Saturday, March 20, 2010

ALI RUSTAM DATANG JUGA KE SERAMBI MEKAH

TENTU anda masih ingat KM Melaka, Ali Rustam suatu ketika pernah mengeluarkan arahan kepada semua kakitangan kerajaan negeri agar tidak berkunjung ke Kelantan. Larangan itu dikeluarkan lebih kepada alasan politik semata-mata bukan kerana faktor lain seperti wabak penyakit mahu pun faktor keselamatan. Apa yang malangnya, kakitangan kerajaan negeri menjadi mangsa akibat dendam politik KM yang disabitkan dengan politik wang di dalam Umno suatu waktu dulu.

Walau bagaimanapun, larangan itu tidak kekal lama kerana jika diteruskan sekali pun rakyat Melaka dan juga kakitangan kerajaannya bukan bodoh untuk dijadikan `lembu dicucuk hidung' oleh Ali Rustam. Maka, larangan itu ditarik balik atas alasan kununnya MB Kelantan sudah berubah sikap. Berubah apa? MB Kelantan sudah sokong Umno ke? Hakikatnya Ali Rustam tahu bahawa di negara kita yang kecil ini jika berlagak seperti `kera sumbang' tidak mahu bercampur dengan negeri lain, maka susahlah nanti. Kalau hendak dikira malu, memanglah malu kerana terpaksa jilat ludahnya sediri tetapi Ali Rustam ini tahu malukah? Jika beliau tahu malu, masakan sekarang beliau masih kekal KM Melaka sedangkan semua orang tahu bahawa politik wang dengan rasuah tu `sedarah sedaging'.

Baru semalam (Jumaat) Ali Rustam berada di bumi Serambi Mekah yang kini masih lagi dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Petang semalam beliau dijadualkan akan diwawancara melalui sebuah stesyen radio swasta (Manis FM) di Wisma Manis, Kota Bharu. Difahamkan beliau berada di Kelantan untuk mempromosi sukan (SUKMA) yang bakal diadakan di Melaka. Justeru itu, beliau besusah payah datang ke Kelantan sebuah negeri yang beliau pernah katakan negeri termiskin dan termundur. Selepas beliau datang sendiri ke negeri Che Siti Wan Kembang tersebut, cuba tanya beliau ada perubahan kah Negeri Kelantan sekarang jika dibandingkan dengan sewaktu Kelantan di bawah Umno.

Apa-apa pun, selamat datang kita ucapkan kepada Ali Rustam. Mudah-mudahan pagi tadi Ali Rustam sempat merasai hujan yang turun seketika sewaktu MB Kelantan mengadakan Solat mohon hujan. Moga-moga sejuk seketika tubuh Ali Rustam semasa berada di Kelantan.

Bila sudah bercerai


Zukri Aksah


Isteri saya seorang peguam syarie, yang beramal melalui firma guaman syarie miliknya sendiri. Antara kes terbanyak yang dibawanya adalah kes perceraian, juga kes-kes selepas perceraian seperti tuntutan nafkah, anak dan harta sepencarian.

Sepanjang yang saya lihat biasanya perceraian berlaku kerana sebab-sebab semasa, bukan kerana ketidakpuashatian yang panjang dalam tempoh perkahwinan. Contohnya seperti tiba-tiba diketahui suami berkahwin dua, suami hilang sumber pendapatan utama, pertengkaran, kehadiran pihak ketiga sama ada di pihak isteri atau suami dan sebagainya.

Tetapi bila sudah masuk mahkamah panjang pula ceritanya. Kalau asalnya bekas isteri memohon cerai fasakh kerana suaminya berkahwin dua, bila dalam mahkamah perinciannya menjadi panjang lebar, diungkit segala macam perkara yang berlaku dalam perkahwinan. Kononnya si suami tidak pernah memberi nafkah zahir kepadanya, walhal dia datang ke mahkamah dengan keadaan fizikal yang cukup sihat walafiat, tiada pula tanda-tanda tidak cukup makan.

Maka dituntutlah macam-macam, tunggakan nafkah, nafkah edah, mutaah dan sebagainya. Si bekas suami pula, untuk mengelak dari dihukum bersalah dalam hal ini, mendakwa si bekas isteri tiadalah berhak untuk mendapat semua ini, kerana si bekas isteri telah nusyuz kepadanya sewaktu dalam perkahwinan. Bukan susah membawa cerita, diberitahulah pada satu malam dalam perkahwinan kerana tidak mahu lepas satu rancangan televisyen, si bekas suami melaung dari tengah rumah, “Yang, buat kopi panas secawan!” Si isteri yang baru mahu duduk selepas meletak kain yang dilipat dalam almari sudah naik angin, “Uhhhh! Tangan ada, sudu ada, gula ada, kopi ada, air ada, abang pergi buat sendirilah.”

Begitulah kisah selepas bercerai, semua keburukan mahu diungkit, padahal mereka bukan bercerai kerana itu, bukan kerana wang-ringgit, makan-pakai mahupun kopi secawan. Perceraian bukan hanya berlaku dalam perkahwinan, ia juga berlaku dalam perhubungan politik. Bila perhubungan politik tercerai, maka sama seperti perceraian perkahwinan, emosi marah membawa kepada terungkitnya cerita buruk dalam kelambu, dalam kain masing-masing.

Inilah yang kita saksikan mutakhir ini, kita dipersembahkan dengan gelagat buruk orang bercerai politik, seperti Salehuddin Hashim, Zahrain Hashim (maaf, mereka bukan adik-beradik), Zulkifli Noordin, Mohsin Fadzli Samsuri dan Tan Tee Beng, seorang bekas Setiausaha Agung dan empat Ahli Parlimen dari PKR.

Biasalah selepas bercerai, semua tidak kena, semua tidak baik, diungkit segala serba mak nenek, seolah-olah parti yang mereka wakili selama ini tiada kebaikan langsung, walaupun saya percaya setiap seorang dari mereka ini hanya ada satu sebab mengapa mereka bercerai dengan parti mereka. Dalam kelantangan dan kelancangan mereka, terutama yang bergelar Ahli Parlimen, mereka terlupa sekurang-kurangnya satu kebaikan bekas parti mereka itu, bekas parti merekalah yang memberi peluang kepada mereka menjadi calon pilihanraya, Presiden bekas parti merekalah yang menyerahkan watikah bagi membenarkan mereka bertanding, pekerja bekas parti dan parti sahabat merelah yang bertungkus-lumus siang dan malam sepanjang tempoh kempen sehinggalah meraih dan merayu undi untuk mereka ketika hari pengundian, sampailah mereka menang dan bergelar Ahli Parlimen.

Biasalah juga selepas bercerai, bekas parti mereka ini dakwa mereka tiada jasa, buat apa mereka mahu letak jawatan, jawatan Ahli Parlimen mereka itu amanah rakyat katanya. Amanah rakyat? Pooorahhh… Mereka lupa mereka mendapat kepercayaan rakyat dahulu sebab parti meletakkan mereka di situ sebagai calon. Sebelum mereka mendapat kepercayaan rakyat, terlebih dahulu mereka mendapat kepercayaan parti. Lalu sebagai calon yang menang kemudiannya dan bergelar Ahli Parlimen, mereka sebenarnya membawa dua amanah, amanah parti dan amanah rakyat. Ingat! Di kertas undi tempohari bukan hanya ada nama Zahrain Hashim, Zulkifli Noordin, Mohsin Fadzli Samsuri dan Tan Tee Beng sahaja, tetapi di sebelah setiap nama mereka, ada lambang parti yang mereka wakili. Rakyat memberi amanah kepada mereka atau kepada parti? Dan sekarang mereka khianat kepada siapa?

Sama seperti pasangan berkahwin yang bercerai, orang yang bercerai politik ini juga menuntut macam-macam, mendakwa macam-macam. Ada yang tuntut Anwar letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang, tuntut Wan Azizah letak jawatan, mendakwa Lim Guan Eng diktator, cauvinis dan komunis, peliknya di antara lima yang keluar dari PKR, yang membuat tuduhan inilah yang keluar dengan imbuhan paling besar, keluar dengan gelaran Datuk Seri! Dan untuk mendapat gelaran tersebut, namanya mestilah dicadang oleh Lim Guan Eng sendiri kepada Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang!

Tidak cukup dengan ini, si Zahrain Hashim mengamuk pula di Parlimen, mendedahkan (kononnya) perancangan “rampasan kuasa” 16 September Anwar Ibrahim. Katanya Anwar Ibrahim kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6, habis semua orang mahu dilibatkannya, Timbalan Speaker, Ahli-Ahli Parlimen BN, tentera, juga Yang DiPertuan Agung. Sikap ini samalah dengan sesetengah bekas suami atau isteri yang bercerai, kerana tidak puas-hati, semua mahu dikaitkannya, adik-beradiklah, ipar-duai, sepupu-sepapat, ibubapa, mertua sampailah kaum-kerabat jauh dan dekat serta rakan dan sahabat.

Menguatkan hujahnya ini, Zahrain cakap sebab itulah nombor plet kereta Anwar 6. Ehhh… salahkah itu, kalau tidak silap ingatan saya, sewaktu kempen PRU2008 yang lalu, antara poster PKR yang paling banyak bertebaran adalah poster Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-6, ia senjata perang psikologi politik. Saya percaya poster ini banyak tertampal di Parlimen Bayan Baru sewaktu Zahrain Hashim bertanding di sana. Mahu tidak mahu, Zahrain terpaksa mengaku yang antara penyumbang kemenangannya di situ adalah kerana pengaruh psikologi poster tersebut. Untuk membuktikannya, Zahrain boleh sahaja menjadi politikus budiman seperti Shahrir Samad yang berani meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Umno Johor Bharu, kemudiannya bertanding semula sebagai calon bebas dan menang. Apakah Zahrain percaya BEBAS boleh memberi pengaruh psikologi sehebat itu kepada pengundi Bayan Baru?

PKR pula dalam usaha mempertahankan diri, menganggap mereka yang bercerai dan dicerai dari parti ini adalah Ahli Parlimen dan bekas pemimpin parti yang “nusyuz.” Sebahagiannya boleh dibuktikan kerana orang-orang seperti Zahrain, Zulkifli Noordin dan Tan Tee Beng sudah berlagak meninggikan suara sejak sebelum menjadi bebas lagi. Orang nusyuz tidak berhak kepada harta, wa’ima tempat tinggal sekalipun. Tempat tinggal mereka sekarang, Bayan Baru, Kulim Bandar Baru, Bagan Serai dan Nibong Tebal adalah tempat tinggal ketika mereka masih dalam PKR, Zulkifli Noordin yang sentiasa berkopiah itu mungkin boleh mengulas.

Cumanya, dalam kes perceraian perhubungan politik, tidak ada mahkamah syariah mahupun mahkamah sivil yang boleh mengadilinya, yang ada cumalah mahkamah rakyat, itupun bersidang lima tahun sekali sahaja.

Friday, March 19, 2010

Zahrain Pembohong Besar


Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian.

“Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini.

Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang.

"Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya.

Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya.

“Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Online hari ini.

Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi.

“Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini.

“Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya.

Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar.

Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu.

Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.

Tengku Razaleigh kecewa jasanya tidak dikenang

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau kecewa kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan “dimarahi” disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan PAS Kelantan menuntut isu royalti minyak.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”.

“Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.

Katanya Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai.

Menurutnya hasil penubuhan itu Petronas menyumbangkan RM75 bilion setahun kepada kerajaan pusat iaitu 42 peratus daripada pendapatan punca hasil negara.

Apa agenda tak mahu daftar pemilih automatik

Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) memberitahu sejumlah 4.39 juta pengundi belum berdaftar, sebaliknya menteri pula kata kerajaan tidak akan memaksa rakyat untuk mengundi.

“Ini bermakna hanya SPR sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendaftar pemilih belum berdaftar, sedangkan kerajaan tidak berminat berbuat demikian.

“Mungkinkah ada sesuatu yang kerajaan cuba sembunyikan apabila tuntutan rakyat dan parti-parti pembangkang supaya mengguna daftar secara automatik tidak dihiraukan,” kata Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan memberitahu persidangan parlimen, kerajaan tidak bercadang mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat yang mencapai umur 21 tahun.

Sebaliknya, kata beliau kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka.

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan kebebasan berpersatuan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Sedangkan sebelum ini Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan memberitahu SPR bercadang mendaftarkan pemilih secara automatik bagi menjimatkan masa, kos dan mengurangkan birokrasi.

SPR juga dalam kenyataan menyebut sejumlah 4.39 juta pengundi atau 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi belum mendaftar.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, sebanyak 72 peratus atau 7,878,875 pemilih keluar mengundi daripada 10,922,139 jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara.

Mohd Khir yang juga Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali memberi analogi mudah, mana lebih baik menangkap ayam dan dikurung dalam reban sebelum disembelih atau menangkap ayam di luar kandang sebelum dikorbankan.

“Kerajaan sudah ada jalan yang begitu mudah dan menjimatkan masa bagi mendaftar pengundi, namun kerajaan masih enggan melakukan.

“Ini menimbulkan satu persoalan. Kalau tidak ada agenda sulit yang tidak diketahui umum, sudah tentu pendaftaran pengundi secara automatik yang lebih telus dan menjimatkan wang kerajaan diterima pakai,” katanya.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof berkata, setiap kali pengerusi baru SPR dilantik tentunya ada cadangan pembaharuan yang cuba dibawa bagi mengelakkan badan itu daripada terus dikritik pembangkang.

Katanya, begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Tan Sri Aziz, beliau cuba untuk melakukan reformasi, namun kerajaan enggan menerimanya.

“Ini bermakna kita terpaksa menunggu pengerusi baru SPR lain pula untuk melihat ada ketelusan dalam sistem pengendalian pilihan raya di negara ini.

“Mungkin juga kenyataan pengerusi SPR baru sekarang hanya sekadar untuk meredakan kemarahan dan mengelakkan menjadi sasaran kritikan pembangkang,” katanya.

Anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir berkata, kerajaan Barisan Nasional ternyata takut dengan kehadiran pengundi muda sehingga cadangan daftar automatik tidak dihiraukan kerajaan.

“BN takut tidak lagi dapat memanipulasi daftar pemilih kalau dilakukan pendaftaran secara automatik. Itulah sebabnya kerajaan tolak untuk leksanakan daftar itu,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat negeri.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustapha berkata, kerajaan nampak berminat membelanjakan lebih banyak wang untuk mengadakan kempen daftar pemilih, sedangkan kaedah yang menjimatkan diketepikan.

“Penantian begitu lama rakyat untuk melihat pengendalian pilihan raya berlaku secara benar-benar telus belum mampu menjadi kenyataan,” Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Salahguna Harta Kerajaan : Polis didakwa, Muhyiddin dilepas?

Dalam kes bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff, pihak SPRM telah mendakwa beliau menyalahguna kuasanya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman untuk perolehan kewangan dengan mengarahkan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan Polis Diraja Malaysia untuk membawanya melakukan pengawasan dari udara terhadap dua lot di Ulu Tungku, Lahad Datu, di mana syarikat hartanahnya Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya SPRM Kevin Morais dan Joyce Blasius, memanggil 75 saksi dalam perbicaraan yang berlangsung selama 59 hari antara 13 Mei 2008 dan 6 Julai tahun lepas.

Bagaimanapun, dalam penghakiman hari ini yang dibuat oleh Hakim Abdul Rahman Sebli telah berkata tuduhan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai banyak kesilapan dari awal perbicaraan lagi.

Keputusannya Mahkamah Tinggi Sabah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff .

Itu adalah kes yang melibatkan dakwaan terhadap seorang Bekas Pesuruhjaya Polis Sabah yang telah dituduh menggunakan pesawat polis untuk tujuan peribadi hampir tiga tahun lalu.

Bagaimana pula dengan kes seorang pemimpin UMNO yang telah menyalahgunakan Helikopter Nuri milik TUDM untuk tujuan dan kepentingan UMNO.

Beliau telah dilaporkan menggunakan pesawat NURI milik TUDM itu untuk mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat pada 15 Ogos 2009.

Selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO Bahagian Kudat beliau akan merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula.

Malangnya Helikopter Nuri milik TUDM yang membawa beliau terpaksa membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.

Turut berada beliau di dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

Dan menurut laporan The Malaysian Insider pada 23 Nov 2009, dalam jawapan bertulisnya kepada Lim Kit Siang, Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah mengatakan SPRM masih menyiasat dakwaan penyalahgunaan Helikopter Nuri milik TUDM itu untuk tujuan tidak rasmi.

Pada hari yang sama juga iaitu pada 23 Nov 2009 Nazri juga telah berkata, Muhyiddin layak menggunakan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan garis panduan penggunaan pesawat itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Katanya lagi garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Antara asas pertimbangan kelulusan permohonan adalah bagi perjalanan yang tiada perkhidmatan udara MAS dan juga meliputi kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan pesawat helikopter untuk sampai ke destinasi tersebut dengan kadar yang cepat,"

Sebagai Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin memang layak menggunakan Helikopter Nuri itu untuk tugas-tugas rasmi.. tetapi beliau telah menggunakan Helikopter Nuri itu atas kapasiti Timbalan Presiden UMNO yang mempengerusikan mesyuarat UMNO..Bukan sebagai Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang akan mempengerusikan mesyuarat kerajaan Negeri..

Hingga ke hari ini 18 March 2010, Muhyiddin masih belum diheret ke Mahkamah oleh SPRM sebagaimana bekas Pesuruhjaya Polis Sabah itu dihadapkan ke Mahkamah…..

Adakah Harta Kerajaan itu Harta UMNO? Dan Harta UMNO itu harta Mak Bapak Depa?

Thursday, March 18, 2010

11 Bahagian cuba jatuhkan MB Perak

Wujud tangan ghaib cuba menjatuhkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir apabila 11 ketua bahagian dikaitkan dengan gerakan sulit ini.

Ketua UMNO Cawangan Pekan Batu Lima Bahagian Parit Buntar, Sulaiman Mohd Zaini berkata, khabar angin kuat mengatakan 11 Ketua Bahagian menganjurkan gerakan sulit untuk memburukkan imej dan kedudukan Dr Zambry sebagai Menteri Besar ke peringkat kepimpinan pusat UMNO

Menurutnya, suara dari kumpulan yang boleh dilabelkan sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada Menteri Besar cuba menikam dari belakang, menggunakan gerakan sulit.

“Kumpulan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan 11 ketua bahagian UMNO negeri ini dalam usaha menganjurkan gerakan sulit semata-mata mahu melihat Dr Zambry meninggalkan jawatan dipegang sekarang.

“Inilah sikap dan tindak-tanduk pemimpin bahagian yang tidak matang serta tidak cerdik dalam permainan politik mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Sulaiman berkata, mereka tidak boleh bersikap demikian kerana sebagai seorang pemimpin atau ketua bahagian, sokongan jitu perlu diberikan kepada kepimpinan Menteri Besar bukannya memulaunya.

Katanya, jika pihak berkenaan tidak boleh menerima arahan atau pandangan Menteri Besar, letak jawatan adalah keputusan terbaik bagi membersihkan serta memulihkan kembali imej UMNO yang dipenuhi dengan pemimpin pentingkan diri serta kroni.

“Dipercayai 11 ketua bahagian ini diketuai oleh seorang ketua yang cukup berpengaruh dalam UMNO negeri serta dalam masa sama merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Individu inilah yang dipercayai menjadi dalang kepada gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar.

“Saya cukup terkejut dan hairan kenapa mereka ini sanggup bersikap sedemikian walhal kita di bawah satu bumbung, parti, agama serta bangsa yang sama, kalau beginilah sikap mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, UMNO hanya tinggal nama sahaja,” katanya.

Lagi Penyelewengan UMNO BN..

Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan minit mesyuarat majlis kerajaan negeri pada 1987 mengenai status pengasingan tanah di Subang Jaya iaitu Taman Rekreasi Subang Ria.Maklumat yang diklasifikasi mengikut Akta Rahsia Rasmi itu menunjukkan bagaimana kerajaan Selangor ketika masih dicengkam pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) menjual tanah terbabit kepada Sime Darby UEP.

Mendedahkan hal itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bayaran tanah yang dijual kepada Sime Darby pula jauh lebih tinggi dari nilai sebenar. Mengikut minit mesyuarat itu, katanya, United Estate Berhad memohon tanah seluas 76.5 ekar di Petaling yakni ekarang Subang Jaya pada 1987 untuk kegunaan rekreasi.

Beliau berkata, bayaran premium yang dikenakan untuk tanah tersebut ketika itu berjumlah 4.95 juta sedangkan nilai pasaran hanyalah 1.57 juta. "Bagaimanapun, urusan itu tidak melibatkan wang, sebaliknya Sime Darby membeli 10 rumah untuk digazetkan sebagai kuaters kakitangan pejabat daerah petaling ketika itu. Khalid berkata, rumah itu diserah kepada kerajaan Selangor dan digazet sebagai rumah untuk Penolong Pegawai Daerah Petaling dan Setiausaha Majlis Daerah Petaling.

"Kesemua unit runah ini terletak di SS 19 Subang Jaya. Cadangan ini telah diluluskan Mesyuarat MMKN ketika itu," katanya. Katanya, ia mencetuskan kontroversi berikutan Taman Rekreasi Subang Ria hendak dimajukan sebagai kawasan perumahan oleh Sime Darby mendapat tentangan hebat penduduk. "Sebagai pemilik tanah yang berhak, Sime Darby UEP tidak boleh dihalang dari membuat pelan pembangunan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan memastikan penduduk di Subang Jaya mendapat kawasan hijau secukupnya. "Kerajaan Selangor komited memastikan pembangunan tidak akan menjejaskan hak rakyat dan semua keputusan dibuat secara telus dan tanggungjawab dan selari dengan agenda merakyatkan ekonomi Selangor.

Saturday, March 13, 2010

PERINGATAN BUAT YANG SERING MEMPERSENDAKAN MUNAJAT MEREKA YANG DIZALIMI


Hari ini di bumi Kelantan berlaku satu peristiwa yang wajar menjadi renungan mencetuskan keinsafan serta meningkatkan ketakwaan di sisi Allah SWT. Solat sunat Istisqa yang diimamkan oleh YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memohon hujan ditunjukkan tentang tanda dan kebesaran Allah SWT.

Seramai kira-kira 2000 jemaah yang turut serta dalam sunat itu mengalami peristiwa yang menakjubkan apabila hujan mula turun sebaik sahaja bacaan surah Al Fatehah dimulakan. Peristiwa ini memberi isyarat yang cukup jelas bahawa doa dan munajat mereka yang ikhlas sentiasa berserah diri mengharapkan pertolongan Allah akan diperkenankan oleh Allah SWT. Cuma masa sahaja yang menentukan.

Sebelum ini seringkali pemimpin Umno mempersendakan apabila puluhan ribu rakyat Kelantan bermunajat seperti dalam isu royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Pas Kelantan. Malah ada suara-suara sumbang ulama Umno yang memperleceh munajat rakyat Kelantan agar pemimpin Umno yang menafikan hak rakyat Kelantan ditimpa bala.

Pemimpin Umno-BN mungkin boleh mengarahkan pihak polis untuk menghalang program Pas dan Pakatan Rakyat. Mereka juga boleh berlindung dengan mengarahkan polis untuk menangkap pemimpin PR seperti yang dialami oleh Mazlan Aliman. Mereka juga boleh menggunakan semua institusi yang di bawah telunjuk mereka daripada polis, SPRM dan mahkamah untuk mereka cerita dan bukti untuk memalukan pemimpin PR. Mereka juga boleh menggunakan segala bentuk media untuk menghalalkan segala tindak tanduk mereka. Tetapi mampukah Umno-BN menghalang kekuasaan Allah SWT?

Peristiwa yang berlaku di Kelantan hari ini memberi ingatan kepada bekas ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang melompat seperti YB Bagan Serai,Mohsin Fadzli Samsuri yang telah tamat tempoh meletak jawatan yang diberikan oleh Ustaz Ahmad Awang untuk berhadapan solat hajat selama dua minggu. Datuk Jamil Khair dan ustaz dan Tan Sri Harussani mufti Perak boleh mempertikaikan solat hajat berkenaan tetapi mampukah mereka berdua menghalang jika Allah SWT memperkenankan munajat berkenaan?

Maka kepada semua pemimpin Umno-BN yang sering mempersendakan munajat mereka yang tertindas dan dizalimi....tunggulah masa dan ketikanya. Lambat atau cepat balasannya pasti tiba...

Friday, March 12, 2010

Ini Bukan Jom Heboh Anjuran TV3 Di Pulau Pinang

Ini lautan rakyat yang mahukan perubahan. Ini hanya di Pulau Pinang. Oleh sebab ramainya manusia di setiap ceramah Pakatan Rakyat, maka dengan kuasa yang ada, pemerintah kerajaan pusat telah memberi tekanan kepada PR dengan menghantar gangster-gangster lembunya. Lihatlah sendiri di Kg Baru bagaimana gangster ini mencemari majlis Pakatan Rakyat.

Tapak Ekspo Seberang Jaya dipenuhi oleh rakyat yang menolak pemerintahan umnobn. Mereka datang sempena dengan malam kemuncak sambutan ‘2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang’. Kehadiran rakyat Pulau Pinang di Tapak Ekspo tersebut dianggarkan melebihi 10,000 orang untuk mendengar ucapan dari para pemimpin Pakatan Rakyat.

Syabas kepada warga Pulau Pinang yang berani berubah dan memilih Pakatan Rakyat sebagai platform untuk menumbangkan pemerintahan regim umnobn.





ISU DEBAT ZULKIFLI NORDIN-KHALID SAMAD : HANYA BUDAK HINGUSAN YANG TAKUT BERDEBAT

Kalau tak silap saya sudah dua tiga hari YB Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam mencabar YB Zulkifli Nordin untuk berdebat isu kalimah Allah. Isu yang mencetuskan konflik mereka berdua sehingga membawa kepada pemecatan Zulkifli Nordin dari PKR.


Tetapi sehingga hari ini belum terdengar sebarang jawapan dari Zulkifli Nordin yang cukup lantang di depan media sehari dua ini. Sebelum ini pelbagai istilah diberi kepada pemimpin Pakatan Rakyat dari anak firaun sehinggalah ke budak hingusan semua terpacul dari mulut beliau. Beliau sebelum ini cuba menggambarkan bahawa dirinya seorang yang berprinsip dan tidak akan menggadaikan prinsipnya. Jadi gelanggang debat adalah medan yang terbaik untuk membuktikan keberanian dan prinsip yang dipertahankan.

Sudah pasti ramai yang menunggu kehadiran dan jawapan beliau dalam sesi debat nanti. Kita tunggu adakah beliau bersedia berdebat atau sebaliknya. Bagi saya hanya budak hingusan sahaja yang tidak berani berdepan dan berdebat di depan khalayak ramai.


Thursday, March 11, 2010

Pakatan 'buang buruk', BN kutip 'sampah'

SELEPAS media propaganda Umno-Barisan Nasional membuat serangan bertalu-talu terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan partinya, kini giliran Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, serta parti dukungannya menjadi mangsa.

Mana tahu selepas ini PAS pula yang akan diserang, kiri kanan depan belakang tanpa belas ihsan oleh media tali barut Umno-BN.Matlamat mereka satu sahaja, iaitu mereka mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat, 'membunuh' karektor pemimpinnya, sekaligus berusaha menciptakan persepsi buruk serta ketidakyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Setakat ini Umno-BN gagal mencapai matlamat mereka. Usaha keras media tali barut tidak mencapai matlamat yang mereka harapkan.

Walaupun Pakatan Rakyat ditekan hebat, bagusnya ialah apabila pemimpin-pemimpinnya tidak mudah melatah akibat provokasi musuh.

Hebatnya setiakawan Pakatan Rakyat ditunjukkan dengan sokongan padu tidak berbelah bahagi oleh PAS dan DAP terhadap Anwar selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia dan peneraju agenda reform dalam negara.

PAS dan DAP tidak samasekali berjaya digugat dengan provokasi media talibarut Umno-BN untuk tumpang semangkuk menyalahkan KeADILan dalam kemelut yang dihadapi.

Malah dengan dokongan kuat PAS dan DAP itu, KeADILan terus mantap dan berusaha melakukan pembersihan serta damage control, bagi menjayakan aspirasi serta cita-cita bersama Pakatan Rakyat.

Namun, kita tidak nafikan, serangan-serangan ini, sedikit sebanyak berjaya mencetuskan keluh kesah di kalangan pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

"Huh! Macam macam alasan ada. Rasa nak penampar sahaja wakil rakyat yang lari ini. Lepas ini Anwar jangan kutip lah bekas-bekas Umno dan golongan bermasalah ini," begitulah keluh rata-rata penyokong Pakatan Rakyat, apabila seorang demi seorang Ahli Parlimen KeADILan 'buat perangai' dengan mengkhianati perjuangan rakyat.

Mereka-mereka yang 'buat perangai' ini gelagatnya macam budak-budak pra-matang. Macam-macam alasan diberikan untuk menjustifikasikan tindakan mereka yang mengkhianati Pakatan Rakyat.

Ada yang kata mereka keluar kerana isu kalimah Allah, ada yang kata kerana tidak tahan dibuli parti sahabat, ada yang kata kerana KeADILan sudah lari dari perjuangan asal dan ada yang kata mereka keluar kerana mendakwa Anwar hanya berjuang atas kepentingan peribadinya sahaja.

Dengan pelbagai alasan ini, seolah-olahnya mereka memberi hint bahawa Umno-BN lah yang boleh disandarkan perjuangan mereka kelak.

Maka Dato' Seri Zahrain Hashim, Dato' Salehuddin Hashim, Tan Tee Beng, Mohd Fairus Khairudin dan Mohsin Fadzli Samsuri, mengumumkan keluar parti. Ada yang masuk Umno, ada yang jadi bebas.

Mereka yang kuat mengkritik parti sendiri dan menghentam parti sahabat secara terbuka seperti Zulkifli Noordin dan Wee Choo Keong, setakat rencana ini ditulis, masih belum menyatakan pendirian secara terbuka. (Nota : Zulkifli dipecat daripada KeADILan pada 6 Mac 2010)

Mungkin juga ada beberapa orang lagi yang sedang memikirkan dan mencari alasan untuk 'cabut'. Ada juga yang sedang tunggu dan lihat dahulu, apakah nasib yang bakal menimpa rakan-rakan mereka yang defect itu.

Dengan keluarnya mereka dari Pakatan Rakyat, atau dengan keceluparan mulut menghentam pemimpin Pakatan Rakyat, mereka ini sudah dimusuhi majoriti rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Mereka ini sudah kehilangan kawan, ceramah di surau atau masjid dibatalkan, dibenci dan dicerca pengundi sendiri. Rakan-rakan dan sahabat handai mula menjauhkan diri dari mereka, kerana mereka sudah dikotori dengan najis Umno-BN.

Maka jadilah mereka ini umpama 'kerang busuk' yang sudah tidak laku. Kita tidak perlu berbuat apa-apa pada mereka. Nasihat pun tidak guna kerana, mereka-mereka ini sudah 'setkan minda'. Sudah lama mereka menunggu masa untuk membuat kacau dan keluar dari parti.

Mereka yang berperangai buruk ini, sama ada menjadi ejen Umno, yang dibiarkan duduk dalam Pakatan Rakyat untuk membuat kacau, atau yang mempunyai masalah peribadi sehingga diancam polis atau SPRM, atau yang mempunyai poor performance di kawasan Parlimen yang diwakili. Dan yang paling penting mereka dikatakan menerima tawaran yang amat lumayan, jika keluar parti.

Apa pun, mereka ini barangkali sudah mempunyai deal yang lama dengan Umno-BN. Mereka hanya menunggu masa sahaja untuk keluar. Bagi mereka sekarang ini mungkin perfect timing kerana, pada saat ini Anwar sedang ditekan dengan dakwaan kes liwat. Maka usaha mereka menambah tekanan terhadap Anwar pada saat yang getir ini, amat menggembirakan Umno-BN.

Menambah tekanan terhadap Anwar merupakan suatu kredit buat Umno-BN, kerana Anwar merupakan ancaman yang paling berkredibiliti untuk menumbangkan mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Kerja untuk menjatuhkan, memalukan serta memusnahkan karektor politik Anwar memang kerja-kerja rutin Umno-BN. Kebiasaannya kerja-kerja ini dibuat daripada luar. Namun kali ini Umno-BN ada sedikit kelebihan kerana wujudnya pembantu dari dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Hakikatnya, semua mereka yang mengkritik dan menghentam Anwar, sekaligus menjadi tali barut Umno-BN ini tidak sedar, jika tidak kerana Anwar yang memberi mereka peluang, sama ada dilantik memegang jawatan atau dipilih sebagai calon, tiada siapa pun yang akan kenal atau peduli dengan mereka.

Pepatah Melayu mengumpamakan mereka-mereka ini sebagai, 'anjing yang mengigit tuannya'. Tuan yang memberikannya makan dibalas dengan gigitan.

Perumpamaan ini membawa maksud, wujudnya dalam sebuah masyarakat, parti atau dalam keluarga, ada golongan yang tidak pernah mengenang jasa atau orang yang meletakkan kepentingan peribadi, mengatasi segala-galanya.

Bagi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tindakan puak-puak pengkhianat ini disifatkannya 'ada buaya di sebalik batu.'

Orang politik yang berjuang untuk kepentingan peribadi sebenarnya adalah 'gila'. Gila glamour, gila jawatan, gila projek, gila kebendaan dan berbagai jenis gila lagi.

Dalam istilah lain, golongan yang gila macam-macam ini, boleh dianggap sebagai terkena penyakit sawan. Penyakit sawan pun banyak menghinggapi orang politik sekarang ini.

Ada spesies orang politik yang terkena penyakit sawan katak, sawan sesumpah, sawan beruk dan sekarang ini sawan anjing pun ada. Hanya penyakit sawan babi sahaja yang belum ada. Kalau ada, jenuh Pakatan Rakyat kena samak.

Mereka yang mengkhianati perjuangan ini semuanya adalah sampah dan najis. Cumanya mereka dibezakan pada tahap mana kebusukan dan kejijikannya. Ada tahap muhaffafah, ada mutawasitah dan ada yang mukhalazah. Dan usaha untuk membersihkan mereka ini bergantung kepada tahap di mana mereka berada.

Namun, sampah dan najis ini ada di mana-mana. Ada dalam semua parti. Apa yang berlaku kepada KeADILan harus diambil iktibar oleh PAS dan DAP. Pemimpin PAS, DAP mahu pun KeADILan sekarang ini, harus lebih berhati-hati dan bertegas dalam soal disiplin terhadap wakil-wakilnya, khususnya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Lebih baik Pakatan Rakyat 'buang buruk' sekarang. Biar Umno-BN jadi rubbish collector untuk mengutip sampah-sampah masyarakat. Moga-moga dengan ketegasan pemimpin PAS, KeADILan dan DAP, mereka dapat membersihkan Pakatan Rakyat dari segala jenis sampah-sarap dan kotoran.

Mereka-mereka yang sudah menjadi sampah ini, sudah tentu tidak akan diterima oleh rakyat lagi. Malah rubbish collector pun sudah pasti tidak akan mengambil mereka sebagai calon pada PRU akan datang. Mereka-mereka ini sudah rosak dan tidak cukup syarat untuk dikitar semula.

Pertama, sebab dalam Umno-BN sudah cukup ramai berebut hendak jadi calon, dan keduanya, sampah-sampah ini hanya digunakan untuk menyekat arus deras Pakatan Rakyat dan memperlahankan kejatuhan Umno-BN sahaja.

Kita harus memastikan kegembiraan Umno-BN mengutip segala sampah-sarap ini hanya seketika sahaja. Selepas seluruh sampah-sarap dikumpulkan dalam Umno-BN, maka rakyat bersatu menggunakan jengkaut dan kita lupuskan mereka ke tempat pembuangan sampah pada PRU ke-13 nanti!

Wednesday, March 10, 2010

Tee Keat kena tikam

Beliau mungkin dilihat sebagai satu-satunya pemimpin tertinggi MCA yang kurang disenangi oleh sesetengah pihak kerana ketegasan, kelantangan serta kejujurannya dalam memperjuangkan sesuatu isu hinggakan ia melampaui norma-norma konvensional selama ini.

Mungkin disebabkan kelantangan beliau itulah, Presiden MCA merangkap Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato’ Sri Ong Tee Keat sering kali dicap sebagai seorang pemimpin yang angkuh, agresif malah suka melawan arus.

Namun bagi mereka yang mengenali dan mendalami perwatakan beliau, Tee Keat sebenarnya tidaklah sekompleks mana.

Sebaliknya, Tee Keat merupakan seorang pemimpin yang prihatin terhadap kebajikan penduduk-penduduk di kawasan Parlimen Pandan.

Begitu juga dengan sikap beliau yang lebih cenderung melihat dan menangani sesuatu masalah tanpa mengira kulit warna dan agama mereka.

Pendek kata, semangat 1Malaysia amat sebati dalam jiwa Tee Keat yang percaya bahawa langkah ke hadapan buat parti MCA adalah untuk memperjuangkan masalah rakyat tanpa mengira kaum.

Bagi beliau, mentaliti zero-sum game sudah tidak relevan dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini.

Semenjak beliau bergelar sebagai Ahli Parlimen pada 1990 (ketika itu Ampang Jaya dan mulai 2004 kawasan Pandan), perwatakan Tee Keat sebagai seorang pemimpin yang komited dan berpegang teguh kepada prinsip tidak pernah luntur.

Tee Keat yang anda lihat sekarang adalah Tee Keat yang sama.

Krisis dalaman MCA yang berlarutan, kini sedang memasuki fasa paling kritikal. Pertengahan minggu lalu, fraksi Liow Tiong Lai mendapat angka pemimpin mencukupi bagi memaksa pemilihan parti baru selepas Timbalan Presiden MCA ketika itu,Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengumumkan peletakan jawatannya bersama-sama tujuh pengikutnya.

Perkembangan terbaru yang penuh dengan ironi itu jelas memperlihatkan kehodohan sebenar wajah kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi MCA lain yang nampaknya lebih berminat untuk mengejar pangkat dan kedudukan apabila menyedari kedudukan Tee Keat sebagai Presiden MCA semakin longgar.

Talian persahabatan yang terjalin sejak sekian lama, prinsip comradeship dan semangat seia-sekata yang pernah dilaung-laungkan sebelum ini, semuanya kini hanya tinggal omong-omong kosong dan diketepikan begitu sahaja.

Semasa berkuasa di takhta, nama beliau dijulang. Kepemimpinan beliau dipuji dan dilihat satu-satunya pemimpin yang mampu mengembalikan kegemilangan buat MCA.

Tetapi apabila krisis parti meletus, beliau dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab, orang yang mengheret MCA kepada keadaan yang ada sekarang. Begitu pahit realiti hidup di pentas politik.

Kita sering mendengar semangat comradeship perlu diterapkan dalam sanubari setiap ahli dan perwakilan parti. Tahun demi tahun pemimpin-pemimpin parti yang ditemui wartawan menegaskan di hadapan lensa media bahawa tanpa semangat comradeship, sesebuah parti tidak akan dapat bertahan lama.

Semangat comradeship merupakan satu-satunya elemen yang mampu menyatukan ahli-ahli dengan parti. Semangat tersebut menuntut semua pemimpin dan ahli membantu antara satu sama lain tidak kira semasa masa senang mahupun susah. Tak kira dari mana datangnya pemimpin tersebut, inilah sikap yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin dan ahli.

Namun apa yang anda lihat sekarang dalam MCA memperlihatkan keadaan sebaliknya. Yang anda lihat sekarang adalah Presiden Parti seolah-olah dipermain dan dihentam di sana sini. Prinsip Machiavellian yang acapkali digunakan oleh kebanyakan pemimpin politik untuk memastikan kelangsungannya, mula menunjukkan belangnya.

Seruan untuk mendapat sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan disambut penuh kedinginan dan hanya disambut dengan senyuman sinis. Inikah semangat comradeship yang selalu dilaung-laungkan oleh mereka selama ini? Benarkah sudah tidak ada lagi pemimpin politik yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina?

Dalam krisis dalaman MCA kali ini, bukan sekali kena tikam dari belakang tetapi beberapa kali. Mula-mula oleh Tiong Lai dan kini pula Soi Lek. Persepsi masyarakat awam terhadap perkembangan terbaru krisis MCA membayangkan Tee Keat menjadi mangsa percaturan politik licik musuhnya.

Hati beliau sudah tentu terkilan bahkan sedih kerana hasratnya untuk mentransformasikan MCA sebaliknya ditafsirkan sebagai satu usaha untuk terus mengekalkan kuasanya.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, terdapat segelintir pemimpin parti berkepentingan menyifatkan pelan transformasi MCA itu sebagai satu ancaman besar kepada kelangsungan mereka.

Hasrat Tee Keat untuk melaksanakan pemilihan parti secara langsung jelas tidak disenangi kumpulan pemimpin ini kerana menerusi pemilihan secara langsung, semua perwakilan mempunyai suara untuk menentukan pemimpin mereka dan bukannya oleh sekumpulan perwakilan terpilih sahaja.

Ini bermakna, pemimpin-pemimpin tersebut perlu bekerja lebih keras kerana setiap undi daripada perwakilan adalah cukup penting dan kini menjadi kingmaker kepada kalah menangnya calon-calon yang akan bertanding.

Proses empowerment kepada ahli-ahli parti dilihat berupaya mengekang segelintir perwakilan daripada mempunyai terlalu banyak kuasa untuk menentukan siapakah calon yang akan menang jawatan parti.

Namun atas kerakusan kuasa pihak berkepentingan itu, transformasi MCA yang dimaksudkan Tee Keat mungkin pula menyaksikan perubahan pucuk kepemimpinan parti yang memperlihatkan tersungkurnya Tee Keat dari jawatan keramat itu.

Tee Keat mungkin tidak selicik berbanding dengan pemimpin-pemimpin MCA lain sebelum ini. Penggal pemerintahannya juga tidak selancar seperti pemimpin terdahulu. Namun itu tidak bermakna, beliau dan pemerintahannya sudah gagal.

Ahli Parlimen Pandan itu mungkin tidak selicik Soi Lek tetapi itu tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur kepada kejayaan atau gagalnya pemerintahannya. Transformasi yang ingin dilaksanakan ke atas parti yang sudah berusia 61 tahun itu sudah tentu memakan masa.

Ini kerana bukan senang untuk mengikiskan amalan-amalan buruk yang sudah lama tertanam dalam sanubari ahli-ahli, lebih-lebih lagi mereka sudah selesa dengan amalan tersebut yang menaungi mereka selama ini.

Seperti pemimpin-pemimpin lain, Tee Keat bukanlah seorang yang sempurna sifatnya. Sebagai seorang insan yang bergelar manusia, beliau tidak mungkin dapat lari daripada melakukan kesilapan sama secara disedari mahupun tidak disedari. Namun episod hitam ini dipercayai akan mematangkan beliau untuk berhadapan dengan kemelut-kemelut politik akan datang dengan lebih tabah.

Apa yang pastinya, sekurang-kurangnya beliau ikhlas dalam mengharungi segala onak dan duri dalam parti sekalipun kedudukannya sebagai orang pertama dalam parti kian terancam.

Beliau dalam ucaptamanya semasa sambutan Ulangtahun MCA ke-61 hujung minggu lalu, memohon maaf secara terbuka kepada para perwakilan sekiranya proses pembaharuan yang cuba diusahakan beliau mengundang ketidaksenangan.

Kata Tee Keat, sekiranya beliau begitu berminat untuk mengekalkan jawatan tertinggi parti mengapa beliau perlu berhempas-pulas mengambil masa dan tenaga untuk membongkarkan isu-isu rasuah dan penyelewengan seperti skandal PKFZ.

Beliau sebenarnya sedar bahawa skandal PKFZ, ibu kepada segala skandal boleh memusnahkan kerjayanya.

Tetapi mengapa beliau memilih untuk membongkar skandal tersebut? Jawapannya cukup mudah – wang yang diselewengkan dalam PKFZ adalah wang rakyat dan mereka yang bertanggungjawab perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Antara jenis pemimpin yang sanggup memohon maaf dan bersedia mengorbankan diri untuk mentransformasikan parti ataupun mereka yang hanya berminat merebut kuasa dan mengejar kekayaan, manakah menjadi pilihan anda?

Saya pasti, anda semua sudah mempunyai jawapannya!

Sarawak: BN Sudah Mengira Anak Ayam Sebelum Telur Menetas

Pilihanraya umum Dun Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya tahun 2011. Secara tradisinya tidak ada perlu dibimbangi oleh BN kerana Sarawak adalah seperti Selangor, Perak dan kebanyakan negeri di Semenanjung di mana andai kata batang pisang sekalipun dijadikan calon parti berkenaan kebarangkalian untuk menang tetap besar.

Tapi itu cerita dahulu kala. Kata orang, ‘lain hulu lain parang’. Dulu kebanyakan rakyat Malaysia sanggup bersabar dan menelan cerita-cerita dongeng politik hasil nukilan mereka yang berkuasa dengan harapan bakal menikmati setiap janji yang dilafazkan.

Hari ini mereka mungkin masih lagi boleh bersabar. Tetapi dalam waktu sama mereka sudah menjadi semakin celik. Selepas 12 pilihanraya umum, rakyat akhirnya akur betapa ciri paling menonjol BN ialah menabur pelbagai janji pada waktu kempen pilihanraya dan selepas itu hanya segelintir sahaja janji itu ditunaikan. Itupun ibarat melepaskan batuk ditangga.

Janji menjelang kempen pilihanraya ini sebenarnya adalah janji tak ikhlas. Kerja parti yang menguasai kerajaan bukannya untuk buat janji. Patutnya buat sahaja kerja, kurangkan ucapan-ucapan politik, kurangkan berlagak macam Mr. Know All dan buat sahaja apa yang perlu dilakukan untuk rakyat.

Sekiranya BN melakukan segala-galanya menurut kehendak rakyat dan bukan semata-mata menurut kehendak dan whims and fancies pemimpin dan para pak menteri, tentulah tak ada peluang langsung bagi mana-mana pembangkang, jangan kata untuk jadi Ahli Parlimen atau Adun, nak cari isu pun susah.

Tapi sebagaimana diketahui, realitinya tak semacam itu. Dana kerajaan sejak dari dulu lagi lebih banyak digunakan bagi perbelanjaan pembangunan walaupun, lebih lazim dari tidak, projek pembangunan sesuatu infrastruktur itu lebih memberi manfaat kepada sesetengah golongan kecil dan langsung tidak dapat dinikmati oleh majoriti golongan besar.

Misalnya projek mercu tanda tertentu boleh ditangguhkan sahaja pada masa lain yang lebih sesuai sekiranya mereka tahu maksud skala keutamaan dalam ekonomi dan sekiranya mereka insaf bahawa dana awam adalah untuk digunakan bagi memberikan sebanyak mana manfaat kepada sebanyak mana rakyat dan bukan untuk para kroni, para sang malaon dan kontraktor tertentu yang mendapat projek menerusi runding-terus.

Jika “rakyat didahulukan”, maka mana lebih penting menggunakan berbilion dana awam untuk membangunkan Putrajaya, membeli kapal selam serta hardware ketenteraan yang belum tentu lagi akan digunakan, membina PKFZ dan macam-mana lagi berbanding menyediakan pelbagai infrastruktur asas, mewujudkan peluang ekonomi, menyediakan program pemodenan dan sebagainya bagi, misalnya rakyat Sarawak yang masih jauh tertinggal walaupun sudah berada dalam Malaysia selama hampir 4 dasawarga.

Nak dikatakan Sarawak ini sebuah negeri miskin, tentulah tak masuk akal sama sekali kerana Bumi Kenyalang ini memiliki minyak dan kerajaan negeri pula tidak putus-putus menerima royalti minyak sejak perjanjian bersama Petronas termeterai pada tahun 1970-an. Tak tahulah besok sekiranya BN tidaklah berkuasa tetapi masih menguasai kerajaan Persekutuan. Mungkin royalti minyak Sarawak akan digantikan dengan wang ihsan dengan disertai pelbagai tahi minyak (alasan dan penjelasan) dari mereka yang bertanggungjawab. Dan dalam episod seterusnya, tidak mustahil mereka akan berjanji akan mengembalikan royalti ini sekiranya BN kembali berkuasa.

Apapun, cara main-main janji ini adalah cara UMNO-BN. Sebab itu tatkala berada di Sarawak minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyindir PAKATAN dengan berkata, “janji orang belum dapat kuasa”.

Dalam menyindir-nyindir ini Najib nampaknya terlupa bagaimana pula ‘janji orang yang akan kehilangan kuasa’.

Janji orang yang belum dapat kuasa dengan janji orang yang kehilangan kuasa tak sama. Janji orang yang belum berkuasa lebih ikhlas, lebih boleh dipercayai dan lebih menjanjikan pengotaan kepada apa yang dijanjikan. Sebaliknya janji mereka yang sedang menyaksikan pelbagai petanda dan prospek akan hilangnya kuasa adalah janji orang terdesak – apa sahaja boleh dijanjikan dan apa sahaja boleh diberikan.

Maka itulah sebabnya apabila Najib mengumumkan peruntukan besar-besaran kepada Sarawak dalam kiraan berbilion-bilion ketika melawat negeri itu minggu lalu, ada anak Sarawak yang memberikan reaksi dalam portal berita dalam talian yang antara lain berbunyi: “Para pelawak dalam SUPP, PBB, PRS dan SPDP lagi. Apa jadi dengan PBDS (Parti Bangsa Dayak Sarawak dan SNAP (Sarawak National Party). Sudah hilang? Adalah sesuatu yang ironic betapa kekurangan pembangunan dipamerkan oleh pelancaran projek membekalkan tenaga elektrik bernilai RM5.8 juta (harga kira-kira 20 buah kereta Mercedes) yang tidak sepertinya oleh Najib setelah 50 tahun terlambat (QED)… Tanyalah mana-mana pengundi kawasan bandar di Sarawak dan mereka akan mengatakan kali ini mereka akan mengundi pembangkang, bukan semestinya mereka percaya calonnya tetapi ini akan memberikan mereka peluang mengubah politik di sini. Lagi pun, sekiranya pembangkang gagal, kita boleh mengundi orang lain dalam masa 5 tahun lagi. Apalah 5 tahun apabila kita telah terpedaya selama 50 tahun. (dipetik dan diterjemahkan dari Malaysian Insider) Namun begitu, Najib berjaya menyembunyikan rasa cemasnya terhadap prospek kehilangan kuasa di Sarawak dengan mengatakan betapa BN Sarawak adalah entiti yang tak mungkin dapat dicabar oleh sesiapa.

Tentu sekali cakap-cakap takbur seperti ini pernah didengari umum di zaman Tun Abdullah menjelang Pilihanraya Umum ke-12.

Najib mungkin terlupa hal tersebut sebagaimana beliau terlupa betapa politik adalah seni serba mungkin. Jika tidak masakan beliau hampir tewas kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak tahun 1977 dalam Pilihanraya Umum tahun 1999.

Dalam iklim dan realiti politik hari ini, apakah sikap terlalu-yakin seperti itu merupakan sesuatu yang berasas atau sebenarnya fantasi?

Najib tolak pilihan raya PBT takut hilang kuasa

Mungkin takut hilang kuasa politik dalam pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor dan Pulau Pinang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tuntutan dua kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk mengadakan pilihan raya peringkat kerajaan tempatan.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yakin bahawa Najib sedar pengaruh politik Umno di negeri-negeri terbabit kian rapuh.

“Najib tidak akan buat pilihan raya dia dua negeri ini kerana dia yakin bahawa mereka akan tetap kalah di kebanyakan kawasan, walaupun mereka selalu kata bahawa mereka sudah mulai kuasai kedua-dua negeri ini,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang tadi.

Keengganan Najib menerima tuntutan Selangor dan Pulau Pinang itu menurut Badrul, sekaligus mencerminkan bahawa kerajaan pimpinan Najib tidak bercita-cita memulihkan sistem demokrasi tanah air.

“Kalau demokrasi dapat menghilangkan kuasa politik mereka, maka rejim ini akan cuba sedaya-upaya tolak apa jua sistem pemilihan (termasuk) pilihan raya kerajaan tempatan,” jelasnya.

Badrul berkata, rakyat sepatutnya dibenarkan memilih ahli majlis PBT mereka sendiri kerana mereka membayar cukai.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa maksud ‘politiking’ yang cuba dielak Najib itu bermaksud Umno BN tidak mahu rakyat didedahkan dengan isu royalti minyak, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), misteri pembunuhan Altantuya, masalah ekonomi dan sebagainya.

Dalam pada itu, beliau memuji inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang kerana berani menuntut diadakan pilihan raya kerajaan tempatan atas nama demokrasi.

Cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan itu kembali timbul apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengutuskan sepucuk surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof supaya menguruskan proses pilihan raya ahli majlis bagi mengisi PBT.

Ianya membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Begitu juga dengan inisiatif Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengutuskan surat tuntutan yang sama kepada SPR.

Sejak diperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada 40 tahun yang lalu, pilihan raya kerajaan tempatan tidak lagi diadakan di tanah air.

Ketiadaan pilihan raya kerajaan tempatan itu dikaitkan dengan pengisytiharan darurat pada 3 September 1976.

Pakatan Rakyat sebelum ini meletakkan pilihanraya kerajaan tempatan dalam manifesto Pilihanraya Umum ke-12 lalu sebagai salah satu perubahan yang akan dibuat.

Tuesday, March 9, 2010

Kerajaan pakatan gagal - kerajaan BN berjaya tipu


"Muhyidin berkata kerajaan pakatan rakyat boleh dianggap gagal kerana ketidakupayaan mengumumkan kepada rakyat program yang telah dijalankan dalam tempoh 2 tahun mereka berkuasa. dalam masa dua tahun saja muhyidin dah boleh mengandaikan bahawa kerajaan pakatan rakyat gagal tidak seperti umno yang berjaya membaik pulih ekonomi palsu dalam masa setahun lebih selepas najid mengambil alih kekuasaan dari tangan paklah.

dua tahun dah boleh ukur gagal atau berjaya sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. oleh kerana pakatan rakyat gagal di 4 buah negeri mereka perintah, kita tengok apa kejayaan umno sebagai kerajaan pembangkang di putrajaya.

kejayaan pertama umno adalah menaikkan harga gula, dengan alasan banyak makan gula akan menyebabkan rakyat malaysia kencing manis. dengan kenaikan 20 sen setiap sekilo menyebabkan raja gula yang baru meraih keuntungan hampir 1 billion diatas kenaikan harga gula. raja gula lama telah mengundur diri kerana sudah dihinggapi penyakit kencing manis kerana terlampau lama menjadi king of sugar. umno berjaya menaikkan harga gula dalam masa 2 tahun sahaja dalam memerintah negara malaysia.

kerajaan pembangkang umno berjaya menipu rakyat malaysia dengan membeli ron minyak baru dan berjaya menaikkan harga petrol dalam 5 sen setiap liter petrol yang diisi oleh rakyat malaysia. kejayaan umno berjaya mengumumkan kenaikan 5 sen harga minyak kerana minyak baru lebih berkuasa dan umno amat prihatin kepada rakyat malaysia yang sudah lama menikmati subsidi minyak yang selalu diwar warkan oleh media massa. oleh kerana mahu juga menaikkan harga minyak jalan mudah kerajaan umno ialah dengan mengumumkan penukaran ron yang lama kepada ron yang baru. dengan mudah umno berjaya menaikkan harga minyak walaupun dengan harga 5 sen cukup untuk mengutip berbillion billion.

Kerajaan pembangkang umno juga berjaya mengurangkan bujet untuk kementerian pelajaran malaysia sebanyak 2 billion. banyak aktiviti yang berjaya umno kurangkan dalam masa 2 tahun, pelajar pelajar yang duduk diasrama akan dihalau pulang setiap hujung minggu kerana kejayaan umno mengurangkan bujet untuk kementerian pelajaran. mak ayah pelajar yang menanggung kerugian kos dan masa kerana terpaksa setiap petang hujung minggu bermula mak ayah akan berduyun duyun kesekolah mengambil anak masing untuk dibawa pulang. tiada peruntukan untuk pelajar semasa cuti hujung minggu. cikgu yang mengikuti kursus hanya perlu makan nasik bungkus dan kursus diadakan dalam khemah tidak lagi di dalam hotel yang lebih selesa kerana kejayaan kerajaan umno memotong bujet kementerian pelajaran malaysia.

kejayaan umno diteruskan lagi dengan memperkenalkan model ekonomi baru (MEB) yang diilhamkan oleh tok jid dibawah bayang cikdet yang masih gila nak menjadi PM. MEB berjaya memperkenalkan cukai GST yang mana gst akan membolehkan kerajaan umno berjaya menekan setiap kepala rakyat malaysia dengan mengenakan semua cukai tidak kira barangan mewah dan juga barangan keperluan seharian rakyat malaysia.cukai gst akan dikenakan dari kepala sampai ke ekor. maknanya kerajaan pembangkang umno akan berjaya mengutip berbilion rm masuk ke akaun kerajaan umno. dan bolehlah umno menjahanamkan kembali duit cukai atas alasan pembangunan.

kerajaan umno berjaya membina satu kereta formula one dengan bujet 1 billion lebih, walaupun rakyat parah menderita kerana bujet kebajikan dikurangkan, kerajaan umno berjaya juga membina satu pasukan pelumba untuk beraksi di pentas formula one. ini adalah idea mantan pm cikdet kerana tidak sempat merealisasikan ideanya semasa pak lah berkuasa. dan apabila najid berkuasa, mahu tidak mahu najid terpaksa mengikut idea ini kerana terhutang budi kepada cikdet yang bersusah payah menjatuhkan pak mertua khairy.

kejayaan umno akan diteruskan lagi dengan menaikkan harga minyak bagi membendung pembelian petrol rakyat asing dimalaysia, berapa juta gelen petrol yang rakyat asing membelinya dimalaysia. apabila harga minyak berjaya dinaikkan oleh kerajaan umno, tarif elektrik juga akan dinaikkan tidak lama lagi. kertas kerja untuk menaikkan tarif elektrik sudah lama berada di dalam tangan kabinet hanya menunggu masa yang sesuai untuk menaikkannya kerana kenaikan harga petrol walaupun elektrik dijana menggunakan arangbatu dan juga hidro elektrik.

begitu banyak kejayaan kerajaan umno yang telah dibina dalam masa dua tahun diberikan kekuasaan oleh rakyat malaysia. kerajaan umno terus akan berfikir bagaimana mahu terus mendera dan membelasah rakyat malaysia. banyak lagi kejayaan umno dalam masa singkat memerintah malaysia. ini hanya beberapa contoh kejayaan umno dalam menandingi kegagalan pakatan rakyat memerintah dinegeri negeri bawah kekuasaan mereka. terajang umno rakyat akan senang lenang.

Search This Blog