Wednesday, February 8, 2012

Ijat anak perempuan pak jalil yang jahil!



Assalamualaikum,,
Sharizat A.Jalil, ketua wanita UMNO yang jahil.Jahilnya dia kerana mendakwa mendapat hidayat setelah mengerjakan umrah untuk terus memimpin wanita UMNO pada PRU 13 nanti.Kenapa jahil?Sebab secara terang dan jelas, dia membelakangi pengajaran dan kupasan ulamak mengenai hidayat yang bersandarkan keterangan Al Quran dan Al Hadis.Paling teruk, Sharizat menunjukkan kejahilannya kepada satu sabda Baginda nabi yang antara lain menyebut orang yang kurang cerdik ialah orang orang yang berangan angan dengan Tuhannya.Inilah yang ditunjukkan oleh Sharizat ketika mengatakan dia mendapat hidayat kerana bagi sesiapa yang belajar dan memahami bagaimana hidayat diperolehi oleh seseorang hamba, pasti melihat keadaan atau tanda tanda yang jauh tersasar dari penerimaan hidayat itu sendiri.Jadi Sharizat hanya berangan angan mendapat hidayat dari Tuhannya sedangkan sejak dari awal pembabitannya dalam politik, satu demi satu perintah Tuhannya diengkari secara terang dan jelas. 

renung sebentar menjelang PRU13


“Lu tolong gua, gua tolong lu!”….. itulah maksud kata-kata Najib kepada kaum India semasa melawat Batu Caves sempena hari Thaipusam pagi tadi. Najib menyeru kaum India supaya mempercayai beliau dalam usaha memperbaiki kehidupan kaum India dan memberikan beliau sokongan dalam pilihanraya yang akan datang. “Tuan-tuan tolong saya, saya akan tolong tuan-tuan” kata Najib lantang dan jelas.

Monday, February 6, 2012

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi


Lion Of Judah

Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi kekuatan, kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering menggunakan singa sebagai jata mereka. Namun, tahukah pembaca tentang asal usul simbol singa ini?

shahrizat hanya takut pada allah

 

jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa. Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.

Sunday, February 5, 2012

BN PARAH!!! Hanya mampu menang 90 kerusi, paling tinggi 105 kerusi




Tarikh pilihanraya umum kini menjadi perhatian dan tumpuan semua orang. Mereka berdebar menantinya dengan pelbagai perasaan dan harapan. Najib sebagai Perdana Menteri tentulah mengharapkan kemenangan supaya boleh terus berada di tampuk kekuasaan sementara Anwar yang kini Ketua Pembangkang dan mengetuai gabungan Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk mengambil alih Putrajaya.

Friday, February 3, 2012

25 Pesanan Luqman Al-Hakim Kepada Anak-Anaknya


 
Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”

Thursday, February 2, 2012

Najib Umpama Ayam Kena Sembelih


Oleh Shahbudin Husin
Bagi yang  mengikuti perjalanan politik Najib sebagai Perdana Menteri sejak akhir-akhir ini pasti menyedari bahawa banyak tindakannya kebelakangan ini seperti menggambarkan beliau sudah hilang fokus, agak celaru dan tidak tetap pendirian.

Di suatu ketika beliau fokus dengan 1Malaysia dan memberi banyak keutamaan kepada menjaga hati kaum Cina dan India. Beliau juga banyak hadir di program kedua-dua kaum itu dan menghulurkan banyak bantuan kepada mereka.

Tumbangkan Barisan ‘lembu’ Nasional

Parti Umno-Barisan Nasional kini layak menerima gelaran ‘barisan lembu’ kerana mereka beriya-iya mempertahankan penyelewengan yang dilakukan oleh anggota keluarga Ketua Wanita Umno dalam isu Pusat Fidlot Nasional atau NFC.
Menteri Pertanian, Dato’ Seri Noh Omar cuba menjadi ‘matador’ kepada lembu NFC dengan mengatakan seolah-olah Pakatan Rakyat tiada mahu menerima hakikat sesebuah projek atau perniagaan boleh terjejas atau kerugian.

Wednesday, February 1, 2012

Apabila Islam Hanya Tinggal Nama

Mesti kalimah ini tergantung di dinding rumah anda kan?


Alangkah bahagianya jika kita ditakdirkan lahir dan berada pada zaman kegemilangan Islam bersama dengan Rasulullah SAW. Ini kerana kita dapat berjuang, belajar secara langsung daripada Baginda, dapat melihat wajahnya serta boleh berkomunikasi secara langsung dengannya apabila menghadapi sesuatu masalah. Zaman Baginda itu adalah satu masa yang sangat hebat kerana dapat melahirkan generasi individu Muslim yang unggul dalam segenap aspek kehidupan hingga mendapat jolokan daripada Allah sebagai sebaik-baik umat kerana menjalankan tugas menyampaikan yang makruf, mencegah kemungkaran dan beriman dengan Allah.

Tuesday, January 31, 2012

PRU 13 Akan Diadakan Jun 2012?



Oleh Shahbudin Husin
Meskipun Najib dan Muhyiddin kini sedang rancak turun ke negeri-negeri dalam siri program bertemu rakyat dan dalam masa yang sama desas-desus tarikh piliharaya umum masih menjadi teka-teki, gambaran yang jelas ialah Najib tidak akan berani membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini.

Siapa Berkuasa ? Najib Atau Tun Mahathir Dan Gangster Umno ?



Kenapa semakin ramai rakyat Malaysia percaya UMNO dan presidennya Perdana Menteri Mohd Najib Razak, seorang pemimpin yang sama sekali tidak boleh dipercayai!
Sebab utama kerana Najib telah kehilangan integriti setelah kekayaan negara dan segala-galanya harta milik rakyat menjadi "milik peribadi", termasuk sebahagian besar pemilikan itu dilakukan para kroni beliau.

Monday, January 30, 2012

Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina


Gambar hiasan

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Thursday, January 26, 2012

Siapa lebih baik: Rakyat makin cerdik berkira-kira BN atau PR untuk dipangkah



Sebenarnya Pakatan Rakyat tidak perlu mengadakan konvensyen seperti yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini, jika semangat mahu menolak BN yang mereka sudah tanamkan kepada rakyat Malaysia masih kekal di sanubari.

Tuesday, January 24, 2012

Saintis Barat Akui Matahari Akan Terbit Dari Barat


AL-FALAK atau Astronomi merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Monday, January 23, 2012

Kristianisasi Menular Di Iraq

Cara mereka dapatkan pasangan hidup

Iraq bukanlah satu negara yang kecil, kerana Iraq merupakan negara ketiga pengeluar minyak terbesar dunia. Hasil daripada rakyatnya yang inginkan perubahan dan dalam masa yang sama mendapat bantuan dari Amerika dan negara-negara yahudi maka kini Iraq bukan lagi sebuah negara Islam. Ramai umat Islam di Iraq kini menyesal dengan apa yang berlaku kerana maksiat kini sudah bebas dilakukan dimerata tempat seluruh Iraq.

Sunday, January 22, 2012

PAS boleh menang lagikah di Kedah?


Semakin dekat PRU semakin banyak soalan ini diajukan. Terutamanya oleh rakan2 yang tidak terbabit politik atau berminat sekadar dari jauh. Bagi orang PAS, jarang bertanya soalan tu sebab tak pernah ada PRU yang mereka tak yakin untuk menang. Orang BN pun serupa, tidak ada PRU yang mereka tidak yakin akan menang termasuk PRU12 lalu. Kali ini selepas jadi pembangkang BN yakin akan tawan balik Kedah. Bagi menjawab soalan tersebut saya lebih berminat untuk melihat beberapa kajiselidik yang dibuat berdasarkan hukum taburan normal mengikut ilmu statistic. Saya sendiri terbabit dengan sebuah kajian. Semua kajian (oleh BN, PAS atau professional) menunjukkan PAS masih boleh bertahan di Kedah. InsyaAllah. Tapi tidak di Malaysia.

Search This Blog