Wednesday, March 18, 2009

Bakal PM: Zaid mahu Yang di-Pertuan Agong pilih "calon rakyat"

KUALA LUMPUR Ketika tinggal beberapa hari sebelum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berharap Yang di-Pertuan Agong akan melantik pengganti yang benar-benar dapat memenuhi kehendak rakyat jelata.

"Budi bicara melantik seorang Perdana Menteri yang akan menggantikan Abdullah terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

"Walaupun Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perlembagaan diperlukan untuk melantik seorang yang memperoleh keyakinan majoriti anggota Parlimen, ia hanya satu bentuk keputusan Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Berucap pada majlis anjuran Rotary Club di sini, Zaid yang meletakkan jawatan ekoran isu syor pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tahun lalu memberitahu, tidak pernah dalam sejarah negara Yang di-Pertuan Agong diletakkan dengan tugas amat berat bagi Seri Paduka membuat keputusan berani dan yang tepat.

Tiada peruntukan perlembagaan bagi Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Presiden Umno sebagai Perdana Menteri, kata beliau.

"Terdapat anggota-anggota Parlimen daripada kalangan Ahli Parlimen Umno yang layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi membolehkan kita keluar daripada suasana yang tidak jelas," kata beliau yang juga bekas Ahli Parlimen.

Kata beliau, Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang rakyat boleh berharap tanpa sebarang kesangsian.

"Seseorang yang mereka boleh percaya dan boleh hormat. Seseorang yang tiada skandal untuk beralih daripadanya dan oleh itu memperoleh penghormatan daripada masyarakat antarabangsa," katanya.

"Ini merupakan antara suasana sukar dan perlu bersedia untuk berhadapan dengan suasana lebih buruk yang bakal dialami.

"Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyatukan negara bagi menghadapi suasana malang. Kita akan lemah jika berpecah," kata bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bharu.

Zaid telah dipecat dari Umno tahun lalu memberitahu, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang bakal menggantikan Abdullah akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Sebelum itu beliau melepaskan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota Senat.

apa kata SPRM pasal kes Ali Rustam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan siasatan ke atas calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO hari ini atas kesalahan politik wang.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat asas untuk berbuat demikian selain perlu menunggu laporan daripada lembaga tersebut.

"SPRM perlukan maklumat yang ada asas untuk kami jalankan siasatan. Setakat ini, Lembaga Disiplin UMNO tidak memberi sebarang aduan atau maklumat berkaitan kepada pihak SPRM," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPRM selepas Mohd. Ali didapati bersalah atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, di sini hari ini.

Lembaga Disiplin UMNO mendapati Mohd. Ali bersalah mengikut Perkara 10.1, Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Berikutan itu, Mohd. Ali dikenakan larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti minggu depan.

Pengerusi lembaga itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail turut mengumumkan 14 lagi anggota UMNO yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli UMNO, termasuk Naib Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin tetapi hanya diberi amaran.

pemuda cheh-

alasan SPRM kena ada aduan baru boleh mulakan siasatan. kenapa bila bertimbun aduan rasuah kes pembelian kapal selam dan sukhoi dibuat tapi masih tak mulakan siasatan??? kenapa berguni aduan rasuah bekas menteri besar selangor yang di buat sejak sebelum SPRM tukar nama masih tak di siasat??? mungkin pejabat SPRM dekat dengan pejabat PM dan TPM, sebab itulah tak boleh nak siasat...kalau nak siasat kena minta perkenan dulu....maklumlah nanti kena marah pulak. lagipun, periuk nasi kena jaga juga. silap-silap haribulan nanti kontrak tak sambung...nak kerja apa lah pulak. tambahan sekarang ini musim ramai orang kena berhenti kerja.

Politik wang : Ali Rustam dan Khairy wajib letak jawatan sebagai Wakil Rakyat!

Artikel Oleh hermansamsudeen

" Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) mendesak agar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat serta semua jawatan mereka dalam Kerajaan.

Dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn hari ini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Ali Rustam dan Khairy didapati bersalah kerana terlibat dengan politik wang bagi tujuan merebut jawatan sempena Perhimpunan Agung Pemilihan Umno tahun ini.

Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan dan Khairy pula hanya diberikan amaran dan masih boleh bertanding.

Walaupun ianya hanya melibatkan perwakilan Umno dan dalam organisasi Umno, mereka wajib letak jawatan dan melepaskan semua jawatan yang disandang sekarang dalam Kerajaan.

Ini selaras dengan tindakan Tan Sri Mohd. Isa Samad yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan Politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Politik wang adalah bahasa yang digunakan dalam Umno tapi rakyat secara keseluruhannya melihatnya sebagai rasuah. Walaupun ia dilakukan sesama ahli Umno tetapi ia juga tertakluk dibawah undang-undang negara kerana dilakukan dalam negara ini dan sekaligus menunjukan perlakuan jenayah yang wajib dibanteras.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajib bertindak dan mendakwa mereka dimahkamah kerana perbuatan mereka itu adalah satu jenayah.

Umno mempunyai Lembaga Disiplin untuk menghukum dan mendidik ahlinya, tapi mereka juga perlu patuh pada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan dan Peraturan Disiplin Umno. Selagi perbuatan itu dianggap jenayah maka tindakan undang-undang berdasarkan peruntukan dibawah kuasa SPRM wajib dilaksanakan.

SPRM tidak boleh menutup mata dan melihat itu sebagai isu dalaman Umno kerana rasuah tetap rasuah walaupun ia dilakukan sesama ahli parti sama seperti apa yang dilakukan oleh SPRM dalam pendakwaan Ketua Pemuda Umno Wilayah, Datuk Norza Zakaria yang dituduh terlibat politik wang.

Pemudawilayah juga melihat bahawa tindakan mereka itu tidak sesuai dengan taraf mereka sebagai wakil rakyat dan pemimpin dalam Kerajaan kerana jenayah itu dilakukan ketika mereka memegang amanah rakyat. Jika dalam pemilihan parti pun mereka boleh berlaku curang dan tidak amanah, apakah jaminan bahawa mereka boleh menunaikan amanah rakyat melalui jawatan yang disandang sekarang tanpa sebarang penyelewengan.

Oleh itu mereka wajib meletakkan semua jawatan yang disandang untuk memberikan laluan buat rakyat memilih pemimpin yang lebih bersih dari mereka.

Pemudawilayah bertegas untuk mendesak mereka letak jawatan. Sekiranya mereka enggan, Perdana Menteri wajib memecat mereka bagi menjaga nama baik kepimpinan negara ini.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

Tuesday, March 17, 2009

memang UMNO parti rasuah

keputusan telah dibuat oleh lembaga disiplin UMNO. ada yang bersalah kerana terlibat politik wang(sebenarnya rasuah) tapi hukumannya lain-lain. ada yang tak dibenarkan bertanding, ada yang boleh bertanding dan ada yang kena gantung keahlian dan tak boleh bertanding. pokoknya, kalau dah bersalah kerana terlibat dengan rasuah, kenapa masih ada yang hanya di beri amaran. semua orang tahu rasuah itu salah dari segi undang-undang UMNO mahupun undang-undang negara. tapi bagi orang UMNO kalau melakukan rasuah dalam parti semasa berkempen tidak dikira bersalah disisi undang-undang SPRM. tak tahu lah definasi rasuah dalam UMNO macamana, sebab rasuah dalam UMNO pihak SPRM tak boleh bertindak. kalau bersalah pun hanya lembaga disiplin UMNO saja yang boleh siasat dan jatuh hukumannya.

semua sudah tahu salah seorang yang bersalah tu adalah ketua menteri negeri hang tuah. tak tahu lah lepas ni ketua menteri ini akan masih jadi ketua menteri atau akan diarah supaya meletak jawatan seperti menteri besar perak kerana alasannya tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. sebab kalau nak ikutkan kesalahan rasuah ni, memang berat, tambahan pula yang melakukannya seorang ketua menteri. apakah orang melaka sanggup berketuakan seorang yang mengamalkan rasuah. atau mungkin orang UMNO memang jenis yang suka mempunyai ketua yang kaki rasuah.

yang bersalah tapi hanya diberi amaran dan masih boleh bertanding, apakah masih ada orang yang nak kan seorang pemimpin yang macam ni. apakah boleh dipastikan selepas pemimpin jenis ini dipilih perkara jijik ini tak akan berulang. atau benar seperti kata mahathir orang UMNO mudah lupa. lepas dapat habuan akan lupa segala-galanya.

tapi orang-orang UMNO ni tak fikir semua tu. yang penting bagi mereka hanyalah wang. waktu pemilihan inilah masanya untuk penyokong-penyokong membuat duit. ada yang akan diberi tunai dan ada yang dijanjikan projek. bagi pihak yang bertanding yang penting hanyalah untuk menang kerana dengan jawatan itu nanti mereka akan dapat membuat kekayaan yang lebih lagi. kalau tak percaya lantiklah juru audit bertauliah dan cuba periksa kekayaan pemimpin-pemimpin UMNO dari ketua bahagian hinggalah kepada presiden nya.

wahai orang-orang UMNO...nak tunggu apa lagi....berubah lah..terutama yang jadi ahli-ahli biasa..apa yang anda dapat dengan mendokong parti yang penuh dengan rasuah ini? apa yang anda dapat dengan memilih perasuah menjadi pemimpin anda? pemimpin yang hanya tunjuk muka waktu pilihanraya dan pemilihan parti. pemimpin yang hanya perlukan anda diwaktu untuk dapatkan kuasa. bila dah dapat kuasa digunakan untuk membuat kekayaan untuk diri sendiri dan kroni. apa yang anda dapat? berubahlah......

Esok mesyuarat Lembaga Disiplin Umno, apa khabar orang Melaka?


PEMILIHAN pucuk pimpinan Umno semakin panas. Semakin hampir hari pengundian, semakin terasa bahangnya. Panas bukan hanya kerana saingan antara calon semakin sengit tetapi dek kerana ada usaha oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menyingkir calon-calon tertentu lebih awal, sebelum proses pemilihan diadakan.

Bermula dengan pendakwaan terhadap Dato' Norza Zakaria, calon ahli Majlis Tertinggi yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan dalam pemilihan parti.

Ketika kes Norza masih panas, kepanasan dalam Umno kemudiannya berpindah kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijalankan ke atas Dato' Azalina Othman Said atas tuduhan rasuah politik dan salah guna kuasa dalam kementerian itu.

Kedua-dua mereka ini, Norza dan Azalina mengikut pandangan beberapa penganalisa politik adalah 'kambing hitam' untuk membolehkan Umno dilihat sedang melakukan reformasi dalam parti dan juga sebagai salah satu cara bakal Presidennya, Dato' Seri Najib Tun Razak agar dilihat sebagai pemimpin yang bersih dan calon-calon yang dipilih kelak merupakan mereka yang bebas daripada rasuah.

Kemudiannya sudah kedengaran terdapat lebih 20 calon yang bertanding pada pemilihan Umno kali ini dijangka menemui Jawatankuasa Disiplin parti dalam masa terdekat, dipercayai berhubung kes salah laku kempen dan politik wang. Umno kali ini mahu dilihat serius mahu membersihkan parti daripada mereka yang rasuah.

Khabarnya yang bakal menjadi mangsa hingga tidak layak bertanding dan digantung keahlian terdiri daripada Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan tetapi ini topik hangat yang diperkatakan di internet dan juga di cafe-cafe mewah.

Pembersihan orang Abdullah

Umno mahu kesemua kes politik wang diselesaikan sebelum pemilihan yang akan berlangsung 25 dan 26 Mac ini. Tindakan ini dilihat seperti menurut kehendak sesetengah pihak yang telah mengarahkan pihak lain membuat sidang media akan mengambil injuksi mahkamah jika Umno tidak menyelesaikan kesemua kes politik wang yang telah dilaporkan sebelum ini.

Dato' Kadar Shah Tan Sri Sulaiman Ninam Shah dan Dato' Mazlan Harun yang baru-baru ini membuat sidang media mengumumkan akan mengambil injuksi mahkamah jika kesemua kes politik wang dalam Umno tidak diselesaikan sebelum pemilihan parti tersebut diadakan.

Ada pihak yang melihat mereka berdua ini diarahkan oleh satu pihak lain untuk membuat kenyataan tersebut agar mudah bagi pihak lain tersebut 'membersihkan orang Abdullah' daripada Umno.

Apa yang cuba dilakukan oleh Lembaga Displin Umno dan SPRM dilihat sebagai usaha untuk 'membersihkan orang Abdullah' dalam barisan kepimpinan parti tersebut. Pembersihan 'orang Abdullah' perlu dilakukan untuk memudahkan Najib menjalankan tugas beliau mengikut arahan mentornya, Tun Dr Mahathir Muhammad.

'Pembersihan' itu juga merupakan satu tindakan untuk memastikan kabinet Najib tidak dibarisi oleh perasuah. Ia bersesuaian dengan kehendak Mahathir yang sebelum ini membuat kenyataan Najib "akan menjerat lehernya sendiri" jika beliau melantik pemimpin yang rasuah menganggotai kabinet barunya nanti.

"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.

"Jadi apabila Najib menjadi PM dan beliau melantik orang ini, maka seperti yang telah saya katakan, beliau menjerat lehernya sendiri kerana beliau akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan datang," kata bapa Mukhriz salah seorang calon Ketua Pemuda Umno.

Kerana itu, beliau menasihati Najib supaya memastikan barisan kabinet terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah.

Mahathir baiki imej Najib

Apa yang dilakukan oleh Mahathir itu juga harus dibaca bahawa beliau sedang berkempen supaya rakyat menyokong Najib dan Mukhriz. Mahathir melakukan reverse psikologi dengan cara dilihat seperti mengkritik Najib tetapi sebenarnya sedang berusaha untuk membina imej calon pilihan beliau itu.

Mahathir perlu melakukan perkara tersebut untuk membantu Najib agar turut dilihat bersih seperti mana Abdullah yang dilihat bersih sebelum dan ketika baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Malah Mahathir sendiri sebelum menjadi Perdana Menteri dan ketika tahun pertama memegang jawatan tersebut dilihat bersih.

Malangnya bagi Najib kerana sejak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi beliau sudah dikaitkan dengan pelbagai skandal. Lebih malang lagi kerana Najib tidak pernah dibersihkan oleh mana-mana mahkamah biarpun beliau tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah.

Apa pun keputusannya bergantung kepada keputusan mesyuarat Lembaga Disiplin Umno yang dijangka akan diadakan esok. Mesyuarat tersebut menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.

Menjelang petang esok tentunya calon-calon yang namanya menjadi bualan sejak seminggu lalu tidak senang duduk mengenangkan nasib diri yang kini ditentukan oleh Lembaga Displin parti. Apakah 'pelaburan' yang telah dibuat selama ini akan berbaloi atau bakal lenyap bila diambil tindakan.

Mereka yang kepanasan dan tidak senang duduk sudah tentu mengharapkan ada rakan-rakan atau penyokong-penyokong akan menghubungi dan bertanya khabar. _

Ali Rustam digantung?

KUALA LUMPUR 16 Mac – Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam disebut-sebut antara pemimpin kanan UMNO yang bakal dikenakan tindakan atas kesalahan politik wang pada mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO, esok.

Difahamkan Lembaga Disiplin mungkin akan mencadangkan agar Mohd. Ali, yang juga Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden UMNO digantung keahlian setahun atau tiga tahun.

Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar pukul 4 petang esok di ibu pejabat UMNO di sini selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun Mohd. Ali yang ditemui pemberita pada majlis pertemuan calon Majlis Tertinggi (MT) dan perwakilan di Hotel Bluewave, Shah Alam malam ini, tetap enggan mengulas perkara tersebut.

“Tanyalah Lembaga Disiplin,” katanya sambil menjelaskan pertemuannya dengan ketua-ketua UMNO bahagian di Melaka esok tiada kaitan dengan desas-desus tindakan Lembaga Disiplin itu.

Menurut beliau, pertemuan itu bagi membincangkan persiapan ke Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini.

Ditanya pula jika salah seorang calon Timbalan Presiden yang bakal dikenakan tindakan itu adalah dirinya, Mohd. Ali berkata: “Tak ada... tak ada, kerana itu saya datang (ke majlis bertemu perwakilan malam ini).”

Selain Mohd. Ali, turut bertanding merebut jawatan yang sama ialah Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, sumber dalaman mengesahkan bahawa ahli-ahli Lembaga Disiplin telah membuat siasatan dan memanggil beberapa pemimpin kanan UMNO untuk memberi penjelasan terhadap pembabitan mereka dalam politik wang dan pelbagai kesalahan minggu lalu.

‘‘Ahli-ahli Lembaga Disiplin telah membuat cadangan agar beberapa pemimpin kanan parti yang akan bertanding jawatan tertinggi sama ada digantung ataupun dilarang bertanding dalam pemilihan UMNO pada 25 dan 26 Mac ini,’’ katanya ketika dihubungi.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan mengenai beberapa pemimpin kanan UMNO dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti berhubung kesalahan politik wang.

Desas-desus mengaitkan beberapa calon jawatan tertinggi UMNO diarah berbuat demikian mula tersebar luas sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun beberapa pemimpin parti termasuk calon Timbalan Presiden mengambil sikap ‘membisu’ ketika ditanya kesahihan desas-desus tersebut.

Tengku Ahmad Rithauddeen pula ketika diminta mengesahkan tentang adanya calon jawatan tertinggi dipanggil memberi keterangan bertegas, walau apa pun keadaan, beliau tetap tidak akan membuat sebarang ulasan.

Beberapa lagi anggota Lembaga Disiplin yang cuba dihubungi turut mengelak daripada berbuat demikian.

Pada mesyuaratnya esok, Lembaga Disiplin turut dijangka mencadangkan pemimpin yang telah didakwa di mahkamah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenakan tindakan hilang hak bertanding.

Sumber dalaman itu menambah, Lembaga Disiplin juga telah memutuskan untuk menarik hak bertanding pemimpin-pemimpin yang disiasat oleh SPRM kerana terlibat dalam politik wang.

Dalam pada itu, di Shah Alam, calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo tidak mengiya atau menidakkan desas-desus beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin.

Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia, enggan mengulas perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk mengumumkannya.


Monday, March 16, 2009

Ancaman Dari Monggolia rupanya kerja ahli UMNO

Artikel Oleh dewa

" Najib yang menghitung hari pertabalannya sebagai PM kini berdepan dengan pelbagai ancaman. Ancaman dari gunung iaitu penentangan PAS merupakan ancaman lama yang kurang digeruni. Ancaman dari Anwar juga bukanlah ancaman besar berikutan sikap politik bersih Anwar yang tidak menggunakan kaedah keji dalam berpolitik dan lebih selesa dengan kaedah defensif. Penganalisis politik mendapati bahawa ancaman terbesar Najib ialah ANCAMAN DARI MONGGOLIA dan artikel ini menganalisa betapa musuh Najib dalam UMNO mendalangi usaha menjatuhkan Najib dalam isu ini.

Terdapat banyak fakta yang menunjukkan bahawa isu Monggolia ini sebenarnya digunakan oleh ahli UMNO sendiri untuk menjatuhkan Najib:

1. Rosmah enggan menyaman Raja Petra sekalipun pelbagai tuduhan dibuat untuk mengelakkan kontroversi. Tindakan pendakwaraya yang mendakwa Raja Petra sebelum pemilihan agung UMNO memsensasikan dakwaan Raja Petra dan menjejaskan imej Najib.

2. Tindakan mendakwa Razak Baginda separuh jalan lalu membebaskannya TANPA PERLU MEMBELA DIRI membawa persepsi kepada rakyat bahawa Najib memang terlibat. Kalau memang tiada kes langsung, mengapa perlu dakwa? Kalau ada kes, mengapa tak perlu bela diri?

3. Sikap Pak Lah, KJ dan penyokong mereka yang berteka-teki dalam isu tarikh peralihan kuasa menguatkan sangkaan bahawa Najib tidak akan menjadi PM.

4. Pak Lah setiap kali ditanya akan berkata bahawa pelan peralihan kuasa berjalan lancar. Teapi Pak Lah juga ada berkata bahawa Pak Lah sebenarnya mahu menjadi PM dua penggal kerana rancangannya memerlukan dua penggal untuk dilaksanakan. Pak Lah ditekan untuk melepaskan kuasa.

5. Akhbar utama Perancis mendedahkan secara terperinci kaitan Najib dan pembunuhan Altantuya.

Ramai percaya ahli UMNO yang anti-Najib sendiri berperanan menyebarkan isu Monggolia ini..

Dipercayai, sebelum penabalan NAjib sebagai PM, akan ada beberapa pendedahan gempar yang baru. Sebagai contoh, sekiranya 2 orang yang sedang dituduh di mahkamah atas pembunuhan Altantuya mengatakan bahawa mereka diarahkan oleh Najib, kareer Najib pasti terjejas.

Walau bagaimanapun, Najib terkenal dengan kebolehan menghilangkan orang dalam masa 24 jam lalu muncul semula dengan Statutory Declaration yang menafikan semua pendedahan sebelum ini, seperti dalam kes Bala.

Yang saya khuatir, ancaman dari Monggolia yang mungkin datang dari keluarga mangsa yang mungkin meletakkan undang-undang di tangan sendiri. Kalau anak saya yang kena bom, dan mahkamah nampak berat sebelah, saya pun mungkin akan mempertimbangkan kaedah lain..

Jadi, Najib akan menjadi PM Malaysia yang memerlukan sekuriti yang paling tinggi dalam sejarah...

Adun Pakatan Rakyat gesa SPRM siasat semua tuduhan rasuah


SHAH ALAM, 16 Mac (Hrkh) - Adun Pakatan Rakyat sebulat suara menyokong usul Meru, Dr Rani Osman yang menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua tuduhan rasuah dan salahguna kuasa yang serius tanpa memikirkan merit bagi membuktikan SPRM sebagai badan bebas.

Dalam usul tersebut beliau menegaskan amalan rasuah boleh melemahkan sistem demokrasi dan ia merupakan virus berbahaya yang mampu merampas jati diri masyarakat.

Pada mulanya kata beliau, rakyat berkeyakinan dengan penjenamaan SPRM yang sebelum ini Biro Siasatan Negara (BSN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menjadi lebih telus, cekap, bebas dan berkuasa.

Bagaimanapun, katanya, rakyat tertipu apabila satu demi satu penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dilaporkan kepada SPRM tidak sedikit pun diambil tindakan.

"SPRM yang dilihat lebih berkuasa hanya menjalankan dakwaan terpilih dan terbukti apabila ada laporan rasuah melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat mereka cepat bertindak dan `menikus' apabila melibatkan pimpinan Umno/BN," katanya.

Contoh kata beliau, dalam kes pemberian 46 ekor lembu dan kereta Lexcus milik Menteri Besar SPRM bertindak pantas malah telah menjatuhkan hukuman mendahului Peguam Negara.

Beliau mempersoalkan bagaimana hukuman boleh dijatuhkan sedangkan laporan baru siasatan baru hendak diserahkan kepada Peguam Negara.

"Apakah Pengerusi SPRM mahu mempengaruhi keputusan Peguam Negara sedangkan dalam masa yang sama laporan rasuah yang dilakukan oleh Umno banyak yang tertunggak bertahun-tahun," tegasnya.

SPRM juga digesa meneliti semula kes-kes rasuah yang membabitkan pemimpin Umno Johor yang cuba merasuah calon PAS dalam pilihan raya 2004.

Walaupun sudah lima tahun katanya, kes itu berlaku namun tiada sebarang tindakan yang diambil sedangkan pengadu telah menyerahkan semua bukti.

Begitu juga tuduhan rasuah membabitkan Ketua Umno Kota Tinggi (Dato' Syed Hamid Albar) menerusi akuan bersumpah seorang pemimpin Umno Cawangan tetapi sehingga sekarang masih tiada jawapan.

Menurut beliau, rakyat dikejutkan dengan berita seorang pegawai kanan SPRM (superintendan) yang dipercayai menerima sogokan kewangan daripada seorang usahawan sebagai ganjaran untuk mengertak rakan perniagaannya.

"Inilah yang dikatakan `harapkan pagar, pagar makan padi'," tegas beliau.

Beliau simpati dengan rakyat dan sesetengah ahli Umno di mana Ketua Umno Bahagian Muar, Dato' Kadar Shah Tun Sulaiman Ninamshah dan mantan exco Pemuda Umno Malaysia, Dato' Mazlan Harun cuba membersihkan integriti negara dan Umno yang mendapat lebih 1000 laporan rasuah.

Namun katanya, tidak ada sebarang tindakan konkrit daripada SPRM atau Lembaga Displin Umno.

Sehubungan itu tegas beliau, SPRM merupakan satu institusi terbaru yang diperalatkan dan diperkudakan oleh Umno/BN untuk menggugat kestabilan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat berbilang kaum.

Usul tersebut disokong oleh kg Tunku (DAP)-Lau Weng Sang yang menegaskan SPRM satu badan yang tidak berfungsi kerana hanya mengheret beberapa rakyat bawahan sedangkan pimpinan besar dalam Umno/BN masih aktif menjalankan rasuah.

Beliau berkata, ketika Adun Bota Dato' Nasharuddin Hasim keluar Umno dan masuk KeADILan SPRM terus mengeluarkan kenyataan akan menyiasat sama ada terlibat dengan unsur politik wang.

"Tidak sampai seminggu Nasharuddin masuk semula Umno, SPRM tidak membuat sebarang komen," tegasnya.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungib turut menyokong usul tersebut dan berharap SPRM perlu menyiasat daripada mana arahan dibuat untuk melambat-lambatkan pengumuman keputusan pilihan raya pada 8 Mac untuk DUN Hulu Kelang, Batu Caves dan Bukit Antarabangsa.

Ini kerana katanya, keputusan itu dijanjikan akan diumumkan antara jam 8 hingga 10 malam tetapi terpaksa pengundi dan calon di DUN tersebut terpaksa menunggu sehingga jam 4 pagi.

Beliau turut mendesak Lembaga Zakat Selangor perlu disiasat kerana telah memindahkan wang berjuta-juta ringgit yang tidak diagihkan pada 11 disember 2008 di bawah MAA takaful.

Begitu juga dengan laporan penyata kewangan berakhir 31 disember 2007 di bawah tajuk pilihan raya Ijok berjumlah RM149,160 telah diaudit di bawah Majlis Berkuasa Tempatan (PBT).

Beliau turut menyentuh bekas Pengerusi PKNS yang menggunakan kuasa dan pengaruh mendapatkan lot banglo di Bandar Baru Bangi dengan diskaun lima peratus.

Menurut beliau, bekas Menteri Besar (Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo) telah meluluskan konsesi membekalkan paip untuk Jabatan Bekalan Air Selangor sebelum menjadi PUAS oleh syarikat yang dinaungi Naib Ketua Umno Tanjong Karang.

Tambah beliau, Khir juga telah mengarahkan Pengarah JKR menyerahkan projek untuk pembinaan jalan ke Sabak Bernam, kem wataniah dan kuartes SUK di Shah Alam.

Usul yang dibentangkan petang tadi turut disokong oleh Adun Pandamaran (DAP)-Ronnie Liu; Seri Setia (KeADILan)-Nik Nazmi Nik Ahmad; Batu Caves (KeADILan)-Amiruddin Shari dan Kajang (DAP)- Lee Khim Sin. _

Gambar Kontroversi

gambar : Perakdaily
.
Kebetulan pada pagi ini saya terbuka blog Perakdaily dan menemui sebuah gambar yang mengelirukan saya. Saya yakin gambar ini memberi satu makna yang mendalam dan berpotensi besar menjadi kontroversi. Saya juga yakin, bahawa gambar ini tidak diedit dengan menggunakan Adobe Photoshop atau apa sahaja software. Hanya perlu menangkap gambar dari tempat asal. Perhatikan dengan hati yang terbuka, kemudian berilah komen anda sebanyak mungkin.


Adakah UMNO akan terkubur? Maksud tersirat daripada gambar ini sangat mendalam.

Sejak kudeta politik di Perak terus gelora - Dato' Fauzi


BESUT, 16 Mac (Hrkh) - Impian rakyat Perak mahu sebuah kerajaan yang stabil kini hanya tinggal angan-angan setelah kudeta dibiarkan berlaku di negeri tersebut pada 5 Febuari lalu.

Sejak tempoh itu suasana aman yang mereka nikmati sebelum ini menjadi semakin rapuh apabila kerajaan sah dipilih rakyat ditumbangkan melalui rampasan kuasa.

Ketua Perhubungan KeADILan Pahang, Dato� Fauzi Abdul Rahman berkata, sejak peristiwa hitam itu suasana tenang seperti dinikmati sebelum itu tidak lagi wujud.

"Biar pun Timbalan Perdana Menteri, Dato� Seri Najib Razak mendakwa keadaan politik negeri Perak kini stabil di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

"Kenyataan itu merupakan satu pembohongan, macam mana hendak dikatakan stabil kerana kedudukan Adun Pakatan Rakyat dan BN sama banyak iaitu 28 kerusi," katanya satu program ceramah di Kampung Tok Sabuh di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, BN tidak mampu untuk bergantung kepada tiga bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat memandangkan Speaker telah mengisytiharkan kerusi tersebut kosong berdasar kepada surat akujanji yang mereka tandatangani sendiri.

"Manakala Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam lagi anggota Exco kerajaan yang baru dilantik selepas rampasan kuasa telah digantung menghadiri persidangan Dewan," katanya.

Malah kata beliau berjayakah BN mengemukakan undi tidak percaya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar kerana ia perlu mendapat kelulusan Speaker terlebih dahulu.

Oleh itu, katanya sampai bila pun masalah politik di Perak tidak akan selesai.

Fauzi yang juga bekas anggota Parlimen Kuantan menyifatkan ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat parti sebagai manusia yang tiada prinsip.

Beliau juga berkata, tindakan Perdana Menteri, Dato' Abdullah Ahmad Badawi menaikkan minyak sehingga hampir 80 sen seliter tahun lepas merupakan suatu kesilapan besar apabila harga barangan tidak turun biar pun harga minyak sudah kembali ke paras asal.

Menurut kesilapan tersebut mengundang padahnya sekarang apabila harga barangan keperluan harian tetap mahal biar pun harga minyak sudah diturunkan.

"Kerajaan pada masa itu boleh mengekalkan harga minyak dengan menggunakan �sebahagian daripada keuntungan diperolehi Petronas iaitu sebanyak RM2.5 bilion sebagai subsidi.

"Dan lebih melucukan pula kerajaan terpaksa menanggung rebet tunai kepada pemilik kenderaan sehingga melibatkan peruntukan hampir RM8 billion jauh mengatasi jumlah subsidi yang ditarik balik," ujarnya

Kadang-kadang betul juga kata Mahathir....

Artikel Oleh Zul Mamak

 Sekali imbas, Dr Mahathir semacam menegur Najib: Kalau hang lantik ahli kabinet yang rasuah, aku akan jatuhkan hang! Begitulah lebih kurang bunyinya. Tapi kalau dihalusi membayangkan bahawa dia sangat sayang kepada Najib.
Dia sayang kepada Najib dan sebab itu dia tak tegur kesilapan-kesilapan Najib secara personal. Mahathir semacam tak tahu bahawa rakyat dah "menyampah" kat Najib ni. Apabila Najib dilantik untuk menjadi Pengarah Pilihanraya BN dalam PRU-12, rakyat ambil 5 Negeri dari BN, dan sapu hampir bersih di WP, dan hanya kekurangan 4 kerusi di Negeri Sembilan.


Kenapa? Rakyat menyampah kepada Najib, kenapa? Najib dikaitkan dengan bermacam-macam skandal yang tidak dapat dikikis dari pandangan rakyat. Rakyat tidak mahu pemimpin yang dikaitkan dengan begitu banyak skandal.
Mari pulak Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, Najib lagi menjadi Pengarah Pilihanraya BN. Rakyat tolak Najib langsung BN, menjadi mangsa calon-calon BN kerana rakyat tolak Najib.
Ni nak datang pulak, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Kalau Najib juga menjadi Pengarah Pilihanrayanya, rakyat akan tolak juga calon-calon BN, kenapa? Kerana Rakyat menyampah kepada Najib.
Najib sudah menjadi beban Negara. Rakyat banyak menyampah kepadanya, tetapi UMNO ambik orang macam ni, apa nak buat? Makin kelabu asap BN akhirnya!
Mahathir kata Najib bagus dari segi pentadbiran, tapi tak tau politik, dia naik kerana nama ayahnya yang disanjung. Balik-balik dari England, dia diangkat dari atas; dia tak tahu politik akar umbi, kerana dia tak datang dari akar umbi.
Betul. Najib masuk politik kerana sanjungan UMNO kepada ayahnya. Najib mana pernah berpolitik sebelum itu? Mana pernah dia berhujan dan berpanas kerana politik? Mana pernah dia berjuang dari peringkat bawah? Mana dia tau tentang kemiskinan, penderitaan, dan kesusahan?
Najib bermain dengan cara politik orang kaya, yang dia tahu ayahnya PM, dia belajar dari kecil hingga ke universiti di England, tak pernah susah, tak pernah merasakan kepedihan hidup, tak serupa dengan ayahnya yang bergerak dari bawah, yang berkempen dari kampong ke kampong, dari bendang ke bendang, menyusun rakyat jelata untuk memperjuangkan hak mereka dan memerdekakan tanahair.
Najib? Dari anak orang senang (PM) belajar di England dengan serba benda cukup, hidup mewah, balik ke Pekan terus jadi Wakil Rakyat.
Bila dah jadi orang besar, macam-macam skandal dikaitkan dengan dirinya, tapi dia semacam ada kekebalan. Tak pernah polis dan sprm nak siasat! Tak apalah, kamu ada kuasa, tunggulah kalau tak didunia, kamu akan diadili di akhirat!
Malang sungguhlah bagi Malaysia. Skandal kes Altantuya sudah menjadi kritikan dunia apabila surat khabar Perancis mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib. Jadi kenapa Najib tidak mahu kes ini disiasat secara profesional. Kalau tak terlibat, apa nak ditakutkan? Tapi nak harap pdrm siasat, siapa nak percaya lagi, kes Kugan dan Bala sudah membuktikan! Kalau nak siasat kena ambil penyiasat peringkat antarabangsa yang benar-benar berkecuali.
Kalau siasatan seumpama ini dijalankan, dan kalau siasatan itu kata Najib tak terlibat, aku bersumpah akan mempertahankan Najib dari segi kes Altantuya ini, tetapi selagi ini tidak dilakukan, aku tetap akan usik Najib ini, bukan kerana aku benci dia, tapi aku tak mahu orang yang berskandal duduk sebagai orang No. 1 Negara.
Sesunggunya, aku pernah bertugas dibawah Tun Razak selepas bertugas dibawah Tunku Abdul Rahman. Aku tau jugalah sedikit sebanyak latar belakang Tun Razak dan keluarganya walaupun keluarganya tak tau aku! Aku kadang-kadang bertugas di Seri Taman, termasuk Sabtu dan Ahad, dan bertugas juga di Parlimen (siapa tak kenal Tun Razak, manusia besi didalam menjalankan tugas-tugas Negara, dia semacam tak tahu letih dan tak tahu rehat!).
Mahathir terus melontarkan anggapan sinis terhadap Abdullah, dia semacam tak percaya bahawa Abdullah akan melepaskan jawatan PM apabila jawatan Presiden UMNO terlucut darinya. Kan Dollah dah jumpa Anwar. Entah apa-apa yang dibincangkan oleh mereka berdua tu?
Kalau Dollah tak nak lepaskan jawatan PM, mana ada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kata PM tu mesti datangnya dari Presiden UMNO? PM adalah seorang wakil Parlimen yang mendapat sokongan majoriti dari wakil-wakil Parlimen, apa kata kalau sebahagian dari ahli Parlimen BN sokong Pak Lah dan kesemua ahli-ahli Parlimen Pembangkang sokong Pak Lah? Najib tak boleh jadi PM! Betul juga kata Mahathir tu, harap-harap kata Mahathir tu menjadi kenyataan!
Mahthir juga cakap fasal Raja. Dia kata BN terlalu gopoh di Perak, tak ikut saluran yang betul, tak ikut undang-undang, dan katanya kalau Raja boleh gugurkan seorang PM atau MB, maka susahlah politik kita. Kenapa susah? Politik ni adalah hak rakyat, dan rakyatlah yang menentukan kehendak politik mereka.
Nampaknya, Mahathir tetap mempertahankan Pindaan Perlembagaan yang dibuat oleh UMNO semasa pentadbirannya, bahawa Raja kena ikut Perlembagaan dan Undang-Undang. No one is above the law!
Annuar Musa dari Kelantan mahu Kuasa dan Imuniti Raja dikembalikan semula seperti juga ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongress PKR di Shah Alam dulu. Nampaknya unjuran Anwar sudah mula diterima oleh UMNO. PKR yang difitnah sebagai "menderhaka" oleh gerombolan bodoh dari UMNO, rupa-rupanya membela Raja, tetapi UMNO yang menolak kuasa Raja.
So, apamacam Mahathir. Hang dah tolak kuasa dan imuniti Raja dengan gerombolan UMNO hang dulu, adakah Najib akan mengembalikan Kuasa dan Imuniti Raja? Kalau Najib kembalikan Kuasa dan Imuniti Raja bermakna Najib tolak hang lah Mahathir, dan Najib ikut cakap Anwar!
Kita tengoklah perkembangan seterusnya, tapi aku tetap tolak Najib!

Dakwaan Kes Menghina Sultan "Double Standard", Ahli UMNO Tidak Di Dakwa

Artikel Oleh addin_77

"
Maka hebohlah didedahkan dalam media arus perdana tentang enam orang individu telah didakwa oleh mahkamah atas tuduhan menghina Sultan Perak.

Kami begitu simpati dengan nasib serta apa yang berlaku kepada kesemua yang terbabit. Bagi kami inilah bukti bahawa apa sahaja boleh dilakukan bila "kuasa ada ditangan mereka".


Kesemua mereka yang terbabit ditangkap di seluruh negara oleh pihak polis setelah segala penyiasatan selesai dilakukan. Kesalahan mereka ialah memberi komentar yang melampau terhadap Sultan Perak terhadap insiden "rampasan kuasa" yang berlaku di negeri itu baru-baru ini.

Bagi kami, kesemua yang tertuduh tidak harus dipersalahkan kerana mereka menulis komen terbabit dalam keadaan emosi berlandaskan kepada isu yang berlaku. Soalnya, siapakah yang menimbulkan isu yang menyebabkan rakyat "derhaka" dan "menghina Sultan" Perak itu?.

Bukankah ia dek kerana tindakan "rampasan kuasa" yang didalangi oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Sepatutnya pemimpin UMNO negeri Perak yang harus dipersalahkan. Ini kerana insiden itu bermula selepas Najib Razak mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri daripada Tajol Rosli.

Jika tidak, sudah pasti isu rampasan kuasa tidak berlaku dan tiada rakyat atau individu yang akan menghina Sultan Perak, baik secara berhadapan mahu pun menerusi penulisan.

Mereka yang dituduh itu ialah Azrin Mohd Zain, 33, didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana "mengandungi isu kandungan sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menggugut atau mengganggu".

Selain daripada beliau turut didakwa di mahkamah yang sama ialah Muslim Ahmad yang tidak mengaku bersalah dan mahu dibicarakan. Sementara itu di Mahkamah Sesyen Butterworth, dua orang dihadapkan di mahkamah atas tuduhan yang sama.

Mereka ialah Chan Hon Keong dan Khoo Hui Shuang. Manakala itu di Sabah pula, seorang pemilik kedai telefon iaitu Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Manakala di Petaling Jaya juga, seorang juru ukur tanah Nor Hisham Osman, 36, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak. Hanya seorang sahaja yang mengaku bersalah dalam kes ini, sebaliknya kesemua yang lain mahu dibicarakan oleh mahkamah dan dibenarkan ikat jamin.

Sususlan daripada itu, kami melihat bahawa jika alasan menghina Sultan Perak digunakan sebagai asas pertuduhan dalam kes ini, maka apa bezanya dengan indidiviu yang memmbentangkan kain rentang "Kami Ndak Idris Natang" yang ditujukan kepada Sultan Trengganu yang juga merupakan Yang Di Pertuan Agong dulu.

Bahkan ia telah disiarkan oleh media arus perdana ketika itu. Kenapa kes itu terus menyepi tanpa sebarang berita. Bahkan, hingga ke saat ini kita tidak mendengar pihak polis begitu cepat menangkap dan mnyiasat seterusnya mendakwa mereka yang terbabit ke mahkamah. Begitu juga dengan bekas MB Trengganu (Idris Jusoh) dan MB Perlis (Shahidan Kassim) yang secara jelas menghina Sultan masing-masing apabila memprtikaikan watikah perlantikan MB oleh Sultan dan menerima pula watikah yang dibuat oleh Perdana Menteri dulu.

Kes ini jug sepatutnya boleh dituduh dan didakwa atas kesalahan menghina sultan?. Namun kenapa mereka semua ini terlepas dari hukuman? Hanya kerana mereka dalah ahli UMNO dan menyokong kerajaan yang memerintah maka akhirnya mereka terselamat dari segala pertuduhan biarpun semua bukti lengkap sudah disediakan.

Sumber:Pahangdaily

Sunday, March 15, 2009

Dr M says Perak grab unlawful

KUALA LUMPUR, March 14 — More than a month after Barisan Nasional ousted Pakatan Rakyat from Perak, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today said the takeover was not done according to the law.

He said mistakes, bad strategy and carelessness in the Feb 5 power grab, orchestrated by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had led to the current crisis in the state.

"You cannot topple a menteri besar or a prime minister without a no-confidence vote in the assembly. There is no other provision," he said at a function organised by Mubarak, the association for former elected representatives.

"Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar," he said, referring to Sultan Azlan Shah's decision to ask Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign.

"As far as I know, there is no such provision in the Perak or Federal Constitution," he said.

Dr Mahathir said that BN should have done it properly and not "be in conflict with the law" as the courts may now rule that the Sultan has no right to sack a menteri besar.

He added that a Sultan could only reject a candidate for one of his choice after an election but even this candidate could be defeated in the assembly by a vote.

The veteran politician said BN should have "followed the laws of the country, especially the constitution."

"Because this may be in conflict with the law, we find that people will not comply. Because we started on the wrong foot, people are now against us," said Dr Mahathir, who quit Umno last year in a long-running feud with his successor Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

The Perak power grab is now mired in a series of lawsuits, with both sides claiming to be the legitimate government.

Six people have also been charged with insulting the Perak Ruler after he backed BN to govern the state. One has pleaded guilty and was fined RM10,000 yesterday while five others claimed trial.

Umno has said those who opposed the Sultan's decision are committing treason.



Tiada pembangunan 'Mee Segera' di Bukit Gantang - DS Najib

Artikel Pendek Oleh amizie

" Dalam berita jam 8.00 malam (14/3/09) ditayangkan slot Datuk Seri Najib mengumumkan Ismail Saffian sebagai calon BN bagi parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil pada 7 April ini.

Dalam ucapan yang dibuat beliau, antara lain nya menyentuh tentang pembangunan 'mee segera' yang selalu nya dijalankan oleh BN apabila ada pilihanraya kecil, tidak akan di lakukan lagi pada kali ini.

Makna nya sebelum hari mengundi, pada kali ini tidak ada lagi kerja-kerja turap jalan, rasmi itu dan ini. Oleh itu kata beliau, jika pengundi Bukit Gantang memberi mandat pada calun BN, kita akan membangun kan Bukit Gantang (lebih kurang begitu lah maksud nya).


Mengapa Datuk Seri Najib kata demikian?. Pada pandangan aku ialah :

1. UMNO/BN pada umum nya tidak yakin akan menang di Bukit Gantang. Oleh kerana itu tak payah lah nak susah payah di lambak kan pembangunan di sana. Lambakan pembangunan bermakna lambakan wang.

2. UMNO/BN memang sudah kekurangan dana untuk pilihanraya. Dah tak kaya macam dulu.

3. Datuk Seri Najib mengugut pengundi supaya mengundi calun BN. Kalau calun BN kalah, tidak akan ada pembangunan di kawasan itu.

Sekian

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengumuman tersebut juga menyaksikan nama-nama mereka yang menang di dalam pemilihan UMNO Bahagian Bukit Gantang yang lalu tidak terpilih termasuklah Ketuanya Datok Rosli Husin, Timbalan Ketuanya, Kamarulail Sulaiman dan Naib ketuanya Mohd Kamaruddin Abu Bakar.

Ramai ahli UMNO mempertikaikan pemilihan Ismail kerana kata mereka "bagaimana nak menang di dalam pilihanraya Bukit Gantang berdepan dengan orang pakatan Rakyat jika dengan nak jadi Ketua Bahagian pun beliau sudah tewas

Tanggungjawab Raja atau Sultan: Apa Pandangan Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj?

Analisis Isu Oleh Zalipaka

" Dalam mengadapi isu dan krisis perlembagaan di Perak baru-baru ini, penulis sempat mengutip beberapa pandangan pakar-pakar perundangan dan orang-orang ternama serta mereka yang mempunyai wibawa di dalam lapangan masing-masing.

Yang menarik perhatian penulis ialah pandangan yang diberikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tentang apakah sebenarnya TANGGUNGJAWAB SESEORANG RAJA ATAU SULTAN di sesebuah negeri?

Di dalam bukunya, "Pandang Balik" yang diterbitkan pada tahun 1980 dulu, beliau ada membayangkan kemungkinan-kemungkinan seseorang raja atau sultan itu TIDAK LAGI DIPERCAYAI oleh rakyatnya serta bagaimanakah sebenarnya SIFAT KESALAHAN mereka yang dapat menyebabkan kepercayaan itu hilang???

Penulis perturunkan di bawah ini beberapa petikan kata-kata atau pandangan beliau yang begitu bernas untuk dikongsikan bersama:

"Menurut Perlembagaan kita, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri, Raja-raja merupakan tunjang kewibawaan, dan oleh kerana itu merupakan pemelihara Perlembagaan; Kalau Perlembagaan menjamin agar jawatannya itu dihormati, maka Raja-raja pula haruslah menghormati Perlembagaan!"

"Pada hemat saya, adat Beraja sesuai bagi rakyat kita, tetapi adat itu haruslah dipelihara dengan hormat dan mulia; Sama seperti dengan semua benda-benda yang bagus, rakyat boleh menjadi jemu dan ingin mengubahnya jika mereka merasa segala-galanya tidak baik dengan adat Beraja itu..."

"Selagi Raja-raja itu menikmati hak dan Hak-Hak Istimewa mereka, maka mereka haruslah hidup dalam lingkungan hak-hak itu; Raja-raja diharap tidak melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan hukum (Perlembagaan); Selagi mereka tetap si dalam lingkungan dan batasan hak-hak itu, maka tidaklah mereka itu dapat dipersalahkan! Tetapi, jaminan apakah yang ada agar mereka tidak melampaui kuasanya???"

"Menteri Besar dan Anggota EXCO negeri bolehlah dikatakan sebagai 'Pengawas' kepada Raja-raja; Tugas mereka ialah untuk memerhati Raja-raja agar mereka tidak melakukan sesuatu yang berlebihan!"

"Saya pernah memberitahu Raja bahawa Menteri Besar adalah wakil yang dipilih oleh rakyat; Jika DYMM dapat membuktikan dia tidak melaksanakan tugasnya, maka dia boleh diganti. Kalau tidak, dia akan terus memegang jawatannya hingga rakyat memutuskan untuk menyingkirkannya..."

"Pada pandangan saya, seseorang Perdana Menteri atau Menteri Besar itu hanya boleh ditumbangkan melalui 'Usul Tidak Percaya' yang disampaikan secara rasmi di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri!"

Kesimpulan yang dapat dibuat oleh penulis ialah:

1. Sekiranya kita mahu rakyat menghormati institusi Beraja, maka institusi Beraja juga perlu menghormati rakyatnya; Raja atau Sultan sesebuah negeri WAJIB mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh menghilangkan keyakinan rakyat terhadap mereka!

2. MB dan EXCO wajar menjadi pengawas yang baik kepada Raja-raja; dan

3. Seseorang PM atau MB yang hendak diganti perlulah dibuat secara rasmi dan mengikut Perlembagaan, iaitu melalui Usul Tidak Percaya; Bukannya dengan cara memecat yang lama dan digantikan dengan perlantikan baru!!!


" TANPA RAKYAT, TIADALAH RAJA "

Iklan KFC Tiada Sensitiviti Terhadap Umat Islam

"
Iklan KFC yang disiarkan di tv sekarang betul-betul mengundang rasa kurang senang hati di kalangan umat Islam di Malaysia. Saya sendiri rasa terkejut melihat iklan tersebut.

Iklan tersebut menggambarkan seorang Melayu Islam menghidangkan jirannya yang berbangsa Cina dengan hidangan KFC. Orang Melayu Islam tersebut kelihatan alim, berjanggut dan berkopiah.


Agak-agaknya orang Islam yang berpewatakan seperti itu akan makan KFC, sedangkan umat Islam seluruh dunia memboikot barangan AS dan Yahudi. Umat Islam yang tak prihatin sahaja yang tak mempedulikan kempen pemboikotan tersebut.

Saya harap pihak berkuasa lebih prihatin dan perlulah lebih sensitif pada masa akan datang. Janganlah memikirkan keuntungan sahaja sehingga sanggup menggadaikan maruah agama yang suci ini.

Search This Blog