Monday, December 3, 2012

Ghani Bakal Lepaskan Jawatan MB Johor?


 Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dijangka tidak akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Serom dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.
Ini bermakna beliau tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar lagi.Ghani menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihan raya umum 1990.

Bila tarikh PRU ke-13?



Hari ini, sudah pun masuk hari ke 337 dalam tahun 2012. Ini bermakna tinggal 29 hari sahaja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru 2013.
Lebih signifikan lagi, ia juga bermakna tinggal sahaja 145 hari sebelum penggal Parlimen ataupun mandat kerajaan memerintah sedia ada tamat. Penggal Parlimen sedia ada akan tamat pada 27 April 2013.

Friday, November 30, 2012

DUN Akan Dibubarkan Mac Tahun Depan


 Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri itu akan dibubarkan Mac tahun depan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Inilah buat pertama kalinya sebuah negeri di Semenanjung Malaysia mengumumkan tarikh pilihan raya negeri secara bersendirian dan lebih awal dari Kerajaan Persekutuan.

Jam Tangan Platinum Berharga Rm12.6 Juta



Jam tangan antara termahal didunia ini adalah milik seorang penyanyi lagenda, Eric Clapton. Jam tangan platinum ini bakal dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan yang dilakukan di Geneva di Switzerland.

Wednesday, November 28, 2012

Al-Qassam Mampu Jahanamkan Pasukan Israel Dengan 1093 Roket

 Brigade Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, telah mengumumkan bahawa mereka telah menembak lebih dari 1000 buah peluru berpandu dan roket sejak awal serangan Israel ke Gaza pada Isnin 19/11 lalu.

Brigade menyatakan telah menembak 192 roket dan peluru berpandu pada Ahad. Salah satunya mampu menembusi kota Hartsilia untuk pertama kali. Jaraknya sekitar 80 km dari Gaza, Selain itu, alqassam berjaya menembak jatuh helikopter Israel dengan menggunakan peluru berpandu permukaan udara.

Tuesday, November 27, 2012

PRU13 bukan bulan depan




Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan telah mengesahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak akan diadakan bulan depan meskipun dalam temu bual sempena Perhimpunan Agung Umno (AGM) 2012, yang disiarkan kelmarin, beliau ada mengatakan musim hujan bukan halangan untuk memanggil pilihan raya.

Monday, November 26, 2012

Kerusi Parlimen 'selamat' BN bawah 100


Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) setakat ini hanya selamat di 96 kerusi manakala Pakatan Rakyat (PR) pula selesa dengan 68 kerusi sementara selebihnya akan menjadi perebutan di antara kerajaan pemerintah dan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata seorang lagi ahli akademik pusat pengajian tinggi tempatan.

Wednesday, November 21, 2012

Arab baru tahu mereka adalah Singa !



Suatu yang agak memeranjatkan apabila dalam masa kurang empat bulan, Gaza dikunjungi oleh pembesar Arab. Bermula dari Kerabat diraja Qatar, kemudian Perdana Menteri Mesir dan di saat Gaza diasak oleh Zionis, Perdana Menteri Tunisia menjejak kaki ke Gaza.

Tuesday, November 20, 2012

Siapakah Manusia Yang Paling Genius Di Dunia?

 kali ini kita akan bercerita tentang 5 orang manusia yang diiktiraf antara paling genius di dunia. Kemahiran mereka adalah mengikut kepakaran masing-masing dan semestinya ia lebih kepada bidang pekerjaan yang dianggap profesion bekerjaya. Jom kita lihat siapakah manusia yang paling genius itu.

Monday, November 19, 2012

Sebab Apa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri?

Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Tak salah doa jatuhkan Umno-BN

Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.
Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.

Wednesday, November 14, 2012

Fakta menarik (Batu)Hajar Aswad merupakan Super Konduktor hebat


Encyclopedia Amerika menulis: "... Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah pusingan bumi kita ini, kerana putaran dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

Friday, November 9, 2012

Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah?

Thursday, November 8, 2012

berani kah najib ikut cara amerika



Pilihan raya Presiden Amerika 2012 menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Barrack Obama dari Parti Demokrat dengan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney.


Dunia memberikan tumpuan khusus bagaimana perjalanan pemilihan Amerika Syarikat dan menonton penuh minat proses berkempen dan pemilihan Presiden Amerika Syarikat yang berlangsung secara penuh demokratik.

Umno cabar Anwar tanding di luar Permatang Pauh


Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Di sebalik cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding di Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau pula ditempelak Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Wednesday, November 7, 2012

Obama kekal sebagai Presiden Amerika





WASHINGTON: Barack Obama kekal sebagai Presiden Amerika untuk empat tahun lagi apabila menang dalam pertembungannya dengan Mitt Romney dari Republikan selepas kempen berjalan dengan sengit.

Search This Blog