Thursday, September 6, 2012

Orang Bodoh Sahaja Percaya Pilihanraya Pada Bulan November

KADANG-kadang penulis lihat, orang kita tanpa sedar masih percaya pada tahyul mahyul berkaitan dengan nombor ini dan kaitannya dengan perkembangan semasa, antaranya tarikh pilihanraya umum ke-13.
Termasuklah di antaranya, orang Melayu yang kononnya kuat dengan pegangan agama dan menolak kepercayaan kurafat seumpama itu.

Penulis lihat ini berlaku bila Perdana Menteri Najib buka mulut sahaja bercakap mengenai tarikh-tarikh tertentu yang kemudiannya dikaitkan dengan nombor 11 (dan kemudian diakhiri dengan senyuman sinis), maka  ia akan diangkat menjadi petunjuk jelas mengenai tarikh sebenar pilihanraya umum.
Dah banyak kalipun perkara sedemikian dibuat dan disebut Najib, pilihanrayanya tak juga lagi.
Sedangkan kita lupa, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai kuasa untuk mengarahkan pilihanraya diadakan, bukan pilihanraya umumlah tapi pilihanraya di 4 buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat sekarang.
Kalau nak menambah tekanan kepada Najib untuk mengumumkan tarikh pilihanraya dengan cepat, salah satu strategi yang penulis jangka berkesan ialah dengan Pakatan Rakyat sendiri membubarkan DUN-DUN di negeri-negeri yang kita perintah lebih awal.
Cuma penulis difahamkan pimpinan Pakatan Rakyat lebih selesa memerintah sehingga mandat habis sebelum mengumumkan pilihanraya kerana mahu melaksanakan janji-janji kepada rakyat yang masih banyak lagi belum ditunaikan (terutama di Selangor).
Baiklah, balik pada ramalan yang mengatakan pilihanraya akan berlangsung pada bulan November nanti.
Penulis berpandangan, hanya orang bodoh sahaja yang percaya bahawa pilihanraya umum akan berlangsung pada bulan November.  Justifikasi penulis mudah, sebahagian bulan Oktober dan sebahagian bulan November adalah terdiri dari musim menunaikan haji bagi orang Islam.
Mana mungkin dibuat persiapan yang cukup bagi menyediakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan rakyat sendiri untuk menghadapi pilihanraya.  Bukankah Najib dan Setiausaha Agung UMNO sendiri sudah berjanji pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji?
Najib mungkin ada banyak kekurangan dan kelemahan di sana sini, tapi satu yang penulis pasti, dia tidak akan mengingkari janji yang dia sendiri telah buat dan hebahkan kepada rakyat.
Apatah lagi bila sekarang heboh disana sini tentang program Janji Ditepati yang dikepalai Najib.  Memungkiri janji sebesar itu, hanya akan menjatuhkan ‘nilainya’ sebagai pemimpin.
Pendek kata, kalau ada pun benda bodoh yang mungkin dibuat oleh Najib, ini (mengadakan pilihanraya pada musim haji) bukanlah salah satu darinya.
Jadi hendaknya janganlah pemimpin Pakatan Rakyat terleka dengan ramalan-ramalan begini.  Najib hanya mahu mengalpakan kita sebab dia tahu Pakatan Rakyat ada banyak rahsia yang disimpan menunggu untuk dilepaskan dalam kempen pilihanraya akan datang.
Kalau kita percaya dengan ramalan sedemikian, diakhirnya nanti Pakatan Rakyat akan kehilangan momentum untuk mempengaruhi rakyat dengan rahsia-rahsia besar yang kita dedahkan sekarang kerana percaya pilihanraya akan diadakan pada bulan November.
Bila tarikh pembubaran Parlimen yang sebenar diumumkan, Pakatan Rakyat akan ketandusan isu, inilah yang dimahukan oleh Najib sebenarnya.
Yang penting sekarang pemimpin Pakatan Rakyat perlu terus berusaha melaksanakan janji yang banyak tertunggak kepada rakyat, terutama di Selangor yang menjadi tumpuan utama untuk dirampas oleh UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang.

No comments:

Post a Comment