Tuesday, November 15, 2011
MAS-AirAsia: MP Umno dakwa Azman, Tony tipu rakyat
“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.
Monday, November 14, 2011
Diet Yang Memanjangkan Umur DiTemui
"Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya?
Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.
Saturday, November 12, 2011
Hospital di Johor hebat, canggih, WOW Rakyat Didahulukan
"Aduan Rakyat 11 Nov 2011 - Pada 29hb Oktober 2011 jam 7.30mlm saya bersama isteri saya yang masih dalam pantang telah membawa bayi saya yang berumur 2 hari ke hospital HSI Johor Bahru dibahagian Kecemasan kerana Jaundis ( Sakit Kuning), setelah mendaftar, 1/2 jam kemudian iaitu jam 8.00mlm bayi kami telah di ambil darah oleh pegawai perubatan untuk di uji
Kami di suruh menunggu sehingga di panggil semula, setelah 2 jam 45 minit menunggu iaitu jam 10.45 mlm akhirnya keputusan darah menunjukkan anak kami dalam keadaan yang hampir kritikal, pegawai yang bertugas adalah seorang doktor yang agak muda
Friday, November 11, 2011
11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun Ini
Khabar angin yang mengatakan pilihan
raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak
beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada
masih lagi berbaki 17 bulan.
Thursday, November 10, 2011
Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?
Luangkanlah
masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang.
Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada
hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.
K'jaan Selangor Akan Beri Bayaran Kepada Mereka Yang Lapor Rasuah
Orang
ramai yang melaporkan rasuah bakal menerima hadiah di bawah satu geran
RM15 juta yang akan dilaksanakan di bawah bajet Kerajaan Selangor 2012.Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu merupakan duit yang dahulunya hilang akibat rasuah dan ianya kini digunakan bagi melaksanakan program pembasmian rasuah yang lebih berkesan dan sistematik.
Najib Sedang Menuju Jalan Mati Dan Pilihan Terbaik Baginya Ialah Berundur
Sementara Datuk Seri Najib Razak baru sahaja selesai
menunaikan haji manakala Umno pula membuat persiapan mengadakan
perhimpunan agung 2011 hujung bulan ini, buku terbaru tulisan seorang
ahli parti itu, yang menggesa beliau berundur sebagai presiden dan
perdana menteri memasuki pasaran.
5 Ahli Parlimen Umno Dijangka Bakal Lompat Parti
Oleh: siasahkini
Penguasaan Datin Seri "Hajjah" Rosmah Mansor terhadap kerajaan pada hari ini bukan lagi satu perkara rahsia.
Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.
Kegilaan isteri Najib terhadap kekuasaan, kemewahan dan publisiti menyebabkan kebenciaan orang ramai bertambah.
Wednesday, November 9, 2011
Pirates Of The Caribbean : Watak Hector Barbossa Diilhamkan Dari Tokoh Islam
Hector Barbossa
Apabila disebut Barbossa, saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean. Namun tahukah kita, sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali. Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom (1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.
80,000 Warga Moscow Berjemaah Menyambut Aidiladha
Beribu-ribu umat Islam merapatkan bahu sesama bahu dalam menunaikan Solat Aidiladha dalam kedinginan bandaraya Moscow, Russia.
Jangan Henti Hambat Menteri Projek Lembu Sampai Masuk Kandang
Tuesday, November 8, 2011
Apabila Adanya Manusia Tidak Yakin Dengan Kekuasaan Allah Ketika Di Tanah Suci..
Oleh: Tok Janggut
Mekah adalah Tanah Suci yang dijamin keselamatan oleh Allah ke atas semua manusia yang berada di sana walaupun berlaku kecurian samada wang ringgit dan lain-lainya tetapi itu adalah merupakan perkara terpencil dan berlaku secara sembunyi-sembunyi oleh pihak yang melakukanya kerana mereka tahun akan hukuman yang bakal diterima jika dapat ditangkap oleh pihak berkuasa di sana.
Monday, November 7, 2011
Saturday, November 5, 2011
Perjuangan Umno sangat sesat

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.
Friday, November 4, 2011
komen TG nik aziz tentang homoseksual
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
1.
Saya amat terkejut dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka yang
sedang dirancang oleh beberapa NGO dan individu sebagaimana yang sedang
diiklankan melalui laman web http:/
/seksualitimerdeka.org.
2.
Jika program tersebut benar-benar bermatlamatkan untuk mengiktiraf hak
sesetengah pihak yang mempunyai kecenderungan seks yang songsang
termasuklah golongan gay dan lesbian, ia perlu dicegah
dan ditentang. Ini merupakan penghancuran terhadap kehidupan beragama
yang kesemuanya mengharamkan amalan homoseks.
Coretan Panjang Mengenai PengIslaman Anelka
Nicolas Anelka: Islam Memberikan Kedamaian dan Ketenangan Hidup
Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)




