Saturday, March 21, 2009

ADUN Titi Serong buat Laporan Salah-laku Rasuah kepada SPRM

ADUN Titi Serong, YB. Drs Khalil Idham Lim telah hadir di Pejabat SPRM Ipoh pada jam 2.30 petang tadi bagi melaporkan jenayah rasuah yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Ahli Parlimen Rembau dan pemimpin UMNO yang lain yang didapati bersalah oleh lembaga Displin UMNO pada 17 Mac yang lepas.
Beliau turut ditemani oleh ADUN Buntong, YB.Siva Subramaniam, ADUN Jalong, YB.Leong Mee Meng dan ADUN Menglembu, YB.Lim Pek Har. Pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan dari lembaga displin UMNO sebelum siasatan boleh dibuat, persoalan saya "Adakah kenyataan akhbar dari pengerusinya, Tan Sri Ahmad Rithauddin mengenai kesalahan dan mereka yang terlibat bukankan satu laporan dari lembaga displin" tanya YB.Khalil. Drs. Khalil juga menegaskan sepatutnya SPRM terus menyerbu semua mereka yang terlibat bila ada kenyataan dari lembaga Displin. Selain itu katanya, istilah politik wang yang digunakan adalah mengelirukan, sedangkan ia adalah jenayah rasuah." Saya mempersoalkan kenapa SPRM lambat bertindak dalam masalah ini atau pemimpin UMNO walaupun sudah bersalah oleh Lembaga Dispin Parti namun tidak bersalah dari sudut undang-undang" katanya.

Najib tidak akan jadi PM?

LEBIH kurang dua bulan lalu, penulis ke Kota Bharu bersama seorang rakan. Singgah di sebuah kedai makan, kami bersembang dengan seorang lelaki yang duduk di meja sebelah. Daripada sapaan biasa, perbualan kami akhirnya menjalar ke cerita politik. Lelaki berkenaan yang mendakwa dirinya pesara kerajaan nyata banyak tahu mengenai hal-ehwal politik semasa.

Agak mengejutkan apabila lelaki berkenaan yang berumur 60-an tiba-tiba bercakap dengan penuh keyakinan bahawa ``Datuk (Seri) Najib tidak akan jadi Perdana Menteri.''

Rakan penulis yang tercengang lalu bertanya, kenapa?

Jawab lelaki itu:`` Saya tidak boleh cerita panjang...tapi saya berani bertaruh...berapa banyak taruhan pun saya berani.''

Oleh kerana teman saya itu adalah Cina, beliau secara berjenaka menyebut angka pertaruhan RM2 juta. Katanya, ada sindiket judi yang sanggup membuat taruahn sebanyak itu. Lelaki berkenaan menjawab, berapa banyak pun boleh.

Memendekkan cerita, selepas beredar, penulis dan teman meneruskan bualan mengenai dakwaan lelaki berkenaan. Tentu ada sesuatu yang dia tahu, tapi kami tidak tahu.

Najib tidak akan jadi Perdana Menteri? Ketika itu semua orang sudah tahu bahawa seluruh bahagian UMNO telah mencalonkan Najib menjadi Presiden UMNO, kecuali Bahagian Gua Musang yang mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah. Pak Lah juga sudah mengisytiharkan Najib akan mengambilalih tempatnya. Mana mungkin Najib tidak akan jadi Perdana Menteri.

Dalam masa yang sama, seorang teman penulis yang rapat dengan Tengku Razaleigh mendakwa bahawa anak raja itu baru sahaja menemui Pak Lah. Beliau tidak tahu apa yang dibincangkan, tetapi berkaitan dengan peralihan pucuk pimpinan dalam UMNO.

Teman itu juga memberitahu penulis, ada kira-kira 900 aduan berhubung rasuah politik dalam UMNO yang telah dibuat kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO dan Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Katanya, jika aduan-aduan itu tidak diselesaikan segera akan menjadi `masalah besar' yang boleh menyekat peralihan kuasa dalam UMNO.

Menurut pemberi maklumat itu, Razaleigh juga ada menghubungi Anwar Ibrahim mengenai perkara yang sama.

Perkembangan tersebut mengingatkan penulis kepada cakap lelaki di Kota Bharu yang begitu yakin meramalkan bahawa Najib tidak akan jadi Perdana Menteri. Oleh kerana beliau senegeri dengan Tengku Razaleigh, penulis mengandaikan kemungkinan beliau juga tahu sesuatu yang sedang tersebar luas di kalangan orang-orang UMNO di Kelantan. Persoalannya, adakah Tengku Razaleigh sebagai faktor dalam perkara ini?

Kemudian, tidak semena-mena dua orang ahli UMNO telah memfailkan permohonan injunksi ke mahkamah bagi menyekat Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 27 Mac ini.

Mereka ialah Dato' Kadar Shah Tun Sulaiman Ninam Shah dan bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Mazlan Harun (anak Allahyarham Datuk Harun Idris) memohon injunksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang dalam UMNO gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung.

"Kita menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguh supaya tindakan dapat diambil untuk menyelesaikan laporan yang dikemukakan berhubung politik wang sama ada kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pun kepada Lembaga Disiplin," tegas Mazlan.

Jika perhimpunan itu dapat disekat, tentulah peralihan kuasa melalui pemilihan dalam UMNO juga tersekat. Najib yang menang tanpa bertanding juga tidak disahkan jawatan Persiden UMNO. Maka Presiden UMNO lama akan terus kekal di tangan Pak Lah. Sudah tentulah beliau akan terus kekal di jawatan Perdana Menteri.

Itulah andaian politik mengenai tindakan dua ahli UMNO tersebut. Siapa di belakang mereka? Siasatlah dengan kumpulan mana mereka rapat. Sudah tentu bukan dengan kem Najib.

Dalam masa yang sama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan bahawa Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri sehingga telah selesai `masalah peribadinya.'

Dan yang menjadi bualan hangat sekarang ialah pertemuan antara Pak Lah dan Anwar dengan kehadiran pengasas Madrasah Nurul Iman, Sheikh Mahmud al-Majzub selama 20 minit. Mereka hadir atas jemputan Syeikh Mahmud bagi majlis sambutan Maulidur Rasul madrasah itu.

Dalam pertemuan itu, Anwar dikatakan membangkitkan kemampuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggantikan Abdullah.

Pak Lah telah memberikan penjelasan kepada media mengenai perkara ini.

Menurut Utusan Malaysia hari ini, perbincangan empat mata hanyalah rekaan semata-mata. Seterusnya akhbar tersebut melaporkan:

Perdana Menteri berkata, beliau mengenali tokoh agama, Sheikh Mahmud Al-Mazjub dan menerima jemputan makan tengah hari sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran madrasah itu.

Katanya, selain Mulidur Rasul, majlis tersebut turut diadakan sempena sambutan tamat latihan kerohanian 40 tahun tokoh agama tersebut.

``Semasa saya sedang makan, Anwar tiba sebab dia pun dijemput. Itu sahaja.

``Semasa saya sedang bercakap dengan Sheikh Mahmud, dia bagi pandangan macam-macam tentang masalah yang dihadapi dunia. Mengenai pentingnya kepimpinan negara. Kita mesti adil dan kita mesti mengawal keamanan. Itu yang ditekankan,'' katanya.

Menurut Perdana Menteri, beliau hanya bercakap dengan Sheikh Mahmud dan bukannya dengan Anwar.

``Dia (Sheikh Mahmud) bercakap dengan saya, bukannya dengan Anwar dan saya pun tidak bercakap dengan dia (Anwar) sebab dia sedang dengar tok guru bercakap. Tidak ada yang lebih selain itu,'' jelas Abdullah.


Namun persoalan sama ada Najib akan menjadi Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agung UMNO terus menjadi perbualan dan bahan teka-teki, sekalipun Pak Lah menegaskan peralihan kuasa akan tetap berlaku.

Siapa yang beria-ia sangat mahu menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam? Dalam UMNO atau luar UMNO? Pelbagai andaian dilontarkan, tetapi semuanya andaian.

Yang paling jelas, Anwar memang tidak suka Najib menjadi Perdana Menteri kerana peluangnya sendiri semakin tertutup. Dulu Anwar begitu yakin bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri kelima selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad. Itu tidak berlaku atas sebab-sebab yang semua orang tahu.

Seterusnya Anwar merancang dan mengatur muslihat politik untuk ke Putrajaya kononnya pada 16 September 2008. Sekali lagi ia tidak berlaku.

Namun hajat Anwar untuk jadi PM terus membara. Semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu, Anwar telah memberitahu sebuah akhbar Cina teori perkataan RAHMAN yang mengaitkan dengan nama-nama orang yang menjadi Perdana Menteri Malaysia. R bagi Tunku Abdul Rahman, A bagi Tun Abdul Razak, H bagi Tun Hussein Onn, M bagi Mahathir, A bagi Abdullah Ahmad Badawi dan N....(logiknya Najib).

Menurut Anwar kepada akhbar Kwong Wah Yit Poh, Perdana Menteri selepas Abdullah ialah Anwar, bukannya Najib. Katanya, perkataan RAHMAN itu sepatutnya dieja sebagai RAHMAAN (dua A) kerana mengikut sebutan tulisan jawi MAN adalah lebih panjang dan patut dieja sebagai MAAN.

Selain Anwar, Tengku Razaleigh juga masih bercita-cita untuk jadi PM. Sebab itulah beliau menawarkan diri untuk jadi Presiden UMNO selepas Pak Lah, tapi hanya mendapat satu pencalonan daripada Bahagian Gua Musang.

Berdasarkan senario ini, jelas bahawa laluan Najib untuk menggantikan Pak Lah bukannya mudah walaupun UMNO telah memberikan kemenangan tidak bertanding kepadanya. Usaha untuk menyekatnya akan diteruskan hingga ke saat-saat terakhir. Pelbagai cerita buruk telah dan akan dilemparkan terhadapnya walaupun tanpa bukti.

Sebab itulah ramai juga yang termakan kempen menentang Najib dengan mempercayai bahawa peluang anak sulung Allahyarham Tun Abdul Razak itu untuk mengikuti jejak langkah bapanya tidak akan tercapai.

Bagi penulis mudah sahaja jawapannya. Yang menentukannya ialah Allah s.w.t. Bukan Anwar, Tengku Razaleigh, Nik Aziz atau Pak Lah. Sama-samalah tunggu perkembangan selanjutnya-

PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA

Darihal Muslimat Oleh PakaLOLO

" 1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya
(meminta ampun).


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali
atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan
oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia
keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat
wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan
berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w.
bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.),
datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah
s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu
Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya
Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat
melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan
untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari
Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung
suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka
dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya
ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan
seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah
dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika
terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak
berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi
ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam
laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati
suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat
malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika
diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada
suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari
Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian
diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan
kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w.
ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah
s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika
engkau berbuat baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa
berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka
menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada
mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau
membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini
ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya
tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan
2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat
Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah
s.a.w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi
kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak,
mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja
rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang
didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang
mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah.
(Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang
berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
(Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu
dan mengumpat.)

v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu
mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu
lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan
lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam
selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh
badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup
pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang
haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata
kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku,
kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan.
Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau
kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat
perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.
Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan
memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia
dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah
benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan
lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan
janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya
memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :-

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-
baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah
pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah
mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s.w.t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada
suaminyaseperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk
jimakatau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah
atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkankeluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak
mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika
suamiingin masuk.
f. Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak
disukaioleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan
berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung
padaredha atau tidaknya suami padanya.
"

Perang dalaman UMNO bermula dengan penolakan rayuan Ali Rustam

Artikel Oleh dewa

" Penolakan rayuan Ali Rustam tidak ubah seperti 'pengisytiharan perang' oleh Team Najib ke atas Team Pak Lah. Sebelum ini penganalisis politik meramalkan bahawa sabitan terlibat politik wang ke atas Ali Rustam dan KJ sekadar gimik dan rayuannya akan diterima. Ke mana arah tuju Ali Rustam selepas ini? Tidakkah anak beranak dan kaum kerabatnya akan turut berasa malu selepas dirinya terpalit dengan najis 'rasuah' dan 'politik wang'. Jika Chua Soi Lek ditekan untuk meletak jawatan kerana skandal seksnya yang tidak pun menjejaskan negara, bukankah Ali Rustam dan KJ lebih wajar meletakkan jawatan?

"Berita Harian, 20 March 2009, KUALA LUMPUR: Panel Rayuan Umno memutuskan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tidak boleh bertanding atau dipilih pada pemilihan parti munggu depan.

Penolakan rayuan Ketua Menteri Melaka itu diumumkan Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaluddin, sebentar tadi.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno membuat keputusan melarang Mohd Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden Umno selepas lembaga itu mendapati beliau bersalah membabitkan rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau. "

Ada orang kampung yang berbual dan berkata bahawa "Najib terlalu rakus". Dalam keghairahan Najib memburu kerusi PM, Najib melumpuhkan ekonomi Perak dan meletakkan Malaysia dalam ketidakstabilan politik. Dakyah sesat UMNO agar penyokongnya menyokong secara mutlak iaitu secara dulu, kini dan selamanya tanpa menggunakan kepala otak membuatkan ramai ahli UMNO kelihatan cukup emosi dan samseng. Hujah yang bernas hanya dijawab dengan kecaman dan ugutan oleh ahli-ahli UMNO..

Bagaimanakah sambungan episod pergolakan dalam UMNO ini? Bagaimana KJ dan Ali Rustam akan mengatur langkah menyerang balas? Apakah kejutan yang menanti kita sewaktu Perhimpunan Agung UMNO nanti? Bersama-sama kita tunggu dan lihat. Menang jadi abu, kalah jadi arang. Itulah kesannya bila bergaduh dengan Mr.C4.. Tajam sindiran nih.."

Friday, March 20, 2009

Rasuah Ali Rustam(bunuh tikam 20kali) Dan Khairy(bunuh tikam sekali)


"Bila wartawan kemuka soalan kepada Tengku Ahmad Rithauddeen kenapa hanya Ali rustam je yang kena sebab Khairy pun rasuah jugak? Dia jawab macam kes bunuh jugak, yang bunuh tikam dua puluh kali dengan tikam sekali tentulah tidak sama hukumannya. Jawapan yang selamba dan rasa 'macam cerdik' para pemimpin UMNO.

UMNO ni kalau dah namanya UMNO memang UMNOlah. Tak cerdik cerdik. Dari penyokong bawahan sampai ke pemimpin yang 'terer terer'. Yang kena hukuman pun sama yang tukang hukum pun sama. Bunuh tetap bunuh. Yang mati tetap mati. Yang salah tetap salah. Ada ke yang boleh kasi ampun. Kalau lepas maknanya tak bersalah. Atau tidak disabitkan dengan kesalahan. Apa nak berbelit belit.

Ahmad Rithauddeen kata, "Sama ada pekerjanya melakukan kesalahan membabitkan politik wang atau mengadakan jamuan makan". Ada ke sesiapa dari pemimpin UMNO tidak mengadakan jamuan makan untuk tarik undi? Ada ke pemimpin UMNO tidak beri apa apa imbuhan kepada sesiapa untuk tarik undi?

Lepas tu Ahmad Rithauddeen bagitau pulak Ali boleh buat rayuan. Kalau Ali merayu apakah akan diberi ampun? Kalau dah diberi ampun, jika sekiranya dia menang macamana? Atau nanti kalau khairy menang macamana? Kalut ribut pulak puak puak mukhriz dan puak puak yang kalah. Jom ketawa...hahahaha..UMNO memang melucukan. UMNO memang tidak perasan dia adalah parti lawak jenaka. Parti Sarkas. Parti pencacai yang masih merasa megah dia masih mampun mentadbir negara. Padahal sesama sendiripun tak boleh percaya.

Rasuah Oh Rasuah..

Coretan @ Luahan Oleh emasperak

" saya rasa terpanggil untuk menyirkan artikel ini kerana dinegara kita semakin banyak pihak-pihak tertentu yang mengamalkan rasuah.. CERITA orang menerima rasuah tidak menjadi rahsia lagi. Menerima rasuah pula ada pelbagai cara - terang-terangan, cara gelap, sembunyi-sembunyi dan pelbagai lagi. Rasuah kini semakin menjadi-jadi dan berlaku di sana sini serta di mana sahaja, dalam rumah, dalam kedai, dalam hotel atas jalan raya, atas jambatan, di padang, coffee house dan tempat-tempat lain.

Mereka yang "makan rasuah" ini tidak tahu "akibatnya". Bukan sahaja makan harta secara haram, bahkan hidup mereka hilang barakahnya. Balasan Allah subhanahu wa taala kepada mereka yang makan rasuah terlalu berat. Balasannya, kadang-kadang Allah tunjukkan di atas dunia lagi. Ada rumahnya terbakar. Ada yang menerima musibah kepada keluarga dan diri sendiri, kehilangan harta benda dan macam-macam hal yang lain. Ada kalanya pula, Allah menangguhkan balasannya itu hingga hari akhirat kelak.

Balasan di dunia dan akhirat tentang mereka yang makan benda-benda haram seperti rasuah ini telah diberitahu oleh Allah melalui lisan nabi-Nya Muhammad s.a.w. Oleh kerana mereka ini tidak tahu apa-apa mengenai kesalahan ini dari segi hukum, maka mereka terima rasuah dengan memberi makan kepada anak, isteri, ibu bapa, bapa mentua, ibu mentua dan sesiapa yang di dalam tanggungannya. Seolah-olah rasuah itu tidak ada apa-apa bagi mereka. Daripada hasil rasuah mereka beli rumah baru, kereta baru , tanah baru, bini baru dan barang-barang rumah baru daripada wang rasuah yang dirampas daripada hak orang.

Oleh kerana mereka "jahil" dalam ilmu agama, tidak pernah mengkaji agama, mendengar ceramah, tidak pernah menghadiri kuliah agama dan tidak pernah membaca buku agama, maka mereka terima rasuah itu "macam makan cendul".

Ada kes rasuah dibawa ke mahkamah. Apabila mereka diheret dan dibicarakan ke mahkamah atas tuduhan rasuah, maka mereka akan pakai "ketayap putih". Seolah-olah ketayap putih itu mencerminkan pemakaiannya sebagai "orang baik-baik" belaka, kerana orang yang memakai ketayap putih lambang "lebai" orang yang sudah naik haji.

Dalam perbicaraan, mereka mendapatkan seorang peguam yang bijak dan pintar. Atas kebijaksanaan peguam itu, dia dibebaskan kerana tidak cukup bukti. Tetapi di hadapan Allah mereka tidak akan terlepas. Mereka cuma terlepas di dunia sahaja, di akhirat mereka tetap akan menerima hukuman daripada Allah.

Ada sebuah hadis Nabi, yang diriwayatkan oleh se-orang sahabat Nabi yang paling rapat, iaitu Mua'z bin Jabal tentang bagaimana Rasulullah memberitahu, manusia yang akan dibangkitkan dari kubur di akhirat nanti, dengan pelbagai bentuk dan rupa yang memalukan. Rupa dan bentuk ini bergantung kepada dosa yang dibuat oleh manusia di atas dunia, di antaranya termasuk makan benda-benda haram iaitu rasuah.

Rasulullah menjelaskan ada yang dibangkitkan kelak berwajah `khinzir', kerana memakan benda yang haram dan merampas hak orang. Yang jelas kepada kita ialah apa yang dimaksudkan oleh Nabi itu ialah mereka yang menerima rasuah, kerana rasuah itu memakan yang haram dan mengambil hak orang lain secara haram.

Sebagaimana yang kita maklum bahawa "rasuah" ialah memakan harta yang tidak halal, mengambil hak orang lain, merampas harta orang secara paksa, memakan titik peluh orang secara haram. Pengamal-pengamal rasuah ini sudah tidak takut lagi kepada undang-undang dan peraturan, apalagi undang-undang Allah tidak langsung dihiraukan.

Memakan rasuah bukan sahaja melibatkan orang itu sendiri, bahkan melibatkan isteri, anak-anak, ibu bapa di mana mereka diberi makan daripada rezeki yang diperoleh daripada sumber ataupun perbuatan-perbuatan haram. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, dalam tubuh isterinya, anak-anak mereka, ibu bapa mereka merupakan darah yang diambil daripada rezeki yang haram. Inilah satu perbuatan yang paling buruk, paling kotor dan paling keji dalam masyarakat kita.

Rasuah dalam bentuk yang pelbagai itu telah menjadi amalan keji paling tua oleh manusia. Kecenderungan ini iaitu rasuah berasal dari naluri tamak, desakan kebendaan dan untuk memuaskan nafsu semata-mata. Barah bagi gejala rasuah ini ialah begitu dalam menusuk ke dalam masyarakat moden di seluruh dunia. Amalan ini terlalu dalam sehingga sukar untuk dihapuskan.

Pengamal-pengamal rasuah ini sebenarnya tidak tahu, buta kayu dalam "ilmu agama". Kalaulah mereka tahu bahawa rasuah itu amalan yang paling keji dan hukumnya "haram" yang terlarang oleh agama, tentulah mereka tidak melakukannya. Sekarang ini di mana-mana pun kita berurusan maka amalan rasuah sudah menjadi lumrah. Kalau tidak ada sogokan rasuah, semua kerja dan semua urusan akan berjalan lambat, lembap, malah akan memakan masa paling lama sekali."

Thursday, March 19, 2009

MCA: Kami membantah tindakan UMNO!


Artikel Oleh dewa

" MCA membuat kenyataan terbuka mengecam tindakan UMNO yang bermain isu perkauman dan berat sebelah apabila Karpal Singh didakwa dibawah hasutan kerana mempertikai kesahihan undang-undang berhubung tindakan Sultan Perak dalam isu di Perak. MCA mengecam keras pendakwaan berat sebelah ini kerana pemimpin UMNO yang memanggil kaum Cina sebagai kaum "PENUMPANG' dan 'PENDATANG SEMENTARA' tidak pula dikenakan tindakan mahkamah sebaliknya hanya dikenakan tindakan disiplin ringan oleh UMNO. Mungkinkah Pakatan patut tarik MCA dan MIC masuk?

"The Nut Graph
by Deborah Loh

PETALING JAYA, 18 March 2009: The MCA considers the sedition charge against Karpal Singh to be selective in nature and wants the Attorney-General to drop it.
The party’s political education bureau head, Gan Ping Sieu, said the MCA was of the view that Karpal’s difference of opinion with the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, did not amount to sedition...Gan cited the police reports lodged by MCA Penang against Bukit Bendera Umno chief Datuk Ahmad Ismail on his “pendatang” and “penumpang” remarks. Other than being suspended by his party, no other action has been taken...


As such, Gan said the charges against Karpal appeared to be selective and raised doubts about the impartiality of the Attorney-General’s Chambers."

Confirm UMNO akan mati

Analisis Isu Oleh wanibrah

" Ekoran daripada Jawtankuasa Disiplin UMNO menghalang Ali Rustam bertanding Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 24-28 Mac nanti, jelas bayangan rasuah sudah menjadi darah daging pemimpin dan ahli UMNO. Imej ini tidak boleh diketepikan bila mana penyakit lain turut dihidapi UMNO seperti mana tindakan Parlimen menggantung ahli parlimen Puchong selama 12 bulan atas sebab membangkitkan (mengaitkan Najib) isu pembunuhan Altantuya dalam ucapannya di Parlimen tempoh hari. Maka Ali Rustam atau Najib kedua-duanya dilihat mempunyai penyakit yang bakal memudaratkan UMNO dan melayakkan UMNO ditolak selama-lamanya oleh rakyat.

Sementelah pula, hasil kajian rawak Merdeka Centre dengan kerjasama UIAM, turut mendedahkan keraguan orang Melayu dan responden seramai lebih 1,000 orang itu, sudah tidak yakin untuk UMNO menjadi peneraju kepimpinan negara.

Tercetus pula, kenyataan meragukan semua pihak apabila Zaid Ibrahim telah mencadangkan kepada Yang DIpertuan Agung agar tidak menerima Najib sebagai Perdana Menteri selepas Pak Lah Badawi berundur nanti. Ini semua akan menjelmakan pelbagai kerisauan rakyat, betapa UMNO di penghujung hayat ini mempunyai pelbagai rekod buruk yang mendera rakyat.

Lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi global turut menyengat keselesaan hidup rakyat Malaysia yang sudah pasti ia memerlukan pemimpin negara yang tulus ikhlas, dan berjiwa kental serta terhindar darpadai sebarang salah laku mahupun perbuatan jenayah!!

Sudah cukuplah rakyat mempercayai kata-kata manis pemimpin UMNO yang jelas di sebalik bibir yang meleret senyum terbayang hati yang busuk untuk menjunjung amanah rakyat dan negara. Demi Tuhan Yang Esa, pemimpin yang belot dengan amanahnya pasti akan dibaham api neraka jahanam!!

UMNO = Rasuah

Analisis Isu Oleh ruhan

" Walaupun tidak ramai yang terbongkang akibat tindakan Lembaga Disiplin UMNO, rakyat semakin yakin parti itu dihantui pemimpin yang rasuah. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi wajib mengambil keputusan menyahkan UMNO dalam peta politik negara kita yang tercinta ini, tidak kira Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK). Berikanlah tanda noktah kepada UMNO berbuat onar kepada rakyat yang mempercayai mereka selama ini. Kita tidak mampu lagi berbuat silap. Setiap kesilapan kita akan dihukum oleh pemimpin UMNO yang tidak berhati perut.

Tembolok dan kocek mereka sentiasa penuh. Rakyat hina dina di desa dan pedalaman yang terlalu setia kepada UMNO tetap juga hidup dalam keperitan. Harga barang terus melambung. Harga komoditi pula terus menjunam. Sampai bila penghuni desa dan pedalaman yang tidak pernah mengecapi nikmat kemerdekaan mampu menahan derita tanpa pembelaan yang berkesan?

Tidak kira di mana anda berada, tolak UMNO/BN. Jangan diberi muka kepada petualang-petualang itu. Setelah diberi kesempatan selama lebih daripada 50 tahun, mereka hanya menjadi penghisap darah.

Dari lebih daripada 900 aduan, hanya dua raksasa yang masuk lubang dan tak sampai dua ratus kes yang dapat diselesaikan. Inilah sandiwara mereka. Tidak ada siapa yang siuman di Malaysia ini yang boleh menerima semua kes tertunggak itu palsu semata-mata. Hakikatnya, ahli-ahli mereka yang terdiri daripada pelbagai jawatan sendiri yang mengiyakan betapa busuk dan membusungnya rasuah dalam UMNO, bukan orang di luar UMNO.

Seorang calon Timbalan Presiden UMNO didapati bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Anehnya, dia hanya tidak dibenarkan bertanding. Tidak digantung keahliannya dan tidak payah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka. Sebelum ini, Isa Samad terlepas jawatan menteri. Nampak sangat hukuman dalam UMNO tidak konsisten.

Seorang calon Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan melakukan kesalahan yang sama, tetapi hanya diberi amaran dan boleh bertanding. Bagi UMNO, rasuah ada kasta. Orang kasta tinggi yang buat rasuah seperti menantu PM hukumannya ringan. Orang kasta rendah seperti pemimpin bahagian dan AJK hukumannya berat, sampai tiga tahun pun ada.

Apa-apa juga yang akan dikatakan oleh kedua-duanya tidak akan diterima oleh rakyat yang memberi amanah kepada mereka. Perasuah tetap bersalah. Jenayah ini perlu disiasat oleh SPRM. Rakyat ternanti-nanti tindakan yang akan diambil kepada pesalah yang telah dimuktamadkan itu.

Sukar bagi rakyat Malaysia mempercayai kata-kata yang terkeluar daripada mulut pemimpin-pemimpin ini. Hanya orang yang tidak mampu berfikir sahaja yang akan mempercayai mereka.

PENGUNDI-PENGUNDI PRK BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI PRK BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI PRK BATANG AI!

Masihkah anda hendak menyokong BN setelah tembelang parti terasnya, iaitu UMNO terbongkar?

JANGAN PERJUDIKAN NASIB ANDA!!!

UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!
UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!
UNDILAH PAS! UNDILAH PKR!

KUBURKAN UMNO/BN!!!
KUBURKAN UMNO/BN!!!
KUBURKAN UMNO/BN!!!

Wednesday, March 18, 2009

najib cakap tak serupa bikin

semalam semasa merasmikan satu persidangan berkenaan integriti di kuala lumpur bakal PM kita ada mengatakan bahawa dia akan cuba untuk membersih dan membetulkan UMNO sebelum rakyat menolak UMNO sepenuh pada PRU 13 nanti. Tapi cuba lihat kenyataan najib dalam TV mahupun akhbar berkenaan rasuah ali rustam. najib kata ali rustam akan kekal sebagai ketua menteri dan akan terus menyumbang untuk kebaikan parti. macam mana nak bersihkan UMNO kalau masih ada kaki rasuah dalam UMNO?

katanya lagi itu hanyalah kesalahan dalam parti. jadi tak kena mengena dengan jawatan ketua menteri. samalah dengan orang yang berak tapi tak cuci bontot. najis dah dibuang ke dalam mangkuk tandas....yang dibontot masih dibawa. pokoknya orang itu masih bawa najis yang akan membuat orang lain terhidu bau nya.

tapi nak buat macam mana, UMNO ni memang penuh dengan najis. macam kata shahnon ahmad dalam buku kontraversinya 'SHIT'.

Hukuman berbeza, Ku Li pertikai Lembaga Disiplin Umno

Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mempertikaikan keputusan Lembaga Disiplin semalam yang menjatuhkan hukuman berbeza antara pemimpin tertinggi dan pemimpin peringkat bawah Umno walaupun kesalahan yang dilakukan seolah-olah sama.

Katanya, beliau khuatir orang ramai akan mempertikaikan kredibiliti Lembaga Disiplin kerana ramai yang merasa keliru dengan dengan keputusan yang diumumkan semalam.

"Macam ada di peringkat bawah digantung keahlian tetapi yang terlibat secara tidak langsung, jadi dalang merancang penggunaan duit dalam politik ini terlepas begitu sahaja dengan amaran, cuma tidak dibenarkan bertanding begitu sahaja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Lembaga Disiplin Umno semalam yang menjatuhkan hukuman ke atas 15 ahli daripada 29 kes yang disiasat berhubung politik wang.

Antara yang dikenakan hukuman adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno dan dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.

Selain itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah mengikut Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.

Sementara itu, enam ahli yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat bawahan digantung keahlian selama tiga tahun, lima ahli digantung selama setahun dan dua lagi diberi amaran.

Mengulas lanjut, Ku Li berkata, beliau berdukacita kerana siasatan membuktikan gejala politik wang melibatkan ahli peringkat senior.

"Orang yang menawar diri adalah untuk jawatan nombor dua parti dan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri (merujuk Mohd Ali). Kalau menang, bukannya (jawatan) di peringkat rendah.

"Jadi kalau benar bersalah patut dihukum, tidak boleh diberi amaran saja. Jadi kalau tak bersalah, patut dia dibenarkan bertanding.

"Jangan pilih ikan bilis saja...jerung lepas. Ada sesuatu yang tidak kena sama ada silap maklumat tak cukup, saya tidak tahu tapi pandangan orang ramai akan keliru," katanya.

Ditanya kebarangkalian Mohd Ali akan dibenarkan bertanding sekiranya rayuan beliau hari ini berhubung keputusan Lembaga Disiplin semalam diterima, Tengku Razaleigh berkata, hal itu akan menyebabkan tindakan yang diambil Lembaga semalam dilihat sebagai 'tidak kena'.

"Kalau begitu, ahli-ahli Lembaga Disiplin kena berhenti. Mereka sudah pun menjejaskan kedudukan seorang calon untuk bertanding.

"Tiba-tiba selepas rayuan didengar, dia dibenarkan bertanding. Jadi saya rasa, di mana nak letak muka (ahli-ahli Lembaga).

"Mereka semua kena letak jawatan. Kalau begitu, semua tindakan Lembaga tidak kena," katanya.

Ditanya sama ada Khairy perlu menarik diri daripada bertanding kerana melibatkan hal moral dan etika, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak menyalahkan Khairy dalam hal itu sebaliknya hukuman itu sendiri yang sepatutnya dijatuhkan secara adil.

"Kalau betul bersalah, patut semua orang tidak boleh bertanding, patut dihukum.

"Tengok (Tan Sri) Isa Samad dihukum enam tahun. Kalau ada orang terlibat dengan politik wang patut dikenakan hukuman setimpal, tidak hanya amaran saja, patut digantung terus.

Bakal PM: Zaid mahu Yang di-Pertuan Agong pilih "calon rakyat"

KUALA LUMPUR Ketika tinggal beberapa hari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap Yang di-Pertuan Agong akan melantik pengganti yang benar-benar dapat memenuhi kehendak rakyat jelata.

"Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini, Zaid yang meletakkan jawatan ekoran isu syor pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun lalu memberitahu, tidak pernah dalam sejarah negara Yang di-Pertuan Agong diletakkan dengan tugas amat berat bagi Seri Paduka membuat keputusan berani dan yang tepat.

Tiada peruntukan perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri, kata beliau.

"Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas," kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.

Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.

"Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa," katanya.

"Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.

"Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah," kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Zaid telah dipecat dari Umno tahun lalu memberitahu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal menggantikan Abdullah akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Sebelum itu beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Senat.

apa kata SPRM pasal kes Ali Rustam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan ke atas calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO hari ini atas kesalahan politik wang.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat asas untuk berbuat demikian selain perlu menunggu laporan daripada lembaga tersebut.

"SPRM perlukan maklumat yang ada asas untuk kami jalankan siasatan. Setakat ini, Lembaga Disiplin UMNO tidak memberi sebarang aduan atau maklumat berkaitan kepada pihak SPRM," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPRM selepas Mohd. Ali didapati bersalah atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, di sini hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO mendapati Mohd. Ali bersalah mengikut Perkara 10.1, Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Berikutan itu, Mohd. Ali dikenakan larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti minggu depan.

Pengerusi lembaga itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan 14 lagi anggota UMNO yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO, termasuk Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin tetapi hanya diberi amaran.

pemuda cheh-

alasan SPRM kena ada aduan baru boleh mulakan siasatan. kenapa bila bertimbun aduan rasuah kes pembelian kapal selam dan sukhoi dibuat tapi masih tak mulakan siasatan??? kenapa berguni aduan rasuah bekas menteri besar selangor yang di buat sejak sebelum SPRM tukar nama masih tak di siasat??? mungkin pejabat SPRM dekat dengan pejabat PM dan TPM, sebab itulah tak boleh nak siasat...kalau nak siasat kena minta perkenan dulu....maklumlah nanti kena marah pulak. lagipun, periuk nasi kena jaga juga. silap-silap haribulan nanti kontrak tak sambung...nak kerja apa lah pulak. tambahan sekarang ini musim ramai orang kena berhenti kerja.

Politik wang : Ali Rustam dan Khairy wajib letak jawatan sebagai Wakil Rakyat!

Artikel Oleh hermansamsudeen

" Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) mendesak agar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam Kerajaan.

Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Ali Rustam dan Khairy didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan Umno tahun ini.

Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.

Walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.

Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd. Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan Politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk dibawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.

Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan dibawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.

SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.

Pemudawilayah juga melihat bahawa tindakan mereka itu tidak sesuai dengan taraf mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin dalam Kerajaan kerana jenayah itu dilakukan ketika mereka memegang amanah rakyat. Jika dalam pemilihan parti pun mereka boleh berlaku curang dan tidak amanah, apakah jaminan bahawa mereka boleh menunaikan amanah rakyat melalui jawatan yang disandang sekarang tanpa sebarang penyelewengan.

Oleh itu mereka wajib meletakkan semua jawatan yang disandang untuk memberikan laluan buat rakyat memilih pemimpin yang lebih bersih dari mereka.

Pemudawilayah bertegas untuk mendesak mereka letak jawatan. Sekiranya mereka enggan, Perdana Menteri wajib memecat mereka bagi menjaga nama baik kepimpinan negara ini.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Tuesday, March 17, 2009

memang UMNO parti rasuah

keputusan telah dibuat oleh lembaga disiplin UMNO. ada yang bersalah kerana terlibat politik wang(sebenarnya rasuah) tapi hukumannya lain-lain. ada yang tak dibenarkan bertanding, ada yang boleh bertanding dan ada yang kena gantung keahlian dan tak boleh bertanding. pokoknya, kalau dah bersalah kerana terlibat dengan rasuah, kenapa masih ada yang hanya di beri amaran. semua orang tahu rasuah itu salah dari segi undang-undang UMNO mahupun undang-undang negara. tapi bagi orang UMNO kalau melakukan rasuah dalam parti semasa berkempen tidak dikira bersalah disisi undang-undang SPRM. tak tahu lah definasi rasuah dalam UMNO macamana, sebab rasuah dalam UMNO pihak SPRM tak boleh bertindak. kalau bersalah pun hanya lembaga disiplin UMNO saja yang boleh siasat dan jatuh hukumannya.

semua sudah tahu salah seorang yang bersalah tu adalah ketua menteri negeri hang tuah. tak tahu lah lepas ni ketua menteri ini akan masih jadi ketua menteri atau akan diarah supaya meletak jawatan seperti menteri besar perak kerana alasannya tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. sebab kalau nak ikutkan kesalahan rasuah ni, memang berat, tambahan pula yang melakukannya seorang ketua menteri. apakah orang melaka sanggup berketuakan seorang yang mengamalkan rasuah. atau mungkin orang UMNO memang jenis yang suka mempunyai ketua yang kaki rasuah.

yang bersalah tapi hanya diberi amaran dan masih boleh bertanding, apakah masih ada orang yang nak kan seorang pemimpin yang macam ni. apakah boleh dipastikan selepas pemimpin jenis ini dipilih perkara jijik ini tak akan berulang. atau benar seperti kata mahathir orang UMNO mudah lupa. lepas dapat habuan akan lupa segala-galanya.

tapi orang-orang UMNO ni tak fikir semua tu. yang penting bagi mereka hanyalah wang. waktu pemilihan inilah masanya untuk penyokong-penyokong membuat duit. ada yang akan diberi tunai dan ada yang dijanjikan projek. bagi pihak yang bertanding yang penting hanyalah untuk menang kerana dengan jawatan itu nanti mereka akan dapat membuat kekayaan yang lebih lagi. kalau tak percaya lantiklah juru audit bertauliah dan cuba periksa kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO dari ketua bahagian hinggalah kepada presiden nya.

wahai orang-orang UMNO...nak tunggu apa lagi....berubah lah..terutama yang jadi ahli-ahli biasa..apa yang anda dapat dengan mendokong parti yang penuh dengan rasuah ini? apa yang anda dapat dengan memilih perasuah menjadi pemimpin anda? pemimpin yang hanya tunjuk muka waktu pilihanraya dan pemilihan parti. pemimpin yang hanya perlukan anda diwaktu untuk dapatkan kuasa. bila dah dapat kuasa digunakan untuk membuat kekayaan untuk diri sendiri dan kroni. apa yang anda dapat? berubahlah......

Esok mesyuarat Lembaga Disiplin Umno, apa khabar orang Melaka?


PEMILIHAN pucuk pimpinan Umno semakin panas. Semakin hampir hari pengundian, semakin terasa bahangnya. Panas bukan hanya kerana saingan antara calon semakin sengit tetapi dek kerana ada usaha oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menyingkir calon-calon tertentu lebih awal, sebelum proses pemilihan diadakan.

Bermula dengan pendakwaan terhadap Dato' Norza Zakaria, calon ahli Majlis Tertinggi yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan dalam pemilihan parti.

Ketika kes Norza masih panas, kepanasan dalam Umno kemudiannya berpindah kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijalankan ke atas Dato' Azalina Othman Said atas tuduhan rasuah politik dan salah guna kuasa dalam kementerian itu.

Kedua-dua mereka ini, Norza dan Azalina mengikut pandangan beberapa penganalisa politik adalah 'kambing hitam' untuk membolehkan Umno dilihat sedang melakukan reformasi dalam parti dan juga sebagai salah satu cara bakal Presidennya, Dato' Seri Najib Tun Razak agar dilihat sebagai pemimpin yang bersih dan calon-calon yang dipilih kelak merupakan mereka yang bebas daripada rasuah.

Kemudiannya sudah kedengaran terdapat lebih 20 calon yang bertanding pada pemilihan Umno kali ini dijangka menemui Jawatankuasa Disiplin parti dalam masa terdekat, dipercayai berhubung kes salah laku kempen dan politik wang. Umno kali ini mahu dilihat serius mahu membersihkan parti daripada mereka yang rasuah.

Khabarnya yang bakal menjadi mangsa hingga tidak layak bertanding dan digantung keahlian terdiri daripada Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan tetapi ini topik hangat yang diperkatakan di internet dan juga di cafe-cafe mewah.

Pembersihan orang Abdullah

Umno mahu kesemua kes politik wang diselesaikan sebelum pemilihan yang akan berlangsung 25 dan 26 Mac ini. Tindakan ini dilihat seperti menurut kehendak sesetengah pihak yang telah mengarahkan pihak lain membuat sidang media akan mengambil injuksi mahkamah jika Umno tidak menyelesaikan kesemua kes politik wang yang telah dilaporkan sebelum ini.

Dato' Kadar Shah Tan Sri Sulaiman Ninam Shah dan Dato' Mazlan Harun yang baru-baru ini membuat sidang media mengumumkan akan mengambil injuksi mahkamah jika kesemua kes politik wang dalam Umno tidak diselesaikan sebelum pemilihan parti tersebut diadakan.

Ada pihak yang melihat mereka berdua ini diarahkan oleh satu pihak lain untuk membuat kenyataan tersebut agar mudah bagi pihak lain tersebut 'membersihkan orang Abdullah' daripada Umno.

Apa yang cuba dilakukan oleh Lembaga Displin Umno dan SPRM dilihat sebagai usaha untuk 'membersihkan orang Abdullah' dalam barisan kepimpinan parti tersebut. Pembersihan 'orang Abdullah' perlu dilakukan untuk memudahkan Najib menjalankan tugas beliau mengikut arahan mentornya, Tun Dr Mahathir Muhammad.

'Pembersihan' itu juga merupakan satu tindakan untuk memastikan kabinet Najib tidak dibarisi oleh perasuah. Ia bersesuaian dengan kehendak Mahathir yang sebelum ini membuat kenyataan Najib "akan menjerat lehernya sendiri" jika beliau melantik pemimpin yang rasuah menganggotai kabinet barunya nanti.

"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.

"Jadi apabila Najib menjadi PM dan beliau melantik orang ini, maka seperti yang telah saya katakan, beliau menjerat lehernya sendiri kerana beliau akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan datang," kata bapa Mukhriz salah seorang calon Ketua Pemuda Umno.

Kerana itu, beliau menasihati Najib supaya memastikan barisan kabinet terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah.

Mahathir baiki imej Najib

Apa yang dilakukan oleh Mahathir itu juga harus dibaca bahawa beliau sedang berkempen supaya rakyat menyokong Najib dan Mukhriz. Mahathir melakukan reverse psikologi dengan cara dilihat seperti mengkritik Najib tetapi sebenarnya sedang berusaha untuk membina imej calon pilihan beliau itu.

Mahathir perlu melakukan perkara tersebut untuk membantu Najib agar turut dilihat bersih seperti mana Abdullah yang dilihat bersih sebelum dan ketika baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Malah Mahathir sendiri sebelum menjadi Perdana Menteri dan ketika tahun pertama memegang jawatan tersebut dilihat bersih.

Malangnya bagi Najib kerana sejak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi beliau sudah dikaitkan dengan pelbagai skandal. Lebih malang lagi kerana Najib tidak pernah dibersihkan oleh mana-mana mahkamah biarpun beliau tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah.

Apa pun keputusannya bergantung kepada keputusan mesyuarat Lembaga Disiplin Umno yang dijangka akan diadakan esok. Mesyuarat tersebut menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.

Menjelang petang esok tentunya calon-calon yang namanya menjadi bualan sejak seminggu lalu tidak senang duduk mengenangkan nasib diri yang kini ditentukan oleh Lembaga Displin parti. Apakah 'pelaburan' yang telah dibuat selama ini akan berbaloi atau bakal lenyap bila diambil tindakan.

Mereka yang kepanasan dan tidak senang duduk sudah tentu mengharapkan ada rakan-rakan atau penyokong-penyokong akan menghubungi dan bertanya khabar. _

Search This Blog