Friday, August 26, 2011

apakah tujuan hidup kita

SEKARANG ini sesekali saya duduk-duduk bersama-sama orang tasawuf, orang tarikat. Suatu hari terkesan saya dengan pandangan ini: “Semakin meningkat usia kita (terutama yang sudah memasuki usia tua, mulai 50 tahun) kurangkan beban memburu dunia sebaliknya meningkatkan amalan untuk ke alam sana.

Hujjah Pakar Australia - Pening Ahli Kimia Kerajaan Nak Jawab



Kes liwat Anwar: Profil DNA lelaki Y tercemar, kata pakar Australia

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Thursday, August 25, 2011

Kisah Murtad Dan antara puncanya ketirisan zakat




Sejak akhir-akhir ini kita 'dipeningkan' dengan masalah murtad dikalangan umat islam di dunia ini dan di negara Malaysia khususnya. Walaupun kes ini adalah kes yang terpencil dan kebiasaannya perkara ini cuba disorokkan dengan alasan menjaga keharmonian kaum. Kes yang biasa kita dengar alasan orang yang murtad ini adalah kesempitan hidup mereka. Ramai dari mereka yang telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Itulah permulaannya kepada murtad.

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor Peluk Islam

By Anwar Ibrahim

Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya.
Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi.

Wednesday, August 24, 2011

2 Perkara menyebabkan manusia tidak perlu berdoa kepada Allah SWT

http://n4hr.com/up/uploads/a96fe22559.jpg
1- Ingkar kepada Allah SWT, sehingga membawa kepada mengingkari Ubudiyah kepada Allah SWT atau sehingga mengingkari Hak Penyembahan Allah SWT ( seperti setelah memiliki pangkat dan harta kekayaan yang sempurna ).
2- Berasa terkaya dan tidak berhajat kepada Allah SWT, sekalipun beriman kepada Allah SWT. Ini kerana dia rasa selamat daripada ujian dan musibah.
Kitab Syarah Al-Hikam, Jilid 2, M/S : 228.

Monday, August 22, 2011

akhirnya najib dan big mama akan ke mahkamah juga

Peguam Anwar sapina PM dan isteri jadi saksi pembelaan

Tujuh saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah disapina oleh pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi saksi pihak pembelaan dalam kes liwat Anwar.

tiru Pakatan Rakyat-BN kering idea



Dalam keadaan serba daif tanpa mempunyai peruntukan dana berbilion ringgit,  Jawatankuasa Bajet Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan kajian untuk membebaskan rakyat daripada belenggu ekonomi, dengan menumpukan kepada 60 peratus isi rumah Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Dua minggu setelah jawatankuasa Pakatan tersebut membuat pengumuman itu, kerajaan Barisan Nasional tanpa segan-silu telah meniru pendekatan itu.

Sunday, August 21, 2011

Sebab Quran Dikatakan Mukjizat Terbesar Dan Sepanjang Masa


Mukjizat terbesar yang diturunkan kepada manusia

Sebelum menjadi Rasul, Nabi Muhammad saw telah diberi gelar Al-Amin, yang bermaksud terpercaya, tidak pernah berdusta.

Rasulullah Muhammad SAW banyak mempunyai mukjizat yang nyata iaitu dapat dilihat dengan izin Allah iaitu:

Saturday, August 20, 2011

Percayakah Najib mahu jadi PM disokong rakyat

Oleh Haji Abdul Subky Latif
Ketika mengumumkan kerajaan setuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai transformasi pilihan raya, Perdana Menteri Najib menyebut bahawa beliau dan kabinetnya tidak mahu jadi Perdana Menteri dan menteri yang tidak jelas disokong rakyat.
Ia adalah semangat dari amalan demokrasi di mana-mana jua dan bagi siapa jua yang menganut dan mengamalkan demokrasi. Ia bukan sekadar suatu yang Najib saja mahu tetapi itulah yang dituntut oleh semua orang dan semua bangsa dulu, kini dan selama-lamanya.
Negara kita akan jadi aman jika Najib dan sesiapa juga yang jadi Perdana Menteri berfikir dan berpegang dengan apa yang Najib kata itu.

Friday, August 19, 2011

Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah



Oleh Pembaca anti murtad
Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.
Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

7 Perkara membuktikan kita takut kepada Allah SWT

http://yenokshi.persiangig.com/%D8%B1%D9%85%D8%B6%D8%A7%D9%862%D8%AC.jpg
Abu Al-Laits rhm pernah berkata “  Sifat takut kepada Allah SWT terbukti dengan 7 perkara :
1- Menjaga lidah daripada dusta, mengumpat dan berbicara yang sia-sia dan haram. Lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT , membaca Al-Quran dan mempelajari ilmu.
2- Menjaga perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja. ( Yakin tidak berlebihan ).
3- Menjaga penglihatan, dengan cara tidak melihat yang haram dan tidak lihat dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.
4- Menjaga tangan daripada maksiat dan menggunakannya untuk taat kepada Allah SWT semata-mata.
5- Menjaga kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai Allah SWT.
6-  Menjaga hati dengan cara membersihkannya daripada perasaan hasad dengki, iri hati dan sebagainya, kemudian diisi perasaan dengan kasih sayang kepada sesama muslim.
7- Menjaga amalan taatnya, supaya ia benar-benar tulus ikhlas kepada Allah SWT dan selamat daripada riya’ dan nifaq.

Thursday, August 18, 2011

3 Golongan yang haram kita membenci mereka

http://talaatafifi.net/images/097x.jpg
Abu Umamah R.A. memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
” Sesiapa membenci tiga golongan berikut dia adalah orang munafiq
(1) Seorang Islam yang tua (2) Seorang Ulamak (3) Seorang Raja yang adil “.

Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Umno politikkan isu larangan baca al-Quran guna pembesar suara

Oleh NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sep
http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/03/tgna.jpganjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik Umno hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.
Saya mengira, Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP.

Wednesday, August 17, 2011

PRU13. Pakatan Rakyat Tanpa Anwar Ibrahim?


"PRU13 bakal menjadi pemerhatian yang penuh dramatik.

- Seperti yang dijangka kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di pentas umum. Anwar dipersalahkan dengan kes liwat 2 oleh mahkamahyang tempang dan tidak adil serta tidak telus. Liwat 2 juga satu konsipirasi pehak yang berkuasa, terutama PM Najib dan Rosmah dan menjadikan mahkamah dan badan kepolisian sebagai kuda atau keldai BN/UMNO.

Tuesday, August 16, 2011

Apa ada dalam kaabah?

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi ‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.

Search This Blog