Monday, March 8, 2010

Mufti atau Mufta?

Oleh Nik Aziz Nik Mat

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang.Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika.


Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata, “Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak.

Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik?

Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur?

Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.

Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS.

Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul?

Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran.

Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen.

Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

Perjuangan Umno sangat sesat

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Sunday, March 7, 2010

PECAT ZULKIFLI NORDIN BUKTI PKR DAN PR KUAT

Akhirnya skrip Zulkifli Nordin ahli parlimen Kulim Bandar Baru ditamatkan dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Maka berakhirlah episod cerita ' Firaun Kecil' di dalam PKR. Tindakan memecat Zulkifli Nordin merupakan tindakan tepat dan wajar kerana tindakan sumbang beliau yang bertentangan dengan prinsip organisasi.

Pemecatan Zulkifli Nordin membuktikan bahawa tidak ada kompromi kepada mereka yang mengkhianati perjuangan serta bertindak melampaui batas serta tidak memahami etika perjuangan.

Apa yang lebih penting pemecatan Zulkifli Nordin membuktikan bahawa PKR khasnya dan PR amnya jauh lebih kuat berbanding dengan Umno-BN. Umno tidak berani memecat Datuk Seri Ali Rustam dan Khairy Jamaludin walaupun mereka berdua bergelumang dengan rasuah.Umno bimbang sokongan dan pengaruh Ali Rutsam dan Khairy akan menyebabkan perpecahan dan pergolakan dalam Umno.

Umno juga tidak berani memecat malah hanya memekakkan telinga, membutakan mata serta membatukan diri apabila Tengku Razaleigh berada di pentas kerajaan Pas Kelantan memperjuangkan isu royalti minyak. Begitu juga Umno tidak berani bertindak apabila semua Adun Umno Kelantan menyokong usul membawa royalti minyak ke mahkamah yang bertentangan dengan pendirian Umno Kelantan berhubung isu ini.

Umno juga tidak berani bertindak apabila Datuk Idris Jusoh dan kuncu-kuncunya di Terangganu secara terbuka dan tersembunyi menunjukkan sikap penentangan terhadap kepimpinan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terangganu malah 'melawan' Tan Sri Muhyiidin Yassin selaku pengerusi Perghubungan Umno Terangganu.Maka hari ini Umno terpaksa menyimpan 'biawak hidup' serta membiarkan api dalam sekam terus membakar dari dalam Umno.

Dalam situasi yang lain dalam kompoenen BN seperti MCA dan PPP mereka tidak mampu melakukan apa-apa walaupun berlaku penentangan dan pergolakan secara terbuka dalam parti.

Maka dengan keberanian dan ketegasan PKR memecat Zulkifli Nordin membuktikan siapa yang lebih kuat dan berprinsip?

Saturday, March 6, 2010

KEMARUK 2/3 SEHINGGA TERLUPA UMNO-BN SEDANG CACA MARBA

Pemimpin Umno-BN dan mereka yang sewaktu dengannya pastinya cukup seronok dengan perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Sudah ada tiga ahli parlimen yang melompat jadi 'wakil bebas'. Bermakna Umno-BN mendapat 3 kerusi parlimen tanpa perlu pilihanraya kecil. Kemungkinan dalam tempoh terdekat parlimen Kulim Bandar Baru akan masuk dalam senarai berkenaan.

Stituasi ini menyebabkan Umno-BN semakin kemaruk dengan misi untuk kembali mendapat majoriti 2/3 di parlimen. Adakah semudah itu? Dalam sibuk-sibuk mencari atau mengenal pasti serta mencari mana lagi ahli parlimen yang goyah dan tidak bermoral serta diselubungi masasalah peribadi atau kewangan untuk diajak dalam pesta lompat melompat ini, Umno-BN terlupa bahawa mereka kini semakin parah dan kronik.

Pergolakan dan MCA dan PPP sudah tidak boleh diselamatkan. Budaya tikam belakang dalam Umno serta komponennya terus berlaku dan berluasa.

Melihat sokongan kepada program Dato Seri Anwar Ibrahim di dua tempat berbeza di Melaka malam tadi yang dihadiri oleh lautan manusia cukup memberikan gambaran bahawa pengaruh dan sokongan terhadap Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak tergugat malah semakin semakin mendapat sokongan.

Dalam masa yang sama program lain Pakatan Rakyat seperti di Melaka melalui program ceramah, program sambutan Tahun Baru Cina memberi isyarat yang cukup jelas yang menggerunkan Umno-BN bahawa mereka bakal tersungkur dalam pilihanraya umum akan datang.

Jadi biarkanlah mereka bergembira dan berseronok seketika menjaga tepi kain orang sehingga mereka lupa apa yang berlaku dalam kain sendiri. Kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat lipat gandakan usaha untuk misi yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.

PAS cabar Mufti Perak terjun politik, jangan perlekeh Pakatan

PAS mencabar Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria meletakkan jawatannya untuk bergiat aktif dalam politik termasuk bertanding pilihan raya daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan memperlekehkan kerjasama Pakatan Rakyat.

“Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.Sambil menyifatkan Harussani sepatutnya memahami persekitaran kerjasama sebelum 8 Mac 2008, Mahfuz berkata, PAS tidak wajar memutuskan hubungan yang telah dijalin bersama komponen Pakatan Rakyat

“Saya tidak tahu apa yang berlaku itu (perbincangan selepas pilihan raya umum).

“Tetap yang penting, bolehkah kita yang ada Pakatan Rakyat, menyertai pilihan raya secara bersama dengan mereka, jatuh bangun dan susah payah menghadapi pilihan raya... tidak boleh mengkhianati semangat setiakawan yang telah dibentuk,” kata Mahfuz.

Mahfuz memberitahu Harussani sebagai mufti seharusnya faham dalam Islam juga tidak digalakkan memungkiri janji kerjasama yang telah dijalin dengan DAP dan PKR.

Malah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berharap Harussani tidak menghalalkan unsur-unsur rasuah yang didakwa diamalkan oleh kalangan pemimpin BN-Umno.

Sehubungan itu, Mahfuz juga menambah bahawa kelihatan masih ada usaha di kalangan Umno dan BN termasuk menggunakan mufti untuk melakukan usaha ‘menarik’ wakil-wakil rakyat.

Kata beliau, ia menunjukkan Umno-BN terus berada dalam suasana cemas untuk mendapatkan kuasa dengan menarik sokongan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

BN mengambil alih kerajaan negeri Perak pada Februari 2009 ekoran tindakan tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas mesra BN.

Mahfuz mengulas kenyataan Harussani mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Kata beliau apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan BN, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata pihaknya tidak akan bersekongkol dengan orang Umno yang zalim dan lebih baik berkawan dengan kafir yang dirujuk kepada DAP.

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

“Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

?”Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.

Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.

Ia digulingkan apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat Bebas.

Friday, March 5, 2010

" PAS SAHABAT YG BAIK

.
Firman Allah swt maksudnya :

DAN JANGANLAH KAMU BERBAHAS UNTUK MEMBELA ORANG2 YG MENGKHIANATI DIRI MEREKA SENDIRI, SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG2 YG SELALU MELAKUKAN KHIANAT, LAGI SENTIASA BERDOSA ( Surah An Nisa ayat 107 )

PAS tetap releven kerana Istiqamah ( konsisten ) dalam perjuangan. Pucuk pimpinan perlu menyediakan landasan yg dilihat selari dengan tuntutan Islam yg menyeluruh ( way of live). Islam bukan sekadar kalimah dibibir mulut tetapi mesti dipraktik dalam segenap cara hidup seharian.

Apapun PAS mesti sedar bahawa perjuangan PAS abad ke 21 menagih satu pembaharuan ( reform ) yg tidak melanggar sempadan yg digariskan Islam. PAS wajib dilihat mengutamakan Islam dengan bijaksana dan toleransi berpaksi kepada AlQuran dan Hadis.

Pilihanraya adalah medium untuk PAS berjuang mencari kemenangan kerana dengan kuasa sebagai pemerintah maka intipati Islam dapat didaulatkan. Agenda dakwah lebih afdhal dilaksanakan dari tampuk kuasa.

PAS yg tulen politik Islamnya mencari kemenangan, menangnya PAS adalah jaminan kesuburan Islam di bumi Malaysia. Adalah silap bila kita mengatakan biar PAS kalah asal Islam menang, kekalahan PAS beerti gerhanalah Islam di Malaysia.

Semangat Setiakawan

Setiap hari kita dihidang dengan berita “lompat parti” dari kalangan PKR, parti sahabat yg dominan dalam gabungan PR. Kejutan yg berterusan oleh pimpinan PKR jelas menunjukkan jerat yg dipasang UMNO sudah mengena.

PKR ( serpihan UMNO ) adalah adik bongsu dlm PR, DAP ( serpihan PAP ) merupakan abang tengah manakala PAS ( serpihan UMNO ) bolehlah dianggap abang sulong yg berusia setengah abad. Lumrah sesebuah keluarga bila adik ditimpa musibah maka abang sulong adalah tempat mengadu.

PAS sebagai abang sulong mestilah menjadi pembela kepada adik bongsunya PKR bila menghadapi saat genting seperti yg berlaku kini. PAS yg berpaksikan Islam wajib membela mangsa kezaliman tanpa mengira hubungan dan pangkat.

DSAI dibicara dan dituduh dengan kes yg memalukan. Kesan pertuduhan bukan setakat dirasai keluarga DSAI bahkan rakyat Malaysia yg waras juga terkena tempiasnya. Masyarakat dunia juga menganggap ianya tuduhan politik dan Malaysia semakin tersisih dari pelaburan asing.

Apakah pendirian rasmi PAS di kala DSAI tersepit dengan konspirasi ke 2? Kenapakah PAS dilihat tidak serius dalam membela DSAI? Kenapakah hanya pemimpin PKR saja yg sibuk berceramah memberi penjelasan isu DSAI? Apakah PAS juga sangsi dengan fitnah yg dihadapi DSAI?

Sahabat yg baik mempunyai semangat setiakawan yg jitu, tiada tolok bandingnya. Sahabat yg baik adalah teman di kala sempit, bukannya teman di kala senang dan hilang di kala susah. PAS era 1998 yg dipimpin oleh Arwah Ust Fadhil Noor dilihat menentang kezaliman ke atas DSAI tanpa sangsi.

Contoh sahabat baik ialah Sayyidina Ali yg sanggup menggadai nyawa menggantikan tempat tidur Rasulullah saw dalam peristiwa hijrah. Sayyidina Abu Bakar juga memenuhi ciri2 sahabat baik bilamana sanggup menemani Rasulullah bersembunyi di Gua Hira’.

Apa jua yg berlaku PR mesti akui bahawa DSAI adalah “big brother” gabungan menentang BN. Suka atau tidak itulah hakikatnya. Tiada gunanya kita bersoaljawab tentang siapa majoriti dan siapa minoriti dalam PR. Angka adalah sekadar merit tapi angka itu meningkat kerana DSAI.

Fokus PR mesti menghala kepada BN sepanjang masa. Jangan kerana DSAI dirobek isu liwat dan lompat parti, maka kita mengeksploitasi kesempitan sahabat untuk kepentingan diri sendiri. Teori mengenang budi, membalas jasa adalah benteng hawa nafsu mengejar kekuasaan.

DSAI perlukan sokongan moral dari rakyat dan pimpinan PR untuk terus berjuang. Penzahiran sokongan dari sahabat menjadi penawar kedukaan DSAI, bukan sekadar jiwa kental dan tahan uji saja menjadi taruhan.

BN sanggup merekacipta apa jua fitnah untuk melemahkan PR demi kelangsungan politik mereka yg ditolak sebahagian pencinta keadilan. “character assasinassion” terhadap DSAI bukan setakat menghancurkan insan bernama DSAI tapi impaknya lebih disasarkan kepada PR.

Rakyat sebagai hakim mutlak memerhati gelagat pemimpin kita. Rakyat yg prihatin mudah simpati bila DSAI difitnah dengan tuduhan tak masuk akal. Rakyat abad ke 21 impikan pemimpin yg bijak dan murah hati untuk simpati pada teman seperjuangan.

Kemana perginya pemimpin kanan PAS ( jln Raja Laut ) bila DSAI menghadapi konspirasi ke 2? Apakah mereka terlalu sibuk hingga terlupa untuk hadir ke mahkamah tanda simpati? Mungkinkah mereka curiga terhadap DSAI ? Apakah mereka rela membiarkan DSAI dizalimi sekali lagi?

Apakah beza antara mazhab PAS yg dipegang TGNA dan TGHH serta pemimpin kanan ( Jln Raja Laut ) yg lebih hampir dengan mahkamah dalam menangani isu pertuduhan terhadap DSAI. Apakah sikap tunggu dan lihat lebih mulia berbanding menziarahi sahabat dalam kesempitan?

TGNA dan barisan pemimpin PAS Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat seperjuangan bila melapangkan masa hadir ke mahkamah sebagai tanda sokongan kepada DSAI. Bilakah giliran TGHH dan jemaahnya ( Jln Raja Laut )

Jauhi sikap Prejudis

PAS adalah wadah Islam mesti bertindak berdasarkan prinsip Islam. PAS mesti realisasikan teori keadilan Islam dipraktikkan secara total. Masyarakat Malaysia lebih terpengaruh dengan keadilan Islam yg menyeluruh bukan sekadar Hukum Islam sahaja.

Islam yg syumul perlu dibuktikan PAS. Itulah kerja pendakwah untuk menaikkan syiar Islam yg suci. Keadilan Islam adalah daya penarik yg merangkumi segenap urusan kehidupan dunia akhirat. Islam yg adil mudah diterima oleh rakyat multi racial di Malaysia.

Keadilan Islam menegah ummatnya menerima sesuatu berita tanpa tapisan seperti Firman Allah swt WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, SEKIRANYA DATANG ORANG2 FASIQ MEMBAWA BERITA MAKA HENDAKLAH KAMU BERWASPADA ( BENAR @ PALSU )

Tuduhan yg dihadapi DSAI adalah fitnah yg nyata. Kerja jahat UMNO untuk hancurkan PR yg semakin kukuh. UMNO mesti pecahkan perpaduan PR walau apa cara sekalipun. Cantuman PR saling memerlukan antara parti anggotanya sebagai benteng melawan BN.

PKR bijak dengan strategi, PAS memilikki jentera yg hebat manakala DAP adalah jambatan untuk bukan Islam. Tiada satu partipun dalam PR yg mampu menyaingi UMNO jika bersendirian kerana UMNO tak pernah bersendiri iaitu melibatkan BN.

Pemimpin PAS mesti membuang sikap prejudis terhadap DSAI. Ianya bukan sekadar melibatkan pemimpin besar bahkan penyokong jua mesti menjauhi prasangka yg dicipta UMNO. Besar ruginya jika terdapat di kalangan pemimpin PAS menjadi penyambung fitnah memburukkan DSAI yg dijaja UMNO.

Politik yg bijak mesti pandai mengintai peluang, oportunis itu perlu selagi tidak menyalahi Islam. Modal UMNO mengatakan DSAI mengkudakan PAS dan DAP, sesuatu yg palsu dan sukar diterima akal. Apakah DSAI menunggang PAS bila diarak ke seluruh Negara menjelang PRU12 untuk berkempen?

Bukan sekadar Kelantan sahaja, Trengganu juga mendapat perhatian yg berlebihan dari DSAI untuk berkempen pada PRU12. Jika BN Trengganu tumbang pada PRU12 maka PAS Trengganu yg mendapat durian runtuh bukan PKR Trengganu. TGHH akan menjadi MB seperti tahun 1999 juga dari gelombang DSAI.

Trengganu merupakan negeri yg paling kritikal dalam “road show” DSAI sebelum PRU12. Bermacam karenah dari pihak berkuasa dan UMNO tetapi DSAI tetap berceramah di Trengganu hingga hampir ditangkap kerana masalah permit.

DSAI sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Trengganu yg diidamkan rupanya Selangor, Perak, Kedah dan P Pinang mendahului jadi milik PR. Tiada maknanya peristiwa Batu Burok yg berdarah, tembakan dan bakar bendera sekadar mengisi benih yg hampa.

Fikirlah dengan rasional, Ikhlas hanya dinilai manusia melalui perbuatan yg zahir dan serahkan peranan hati kepada penilaian Allah swt.

Marilah kita semua berjuang dengan ikhlas untuk kebangkitan Islam. Sudah menjadi lumrah perjuangan untuk berjaya mesti lalui susah senang seperti hidup berkeluarga. Jangan kerana perangkap musuh kita memakan hidangan beracun…

Kita berjuang kerana Allah swt, kita bergabung kerana Allah swt, kita bersahabat kerana Allah swt, kita berparti kerana Allah swt. Hayatilah kalimah hikmat Imam Syafie “ IBU SEGALA ILMU YAKIN, AKAL SEGALA FIKIRAN SABAR”.

Polis digesa siasat Carpet Raya

Polis digesa menyiasat pengarah syarikat permaidani, Deepak Jaikishan, yang dikaitkan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam dalam kes Altantuya Shaariibuu, kerana didakwa memperolehi pendapatan yang "amat meragukan" berjumlah jutaan ringgit.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis mengenainya di Balai Polis Dang Wangi, di ibu negara petang ini.

Dalam laporannya, Badrul Hisham mendakwa, terdapat sumber yang memaklumkan kepadanya bahawa syarikat Deepak - Carpet Raya Sdn Bhd - telah mencatatkan pendapatan RM122 juta dan keuntungan sebanyak RM7 juta pada 2005.

Badrul mendakwa, keuntungan dan transaksi sebesar itu meragukan jika dirujuk kepada perniagaan berdaftar syarikat tersebut, iaitu penjualan karpet.

Badrul turut menyerahkan maklumat mengenai Carpet Raya yang diperolehi daripada Pendaftar Syarikat serta transaksi bank membabitkan syarikat tersebut, sebagai bukti.

Menurutnya, bukti tersebut diperolehi lebih sebulan lalu tetapi hanya didedahkan selepas ianya dapat disalahkan.

“Maklumat (ini) daripada beberapa sumber. Dan kita sedia mendedahkannya jika (polis) nampak minat untuk mengambil tindakan, sebab kita juga terpaksa melindungi sumber,” katanya.

Tahun lalu, Balasubramaniam telah mendakwa bahawa Deepak memainkan peranan dalam menggesa penyiasat persendirian itu supaya menarik balik akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, Balasubramaniam menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

November lalu, Balasubramaniam muncul semula dengan dakwaan-dakwaan lain - kali ini dalam siri wawancara yang disiarkan dalam Youtube.

Balasubramaniam mendakwa yang dia ditawarkan RM5 juta oleh adik Najib - Nazim - untuk menarik balik akuan bersumpah pertamanya. Najib telah menafikan dakwaaan itu sebagai "sembrono".

Ekoran itu, peguam Balasubraniam meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan pelanggan mereka itu.

Pada bulan Januari, ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamad berkata, suruhanjaya tersebut bersedia menemui Balasubramaniam untuk merakamkan kenyataannya.

Tidak dapat dipastikan sama ada siasatan SPRM telahpun dimulakan.

Thursday, March 4, 2010

UMNO -BN SEBENARNYA YANG TERDESAK!

Sehari dua ini mungkin pemimpin Umno bersorak dengan perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Bagi saya biarkanlah mereka bertepuk tangan, berkeroncong dan berdondang sayang.

Biarkan mereka bergembira seketika supaya mereka terlupa porak peranda dan tsunami yang bakal melanda mereka. Mereka fikir dengan cara itu rakyat akan memaafkan 'dosa-dosa' mereka selama memerintah negara.

Apakah mereka fikir rakyat akan lupa kegawatan politik ciptaan mereka di Perak? Apakah mereka fikir pengundi di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor akan kembali untuk mengundi Umno-BN kembali? Apakah mereka fikir rakyat akan lupa apa yang berlaku pada Altantuya? Apakah mereka fikir rakyat lupa tentang misteri kehilangan enjin pesawat? Apakah mereka fikir rakyat lupa tentang tragedi kapal selam yang tak boleh tenggelam?Apakah mereka fikir rakyat terhibur dengan berita propaganda media ketika rakyat sedang mengikat perut? Adakah mereka fikir rakyat akan percaya bulat-bulat Dato Seri Anwar meliwat si Saiful yang lebih gagah daripadanya?

Jika itu yang mereka percayakan silalah buat pilihanraya sekarang. Berdasarkan perkembangan sekarang saya cukup yakin rakyat semakin tidak sabar untuk menumbangkan Umno-BN dalam pilihanraya umum akan datang. Saya melihat sokongan yang semakin meningkat terhadap Pakatan Rakyat terutama daripada pengundi cina di seluruh negara. Saya yakin Umno-BN menyedarinya, sokongan pengundi cina kepada Umno-BN semakin merudum. Hakikat itu cukup digeruni oleh Umno-BN.

Maka terdapat teori mengatakan Umno-BN amat terdesak untuk mendapat undi 2/3 di parlimen. Hanya undi 2/3 di parlimen sahaja yang membolehkan Umno-BN membuat persempadanan semula kawasan pilihanraya. Jika persempadanan semula dibuat sudah pasti ada pertambahan kawasan parlimen yang majoriti Melayu kerana mereka tidak yakin di parlimen yang mempunyai ramai pengundi cina. Andaiannya, pengundi Melayu umpama tunggul kayu yang mudah ditipu yang diangggap secara tradisi menyokong parti penipu dan pengampu.

Maka berdasarkan perkembangan yang berlaku, Umno-BN yang sebenarnya yang terdesak dan bukannya PAS,PKR dan DAP atau Pakatan Rakyat. Kepada Pakatan Rakyat buatlah yang terbaik untuk memastikan cita-cita Umno-BN mendapat undi 2/3 di parlimen tidak kesampaian. Terjemahkan perpaduan dan kekuatan supaya kemaraan ke Putrajaya selepas PRU ke 12 akan menjadi kenyataan.

Wednesday, March 3, 2010

Pak Lah anggap BN belum kuat walau beberapa MP PKR keluar parti

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa BN kini telah menjadi kuat berikutan beberapa ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan keluar parti.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di Putrajaya hari ini.

Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada Pilihanraya Umum 2008.

Ketika BN menang besar pada 2004 Tun Abdullah disanjung melangit, namun dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah BN pada 2008 ramai pemimpin ada ahli Umno mahu beliau berundur secara terhormat.

Tun Abdullah jelas masih melihat kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang dalam Pilihanraya akan datang belum tentu akan bertanding lagi.

Kedudukan Pakatan dan BN dalam pilihanraya akan datang adalah dari undi rakyat dan kedua-dua pihak masih dilihat mempunyai pengaruh yang seimbang.

Muhyidin Akan Tumbangkan 1Malaysia Najib(Mahathir Di Belakang)

"Dari awal semasa kejatuhan Pak Lah dan Najib naik mengganti tampuk pemerintahan negara, saya telah menulis bahawa Mahathir tidak akan berdiam diri selagi tampuk kuasa tidak jatuh secara total kepada anaknya. Itulah rancangan asal Mahathir. Semasa pemerintahan Pak Lah, Mahathir gunakan alasan Tingkat 4 tetapi semasa Najib, Mahathir gunakan pula alasan 'Bini Najib'. Yang terbaru penubuhan Majlis Perundingan Melayu (MPM) ditubuhkan dengan penggabungan 76 NGO melayu.Tidakkah kita semua faham bahawa penubuhan MPM itu sendiri sesuatu yang bertentang arus dengan semangat 1Malaysia? Ibrahim Katak dengan nada tegas menyatakan MPM akan menjadi 'pendesak yang berhemah' kepada kerajaan untuk memelihara kepentingan orang melayu dan institusi beraja. Juga sebagai pengawasan ketat kepada pihak yang ingin menceroboh kedaulatan perlembagaan negara.

Kenapa sekarang perlu kepada memelihara kepentingan orang melayu? Bukankah sudah 60 tahun BN diberi amanah memerintah negara? Bukankah sekarang BN masih memerintah negara? BN bebas perbuat apa sahaja untuk kepentingan orang Melayu kerana tampuk kuasa masih di tangan. Tidakkah kita lihat antara ahli MPM adalah MUBARAK? MUBARAK adalah bekas wakil rakyat BN. Mereka bukan hendak mendesak pembangkang tetapi mereka hendak mendesak Najib.

Seringkali sekarang isu yang dimainkan oleh Mahathir, Ibrahim Katak, Muhyidin dan beberapa kerat lagi pemimpin ialah isu mengenai orang Melayu, ketuanan melayu, perpaduan melayu, melayu dan melayu. Terbaru isu pemberian kontrak kepada kontraktor bukan melayu. Ibrahim katak mendesak kerajaan tidak memberi kontrak kepada syarikat bukan melayu. Tidakkah itu sebenarnya dengan jelas dan nyata semata mata satu agenda yang hendak menyindir 1Malaysia?

Padahal umum sedia maklum, sebanyak 80 peratus tender yang diberikan kepada syarikat kontraktor melayu telah dijual kepada bukan melayu. Hanya lebih kurang 20 peratus sahaja benar benar disiapkan sendiri oleh syarikat melayu.

Mengumpul 76 NGO melayu di bawah satu bumbung bukan satu langkah yang sembarangan sebenarnya. Tambah lagi MUBARAK( bekas ayam pencen UMNO) terlibat sama. Maka memang betul nanti akan ada satu langkah mendesak secara berhemah. Saya percaya akan sampai ketikanya, desakan yang berhemah itu adalah, mendesak Najib meletak jawatan dengan secara terhormat sepertimana juga yang akan dilakukan terhadap Pak Lah.

Mahathir, Muhyidin, Ibrahim Katak sebenarnya hanya membuat Najib tersepit di dua persimpangan. Arus politik negara menunjukkan rakyat negara Malaysia sudah tidak dapat lagi menerima politik berasaskan satu kaum. Arus inilah yang disedari oleh Najib, lantaran itulah timbulnya idea 1MALAYSIA. Bila idea 1Malaysiapun tidak berjaya menarik minat orang untuk mendaftar sebagai ahli baru UMNO, maka Najib menyebut pula tentang 'ahli bersekutu BN'. Namun idea ini dipandang sepi oleh ramai pendokong UMNO. Untuk memberi isyarat jelas kepada Najib bahawa ianya tidak disenangi ramai pendokong UMNO, maka MPM ditubuhkan.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu krisis dalaman antara Najib dan Muhyidin, sehinggalah penutupan laman web Muhyidin. Arahan penutupan laman web Muhyidin dipercayai kerana idea yang sering bertentangan dengan semangat 1Malaysia.

Langkah Najib mengangkat anak Mahathir dan memendapkan Ketua Pemudanya (Khairy) juga adalah satu kesilapan yang sangat besar. Najib mungkin berpendapat dengan menuruti segala kehendak Mahathir, maka urusan pemerintahannya selamat. Tidak sama sekali. Langkah tersebut hanya menjadikan agenda Mahathir akan menjadi lebih cepat. Politik tidak pernah mengenal kawan atau lawan.

Bermula dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, Mahathir, Pak Lah,Najib dan yang sedang menunggu, Muhyidin, Mahathir tetap ingin menjadi pencatur utama tampuk pemerintahan negara. Hatinya hanya akan tenang bila satu masa tampuk nombor jatuh kepada anaknya.

Tetapi sebelum sampai ketikanya, Mahathir memerlukan kuda tunggangan dan kuda tunggangannya yang terbaru adalah Muhyidin.

Tuesday, March 2, 2010

DUN lulus usul tergempar

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan usul tergempar untuk memberikan mandat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan (MMK) bagi mengambil tindakan mahkamah berhubung tuntutan royalti minyak.

Usul tersebut dikemukakan oleh Abdullah Ya‘akub (Pas-Air Lanas) dan ia mendapat persetujuan sebulat suara 45 ahli termasuk anggota pembangkang walaupun hanya memerlukan sembilan sokongan daripada anggotanya untuk membahaskan usul berkenaan.

Antara enam anggota pembangkang yang menyokong usul tersebut ialah ketuanya, Datuk Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas), Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah), Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) dan Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri).

Usul tersebut telah dibahaskan oleh lima Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Md. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas); Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong); Hanifa Ahmad (Pas-Pengkalan Pasir); Azami Mohd. Nor (Pas-Kadok), dan Nik Mazlan Mohamed (Pas-Gaal).

Terdahulu, Speaker DUN, Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat utama iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Beliau kemudiannya meminta Abdullah untuk mengemukakan usul yang berbunyi:

“Bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan Kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerahhakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Bagaimanapun ketika sesi perbahasan, Zulkifli Mamat (Pas - Pulai Chondong) mencadangkan supaya usul tersebut ditambah bagi memastikan hak itu diperoleh.

“Saya mencadangkan supaya ada pertambahan dalam usul ini iaitu mendesak Petronas menjelaskan bayaran tunai sebanyak lima peratus seperti mana yang termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum kepada kerajaan negeri dengan kadar segera.

“Pertambahan ini mesti diletakkan sebagai perkara utama sebelum memberikan mandat kepada MMK untuk mengambil tindakan termasuk membawa ke mahkamah,” katanya.

Nasarudin kemudiannya meminta Abdullah menyatakan persetujuan untuk penambahan usul tersebut dan ia dipersetujui.

Bagaimanapun ketika sesi perbahasan Alwi tidak menyokong usul tambahan itu. Perbahasan usul tersebut akan diteruskan sesi pagi esok.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa berkata, usul berkenaan berkemungkinan akan dibawa ke DUN itu untuk dibahaskan.

Kerajaan Kelantan telah menuntut kira-kira RM1 bilion royalti petroleum itu yang dikatakan dikeluarkan dari kawasan perairan negeri ini sejak beberapa tahun lalu.

Tuntutan itu dibuat sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Julai tahun lalu berdasarkan kepada perjanjian melalui Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kerajaan Pusat bagaimanapun hanya bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta yang akan diberikan kepada rakyat Kelantan pada bulan depan.

Bagaimanapun, kerajaan Kelantan bertegas menolak wang ihsan itu dengan peruntukan yang dikeluarkan kelak adalah peruntukan haram.

Ia konsisten dalam tuntutan mendapatkan royalti malah menolak cadangan supaya dua wakilnya dilantik untuk menyertai Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan.

Umno Parti Kitar Semula

Saya yakin penyertaan Mohd. Fairus Khairudin bekas Adun Penanti yang bermasalah ke dalam Umno tidak menyebabkan gelombang jauh sekali tsunami kepada Pakatan Rakyat. Malah langkah beliau menyertai Umno adalah dialu-alukan untuk menambah koleksi pemimpin bermasalah di dalam Umno. Bila ramai yang bermasalah di dalam Umno maka lebih mudah Umno ditamatkan riwayatnya.


Umno hanya layak bagi mereka yang bermasalah, hipokrit dalam perjuangan dan mengharapkan ganjaran dan habuan dunia. Usahlah berlindung atas alasan kononnya membela agama dan bangsa untuk 'menghalalakan' tindakan menyertai Umno kerana sejarah telah membuktikan selama Umno berkuasa orang Melayu makin terpinggir dan Islam terus dihina dan dipersenda.



Fikir dan lihatlah siapa yang menyertai Umno daripada Pakatan Rakyat sebelum ini semuanya diselubungi rekod buruk dan pelbagai masaalah. Saya yakin ada beberapa orang lagi yang bakal menyusul untuk 'memperjuangkan agama dan bangsa di dalam Umno'.

Bagi saya biarkan mereka, pengundi dan rakyat lebih arif siapa mereka. Apa yang pasti Umno kini menjadi parti kitar semula. Bagi saya slogan 'Fikir dulu sebelum buang' kena ditukar kepada ' jangan fikir-fikir buang aje'...

Pilihanraya mengejut di Perak?

Melihat aktiviti BN di Bukit Gantang ,kelihatannya PRU Negeri Perak semakin hampir.UMNO atau Gerakan-MCA-MIC sudah mula bekerja dan bertemu masyarakat.Contohnya yang terbaru apabila Zambry berada di Kubu Kuat Pas Bukit Gantang pada Jumaat 26 Februari membawa bersama janji pembangunan.


Begitu juga apabila kita ke Pulau Pasir Hitam bersama DS Nizar pada 17 Februari ,kita bertembung dengan YB Ong Ka Chuan,Ketua MCA Perak.Peti Undi di sini agak unik,PRK baru-baru ini,BN mendapat 56 undi dan DS Nizar mendapat 56 undi.

Kita juga melihat kelibat YB Tan Lian Hoe,bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang di SJKC Sin Min,Simpang.Baru-baru ini dikatakan pula YB Rosli Husein beri angpau untuk pelajar SJKC Sin Min.


Murugiah juga sudah kelihatan bergerak bersama Kelab Penyokong BN.Kampung beliau dekat Termelok Trong.

LKIM juga sudah memberi bantuan sara hidup RM200.00 untuk nelayan Parlimen Bukit Gantang.Mereka yang tercicir juga dijanjikan akan diberi bayaran pada bulan Mac ini.

UMNO Bukit Gantang pula sudah menunjukkan mereka Islamik dengan mengadakan perarakan MaulidurRasul dari Kampung Banggol Pasir(kampung YB Rosli) ke Pekan Changkat Jering.Budak sekolah diangkut dengan bas.

Para guru disuruh Guru Besar dan Pengetua untuk turut beri kerjasama.Rosli politik sungguh. Dikatakan oleh satu sumber UMNO ambil nama sekolah yang engkar dan guru yang tidak mahu bawa pelajar!

Bulan September sesuai kerana 50000 pengundi baru berjaya dibawa masuk di Perak.Dengan proses bantahan dan suku kedua daftar pemilih selesai ,pengundi baru ini orang harapan BN

Monday, March 1, 2010

Jika Umno Kuat, Ambil Tindakan Terhadap Ku Li

Umno mendabik dada kononnnya mereka mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Umno berkata Pakatan Rakyat tidak berpijak di bumi nyata untuk mara ke Putrajaya. Umno cuba digambarkan cukup kuat dan gagah.


Hakikatnya, Umno umpama pesakit kanser tahap 4 yang hanya menunggu masa untuk ditalkinkan. Umno cukup lemah dan tidak bermaya. Buktinya sebelum ini Umno tidak berani bertindak untuk mengantung keahlian Datuk Seri Muhamad Ali Rustam dan Khairy Jamaludin walaupun mereka berdua terbukti bersalah melakukan rasuah. Kenapa Umno tidak mampu berhadapan dengan protes dari ahli dan penyokong mereka sendiri jika mengambil tindakan tegas kepada perasuah yang boleh menggugat peluang dan sokongan mereka dalam pilihanraya



Dalam perkembangan terbaru, Umno tidak berani bertindak kepada Tengku Razaleigh walaupun beliau secara terbuka memperjuangkan hak rakyat di pentas kerajaan Pas Kelantan. Walaupun wujud desakan dan cakap-cakap belakang, kepimpinan Umno dan Lembaga Disiplinnya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Walaupun Ku Li dianggap 'menderhaka' kepada Umno, Umno ternyata tidak berani mengambil tindakan kepada beliau.

Mengapa dan kenapa mudah difahami, Umno bukan hanya tidak yakin untuk merampas kembali Kelantan daripada kepimpinan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi apa yang lebih dibimbangi ialah, pengaruh Ku Li bukan sahaja kepada ahli Umno dan rakyat Kelantan tetapi penyokong Ku Li di seluruh Malaysia. Kegagalan Ku Li mendapat pencalonan yang cukup daripada bahagian dalam pencalonan jawatan presiden Umno sebelum ini bukan menjadi petunjuk pengaruh dan sokongan Ku Li sudah merosot. Ku Li masih relevan dan masih mempunyai sokongan Umno di peringkat akar umbi. Inilah yang cukup digeruni oleh Umno.

Jika mereka memecat, menggantung keahlian atau mengambil apa-apa tindakan disiplin kepada Ku Li bermakna musibah besar sedang menunggu Umno. Dalam situasi ini adakah Umno berani mendakwa mereka lebih kuat berbanding PAS, PKR atau DAP? Jika mereka kuat ambillah tindakan kepada Ku Li dan kita lihat apa yang bakal berlaku kepada Umno

Royalti: Rakyat Sabah, Sarawak juga bimbang

Akibat isu tuntutan hasil petroleum oleh kerajaan negeri telah diiklankan oleh kerajaan Pusat sebagaimana yang disiarkan dalam media arus perdana baru-baru ini, rakyat Sabah dan Sarawak telah melahirkan rasa kebimbangan mereka.

Kerana itu, pemimpin kerajaan negeri dijemput untuk menyampaikan taklimat berhubung perkara itu bagi mendapatkan penjelasan, kerana dibimbangi mereka juga hilang hak sebagaimana kerajaan negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata pada 22 Mac ini, wakil kerajaan negeri dijemput untuk memberi taklimat serta penjelasan berhubung tuntutan itu kepada beberapa buah parti politik di dua buah negeri pengeluar minyak itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat Exco, di sini hari ini serta mendengar taklimat khas yang disampaikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Baru-baru ini, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah menyiarkan penjelasan isu tuntutan hasil petroleium kerajaan negeri berbentuk iklan dalam beberapa buah media arus perdana.

Antara soalan yang dibangkitkan apakah istilah yang disebut dalam Akta Kemajuan Petroleium 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas, mengapa wang ehsan yang ditawarkan oleh kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta dan berbagai lagi.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah menjawab kesemua lapan soalan yang dibangkitkan dalam akhbar rasmi PAS iaitu Harakah keluaran 26 hingga 28 Febuari lalu juga berkisar pada soalan yang sama.

Husam seterusnya memberitahu, kerana kebimbangan itu rakyat Sabah dan Sarawak telah menghantar surat supaya kerajaan negeri menghantar wakilnya untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan kerajaan negeri hanya akan mengambil keputusan yang bakal diambil berhubung tuntutan itu mengikut keputusan yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

“Ini urusan besar, negeri ada Dewan Undangan Negeri dan sebenarnya kuasa memberi hak kepada petronas adalah Dun dan bukannya kuasa kerajaan negeri.

“Mengikut perlembagaan negara, kuasa ini adalah kuasa Dun sama ada terima pakai akta petroleum atau yang lain-lain. Oleh kerana itu, sekiranya negeri memutuskan sesuatu perkara, ianya lebih kuat,”ujarnya lagi.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu kesemua Adun Barisan Nasional (BN) di negeri itu dijemput hadir pada program itu untuk menyatakan pendirian mereka.

“Kalau dalam mesyuarat Exco kita tidak dapat mendengar pendirian mereka, jadi dalam taklimat ini mereka boleh menyatakan pendirian yang sama selepas penjelasan yang diberikan dalam taklimat itu,”ujarnya.

Tegasnya, bukan sahaja wakil-wakil rakyat dari kerajaan, malah pihak pembangkang juga boleh berbuat demikian.

Sementara itu, semua wakil-wakil rakyat, Anggota Parlimen, Penyelia Dun dan Parlimen telah mengikuti taklimat khas kira-kira pukul 2.45 petang tadi.

Turut hadir dua orang anggota BN, Datuk Norzula Mat Diah (Adun Paloh) dan Mat Yusoff Abd Ghani (Nenggiri).

Friday, February 26, 2010

Ekonomi Malaysia:Retak Menanti Belah

Pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri bahawa "senario ekonomi terburuk" negara telah berakhir kerana KDNK berkembang pada kadar 4.5% dalam suku terakhir 2009 bukan sahaja dikira terlalu awal tetapi juga tidak bertanggungjawab.

Apa yang jelas, pertumbuhan itu sebenarnya dipacu oleh perbelanjaan besar-besaran oleh kerajaan sejak setahun lepas. Suntikan pakej rangsangan, seperti yang diketahui oleh mana-mana ahli ekonomi, sebaiknya adalah langkah sementara dan tidak boleh dilakukan secara berterusan. Oleh sebab itulah, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius

Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba. Sejak 1998, kerajaan Barisan Nasional hanya tahu satu dasar ekonomi sahaja, iaitu menaikkan perbelanjaan kerajaan (melalui projek-projek besar yang tidak diperlukan dan membazir kerana melibatkan kepentingan kroni) untuk menutup kegagalannya menarik pelaburan individu dan swasta yang telah jatuh merudum.

Data pelaburan individu dan swasta sejak 1991 menjadi peringatan bagaimana Barisan Nasional telah mengheret negara ke lembah kehancuran ekonomi. Kalau sebelumnya di antara tahun 1991 hingga 1997 pelaburan individu dan swasta meningkat setiap tahun pada kadar 16.2%, selepas 1998 hinggalah kini kadar ini hanya menokok 1% secara purata sejak 11 tahun lepas.

Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun. Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu.

Pada ketika Barisan Nasional terus hilang punca untuk menghidupkan kembali ekonomi bagi jangka masa panjang, kadar pelaburan individu dan swasta menjunam berbanding dengan tahapnya sebelum tahun 1997. Pada ketika itu, pelaburan individu dan swasta menyumbang 40% kepada KDNK. Malangnya sejak sedekad yang lalu, sumbangan pelaburan individu dan swasta terus merosot secara puratanya kepada kadar 28% sahaja daripada KDNK.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat tidak akan membuat pengisytiharan yang cuai seperti Perdana Menteri bahawa ekonomi kita sudah pulih, kerana masih terlalu banyak masalah pokok yang perlu diselesaikan dengan segera sekiranya kita tidak mahu Malaysia terus tertinggal di belakang.

Tindakan Perdana Menteri merwar-warkan anggaran pertumbuhan 5% bagi 2010 sebagai sangat baik sebenarnya kurang berhemah. Apa yang tidak diwar-warkan oleh Perdana Menteri di sebalik anggaran pertumbuhan 5% itu adalah hakikat bahawa pada kadar tersebut, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Indonesia, Thailand, Filipina malahan juga Vietnam dalam tahun 2010 kelak. Malaysia pada suatu ketika adalah setanding dengan Korea Selatan dan Singapura dan jauh lebih maju dari negara-negara yang lain.

Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, Malaysia dijangkakan akan tumbuh pada kadar yang paling lembap berbanding kumpulan negara-negara tadi, walaupun ekonomi dunia dijangka akan mula pulih. Vietnam dijangka akan tumbuh pada kadar dua kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50% lebih pesat dari Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional perlulah bertanggungjawab dan menerima hakikat bahawa ekonomi kita tersangkut di dalam perangkap seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua suatu masa dahulu; adalah disebabkan oleh salahguna kuasa dan rasuah oleh mereka yang berkuasa sejak sekian lama.

Kemakmuran negara pada masa hadapan hanya boleh dijamin oleh sebuah kerajaan yang memikul amanah yang diberikan oleh rakyat dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Maka, persoalan ketelusan dan amalan pentadbiran yang baik adalah prasyarat untuk memulihkan ekonomi negara.

Oleh sebab itu, Pakatan Rakyat akan terus bekerja keras untuk menawarkan kepada rakyat pentadbiran ekonomi yang telus, tulus dan berkembang secara sihat bagi jangkamasa yang panjang demi generasi akan datang.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Search This Blog