Thursday, January 28, 2010

Umno juara songlap duit rakyat

Umno tersentak apabila dicabar oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar supaya membuktikan bahawa parti rasuah itu tidak menyalahgunakan wang kerajaan dalam menjayakan program Umno Juara Rakyat.

Umno Juara Rakyat adalah program yang akan diadakan di seluruh negara bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka. Sekalipun BN menang besar dalam pilihanraya kecil di Bagan Pinang, tetapi sokongan keseluruhan rakyat di seluruh negara terhadap parti rasuah itu masih mencurigakan. Maka Umno Juara Rakyat diharapkan mereka menjadi program bagi memulihkan kecurigaan rakyat


Dalam pelancaran program Umno Juara Rakyat yang pertama kali diadakan di Selangor baru lalu, Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM15.6 juta untuk membaiki pangsapuri di kawasan Bukit Beruntung dan Bandar Baru Sentosa, Hulu Selangor. “Saya cuma mahu Umno buktikan peruntukan RM15.6 juta itu adalah dari tabung Umno. Jika benar Umno mempunyai jumlah peruntukan yang begitu besar dalam tabung mereka, ini bermakna Umno sangat hebat,” ujar Mahfuz sinis.

Setiausaha Perhubungan Umno Kedah, Ir Nawawi Ahmad yang terperangkap dengan soalan Mahfuz hanya mampu mengajak PAS sertai program yang dirancang Umno itu bagi membuktikan kononnya tiada penyalahgunaan wang rakyat.

Semua tahu peruntukan RM15.6 juta itu bukan duit dari tabung Umno tetapi duit kerajaan Pusat. Setiap sen duit kerajaan Pusat juga bukan datangnya dari yuran keahlian Umno yang dikutip RM1 seorang. Duit kerajaan datangnya dari pungutan cukai yang dibuat terhadap seluruh rakyat jelata termasuk ahli serta penyokong Pakatan Rakyat.

Akibat terlalu lama diberi kuasa memerintah Pusat mereka sudah tidak dapat membezakan antara duit Umno dan duit kerajaan yang diambil dari poket rakyat melalui cukai.

Umno Juara Rakyat bukan program pertama parti rasuah itu mendekati rakyat. Dalam pilihanraya kecil, selalunya Puteri dan Pemuda Umno turun mengadakan bengkel kesihatan percuma. Tetapi logistik dan pegawai perubatan yang digunakan adalah dari hospital kerajaan. Mereka mengadakan gotong royong membaiki rumah, tetapi tenaga yang digunakan adalah terdiri dari anggota tentera. Umno ‘tumpang tui’ terhadap semua jabatan kerajaan.

Di peringkat negeri, Umno sewaktu berkuasa menggunakan sewenang-wenangnya duit kerajaan negeri untuk program parti. Di zaman BN, sebuah GLC menyumbangkan RM1.7 juta untuk Umno Kedah. Tidak hairan jika Umno mempunyai duit yang banyak menghambur sumbangan untuk rakyat dalam pilihanraya. Permodalan Kedah Berhad (PKB) adalah sebuah syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar.

Menjelang pilihanraya 2008 mereka telah membekalkan peralatan pilihanraya untuk peti-peti BN, tetapi berselindung di sebalik kerja-kerja sosial. Dana yang kononnya dikeluarkan untuk ‘kerja-kerja sosial’ bernilai lebih RM14 kepada dua buah syarikat dilakukan dengan kaedah yang tidak telus dan penuh tandatanya. Mengapa kelulusan dari lembaga pengarah terhadap syarikat pembekal tidak didapatkan terlebih dahulu? Mengapa tidak melalui proses tender? Mengapa bayaran melalui beberapa keping cek yang setiap satu berjumlah kurang dari RM10 ribu? Untuk maklumat pembayaran yang melebihi RM10 ribu mesti turut ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah.

PKB juga telah mengeluarkan wang sebanyak RM500,000 di antara tarikh pembubaran Parlimen dan hari mengundi pilihanraya umum ke 12, kononnya untuk sumbangan amal ke seluruh negeri Kedah. Bukankah terang lagi bersuluh bahawa wang itu digunakan untuk kepentingan politik Umno.

PKB diarahkan menjelaskan bayaran 50 batang pen bernilai lebih RM60 ribu yang dihadiahkan kepada wartawan sempena Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Bersama Media. Saya mencari rakan wartawan yang menerima hadiah pen bernilai lebih RM1000 sebatang itu, malangnya setakat ini masih belum menjumpainya.

PKB juga diminta menjelaskan tuntutan penginapan hotel Menteri Besar lalu dan kehadiran tetamu Menteri Besar dari Sabah. Inilah bahayanya BN terlalu lama di beri peluang memerintah. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara wang parti dan wang kerajaan/rakyat.

Apa yang didedahkan di atas hanyalah ’tips of the ice berg’ penyelewengan yang berlaku di zaman BN. Banyak lagi yang besar-besar. Mujur saya bukan Syed Husin AlAttas untuk mendedahkan setiap butiran ’kong kalikong’ dalam kerajaan lalu.

Sebab itu rakyat jangan pelik jika Umno benar-benar mempunyai duit yang banyak untuk diagihkan kepada rakyat. Hari ini jika berlaku musibah seperti kebakaran dan sebagainya, ADUN Pakatan akan sampai dahulu, kemudian baru pemimpin BN. Bukan kerana BN tidak prihatin. Tetapi mereka nak tengok dulu berapa YB Pakatan sumbangkan untuk mangsa. Jika ADUN Pakatan hulur RM200, mereka akan datang hulur RM500. Kalau nak lawan BN dengan kebendaan, duit setinggi Gunung Jerai boleh rata. Duit mereka banyak tapi bukan duit parti.

Selepas kerajaan Pakatan tumbang di Perak tahun lalu, heboh kononnya Kedah akan menuruti Perak. Kononnya imbuhan berjuta-juta ditawarkan untuk setiap ADUN yang bersedia jadi pelacur politik. Sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008, beberapa ketua bahagian KeADILan dari Kedah isytihar lompat parti. Sebelum itu satu perjumpaan sulit diadakan di Danok. Broker politiknya ialah seorang pegawai penting KHTTP sekarang ini. Berapa jumlah yang ditaburkan dalam pertemuan itu dan berapa pula yang dijanjikan selepas itu tidak penting untuk didedahkan dalam ruangan ini, tetapi yang mahu diberitahu ialah Umno mempunyai sumber dana yang banyak untuk membeli sokongan. Dan ’dana’ Umno itu hakikatnya adalah dari duit rakyat yang diambil secara luar tabie. Program Umno Juara Rakyat akan turun ke setiap kawasan. PAS perlu menyusul program dengan membongkar segala penyelewengan Umno menyonglap duit rakyat

Wednesday, January 27, 2010

Nizar, usah bermimpi jadi MB

Setelah beberapa bulan ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Febuari ini untuk memuktamadkan siapa Menteri Besar Perak sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.


Bagi saya Nizar tidak perlu bermimpi untuk jadi Menteri Besar kerana beliau memang sudah jadi Menteri Besar Perak yang sah.Biasanya orang bermimpi kerana terlalu memikirkan atau teringinkan sesuatu. Mimpi juga dikatakan mainan dalam tidur.

Apa perlu Nizar bermimpi kerana sememangnya beliau Menteri Besar Perak yang sah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi.

Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit rakyat tetapi juga membazir masa.

Lagipun yang bakal membuat keputusan nanti ialah mahkamah Malaysia yang diselubungi dan dikaitkan dengan pelbagai isu serta skandal yang tak selesai-selesai. Apapun keputusan mahkamah nanti pada 9 Febuari ini tidak mampu menyelesaikan konflik politik di Perak. Ini kerana pemilihan Menteri Besar kali ini telah mengikut lunas di luar tabie.

Jika Nizar menang, adakah orang Umno@BN akan berdiam diri? Begitulah sebaliknya jika Zambry menang. Inilah padahnya bila sistem demokrasi dalam negara dikhianati dan dicabuli.

Tetapi sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

Krisis Makkal Sakti ributkan lagi rumah tangga BN

Oleh : Mat Zain Mat Isa

Di antara pihak yang memberikan reaksi agak negatif terhadap kemunculan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) tahun lalu ialah Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam ulasan ringkasnya ketika ditanya wartawan mengenai pelancaran penubuhan parti baru bagi kaum India itu, beliau antara lain membayangkan bahawa parti itu bakal mendatangkan masalah kepada Barisan Nasional (BN).

Beliau dipercayai merujuk kepada sambutan “luar biasa” para pemimpin tertinggi BN terhadap kemunculan MMSP. Selain pelancaran penubuhannya disempurnakan sendiri Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, parti baru itu pula mengisytiharkan sokongan penuh terhadap BN.

Perisytiharan itu berlaku menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan, 11 Oktober lalu. Restu dan layanan istimewa diberikan BN terhadap MMSP dilihat salah satu usaha terdesak parti pemerintah itu memenangi hati kaum India, tidak terkecuali yang mengundi di Bagan Pinang. Ia diharapkan mampu menghakis sokongan kaum itu terhadap pembangkang, sepertimana telah mereka pamerkan lewat pilihan raya umum lalu.

Moral di sebalik langkah terdesak itu, BN akan mengaplikasi apa juga taktik dan strategi demi menyelamatkan hayat politiknya. Bukan suatu kebiasaan bagi pemimpin tertinggi BN untuk meraikan kemunculan parti baru dalam bentuk sedemikian istimewa. Apatah lagi selama berdekad sebelum ini perjuangan kaum India diwakili hampir mutlak oleh MIC.

Ada pun parti-parti lain yang cuba menonjolkan perjuangan kaum itu juga berhadapan masalah masing-masing. PPP yang juga dikuasai pemimpin India hingga kini masih dilanda krisis kepimpinan yang parah.

IPF pula suatu ketika pernah menampakkan sengatnya. Kini ia tidak begitu disebut orang, terutama setelah parti itu juga dilanda krisis perebutan kepimpinan selepas kematian presidennya, M.G. Pandithan.

Sebab itu kehadiran MMSP dilihat satu harapan baru buat BN memaut kembali sokongan kaum India. Ia bagaimana pun menjadi tamparan hebat dan penghinaan terbuka terhadap MIC.

Pucuk pimpinan BN seakan menghukum MIC yang gagal mewakili dan membela kepentingan kaum India. Ia sekaligus menjadi cabaran kepada MIC untuk bangkit semula menawan hati kaumnya.

Tindakan BN mengiktiraf kelahiran MMSP bagaimana pun dilihat amat sesuai dengan latar belakang gabungan parti pemerintah itu. Suatu hakikat yang tidak dapat ditolak ialah BN diwujudkan melalui gabungan sebilangan parti utama yang hidup berasaskan perjuangan kaum masing-masing.

Bahkan nama-nama parti itu sendiri menerangkan kaum yang setiap mereka wakili. Umno dengan perjuangan ketuanan Melayu, MCA dengan kepentingan Cina dan MIC dengan pembelaan kaum India. Parti-parti di Sabah dan Sarawak juga kebanyakannya begitu.

Hakikat itulah barangkali yang mewajarkan BN, khususnya Umno memikirkan perlunya digilap satu parti baru bagi kaum India. Apatah lagi setelah MIC ditolak rakyat, manakala PPP dan IPF pula berdepan krisis dalaman yang serius. Maka kemunculan MMSP bagaikan “pucuk dicita, ulam mendatang” buat BN.

Bagi MMSP pula, perjuangannya adalah kesinambungan suara bantahan terbuka sekumpulan penganut Hindu yang membentuk sebuah pertubuhan menjelang pilihan raya umum lalu. Pertubuhan itu kemudiannya diharamkan kerajaan dan sebilangan bekas pemimpinnya terlibat menubuhkan MMSP.

Perjuangannya difahami berasaskan kepentingan kaum dan agama tertentu. Walau pun sewaktu awal kemunculannya kumpulan ini lebih dilihat bersama perjuangan parti-parti pembangkang, ia barangkali gagal menemui keserasian bersama mereka.

Apatah lagi secara jujur Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), DAP mahu pun PAS berikrar menolak fahaman perkauman sempit dan sepakat berjuang menegakkan prinsip keadilan bagi semua kaum. Hakikat itu bahkan terserlah menerusi kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu yang dianggotai semua kaum.

Justeru tidak hairan sekiranya MMSP merasakan Pakatan Rakyat bukan platform sesuai baginya meneruskan perjuangan. Ia lalu memilih BN. Malangnya, belum pun sempat MMSP memberikan kesan signifikan dalam memaut kembali kesetiaan kaumnya terhadap BN, parti yang baru melewati usia tiga bulan itu pula dilanda ribut.

Dalam diam rupa-rupanya ia sudah pun menyimpan pergolakan dalaman amat serius. Akhbar Isnin (18 Januari) lalu melaporkan sekumpulan 14 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu bermesyuarat dan sebulat suara memutuskan untuk memecat presidennya, R.S. Thanenthiran.

Menerusi tindakan agak dramatik, kumpulan itu mengadakan satu inkuiri yang turut memperhalusi lima tuduhan yang secara umum mendakwa Thanenthiran telah mencemarkan nama baik parti.

CC MMSP dianggotai 27 ahli. Sokongan 14 anggota itu memberikan majoriti mudah kepada keputusan inkuiri itu.

Difahamkan kesemua mereka yang terlibat mengadakan inkuiri itu telah diberikan surat tunjuk sebab untuk diambil tindakan oleh parti. Dipercayai inkuiri itu adalah tindakan balas mereka menyelamatkan kedudukan.

Drama pecat-memecat itu seakan serupa dengan apa yang berlaku di dalam PPP. Ia turut berlaku dalam MIC dulu sehingga melahirkan IPF. Kini MMSP pula dijangkiti sindrom serupa.

Ada benarnya pandangan jauh Dato’ Nik Aziz itu, bahawa MMSP bakal mendatangkan masalah kepada BN.

Tuesday, January 26, 2010

Zambry serta exconya bagai cacing kepanasan

Keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan dibuat pada 9 Februari ini, Seluruh rakyat Perak hatta Malaysia sendiri kini tertumpu untuk mengetahui perkembangan terkini isu itu.


Rakyat sudah bosan menyaksikan apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang. Soalnya sekarang, apakah akan berlaku jika benar telahan semua pihak keputusan itu akhirnya berpihak kepada Datuk Seri Ir.Mohd Nizar Jamaluddin?.

Ramai dikalangan pemimpin UMNO BN Perak yang tidak suka ini berlaku. Malah Exco Perak Hamidah Osman sendiri mengatakan bahawa satu penghinaan kepada institusi raja dan kehakiman bagi mereka yang membuat spekulasi bahawa mahkamah akan berpihak kepada Nizar dalam kes ini.

Itu bukti jelas bahawa mereka amat takut jika MB Zambry Kadir tumbang pada kali ini. Jika dulu, Mahkamah Rayuan menidakkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah. Kini mereka amat gusar dengan keputusan yang akan dibuat itu sebenarnya.

Zambry Kadir dan barisan exconya kini "tidur tak lena mandi tak basah" gara-gara menanti satu keputusan yang bakal menggugat kedudukannya sekarang ini.

Apapun keputusan yang akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, ternyata kini bahawa Zambry Kadir adalah "MB Haram" yang telah memerintah Negeri Perak tanpa amanat rakyat.

Maka, atas undang-undang mana yang beliau gunakan untuk luluskan Bajet Negeri yang mencecah billion ringgit itu agaknya.

Walhal beliau bukanlah MB Perak yang sah lagi sebenarnya. Mahkamah tertinggi negara belum memutuskan perkara ini, sewajarnya Zambry tidak boleh terkinja-kinja mengatakan BN menang di Perak dan beliau MB yang sah.

Cara perlantikkan dan kemenangan yang cukup memalukan itu jelas sekali menipu rakyat. Hak rakyat untuk pilihanraya semua dinafikan atas berbagai alasan yang tidak munasabah. Walhal BN takut untuk berhadapan dengan suara rakyat itu sendiri sebenarnya.

Mereka tahu, bahawa majoriti rakyat Perak tidak mahu lagi UMNO BN mentadbir negeri itu. Mereka mahu Pakatan Rakyat berkuasa kerana yakin dengan corak kepimpinan dan masa depan mereka.

Sungguh memalukan, gara-gara terlalu kemaruk untuk berkuasa maka Zambry Kadir membelakangkan perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Mengaku beliau adalah MB yang sah, sedangkan keputusan mahkamah tertinggi masih belum dimuktamadkan.

Rakyat juga amat terkejut, dalam keadaan MB Perak yang masih "tergantung" itu, pihak polis sanggup bertindak keras terhadap ADUN Pakatan Rakyat ketika Sidang Dewan Undangan Negeri di adakan sebelum ini.

Akhirnya berlakulah berbagai peristiwa yang cukup memalukan negara di mata dunia seperti membenarkan pihak polis masuk ke dalam DUN, mengangkat dan mengheret speaker keluar dewan serta bertindak kejam terhadap ADUN Pakatan Rakyat hingga berlakunya Mesyuarat DUN di bawah pokok selepas itu.

Semua ini adalah satu rentetan daripada penghinaan buat Kerajaan Negeri Perak itu sendiri. Anehnya suara rakyat terus dinafikan, sehingga ke hari ini.

Dan kini, nampaknya keputusan yang sudah pasti cukup menggemparkan akan berlaku. Siapakah MB Perak yang sah akan diketahui 9 Februari ini.

Jika Zambry menang, maka beliau akan terus kekal sebagai MB Perak. Namun, bayangkan jika Nizar menang?

Bukankah satu episod yang lebih memalukan akan berlaku di Perak selepas ini. Apapun sama-sama kita nantikan episod terakhir ini.

Difahamkan Pakatan Rakyat telah mengarahkan jentera pilihanraya mereka bersiap sedia sekarang ini. Ini berikutan terdapat spekulasi Nizar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sekiranya beliau menang dalam kes ini.

Jika ini berlaku, sudah pasti ramai pemimpin UMNO BN akan bertambah terluka sebenarnya. Mereka amat takutkan suara rakyat, malahan mereka tahu rakyat akan menghakimi mereka selepas ini.

Justeru itulah mereka tidak mahu suara menentukan siapakan MB dan kerajaan yang mentadbir Perak diserahkan kepada rakyat.

Apa yang penting, sudah pasti ramai ADUN dan Exco Perak sedia ada sekarang ini bakal berputih mata sekiranya pilihanraya negeri diadakan semula.

Kemungkinan besar Zambry dan Hamidah juga akan tumbang di kawasan mereka sendiri. Inilah yang amat ditakutkan sangat oleh puak mereka.

Kemelut politik Perak menghampiri penghujungnya

Melihat kepada kenyataan rasmi Sekretariat Pakatan RakyatNegeri Perak , maka kini , desas desus mengatakan Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan adalah sangat berasas.


Bahawa MB Rakyat Perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin memaklumkan telah menerima surat rasmi dari Mahkamah Persekutuan, yang akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Selain itu, khabar angin luas merebak bahawa DUN Perak akan dibubarkan menjelang tahun baru Cina, apabila Nizar diumumkan memenangi kes itu dengan 4:1. Nizar seperti dijanjikan jika memenangi kes itu akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Zambry Kudeta telah dilihat bersama dengan Perdana Menteri dalam lawatannya ke India sebagai satu perbincangan berkenaan politik Perak serta Pengerusi SPR mengadap Sultan Perak sebagai satu petanda cukup bai bahawa DUN Perak akan dibubar dan Pilihanraya baru akan diadakan.

Krisis politik Perak yang melanda hampir setahun yang lalu masih belum reda menyebabkan kedudukan kerajaan kudeta Zambry umpama telur di hujung tanduk.Tiada apa-apa kemajuan dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan kudeta Zambry, berbanding dengan era pentadbiran Pakatan Rakyat dibawah DS Ir Nizar.

Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak pada 31 Januari di Darul Taalim, Selama, akan memperlihatkan semangat dan komitmen perjuangan. (Sila lihat banner diatas blog ini)

Dengan adanya pilihanraya ini nanti, dapatlah rakyat Perak diberikan hak mereka untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan.Samada mahukan UBN atau Pakatan Rakyat.

Kita berharap SPR akan melaksanakan tugasnya dengan telus dan adil supaya proses PRU dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya.Maka dengan ini, adalah diharapkan kemelut politik Perak akan sampai ke penghujungnya dimana rakyat negeri Perak akan dapat hidup aman dan makmur dan hanyalah dengan memilih Pakatan Rakyat , jaminan tersebut akan tercapai .

Monday, January 25, 2010

Kes MB 9 Feb: Nizar minta doakan kemakmuran Perak

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini.

Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.

Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.

“Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini.

Negara Akan Bankrup Jika UBN Terus Memerintah

Oleh: Nash Ar-Rawy

Negara akan terus lingkup di bawah UBN . Pendedahan oleh Ku Li, berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salahgunakuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran wana asing Rosmah Najib amat mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas !. Apa tidaknya pada pertengahan tahun lepas(2009) perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing . Bank negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32BILLION ! Satu jumlah yang cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 TAHUN !

Selain daripada itu , defisit negara yang berturutan selama 13 tahun membimbangkan rakyat. Hutang negara sebanyak RM 363 BILLION pula terpaksa dibayar sebanyak RM13,000 setiap kepala rakyat Malaysia. Lahir sahaja seorang bayi ; sudah terhutang kepada negara sebanyak RM13,000. Warga marhein yang akan membayarnya bukan PM dan kabinetnya yang ‘joli katak ‘ dengan wang rakyat sebagaimana kata Ku li .

Negara akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku. Tak cukup dengan penyelewenan dan kerakusan pembaziran yang di buat oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270BILLION dan Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan RM100Billion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 Billion sahja adalah juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang, gula , minyak , dsn. Ditambah pula siksa-derita rakyat marhein dengan perjudian tukaran wang asing oleh Bank Negara RosmahNajib sebanyak RM32 BILLION ! Rakyat yang membayarnya bukannya UBN dan kroni mereka yang menjadi kaya raya di atas keperitan rakyat jelata.

Kerugian Bank Negara tersebut pada pertengahan tahun lepas( 2009) mengakibatkan pada tahun itu kakitangan kerajaan tiada bonus dan ada ura-ura cola akan di potong dan minyak naik( selepas pilihanraya semula di Perak ) dan sekarang makanan sekolah berasrama penuh dipotong dan gula naik. .RM270 + 100 Billion yang berjumlah RM370Billion dan yang terkini RM32 Billion itu; berjumlah sekitar RM400BILLION . Jika UBN terus memerintah dengan kerakusan dan ketamakan keqorunan mereka , tiada mustahil negara akan bisa jatuh bankrup.Bapak menteri bisa cabut luar negara dengan aset mereka di seberang laut ; tetapi rakyat bagaimana!!!!

Sewajarnyalah rakyat golongan marhein bersama PAKATAN RAKYAT mendesak supaya harta Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh mereka dan kroni mereka ; golongan Umnoputra Korprat Melayu Islam di bawah UBN yang beramal dengan koruspsi, kroni, nepotisme dan salahguna kuasa dan wang rakyat untuk projek yang membazir dan harga kos projek yang berlipatkali ganda daripada harga yang sebenar sepertimana yang pernah didedahkan oleh Chua Ju Meng bekas Menteri kabinet yang berpengalaman luas ; yang keciwa dengan sikap kerakusan umno yang tiada akan berubah dan mutakhir ini bergiat cergas di dalam Pakatan Rakyat untuk membina tapak baru dan harapan baru untuk masa depan rakyat Malaysia.

Satu Malaysia di tipu oleh UBN dalam program : JMR ( JUARA MENIPU RAKYAT) tajaan UBN satu Malaysia. Isu penyelwengan demi penyelewengan wang rakyat ini; termasuk skandal PKFZ, cuba di alih-fokus oleh UBN dengan perihal isu ‘Kalimah Allah “ yang diperbesarkan dan diekploitasikan oleh mereka demi untuk mendapat semula sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti . Namun, massa sudah celik mata akan sandiwara mereka dan tiada memberikan sokongan ke atas lakunan demonstrasi mereka yang cuba mencetuskan huru hara antara kaum dan antara agama ; dalam isu ‘Kalimah Allah” di negara ini ; setelah huru-hara heret kepala lembu tiada mendapat sokongan orang Melayu apalagi daripada PAS yang berhati-hati dan menunjukkan kematangan siasahnya daripada masuk perangkap perkauman dan ugama manipulasi Umno . PAS yang semakin utuh di hati massa yang menyaksikan sendiri bukti kehebatan Islam yang di bawanya selaku gerakan dan Parti Islam SATU MALAYSIA, di negara ini.

Bahkan TGNA, Mursyudul Am PAS, menyatakan memberi salam kepada orang bukan Islam itu kilaf dan boleh mengucapkan salam . Bahkan inilah yang sebenarnya mesej Islam supaya orang bukan Islam tahu bahawa Islam itu baik ; bahkan dinyatakan tuhan sebagai ‘ Rahmatan lil alameen” ; ertinya Rahmat kepada sekelian alam , manusia dan binatang; termasuk memberikan rahmat kepada bukan Islam juga sebagaimana terkandung dalam salamnya : ‘ “ Peace Be Upon You “ .( Sejahtera ke atas kamu ); secara literalnya adalah untuk dan kepada semua manusia wajar diselamatkan.

Kehebatan gerakan Islam PAS amat dikagumi bukan Islam yang akan membenarkan bukan Islam menjadi ahli penuh dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bakal ditubuhkan dengan rasminya , insyaAllah ; yang setaraf , sesuara dan sehak dengan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak; menjadikan konsep keadilan dalam Islam dapat dicernai oleh Gerakan Islam PAS sebagai gerakan terulung massa dalam massa dewasa ini . PAS dibawah Mursyidul Am TGNA bisa melakukan refomasi uslub dakwah yang paling sesuai dengan waqi’ terkini bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sebagai PILIHAN RAKYAT pada PRU13. insyaAllah.; disamping tiada menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang sebenar yang anti nasionalisme , racialisme dan ekstremis agama.

UBN , akan bertambah gusar dan phobia lagi , apabila PAS sendiri akan meletakkan calun bukan Melayu dan Bukan Islam yang sesuai untuk menentang calun UBN daripada MCA dan MIC bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan baru di peringkat federal. Oleh itu , perkemaskanlah daftar pemilih dan pendaftaran pengundi baru daripada sekarang khususnya anak- anak muda yang bersemangat tapi apa ertinya tiada bisa mengundi jika belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Semakan tempat mengundi juga perlu di segerakan kerana SPR dan JPN adalah anggota UBN yang tiada berdaftar! Yang bekerja untuk tipu muslihat dan strategi UBN untuk menang secara penipuan dan cara jahat . Justeru Bilik Greakan bagi semua UPU ( Unit Peti Undi) sepatutnya sudah pun bersiap-siaga daripada sekarang khususnya bagi negeri Perak untuk memintas perancangan UBN dan agensi dibawah telunjuknya (JPN dan SPR) ; khususnya penggunaan ‘Mycard” di kalangan anggota polis dan tentera .

Kamu merancang . Allah juga merancang ; Tetapi perancangan Allah yang terbaik ( Maksud Qur’an) Gerakan yang batil bisa menyalahkan Gerakan yang hak jika yang batil itu lebih tersusun rapi dan organisir .kata Syaidina Ali.

“ Selamatkan Negara Kamu Daripada Bankrup !

Tahniah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah

Tahniah dan syabas kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Razak kerana telah berjaya memenuhi 80 % janji dalam manifesto yang dijanjikan dalam pilihanraya umum 2008.


Walaupun belum 24 bulan mengambil alih pemerintahan Kedah dari Umno-BN kejayaan mencapai 80% janji manifesto adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih lagi kerajaan PR Kedah sering diasak dan diserang dari pelbagai penjuru oleh pihak Umno-BN. Kalau markah periksa di sekolah atau universiti kerajaan PR Kedah sudah dapat A! Perkara itu diumumkan oleh exco Kerajaan Negeri, Siti Aishah Ghazali semasa berucap merasmikan Pasti Al Munnawarah Taman Lagenda Padang Serai Kedah.



Di antara janji dalam manifesto yang telah ditunaikan ialah :

1. Memperuntukkan sebanyak RM600 ribu setahun kepada sekolah agama rakyat. Disamping itu sebanyak 12.5 juta telah diperuntukkan kepada guru KAFA dan juga guru-guru Quran di kampung-kampung.

2.Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak 8.75 juta kepada Universiti Insaniah bagi pengurusan dan pentadbiran supaya institusi ini akan menjadi salah sebuah institusi yang terbaik setanding dengan IPT yang lain

3. Pada tahun 2009 yang lalu peruntukan sebanyak 26.5 juta kepada Maktab Mahmud telah ditambah kepada 28.5 juta pada tahun 2010 bagi menambahbaikkan institusi pendidikan agama tersebut di negeri ini.

Semoga kecemerlangan kerajaan PR Kedah akan turut menjadi contoh kepada kerajaan PR di negeri lain untuk membuktikan kepada pengundi dan rakyat di negara ini PR boleh menerajui dan mentadbir negara dengan baik seterusnya membuka langkah dalam persiapan mengambil alih Putrajaya selepas pilihanraya umum akan datang.

Friday, January 22, 2010

Negara maju abad 21, PRM dakwa Najib omong kosong

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa inginkan Malaysia menjadi negara maju abad ke-21 didakwa hanya omong kosong semata-mata.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM), Zulkarnain Abdulah dalam satu kenyataan berkata kenyataan Najib itu tidak lebih dari mencari publisiti memancing undi.

"Parti Rakyat Malaysia (PRM) berpendapat kata-kata Perdana Menteri semasa lawatan beliau di Abu Dhabi yang disiarkan dalam Akhbar Tempatan yang inginkan negara ke arah abad ke-21 hanyalah satu ceramah politik dan publisiti untuk memancing undi. Ini adalah omong-omong kosong," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan PRM Wilayah Persekutuan.

Ujarnya, Negara sukar mencapai status negara maju jika pemimpin negara masih tidak berubah sikap mengamalkan penyelewengan, penyalahgunaan wang rakyat dan pembaziran.

"Yang lebih penting untuk negara maju ialah pemimpin yang ada sekarang perlu ubah sikap, hentikan semua pembaziran dan lebih tumpukan ke arah membangunkan ekonomi tanpa penyelewengan pengeluaran wang rakyat berjuta-juta dan secara tidak langsung negara akan maju dan sara hidup rakyat akan lebih selesa dan terjamin," katnya lagi.

Malah ujarnya lagi, untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang di terima rakyat, Najib perlu menjawap segala soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakyat jelata dan bertanggung-jawab melaksanakan permohonan rakyat.

Thursday, January 21, 2010

PAS: Pemuda Umno Kelantan sibuk isu orang lain, bukan parti sendiri

Pemuda Umno Kelantan ditempelak berikutan tindakannya membuat laporan polis berhubung kompleks Bazaar Tok Guru tetapi tidak mengambil kisah kelewatan pembinaan jambatan kedua, yang dikhuatiri membabitkan elemen penyelewengan dan rasuah.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim membangkitkan perkara itu selepas mendapati Pergerakan Pemuda Umno negeri membuat laporan polis kononnya terdapat unsur penyelewengan berhubung kompleks Bazaar Tok Guru.

“Ini merupakan satu helah Umno dalam usahanya untuk merampas Kelantan dari PAS.

“Mereka ingin menggambarkan kepada rakyat kelemahan kerajaan negeri. Tapi mereka tak sedar tindakannya akan terkena batang hidung sendiri.

“Mereka berbuat demikian kononnya ada unsur penyelewengan dalam pembinaan, penyediaan Bazaar Tok Guru.

“Tetapi hakikat sebenar, Umno nak ambat (usir) peniaga-peniaga di arked UDA,” katanya kepada The Malaysian Insider semasa ditemui pada sesi penerangan isu semasa di sini.

Dua hari lepas, Pergerakan Pemuda Umno Kelantan diketuai Ketua Penerangannya Che Othman Che Will membuat laporan polis meminta siasatan dibuat terhadap pengakuan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung urus niaga pembelian kompleks perniagaan Bazaar Tok Guru di sini.

Bazaar Tok Guru menjadi satu isu popular selepas cetusan beberapa kontroversi dalam krisis pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Nik Aziz yang menjadi idola seluruh rakyat Kelantan selama ini.

Sebelum itu, Nik Aziz diasak dengan pelbagai tekanan ekoran krisis Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melibatkan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang kemudiannya diarah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Ariffahmi akan melepaskan jawatan tersebut berkuat kuasa penghujung Mac ini. Sehubungan itu, Zaki mempersoalkan Pergerakan Pemuda Umno yang tidak turut membuat laporan terhadap projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang dikatakan juga terdapat unsur penyelewengan.

“Kenapa tak mengadu pasal itu? Berapa kontraktor dah terlibat dengan pembinaan jambatan itu. “Sepatutnya jambatan itu sudah boleh digunakan pada 2010 tapi tak siap-siap lagi,” katanya sambil menjelaskan projek itu dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Kota Baru.

Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua merentasi Sungai Kelantan menghubungkan Kota Baru dengan Tumpat dilancarkan pada 2 Ogos 2007 oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jambatan sepanjang 811 meter bernilai RM150 juta dibina bersebelahan jambatan lama dan ia turut melibatkan pembinaan jalan bertingkat bagi memudahkan aliran keluar masuk trafik.

Laluan bertingkat itu menghubungkan tiga lokasi iaitu dari Pasir Pekan ke Bulatan Kijang, Jalan Hamzah ke Wakaf Siku dan Jalan Sultan Yahya Petra ke Jalan Dusun Muda. Difahamkan projek sepatutnya dapat disiapkan penghujung 2009 itu dilanjutkan sehingga Dis ini.

Kes Felda: Mahkamah menyebelahi rakyat, macam mana pula di Perak?

Mahkamah Persekutuan kelmarin mengarahkan supaya Felda membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995. Malah panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

Saya menganggap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu telah menyebelahi rakyat dan ianya sesuatu yang dialu-alukan. Tambahan pula saya ucapkan tahniah kepada Tun Zaki yang mengepalai jemaah hakin untuk mendengar dan memutuskan kes ini.

Kira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut.

Namun sesuatu yang malang di mahkamah yang sama telah berlaku untuk negeri Perak apabila krisis politik Perak yang dibicarakan di mahkamah tersebut nampaknya kurang penting, sedangkan kalau kes Felda melibatkan 354 peneroka di Perak melibat 2 juta lebih penduduk yang terkial-kial menunggu keputusan yang sebenarnya.

Semasa perbicaraan pada 5 November 2009 yang lepas pihak peguam DS Nizar yang menampilkan Pn. Ambiga untuk berhujah, dia telah mengemukakan bukti yang cukup kuat supaya lebih ramai hakin mendengar kes tersebut kerana ia memberi kesan kepada 2.4 juta rakyat Perak dan banyak lagi hujah yang diberikan.

Pertanyaan saya lagi kenapa Tun Zaki langsung tidak nampak batang hidung dalam kes ini, jauh sekali untuk mengepalai kes MB Perak. Kalau kes Felda hanya untuk 354 peneroka dia sanggup tampil kenapa untuk 2.4 juta rakyat Perak dia tidak muncul.

Rakyat Perak sebenarnya secara jelas telah menolak BN dengan lebih 50 peratus undi telah diberikan kepada PAS, DAP dan PKR dan selepas itu mereka bergabung dalam gagasan yang dipanggil Pakatan Rakyat.

Namun keharmonian kehidupan politik dan rakyat terganggu dengan teruk apabila Perak menyaksikan berlakunya satu kudeta yang terancang oleh BN apabila mereka berjaya menafikan hak rakyat yang memilih secara demokratik dengan membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat dengan nilai jutaan ringgit.

Kalau dalam kes Felda, mereka telah menipu 354 rakyat dan di Perak BN juga telah menipu rakyat dengan melanggar perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak demi kuasa yang telah hilang dan ditolak oleh rakyat. Mereka cuba mewujukkan kefahaman baru yang tidak benar iaitu bahawa mahkamah boleh mengesahkan seseorang sebagai MB.

Kalaupun Tun Zaki tidak mengepalai panel hakim untuk mendengar ke MB Perak, kenapakah payah sangat untuk membenarkan lebih 5 hakim mendengarnya.

Selain itu, nampak payah dan sesuatu yang tidak kena untuk menentukan siapakah pemenangnya. Setelah melewati 2 bulan kes ini masih belum diumumkan siapa yang menang.

Jelas dua kes yang berbeza ini ada persamaan yang sedikit saya utarakan. Rakyat Perak sesungguhnya menunggu-nunggu sesuatu yang sebenarnya dipulihkan dalam sistem kehakiman negara termasuklah campur tangan pihak lain kepada badan ini. Seperti mana yang diucapkan oleh Tun Zaki beberapa hari lepas.

Sekali ini mahkamah mampu melakukannya, dan ianya boleh bermula di Perak.

Wednesday, January 20, 2010

Kaum Cina tiada masa depan dalam BN

Mohd Rashidi Hasan


Nama Dato' Dr Tan Kee Kwong tidak begitu dikenali seperti nama bapanya, Tan Sri Tan Chee Khoon. Namun tindakan bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dari Gerakan ini, menyertai Pakatan Rakyat tetap memberikan impak.

Dr Tan pernah menjadi Timbalan Menteri dari 1999 hingga 2004. Beliau merupakan Ahli Parlimen Segambut selama tiga penggal dari 1995 hingga 2004. Beliau bagaimanapun tidak bertanding dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008. Ikuti wawancara beliau bersama Harakah.

Harakah: Bagaimana Dato' boleh terlibat dengan Pakatan Rakyat?

Dr Tan Kee Kwong : Ianya bermula pada awal tahun 2008. Sebelum itu kerana saya kenal Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) lebih kurang 20 tahun dahulu.

Selepas pilihan raya umum 2008, saya dilantik sebagai Pengerusi Bersama Task Force Bersama Tanah Selangor bersama Dato' Nik Mohamad Zin yang dahulunya sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tanah untuk lihat beberapa polisi antaranya persoalan kes-kes tanah mengambil masa panjang untuk diproses dan ada yang belum di proses selain masalah Pegawai-pegawai Tanah Daerah dan Pengarah Tanah Galian. Secara rasmi saya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) pada Ogos 2008.

Pengalaman sebelum menceburi dalam politik?


Sebelum menceburi politik, saya sebenarnya bertugas sebagai Doktor Perubatan pada tahun 1973, dan saya buat kerja-kerja kemanusiaan, dan pada tahun 1977 saya ke United Kingdom (UK) untuk bekerja di sana sebagai doktor di sana. Saya juga buat Post Graduate (Sarjana) di sana.

Saya balik tanah air dan 1985 saya buka klinik sendiri di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan tahun 1987 saya mula dengan bersama rakan-rakan dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Sentul, Kuala Lumpur dalam memberi khidmat kepada orang-orang miskin dan tua dan golongan 'single parent' terutamanya di kalangan kaum India yang ramai di Sentul.

Dalam tahun 80-an, Sentul sangat lain berbeza dengan sekarang ini dah banyak berubah.

Tan Sri Dato' Alex Lee, pada masa itu pada tahun 1995, di Segambut ialah satu kawasan baru, Alex Lee menamakan saya untuk bertanding di sana. Saya setuju pada masa itu kerana Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dia lihat saya ada potensi.

Bila sertai Gerakan?

Saya sertai Gerakan iaitu dua bulan sebelum Pilihan Raya Umum 1995, sebagai calon, hubungan saya sangat baik dengan pimpinan BN ketika itu.

BN ketika itu sangat kuat dengan di bawah Dr Mahathir, tetapi sekarang ini terlalu berbeza kerana banyak masalah.


Apa yang mendorong Dato' sertai politik?


Pada masa itu ekonomi Malaysia dan dalam dunia amat kuat. Sekitar 1994-95 pasaran di Vietnam dan China tak terbuka jadi persaingan kepada Malaysia tidak kuat.

Tetapi sekarang ini sudah berbeza, Russia dah berubah, Vietnam, India dan China berubah, tetapi Malaysia tidak berubah.

AJK Pusat, dan kemudian saya bertanding sebagai Timbalan Setiausaha Agung, dan kemudiannya terakhir Naib Presiden dan Pengerusi Bahagian Segambut.

Kenapa masuk Gerakan?


Saya percaya pada masa bahawa politik perkauman sangat tidak sihat, Gerakan macam Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang pelbagai kaum, jadi sekarang saya masuk KeADILan.

Pada masa itu (dalam Gerakan) konsep Bangsa Malaysia kita terapkan, dan sebagai pimpinan BN, kawasan Segambut bukan mudah dijaga kerana perlu menjaga orang kaya dari Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara dan Bukit Tunku, mereka agungkan konsep bangsa Malaysia.

Tetapi mereka kata Gerakan kena lihat halangan dari komponen BN seperti Umno, MCA dan MIC yang berteraskan kepada kaum.

BN sendiri tiada konsep bangsa Malaysia hingga kini kecuali PPP dan Gerakan serta PBS di Sabah, ini sahaja parti yang ada dalam BN yang 'multiracials', tetapi Umno tidak terbuka, MCA dan MIC juga tidak terbuka. Jadi bagi Gerakan ia tidak baik kepada masa depan BN. Namun apa yang boleh mereka buat.

Ada 'politiking' dalam Gerakan yang menyebabkan Dato' keluar?


'Politiking' dalam parti biasa, tetapi saya keluar Gerakan bukan kerana itu, sebab apa saya selaku Pengerusi BN Segambut, saya banyak mesyuarat di peringkat nasional dan setempat.

Pada masa itu Tengku Adnan Tengku Mansor (kini Setiausaha Agung Umno) selaku Pengerusi BN Wilayah dan Umno, ada juga Drs Suleiman Mohaamad, Dato' Zulhasnan Rafique, dan sebagainya.

Kita lihat isu bagaimana kakitangan awam yang tak profesional, rasuah politik dan sebaginya.

Tetapi Umno tidak mahu berubah, ini isunya. Ini sebab utama saya keluar, saya dah cakap banyak kali. Umno tak berubah, mereka mahu teruskan konsep mereka sahaja.

Gerakan mahu rasuah dikawal kerana ia bakal memberikan impak kepada BN, mereka tak mahu berubah hinggalah Mac 2008. Ini yang memusnahkan Umno.

Umno juga memiliki ramai orang yang tidak sepatutnya menjadi pemimpin peringkat pertengahan, ingat lagikah dahulu dengan nama Azman Attar, Zakaria Mat Derus (Klang), sedangkan semua orang tahu ini 'samseng', hidup mewah dan banyak lagi. Apa sebab mereka boleh bagi pemimpin sebegini banyak muka?

Adakah Dato' kesal tinggalkan Gerakan?


Tidak., langsung tidak kesal. Saya ada pengalaman dalam pentadbiran, ramai kawan dari Pakatan Rakyat ajak saya memberi sumbangan walaupun umur saya telah menjangkau 63 tahun, saya akan terus membantu untuk kebaikan negara.

Masa dalam kerajaan, apa peranan Gerakan yang kita lihat berbeza, macam dalam isu ISA dan beberapa isu lain yang Gerakan mengambil posisi bertentangan dengan kerajaan?

Kita cuba mengutarakan pandangan, kita lihat dan kita cuba imbangi pandangan-pandangan dan memberikan pandangan yang mungkin dilihat bertentangan dengan Umno.

Kita banyak menegur Umno yang mengetuai kerajaan dalam banyak hal, kita banyak menegur dasar-dasar kerajaan, namun hingga kini ia tidakpun berubah kerana isunya Umno tidak mahu berubah dan tidak berubah.

Kita di Gerakan pernah ada cadangan untuk keluar BN, masa itu sebelum pilihan raya umum 2008, tetapi jika kita hendak sertai pembangkang masa tu kita sukar sebab memandangkan pembahagian kerusi kita yang sukar, ini di zaman Lim Keng Yaik, bukan masa Tan Sri Koh Tsu Koon.

Tsu Koon tiada guna kepada Gerakan, dia tak boleh buat apa-apa.

Maksudnya bila Gerakan tekan soal ISA kerajaan tak puas hati?


Ya, memang kerajaan tidak puas hati, kita selalu cakap soal ini tetapi kerajaan kata itu kita selesaikan dengan cara kita di belakang, tetapi tak selesaipun, hingga kini rakyat semakin marah, dan rasuah pula semakin parah.


Maknanya Gerakan seperti "barking at the wrong tree"?


Kita tidak memiliki banyak kerusi, termasuk bagi kerusi Parlimen, kita hanya lebih kurang 12. Bila kita tak ramai macam mana nak utarakan suara dan didengari, sebab tak ada kuasa.

Ada ura-ura mahu satukan Gerakan dan MCA, kita tahu walaupun Umno kata pergilah, tetapi mereka juga tidak mahu ada satu kesatuan besar Cina dalam BN, mereka memang tak suka, mereka suka pecah dan perintah, meraka amalkan agar parti komponen ini dilihat lemah dan yang lain lemah, agar mereka boleh menjadi 'taiko' yang berkuasa. Ini sikap mereka (Umno).

Boleh dikatakan Umno membuli?

Ya membuli sejak dulu lagi, mereka boleh cakap apa-apa tetapi kita (Gerakan atau komponen lain) tak boleh cakap. Kita dah kritik sejak dahulu tetapi mereka tak berubah, mereka buat keputusan lantik dan buat apa sahaja ikut suka mereka.

Di Pulau Pinang, Umno bergaduh sangat teruk dengan Gerakan. Sehingga pemimpin Umno gelar orang Cina kaum pendatang. Ini satu yang sangat teruk masa itu, ini sangat teruk, ini sangat memalukan.

Saya adalah generasi ketiga kaum Cina di negara ini, dah tiga generasi saya duduk di sini macam mana mereka kata kami ini pendatang, ini sesuatu yang tidak patut.

Adakah ia kerana kelemahan Ketua Menteri Pulau Pinang (Tsu Koon) ketika itu?


Bagi saya mudah sahaja, Koh Tsu Koon sangat lemah ketika itu, tiada siapa yang menghormatinya.

Malah dalam PRU 2008 apabila dia bertanding di kerusi Parlimen, dia kalah kepada P Ramasamy (DAP) di Parlimen Batu Kawam dengan lebih 10,000 undi majoriti.

Ini satu majoriti yang besar, walaupun dia telah menjadi Ketua Menteri selama empat penggal, dia gagal untuk menarik sokongan rakyat, ini sangat lemah.

Dia bukan sahaja kalah tetapi kalah dengan majoriti yang besar kepada orang yang tidak pernah bertanding sebelum ini, apa yang sebenarnya rakyat Pulau Pinang fikirkan tentang Koh ialah dia sangat lemah, ini hakikat.

Sekarang ini dia sebagai Presiden Gerakan dan jadi menteri, macam mana?


Ini saya tak mahu jawab, kalau dia ketua menteri selama empat penggal, dia patutnya boleh mendapatkan sokongan kerana beritanya masuk sentiasa dalam surat khabar dan televisyen. Itu pun dia gagal. Sekarang (menteri) apa beza?

Tadi Dato' kata keluar Gerakan kerana Umno tidak berubah?

Ya. Itu faktanya. Umno tidak berubah, saya dah sebut banyak kali, tidak kira siapalah ketua atau kepala dalam Umno kerana Umno tidak akan berubah selamanya, mereka hanya memikirkan untuk memberi projek kepada kroni dan untuk dapatkan sokongan, jika tidak mereka tak bagi.

Kontraktor Kelas F sukar mendapat projek.Ada satu cerita, pada mada itu Tan Sri Kasitah Gaddam sebagai Menteri Tanah dan Koperasi, pada tahun 2001, selepas mesyuarat post kabinet, saya jumpa Ketua Pengarah, dan beberapa kakitangan tinggi kementerian.

Saya minta mereka tunggu saya sebentar untuk berbincang dengan saya mengenai beberapa hal kementerian pada masa itu, saya bertanyakan kepada mereka, kenapa kamu semua marah sangat kepada kerajaan?

Mereka terdiam, dan kemudian saya tanya isu Anwar, ada seorang Ketua Pengarah, dia cakap kepada saya Dr betulkah Dr mahu tahu? Saya berkata ya.

"Kami sebenarnya kecewa dengan keputusan-keputusan kerajaan yang menganugerahkan tender secara runding terus kepada kontraktor kroni, ini tak pernah diamalkan sejak kami berkhidmat dahulu.

Ini satu benda yang sangat tidak bermaruah, mereka kata semua orang politik kerajaan menyalahkan kami (kakitangan awam) walaupun keputusan memberi tender dibuat oleh orang politik."

Dalam kata lain Umno yang buat.Kita telah lihat kegagalan yang besar terutamanya dalam PKFZ, dan yang lain-lain yang kecil-kecil lagi, ini semua kerana amalan memberi tender secara terus oleh orang politik Umno.

Maksudnya tender terus boleh buka ruang kepada rasuah?


Ini benar, sekarang ini pembaikpulihan di Jalan Klang Lama, kos projek disebutkan RM310 juta. Namun apabila saya bertanya kepada seorang rakan jurutera tentang kos sebenar projek itu, dia menyatakan kos sebenar hanyalah RM110 juta.

Ini semua duit rakyat yang digunakan dibazirkan.Sekarang ini, beberapa tahu lalu, skim laptop untuk KPM, projek lebih kurang 100 juta, tetapi ada 'Runner Umno' (orang tengah) dari 100 juta itu dia minta 60 peratus dari peruntukan harga hanya untuk jadi orang tengah. Ini 60 juta, mereka ini guna perkataan dengan kata mereka ini kenal menteri.

Ini satu pembaziran wang rakyat. Orang tengah Umno dapat banyak duit kerana menjadi orang tengah, mereka jika pegawai kerajaan halang, mereka akan kata mereka akan jumpa menteri kerana mereka kenal menteri.

Mereka ini akan gunakan pelbagai alasan kononya untuk sekolah bestari dan sebagainya, namun hasilnya ialah untuk poket mereka, mereka tidak keluar modal, tetapi dapat wang dengan mudah.

Apakah BN ada masa depan jika Umno tidak berubah?


Umno sudah menjadi komponen utama sudah lama, mereka menyimpang jauh dari semnagat asal dan perjuangan asal.

Dulu mereka bercakap soal nelayan, orang miskin, tetapi sekarang ini kita dapat lihat dalam Perhimpunan Agung, mereka bawa kereta apa, BMW, Mercedes. Ini parti 'tauke'.

Dulu mereka cakap MCA sebagai parti taukeh, tetapi sekarang ini kita lihat Umno pula lain. Ini susah untuk BN.

Adakah Dato' yakin masa depan rakyat dengan Pakatan Rakyat?

Ya. Walaupun ada sedikit masalah dalaman, tetapi masa depan Pakatan Rakyat sangat baik untuk rakyat.

Baru-baru ini kita ada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009. Bila saya lihat pemimpin-pemimpin di atas pentas, saya lihat ramai mereka yang berkebolehan untuk menerajui negara, pimpinan utama yang ada di sini semuanya berpengalaman, mereka layak menerajui kerajaan.

Ada pandangan sokongan orang Cina kepada Pakatan Rakyat sudah 'lari'?


Orang Cina ini mereka sangat praktikal dalam menentukan sokongan mereka. Dua perkara yang mereka mahukan adalah pendidikan dan ekonomi.

Mereka mahu peranan sekolah Cina yang berkualiti, ini mereka mahu dikekalkan.

Selain itu ekonomi, Malaysia kini jauh ketinggalan kerana Singapura dari aspek pendapatan perkapita mereka kita sangat jauh kebelakang, kita tiada daya saing.

Sekarang ini pula ada kes bakar gereja, akan bertambah teruk lagi sokongan kepada BN yang akan merosot, dan ekonomi negara akan terus jatuh.

Apa yang orang Cina mahukan ialah, mereka tidak mahu kerajaan hanya cakap mahu ubah sahaja, tetapi mereka mahukan perubahan, termasuk dalam ekonomi.

Sekarang ini Pakatan Rakyat mahu bantu siapa yang perlu, tidak kira Melayu, Cina India, ini semua kita akan bantu, ini sangat baiklah.

Pandangan peribadi Dato' terhadap PAS?


Saya meneliti banyak komen pemimpin tinggi BN terhadap Tok Guru (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat). Tetapi kita lihat hidup dia, dia sangat mesra, hidup sangat sederhana berbanding dengan pimpinan Umno yang guna 'sports car' dan sebagainya.

Walaupun Umno kritik, tetapi kita orang Cina sangat suka dengan dia (Tok Guru) dan kami sokong dia.

Sejak dahulu sewaktu jadi ahli Parlimen, saya kenal Dato' Kamarudin Jaffar (AJK PAS Pusat), kenal Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) mereka ini sangat baik dan mereka ini sangat mesra dengan kami.

Saya rasa apa yang penting bagi PAS ialah, mereka masa akan datang perlu mempamerkan bahawa Malaysia sebuah negera Islam yang moderate.

Ini perlu, dan lepas ini hal-hal isu Allah kita dah lihat kenyataan PAS ini tiada masalah, PAS banyak berubah kepada jauh lebih baik. Mereka (PAS) buat Islam yang betul, ini benar-benar kita lihat, pimpinan PAS lebih banyak berinteraksi.

Adakah sekarang ini tanggapan orang Cina terhadap PAS semakin baik?


Ya pandangan orang Cina kepada PAS semakin baik, malah dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, kita dapat lihat orang Cina dan India sanggup membawa bendera PAS. Mereka gembira, pakai baju Tok Guru kerana mahu memberi sokongan kepada PAS. Ini satu perubahan yang sehingga kini kekal. Orang Cina tiada masa depan dengan Umno-BN.

Dalam isu Herald apa komen Dato'?

Isu Herald guna nama Allah ini, jika kita nampak hakikatnya, sejak tahun 1982 Herald telah diberikan permit dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Mereka telah pakai Allah sejak dahulu, kenapa sekarang ini Umno jadikan isu, mereka di Sabah dan Sarawak gunakan banyak generasi, ini hanya isu yang dicipta oleh Umno.

Utusan Malaysia buat kenyataan yang perkauman, kenapa Umno tak tarik balik permit mereka? Ini kita dapat lihat sejak dahulu lagi.

Saya sebut kepada kalangan rakyat, ini tiada masalah.Saya lihat isu ini hingga bakar gereja, akhirnya kita sebenarnya mempamerkan negara kita sebagai tidak sihat.

Adakah Umno guna isu nama Allah kukuhkan sokongan Melayu?


Ya benar, mereka terdesak, dan mereka guna isu ini jadi agama dan perkauman, ini satu yang tidak sihat, tetapi rakyat tidak bodoh seperti Umno fikirkan, mereka terbuka dengan banyak bahan bacaan Blog, internet dan majalah, Umno tidak boleh tutup maklumat lagi tidak seperti tahun 60-an.

Rumusan Dato' mengenai masa depan Pakatan Rakyat?


Umno tidak akan berubah, jadi rakyat perlu ubah dengan menyokong Pakatan Rakyat. Pergilah daftar mengundi dan buat keputusan yang bijak demi masa depan negara bersama Pakatan Rakyat, jangan tunggu saat akhir.

Ada empat juta belum daftar, kita telah gerakkan kempen daftar dan BN pun telah mula. Yang pasti sokongan bukan Islam tidak akan beralih kepada Umno. Melayu, Cina dan India telah membuka mata mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat. Terima kasih.

Nampak macam yakin, hakikatnya BN makin gelabah

Entah mengapa tiba-tiba Perdana Menteri Datuk Seri Najib beriya-iya menafikan Umno terbabit melakukan provokasi sehingga mencetuskan insiden pengkhianatan terhadap beberapa buah gereja di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamudin Hussien sampai meminta pembangkang bertaubat kerana kononnya menuding jari menuduh Umno menjadi penyebab tercetusnya insiden yang tidak diingini itu. Najib dan konco-konconya turun sendiri ke gereja yang terbakar lalu mengumumkan sumbangan RM500 ribu untuk gereja tersebut.

Sejak tercetusnya isu pembenaran mahkamah terhadap akhbar Herald milik Khatolik menggunakan nama Allah dalam terbitan mereka, ia mencetuskan konflik. Umat Islam marah kerana Allah tidak boleh disamakan dengan God dalam ajaran Kristian yang berkonsepkan trinity. Umno tahu umat Islam marah, jadi ia cuba menangguk di air keruh. Umno kelihatan mahu menjuarai isu tersebut. Mereka yang melancarkan demonstrasi bantahan di seluruh negara. Perhimpunan haram mereka tidak diganggu oleh polis. Tiada semburan air kimia dan gas pemedih mata. Media tali barut BN memberi liputan luar biasa.

Sewaktu berdepan dengan PAS dalam isu hudud dan hukum syariah yang lain, Umno paling kuat mengejek. Hudud dijadi bahan senda gurau dan gelak ketawa dalam perhimpunan Umno. Tiba-tiba dalam isu kalimah Allah mereka mahu jadi juara pula.

Sepatutnya dalam isu berkaitan Islam, PAS terkedepan. Namun kenyataan rasmi yang dikeluarkan PAS, walaupun tegas, tetapi tidak emosi dan tidak menyinggung perasaan pihak lain. “PAS menyatakan pendirian bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristain dan Yahudi. “Bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bukan sahaja Umno kecewa dengan kenyataan itu tetapi bukan Islam juga terkejut. Peratus penganut Kristian kecil saja di negara ini. Sejak 1511 mereka tidak menggunakan nama Allah dalam penyebaran ajaran Kristian di negara ini. Bukan perkara besar bagi mereka jika kebenaran menggunakan nama Allah tidak diberi. Usaha menggunakan nama Allah itu mungkin hanya idea segelintir paderi atasan untuk mengelirukan umat Islam, supaya ajaran agama mereka mudah diterima oleh kalangan umat Islam yang cetek pengetahuan tauhidnya.

Bagi pengikut Kristian umumnya, jika mereka tidak diberi kebenaran menggunakan nama Allah ia tidaklah menjejaskan ‘aqidah’ mereka. Tetapi sikap melampau dan perkauman Umno dalam menangani isu tersebut telah menimbukan rasa muak penganut Kristian terhadap Umno.

Begitu juga dengan masyarakat Cina yang bukan Kristian. Isu tersebut tiada kena mengena dengan mereka, tetapi mereka benci melihat Umno yang terkinja-kinja setiap kali tercetusnya isu agama atau kaum. Apa jua isu kontroversi dengan agama atau kaum lain, mereka nak jadi juara. Umno tidak lagi dilihat Juara Rakyat tetapi Juara Perkauman.

Walaupun di Semenanjung Kristian tidak ramai, tetapi di Sabah dan Sarawak jumlah mereka adalah besar dan menjadi penentu undi dalam pilihanraya. Parti pimpinan Joseph Pairin Kitingan pernah menawan Sabah. Ia dikaitkan dengan kuasa Kristian, sekalipun Pairin berkali-kali menegaskan PBS bukan parti Kristian.

Di saat Umno kontang sokongan bukan Melayu/Islam, tiba-tiba muncul lagi isu yang menjarakkan mereka dengan golongan penentu itu; pasti ia memeningkan kepala Najib. Sebab itu ada asas mengapa Najib benar-benar gelabah biawak apabila gereja menjadi sasaran sekerat dua manusia yang tidak sempurna akal.

BN lebih ‘sakit’ apabila Mursyidul Am PAS, Presiden dan Timbalan Presiden meluangkan masa melawat gereja yang diceroboh. Baru terbuka semua mata golongan bukan Islam yang selama ini memandang PAS dengan pandangan yang rabun. Imej ‘PAS untuk semua’ semakin terpancar di setiap sanubari rakyat pelbagai anutan.

Bekas Naib Presiden MCA Dato’ Chua Jui Meng mengecam sikap Umno yang hanya bersandiwara dalam isu mempertahankan kalimah Allah kerana baginya Umno hanya menggunakan isu itu untuk kepentingan politik. Beliau mendedahkan, ramai orang Katholik tidak suka dengan Umno.

Ada juga teori mengatakan serangan terhadap gereja adalah konspirasi mereka sendiri bagi menonjolkan BN sebagai pembela semua agama. Lawatan terhadap gereja dan ganjaran RM500 ribu sudah diatur dari awal. Semuanya berlaku berurutan. Tapi teori ini boleh disangkal kerana bukan Islam di negara ini tidak macam orang Melayu yang mudah lupa.

Pengalaman lalu menunjukkan kemarahan orang Melayu terhadap kerajaan boleh diatasi dengan pemberian kain batik, kain pelikat atau subsidi anak ayam buta menjelang pilihanraya. Tetapi bukan Melayu tidak begitu. Ganjaran RM500 ribu itu belum tentu melunakkan masyarakat Kristian di seluruh negara.

Di saat gereja di serang, media talibarut BN melaporkan juga sebuah surau di Klang menjadi mangsa serangan batu sehingga pecah cermin. Surau itu turut dilempar dengan air kencing. Malangnya satu sen pun Najib tidak beri sumbangan.

Sekarang Umno sedang melancarkan program Umno Juara Rakyat. Mereka akan turun ke semua bahagian di negara ini mencanangkan slogan Juara Rakyat itu. Semua gelaran juara di dunia ini dinilai dan ditentukan oleh pihak lain, juri professional atau orang ramai. Tidak ada orang yang mengisytiharkan diri sendiri sebagai juara. Tapi Umno meletakkan diri sendiri dalam bakul sampah lalu cuba mengangkatnya sambil berteriak ‘akulah juara rakyat’. Kalau Din Bramboi tahu dia akan gelak berguling-guling.

Huru-hara

Zukri Aksah


18 Januari 2010, jam lebih kurang 9.30 malam, saya bersama rakan saya, Saudara Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang, berada di hadapan sebuah sekatan polis memasuki Felda Keratong 5. Kenapa? Saya diminta Saudara Zaidi Ahmad, Pengarah Sekretariat PKR Pahang untuk mewakili beliau berceramah di situ kerana pertama, beliau keletihan selepas bertungkus-lumus selama dua minggu bagi menjayakan Konvensyen PKR Pahang dan kedua, beliau sedikit keuzuran. Agak lucu, kerana saya ahli PAS menjadi wakil PKR untuk berceramah, tak kisahlah, janji Pakatan Rakyat, lagipun ceramah tersebut anjuran bersama PAS dan PKR Rompin.

Bila ditahan di sekatan polis itu, saya meminta Hatta yang memandu supaya memberitahu sahaja polis yang bertugas yang kami mahu ke ceramah, tidak perlu takut. Akibatnya kami diminta turun untuk diambil nama dan nombor kad pengenalan. Polis pertama yang menahan nampaknya tahu dia tiada alasan atas tindakannya itu, bila ditanya kenapa, dia memberitahu tidak salah pergi ceramah, tetapi nasihatnya janganlah pergi ke ceramah itu… aikkk!!!

Kepada polis kedua yang mengambil maklumat nama dan nombor kad pengenalan saya bertanya, “Kenapa, ceramah ini tak ada permit ke,” selamba dia menjawab “Ada,” lagi pelik! Habis itu, kenapa perlu sekatan polis dan segala? Katanya takut ada kacau, huru-hara! Saya tergelak, siapa yang mahu buat huru-hara? Polis tersebut serius dengan alasannya, mana tahu, takut-takut berlaku… Saya terus tersenyum, yalah saya datang untuk berceramah, bukan untuk membuat huru-hara. Sumpah saya tidak tahu siapa yang mahu membuat huru-hara itu…

Saya kira kedua-dua polis itu sendiri, yang tugasnya menguatkuasakan undang-undang, tidak tahu undang-undang mana yang sedang mereka kuatkuasakan. Saya yakin mereka sedang melaksanakan arahan pihak tertentu, bukan melaksanakan arahan undang-undang, maka tugasan mereka itu dalam keadaan mereka memakai uniform yang dibiayai wang cukai rakyat, menggunakan kereta peronda polis dan segala peralatan sekatan jalanraya yang juga dibiayai oleh wang cukai rakyat adalah satu tindakan haram kerana tidak berasaskan mana-mana undang-undang yang terpakai, saya pula sebagai salah seorang pembayar cukai tidak akan menghalalkannya dunia-akhirat.

Sesampainya di tapak ceramah, dapatlah saya akan gambaran sebenarnya, tahulah saya siapa yang sedang bercadang mahu menimbulkan huru-hara, anda tahu siapa? Ya… Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), FRU masuk Felda! Setelah sekian lama “bersara” dari aktiviti politik, hari itu saya mahu berceramah kerana hanya mewakili sahabat saya yang begitu berharap (walaupun anak kecil saya masih demam), begitulah sambutan meriah yang saya terima, sambutan topi merah!

Ceramah terpaksa dialihkan ke markas PAS yang hanya beberapa meter sahaja dari lokasi asal, sebuah kawasan lapang di hadapan deretan kedai. Melihat kepada jarak yang begitu dekat di antara lokasi asal dengan lokasi ganti (markas PAS), saya tidak faham mengapa ia perlu diarah pindah oleh polis, kalau ada kebaikan tentang kedua-dua lokasi, maka kebaikannya sama, jika ada keburukan tentang kedua-dua lokasi, maka keburukannya sama, apa alasan polis?

Tokoh yang berceramah bersama saya malam itu ialah Saudara Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Seluruh Malaysia (ANAK) yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Saya dimaklumkan ada dua sebab mengapa ceramah pada malam itu menerima tindakbalas sebegitu rupa, pertama kerana ada pihak tertentu risau dengan kesan ceramah Anwar Ibrahim di Kuantan pada malam sebelumnya, dan kedua kerana kehadiran Mazlan Aliman itu sendiri. Rupa-rupanya antara yang sedang huru-hara ketika itu adalah pengurusan Felda yang begitu takut dengan kelibat Mazlan Aliman yang dikenal lantang bersuara dan berjuang memartabatkan nasib peneroka Felda.

Kebetulan pula Saudara Wak Rabidin, Ketua PKR Cabang Rompin yang turut hadir malam itu adalah Timbalan Pengerusi Konvensyen Peneroka yang sedang sibuk dalam proses persiapan untuk dilaksanakan oleh Biro Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Mazlan Aliman juga bakal membentangkan kertas kerja dalam konvensyen tersebut. Patutpun ada telinga yang berdesing hebat.

Polis pada malam itu betul-betul menghadiahkan saya bola tanggung. Manakan tidak, saya ambil peristiwa gangguan polis itu sebagai contoh kecil bagaimana orang Melayu khususnya, dari dahulu sehingga sekarang tidak habis-habis ditakutkan oleh pemimpin mereka. Anda bayangkan bagaimana perasaan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang mahu ke ceramah bila terpaksa memberi nama dan nombor kad pengenalan mereka kepada polis yang menyekat mereka di tengah jalan, ini zaman darurat ke? Ceramah itu anjuran sebuah gerakan bawah tanah ke? Dari zaman dahulu kita ditakutkan kononnya ditimpa daulat atau ketulahan bila mahu melakukan sesuatu yang tidak sealiran dengan pemikiran pemimpin. Bila munculnya gerakan-gerakan awal mahu menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin Melayu sendiri yang berkhidmat dengan penjajah menakut-nakutkan orang Melayu, mahu merdeka konon, buat jarum sebatang pun tidak tahu.

Sampailah ke senario politik hari ini. Orang Melayu khususnya terus ditakut-takutkan. Sokonglah Pakatan Rakyat, tengok tu, DAP dah paksa Khalid Ibrahim buka UiTM untuk Cina, begitulah rasisnya dakwaan mereka, padahal dalam masa yang sama mereka melakukan cadangan Khalid Ibrahim yang tidak boleh dilaksanakan itu kerana Khalid bukanlah pemimpin Kerajaan Persekutuan pun, Najib baru-baru ini mengumumkan penyediaan kuota 30% bukan Melayu untuk kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD), ada siapa bising?

Saya tiada masalah dengan pembukaan institusi-institusi pendidikan ini untuk bukan Melayu, bahkan ketika saya di Matrikulasi MARA Kulim pada tahun 1990-1992, ia sudah dipraktikkan, dipraktikan oleh pemerintah Umno dan BN! Soalnya mengapa Melayu perlu ditakutkan bila ada pemimpin Pakatan Rakyat mengemukakan idea yang serupa, menuduh Pakatan Rakyat dikuasai Cina? Najib pula dikuasai oleh siapa bila memperkenalkan kemasukan bukan Melayu ke MTD ini?

Begitu juga dengan isu kalimah Allah. Munculnya isu ini memberi modal baru kepada Umno untuk terus menakutkan orang Melayu, sokonglah lagi Pakatan Rakyat, sekarang Allah pun mereka nak kongsi! Bila Dr. Mohammad Nor Manuty dari PKR mengeluarkan kenyataan bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, kalangan Umno ada menakutkan orang Melayu yang menyokong PKR dengan menuduh PKR parti sesat, padahal kenyataan Mohammad Nor Manuty bukanlah setakat pandangan beliau, ia adalah pandangan alim-ulama seluruh dunia, lebih dari itu ia adalah sebahagian Kalamullah yang dinukil dari Kitabullah Al-Quran ul-Kareem.

Apapun saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas keberanian YDP PAS Kawasan Rompin, Ustaz Shukri Haji Ahmad dan Ketua PKR Cabang Rompin, Saudara Wak Rabidin bersama sekitar 300 peneroka Felda yang hadir dengan setia pada malam 18 Januari itu, walaupun terpaksa berpindah tempat. Keberanian peneroka Felda Keratong 5 ini dalam mengatasi usaha menakut-nakutkan yang dibuat oleh polis pada malam itu saya percaya telah membuatkan pihak tertentu semakin merasa huru-hara.

Umno cetus isu ‘Allah’ untuk ‘musnah’ Pakatan

Datuk Seri Anwar Ibrahim turun di Bukit Sentosa di sini malam tadi, lokasi dikunjungi presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seminggu lalu, dengan mendakwa Umno-BN mencetuskan isu kalimah “Allah” untuk memusnahkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Saya nak cabar Umno malam ini, buktikan yang ini jika tidak betul.“Isu kalimah Allah ini diadakan untuk tujuan memecahkan DAP dan PAS... sebab itu mereka ingat apabila ada isu ini DAP akan keluar dengan kenyataan menentang (isu kalimah Allah) dan PAS akan membalas, dan akhirnya DAP dan PAS berpecah, maka pecahlah Pakatan Rakyat,” katanya

Kerjasama PKR-PAS-DAP membentuk PR selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Tambah beliau, PAS dengan segera telah menyatakan pendiriannya berlandaskan al-Quran bahawa bukan Islam ada dan boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

“... bahawa kalimah Allah telah digunakan oleh bukan Islam di tanah Arab dan Kristian di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Selain PAS, rakan mereka dalam PR iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga menyatakan pendirian senada dalam isu ini.

Anwar yang juga ketua umum PR berucap di Bandar Bukit Sentosa di sini, tempat di mana pada 9 Jan lalu Umno telah menganjurkan program tiga hari “Umno Juara Rakyat”, yang dirasmikan oleh Najib sendiri.

Kelmarin di Kuantan, Anwar yang juga penasihat PKR mendakwa kontroversi kalimah “Allah” sengaja ditimbulkan oleh Umno untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ketua pembangkang di Parlimen ini berkata, Umno juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Anwar juga mengulangi bahawa penggunaan kalimah “Allah” sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir, malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam,” katanya.

Kawasan Parlimen Hulu Selangor dikuasai PR menerusi wakil PKR iaitu Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, bekas timbalan menteri Selangor.

Bagaimanapun Zainal tidak hadir pada ceramah malam tadi kerana sedang pulih selepas menjalani pembedahan kali ketiga baru-baru ini.

Ceramah di sini malam tadi merupakan persinggahan kedua Anwar yang sebelum itu berucap di Sabak Bernam.

Ia dilihat sebagai sebahagian daripada kempen PKR menjelang kes liwat kedua Anwar yang dijadual bermula Isnin ini.

Ceramah ini akan diadakan di 10 lokasi terpilih di seluruh negara.

Justeru Anwar yang bebas daripada tuduhan pertama enam tahun lalu memberitahu, beliau “bersedia untuk berperang habis-habisan” menghadapi isu tersebut.

Kata Anwar, beliau akan memanggil Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi apabila kesnya dibawa ke mahkamah.

Tuesday, January 19, 2010

Royalti: Ceramah Ku Li dipindah ke stadium kerana sambutan

Lokasi ceramah perdana berhubung isu royalti petroleum 28 Jan ini, yang akan disampaikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, dipindahkan ke Stadium Sultan Mohd IV di sini ekoran sambutan menggalakkan daripada rakyat negeri itu.

Sebelum ini ia dirancang untuk diadakan di Dewan Utama Kelantan Trade Centre (KTC).

Pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya terpaksa mengubah lokasi ceramah memandangkan permintaan yang terlalu besar.

“Saya mendapat tindak balas ini melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan seeloknya ceramah itu diadakan di stadium supaya kesesakan tidak menghalang laluan jalan raya bila ia dibuat di dewan KTC.

“Dan hari Jumaat lepas Gegar telah maklumkan perkara ini kepada Tengku Razaleigh dan Tengku juga setuju ceramah itu diadakan di stadium,” katanya.

Program ceramah perdana melibatkan bekas pengerusi itu adalah salah satu dari siri ceramah secara roadshow yang akan dianjurkan Gegar di seluruh Malaysia.

Ia diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan tentang royalti petroleum mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dari perspektif orang yang bertanggungjawab membuat draf undang-undang berkaitan.

Dalam pada itu The Malaysian Insider difahamkan satu taklimat berhubung wang ihsan juga akan diadakan di salah sebuah hotel di Kota Baru sebelum ceramah perdana tersebut berlangsung.

Program tersebut dianjurkan Umno Kelantan.

Difahamkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamad sendiri akan menyampaikan taklimat berkenaan.

Search This Blog