Thursday, September 9, 2010

maaf zahir dan batin dari pemuda cheh

Salam bahagia dan salam gembira kepada semua pengunjung. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin......‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” kepada semua pengunjung blog ini, saya mohon maaf kalau-kalau setiap artikel ada yang menyinggung mana-mana pembaca.
semoga setelah kita keluar dari madrasah takwa yakni bulan ramadan akan menjadikan kita insan-insan yang bertakwa kepada allah

Tuesday, September 7, 2010

Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat ! Mana MAIS?

 
Minggu lepas dan sebelumnya riuh rendah 1Malaysia membicarakan tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.
Hingga mengakibatkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching diberikan amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau perlu mendapatkan kebenaran MAIS jika hendak memasuki ruang solat..

Kisah Sedih Khairy Jamaluddin!! Adakah Pengakhirannya Turut Sedih?


"Siapa tak kenal Khairy Jamaluddin,lulusan Oxford,menantu bekas Perdana Menteri dan mesra dipanggil sebagai KJ.Beliau ini naik terlalu cepat.Penglibatan dan karier politik beliau ketika Tun Abdullah di ambang kuasa.Beliau bukanlah calang-calang orang.Pelajarannya tinggi,memiliki ijazah Falsafah,Politik dan Ekonomi di Universiti Oxford.Malah,beliaulah orang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika berumur 40 tahun.Agak hebat sekali cita-cita beliau biarpun dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata.

Monday, September 6, 2010

Nik Aziz Pertahan Kenyataannya Bukan Islam Boleh Masuk Masjid

 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.
"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.
Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di sini.

Bonus raya kakitangan awam mampu mangsakan yang lain, Najib harus letak jawatan

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan kerana beliau gagal menhidu kesusahan kakitangan awam dengan hanya membayar bonus RM500 setelah terdesak dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang berhubung bonus raya.

Saturday, September 4, 2010

BN – Tun Razak Memulakan, Najib Mengakhirinya

Selepas berlakunya 13 Mei, negara kita buat seketika diperintah di bawah pentadbiran MAGERAN dan Perlembangaan Persekutuan digantung. Kedudukan parti memerintah sebelum itu tergugat selepas PRU 1969. Kedudukan yang agak getir itu memaksa mereka memikirkan strategi baru untuk kekal memerintah negara Malaysia.

Friday, September 3, 2010

Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu konfirm Pakatan ambilalih

"Ikut kajian simple sampling yang dilakukan kepada golongan ramaja dan belia yang berumur dari 21 hingga 40, jelas menunjukkan mereka  95% menyokong Pakatan Rakyat dengan konsep keadilan untuk semua. hanya 5% yang menyokong BN, itu pun golongan yang tercicir dan lemah IQ serta buta IT.  Buat BN, Innalillah
Oleh itu, peringatan buat Pakatan....bekerja keras dari sekarang. Fahami perasaan anak-anak muda Malaysia yang inginkan keadilan sejagat.Tahniah Pakatan Rakyat. Selamat Berhijrah ke Putrajaya.
Goodbye BN yang tidak relevan, tidak perihatin, tidak sedar diri.

Walau diasak,Pakatan Rakyat Makin Kukuh

Riuh rendah 1 Malysia. PAS kini gadai maruah. Peristiwa Ahli Parlimen Sedang, Teo Nie Ching hadir di sebuah surau dalam kawasannya telah dijadikan isu besar.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, wakil rakyat yang berpaling tadah dari rakyat memperli sikap umat Islam, menulis dalam blognya bahawa mereka "tanpa segan (dan) malu menghulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini."

Thursday, September 2, 2010

BN usah mimpi hendak tawan Pulau Pinang



Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya ‘jangan bermimpi’ untuk merampas Pulau Pinang daripada pimpinan Pakatan Rakyat (PR) ekoran kedudukan parti itu kini disifatkan sangat kukuh di negeri itu.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, walaupun pelbagai tuduhan dan ‘serangan’ yang dibuat UMNO dan BN terhadap parti itu namun tidak menggugat kedudukan mereka, malah semakin stabil dengan segala usaha bagi memajukan negeri itu.

PRU ke-13 tidak mungkin sebelum 2012

  Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengetuai kerajaan pusat sejak lima dekad lalu tidak mungkin akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum 2012 meskipun banyak pihak membuat spekulasi pilihan raya umum tergempar, kata laporan Economist Intelligence Unit (EIU) dikeluarkan semalam.

IBRAHIM ALI KATA TUAN GURU NIK ABD. AZIZ KURANG BERTAQWA

Hebat betul Ibrahim Ali ni, selepas muncul juara lompat melompat kini cuba untuk mengambil alih tugas Majlis Fatwa. Semalam dalam majlis Berbuka Puasa di Kelab Sultan Sulaiman beliau berkata Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai seorang yang beriman tetapi kurang bertakwa apabila bertindak mempertahankan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral pada Ahad lalu.

Wednesday, September 1, 2010

Perutusan Hari Kemerdekaan Ke-53 Lim Guan Eng

Dengan rasa rendah diri, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka 2010 kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.
Tidak ada gunanya jika kita melaungkan Merdeka tetapi kosong tanpa amalan.  Tidak ada gunanya bercakap soal perpaduan kaum jika ada anasir-anasir yang meniupkan api perkauman.  Tidak ada gunanya mengaku anti-perkauman jika membiarkan musuh-musuh perpaduan menggalakan sikap benci-membenci antara kaum dan agama.

Tandatangan online sokong hapus saman ekor

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap anak-anak muda seluruh negara dapat bersama menurunkan tandatangan secara online sebagai tanda sokongan menghapuskan saman ekor yang dilihat tidak mendidik pemandu sebaliknya memeras wang rakyat dengan cara halus.
Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, ini lanjutan daripada pelancaran Kempen Sejuta Tandatangan Bantah Saman Ekor yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas di Bazaar Ramadhan Pasar Keramat.
Tambahnya, tandatangan bolehlah diturunkan di alamat http://www.petitiononline.com/saman/petition.html mulai sekarang dan akan berakhir pada 31 Oktober nanti.

Monday, August 30, 2010

jawapannya kenapa..........

Malas nak pasang Jalur Gemilang sebab UMNO/BN buat negara ni macam mak bapak dia yang punya. Jadi suruhlah mak bapak dia yang pasang.
Kalau bendera negeri aku boleh pasang, tak dak hal punya.
Patriotik, patriotik juga, tapi jangan sampai tak dak otak, pemerintah berlaku zalim, kita dok sokong membabi buta.

Kenapa rakyat tak kibar bendera?

BARU-baru ini wartawan media arus perdana membuat tinjauan di ibu kota Kuala Lumpur, bersempena dengan kehadiran bulan Ogos yang juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan.

Selama dua jam wartawan tersebut duduk di jalan utama di tengah-tengah kesesakan di pusat bandar, didapati tiada satu pun kenderaan awam yang memasang bendera Malaysia. Yang ada hanyalah teksi dan kenderaan perniagaan. Itu pun tidak banyak, jumlahnya boleh dikira dengan jari.
Daripada hasil tinjauan tersbut, boleh disimpulkan bahawa semangat kemerdekaan di kalangan rakyat kian luntur dan amat berkurangan.

Mana Ada Orang Macam Lim Guan Eng Dalam MCA Dan Gerakan!

Oleh dperbatasan
Pemimpin MCA, Gerakan, PCM..ada ke ikut perangai Lim Guang eng yang mesra rakyat ini. Semestinya jawapannya tidak. Memang pemimpin BN lebih bermatlamatkan duit, daripada tolong rakyat..Semoga Allah beri hidayah kepada Lim Guang Eng ini...

Search This Blog