Saturday, April 9, 2011

Najib Sudah Termakan Dengan `umpan' Anwar, Kita Tunggu Jawapannya

Oleh: wfauzdin_ns

"AKHIRNYA `umpan' yang dipasang oleh DS Anwar mengena. Apabila heboh para pemimpin Umno dan pencacai mereka termasuk media bercerita pasal ingin menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat video lucah yang hangat diperkatakan, DS Anwar berdiam diri sambil menunggu umpan dimakan oleh Najib pemimpin tertinggi puak mereka.

Video Seks; Rakyat Lupa Kelemahan BN.


Isu video telah memerangkap rakyat Malaysia sehingga hilang fokus kepada isu yang sebenar. Ketika rakyat sibuk membincangkan isu video, kerajaan BN telah menaikkan minyak RON 97 sebanyak 20 sen seliter manakala  SPRM mengumumkan negara rugi RM108 bilion setiap tahun angkara rasuah dan aktiviti haram yang lain.

Akhir Umur Dunia

Hadith:
NABI SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya."

Tuesday, April 5, 2011

temuduga terbuka untuk semua

Temuduga Sbg “Calon Jenazah”
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian

Kekosongan Jawatan:
  1. Ahli Syurga Dari Awal.
  2. Ahli Neraka Dari Awal.
  3. Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

Monday, April 4, 2011

Anwar mangsa komplot bunuh karakter

Kajian pendapat umum menunjukkan majoriti rakyat percaya yang Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu adalah mangsa pembunuhan karakter ekoran pendedahan video seks oleh “Datuk T” dua minggu lalu.

Hasil kajian Mendeka Center itu juga menunjukkan responden yang ditemui berpendapat yang video seks didedahkan 21 Mac lalu bagi memusnahkan kerjaya politik bekas timbalan perdana menteri tersebut, yang kini merupakan Ketua Pembangkang.Seramai 504 responden ditemu bual oleh Merdeka Center antara 24 dan 27 Mac lalu dengn 59 peratus adalah Melayu, 32 peratus Cina manakala sembilan peratus India.

Bubar DUN: PAS mahu tiga negeri Pakatan sokong Selangor

PAS Selangor berharap kesemua kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat (PR) akan ikut langkah Selangor yang memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika pusat memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Mac 2012. Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya yakin langkah itu akan membolehkan ‘risiko’ jentera Barisan Nasional (BN) bertumpu di Selangor dapat dielakkan.

Saturday, April 2, 2011

Hati-hati buat tuduhan zina

 Semua pihak diminta berhati-hati dalam membicarakan isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan pemimpin pembangkang kerana ia melibatkan tuduhan zina. Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Muhamad Mustafa berkata, menuduh seseorang melakukan zina adalah sesuatu yang amat serius dalam Islam dan hukuman ke atas orang yang menuduh tanpa bukti atau qazaf telah diperincikan dalam al-Quran.

Friday, April 1, 2011

Skim Pencen Akhirat. Saya Mesti Pilih!

Hari ini ramai orang yang bekerja keras siang dan malam supaya kehidupan hari kemudiannya lebih terjamin.  Usia pencen biasanya pada umur 55 tahun.  Maka, sejak mula bekerja hingga umur mencecah 55 tahun itu, dia bekerja dan bekerja.

Wednesday, March 30, 2011

Hidup mati saya di tangan Allah, bukan Umno-BN

Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat “Datuk T” minggu lalu tidak akan sesekali “membunuh” karier politik beliau.
Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t.“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.
“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Sunday, March 27, 2011

Keliru Dengan Kenyataan Ketua Polis Negara

Oleh: Juruharoh

"Sakit hati pun ada, geram pun ada, bila Ketua Polis Negara kata, trio yang mendedahkan dan menayangkan  video lucah yang menfitnah DS Anuar Ibrahim tidak di tahan dengan alasan belum cukup bukti. Kalau sampai masa cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita bertindak ikut undang-undang, itulah kenyataan KPN yang saya petik dari Malaysiakini.

Saya nak tanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, orang-orang yang ditahan reman dalam lokap tu semuanya dah cukup bukti ke akan kesalahan mereka? Yang sudah-sudah bila barang syarikat hilang, orang yang mula-mula kena tahan adalah pengawal keselamatan. Adakah polis ada bukti mereka itu mencuri? Pegawal keselamatan yang membawa duit ke bank, tiba-tiba kena rompak tengah jalan, pegawal itu dulu yang kena tahan lokap. Mana buktinya polis tahan mereka? Begitu juga jika orang membuat laporan polis tentang kecurian di rumah mereka. Mula-mula polis akan tanya siapa yang kita syakki? Kalau kita beritahu si A, kena lokaplah si A sebagai suspek, sedangkan buktinya belum ada lagi.

Kalau begitulah kenyataan Ketua Polis Negara, jom lepas ni kita nak tengok polis sumbat atau tidak seseorang itu dalam lokap kerana DISYAKI semata-mata melakukan sesuatu kesalahan tanpa bukti.

Sepatutnya Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berterus terang sajalah iaitu polis tidak boleh tergesa-gesa tangkap mereka walaupun mereka mengaku terlibat dalam kes penayangan video tersebut , sebab mereka itu ada kepentingan dalam UMNO/BN. Tapi kalau mereka itu tidak ada kepentingan dalam UMNO/BN polis akan segera tangkap meskipun belum ada bukti. Jadi orang ramai pun faham."

Thursday, March 24, 2011

Buku Jingga: Pro Rakyat Vs Kroni

Oleh: Litmohd
Ternyata pimpinan Umno/BN khususnya Perdana Menteri, Dato’ Najib sendiri gelisah dan gelabah berdepan dengan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya. Hingga sekarang, Najib sekadar mengecam agenda Pakatan rakyat itu yang padanya akan memufliskan negara, tanpa memberi cadangan balas untuk mengatasi kepincangan ekonomi negara.
Jika orang nombor satu mereka sudah gelabah, pendokong Pakatan Rakyat usah gusar berhadapan dengan pencacai-pencacainya di peringkat bawahan di dalam mempromosikan agenda keramat Pakatan Rakyat ini, khususnya di saat ini sedang berperang di PRK Tenang.

Wednesday, March 23, 2011

Siapa Dato' T Sudah Di Ketahui

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Identiti Datuk T cetus tanda tanya

Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki rakaman itu, terus kekal misteri. Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis.
Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T.
Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video yang dimiliki Datuk T.

Monday, March 21, 2011

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian

 Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kasihan penoreh, harga getah terus menjunam ..masa naik sokong BN...masa turun salahkan PR..!!!

Itulah takdir Tuhan yang Maha Kaya. Betapa lemah hamba-hambanya untuk menghidu hukum sebab dan akibat, apa lagi mengatasi kuasaNYA.

Hanya beberapa minggu lalu, iaitu sewaktu rancak kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah mencecah RM8 sekilo.

Friday, March 18, 2011

“Hukuman Tuhan”: Gabenor Tokyo tarik semula!

Oleh Ust Saiful Bahri

Bala Tuhan atau bencana alam? Konflik perbahasan yang panjang dan lama. Sekian lama menjadi perbincangan diseluruh dunia bahkan dalam dunia Islam sendiri.

Naluri beragama akan menyedari adanya kuasa besar disebalik kejadian malapetaka atau kenikmatan yang berlaku didunia ini. Tinggal lagi sejauh-mana penerimaan seseorang dikala panik atau keributan menghadapi suasana kesukaran sedemikian.

Search This Blog