| | |
| ALOR SETAR, 27 Feb (Hrkh)-Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah penghianatan mereka kepada Raja-raja Melayu. Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang. Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan. "Mereka cuba nak jadi 'hero' dan 'champion', nak buat laporan polis nak heret Exco-exco kita. Kalau perkara ini tidak betul, kita akan saman TV3 dan saman Pemuda Umno. "Ini bukan sahaja tohmahan yang cuba melaga-lagakan kita dengan Raja-raja Melayu atau Tuanku Sultan Kedah yang kita kasihi, tetapi cuba memberikan imej yang buruk kepada PAS dalam konteks politik dan perjuangan bangsa dan negara. Mereka jangan main-main!" tegasnya semasa berceramah merasmikan Ekspo Pertanian Dan Produk Halal anjuran PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, di sini baru-baru ini.. Sebaliknya tegas beliau, Exco yang berkenaan akan diberhentikan sekiranya terbukti menghina Raja-raja.
Bagaimanapun katanya, sebagaimana 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Negara yang tidak boleh dipadam sejarah, begitu jugalah sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-raja Melayu juga tidak boleh dipadamkan sejarah. Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, tegas beliau, Pakatan Rakyat Kedah tidak bimbang bahkan bersedia menghadapi 'Pilihan Raya Besar' iaitu pilihan raya seluruh negeri Kedah. Beliau secara sinis turut mempersoalkan sumber kewangan Umno hingga sanggup menawarkan wang berjumlah RM5 juta untuk mempengaruhi Adun Kulim, Lim Soo Nee melompat parti sebagaimana didakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen baru-baru ini. "Awat (Apa) Umno ni kaya mana? Umno ni kaya sangat ka? Kalau tak ambil duit rakyat, tak ambil duit anak syarikat kerajaan, tak ambil hutang balak, nak cari duit mana? Tapi mereka telah telah menyalahgunakan kuasa. "Hal inilah yang rakyat tak mau kepada mereka. Maka mereka cuba membuat pelbagai fitnah untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita," tegasnya yang turut mengaku telah mempunyai banyak butiran penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini selain penyiasatan-penyiasatan lain juga masih dijalankan. Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha membuktikan bahawa telah mentadbir secara lebih baik daripada Barisan Nasional. "Kita cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa zaman takut, zaman menindas, zaman ugutan, zaman mematikan dasar demokrasi dan perlembagaan negara, telah berlalu," ujarnya. Katanya, Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan Kedah dan menyifatkan baginda sebagai Sultan yang sentiasa bersama dan mengutamakan rakyat. Jelas Ustaz Azizan lagi, beliau sebagai Menteri Besar juga setiap minggu mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Kedah melaporkan perkembangan semasa negeri. "Tuanku tahu apa yang kita buat dan sering memberi nasihat kepada kita. Bagaimana mungkin kita derhaka kepada Raja? Tetapi mereka (Umno) cuba melaga-lagakan kita dengan Raja. Sebab itu saya tidak berapa seronok bila ada pihak-pihak yang nak heret Istana nak bergaduh dengan kita dalam hal ini. "Insya-Allah saya sudah arah Exco yang dituduh ini berjumpa saya dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya (akan) memanggil orang yang buat cakap fitnah yang kata kita menghina Raja-raja, kita akan bersemuka dan selesaikan dengan cepat," tegas beliau sambil mengungkap dalil al-Quran mengenai azab api neraka terhadap mereka yang mengadakan fitnah. Beliau turut menyeru agar pihak-pihak tersebut agar segera bertaubat dan menghentikan cakap-cakap bohong. Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution. |
Friday, February 27, 2009
Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan - MB Kedah
Thursday, February 26, 2009
SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak - Nik Aziz
| | |
| KOTA BHARU, 26 Feb (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu profesional. Mungkinkah peringatan Perdana Menteri itu menggambarkan badan tersebut belum mampu keluar dari dimensi lama. Pertukaran nama baru daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR), belum memadai apabila banyak kes yang dilaporkan Pakatan Rakyat seperti disenyapkan. Sebaliknya pantas sekali bertindak kalau melibatkan aduan daripada pemimpin Umno. Buktinya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar terus disiasat SPRM setelah menerima laporan pemimpin Barisan Nasional (BN). Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak dan enam anggota Exco daripada menghadiri persidangan Dun. Mengulas perkembangan tersebut Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat orang yang dikatakan menjadi punca kepada tiga Adun Pakatan Rakyat di Perak berpaling tadah. "Sepatutnya yang bertanggungjawab mencetus isu tersebut dan membawa tiga Adun terbabit ke Istana Perak perlu disiasat SPRM kerana segala masalah yang berlaku sekarang berpunca dari situ. "Kita belum mendengar ada maklumat badan tersebut menyiasat Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru dilantik, kerana difahamkan dia ada hubungan dengan tiga Adun tersebut hilang dan muncul di Putrajaya. "Hilang ke mana.. tentunya ada hubung kait pemimpin tertentu. Jadi kita persoalkan kenapa tidak disiasat pihak terbabit, kalau benar-benar mahu lebih profesional," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka, semalam. Beliau berkata, SPRM seolah-olah berfungsi menyiasat kes tertentu sahaja dan pembaharuan yang dilakukan sekarang tidak memperlihatkan badan itu benar-benar telus. "Selama tidak ada sifat taqwa pada pengerusi dan jawatankuasanya, mereka tidak akan melakukan siasatan ke atas pemimpin negara. Yang disiasat hanya anak-anak bilis. Habiskan duit rakyat "Oleh itu, tubuh apa jenis badan sama ada polis atau badan pencegah rasuah, ia menjadi kerja sia-sia kalau dilihat terhadap apa yang berlaku sekarang. Habis masa dan wang rakyat," katanya. Sebelum ini tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) hilang dan tiba-tiba muncul bersama Dato' Seri Najib Razak di Putrajaya. "Tindakan itu tidak sah, tindakan yang tidak membawa ke syurga, bahkan tindakan yang boleh membawa ke neraka," kata Menteri Besar Kelantan. Menurutnya tindakan pemimpin yang menjatuhkan kerajaan di luar normal biasa jelas tidak ada dalam diari perjuangan Islam. Beliau juga mempersoalkan adakah kerana Dato' Seri Nizar Jamaluddin melakukan kesalahan rasuah sehingga Pengerusi Perhubungan Umno Perak bertindak merampas kerajaan negeri dengan cara tidak halal. "Yang menjadi persoalannya kenapa Pengerusi Umno bertindak demikian. Adakah Nizar melanggar peraturan Kerajaan atau menyalahgunakan kuasa hingga menyebabkan berlakunya rampasan kuasa di Perak. "Jika tidak demikian bermakna tindakan dilakukan pihak berkenaan berasaskan semata-mata nafsu. Memuja nafsu dan bertindak seperti gengster," katanya. Menurutnya segala yang berlaku kerana Umno membuang sifat taqwa kepada Allah menyerlahkan lagi amalan mereka memisahkan agama dan politik. Beliau berkata, berdasar kepada tindak tanduk Umno itu membuat rakyat terutamanya golongan cerdik pandai semakin menjauhi parti tersebut. Tindak tanduk Umno seperti gengstar "Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek,� katanya. Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic. "Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai,� katanya. Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini," katanya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu. "Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu," katanya. |
Kadar tol lima lebuh raya naik 1 Mac
PETALING JAYA: Kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad hari ini.
Sementara itu, Starbiz melaporkan kerajaan telah dijangka akan membuat keputusan tersebut sebelum hujung minggu ini, kerana telah menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol selama dua bulan.
"Tiga pemilik konsesi lebuh raya telah mengalami kelewatan untuk menaikkan kadar tol mengikut perjanjian yang telah ditandatangi sebelum ini.
"Pemilik konsesi yang terlibat adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, IJM Corp Bhd dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak).
"Manakala dua lagi, adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)," lapor C.S Tan.
UMNO menyimpang jauh dari perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air
"
"Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair... Rakyat tidak lihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita."Ucapan kita sudah jadi retorik, dan orang kata kita retorik dan tidak amalkan apa yang kita cakap...," kata dalam program Hujah TV9 malam tadi.
Bangsa Melayu sudah lama dipinggirkan kerana dasar kerajaan BN yang dilihat tidak menguntungkan orang Melayu. Orang Melayu ketinggalan dalam segenap segi semuanya kerana kegagalan dasar kerajaan BN yang terasnya adalah Umno. Tanah rezab Melayu semakin mengecil kerana digadaikan oleh kerajaan BN contohnya tanah orang Melayu di Johor tergadai kepada orang asing di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Tanahair sendiri lambat laun akan tergadai kepada negara asing lantaran dasar kerajaan BN yang hanya mementingkan projek di mana ianya memberikan keuntungan kepada kroni-kroni mereka.
Maka tidak syak lagi dakwaan Mukhriz ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.
Isu lembu, kereta: Khalid minta penjelasan SPRM
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur undang-undang dipatuhi.
Beliau berkata, selain itu, dalam isu lembu korban yang sedang hangat diperkatakan ketika ini, Sultan tidak mempunyai halangan terhadap usaha sedekah malah menggalakkan segala usaha kebajikan seperti itu diteruskan.
"Saya telah memaklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya telah mematuhi segala proses undang-undang yang telah ditetapkan berhubung penyelenggaraan kereta tersebut.
"Dalam isu derma lembu korban pula, Tuanku Sultan malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di pejabatnya di sini.
Khalid berkata demikian ketika mengulas hasil majlis menghadap beliau dengan Sultan Selangor semalam di Istana Mestika di sini yang antara lain membincangkan isu dakwaan penyalahgunaan wang rakyat oleh beliau bagi penyelenggaraan kereta persendirian dan 46 ekor lembu korban yang diderma di kawasan Parlimennya di Bandar Tun Razak pada Aidiladha tahun lalu.
Khalid berkata, beliau akan menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagi meminta penjelasan berhubung kenyataan beliau sebelum ini bahawa suruhanjaya itu mempunyai bukti kukuh mengenai kedua-dua dakwaan tersebut.
"Dalam pada itu, salah satu proses undang-undang akan dibuat terhadap Pengerusi GERAK atas segala tohmahan salah guna kuasa seperti yang disiarkan media," katanya.
Gerak Malaysia sebelum ini membuat aduan kepada SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa yang dikatakan dilakukan oleh Khalid.
Sivakumar kecewa siasatan SPRM anggap penghinaan
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar berkata beliau berasa kecewa dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasatnya, walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah.
"Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi DUN dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada pegawai SPRM di Kediaman Rasmi Menteri Besar semalam.
Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Excon kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN berkuatkuasa serta merta.
Sivakumar yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh berkata sebagai Speaker, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat".
Bagaimanapun menurutnya beliau yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM dari Ibupejabat di Putrajaya selama kirakira dua jam, bermula dari pukul 6 petang.
Sivakumar seterusnya berkata siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. BERNAMA
Wednesday, February 25, 2009
Politik kotor atau politik harapan
FEB 25 — “Politik itu kotor” merupakan kenyataan klise. Seringkali kenyataan tersebut dikeluarkan apabila kekecewaan timbul terhadap ahli-ahli politik.
Gelombang perubahan politik negara yang muncul berikutan pilihan raya umum 8 Mac 2008 telah membangkitkan harapan baru rakyat, khususnya di kalangan generasi muda. Selama ini rakyat takutkan perubahan dan sukar membayangkan Malaysia tanpa BN. Tetapi dengan perubahan besar yang terhasil selepas 8 Mac, suasana politik Malaysia tiba-tiba hidup segar.
Malangnya, rakyat Malaysia mutakhir ini mula merasakan politik sudah jatuh ke tahap yang jelek. Politik kolot BN menjadi-jadi. Perampasan Kerajaan Negeri Perak oleh Datuk Seri Najib Razak menerusi episod kehilangan, tawaran habuan dan tuduhan rasuah; diikuti sikap hipokrit Datuk Seri Khir Toyo dalam isu gambar Elizabeth Wong; dan akhir sekali kenyataan sembrono oleh Pengerusi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Datuk Seri Ahmad Said Hamdan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggambarkan kita sedang melalui tempoh politik yang memeningkan.
Apatah lagi ketika negara menanggung derita berikutan kejatuhan ekonomi dunia yang teramat serius. Sebagai sebuah ekonomi yang bergantung kepada pelaburan dan perdagangan antarabangsa, kita tidak dapat lari daripada menerima bahana berikutan kegawatan ini. Pekerja-pekerja sudah mula hilang kerja, peniaga-peniaga mencatat pulangan yang menurun secara ketara dan kerajaan kita sendiri sudah mengakui unjuran pertumbuhan asal ekonomi negara kemungkinan besar tidak boleh dicapai.
Rakyat mahu mengetahui apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan, sektor korporat dan pekerja bagi menghadapi menyelematkan pekerjaan mereka. Rakyat mahu mengetahui apakah yang boleh dilakukan bagi memastikan anak isteri mereka mendapat makanan yang secukupnya setiap hari. Rakyat mahu mengetahui bagaimanakah mereka mahu membayar hutang pada hujung bulan.
Namun Najib tidak fikirkan masalah ini. Yang memenuhi pemikirannya pada masa ini ialah bagaimana mahu menjadi Perdana Menteri dengan apa jua cara sekalipun. Oleh itu, isunya bukan semata-mata memastikan BN menang tetapi memastikan PR hancur musnah. Apa jua cara tetap halal, baginya, asalkan matlamatnya dipenuhi.
Apabila Najib mengisytiharkan kesediaan dirinya bertanding sebagai Presiden Umno pada Oktober 2008, beliau menegaskan bahawa beliau akan meneruskan perubahan bagi memenangi semula pengundi-pengundi yang sudah mual dengan Umno. Namun selepas hampir lima bulan, jelas perubahan bukan keutamaannya. Sebaliknya, badan-badan seperti media massa malah SPRM yang kononnya mahu memperbaiki imej BPR diperkudakan sebagai perkakas BN bagi menjamin masa depan politiknya. Malah, Umno sanggup mengheret institusi beraja bagi membolehkan rampasan kuasa mereka di Perak.
Tetapi Najib tersilap. Walaupun beliau cuba menguasai institusi-institusi utama kerajaan dengan melantik orang-orangnya hari ini, namun akhirnya, rakyat Malaysia dengan izin Allah s.w.t. yang akan menentukan masa depan politiknya. Adakah beliau lupa, bagaimana 8 Mac dapat menjadi realiti meskipun segala institusi kerajaan dikerahkan bagi memastikan kekalahan Keadilan, Pas dan DAP?
Rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, mestilah tidak diperangkap oleh muslihat politik BN. Kejelekan terhadap politik kotor mereka akan diubah oleh perkakas BN agar menjadi sifat bencikan politik secara keseluruhannya. Sebagaimana “Makkal Sakti” — kuasa rakyat — telah merubah lanskap politik negara hampir setahun yang lalu, rakyat jugalah yang berperanan mematikan politik kolot yang terus menjadi sandaran BN. Rakyat, bukannya ahli politik, yang akan memastikan politik harapan yang berpaksikan kedaulatan rakyat akan terus berkembang dan menumbangkan politik kolot di Malaysia.
Generasi muda mesti tegas mendesak bahawa kita mahu politik yang mengangkat martabat insan, bukan politik mengadu domba dan khianat kepada rakyat. Rakyat harus merasakan mereka bukan sekadar penerima sisa-sisa kekayaan negara, tetapi sebaliknya berkongsi kekayaan tersebut secara saksama. Pendekatan Pakatan Rakyat telah terbukti dengan konsep merakyatkan ekonomi yang dilaksanakan bagi berkongsi hasil mahsul negeri Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia. Perak di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat juga telah membawa pendekatan baru dengan pemberian tanah 999 tahun/hak milik kekal, bukan sahaja kepada kampung baru Cina yang sering dimomokkan BN, tetapi juga kepada kampung tersusun dan tradisional yang majoritinya Melayu.
Saya tidak mahu politik harapan ini menjadi monopoli Pakatan Rakyat. Saya pun mahu menumpukan kepada mencari jalan bagi menyelamatkan negara Malaysia dari kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda sekarang. Saya menyeru kepada pimpinan muda BN agar kita berani berbahas tentang dasar dan idealisme terbaik untuk negara kita. Jika ada perkara yang perlu kerjasama semua pemimpin Malaysia melangkaui batas parti demi masa depan bersama, saya tidak keberatan turut serta. Saya berharap persaingan politik kita terus sihat di dalam kerangka demokrasi berperlembagaan agar rakyat tidak mual dan bosan dengan tahap politik murahan yang menggamit negara pada hari ini.
Politik harapan ini akan memastikan kita dapat mencari kekuatan bagi mengatasi krisis ekonomi yang melanda negara kita. Politik harapan ini akan menegakkan keluhuran perlembagaan kita. Politik harapan ini akan menjamin masa depan anak-anak kita.
Sama ada politik kotor atau harapan, pilihannya di tangan kita rakyat Malaysia.
Sultan S'gor serah pada MB
| Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini. "Sultan Selangor menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Berikut ialah kenyataan penuh SultanSelangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk ela Bakti Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic). Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat |
Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo
| Ahmad Tajdid Wed | Feb 25, 09 | 1:21:57 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi. Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah. Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim. "Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik. Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan. Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri. Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- tajdid_ |
Tuesday, February 24, 2009
ADUN Batang Ai, Dublin meninggal dunia
Sumber PRS mengesahkan beliau meninggal dunia setelah diserang angin ahmar kira-kira pukul 1.25 pagi.
Mendiang juga Timbalan Menteri Sarawak bagi Sukan dan Pertanian.
Kerusi DUN Batang Ai terletak dalam bahagian Parlimen Lubok Antu, Sarawak.
ADUN dua penggal itu mempertahankan kerusinya pada 2006 dengan menewaskan calon Parti Nasional Sarawak (Snap), Bawin Anggat.
Perkembangan terbaru ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil dalam masa 60 hari memandangkan tempoh mandat semasa kerajaan negeri Sarawak hanya akan berakhir pada Mei 2011.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika dihubungi mengesahkan sudah memperoleh maklumat mengenai perkembangan terbaru ini.
Monday, February 23, 2009
Lucunya nasihat PM supaya Zambry buat laporan polis kes gantung
| Dr Mahathir Mohamad Mon | Feb 23, 09 | 7:01:27 pm MYT | |
| Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian? Di mana pula tempat duduk YAB Zambry? Apa kata kalau Dato' Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat Zambry daripada berada dalam Dewan. |
Inilah masa untuk meranapkan UMNO sehancur hancurnya
"Dari dulu pihak pembangkang selalu menggunakan strategi bertahan bila ditimbulkan sesuatu isu oleh UMNO laknat. Kita selalu terhimpit dengan asakan asakan media untuk memberi alasan dan jawapan kepada rakyat. Kekadang jawaban yang kita beri itu pula yang diputarbelit hingga kita jadi makin terhimpit dan terjerat. Kerana kita hanya gunakan strategi bertahan seperti inilah maka kita akan selalu kehabisan tenaga untuk lawan. Rasa rasanya strategi ini tidak sesuai lagi sekarang. Kita perlu serang balik habis habisan. UMNO sangat banyak isu. UMNO adalah lubuk segala kepincangan. Carilah isu apa yang hendak diperkatakan, rasuah? skandal sex? bunuh? derhaka pada raja? penggondolan hutan simpan? judi? masalah sosial? gengster? jual tanah negara kepada negara luar? jual saham kepada rakyat asing? dan segala-galanya, ada pada UMNO.
Kini bila sebut pasal derhaka, media media alternatif mula menyerang balik menggunakan sejarah sejarah lama UMNO. Apabila rakyat ambil tahu dan mula membaca sejarah sejarah lama UMNO yang banyak derhaka pada raja, UMNO mula menggelabah sekarang. Senjata sudah menikam diri. Kesempatan seperti inilah yang perlu dimainkan oleh media alternatif. Kalau timbul isu sex, carilah dan siarkan kembali kisah kisah sex pemimpin UMNO habis habisan. Dedahkan. Biar rakyat boleh buat perbandingan pada masa yang sama isu itu berlaku.
UMNO sendiri sudah menyedari bahawa hayatnya telah makin hampir dan kepupusannya pasti berlaku. Tandanya ialah kekejaman yang tersangat melampau sekarang. SPRM telah digunakan sewenang wenangnya. Institusi raja diperbodohkan di mata rakyat. Baguslah. Kalau boleh lagi kejam lagi bagus. Sebab makin kejam lagi perangai UMNO, makin bertambah ramai orang orang UMNO sedar tentang keburukan UMNO. Rakyat akan bertambah meluat.
Macam jugak kenaikan harga minyak, BodoLAH naikkan harga sesuka hati, rakyat mula membuka mata bahawa UMNO ni memang jenis jahat dan berperangai lanun. Sampai sekarang harga minyak dunia dah jadi USD34 setong macam tahun 2005, tapi menteri UBAN bodoh tu tak turun turunkan pun harga minyak. Dulu kata nak kaji tiap tiap bulan. Sekarang dah senyap. Dasar menteri hisap darah bangsa sendiri...ptuihhhh.
Kalau dulu kita hanya dapat memberi penerangan dan menarik rakyat marhain tentang isu yang berlaku. Tapi sekarang orang orang intelekpun dah mula buka mata. Profesor undang undang dari banyak universiti dah naik pening dengan undang undang yang UMNO gunapakai. Nak kata ikut undang undang islam jauh sekali. Undang undang yang dia sendiri buatpun dia tak pakai. Yang paling parah pemimpin pemimpin UMNO yang dulu mereka hormatipun dah bercanggah pendapat dengan pemimpin baru, seperti Tun Mahathir, Tengku Razaleigh, Rais Yatim dan banyak lagi. Inilah tanda yang paling besar tentang ambang kehancuran UMNO. Puak mereka sendiri dah tak suka dengan perangai mereka.
Yang penting bagi kita, gunalah sebaik mungkin peluang ini. Janganlah terlalu gundah gulana dan terlalu risau. Marilah kita ranapkan mereka habis habisan dengan berbagai strategi. Istiqomahlah dengan perjuangan. Jangan termakan dengan fitnah dan hasutan mereka untuk menghancurkan kita. Tiap seorang dari kita punyai tugas yang perlu dijalankan setakat yang mampu. Inilah masa kita diuji dan membuktikan kekuatan hati kita.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al ahzaab ayat 22 :
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.
UNDIAN SMS NTV7 - 97% Setuju Tindakan Nizar
Di dalam satu undian SMS yang dijalankan oleh 7 Edition kelolaan NTV7, seramai 97% setuju dengan tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk Pakatan Rakyat membawa usul undi percaya terhadap "kepimpinannya" sebagai ketua kerajaan negeri yang "sah" apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang.Menjelaskan perkara itu di sini 3 petang tadi, Nizar berkata, pihaknya mahu menggunakan sidang DUN untuk membuktikan bahawa Pakatan masih sah untuk menerajui kerajaan negeri.
Terdahulu pada sidang akhbar sebelum keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi, Nizar menjangkakan suasana "kelam kabut" mungkin berlaku apabila Pakatan membawa usul sedemikian pada sidang akan datang. Belum ada tarikh ditetapkan bila DUN akan bersidang semula. Kata Nizar, beliau menjangkakan BN hanya akan mempunyai 21 orang anggota di DUN berbanding 28 wakil di pihak Pakatan ekoran penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abddul Kadir, enam Exconya serta "tiga ekor katak".
Ketiga-tiga mereka merujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang keluar daripada Pakatan dan kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. "Kami akan membawa usul undi tidak percaya dan kita akan melihat siapa yang akan mendapat majoriti," katanya. "Ini perlu diuji di dalam Dewan Undangan Negeri," kata beliau. Terdahulu, Nizar secara rasmi berpindah dari kediaman rasmi Menteri Besar di sini pagi ini.
Kata Nizar, beliau berpindah sebagai menghormati peraturan dan arahan Setiausaha Kerajaan negeri Perak dan bukan bermakna menyerah kalah kerana proses mahkamah masih berjalan dalam menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar yang sah. Berucap pada majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari kediaman itu, katanya, Perak tidak lagi menjadi destinasi yang meyakinkan pelabur asing ekoran kemelut peralihan kuasa kerajaan negeri yang mencetuskan krisis perlembagaan. Beliau berkata, pelabur tidak yakin untuk datang ke Perak jika krisis perlembagaan yang berlaku itu dibiar berterusan.
Keadaan yang menjejaskan ekonomi dan pembangunan negeri itu tidak akan selesai selagi DUN tidak dibubar dan rakyat diberi hak untuk memilih kerajaan yang dikehendaki, kata beliau. Peralihan kuasa itu berlaku apabila BN menguasai majoriti kerusi DUN setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat, tiga mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas dan seorang menyertai Umno bulan lalu. Kerajaan Pakatan telah memohon pembubaran DUN bagi adakan pilihan raya negeri selepas kehilangan majoriti awal bulan ini tetapi tidak diperkenan Sultan Perak. Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.
Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini. Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini. Semalam, Menteri Besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah."Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,' katanya di Ipoh semalam. Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.
Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN. Sementara itu UMNO terpaksa pergi ke England untuk minta pandangan Queen’s Council cari jalan keluar krisis Perak setelah mereka mendapati mereka di dalam keadaan tersepit akibat melakukan rampasan kuasa di Perak dengan membelakangkan Undang-undang tubuh negeri Perak dan Perlembagaan negara.
Rupanya Ketua Pengarah SPRM Membalas Jasa, Kerana Pejabat PM Selamatkan Anaknya
sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah "fitnah" atau "omongan kosong" semata-mata. Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan.
Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini.
Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin pembangkang dengan begitu cepat dan pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan "rasuah serta penyelewengan" yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan.
Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap "double standard" yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera dan begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya "ada rahsia di sebaliknya", kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu "tidak bertanggungjawab" sama sekali. Malah rakyat mula "mual dan kecewa" dengan apa yang telah dilihat sekarang ini.
Sumber : Pahangdaily
Kerajaan BN Perak, Sikit Lagi Nak Jatuh..
"
By ASYOK KUMAR
JAWATANKUASA Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan. Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.
Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak. Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily. Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).
Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN. Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.
Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya, termasuk tiga calon bebas, manakala Pakatan mempunyai 28 Adun. Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.
Kerajaan BN Perak kini, diambang kejatuhan, sudah senget tunggu jatuh! Jom pakat-pakat tolak! (AK)
Sunday, February 22, 2009
Bapa Tajol Rosli juga tidak letak jawatan
| | |
| SLIM RIVER, 22 Feb (Hrkh) - Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajol Rosli juga tidak meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Idris Shah. Ketika itu tidak ada satu 'suara' daripada Umno yang mengatakan bahawa keengganan Ghazali itu sebagai menderhaka kepada Sultan bahkan menyokong sebagai tindakan yang mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Demikian dijelaskan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung sejarah dan isu lantikan dan perletakan jawatan seseorang menteri besar di negeri ini. Sultan Idris Shah tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua namun atas nasihat beberapa pihak, baginda melantiknya semula dengan syarat hanya selama dua tahun dan dipersetujui namun setelah 'tamat' tempoh, Ghazali tidak meletakkan jawatan. Sultan ketika itu kata Nizar tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertakluk kepada undang-undang negeri yang mana tidak ada kuasa memecat atau mengarahkan menteri besar meletakkan jawatan. "Bapa Tajol Rosli juga enggan letak jawatan walupun dititahkan Sultan dan mentadbir negeri selama dua tahun, kemudian meletakkan jawatan secara sukarela dengan nasihat Presiden Umno," katanya dalam ceramah di Kg. Serigala, dekat sini semalam. Malah ketika itu Pemuda Umno mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali itu dan dilaporkan Pemuda Umno pernah mengeluarkan kenyataan yang bermaksud:"Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno." Gara-gara keengganan Ghazali itu kata Nizar menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda. "Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977. "Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak. "Sekarang mana dia Tajol Rosli? Senyap saja...iyelah ayah dia pun pernah kena macam ini juga." kata Nizar disambut sorakan ketawa lebih 1,000 hadirin yang membanjiri pekarangan markas PAS Kg Serigala. Nizar menjelaskan bahawa istilah 'sembah derhaka' yang dipersembahkan kepada Sultan Perak telah disalah tafsirkan sebagai menderhaka akibat manipulasi pihak media yang ingin menjejaskan imej beliau sebagai MB yang sah. "Itu istilah yang diguna dalam istana dan ketika berhadapan dengan Sultan membawa maksud, tidak setuju bukan istilah yang diguna orang awam sebagai derhaka yang sebenarnya," katanya dan turut yakin orang ramai khususnya rakyat Perak tidak terpedaya dengan 'hasutan' dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. |
