Monday, January 3, 2011

[PANAS] Bekas Menteri Besar Pula Dikaitkan dengan Skandal Seks

Selepas jenayah seks yang melibatkan seorang Menteri Kabinet Najib didedahkan, kini seorang yang hanya mahu dikenali dengan nama MalaysiaLeaks mendedahkan pula skandal seks bekas Menteri Besar yang turut didakwa diketahui oleh PM pada ketika itu, Pak Lah. Penulis itu mendakwa Pak Lah telah menyembunyikan kes perzinaan bekas Menteri Besar itu dan membenarkan beliau bertanding dalam PRU 12. Malah tanpa diketahui sebabnya, Pak Lah dikatakan telah menandatangani watikah pelantikannya sebagai Menteri Besar sekalipun tanpa persetujuan Raja.

Menurut MalaysiaLeaks, bekas Menteri Besar itu telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis sehingga menyebabkan dia mengandung. Menteri Besar itu dikatakan telah memaksa gadis tersebut menggugurkan kandungannya.

Menurutnya lagi, gadis tersebut telah bertemu dengan Pak Lah bersama-sama dengan doktor yang telah menggugurkan kandungannya serta beberapa orang VIP yang mengetahui skandal seks tersebut, namun Pak Lah dikatakan enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada bekas Menteri Besar tersebut. Sedangkan menurut MalaysiaLeaks, skandal seks bekas Menteri Besar itu bukanlah suatu yang rahsia dalam kalangan jemaah menteri.

3 comments:

  1. Hmmm.. Shahidan Kassim boleh selesaikan kes-kes begini kot..

    ReplyDelete
  2. Salam, sapa yg belum dibocorkan skandal tu harap bersiap sedia!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Tak keberatan izin link blog saya

    Blog tuan sudah saya link.

    Terima kasih

    ReplyDelete