang berpelajaran dengan anggapan orang yang berpelajaran tak pandai nak bertani.

Hoi Najib, hang sedaqlah sikit. Sebenarnya bukan UMNO yang berjasa kepada rakyat, tetapi rakyat yang berjasa kepada UMNO. Rakyatlah yang membuatkan keturunan hang gila-gila punya kaya. Kalau pak hang dulu orang tak angkat jadi PM, hang ingat hang boleh kaya macam sekarang ke? Jangan haraplah. Aku pun tau serba sedikit cerita tentang pak hang tu. Kalau pak hang rakyat tak angkat jadi PM, hang dengan aku lebih kurang serupa saja. Mungkin hang lebih miskin dari aku. Yang tu aku amat pasti. Jadi sapa yang menabur budi kepada siaPa?UMNO kepada rakyat ke atau rakyat kepada umno. Kalau dUlu orang tak pilih UMNO, tapi depa pilih DAP, dah tentu Karpal Singh dan LKS kaya melana. Tengok saja pemimpin MCA , MIC, Gerakan , SUPP dan lain-lain lagi yang jadi kawan sedakap UMNO, semua kaya belaka. Awat depa pandai sangat berniaga ke ? Shitlah lu Najib..

Sebenarlah UMNOLah yang tak sedar diri. Rakyat angkat depa untuk menjadi pemimpin dan menolong rakyat, tetapi depa jadikan negara seperti mak pak depa yang punya. Depa belanja harta negara sewenang-wenangnya.Tak dak duit, buat projek. Projek 10 juta , depa cas 30 juta. Inilah jenis pemimpin yang ada dalam UMNO dan seangkatan dengannya. La ni buat reverse psikologi pulak. Kononnya jasa UMNO terlalu banyak untuk rakyat.

No comments:

Search This Blog