Thursday, August 19, 2010

'RM400 Duit Raya buat Kakitangan Awam di Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat!

Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Komtar, George Town. Geran kewangan istimewa sebanyak RM400 untuk semua 3,577 kakitangan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan kos keseluruhan RM1.5 juta.
Exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini meluluskan geran kewangan istimewa sebanyak RM400 untuk semua 3,577 kakitangan awam kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan kos RM 1.5 juta. Pembayaran sekaligus RM400 itu akan dibuat pada 3 September 2010, kira-kira seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Dr. Pornthip Tetap Tegaskan Beng Hock Mati Dibunuh

Pakar Forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan tegas mempertahankan pendapatnya bahawa kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah akibat oleh kejadian bunuh dan bukannya disebabkan oleh bunuh diri.
Pornthip yang memberi keterangannya di Mahkamah Koroner di sini Rabu, selaku saksi inkues ke-30, membuat kesimpulan itu berdasarkan penglibatannya dalam bedah siasat kali kedua yang dilakukan terhadap Teoh.

Wednesday, August 18, 2010

Mari tolak tahyul gila Umno - "Umno kalah, Melayu kalah"


Oleh Mohamad Sabu
Pandangan tahyul, 'Umno kalah Melayu kalah' harus dibuang jauh ke lautan luas kerana pandangan seumpama itu merupakan satu tafsiran mengarut dakwa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan sekiranya Umno kalah pasti masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun adalah tahyul gila buatan parti Melayu itu. 

Dengki, punca dinar Kelantan ditentang - Nik Aziz

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.

Polis bakal lancar sisatan ke atas timbalan menteri

Pihak polis bakal melancarkan siasatan ke atas seorang timbalan menteri setelah menerima laporan mengenai salah laku seksual termasuk didakwa terlibat dalam kegiatan pelacuran dengan membekalkan gadis-pelajar kolej kepada kelas atasan.

Tuesday, August 17, 2010

RPK Bongkar Skandal Peguam Negara Dengan Azailiza Mohd Ahad

Raja Petra Kamarudin

Hari ini, Associated Press melaporkan, "Seorang hakim Malaysia berkata pada hari Isnin menganggap tuduhan hubungan di antara peguam pendakwa kerajaan dan lelaki yang telah menuduh ketua pembangkang Anwar Ibrahim liwat adalah benar tetapi hubungan itu tiada kompromi dengan kes."

Monday, August 16, 2010

Mampukah Pakatan Rakyat buat kejutan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak?

Premis asal dan agak matang dalam menilai politik Sarawak sekarang ialah “Sarawak tetap kubu kuat Barisan Nasional (BN).” Maka tugas menumbangkan BN dalam pilihan raya negeri ke-10 nanti dijangka berdepan laluan sukar dan mencabar. 
Sesungguhnya, tugas menumbang BN itu terletak di tangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dua pertiga daripadanya berada di luar bandar. Mana-mana parti atau pakatan politik menguasai majoriti DUN atau setidak-tidaknya 36 kerusi selayaknya parti itu membentuk kerajaan negeri.

Anwar gesa Najib guna subsidi Empangan Bakun untuk rakyat

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau memandang serius laporan-laporan mutakhir menunjukkan kelewatan projek Empangan Bakun yang turut menelan begitu banyak wang rakyat selain menyebabkan kos dijangka meningkat.

Sunday, August 15, 2010

RPK Dakwa Saiful Jalin Hubungan Sejenis Dengan Pegawai Khas Najib


Belum lega kontroversi dakwaan hubungan sulit antara saksi utama pendakwaan dalam kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan timbalan pendakwa raya, Farah Azlina Latif, kini timbul pula pendedahan terbaru yang mengaitkan Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.

Saturday, August 14, 2010

Najib sembunyi jenayah?


Oleh Aziz Mustafa
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat adakah beliau tidak terlibat sama sekali dalam menyembunyi dan melindungi jenayah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Hari ini, bertebaran pelbagai dokumen yang boleh menyebabkan Najib dituduh terlibat menyembunyi dan melindungi perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang yang dilakukan oleh seseorang yang disebut sebagai antara most notorious crony capitalists

Friday, August 13, 2010

Terkini !!! Mahathir Pertimbang Rampas Kuasa

Oleh: ulitmayang

"Berikutan kepada kenyataan Mahathir , iaitu pelabur tidak ada duit dan wang yang ada digunakan oleh pelabur untuk melabur dalam negara mereka sendiri , adalah diantara ikhtiarnya bagi menyekat kejatuhan kerajaan UMNO/BN yang dikendalikan oleh Najib selaku waris terakhirnya .

Pas tetap aktif politik di bulan ramadan


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tidak akan mengurangkan aktiviti politik di bulan Ramadan walaupun ia kurang disenangi oleh pihak-pihak tertentu.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk berpolitik bila-bila masa sahaja, malah politik dan agama dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

Thursday, August 12, 2010

Jadi jutawan dalam masa sebulan

"Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat! Jadi Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.

Hentikan fitnah jahat, amaran Wan Azizah kepada Ezam



Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar.  Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau.  Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama UMNO dan tidak sebelumnya.

Wednesday, August 11, 2010

Tendang keluar Kerajaan Najib - Mahathir

Selepas merancang dengan halus ketika menyingkirkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipilihnya sendiri, kini mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menguji anak didiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Majlis Peguam: Tubuh suruhanjaya diraja siasat kematian Teoh

 Majlis Peguam menggesa pentadbiran Najib mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock ekoran pengakuan Peguam Negara semalam wujudnya bukti baru — dalam bentuk nota, yang dipercayai bakal menentukan keputusan inkues.

Search This Blog