Saturday, April 25, 2009
perkara yang perlu di renungi oleh pejuang PAS
apa yang ingin dilanjutkan dari peristiwa ini adalah berkenaan peristiwa yang berlaku sebelum dari kembalinya mak mertua penulis dimana ada juga berlaku kematian di sebuah kampung berhampiran dengan pekan bukit gantang. di fahamkan jenazah adalah orang umno. akibat daripada sentimen pilihanraya belum reda, tidak ramai yang tampil untuk menguruskan jenazah...jenazah telah dikebumikan dengan tanpa membaca talkin. diberitakan orang-orang pas di kawasan tersebut telah mengambil sikap berdiam diri kerana marah dengan sikap orang-orang umno. terutama peristiwa nizar menjadi imam di masjid simpang. dan juga marah dengan kenyataan seorang penceramah umno semasa kempen PRK bukit gantang yang lalu bahawa melawan pas itu adalah jihad. penceramah itu adalah ustaz dari terengganu.
apa yang boleh dibuat pengajaran dari peristiwa yang berlaku ini adalah sepatutnya dari segi dakwah, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. kita tidak boleh memencilkan orang umno jika ingin mengajak mereka bersama-sama dalam jemaah untuk berjuang menegakkan islam. macam mana kita hendak berdakwah jika menyimpan dendam. rasulullah semasa mengembangkan syiar islam menghadapi tentangan yang lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan apa yang kita alami pada hari ini. tapi baginda tidak pernah berdendam dengan sesiapa.
begitu juga cara baginda berdakwah....baginda tidak pernah mencerca musuh-musuh baginda. kerana hanya allah sahaja yang berhak untuk mencerca. dan kita sebagai hambanya hanya layak untuk mengulangi apa yang di firmankan oleh allah di dalam al-quran saja jika ingin turut mencerca sebagaimana ayat yang diturunkan untuk mencerca abu jahal misalnya.
perkara ini harus di contohi oleh penceramah-penceramah pas bila berceramah. sampaikan lah dasar dan perjuangan pas berlandaskan al-quran dan hadis. nyatakan pas berjuang untuk menegakkan perintah allah. berikan contoh peribadi yang mulia bila berceramah. orang akan memandang kita bila kita berdakwah. kalau kita sendiri pun tidak berakhlak mulia..macamana nak mengajak orang untuk bersama-sama kita. bukan semua orang dapat menerima kisah penyelewengan dan salahguna kuasa yang sering diputarkan isu tersebut disetiap ceramah-ceramah yang diadakan. tapi sebagai seorang yang mengaku islam...apakah patut jika kita menentang orang islam yang ingin menegakkan perintah allah? ini yang patut di tekankan dalam setiap ceramah-ceramah. disamping itu boleh lah diselitkan isu semasa tanpa menghina sesiapa secara peribadi. contohi tok guru nik aziz bila berdakwah.
tapi sebelum kita ingin mengajak orang lain untuk bersama kita, jangan lupa untuk mentarbiahkan ahli kita terlebih dahulu. adakan kembali majlis usrah di setiap cawangan dan kawasan. pengisiannya hendaklah seragam. bentuk ahli kita dengan peribadi yang mulia supaya menjadi contoh pada setiap orang yang ingin diajak bersama. setiap ahli mesti mempunyai ilmu, ketahanan dan kesabaran yang tinggi untuk menjalankan kerja dakwah ini.
pemimpin pula mesti mempunyai sikap terbuka dengan sanggup menerima idea atau pendapat dari orang bawahan atau dari kawasan yang lain. tidak rugi jika kita meniru atau menggunakan kaedah yang di gunakan oleh pemimpin atau cawangan yang terbukti berjaya. contohnya semasa PRK bukit gantang yang lalu...UPU simpang Halt telah berjaya memenangi kesemua saluran peti undi dari saluran 1 hingga ke saluran 5. ucapan tahniah saja tidak memadai..tapi kita harus melihat dan mengkaji kaedah dan cara yang digunakan oleh cawangan ini untuk di praktikkan ke UPU-UPU lain. sifat ego untuk mengambil idea atau pendapat orang atau cawangan yang berjaya hanya merugikan perjuangan dan parti. ingat...kita berjuang hanya kerana allah. cara berkempen mestilah berlandaskan sifat yang mulia dan terpuji..tiada kata nista atau keji yang dilontarkan. berkempenlah dengan kata-kata manis dan melambangkan keperibadian muslim sejati.
Ketua Perhubungan Negeri: Pusing tang mana pun UMNO tetap bermasalah…
Bubuhlah sapa pun menjadi Ketua Perhubungan Negerinya kalau dah yang dipilih tu penuh dengan masalah bilanya nak pulih."
Seperti ketandusan pemimpin diperingkat negeri, nama-nama yang sepatutnya menjadi peneraju peringkat negeri dilupuskan dari percaturan Najib kali ini.
Yang bestnya menteri Besar yang telah dijatuh hukum pun menjadi pilihan.
UMNO sekarang ni tercungap-cungap menyedut udara politik yang dah dikotorkanya.. di tambah lagi dengan perlantikan ketua -ketua Perhubungan Negeri yang baru ni menambahkan lagi sosak nafas sementara menunggu ambulan datang menjemput.
Najib ikut Mahathir, BN tanding DUN Penanti
Tindakan Fairus mengosongkan kerusi telah menyebabkan satu pilihanraya kecil perlu diadakan segera dalam tempoh 60 hari. Keadaan ini menyebab UMNO dan Barisan Nasional tertekan kerana terpaksa menghadapi satu lagi pilihanraya kecil.
Keputusan keempat-empat pilihanraya kecil di Semenanjong selepas PRU ke-12 telah dimenangi oleh parti-parti Pakatan Rakyat. Sementara BN hanya berjaya mempertahankan kerusi DUN Batang Ai, Sarawak (Mac, 2009) sahaja.
PKR telah memang semula di kerusi parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang (Ogos, 2008) dan DUN Bukit Selambau, Kedah (Mac, 2009). Manakala PAS pula berjaya memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu (Januari, 2009) dan mempertahankan parlimen Bukit Gantang Perak (Mac, 2009).
Dengan kekalahan bertubi-tubi di pihak BN, pemimpin-pemimpin BN mula menyatakan bahawa pilihanraya kecil ini menghabiskan banyak masa, tenaga dan wang ringgit serta tidak perlu dilakukan.
Tetapi dalam masa yang sama mereka juga mendesak Exco Selangor dan ADUN Bukit Lanjang, Elizabeth Wong meletak jawatan. Malah sebelum ini pun, beberapa wakil BN seperti Dato' Sharir Samad, Abu Hassan Omar dan beberapa ahli lain juga meletakkan jawatan bagi mengadakan pilihanraya kecil tetapi tidak pernah 'kondisi' ini dipertikaikan.
Menyedari keadaan ini, Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Ser Najib Tun Razak cuba bertindak realistik dengan suasana semasa dan menyatakan bahawa UMNO dan BN berkemungkinan tidak akan menyertai pilihanraya kecil yang sengaja dipaksakan PKR supaya tidak terperangkap dengan ‘mainan politik’ pembangkang.
Sungguhpun hasrat Pengerusi BN ini mendapat reaksi positif dari pemimpin-pemimpin komponen BN, tetapi tidak direstui oleh Tun Dr. Mahathir yang menyebabkan Najib menjadi serba salah.
Pada hemat saya, BN akan bertanding di Penanti kerana sukar bagi Najib untuk mententang kemahuan Tun Dr Mahathir yang mahukan UMNO dan BN bertanding walaupun kalah bagi menjaga penyokong-penyokong parti berkenaan.
Bagi mewajarkan tindakan ini, Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di DUN Penanti sama ada mereka mahu BN bertanding dalam pilihanraya kecil di situ.
Ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dilaporkan dalam sebuah akhbar internet berkata, maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.
Mohd Sabu TKM Pulau Pinang ?
Sekarang ini, Lim Guang Eng Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan kurang gembira dengan tindakan perletakkan jawatan ADUN Penanti, Mohamad Fairus Kamaruddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
DAP nampaknya kurang senang dengan permainan politik PKR yang membelakangkan Ketua Menteri kerana perletakkan jawatan fairuz ini hanya diketahui beliau melalui media dan lelbih-lebih lagi bila Ketua Menteri diminta tutup mulut berhubung isu ini.
Disebabkan isu ini, pergesaran kerajaan campuran DAP-PKR mula kelihatan. Gerakan cubna masuk campur dengan memperlekehkan Ketua Menteri DAP yang tidak mampu menyelesaikan perkara ini segera tanpa campurtangan PKR.
Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini semua 115 perwakilan PAS dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh pula sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut.
Dengan perkembangan terbaru ini, nama Mohd Sabu telah disebut-sebut sebagai calon yang sesuai mewakili PAS di DUN Penanti dan layak untuk dipertimbangkan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bagi memperkukuhkan kerajaan campuran DAP-PKR menjadi kerajaan Pakatan Rakyat dengan penyertaan ADUN dari PAS.
Sementara Ketua UMNO Permatang Pauh, Dtuk Abdul Jalil Abdul majid yang juga bekas calon DUN Penanti dalam pilihanraya umum lepas dilaporkan berkata adalah tidak wajar bagi PKR untuk meminta pengundi di Penanti memberikan peluang kedua kepada parti itu kerana selama ini, PKR telah mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat di Penanti.
Tindakan mencalonkan wakil PAS di kerusi DUN Penanti boleh meredakan pergolakan politik di Pulau Pinang termasuk dikalangan orang Melayu yang lebih menerima PAS mewakili mereka berbanding dengan parti berbilang kaum seperti PKR.
Sebagai ganti kepada kehilangan kerusi DUN ini, kerajaan Pulau Pinang wajar mencadangkan satu kerusi Senator di Dewan Negara kepada wakil Pulau Pinang. Manakala satu lagi kerusi senator wajar diberikan kepada Tengku Aziz, Naib Pengerusi DAP yang menjadi ‘simbol’ orang Melayu dalam parti DAP ketika ini.
Friday, April 24, 2009
'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti
| | |
| IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini. Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam. Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut. "Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya. Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. |
‘Wa respek sama lu!’
APRIL 24 — “Wa respek sama lu!”. Sesekali bahasa rojak dapat menggambarkan sesuatu keadaan itu lebih mencengkam berbanding dengan bahasa standard. Walaupun saya pejuang bahasa standard dan tidak suka menggunakan bahasa rojak tetapi sesekali saya berasa puas dapat ungkapkan bahasa rojak untuk saya sampaikan hasrat saya kepada orang-orang tertentu. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan orang tertentu dengan gaya bahasa sedemikian dimaksudkan untuk geng “Mat Rempit” atau “minah-minah gedik” tapi saya tujukan ungkapan rojak ini kepada Ah Tek, Ong, Bak Chua, Ah Hin dll dari Kelab Penyokong PAS Parit Buntar.
Bukanlah saya tak pandai nak ungkapkan kata yang lebih baik, tetapi itulah bahasa yang difahami oleh “Ah Tek and the gang”, dan tulisan saya ini saya dedikasikan kepada mereka daripada aktivis Kelab Penyokong PAS Parit Buntar yang telah menunjukkan komitmen mereka memenangkan PAS di Bukit Gantang. Saya yakin ramai lagi seumpama Ah Tek dan rakan-rakannya dari merata cerok yang “pulun habih”untuk PAS antaranya Ah Beh Bagan Serai. Tidak ketinggalan Suria, Nali, Siva dll, mereka habiskan tenaga dan wang ringgit untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kepada mereka , “wa mau kasi tau, memanglah wa respek sama lu olang”.
Pagi itu saya terima SMS daripada Abang Hamdan yang merupakan Pegawai Khas Perpaduan di Pusat Khidmat Parit Buntar. Berita pagi itu memang memeranjatkan kerana ia adalah pemberitahuan tentang pemergian sahabat baik saya Haji Roslan Shahrum, Ahli Parlimen Buki Gantang. Saya menelefon nombor YB Roslan sendiri yang hingga hari ini masih tersimpan dalam senarai nombor talipon bimbit saya, lalu dijawab oleh anak allahyarham yang dengan nada sebak mensahkan apa yang saya terima daripada SMS. Kemudian untuk maklumat selajutnya saya menghubungi Wan, Pegawai Khas YB, lalu saya diminta oleh Wan bagi memudahkan urusan post-mortem untuk membekalkan kepada pihak hospital di Batu Gajah surat pengesahan bahawa YB Bukit Gantang itu telah jatuh di Taiwan dan disahkan ada masalah jantung di hospital Taiwan. Untuk pengetahun, saya , YB Padang Terap dan YB Nibong Tebal bersama YB Roslan menghadiri Konfrensi Keamanan di Taiwan dan semasa itulah YB Roslan ketika menaiki tangga jatuh dan pengsan lalu dikejarkan ke hospital. Jadi pengesahan kami adalah penting dan alhamdilillah segala urusan post-mortem dan pengebumian berjalan dengan lancar (akan saya dedikasikan kisah YB Roslan dalam tulisan yang lain).
Berita YB Roslan disambut dengan dua perasaan, pertama sedih dengan pemergian seorang sahabat seperjuangan, kedua kagum kerana pemergiannya seolah menjadi mercu tanda keperwiraan menebus maruah negeri yang telah dirampas oleh BN secara tidak demokratik. Saya kata wira kerana keengganan SPR membubarkan tiga DUN yang belot telah digantikan dengan pembubaran wajib Bukit Gantang dengan pemergian YB Roslan yang “berkorban nyawa” demi maruah ini! Berita PRK yang akan dibuat pada 7 April dan penamaan pada 29 March sudah diketahui dan SPR mengambil had masa yang maksima iaitu 60 hari, agaknya kerana ingin memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir pada 28 March.
Setelah “memanaskan badan” di dataran Sungai Kerian, Parit Buntar, rutin saya ialah sarapan dengan rakyat di mana-mana gerai yang saya rasa perlu. Pagi itu Abang Hamdan mengajak saya makan pagi di pekan Kuala Kurau sekaligus berjumpa dengan Ah Tek dan Ong kerana mereka ingin tahu perkembangan PRK Bukit Gantang. Selesai berjoging pagi itu saya dan Abang Hamdan bersarapan di bangunan Mara Kuala Kurau besama YB Yunus, ADUN Kuala Kurau dan pembantunya Nan. Ah Tek dan Ong turut serta,lalu sambil makan pagi, Ah Tek dengan nada semangat berkata: “Ini kali lu jangan bimbang, kita mesti menang punya, olang lamai pun cakap ini macam PAS mesti angkat punya!” Saya pun terangsang dengan kata semangat Ah Tek yang hanya beseluar pendek dan memakai T- shirt lusuh PAS yang kurang dua tiga batang gigi hadapan. Dia terus merangsang kami yang terpegun dengan kata-kata motivasinya: “Ini PAS apa jadi pun talak lari ohh, PAS punya olang banyak kuat, itu olang Cina kata aa.. bo chow ohh…. Ehh YB kita jalan-jalan nanti jumpa sama olang ahh, ini satu pekan saya kenai semua olang, dia olang banyak syiok oo kalau YB pi salam-salam sama dia olang...”
Saya dah agak dah, Ah Tek ni memanglah suka bawa saya bersalaman dengan orang ramai di kedai-kedai kopi Cina, sambil kembang hidungnya memperkenalkan YB dia kat orang ramai dan memang pun orang Cina di Kuala Kurau memberi sokongan padu kepada PAS dalam PRU baru-baru ini. Kami pun meninggalkan bangunan Mara untuk berjalan-jalan di pekan Kuala Kurau sambil salam dengan semua orang dan setiap kali bersalaman baik dengan orang Melayu ataupun Cina mereka menenangkan kami sambil berkata: “Jangan takut mesti menang punya!” Begitulah suasana sebelum PRK Bukit Gantang, belum pun loceng berbunyi sudahpun diberi sokongan moral untuk PAS. Di pintu kereta, Ah Tek ucap selamat tinggal sambil berjanji akan turun Bukit Gantang dan akan berkempen habis-habisan.
Pada hari penamaan calon ramai daripada ahli Cina Kelab Parit Buntar tidak hadir kerana ada hari keagamaan bersih kubur. Kecuali Bak Chua dari Tanjung Piandang, Ong, Ah Tek dan Ah Be Bagan Serai minta maaf kepada saya tidak dapat hadir, saya memahaminya bagi menghormati mereka. Tetapi selepas penamaan calon hampir setiap hari mereka turun untuk memastikan calon PAS menang. Mereka pusing merata ceruk yang ada pengundi-pengundi Cina untuk edar risalah dan berkempen dari rumah ke rumah. Kehadiran mereka mewarnai slogan “PAS for All”, ia bukan retorik macam “1 Malaysia” tetapi sesuatu yang real, bukan sahaja PAS menawarkan manifesto politiknya untuk semua tetapi semua kaum di negara ini bekerja untuk memenangkan PAS melalui aktiviti kempen mereka. Bagi saya inilah yang menakjubkan. Mereka juga berbangga memakai baju “PAS For All”, topi yang ada gambar Tok Guru dan badge lambang PAS. Mana-mana mereka pergi sedikitpun mereka tak berasa kekok dengan T-Shirt Kelab Penyokong PAS Perak yang tertera slogan keramat “PAS for All”. Bak Chua yang paling bersemangat, kampong Melayu pun dia mahu berkempen.
Dalam salah satu hari berkempen saya ajak mereka minum dan makan sebagai penghargaan saya kepada mereka kerana sepanjang waktu berkempen saya hanya membekalkan duit minyak sahaja kepada mereka, sudah tentulah tidak mencukupi, jadi dengan belanja mereka makan sekurang-kurangnya terubat rasa letih mereka. Sambil menikmati tom yam di bandar Taiping, Bak Chua melahirkan kebimbangannya: “Wa atak takut Cina punyi undi, dia mesti kasi sama koyok (PAS) punya, itu Melayu aa wa ada takut sikit, dia olang mau sama Umno lagi” dalam kebimbangan itu sempat dia memotivasikan saya, Abang Hamdan, Azizi, Jas, dll: “Tak pa maa... mesti mau kerja kuat sikit, mesti menang punya lu jangan takut!” Saya kagum dengan semangat ini, saya sering termenung memikirkan ungkapan-ungkapan ini dari mulut seorang Cina ahli kelab yang bahasa Melayunya tunggang terbalik dan pada waktu yang sama saya berasa terharu terhadap perjuangan Islam PAS di Malaysia yang menyerlahkan lagi kebenaran Tuhan merestui perjuangan ini. Bayangkanlah dalam kepekatan perkauman, PAS muncul memecahkan tembok ini dan dibuktikan dengan gerakkerja Kelab Penyokong yang bersama memecahkan tembok ini. Bagi saya ahli kelab yang bertebaran di seluruh negara hari ini adalah wira-wira yang memecahkan tembok perkauman ini, membelah arus dan mengambil risiko yang tinggi.
Saya insaf kerana berkat perjuangan politik Islam PAS, Allah menzahirkan hujjahnya kepada manusia bahawa jika kamu orang Islam menolak perjuangan Islam aku jadikan yang bukan Islam mendokong perjuangan Islam! Mereka hanya beberapa inci sahaja mencapai nikmat keadilan yang diperjuangkan oleh PAS, hanya hidayah Allah yang menjadi penentunya untuk beberapa inci lagi! Ah Tek menyumbangkan 200 kotak mineral walaupun dia hanya menggoreng kueh tiaw sahaja di pekan Kuala Kurau. Ong agak lanjut usianya, ada masalah jantung walaupun tak serik menghisap rokok lagi. Ong termengah-mengah berjalan dalam suaranya yang lembut sedikit menyeru kaumnya menyokong perjuangan PAS, ada seketika dia terpaksa berhenti duduk kerana letih, mukanya sedikit pun tak menunjukkan kesal kerana terpaksa begini untuk menangkan PAS. Satu sen pun dia tak mintak kepada PAS, dia hanya mahu diperhatikan dan didorong, cukuplah itu “habuannya” dalam menjadi ahli Kelab Penyokong PAS. Saya pelik sesekali bila terkenangkan orang PAS sendiri yang meminta-minta habuannya, kononnya telah bertungkus lumus untuk parti. Saya malu dalam diam kepada Ong, Ah Tek dan Bak Chua apabila mengenangkan ada orang PAS yang “demanding” dengan parti tentang kos, dll. Ingat, mereka ahli-ahli kelab adalah hujjah untuk kita dan juga keatas kita.
Saya tahu selain watak AhTek, Ong, Bak Chua, Ah Hin, Ah Beh ada lagi wira-wira yang saya tidak tahu nama mereka. Mereka mungkin ada di kawasan-kawasan lain, yang penting belailah mereka, bimbinglah mereka dan ambil berat kebajikan mereka. PAS memerlukan ramai lagi seperti “Ah Tek and the gang” kepada wakil-wakil rakyat PAS, jangan sia-siakan pengorbanan ahli kelab dan jangan mengadu hal tentang mereka tetapi cari jalan untuk menjinakkan mereka menjadi aktivis parti yang berkesan dengan hikmah. Tapi buat masa ini, kisah ringkas watak-watak dalam Parit Buntar ini yang telah membuktikan kesetiaan mereka di Bukit Gantang saya ingin rakamkan pada akhir kalam ini: “Wa respek sama lu!”
Mujahid Yusof Rawa is MP for Parit Buntar and PAS National Unity Committee chairman.
Jom Heboh esok di Lumut, apa penjelasan Mufti Perak?
| | |
| Sudah lama tidak kedengaran Konsert Jom Heboh TV3 di Perak namun esok pesta ria ini akan mengambil tempat di TLDM Lumut yang berlangsung sehingga Ahad ini (26 April). Bezanya kali ini, belum lagi terdengar ungkapan sama daripada Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria yang pernah mengeluarkan fatwa pada 30 Julai 2004 berhubung konsert ini. Dalam keputusan itu Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Harussani Zakaria telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda. Justeru, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) telah menghantar surat kepada Harussani merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia tersebut. Ketua Pemudanya Salman Salleh meminta penjelasan adakah penguatkuasaan Undang-Undang terhadap mereka yang memberikan kebenaran, menganjur, menghadiri dan menonton konsert tersebut akan dikenakan tindakan atau sebaliknya. "Selepas majlis penutup Muzakarah Ulama 2004 sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-76 di Ipoh, kami mahu penjelasan daripada Dato' Seri adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut? "Kami memohon agar Dato' Seri dapat memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut agar rakyat Negeri Perak tidak keliru didalam perkara ini," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily sebentar tadi. |
Pilihan raya kecil DUN Penanti sudah pasti?
PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang kosong minggu lalu sudah diputuskan untuk diadakan? Pakatan Rakyat memaklumkan bahawa maklumat yang diterima menunjukkan pilihan raya kecil sudah diputuskan untuk diadakan.
Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan mengumumkan Isnin ini.
Salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, R. Sivarasa berkata, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan yang pilihan raya kecil di DUN berkenaan akan diadakan.
"Beliau berkata pilihan raya Penanti memang akan diadakan, tapi tak dinyatakanlah bila tarikhnya... SPR akan umumkan pada Isnin ini," kata beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ditemui selepas SPR mengadakan pertemuan dengan parti-parti politik mengenai pendekatan baru mengendalikan pilihan raya secara tenang dan terurus di sini semalam.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa penundaan pengumuman mengenai pilihan raya kecil DUN Penanti, yang sepatutnya diadakan hari ini, adalah kerana urusan pentadbiran.
SPR telah mengadakan mesyuarat berkaitan kelmarin.
Abdul Aziz berkata, sehingga ini SPR belum menerima kenyataan bertulis daripada pemilik-pemilik bangunan yang akan digunakan termasuk bagi penamaan calon dan pengiraan undi, juga kenyataan bertulis mengenai persetujuan pegawai pengurus pilihan raya dan penolong-penolong pegawai pengurus pilihan raya untuk mengendalikan pilihan raya itu.
"Bila urusan pentadbiran belum selesai bagaimana kita nak umumkan?" katanya.
Abdul Aziz menolak tanggapan kononnya terdapat "pengaruh luar" yang menyebabkan penundaan tersebut.
"Ini tidak ada kena-mengena dengan pengaruh politik, ini isu dalaman kami sendiri. Kami sudah bersedia untuk mengadakan pilihan raya dan sebaik sahaja kami dapat pengesahan mengenai perkaraperkara ini maka kami akan umumkan," katanya.
Penundaan pengumuman tarikh pilihan raya itu menimbulkan spekulasi beberapa pihak termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik oleh akhbar parti itu, Harakah, sebagai berkata SPR kini sudah tidak bebas dan ada orang belakang yang menentukan hala tujunya.
Pilihan raya itu bakal diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin, 33, dari Parti Keadilan Rakyat pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.
Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I sebelum itu berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menjelaskan ia tidak ada asas untuk mendakwa beliau.
Abdul Aziz hari ini turut mempengerusikan mesyuarat bersama wakil parti-parti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengenai penguatkuasaan sepenuhnya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 termasuk bagi melarang sebarang bentuk kempen pada hari mengundi.
Bagaimanapun, katanya, larangan bagi mengelak sebarang masalah daripada segi keselamatan awam dan pengundi itu belum dapat dilaksanakan kerana kata sepakat masih belum dapat dicapai.
"Ini merupakan perjumpaan pertama dan kita akan terus berbincang. SPR perlu melihat perkara ini secara mendalam supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah apabila dilaksanakan nanti," katanya.
Mengenai dakwaan beberapa pihak kononnya SPR mengikut nada BN dalam mencadangkan agar pindaan terhadap akta bagi menghalang wakil rakyat mengosongkan kerusi tanpa sebab munasabah, Abdul Aziz berkata, ia hanya pandangan SPR sebagai badan yang melaksanakan pilihan raya di negara ini bukan kerana dipengaruhi manamana pihak.
Beliau berkata, walaupun ia merupakan hak individu untuk meletakkan jawatan sebagai anggota DUN, namun untuk mengadakan suatu pilihan raya bukan mudah dan melibatkan banyak kerja, lebihlebih lagi apabila ia berlaku secara berterusan.
"Kita perlu lihat masa yang sesuai, sama ada ada program-program lain atau musim-musim tertentu seperti musim tengkujuh, kena tentukan tempat-tempat pengundian, pengurus-pengurus pilihan raya, tentukan daftar pemilih, kursus latihan kepada kakitangan dan belanjawan.
"Perbelanjaan juga semakin meningkat apabila semakin banyak pilihan raya diadakan, jadi kita harap perkara-perkara sebegini dapat dikurangkan," katanya.
Pilihan Raya Dun Penanti Mungkin Tidak Ada?
PILIHAN raya kecil Dun Penanti, Pulau Pinang yang diharap dan dinanti-nanti ramai peminat politik untuk melihat persilatan seterusnya antara Pakatan Rakyat (PKR) dengan UBN mungkin tidak akan diadakan.
Ada tanda-tanda besar menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mencari seribu helah untuk tidak mengada pilihan raya itu walaupun Adun berkenaan Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat mengosongkan kerusi berkenaan kepada Speaker DUN Pulau Pinang.
peaker DUN Pulau Pinang pula telah pun memaklumkan mengenai hasrat Fairus itu untuk tindakan SPR selanjutnya.
Tanda pertama ialah, semalam SPR sepatutnya mengumumkan mengenai status kekosongan kerusi berkenaan dan dijangka turut mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi tetapi ditunda kepada minggu depan.
Penundaan tarikh mengumumkan status itu tentulah ada penemuan baru yang mengubah cadangan asal SPR itu. Belum pernah SPR berlengah-lengah dalam mengistyharkan mengenai status sesuatu kerusi yang dikosongkan oleh penjawatnya.
Kedua, semalam juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjelaskan bahawa tidak ada kes terhadap siasatan tuduhan rasuah membabitkan Fairus. Penjelasan SPRM itu agak kontras dengan tindakannya sebelum ini yang begitu ghairah kalau berdepan dengan individu atau tertuduh di sebelah pembangkang.
Masih ingat lagi ke 'tuan-tuan dan puan-puan' apa terjadi kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan oleh Gerak kononnya Khalid melakukan penyelewengan berhubung pemberian lembu korban kepada rakyatnya.
SPRM menerusi Pengerusinya, (lupa nama), telah menjelaskan bahawa ada bukti kukuh menunjukkan Khalid melakukan penyelewengan. Penjelasan pengerusi (lupa nama) itu betapa SPRM ghairah untuk memburukkan Khalid Ibrahim dan damagekan kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat.
Tetapi dalam kes Fairus ini SPRM bersikap adil, beretika dan penuh profesional pula menjelaskan bahawa Fairus bebas dari rasuah.
Apa yang dilakukan oleh SPRM itu ada makna dan motifnya tersendiri.
Dua tanda itu merupakan tanda besar menjelaskan pilihan raya tidak akan diadakan. Kemungkinan SPR yang akan bermesyuarat minggu depan menentukan status kerusi itu akan mengistyharkan bahawa tiada berlaku kekosongan pada kerusi berkenaan.
Mungkin SPR sekali lagi menggunakan surat perletakan Fairus itu sebagai tidak sah kerana sebab-sebb tertentu, misalnya tidak diserahkan sendiri, dikesan sebagai dibuat atas desakan pihak tertentu dalam PKR ataupun kerana tersalah meletakkan tanda bacaan koma dibuat nokhtah, nokhtah dibuat nokhtah bertitik dan sebagainya.
SPR dipercayai akan mencari seremeh-remh alasan untuk tidak mengistyahrkan kerusi berkenaan sebagai kosong bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
Kenapa SPR berbuat begtu kena sedia maklumlkan! Bukankah Perdana Menteri, Najib Tun Razak awal-awal memberi isyarat pilihan raya itu tidak perlu diadakan kerana ia membazir dan membuang waktu. Walaupun itu hanya alasan tetapi SPR yang selama ini dianggap sebagai komponen UBN yang ke 15 faham mengenai 'maknawi' yang termaktub dalam hati perdana menteri.
Kesediaan Najib untuk tidak meletakkan calon UBN itu semua difahami bahawa UBN takut untuk berhadapan dengan neraca rakyat sekali lagi di Penanti. Kekalahan di pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan lebih-lebih lagi di Permatangan Pauh amat-amat menakutkan UBN.
Menganliasa apa yang berlaku dalam kes ini kemungkinan UBN sudah berjaya memujuk Fairus supaya mengekalkan kerusi berkenaan dengan imbuhan kes rasuah ke atasnya diumumkan sebagai selesai. Sekiranya tindakan SPM itu berlandaskan atas kehendak seorang manusia dan bukan prinsip kewujudannya maka SPR terus akan dikecam dan dibenci selamanya.
Manakala sekiranya Fairus pula bersetuju menarik balik surat perletakan itu atas teknikal disetujui SPR maka terdedahlah segala yang misteri mengenainya selama ini. Jika tidak ada mengadakan masakan semudah itu untuk SPRM dan SPR melepaskannya. Lebih-lebih kepada SPRM yang memburu Fairus sehingga jauh di Johor. Masakan...
Bagaimana pun sekiranya semua insiden yang berlaku ini benar belaka, dan kenyataan Fairus semalam ikhlas di mana dia akan serahkan kedudukannya kepada pucuk pimpinan PKR, seharusnya PKR menerima Fairus sebaik mungkin kerana dia sudah pun dibersihkan dari tohmohan buruk itu.
Mahkamah Langgar 2 Prinsip Perlembagaan
Beliau yang merupakan pakar perlembagaan persekutuan berkata, dalam isu ini mahkamah tidak mempunyai kuasa berbuat demikian kerana Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".
"Contohnya lihatlah sahaja penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menyentuh tentang isu pemisahan kuasa antara eksekutif dengan mahkamah. Nampaknya hakim-hakim perlu buka buku balik dan fahami konsep asas doktrin pengasingan kuasa atau separation of powers ini," ujar beliau. Beliau menerangkan, "Konsep itu penting dalam memahami kedudukan dewan yang dalam soal ini menyentuh kuasa Speaker. " Apa asas mahkamah menghukumkan yang tindakan Speaker itu tidak sah? Peraturan mana?, soal beliau.
Katanya, "kalau kita merujuk kepada Peraturan Dewan atau Standing Orders yang menjadi undang-undangnya di sana jelas kuasa mentafsir terletak di tangan Speaker sebagaimana yang disebut oleh Peraturan 89 dan 90. "Mahkamah kata Speaker tidak ada kuasa; kita ingin bertanya apa pula kuasa mahkamah untuk menyemak kuasa Speaker?" Beliau berkata, "kalau kita lihat Perkara 72 (1) tadi sangat jelas bahawa perlembagaan tidak membenarkan mahkamah masuk campur. "Saya tidak fikir ada isu inherent power di sini kerana kuasa sedemikian perlu digunakan dengan berhati-hati apabila melibatkan perlembagaan,". Beliau menerangkan "ada yang menyatakan mahkamah ada kuasa dibawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.
"Peruntukan hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk membuat penentuan, bukan melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan oleh perlembagaan," tegas beliau.-Prof. Aziz Bari
Mohamad Sabu tidak tahu jumlah elaunnya
Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu menjelaskan bahawa beliau tidak tahu jumlah elaun yang akan dibayar berikutan pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Mohamad memberitahu, surat pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP hanya diterima pada awal bulan ini dan belum mendapat elaun pertama.
''Saya tidak tahu berapa jumlah elaun yang ditetapkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah malahan belum menghadiri sebarang Mesyuarat Lembaga Pengarah.
''Bagaimana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dari Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed tahu berapa elaun yang saya terima sedangkan elaun pertama sebagai Ahli Lembaga Pengarah pun belum dapat,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohamad mengulas mengenai tindakan Jasmin semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) membidas pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP dan jumlah elaun besar yang diterimanya.
Jasmin semasa membahaskan usul ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN semalam memberitahu, Mohamad menerima elaun tetap RM1,500 sebulan dan elaun luar kawasan RM1,500 serta elaun mesyuarat RM300.
saya melayu..saya juga islam,tetapi kenapa saya sokong dap.
"
hari ini ramai pemimpin dap yang sudah tidak bermasalah dengan islam,(walaupun masih ada segelintir),tetapi tidak semua,buktinya..bermula dengan setiausha agung dap YB Lim guan eng yang pernah mengunakan istilah islam iaitu amar maaruf nahi mungkar dalam pidatonya serta dalam dewan undangan negeri.nak dengar pemimpin umno sebut,payah..beliau juga sering perkatakan tentang seorang pemerintah islam iaitu khalifah umar bin abdul aziz,seorang yang beliau ingin teladani..
kemudian,pilihan raya kecil kuala terengganu menguatkan lagi keyakinan saya terhadap dap apabila ramai pemimpin tertingginya turun padang untuk berkempen untuk seorang calon islam dari pas..betul ni..semua tahu..
dan terbaru,seorang pemimpin dap perak,YB nga kor ming telah mengemparkan ramai pihak apabila beliau menggunakan ayat quran sebagai penguat hujahnya di pentas ceramah semasa pilihan raya kecil bukit gantang..kalau mereka bermasalah dengan islam,pasti beliau tidak bertindak demikian..
berdasarkan 3 peristiwa ini,cukup untuk saya menerima dap,melainkan suatu hari nanti mereka berubah.......... "
Thursday, April 23, 2009
Hari akhir Annuar Musa di Perhubungan Umno Kelantan!
| | |
| Nampaknya debar Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu belum lagi reda. Debaran bagi mereka tewas dan tidak bertanding pada persidangan tersebut semakin kencang. Hukuman seterusnya menanti mereka esok. Bagi yang masih berada di kerusi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, namun tidak mendapat sebarang tempat pada persidangan tersebut debaran sudah mengocak jantung. Lebih-lebih lagi kedudukan mereka di atas ihsan presiden Umno sebelum ini. Kini Dato' Seri Najib Razak perlukan pasukannya sendiri. Bukan lagi orang Tun Abdullah Ahmad Badawi. Antara yang mungkin bakal menerima berita duka esok, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa. Mesyuarat Majlis Tertinggi baru diadakan esok. Semua orang tahu beliau rapat dengan Abdullah. Menurut cerita hubungannya bermula ketika Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood dirawat di luar negara. Menurut sumber, dari situlah hubungan erat Annuar dan Abdullah bersemi. Kehadiran Annuar menyebabkan Dato' Mustapa Mohamad terpinggir. Sedangkan Mustapa berjaya memulihkan reputasi Umno dan BN Kelantan pada pilihan raya 2004. Kerusi yang diduduki Mustapa di Perhubungan Negeri ditukar Abdullah. Keringat Mustapa apabila hampir menumbangkan PAS pada pilihan raya umum ke-11 seperti dipersiakan. Mustapa seolah-olah diperlekehkan Abdullah. Annuar dibawa menggantikan tempat Mustapa. Pernah disingkir Mahathir Sedangkan Annuar pernah disingkirkan Dr Mahathir sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Annuar berada di posisi itu sejak awal 1990-an. Turut terpinggir bersama Annuar ketika itu, Tuan Hashim Tuan Yaakub, Dato' Dr Nik Husien Nik Abdul Rahman dan Dato' Ismail Mamat. Tempat Annuar diganti Dato' Zaid Ibrahim pada 16 Januari 2003. Mustapa sebelum itu menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah di Perhubungan Umno Kelantan. Biar pun Ku Li senang dengan slogan 'makan gaji buta' yang ditulis di merata tempat bagi memperhodohkan wajah kerajaan PAS, namun beliau tetap gagal menawan Kelantan pada pilihan raya umum 1999. Sebaliknya ketika di bawah Ku Li, PAS dan KeADILan mendapat lonjakkan semula selepas agak gersang pada pilihan raya 1995. Menjelang pilihan raya 1999, Ku Li berjanji mahu mengulangi lagi kejayaannya merampas Kelantan pada 1978. Namun impian itu tidak berpijak di alam nyata. Kehadiran Ku Li di pentas politik Kelantan tidak lagi seghairah ketika berada dalam kabinet di era Tun Razak Husien. Sentuhan Mustapa lebih berjaya berbanding Ku Li. Beliau melonjatkan pengaruh Umno sehingga dapat menawan 22 kerusi Dun dan sembilan kerusi parlimen. Annuar orang Abdullah Annuar didatangkan Abdullah bagi mengemudikan Umno Kelantan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12. Hampir empat tahun Annuar berhempas pulas sebagai Pengerusi Umno dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada). Namun Umno di Kelantan makin gerhana. Pelbagai isu dalaman membelit Umno Kelantan. Antara paling ketara diperkatakan dakwaan duit peruntukan pilihan raya yang ditinggalkan Mustapa di Perhubungan semakin mengempis. Biar pun satu demi satu masalah berlaku, Abdullah masih mempertahankan Annuar. Di sepanjang tempoh itu, acap kali kedengaran khabar angin rombakan di Perhubungan Umno Kelantan. Beberapa nama muncul, antaranya Dato' Fatmi Che Salleh dan Dato' Dr Awang Adek Hussin. Angin kencang yang sudah lama bertiup hanya mungkin menjadi ribut esok. Esok nasib Annuar dalam politik akan ditentukan. Beliau pernah diselamatkan dalam isu penyelewengan dana program pembangunan rakyat termiskin (PPRT) ketika menerajui Kementerian Luar Bandar. Khabarnya dana itu melibatkan wang kerajaan lebih RM35 juta. Dan pada pemilihan 24 Mac lalu, Annuar tidak bertanding sebarang jawatan. Ini menggambarkan Annuar sudah merasakan hubungan dinginnya dengan Najib. Kalau benarlah begitu, maka hari ini detik akhir Annuar berada di puncak kuasa di Kelantan. Ada ahli nujum meramal Awang Adek bakal mengetuai Badan Perhubungan Umno. Manakala timbalannya mungkin Fatmi. Mustapa pula sudah selesa di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Annuar pastinya akan terus mengigit jari. |
Krisis politik Terengganu menghala ke arah pembubaran Dun?
| | |
| Mungkinkah krisis politik yang melanda Terengganu sekarang akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun). Ia dianggap sebagai langkah selamat bagi meredakan keadaan. Teori itu boleh menjadi kenyataan sekiranya Dato' Ahmad Said digugurkan sebagai pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Ahmad tentunya tidak akan mudah menyerah kalah. Apa yang berlaku di negeri minyak tersebut hampir serupa dengan situasi di Perak apabila Menteri Besar cuba disingkirkan. Biar apa pun krisis politik dalaman Umno Terengganu mungkin tambah membesar esok. Pengumuman siapa dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri akan menentukan pemenang di antara Ahmad atau Dato' Seri Idris Jusoh. Atau kedua-duanya terpinggir. Mungkin juga tokoh baru akan muncul dari kalangan 22 Adun Barisan Nasional (BN yang ada sekarang. Sekiranya telahan itu menjadi kenyataan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno esok, Terengganu sudah pasti akan mendapat Menteri Besar yang baru tidak lama lagi. Kedudukan Ahmad sudah gonyang ekoran 10 Adun BN yang pro Idris memulaukan persidangan Dun baru-baru ini. Dan keadaan tambah celaru apabila tiga rakan mereka dikatakan menerima ugutan bunuh melalui SMS yang hantar seorang individu. SMS tersebut dikatakan sebagai tindak balas memandangkan ada hasrat Adun terbabit membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan Dun baru-baru ini. Manakala Idris pula tidak disenangi pihak istana biar pun menang sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada perhimpunan Mac lalu. Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasition Ismail berkata, Terengganu hampir pasti akan mendapat menteri besar baru selepas Mei ini sekiranya Ahmad tidak dilantik semula sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. "Mungkin muka baru dari kalangan Adun BN akan dilantik ke jawatan tersebut. "Adun yang akan dilantik nanti boleh jadi bukan lagi Ahmad dan Idris sebaliknya salah seorang daripada 22 Adun BN," katanya pada ceramah di Markaz PAS Dun Hulu Besut di Kampung Lubok Kawah, malam tadi. Bagaimanapun katanya adakah Ahmad akan menyerah kalah begitu sahaja tanpa menggunakan kuasa membawa ke arah pembubaran Dun. Spekulasi pertukaran jawatan menteri besar bertiup kencang di Terengganu ekoran krisis perebutan kuasa di antara Idris dan Ahmad. Ahmad dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu memandangkan pihak istana tidak berkenan kepada Idris. Saifuddin yang juga Pengarah Strategik KeADILan berkata, pemulauan 10 Adun BN pada persidangan Dun baru-baru ini menyebabkan lapan Adun PAS menguasai keadaan. "Selepas Tuan Guru Abdul Hadi berucap, Dr Syed Azman pula bangun diikuti Haji Wahid Endut, Ustaz Harun Taib dan lain-lain lagi Adun PAS," katanya. Krisis kepemimpinan kerajaan Terengganu terus berlarutan apabila Adun pro Idris mendesak Ahmad meletak jawatan kerana mereka mendakwa memperolehi sokongan 18 Adun BN. Ahmad sebelum ini pernah mengugut akan memecat mana-mana Adun yang membawa usul undi tidak percaya terhadapnya. |
Dilarang hadir Dewan Rakyat: Gobind saman 4 pihak termasuk kerajaan
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak yang lain berhubung keputusan menggantungnya daripada menghadiri sidang Parlimen selama tahun.
Tiga pihak lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan Kerajaan Malaysia.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.
Gobind diwakili oleh Karpal Singh & Co.
Sidang DUN Perak: Kemungkinan menurut MP Kulim-Bandar Baharu
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin meramalkan beberapa kemungkinan menjelang sidang pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bulan depan, sejak tercetusnya krisis politik, dengan menasihatkan Speaker V. Sivakumat mengambil langkah berjaga-jaga.
"Dengan keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan sejak seminggu dua berkaitan isu DUN Perak, nampaknya status dua ADUN PKR yang meletakkan jawatan dan tujuh ADUN BN (Barisan Nasional) yang digantung telah selesai.
"Ini bermakna kesemua ADUN BN seramai 28 orang dan tiga wakil rakyat yang melompat parti boleh menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ini," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.
Juster, kata beliau, sidang DUN kali ini akan menyaksikan BN mempunyai majoriti 31 ADUN berbanding Pakatan Rakyat yang mempunyai 27 ADUN setelah ditolak Sivakumar sebagai Speaker.
"Bermakna bila dewan bersidang, dia akan jadi macam cowboy-draw, siapa tembak dulu," katanya.
Zulkifli yang juga seorang peguam menambah, beliau menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya titah Sultan Perak, Speaker akan mengumumkan sembilan ADUN BN digantung kedudukan.
"Ini akan menyebabkan BN tinggal 22 ADUN sahaja.
"Maka sudah pasti BN akan mencari jalan untuk Speaker tidak bertindak sedemikian," katanya sambil menambah, "saya tidak nampak BN boleh halang Speaker daripada memasuki Dewan."
Bagaimanapun sesuatu perlu dibuat untuk menghalang Speaker daripada mempengerusikan mesyuarat, katanya lagi.
"Pertama dengan cara memohon perintah mahkamah untuk injunksi menghalang Speaker menjalankan tugas.
"Kedua ialah dengan usul tergempar dibuat memecat Speaker.
"Saya juga tidak akan terkejut kalau Speaker ditahan reman beberapa hari sebelum sidang berdasarkan laporan polis yang dibuat baru-baru ini bahawa Speaker menderhaka kepada Sultan," katanya.
Jika kejadian itu berlaku, jelasnya, Timbalan Speaker akan mengambil alih.
"Dan Timbalan Speaker adalah Hee (Yit Fong, ADUN Jelapang) yang sudah melompat keluar DAP dan menyokong BN.
"Apa hal pun, nasihat saya kepada Sivakumar... jagalah keselamatan diri baik-baik sehingga sidang dewan. Lebih elok kalau Sivakumar duduk tinggal di tempat yang selamat. Saya cukup pasti unit amal dan sekuriti PAS sentiasa bersedia memberi perlindungan kepada saudara 24 jam," katanya lagi.
Bersihkan nama, Najib wajar ikut saranan Mahathir
| | |
| Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyokong saranan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang turut mengesa Perdana Menteri keenam, Dato' Seri Najib Tun Razak membersihkan namanya berhubung beberapa kes melibatkan maruahnya terutama kes membabitkan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaaribuu. Menurutnya, Tun Mahathir dalam blognya turut kecewa dengan sikap Najib yang masih enggan mengemukan saman terhadap media asing atau sesiapa yang menuduhnya sama ada dalam media cetak atau elektronik. Jelas beliau lagi, selagi namanya tidak dibersihkan selagi itulah rakyat akan mempertikaikan ketrampilan, emej atau hala tuju yang ingin dibawa memajukan Malaysia. "Saya sokong Mahathir yang turut mengesa Najib membersihkan namanya baru imejnya dapat dikembalikan, " tegasnya ketika berucap di Kota Aur, Penaga semalam. Jika gagal membersihkan namanya, Najib patut undur daripada menerajui negara kerana Malaysia tidak mahu kepimpinan yang penuh dengan rasuah, penyelewengan, pembunuh atau sebagainya. Najib tambahnya, wajar meniru Tun Husein Onn yang sanggup turut jawatan bila rasa emejnya sudah menurun tambahan lagi bila ia dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin. Begitu juga tindakan Mahathir melepaskan jawatan bila mana mengesan dirinya tidak diterima lagi oleh rakyat bila terlalu banyak kezaliman, penyelewengan dan rasuah sebelum dirinya dihukum dalam pilihan raya umum. "Tun Mahathir bertindak cepat menangis dalam Persidangan Agung Umno dan meninggalkan kerusi nombor satu negara sebelum pilihan raya ke-11. Dia pandai sebelum jatuh diserah pada Tun Abdullah untuk meneruskan kepimpinan baru, " terangnya dalam program anjuran PAS Kepala Batas. Tun Abdullah pun sama ujar Mohamad, beliau turut melepaskan jawatan kerana tahu imejnya sudah hilang setelah kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-12. Najib pula katanya, wajar bertindak segera seandainya mahukan meneruskan sebagai pemimpin jika tidak beliau wajar turun dan serah pada pemimpin yang bersih. Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, S. Manikumar. |