"Setiap pilihanraya umum diadakan di Malaysia (dua belas kali pilihanraya umum) kaum WANITA ADALAH UNDI PENENTU SESEBUAH PARTI POLITIK di Malaysia.
Kira kira 48% pengundi disetiap selarun peti undi dikuasai oleh kaum wanita. Sebab itu kawasan luar bandar atau kawasan pendalaman semua saluran peti undi yang dimonopili oleh kaum wanita memangkah lambang dacing atau parti BN terutama warna biru berwajahkan pemimpin UMNO.
Kaum wanita luar bandar dan dikawasan bandar terutama kaum Melayu cukup sukar untuk memberi undi yang bukan berlambangkan dacing . tidak terkecuali wanita kawasan bandar dan pinggir bandar fenomenanya sama polar pilihanya tetap dacing. (BN).
Sebab itu UMNO/MCA/MIC agenda kaum wanita diambil sebagai kes utama dalam propagnda dan perang saraf UMNO dan semua komponen BN. Sarawak dan Sabah kaum wanita menguasai polar pengundi sebanyak 48.98% . Boleh dikatakan BN Sabah dan Sarawak menang dengan mudah dihampir semu kerusi DUN dan Parlimen.
UMNO menggunakan jentera KEMAS dan berdampingan erat dengan kementerian Wanita dalam propaganda untuk tidak berminat dengan parti selain dari BN atau UMNO terutam wanita kaum Melayu.
Jestru itu peranan yang amat penting terus dicari untuk kaum wanita di Malaysia agar berminat dengan parti PKR, DAP, dan PAS. Tugas ini amat berat dan jalan mencarifurmula perlu diterokai oleh semua pengiat parti PAS, DAP, dan PKR."
No comments:
Post a Comment