Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Najib Razak selaku Presiden UMNO yang hendak mempertahankan kemenangan UMNO-BN, mestilah dengan cara demokrasi, bukan dengan bermain di padang yang tidak sama dan mengubah tiang gol. Ucapan beliau di perasmian persidangan agung UMNO di PWTC, yang meyebut "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
Friday, October 22, 2010
Menara Warisan Arahan Siapa?
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat adalah cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).Malah Perdana Menteri berkata, beliau tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan."Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan."Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," katanya dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini, Isnin.
Thursday, October 21, 2010
“Tengku Razaleigh tidak sesuai bersama UMNO”
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dinasihatkan supaya keluar dari perjuangan sempit perkauman yang telah ’membulinya’ selama ini dan menghabiskan sisa usianya bersama-sama perjuangan Islam. Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat berkata, individu yang mempunyai integriti seperti Tengku Razaleigh tidak sesuai duduk di dalam UMNO kerana ia tidak memberi sebarang nilai kepada parti itu.
Mampukah Malaysia selesaikan hutang RM101.65 bilion dalam 3 tahun?
Kerajaan Malaysia dijangka berdepan dengan saat-saat gentingnya untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM101.65 bilion dalam tempoh tiga tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, apabila Sekuriti kerajaan Malaysia (bon kerajaan) dan Sukuk yang berjumlah ratusan bilion ringgit ini sampai tarikh tebusannya.
Nilai yang mencakupi 30% daripada jumlah hutang awam dalam negeri ini tidak termasuk hutang negeri asing yang bernilai RM6.2 bilion dan pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berjumlah RM7.2 bilion, juga perlu diselesaikan dalam tempoh tersebut.
50 kerusi Parlimen BN dalam bahaya, kata Ketua Pemuda Umno
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, undi orang Melayu telah berpecah dan bermakna tidak ada parti Melayu – baik Umno mahupun PAS – yang boleh mendapat seratus peratus undi Melayu. "Dikebanyakan kawasan, perpecahan politik orang Melayu adalah 50 peratus disatu pihak dan 50 peratus dipihak yang lain. "Ini bermakna siapa sahaja yang mahu menang mestilah menang dengan sokongan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. "Kalau kita mengharapkan undi Melayu semata-mata, kita harus ingat bahawa hanya 73 kerusi parlimen sahaja yang mempunyai majoriti dominan Melayu 70 peratus ke atas.
Tuesday, October 19, 2010
Anwar Semakin Hampir Ke Penjara, Bukan Putrajaya. Percubaan Akhir Dapatkan Kenyataan Saksi Ditolak
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak percubaan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kenyataan saksi Mohd Saiful Bukhari Azlan yang dirakamkan oleh polis dalam kes tuduhan liwatnya. Anwar mahu semua kenyataan tersebut kerana beliau mendakwa terdapat percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful semasa dalam perbicaraan kes tuduhan liwat terhadapnya sehingga boleh mendorong kebolehpercayaan pengadu dicabar.
Monday, October 18, 2010
Umno Bakal Hilang Kuasa Dalam PRU-13
Oleh SAFAR JUMAAT
KEBELAKANGAN ini, sejak BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen, hilang beberapa negeri termasuk Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan, timbul cerita Melayu akan hilang kuasa kalau pembangkang memenangi pilihan raya akan datang.
Cakap-cakap ini bukan datang dari kepimpinan Umno sahaja, malahan, turut diulang-ulang oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kebelakangan ini, selain disokong perjuangan NGO Melayu, Perkasa.
Duit Rakyat Dibazir Lagi Bina Bangunan RM5 Billion
Belumpun kering cat di Menara Berkembar Petronas, Kerajaan Umno-Barisan Nasional sudah pun merancang untuk membina satu lagi projek mega. Kali ini melibatkan pembinaan bangunan 100 tingkat yang dinamakan sebagai 'Warisan Merdeka'. Bagi Wan Saiful Wan Jan, dari Insititut For Democracy and Economic Affair menjelaskan projek mega ini sebagai tidak perlu kerana ia melibatkan duit rakyat yang banyak.
Bonus : Najib diberi tiga pilihan
Oleh Afrar Yunus
Ramai penjawat awam tidak dapat menerima penjelasan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkaitan pemberian bonus.Kata mereka, sepatutnya apabila ekonomi sudah diwar-warkan pulih, keadaannya semakin baik berbanding ekonomi di zaman Mahathir Mohamed dan Abdullah Badawi.Sedangkan pada ketika Perdana Menteri keempat dan kelima itu, kerajaan boleh memberikan bonus sebulan gaji.
Thursday, October 14, 2010
BN siap sedia untuk pilihan raya mengejut
Wednesday, October 13, 2010
Air naik di Kedah, BN pula terpaksa bela diri
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Agak menarik dalam isu kenaikan tari air di Kedah ialah sepatutnya Kerajaan Negeri yang teruk dihentam kerana menaikkan harga air. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana pihak pembangkang (BN) pula yang terpaksa berhempas pulas mencari dalih dan helah untuk melepaskan diri dari dipersalahkan.
Setiausaha Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad menganggap Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Razak macam ‘gangster’ kerana asyik mengugut untuk mendedahkan kepincangan mereka sewaktu jadi kerajaan dulu.
Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali
Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel
Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh
Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata. Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008.
Tindak tanduk kerajaan Malaysia kian merisaukan, sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dalam negara amat membimbangkan rakyat. Mungkin kerajaan lupa bahawa warga negara yang layak mengundi terdiri daripada jutaan rakyat yang berakal dan memerhati mereka setiap hari dan bukan hanya penyokong tegar Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
“Saya bukan calon Galas”
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.
Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Tuesday, October 12, 2010
Pertandingan Timbalan Presiden PKR
Akhirnya, seperti yang diduga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Malah, ia adalah sesuatu yang logikal.
Sebelum ini, saya pernah menyebutkan bahawa sekiranya PKR ingin menampilkannya sebagai parti alternatif dalam PRU13, ia harus meletakkan seseorang yang ada pengalaman dalam kerajaan di jawatan nombor dua itu.
Persimpangan Terakhir buat Kuli?
Oleh Telaah Politik
Sejarah politik Ku Li yang gemilang di zaman mudanya telah dicantas dengan ja
Subscribe to:
Posts (Atom)