| | |
| Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melihat kenyataan bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semalam bahawa parti itu mempertaruhkan survivalnya kini adalah sebaliknya. "Bagi Teras pada hakikatnya pernyataan survival Umno sedang dipertaruhkan sebenarnya adalah survival pemimpin-pemimpin Umno itu sendiri . Bukan survival parti , atau ahli , jauh sekali survival bangsa," kata Pengerusi Teras, Mohad Azmi Abdul Hamid. Teras berpendapat dengan ketiadaan arahtuju keIslaman yang jelas dalam Umno sejak ia telah dijangkiti penyakit politik wang, skandal dan mengambil kesempatan untuk melonggok kekayaan ia pasti akan mencipta dan melakar sejarah sebagai parti yang gagal untuk menyelamatkan bangsa Melayu. Lipatan sejarah Umno sudah sarat dengan episod perebutan kuasa dan jawatan, cantas-mencantas dan fitnah-menfitnah, kata Azmi. "Tanpa landasan Islam yang jelas Teras tidak nampak Umno dapat dipulih kerana sejak ia dijadi parti untuk melabur dan meraih dividen dan laba , pasti sejarahnya akan terus kekal sebagai wadah yang telah merosakkan anak bangsa," ujarnya. Bila Najib berkata "Hakikatnya, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu." bukanlah suatu kenyataan yang benar, kata Azmi. "Malah Umno yang telah memporakperandakan bangsa Melayu dengan pelbagai isu seperti SAR , PPSMI , Tanah Rizab Melayu, meritokrasi , pencemaran budaya adalah antara dosa besar Umno yang menjadi sebab kenapa orang Melayu tidak lagi boleh memberi kepercayaan kepada parti itu," ujarnya. Ucapan Najib aneh bila menyebut 'kembali kepada agama' Aneh setelah sekian banyak pengkhianatan terhadap bangsa Melayu yang telah dilakukan pemimpin Umno baru kini dinasihatkan agar kembali merujuk kepada agama, katanya. Pernyataan Najib bahawa "Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama,". adalah sangat janggal, kata Azmi. Ini kerana landasan agama bukan prioriti bagi pemimpin-pemimpin Umno, sebaliknya yang menjadi keutamaan mereka ialah jawatan, kesenangan dan menyekat sebarang pihak yang mahu mengambil tempat mereka yang selesa itu, katanya. Teras mempersoalkan jika benar yang sedang dipertaruhkan ialah survival Umno itu sendiri kenapa pemimpin-pemimpin Umno terus bersikap angkuh terhadap kemarahan rakyat dan bangsa Melayu bila mereka bangkit menentang PPSMI. "Jika benar survival Umno yang menjadi isu besar kenapa peneraju Umno masih terus tidak mengendahkan teguran ulama yang mengingatkan mereka bahawa hanya dengan melaksanakan Islam secara menyeluruh sahaja akan menyelamatkan bangsa," katanya. Taktik kotor Teras juga melihat janggal apabila Najib meminta perwakilan pemuda, wanita dan puteri menerima realiti kekalahan dalam PRU ke 12, Namun dalam masa yang sama Umno/BN melalui inisiatif beliau terus melaksanakan taktir kotor merampas kerajaan Perak dengan cara yang sangat jelek, katanya. Di samping itu Umno menggunakan pendekatan menafikan hak rakyat lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk tidak membenarkan pegawai kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri tersebut, katanya. "Hakikatnya Umno masih tidak tahu bagaimana hendak berperangai sebagai pembangkang walaupun kalah," katanya. _ |
Wednesday, March 25, 2009
Aneh bila Najib bercakap soal survival Umno dan kembali kepada agama - Teras
Duit Siapa Ali dan Khairy Ambil?
"
Jika dia menang, satu rekod baru UMNO akan tercipta, iaitu Pemuda UMNO dipimpin oleh seorang perasuah buat kali pertama dalam sejarah. Harus diingat bahawa dua rekod baru telah tercipta sebelum itu.
Pertama, UMNO Bahagian Paya Besar, Pahang berjaya menjadi bahagian UMNO yang paling korup di Malaysia. Kedua, Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama mengamalkan rasuah di negara ini. Rekod-rekod baru itu akan kekal dalam lipatan sejarah, diingati oleh seluruh rakyat Malaysia, dan anak cucu kita kemudian hari.
Sebelum insiden ini, Isa Samad yang didapati melakukan kesalahan yang sama telah digantung keahlian selama tiga tahun dan mengosongkan kerusi menteri yang didudukinya. Kewujudan tiga bentuk hukuman untuk kesalahan yang sama itu menunjukkan bahawa UMNO tidak konsisten dan menghukum secara berpilih-pilih seolah-olah parti itu mengamalkan sistem kasta.
Keanehan-keanehan yang berlaku dalam hukuman yang berkaitan dengan rasuah dalam UMNO itu bukan sahaja pelik malahan juga tidak masuk akal. Ini menunjukkan bahawa UMNO diserang penyakit sasau kerana dirasuk setan.
Sungguhpun kita melihat orang UMNO masih segar-bugar, mampu tersenyum, dan boleh berkata-kata, namun jauh dari sudut hati, mereka menderita kerana dirundung krisis identiti. Imej mereka dicalari pelbagai laku perbuatan yang jelek dan meloyakan. Merekalah perasuah tegar di Malaysia. Merekalah pengkhianat bangsa Melayu. Merekalah pemerkosa kedaulatan undang-undang. Merekalah yang melacurkan keluhuran perlembagaan. Merekalah yang menjuarai penderhakaan terhadap raja. Merekalah yang bertanggungjawab menggagalkan matlamat DEB.
Berasaskan kepada kecemerlangan UMNO dalam rasuah, tidak salah jika rakyat mempersoalkan serba-serbi mengenainya. Rasuah politik dalam UMNO melibatkan jumlah wang yang banyak. Bagi membolehkan semua perwakilan merasa habuan itu, ramai ejen diperlukan. Sehubungan itu, seseorang calon memerlukan wang yang bukan sedikit untuk mengupah ejen dan merasuah perwakilan. Ini kerana sokongan akn hanya diberi kepada calon yang paling tinggi nilai suapannya.
Oleh sebab itu, cubalah anda bayangkan berapa banyak wang yang diperlukan seseorang calon untuk merasuah semua perwakilan. Mampukah seseorang calon menggunakan wang mereka sendiri untuk tujuan itu?
Jumlah yang perlu dirasuah ialah hampir 3,000 orang. Sudah semestinya situasi ini di luar kemampuan seseorang calon, tetapi mereka hendakkan jawatan. Jawatan membuka peluang yang luas untuk memperoleh kekayaan. Di sinilah tempat bermulanya salah guna kuasa, kronisme, nepotisme, dan politik taukeh.
Pihak-pihak yang berkepentingan pun berlumba-lumbalah masuk gelanggang. Satu cara yang paling mudah ialah mendapatkan bantuan taukeh-taukeh besar. Golongan ini menjadi sangat-sangat bermurah hati, apatah lagi bila dijanjikan pulangan dalam bentuk projek besar.
Situasi tersebut mendedahkan pelaku-pelakunya kepada pelbagai aktiviti yang jelek. Maka berkembang biaklah pengkhianatan, penipuan, dan penggelapan wang. Pemimpin yang diamanahkan untuk membela nasib rakyat berubah wajah menjadi perompak terhormat.
Mereka tidak perlu rasa takut terhadap perbuatan itu kerana sekalipun didapati bersalah, tetap disanjung sebagai pejuang, asalkan dapat membuktikan kesanggupan menghambakan diri kepada parti. Lagi pun mahkamah UMNO merupakan maskamah paling adil di dunia. SPRM pun tak terliur untuk siasat. Semua ahli UMNO memang kebal-kebal belaka!!!
Sebab itulah Ali masih kekal memegang tampuk pemerintahan di Melaka. Khairy masih boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pada masa yang sama, majoriti kes rasuah politik masih belum diselesaikan. Begitulah cekap dan tangkasnya mahkamah UMNO. Mahkamah tahap dunia tu. Namun, kesemuanya mendedahkan betapa korupnya UMNO.
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BATANG AI!
KUBURKAN UMNO/BN!!!
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!! "
Umno dicabar letak Zambry lawan Nizar di Bukit Gantang
| | |
| Umno-BN dicabar agar menamakan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai calon bagi menentang calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini. "Masih ada masa untuk Umno ubah nama calon sebab penamaan hujung minggu ini.Saya cabar Umno namakan Zambry, kita nak tengok siapa pilihan sebenar rakyat sebab sebelum ini Umno kata Nizar ditolak rakyat, buktikan dengan calonkan Zambry, kita tengok siapasebenarnya yang dipilih rakyat," ujar Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar kepada Harakah hari ini. PAS mengambil tindakan berani untuk menamakan Nizar yang sebelum ini ditohmah Umno dengan pelbagai lemparan tuduhan ketika penggulingan kerajaan Pakatan Rakyat secara 'kontroversi', kata Mahfuz. Mahfuz berkata, cabaran itu realistik agar rakyat diberi peluang menjadi hakim menentukan sama ada Nizar atau Zambry sebenarnya menjadi pilihan. Ujarnya kegagalan Umno menamakan Zambry selaku calon mereka di Bukit Gantang menggambarkan mereka tidak yakin dengan kempen mereka sebelum ini. Kegagalan ini juga katanya, adalah tanda atau 'signal' kepada rakyat yang perlu menghukum Umno di Bukit Gantang dan dua PRK lain yang berjalan serentak, katanya. "Jika Nizar menang, Dun Perak perlu dibubarkan bagi memberi peluang kepada rakyat pula untuk memilih kerajaan mereka sendiri," katanya. Pada 23 Mac lalu, PAS mengumumkan Nizar sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang. Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS,Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN, Ismail Saffian, 49. Ismail yang juga bekas Ketua Penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang. Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Allahyarham Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu. Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan. Nizar adalah antara beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh pucuk pimpinan parti tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil berkenaan. PAS yakin akan mengekalkan kerusi tersebut, terutama di tengah-tengah krisis politik yang melanda Perak selepas kerajaan BN mengambil alih pentadbiran negeri tersebut. Dalam pilihan raya umum lalu, Roslan merampas kubu kuat BN itu dengan menewaskan Bendahari Umno, Dato' Seri Azim Mohd Zabidi dan calon Bebas, M Morgan, dengan majoriti 1,566 undi. Parlimen itu mempunyai 55,471 pengundi yang terdiri daripada 63.48 peratus pengundi Melayu, 26.77 peratus pengundi Cina, 9.71 peratus pengundi India dan lain-lain pengundi 0.4 peratus. Terdapat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di parlimen itu iaitu Changkat Jering, Trong dan Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya umum lalu, BN menang di Trong manakala dua lagi dimenangi Parti Keadilan Rakyat |
lagu baru umno
Bersatu kita bersatu dengan setia berganding bahu;
Tipu terus menipu, kita tipu melayu.
Bersama kita bersama, menjunjung hasrat semua;
Berjasa pada kroni; anak, isteri dan bini.
Lambang kita yang rebah, dipandang keji dan haprak;
bersatu bersetia, khianat cogankatanya.
UMNO terus lara, rompak rakyat Malaysia.
UMNO di Penghujung Jalan
"
Betapa parahnya kemunafikan dalam diri pemimpin ini. Mungkin ramai lagi yang tergolong dalam kumpulan yang sama dengan dia. Sungguh malang nasib UMNO berpemimpinkan orang sebegini. Malang lagi nasib orang Melayu yang membuta tuli akur kepada pemimpin seperti itu.
Mahyudin mungkin ada agenda apabila mengeluarkan kenyataan itu. Sesiapa juga yang menjadi calon dalam sesuatu pemilihan akan melakukan projeksi diri kepada pengundi. Dia mahu dilihat sebagai hero yang mampu memulihkan parti yang sudah hampir tenggelam itu.
Dia bimbang rakan seperjuangan yang ditangkap membawa berkarung wang ke Australia tetapi dibebaskan kerana tidak tahu berbahasa Inggeris itu menduduki kerusi nombor dua UMNO. Akan terkebil-kebillah orang di luar UMNO jika mereka memilih TPM yang bukan sahaja tak tahu bahasa Inggeris malahan juga pegang duit mencurigakan juta-juta ringgit dan pernah melarikan puteri Sultan Selangor.
Baru-baru ini Muhammad membuka mulut tentang kebolehannya berbahasa Inggeris. Katanya dia belajar dalam bahasa Inggeris hingga ke Universiti Malaya. Jadi, dia telah menipu mahkamah Australia ketika dibicarakan. Bolehkah dia dituduh dan dibawa semula ke mahkamah Australia kerana menipu? Anda percayakah kepada manusia penipu seperti ini?
Oleh sebab itu, kedua-dua pemimpin itu sama sahaja buruknya. Buatlah macam mana pun, UMNO tetap akan dipimpin oleh orang yang tidak bersih. Logiknya mereka hanya mampu mengotorkan UMNO. Rakyat gelisah melihat kejadian penuh tragis ini. Makin ramailah orang yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang Melayu. Tak boleh tidurlah orang-orang seperti Rahim Tamby Chik dan Zahid Hamidi apabila hal ini berlaku.
Namun, orang Melayu tidaklah sebodoh ahli UMNO yang berada di penghujung jalan itu. Usahlah diperlekeh kebolehan mereka berdikari. Janganlah diperkecil keputusan mereka memilih wadah perjuangan alternatif yang lebih berwibawa.
Mereka tidak mahu bernaung di bawah ketiak parti yang khianat. Mereka tidak tahan lagi diperbodohkan dengan gula, kain pelekat, beras, dan projek mee segera. Mereka sudah muak dengan penderhakaan terhadap raja yang memayungi rakyat. Penderhakaan UMNOlah yang mendorong rakyat menghina raja. Anehnya, tidak seorang pun pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah apabila mengina raja, apatah lagi dihukum. Rakyat jelata juga yang terhukum.
Mereka tidak rela lagi dipermain-mainkan dengan apa-apa juga bentuk belanjawan yang hanya tersangkut di pejabat UMNO bahagian. Mereka tidak akan percaya jika UMNO bercakap tentang bantuan kepada rakyat kerana UMNOlah makan kedarah duit rakyat.
Mereka perlukan pemimpin berjiwa rakyat, bukannya pemimpin yang membina istana untuk diri sendiri. Mereka perlukan pemimpin yang mendengar dan menyelesaikan resah gelisah mereka, bukannya pemimpin elit yang sombong. Mereka perlukan perpaduan, bukannya Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) yang merampas ketenteraman hidup mereka. Mereka perlukan pemimpin yang ikhlas, bukannya pemimpin yang mengungkit-ngungkit setelah melaksanakan tanggungjawab dan berbuat sesuatu supaya rakyat rasa terhutang budi.
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BATANG AI!
Anda kesampingkan lah ratap tangis UMNO/BN yang palsu itu. Anda alihkan pandangan ke arah masa depan yang cerah. Anda pilihlah pemimpin yang boleh membahagiakan anda. Pemimpin yang tidak gila kuasa. Pemimpin yang sanggup menjadi hamba rakyat. Pemimpin yang merakyatkan ekonomi negeri/negara.
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!!
Tuesday, March 24, 2009
najib yang tak sabar jadi pm
namun, pah lah masih membisu seribu bahasa sehingga berkata kepada media supaya jangan kacau belia dengan soalan bila nak serah jawatan pm. pak lah cuma kata najib akan jadi presiden umno dan tiada siapa yang boleh halang. tapi bukan jawatan pm. lagipun, jawatan pm ni bukannya boleh diserah macam tu saja pada siapa-siapa yang kita suka. sepatutnya kena ada undi diparlimen untuk menentukan samada najib layak atau tidak kerana syarat untuk jadi pm mesti mendapat undi majoriti dari ahli dewan. dan lepas itu kena pulak dapatkan perkenan daripada yang dipertuan agung. baru boleh jadi pm. dibuatnya yang dipertuan agung tak berkenan macam kes mb trengganu dan perlis macamana? kan kes naya namanya.
tambahan pulak, najib sepatutnya menjawab dakwaan media dari perancis, amerika dan terbaru negara jiran indonesia kes berkaitan pembunuhan alantuya dan skandal kapal selam. kalau najib benar-benar ada maruah dan harga diri, dia sepatutnya kena bersih kan diri dari tuduhan-tuduhan itu atau kalau tak mampu nak jawab lebih baik letak jawatan saja. jangan jadi macam ketam mengajar anak berjalan. diri sendiri pun tak bersih macam mana nak bersihkan umno. diri sendiri pun belum jawab tuduhan rasuah yang dah beratus kali dibuat, macam mana nak suruh orang lain jangan rasuah. bukankah slogan be end adalah kepimpinan melalui teladan.
Anak Perak Di Perantauan Janji Pulang Sokong Calon PAS
"
Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti. Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun.
Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno. Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin mereka. Ini merupakan satu episod terdesak yang mana membabitkan ramai pemimpin Umno yang terlibat di dalam rasuah.
Walaupun mereka secara terang terlibat di dalam rasuah, namun mereka masih dipilih, katanya. Nizar yang turut berucap di majlis itu menceritakan apa yang berlaku sepanjang tempoh krisis yang berlaku di Perak baru-baru ini dan yakin beliau dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan negeri Perak yang sah.
UMNO Terkedu Bila MB Nizar Jadi Calon
"
Pelbagai taktik yang licik akan dimainkan oleh UMNO semasa kempen tersebut. Saya yang bertugas pada 20 Mac lalu di UPU Trong terkena jugak tempias permainan kotor puak-puak yang tak bertanggungjawab apabila membuat provokasi dengan mengedarkan gambar Sultan Perak dan Mufti berbadan anjing di masjid-masjid. Adakah PAS yang memperjuangkan Islam sanggup berbuat demikian?Rakyat yang berfikiran waras boleh menilai sendiri siapa punya angkara.
Apabila Najib Razak mengumumkan tiada pembangunan "mee segera" dalam PRK kali ini, telahan saya semua ini hanyalah omongan kosong. Ternyata perkara ini benar apabila jalan yang menuju ke Pekan Trong telah diturap baru semasa saya melalui ke sana. Ternyata UMNO tidak mampu berubah dan tidak ingin langsung berubah. UMNO tidak langsung belajar dari pengalaman yang lepas. Pasti UMNO pupus selepas PRU ke 13 nanti. Sama-samalah kita tunggu....
30,000 hadir beri tepukan gemuruh, sokong Nizar
| BUKIT GANTANG, 24 Mac (Hrkh)- Ketika Presiden PAS Dato' Serti Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengisyhtiharkan nama Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS untuk berhadapan dengan calon BN dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang serentak dengan itu 30,000 yang membanjiri Padang Taman Kota Jaya, Taiping bangun dan memberikan tepukan yang bergemuruh sebagai tanda sokongan padu terhadap pemilihan Nizar sebagai calon. Pengumuman itu disambut dengan takbir dan tepukan gemuruh dari 30,000 orang penyokong yang hadir dalam Majlis pengistiharan calon yang diadakan di Padang Taman Kota Jaya malam tadi sekaligus menamatkan teka teki siapakah calon PAS yang bakal memberikan saingan paling hebat kepada BN. Ir Mohamad Nizar yang juga Menteri Besar Pakatan Rakyat dan Adun Pasir Panjang dikatakan mampu 'mentalkinkan' Umno-BN di Bukit Gantang dan pemilihan itu dilihat amat tepat sekali Sebelum ini, ketika Pengerusi DAP Perak, Datuk Nge Kor Ham dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berucap, masing masing secara terbuka akan memberikan sokongan paling padu kepada sesiapa sahaja calon PAS yang diletakkan bagi `mengajar' BN di kawasan itu. Nizar dalam ucapan ringkas menyucapkan terima kasih kepada Presiden PAS dan PAS Pusat kerana memberikan kepercayaan kepadanya menjadi calon di Parlimen Bukit Gantang. "Saya ucapkan penghargaan kepada Presiden PAS dan PAS Pusat yang telah mencalonkan saya , Insya-Allah saya akan meneruskan kerja baik yang dilakukan oleh Allahyarham Roslan Sharum" ," katanya disambut dengan takbir dan pepukan bergemuruh dari orang ramai yang membanjiri Padang Taman Kota Jaya. Dalam ucapan mengistiharkan calon, Tuan Guru Hadi menegaskan bahawa mengundi adalah satu amanah bagi memilih pemimpin dalam amalan negara demokrasi. "Bermakna diberi peluang untuk memilih wakil mereka khasnya dalam Kerusi Parlimen Bukit Gantang. Namun Pilihan Raya Kecil kali ini merupakan besar maknanya untuk pengundi-pengundi disini dan amnya seluruh Malaysia,"jelas Ustaz Hadi. Jelasnya, ketika negara dilanda krisis politik ianya tidak boleh dipandang renggan, seperti mengamalkan gejala rasuah oleh Umno-Barisan Nasional. "Umno menjadi tulang belakang kepada kerajaan BN tapi dinyatakan oleh pemimpin-pemimpinnya sendiri partinya dilanda penyakit rasuah sejak dulu,"tegas Ahli Parlimen Marang itu. Maka, Ustaz Hadi mendakwa bahawa pilihan raya itu memberi makna besar kerana rakyat diberi peluang untuk menolak pada awal untuk menyingkirkan Umno-BN yang mengamalkan rasuah itu. "Selagi ada pertikaian dan tohmahan hendaklah dibersihkan segera. Orang yang dituduh tidak boleh dianggap bersalah selagi menimbulkan banyak keraguan. Maka harus bertindak segera untuk membersihkan nama baik pemimpin kita yang dilemparkan tohmahan dan tuduhan rambang itu. Sementara itu majlis semalam cuba diganggu oleh sepasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyebabkan sebilangan yang berkunjung di situ melahirkan tidak puas hati dengan tindakan FRU itu. Sewaktu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berucap pasukan keselamatan kelihatan berada di tangga belakang dan cuba menaiki pentas ceramah tetapi berjaya dihalang oleh petugas PAS. Akhirnya hasil dari perbincangan, pihak penganjur terpaksa akur dengan arahan menghadkan masa sehingga jam 11.00 malam sahaja walaupun masa asal yang dibenarkan sehingga jam 12.00 malam. |
Keputusan Mahkamah Persekutuan kekalahan moral untuk Umno - Hanipa
| | | |
| (Siasah) - Peguam bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan agar kes Perak dikembali ke Mahkamah Tinggi adalah kekalahan moral bagi Umno.
Mohamad Hanipa Maidin berkata, Umno sangat berharap kes itu diselesaikan secepat mungkin melalui keputusan Mahkamah Persekutuan. Pagi tadi, lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan kes itu perlu melalui prosedur biasa perundangan dan Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertindak tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan seterusnya Mahkamah Rayuan terlebih dahulu. Hakim-hakim yang bersidang itu diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alaudin Sharif. Lain-lain hakim adalah Ketua Hakim Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk S. Augustine Paul, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin and hakim Mahkamah Rayuan Datuk James Foong. Menurut Hanipa, Umno sangat memerlukan keputusan kes ini dibuat segera kerana Dewan Undangan Negeri perlu bersidang sebelum 15 Mei 2009 untuk mengelakkannya dari terbubar dengan sendirinya. Dua kes dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan iaitu kes Speaker V Sivakumar yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan kes Nizar melawan Datuk Dr Zambry yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dengan keputusan ini bermakna, kes-kes itu akan dibicarakan di kedua-dua mahkamah berkenaan. Kes V Sivakumar akan menggunapakai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan beliau mewakili dirinya sendiri atau peguam yang dipilihnya. Sebelum itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Rezhuan Hashim memutuskan Sivakumar mestilah diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak dalam keadaan dialah juga yang mewakili Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. |
Monday, March 23, 2009
MB Perak yang sah calon PAS Bukit Gantang
TAIPING: Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang. seperti undian yang dibuat didalam laman blog, pemilihan Nizar memang amat tepat sekali. alasan calon mestilah anak tempatan seperti yang diguna pakai oleh umno tidak penting bagi memilih calon. yang penting adalah keperibadian, perwatakan dan kebolehan seseorang itu untuk menjadi pemimpin. kalau anak tempatan tapi tidak boleh melaksanakan tugas..nak buat apa.
Nizar mempunyai latar belakang yang lengkap dari segi akedemik, ugama dan kepimpinan. ciri-ciri inilah yang mesti ada pada setiap pemimpin. kini terserah kepada pengundi-pengundi untuk membuat pilihan. kepada jentera pilihanraya pakatan rakyat...pastikan kemenangan dipihak kita.
BIODATA NIZAR
Beliau yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.
Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).
Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Mohd Ali sepatutnya ikut jejak langkah Fairus - Husam
| | |
| Ketua Menteri Melaka, Dato� Seri Mohd Ali Rustam seharusnya mengikut jejak langkah Mohd Fairus Khairuddin yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bagi memantapkan lagi kedudukan parti. Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pemimpin Umno seharusnya mempelajari tindakan berani dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga sanggup melepaskan jawatan biar pun tiada masalah besar berlaku. "Jawatan bukan sesuatu perkara �mutlak yang perlu diwarisi �sampai bila-bila. Fairus tidak mempunyai masalah namun boleh melepaskan jawatan.. tak kan Ali yang terang-terangan melakukan kesalahan rasuah tak boleh letak jawatan. "Umno kena belajar daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang jauh lebih bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam. Beliau ditemui selepas menyampaikan kerusi roda elektrik kepada pelajar cemerlang spastik peringkat kebangsaan Hashim Mohammad, 20 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008. Beliau mendapat 2A dan 3B. Baru-baru ini Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco kerajaan Pulau Pinang. Perletakan jawatan itu dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. � Mengulas isu kerajaan perpaduan katanya, ia tidak semestinya memerlukan kerjasama antara PAS dengan Umno, sebaliknya ia boleh dilaksanakan tanpa penglibatan parti berkenaan. Beliau berkata, walau pun tanpa kehadiran Umno, kerajaan perpaduan dapat dibentuk. "Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, kerajaan sedemikian boleh diwujudkan tanpa kehadiran Umno. "Kita jangan ingat bila sebut saja soal perpaduan atau kerajaan perpaduan mesti ada penglibatan Umno, itu tidak betul bahkan sekiranya Umno runtuh, tidak semestinya kerajaan itu tidak dapat dicapai," ujarnya. Beliau berkata, perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara merupakan perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti. |
Persetankan maruah, asalkan dapat kerusi empuk
Saya yakin, jika beliau benar-benar bermaruah dan tahu menjaga maruah diri dan keluarga bahkan keturunannya, beliau pasti akan melawan segala tuduhan-tuduhan tersebut biarpun akhirnya beliau tetap teraniaya. Sebagai contoh, DS Anwar tetap melawan habis-habisan apabila beliau dituduh melakukan liwat meskipun akhirnya beliau teraniaya. DS Anwar sanggup kehilangan jawatan malahan terpenjara dan tersiksa demi mempertahankan maruah. Begitu juga dengan YAB Lim Guan Eng yang terpaksa meringkuk di penjara kerana membela maruah gadis Melayu yang dirogol. Jadi, jauh bezanya dengan apa yang Ali Rustam lakukan sekarang. Apa yang Ali Rustam telah lakukan untuk membela maruah dirinya sekiranya beliau benar-benar tidak terlibat di dalam rasuah tersebut? Apakah kerana takut untuk derhaka pada Umno maka sanggup Ali Rustam dicap sebagai perasuah? Mungkin kerana sayangkan kerusi empuk Ketua Menteri Melaka maka beliau sanggup mencemarkan nama baik dan seluruh keturunannya? DS Anwar sanggup tinggalkan kerusi empuk sebagai TPM asalkan maruah diri dan keturunannya terpelihara. Dan, terbukti beliau kini disanjung di merata-rata dunia atas sikap beliau yang berani dan bermaruah.
Oleh yang demikian, kita merasa hairan dengan sikap Ali Rustam yang cuba menyamakan dirinya dengan DS Anwar dan Lim Guan Eng. Jauh umpama langit dan bumi. Apabila Ali Rustam tidak berani berbuat apa-apa ke atas apa yang berlaku ke atas dirinya, maka umum mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Jadi, tidak perlulah Ali Rustam berkata beliau tidak bersalah, tetapi beliau menghormati keputusan Lembaga Disiplin yang telah `menelanjang'kannya. Mungkin, kerana terlalu hormatnya beliau kepada Najib yang mahukan beliau terima keputusan lembaga tersebut, maka Ali Rustam pun patuh sepatuh-patuhnya. Kini, Najib mungkin tersenyum kerana masih ada di kalangan pemimpin Umno yang begitu taat kepadanya dan sanggup mukanya di`berak' dan di`kencing'kan. Selagi Ali Rustam berada di kerusi Ketua Menteri Melaka tanpa apa-apa tindakan berani untuk mempertahankan dirinya, selagi itulah penyakit Umno akan terus berkudis dan bakal membawa maut.
Sebelum saya menutup kalam ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tun Mahathir yang telah memberitahu kita semua betapa seorang lagi calon Timbalan Presiden Umno adalah seorang yang buta membaca, menulis dan bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Mungkin ramai dikalangan kita yang masih tidak tahu bahawa rupa-rupanya terdapat pemimpin Umno yang jahil berbahasa Inggeris tetapi bercita-cita untuk menjadi TPM. Mungkin pemimpin berkenaan adalah salah seorang yang bertegang urat mempertahankan usaha kerajaan di dalam isu pembelajaran Mathematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Mungkinkah kita bakal punyai TPM yang buta Bahasa Inggeris ?
Paya Besar patut dimasukkan ke dalam Malaysian Book of Records
"
Walau bagaimana pun, mereka telah menerima hukuman yang berbeza walaupun mempunyai skill kesalahan yang sama. Itu lah Umno. Pun begitu, memandangkan Perlembagaan Umno yang lebih tinggi dari perlembagaan negara. Maka, mereka tidak perlu diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjutan dan didakwa menggunakan undang-undang warisan penjajah yang mereka mati-mati nak pertahankan itu.
Dalam pada itu, takziah saya ucapkan kepada seluruh pengundi dan penduduk bagi kawasan Parlimen Paya Besar di dalam negeri Pahang.
Ini kerana, kesemua wakil rakyat mereka samada DUN atau Parlimen sudah terbukti terlibat dengan jenayah rasuah ini.
Abdul Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar), Md Sohaimi (Adun Sungai lembing), Mohd Zaili Besar (Adun Panching) dan Mohd Shohaimi Jusoh (Adun Lepar) kesemuanya telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dengan jenayah rasuah.
Ini menjadikan kes pertama di negara kita dimana kesemua wakil rakyat di dalam 1 kawasan parlimen adalah penjenayah.
Maka, Malaysian Book of Records haruslah mengambil fakta ini kerana ianya kali pertama berlaku di negara kita dan kebetulan sebegini amatlah sukar untuk ditemui walau pun ianya bukanlah perkara mustahil didalam Umno.
Sunday, March 22, 2009
beza UMNO dan PAKATAN
nampak sangat tahap pemikiran yang rendah dan tiada langsung ketokohan sebagai pemimpin jika ulasan yang dibuat oleh kedua pemimpin ini di ambil kira. sama seperti kenyataan yang dibuat oleh ali rustam tentang anwar ibrahim dan lim guan eng menjawab wartawan bila bertanya apakah beliau akan letak jawatan ketua menteri.
bila setiausaha agung berkata PAKATAN RAKYAT bermasalah punca timbalan ketua menteri letak jawatan, dia sepatutnya melihat keterbukaan didalam kerajaan dibawah PAKATAN RAKYAT yang mana bila pemimpin melakukan kesalahan atau didapati tidak melaksanakan tugas dengan berkesan maka mereka akan ditegur dan akan dilaporkan ke pihak atasan. dan pemimpin PAKATAN RAKYAT juga mempunyai maruah dan moral yang tinggi berbanding pemimpin UMNO kerana sanggup bertanggungjawab jika melakukan kesalahan atau gagal melaksanakan tugas dengan meletakan jawatan. tidak seperti pemimpin UMNO, dah sah melakukan rasuah tapi masih nak jadi ketua menteri.
dan bila si setiausaha agung ini mengaitkan anwar ibrahim sebagai punca rasuah dalam UMNO berlaku, kenapa bila anwar sudah tidak lagi berada didalam UMNO dan kebanyakan orang-orang anwar pun sudah ramai meninggalkan UMNO, rasuah makin parah didalam UMNO. bukankah pak ali rustam dan pak khairy si menantu PM yang nak pencen terpaksa itu merupakan antara perasuah handalan didalam UMNO. kalau tak ada orang yang nak bagi duit masakan ada orang yang akan minta. selepas anwar dipecat, walaupun kalau ada orang yang minta tapi kalau tiada siapa yang sanggup beri maka tak berlakulah rasuah. yang penting adalah jenis pemimpin itu sendiri. apakah pemimpin itu disokong kerana wang atau kerana ketokohan yang boleh disumbangkan demi kesejahteraan rakyat.
kenapa tiada rasuah didalam parti PAS. kenapa tak seorang pun pemimpin PAS yang pernah di tangkap kerana rasuah. dah 18 tahun PAS perintah kelantan tak pernah kita dengar ada rasuah. kenapa penyokong PAS sanggup melakukan kerja-kerja parti tanpa mendapat apa-apa habuan. malah duit sendiri terpaksa dikeluarkan. tak percaya, bila ada ceramah PAS cubalah pergi. bila derma kilat dilancarkan tanpa paksaan ramai yang akan menghulurkan derma. kenapa jentera pilihanraya UMNO terpaksa digerakkan dengan wang. tanpa wang kerja tak jalan. jawapnya adalah penyokong PAS berjuang keran ALLAH. tidak mengharapkan balasan tapi hanya keredhaan ALLAH yang penting.
bila si ketua penerangan UMNO kata kerajaan pakatan bermasalah kerana tiada persefahaman, dia sepatutnya melihat kerajaan pakatan mengamalkan demokrasi yang sihat kerana semua pihak boleh secara terbuka membuat teguran atau mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing. seperti di amerika syarikat, rakyat atau ahli kongres dan senat bebas mengkritik kerajaan dan presidennya. tidak seperti UMNO, banyak pak angguk dan pengampu. bila kita ada kuasa tangan di jilat dan dicium. tapi bila dah hilang kuasa...akan dilupa dan dipinggirkan. walaupun pemimpin itu penuh dengan tuduhan yang belum dijawab atau dibersihkan. macam pakar C4 UMNO. kerana dia ada kuasa yang boleh mengawal mahkamah dan polis maka dia disanjung dan dipuji. tapi percayalah bahawa ada kuasa yang lagi tinggi dari segala kuasa diatas muka bumi ini.
air dan gula
Sibuk menanya di mana kerajaan negeri hendak mendapatkan hasil untuk menampung perbelanjaan tersebut. Satu syarikat air pun 'kulat liut' hendak menyokong cadangan kerajaan PR itu.
Tiba tiba sehari dua yang lalu ada didedahkan seorang pengerusi syarikat air mendapat gaji sebanyak 430ribu sebulan. Kalau dibahagikan 30hari maknanya gajinya adalah 14ribu sehari. EMPAT BELAS RIBU SEHARI BROTHERRRRRR...
Tu baru gaji tu. Elaun jangan cerita. Munawir yang kerja jaga tandas kat JB pun baru gaji rm500 sebulan.Setahun baru 6ribu. Kena kerja 2 tahun setengah baru dapat sama dengan sehari gaji pengerusi tu. Yang paling mengheranajaibkan kepala otak aku, bila kerajaan negeri nak ambik alih, kerajaan pusat pulak nak bayar lagi mahal.
Barang 4 ringgit kerajaan nak bayar 10 ringgit. Naik pening aku. Duit berbillion billion tu datang dari mana?? Bukan duit rakyat ke?? Kenapa dengan mudah hendak dibayar dengan harga mahal sedangkan harganya lebih murah
Sekarang selalu dicanang dalam TV ucapan Najib kerajaan membayar 670 juta sebagai subsidi untuk menampung kenaikan harga barang seperti gula dan segala barang keperluan lain. Kalau tak, najib kata gula akan naik sebanyak 43sen sekilo. Soalan satu: duit dari mana pulak Najib dapat?bukan duit hasil cukai rakyat ke? Soalan dua: kenapa harga barang naik? Kesan kenaikan kos ke? Kenapa kos naik? Sebab tol? Sebab minyak? Atau apa apa sebab lain?
Semua jawapan dan soalan terarah kepada urustadbir negara yang pincang. Sistem yang salah. Jika sesuatu barang naik selalu pengguna yang hendak diberi beban. Sedangkan orang yang paling kaya di malaysia adalah Robert Kuok. Tauke gula. Belum cukup cukup lagikah harta yang dimilki hinggakan gula terpaksa dinaikkan. Kenapa kerajaan tak cukai atas kekayaannya yang banyak hasil dari gula untuk menampung kenaikan harga gula? Atau bagi pilihan kepada banyak syarikat lain untuk menjadi saingan kepada syarikat gula yang sedia ada , sudah pasti harga gula akan turun. Bertahun tahun MAS beroperasi dengan harga mahal tetapi laporan tahunan sentiasa rugi. Air asia hanya beroperasi setahun jagung dengan harga murah dapat untung ratus ratus juta?
Sistem monopoli sentiasa akan mencekik rakyat. Jika diberi pilihan tentu akan ada persaingan harga dan persaingan servis. Masing akan berlumba lumba untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Politik negarapun tidak terkecuali. Ketika rakyat memberi kepercayaan kepada UMNO untuk memerintah negara selama setengah abad, yang diberi oleh UMNO kepada rakyat hanyalah kesempitan hidup yang semakin hari semakin menghimpit. Bila monopoli UMNO mula dipecahkan, Pakatan Rakyat mula mendapat kepercayaan dan harapan rakyat, UMNO mula menuju kehancuran.
Kini semua rakyat menantikan sinar harapan baru yang akan muncul pada PRU ke 13. Moga moga UMNO akan berkubur selamanya. Tengok ah kalu dok caye gok.