Sunday, April 22, 2012

Hanya RM3b tambahan untuk pendidikan percuma

ULASAN Perdebatan mengenai dasar pendidikan percuma yang ditawarkan Pakatan Rakyat merupakan satu perkembangan baik mutakhir ini.

Keprihatinan rakyat, terutamanya golongan pelajar dan orang muda mengenai masa depan pendidikan tinggi di Malaysia memberi harapan ke arah masa depan negara yang lebih cerah.

Saturday, April 21, 2012

Malaikat Jibril Dan Kudanya Dalam Perang Badar


Dalam Islam, Malaikat merupakan hamba dan ciptaan Allah SWT yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah SWT. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak. {1}

Thursday, April 19, 2012

PTPTN: Kerajaan Selangor Akan Bayar Semula Pinjaman

DALAM merealisasikan matlamat memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat, kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam memulakan langkah ke arah itu.
Antaranya ialah cadangan memberikan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi yang berada di bawah pentadbiran kerajaan negeri tersebut seperti UNISEL dan KUIS yang bakal dilaksanakan pada September nanti.

Wednesday, April 18, 2012

MB ini layan sendiri tetamu



http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/580937_345956922120543_310631758986393_900003_1483261485_n.jpg

TGNA sewaktu melayan tetamu dari Indonesia, malam ni di rumahnya.

PRU 13 ..Tan Sri Kadir pun akan berubah

kebelakangan ini kecoh pemimpin umno berbicara isu YDP majlis agama islam Pulau Pinang.Pemimpin PAS sendiri pun tak sibuk dengan isu itu. rasa ganjil pula bila UMNO yang lebih sudu dari kuah.bila PAS bercakap tentang HUDUD melenting habis pemimpin UMNO ini...tapi sekarang sibuk pula nak jaga tepi kain orang. nak menjuarai islam konon. Pasal rasuah dan penyelewngan tak pula diambil kisah oleh puak-puak ini. kalau betul-betul nak jadi juara, berbahas lah isu NFC. sebab dalam islam rasuah dan penyelewengan isu merupakan dosa. malah pemimpin yang tidak amanh pun dianggap melakukan satu dosa.

Monday, April 16, 2012

Nazri Aziz sudah bau UBN akan kalah



Itu menteri suka cakap lepas dan menggunakan bahasa pasar yang kesat, Nazri Aziz berkata dia sudah lama berkhidmat. Sudah jadi menteri selama 13 tahun, timbalan selama lima tahun. Dia kini juga sudah berusia kurang dua tahun untuk jadi 60 tahun. Katanya dia sudah lama mahu lepas jawatan tetapi dihalang oleh pimpinan bahagiannya. Iya ke?

Saturday, April 14, 2012

Minyak turun dalam masa 24 jam



TIDAK termasuk dalam 10 perkara yang Buku Jingga yang Pakatan Rakyat akan laksanakan dalam masa 100 ia berkuasa iaitu untuk menurunkan harga minyak petrol dalam masa 24 jam ia mengambil.
Jika ditambah dengan menurunkan harga minyak ini, maka janji segera Buku Jingga itu menjadi 11 perkara.Maka menurunkan harga minyak itu yang pertama dan paling senang untuk dilaksanakan.

Friday, April 13, 2012

Gila!! Pinggan Pertabalan Yang Di Pertuan Agong Berharga 6 Juta?



"Berikut adalah pendedahan yang disebarkan oleh Dr. Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis. Beliau telah menerima e-mel yang merupakan pendedahan seorang individu berkenaan penyalahgunaan kuasa dan amalan 'kickback money' yang semakin manjadi-jadi oleh pegawai Kerajan pusat yang berkhidmat di Istana Negara. Baca pendedahan lanjut..

Sistem Pendidikkan: Malaysia ikut Yahudi. Yahudi Ikut Islam


Saya ambil sedikit petikan daripada akhbar online Israel bertajuk Study: Seperate Classes Achieve Better Result. Pelajar yang belajar di kelas yang di asingkan mengikut jantina lebih berjaya dan memang kebanyakkannya berjaya.

Ku Li usul PR Perak bersedia untuk peralihan kuasa

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.
Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.

Thursday, April 12, 2012

Malaysia tak tesenarai dalam 10 negara yang berpendapatan Per kapita terbesar dunia

Salah satu garis panduan yang digunakan untuk menentukan tingkat kesejahteraan dan kemakmuran negara adalah dengan mengira pendapatan per kapita negara, iaitu besarnya pendapatan rata-rata penduduk di suatu negara. Pendapatan per kapita didapati dari hasil pembahagian pendapatan nasional suatu negara dengan jumlah penduduk negara tersebut. Semakin tinggi perndapatan per kapita negara, maka makin makmurlah negara itu.

Wednesday, April 11, 2012

Sindrom Baru: BN Bakal Kecundang.



"Satu fenomena luar biasa akan berlaku sebelum hari bersejarah PRU13 seandainya Pakatan Rakyat dapat membina persepsi baik dan hujah meyakinkan bahawa Putrajaya akan berjaya ditawan.

Rakyat sedang mendengar dan menunggu dengan teliti situasi sokongan umum terkini.

Tuesday, April 10, 2012

Batu Terapung Israk Mikraj Yang Palsu dan Asli [Gambar]




"Salam A'laik.. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, 27 Rejab merupakan ulangtahun peristiwa Israk dan Mikraj. Setiap kali itu juga, pasti gambar-gambar palsu batu terapung berkaitan Israk Mikraj disebarkan ke serata dunia internet dan hasilnya, ramailah yang mempercayainya. Jadi, rasa ia satu kewajipan untuk saya sebarkan kepada sesiapa yang masih belum tahu tentang perkara ini.

Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung tersebut.

Monday, April 9, 2012

nak hapus hutang PTPTN macamana kalau MB dan Menteri begini..

KEADILAN memberikan masa seminggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengambil tindakan terhadap skandal balak melibatkan penyelewengan lebih RM400 juta.

Sunday, April 8, 2012

Task Force IC Warga Asing, Mahfuz Ada Bukti Bikin Wan Ahmad Pucat Lesi

Datuk Mahfuz Omar mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya diraja dan bersedia memberi kerjasama bagi menyiasat dakwaannya mengenai kewujudan pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk mengundi dalam pilihan raya umum.

Naib Presiden Pas ini berkata, pendedahan yang dibuatnya adalah serius kerana ia mungkin membolehkan golongan itu mengundi dalam pilihan raya kelak.

Saturday, April 7, 2012

PRU 13 23 JUN 2012?



"Ramai yang bertanya  bilakah PRU 13. Pengerusi SPR tak berani mmengatakan PRU 13 akan berlaku pada mac ini.
Bulan Mac sudah habis, maka benarlah kata pengerusi SPR ketika ditanya pihak media massa dalam satu slot TV 9 tak lama dulu.Sekarang ini kita berada didalam bulan April yang barangkali tak mungkin akan diadakan PRU 13 pada bulan ini.

Search This Blog