Oleh: tokpepijat
" Kita ingat hanya Thailand sahaja di Asia Tenggara tidak dijajah. Rupa-rupanya satu penemuan fakta sejarah baharu ditemui iaitu Malaysia juga TIDAK PERNAH DIJAJAH !
Berdasarkan 2 kenyataan oleh ahli sejarah bertaraf Professor iaitu Khoo Kay Kim dan Zainal Kling, nampaknya tidak perlu kita rayakan Hari Kemerdekaan kita. Sebabnya kita tidak pernah dijajah. Kita sekadar "dinaungi" atau "dilindungi
Sunday, September 11, 2011
Laporan Polis Terhadap Najib Salah Guna Dana Awam Bercuti Ke Australia
Thursday, September 8, 2011
PRU13:Najib Akan Naikkan Gaji Sebanyak 70%
"Najib sudah menyediakan gula gula pilihanraya yang bakal mengejutkan semua pihak iaitu kenaikan gaji sebanyak 70%. Ianya nanti akan menjadi satu kegembiraan sementara kepada semua kakitangan yang bergaji tetapi malapetaka yang berpanjangan kepada ekonomi negara dan semua rakyat. Ianya nanti bakal menjadi satu langkah kewangan kosmetik yang terang terang menipu rakyat. Pelan kenaikan gaji, tetapi pada masa yang sama menghapuskan elaun, bakal menjadi satu peluang untuk pihak kerajaan mengutip cukai pendapatan yang lebih tinggi.
Serahkan Saja Semua Kunci Pintu Masjid Pada Jais !!
"APA kena dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekarang? Setelah Jabatan ini dilihat seperti `menyerang' Gereja, kali ini mereka mendakwa pula golongan yang ingin berrdakwah yang diwajibkan oleh Ugama Islam. Mereka seperti anti dengan umat Islam yang murtad, tetapi dalam masa yang sama dilihat seperti anti pendakwah Islam. Mainan politik apa ini, wahai JAIS?
Malcolm X Dan Islam
Malcolm X
Di mana-mana sahaja di pelosok dunia, terdapat cahaya-cahaya perjuangan Islam yang dibawa oleh insan-insan yang telah diberi hidayah oleh Allah swt. Tidak kira sama ada mereka orang Arab atau tidak, namun jika mereka memahami hakikat Islam yang sebenar, mereka akan merasai kehebatan cara hidup beragama Islam yang indah dan syumul.
Wednesday, September 7, 2011
Muhyiddin Yassin bakal Perdana Menteri ?
| - Malaysia Chronicle |
Kita tidak perlu menunggu lama sebelum menyaksikan satu perubahan besar dalam
arus politik yang bakal melanda Negara kita.Politik dalam UMNo semakin memuncak, seolah menjangkakan pemergian perdana Menteri Najib Razak, ramai yang di dalam UMNO menjangkakan demikian.
Orang yang seterusnya bakal mengantikannya,tak lain tak bukan timbalannya Muhyiddin Yassin. Semua mata tertupu kepada beliau, samada beliau akan berjaya mengubah UMNO yang mana gagal di tangani oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya.
Tuesday, September 6, 2011
Pembangunan Mekah Dan Kedatangan Dajjal
Pembangunan Mekah
Mekah adalah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam yang kini sedang mengalami pembangunan komersial yang terhebat dalam sejarah. Beratus-ratus buah bangunan sedang dalam pembinaan tanpa meninggalkan sedikitpun sejarah dan binaan asal dari Rasulullah, para sahabat dan kesemua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khilafah Othmaniyyah.
Friday, September 2, 2011
Topik Yang Paling Menakutkan Charles Darwin
Charles Darwin
Mata adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu daripadanya hilang. Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan. Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.
Friday, August 26, 2011
apakah tujuan hidup kita
SEKARANG ini sesekali saya duduk-duduk bersama-sama orang tasawuf, orang tarikat. Suatu hari terkesan saya dengan pandangan ini: “Semakin meningkat usia kita (terutama yang sudah memasuki usia tua, mulai 50 tahun) kurangkan beban memburu dunia sebaliknya meningkatkan amalan untuk ke alam sana.
Hujjah Pakar Australia - Pening Ahli Kimia Kerajaan Nak Jawab
Kes liwat Anwar: Profil DNA lelaki Y tercemar, kata pakar Australia KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Thursday, August 25, 2011
Kisah Murtad Dan antara puncanya ketirisan zakat
Sejak akhir-akhir ini kita 'dipeningkan' dengan masalah murtad dikalangan umat islam di dunia ini dan di negara Malaysia khususnya. Walaupun kes ini adalah kes yang terpencil dan kebiasaannya perkara ini cuba disorokkan dengan alasan menjaga keharmonian kaum. Kes yang biasa kita dengar alasan orang yang murtad ini adalah kesempitan hidup mereka. Ramai dari mereka yang telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa ‘jatuh hati’ dan ‘terhutang budi’. Itulah permulaannya kepada murtad.
Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor Peluk Islam
Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya.
Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi.
Wednesday, August 24, 2011
2 Perkara menyebabkan manusia tidak perlu berdoa kepada Allah SWT
1- Ingkar kepada Allah SWT, sehingga membawa kepada mengingkari Ubudiyah kepada Allah SWT atau sehingga mengingkari Hak Penyembahan Allah SWT ( seperti setelah memiliki pangkat dan harta kekayaan yang sempurna ).
2- Berasa terkaya dan tidak berhajat kepada Allah SWT, sekalipun beriman kepada Allah SWT. Ini kerana dia rasa selamat daripada ujian dan musibah.
Kitab Syarah Al-Hikam, Jilid 2, M/S : 228.
Monday, August 22, 2011
akhirnya najib dan big mama akan ke mahkamah juga
Peguam Anwar sapina PM dan isteri jadi saksi pembelaan
Tujuh saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah disapina oleh pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi saksi pihak pembelaan dalam kes liwat Anwar.tiru Pakatan Rakyat-BN kering idea
Dalam keadaan serba daif tanpa mempunyai peruntukan dana berbilion ringgit, Jawatankuasa Bajet Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan kajian untuk membebaskan rakyat daripada belenggu ekonomi, dengan menumpukan kepada 60 peratus isi rumah Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
Dua minggu setelah jawatankuasa Pakatan tersebut membuat pengumuman itu, kerajaan Barisan Nasional tanpa segan-silu telah meniru pendekatan itu.
Sunday, August 21, 2011
Sebab Quran Dikatakan Mukjizat Terbesar Dan Sepanjang Masa
Mukjizat terbesar yang diturunkan kepada manusia
Sebelum menjadi Rasul, Nabi Muhammad saw telah diberi gelar Al-Amin, yang bermaksud terpercaya, tidak pernah berdusta.
Rasulullah Muhammad SAW banyak mempunyai mukjizat yang nyata iaitu dapat dilihat dengan izin Allah iaitu:
Subscribe to:
Posts (Atom)




