anwar didapati tidak bersalah diatas tuduhan meliwat si saiful bukhari dan mamang sepatutnya mahkamah tidak perlu memanggil anwar untuk membela diri kerana dari awal lagi pertuduhan ini sememangnya terdapat pelbagai misteri dan kepincangan.
jika anwar tidak meliwat saiful, persoalan yang menjadi tanda tanya kini adalah siapakah yang telah meliwat si saiful. kerana keterangan dari saksi pakar hospital tempohari menyatakan bahawa terdapat kesan saiful diliwat. jika tiada orang lain selain anwar yang meliwat saiful maka tuduhan itu adalah tuduhan palsu atau fitnah semata-mata. jika keadaan ini berlaku, maka kesemua saksi pihak saiful dan saiful sendiri telah berbohong dimahkamah dan juga kepada pihak polis.
dihadapan allah nanti mereka ini akan mendapat balasannya, tetapi di dunia ini, mereka patut didakwa diatas pembohongan dan fitnah ini sebagai pengajaran kepada yang lain.
keputusan tidak bersalah yang diambil oleh hakim pada hari ini bertentangan dengan senario perjalanan kes anwar yang dilihat oleh semua pendokong keadilan seluruh dunia sebagai satu lagi episod konspirasi untuk menjatuhkan musuh politik yang dilihat mampu mengancam kekuasaan pemerintah. Tetapi, mungkin disebabkan pengaruh politik tidak mampu membendung lagi ramalan bahawa kekuasaan putrajaya akan berpindah tangan yang menyebabkan keputusan beralih arah pada saat-saat akhir.seperti gesaan karpal singh kepada pihak pendakwaan supaya tidak memanjangkan kes anwar ini ke mahkamah rayuan atau persekutuan kerana anwar bakal menjadi PM selepas PRU 13 nanti.
elok lah pihak polis dan SPRM pun mempunyai sikap seperti ini bermula saat ini. berubahlah.....jangan lagi menjadi anjing kepada pemerintah yang menggunakan anda untuk tujuan mengekalkan kuasa...kerana jika anda tidak mahu berubah nanti akan tiba juga saatnya anda akan diubah........
kalu bukan anwar yang liwat sape lg yang liwat....HAKIM LAH YANG LIWAT
ReplyDeletestatement bodoh..
ReplyDeleteDiliwat oloh botol plastik
ReplyDelete