Saturday, October 29, 2011
Surat bekas ketua jabatan siasatan jenayah Bukit Aman kpd PM
"Mat Zain bin Ibrahim,
20hb.Oktober 2011
Kepada,
YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya.
Assalamualaikum wbt.
Yang Amat Berhormat Dato Seri,
RULE OF LAW-KERAJAAN MUNGKIR JANJI.
1. Kerbau dipegang pada talinya,Manusia dipegang pada janjinya.Rakyat pula memegang Perdana Menteri pada segala kata-katanya.Jujur dan ikhlas atau tidak, seorang PM, akan diukur dari sejauh mana beliau menunaikan janji-janji yang telah dilafazkan.
Wednesday, October 26, 2011
Najib bubar parlimen
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11
November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13
(PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1
Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember
(Sabtu) sebagai hari mengundi.
Monday, October 24, 2011
Isu Raja: Siapa lebih derhaka
Jangan sesekali mudah percaya UMNO bila mereka mula bercakap soal institusi Raja di Malaysia. Begitu juga,
jangan kita terpedaya dengan Mahathir Mohamad bila dia membuka mulut tentang isu Raja.
Mantan
Perdana Menteri itu menempelak Prof Aziz Bari sebagai ‘kurang ajar’
atau kasar bila pensyarah undang-undang itu menyatakan buah fikirannya
yang institusi Raja tidak boleh lari dari kritikan. Mahathir bercakap
seolah-olah terlupa akan sejarah diri sendiri yang pernah mengherdik,
menghina Institutsi Raja sewaktu memerintah.
Sunday, October 23, 2011
Berakhirnya Gaddafi satu teladan buat Najib, Dr. M dan para pembesar UMNO
Satu
lagi hayat seorang tirani asal Timur Tengah melayang terbang. Sebuah
jilid sejarah dunia telah ditamatkan, dan adalah satu teladan yang
patut diambil kira oleh
tirani asal negara Malaysia untuk benar-benar mengerti apa yang tidak
boleh diketepikan lagi di dalam dunia sekarang – perubahan, demokrasi
dan kuasa rakyat.
Muammar
Gaddafi, atas semua kata-kata semangat dan hasrat untuk ‘terus
melawan’ muncul merayu; jika laporan yang memetik beliau sebagai
berkata “jangan tembak!, jangan tembak!” lalu diheret keluar dari tempat
persembunyiannya di daerah Sirte, oleh pejuang-pejuang National
Transitional Council (NTC).
Thursday, October 20, 2011
Akhir Zaman : Padang Pasir Akan Disuburkan Dan Ditanam Dengan Tanam-Tanaman
Pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam-tanaman.
Benar atau tidak?
Benar,
kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai
buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar
padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.
Beribadat 500 Tahun Tidak Menjanjikan Syurga
Dari
Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami
bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya,
"Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar,
sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun
diatas sebuah bukit yang lebar, panjang bukit itu 30 puluh hasta dan
lebarnya 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000
farsakh dari tiap penjuru".
Wednesday, October 19, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Semuanya Bergerak Mengikut Arah Lawan Jam
Di
dalam dunia ni, hanya jam sahaja yang berputar mengikut arah jam.
Selain daripada jam, semuanya bergerak mengikut arah lawan jam.
Pergerakan ini melibatkan sekecil-kecil perkara seperti ion dan
sebesar-besar objek seperti galaxy yang terbentang luas. Cuba kita imbas
kembali, setiap kali kita mengacau minuman atau memasak di dapur, kita
akan mengacau mengikut arah putaran jam atau mengikut arah lawan jam?
Najib, Rosmah dan hakim: Tidak relevan atau alat BN?
Ada sebab penting kenapa Anwar Ibrahim mahukan hakim Kes Liwat II diketepikan. Hakim itu terl
alu
mentah dan masih belajar menangani kes penting seperti kes Liwat II
itu. Apa yang penting, beliau yang diserap ke dalam sistem melalui
saluran Eksekutif kerajaan, adalah satu yang memalukan.
Ini
juga boleh dikatakan pada keputusan mahkamah yang membenarkan
permintaan Najib dan Rosmah untuk tidak hadir ke mahkamah sebagai saksi
diterima. Anwar menyifatkan keputusan itu sebagai pengolahan kuasa
semata-mata.
Monday, October 17, 2011
Keistimewaan Pengebumian Umat Islam
Kesederhanaan yang memberikan keindahan
“Kamu
tahu tak, orang cina yang mati kalau nak kebumikan mayat diorang kena
sediakan lebih kurang RM20 ribu tau” seorang sahabat saya membuka
perbualan ketika kami sedang berjalan ke arah liang lahad untuk
mengebumikan seorang jenazah yang baru sahaja meninggal dunia di taman
perumahan kami.
Saturday, October 15, 2011
Sejarah Yang Digelapkan : Islam Di Benua Amerika
Sejarah mereka telah digelapkan
Jika anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.
Friday, October 14, 2011
Saintis Barat Akui Matahari Akan Terbit Dari Barat
AL-FALAK atau Astronomi
merupakan satu bidang ilmu yang begitu kompleks dan rencam untuk
dihuraikan, malah keterbatasan daya fikiran menyebabkan manusia tidak
dapat mengkaji sesuatu perkara dengan lebih mendalam.
Thursday, October 13, 2011
Kanak-Kanak Yang Dapat Melihat Malaikat
Foto hanya hiasan sahaja. Peristiwa ini berlaku di timur tengah tiada kaitan dengan gambar yang dipaparkan. Cuma peristiwa benar-benar berlaku kepada keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Islam.
Wednesday, October 12, 2011
Tidak salah kritik Raja-raja
Akta
Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi
seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut
pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul
Aziz Bari.
HUDUD. antara malaysia dan brunei
Di negara kita apabila Pas hendak laksanakan hudud ada dua golongan yang menentang, satu adalah orang yang mengaku islam dan satu lagi orang bukan islam. Yang bukan islam menentang memang mudah diterima kerana pemahaman yang kurang tentang agama islam, tapi yang peliknya apabila orang yang mengaku islam pun menentang juga. Tidakkah mereka sedar perbuatan menolak hukum dan perintah allah itu boleh menyebabkan akidah dan iman kita rosak...bahasa mudahnya murtad. Kita tidak boleh ambil separuh dan buang separuh kandungan dan perintah yang terdapat didalam al-quran. Apa lagi alasan yang ada untuk tidak melaksanakan HUDUD dinegara kita.....tidak sesuai kerana negara kita mempunyai masyarakat majmuk....sebenarnya alasan itu mempertikaikan kekuasaan allah taala.
Subscribe to:
Posts (Atom)




