Monday, April 20, 2009
apa dah jadi dengan UMNO dan BN...
bila ADUN atau ahli PARLIMEN meletak jawatan pasti ada sebabnya. tak kira lah samada masalah dalaman parti atau masalah peribadi. tapi yang penting, tindakan demikian adalah untuk kebaikan parti dan rakyat. jika wakil rakyat tersebut mempunyai masalah yang bakal memudaratkan parti dan rakyat maka memang sewajarnya wakil rakyat tersebut meletak atau di suruh meletakkan jawatannya.
jangan kerana takut untuk berdepan dengan rakyat...bermacam-macam alasan diberi untuk tidak bertanding bila satu lagi PRK bakal diadakan. kekalahan demi kekalahan yang di terima oleh UBN dalam PRK yang lalu tidak sepatutnya menjadikan UBN sebagai pengecut. mereka kena belajar menerima hakikat bahawa masa untuk mereka berkuasa sudah hampir ke penghujungnya.
dulu semasa PAS tidak meletakkan calon nya pada PRK temerloh, bermacam-macam tohmahan dilontarkan kepada PAS. sedangkan PAS pada masa itu enggan untuk bertanding PRK tersebut kerana hilang kepercayaan pada SPR. tetapi tetap menyertai PRU12 kerana berpendapat walaupun SPR tidak berlaku adil sepenuhnya dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya, tetapi demi untuk kelangsungan proses demokrasi PAS dan PR tetap menyertainya.
kita lihatlah nanti apakah UBN ini mempunyai kekuatan untuk terus menghadapi kekalahan seterusnya atau akan terus berdolak dalik untuk lari dari menerima kenyataan.
PPIM dakwa pam laju keluarkan sedikit minyak
KUANTAN - Jika bil air tinggi disebabkan air yang dipam bersama tekanan udara, demikian juga ketika mengisi minyak di stesen minyak.
"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.
Menurutnya, keadaan itu tidak disedari kebanyakan pengguna kerana mereka tidak peduli kuantiti sebenar minyak yang dipam.
Wartawan Kosmo! yang ingin menguji dakwaan Noor Nirwandy itu telah mengisi minyak ke dalam dua botol di dua stesen minyak berasingan dan mendapati kuantitinya berbeza walaupun harga yang dibayar adalah sama.
Noor Nirwandy berkata, keadaan tersebut berlaku apabila petrol yang diisi telah bercampur wap semasa dipam.
"Ia menjadikan paparan digit pada mesin pam menunjukkan minyak yang dipam adalah satu liter namun kuantitinya sedikit berbeza disebabkan kemasukan bersama udara (wap). Bagaimanapun, kami belum membuat kajian terperinci mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, pihaknya juga kerap menerima aduan dan mengakui perkara tersebut memang berlaku namun hasilnya bergantung kepada cara pengguna mengisi minyak.
"Lebih baik isi minyak dengan perlahan bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan.
"Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas," jelasnya.
Penghakiman kes Speaker Dun Perak, mahkamah salah masuk?
| | |
| Dalam membuat keputusan yang menghukumkan Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Mahkamah Persekutuan mengambil sikap yang berbeza dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengambil kira kedudukan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Kata Prof. Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai permohonan 10 perintah yang belum kesemuanya dikeluarkan. Perkara 72(1), kata Aziz, jelas memberi imuniti kepada prosiding dewan. "Oleh kerana Tan Sri Alauddin Sheriff masih belum memberikan penghakiman bertulis, sebenarnya kita masih kabur. Tetapi ini mungkin dibangkitkan oleh peguam Sivakumar dalam prosiding di mahkamah berkenaan," katanya lagi. Apa pun, kata pakar perlembagaan itu, keputusan mahkamah dalam kes-kes terdahulu seperti Lim Cho Hock (1979), Tun Datu Haji Mustapha (1986) dan Haji Salleh bin Jafarudin (1986) menjunjung peruntukan dan semangat Perkara 72(1) yang tidak membenarkan mahkamah menyentuh perjalanan dewan. "Ini menyebabkan ramai yang terpinga-pinga dengan keputusan mahkamah berkenaan, sebab itu jelas menyalahi sesuatu yang telah termaktub dan diamalkan," kata beliau. Aziz juga menimbulkan persoalan tentang kedudukan perintah-perintah yang dipohon itu di sisi undang-undang. Katanya mahkamah tidak boleh mempersoalkan kewajaran tindakan badan perundangan. "Sebab itu mahkamah enggan membincangkan soal apakah sesuatu undang-undang itu adil atau sebaliknya", tambahnya. Beliau berkata mahkamah, dalam melakukan semakan kehakiman, selalunya menangani soal bidang kuasa. "Selagi sesuatu undang-undang itu masih di dalam bidang kuasa dewan berkenaan maka mahkamah akan melaksanakan undang-undang itu biar bagaimana tidak adil sekalipun", katanya. Perintah-perintah seperti injuksi dan seumpamanya selalunya dikeluarkan ke atas badan-badan atau agensi yang diwujudkan oleh badan perundangan, baik parlimen maupun DUN. "Jadi saya berasa musykil bagaimana peguam berkenaan boleh memohon supaya mahkamah mengeluarkan perintah ke atas speaker yang merupakan sebahagian daripada dewan", tambah Aziz. Beliau berkata perintah juga boleh dikeluarkan ke atas menteri tetapi tidak ke atas kabinet yang merupakan badan eksekutif. "Jadi keputusan Mahkamah Persekutuan di Perak ini amat ganjil kerana ia tidak selaras dengan peruntukan perlembagaan dan amalan yang telah berjalan selama ini". Aziz juga menimbulkan sikap salah seorang hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin yang bersetuju dengan Tan Sri Alauddin Sheriff. Kata Aziz ini tidak konsisten kerana di dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim (2006) Zulkefli tidak memberi perhatian kepada soal prosedur yang dibangkitkan oleh Anwar dalam pemecatannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1998. "Dalam kes saman Anwar ke atas Mahathir itu Zulkefli merujuk kepada kuasa mutlak Perdana Menteri. Sepatutnya dalam kes Sivakumar ini Zulkefli harus mengambil pendekatan yang sama dan menentang keputusan Alauddin dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang lain," katanya. Aziz berkata kes-kes perlembagaan perlu ditangani dengan prioriti yang betul; soal prosedur harus tidak menjadi halangan kepada isu pokok. "Prosedur dan isu teknikal bertujuan membantu dan meregulisasi bukan menafikan hak," tegasnya lagi. |
Sidang Dun Perak: Speaker dihina?
| | |
| IPOH, 19 April (Hrkh) - Speaker Dun Perak, V. Sivakumar melahirkan rasa kesalnya di atas tindakan Setiausaha Dun, Haji Abdullah Antong yang memanggil persidangan Dun tanpa pengetahuan beliau. "Adakah ini usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan Speaker?" soal V. Sivakumar mengenai prosuder penghantaran surat panggilan Sidang DUN pada 7 Mei akan datang. Beliau memaklumkan kepada media bahawa beliau tidak tahu langsung mengenai tarikh persidangan yang sepatutnya dibincang terlebih dulu dengannya kerana sifat Speaker sebagai "ketua" Dun. "Saya baru tahu tarikh sidang setelah menerima surat yang dihantar oleh Haji Abdullah Antong pada jam 10.30 pagi kelmarin. Beliau tidak berminat untuk mengulas mengenai 7 Mei yang telah mendapat perkenan Sultan. Yang penting katanya "wrong approach" dan tidak ikut protokol "memaklum perkenan itu kepada Adun". Sivakumar juga mempersoalkan tarikh sidang yang ditetapkan yang disifatkan sebagai berkata "kenapa kelam kabut?" Sebagai perbandingan dia bertanyakan sekiranya Speaker Dewan Rakyat, Pendekar Amin menghadapi apa yang dialami beliau adakah dia boleh berdiam diri? Demikianlah beberapa perkara besar yang menjadi kontroversi mengiringi tarikh sidang yang kononnya ditetapkaan oleh pihak "perampas kuasa" tanpa pengetahuan Speaker di Negeri Perak pada 7 Mei akan datang. Semasa ditanya kepada Adun Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyuokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengenai adakah Adun PR akan hadir pada sidang 7 Mei katanya, "perkara itu tidak berbangkit kerana sekarang kita mempersoalkan bagaimana surat panggilan sidang itu disampaikan kepada kami, sah atau tidak" |
Kini Baju PKR Tapi Jiwa Masih UMNO
Kalau bukan
Datuk Sri Anwar meletakkan inti pati perjuangan menentang ketidak adilan, rasuah, reformasi tetapi yang lain kebanyakannya tidak terjerap pun tuntutan perjuangan ini. Di dalam Umno dulu kebanyakan bergantung kepada Datuk Sri Anwar, maka apabila tertubuhnya PKR, mereka mengharap apa yang dimiliki oleh Datuk Sri Anwar dalam Umno akan ada di dalam PKR.
Apa yang silapnya?
Yang silap ialah kerana mereka terus membawa bungkusan, galasan, fail-fail malah perlembagaan Umno masuk ke pejabat PKR. Mereka membawa akta dan peraturan bisnes, penswastaan, lesen kontraktor dan slogan korporat Umno; esok mau makan siapa?
Mereka melaung ‘Reformasi’ dan ‘Keadilan’.
Tetapi pernahkah anda terfikir dan mendapat tahu, selepas mereka (terutama yang berjawatan) memasuki PKR, mereka telah bersedia duduk bersila, berhimpit sesak dalam saf mendengar tuan guru membaca kitab-kitab tentang hubbuddunya, hablumminannas. Pernahkah anda dengar setiap minggu ada usrah dari naqib-naqib?
Dalam ertikata yang lain, mereka tidak ada kitab untuk dijadikan pegangan perjuangan, iaitu kitab seperti yang ditulis oleh Fathi Yakan “Kenapa Aku Memilih Islam” dan lain-lain. Ertinya dalam perjuangan PKR, tidak ada satu kitab rujukan “Kenapa Saya Masuk PKR?”
Saya menulis begini hanya sebagai satu tamsil dan ibarat sahaja. Dalam ertikata yang lain, seseorang yang ingin menyertai sesebuah parti politik, ia perlu ditanam pancang yang kuat.
Pas (bukan nak puji tak tentu hala) yang partinya berdasarkan kepada perjuangan Islam, menegak Islam, meletak Qur`an di atas, maka ahli-ahlinya terlebih dahulu mengenali Islam serta cabangnya sedikit sebanyak. Selepas itu barulah mereka masuk Pas.
Maka atas alasan ini kita jarang mendengar, walaupun badai taufan kebendaan, kemewahan yang ditawarkan kepada ahli-ahli Pas, jarang berlaku tunggang terbalik. Jarang malah hampir tidak ada Adun Pas yang boleh dibeli, letak jawatan atau lompat parti. Kelantan pernah berkuasa hanya dengan satu suara majoriti, tetapi orang lain tidak mampu memelompatklan seorang Adun tersebut.
Orang-orang PKR kenalah tanya, kenapa boleh jadi begitu? Ketika bersumpah hendak menjadi calon bertanding, wakil Pas dimestikan membuat perjanjian dengan sumpah, selain memberi bai`ah, taat kepada pemimpin, mereka diingatkan bahawa sepanjang mereka menjadi wakil mereka dilihat oleh Tuhan dan mereka adalah orang yang diberi amanah.
Apalah sangat dengan janji taat setia begitu? Sedangkan dalam mana-mana parti pun, perjanjian dan pengakuan seperti ini dibuat.
Bagaimana pun, perjanjian, pengakuan kedua-dua ini sangat berlainan. Pas ada roh janji setia berlandaskan Tuhan, keikhlasan, telus, amanah dan ini bukan menefesto, perlembagaan parti tetapi ia berasaskan taqwa. Orang yang tidak ada pancang taqwa ini tidak akan dapat menerima hakikat ini.
Maka kerana itu, saya memandang PKR, apa yang berlaku akhir-akhir ini, sama ada melompat, keluar dan letak jawatan, ia bukan berakhir dengan memilih orang lain bertanding. Ini masalah dalaman, masalah roh, masalah ketaqwaan.
DUN Penanti, bagi saya, letaklah siapa pun hal yang sama akan berulang. Datuk Zaharin bukan penyelesaian atau YB Malik bukan penyelesaian. Mereka sama seperti tokoh-tokoh yang lain, berakar umbi dari Umno dan apa yang berlaku kepada Fairus, bukan mustahil berlaku kepada juak-juak PKR yang lain.

Oleh kerana itu, Datuk Sri Anuar mestilah bertindak cepat. Beliau mestilah menubuhkan satu Jawatankuasa atau Majlis Ulama PKR. Wajibkan setiap pemimpin, YB-YB dan Jawatankuasa parti mengikuti kuliah, usrah dari Majlis Ulama. Tanamkan kepada mereka kewajipan berjuang, keikhlasan, kejujuran, ketelusan dan minta mereka belajar mengikis sekeping demi sekeping daki danur Umno yang ada di dalam diri mereka.
Cepat-cepatlah belajar dari Pas. Setiap AJK, pemimpin parti, Adun atau YB dimestikan mengikuti usrah bulanan. Di sana mereka akan ditarbiah secukupnya.
Kita bukan menuduh hal ini buta tuli. Kejadian di Bukit Selambau, di mana Manikumar di pilih menjadi calon, maka muncul bantahan-bantahan, kemudian sampai keluar parti.
Apa jadahnya hal seperti ini, kalau bukan kerana perjuangan hanya mahu pangkat dan kedudukan? Bukankah ini tidak ada tarbiah yang sepatutnya?
Adakah Pas jadi begitu. Minta dijauhkan Allah dari takbur. Di Kuala Terengganu atau di Bukit Gantang sepatutnya ada ahli Pas bangun berontak sebab yang terpilih mereka yang sudah jadi YB, tapi Alhamdulillah dengan kefahaman yang mereka miliki, dengan erti jihad, erti telus, erti jujur dan berjuang kerana Allah, tidak ada pun yang muncul berontak apa lagi yang keluar parti. Malah boikot jentera pun tidak.
Apa yang berlaku dalam PKR menggambarkan perjuangan mereka bukanlah satu perjuangan yang memiliki kelainan, malah mereka masih berjiwa Umno walaupun sudah lama berbaju PKR.
Sokongan rakyat sekarang Alhamdulillah. Tetapi ia bukan seratus peratus kepada PKR sebaliknya rakyat mahukan satu perubahan, satu alternatif dan perubahan atau alternatif itu ada pada PR. Mood rakyat sekarang bukan kepada BN maka apa saja yang ada untuk mereka memilihnya, mereka akan memilih bukan Umno/BN.
PKR perlu muhasabah tentang ini. Yang jujur dalam PKR hanya seorang saja, iaitu Datin Sri Wan Azizah yang sanggup melepas kawasan kepada Datuk Sri Anwar. Tapi itupun kerana Datuk Sri Anwar. Mungkinkah akan dilepas jika bukan Datuk Sri Anwar?
Apapun cara penyelesaian yang dibuat kepada bekas Adun Penanti itu tidak akan dapat menjamin PKR dari tidak berlaku lagi. Yang mesti dikutuk ialah kepada orang yang menikam Fairuz dari belakang dan orang-orang seperti inilah yang mesti ditarbiah secukupnya kerana orang seperti inilah berbaju PKR tetapi jiwa tetap Umno; Umno dalam konteks ini ialah sikap dan karenah, feel keUmnoan apabila berada di dalam PKR.
Di Pulau Pinang, maaf cakaplah kerana saya tidak belajar politik tinggi. Tetapi dalam telaah dan firasat, tak seorang pun dari kalangan pemimpin PKR boleh menjamin ia tidak akan berulang seperti apa yang berlaku kepada Fairuz. Ia akan berulang. Ia pasti berulang selagi jiwa mereka jiwa Umno.
Atas alasan apa telaah dan firasat ini?
Bacalah dan lihatlah lenggok lenggang, langkah-langkah, dongak dan senyum, gaya dan stail. Mereka masih 80% Umno hanya 20% sahaja PKR. Yang boleh bertahan pun kerana Lim Guang Eng duduk di atas.
Mahukah kita menerima kenyataan ini?
Dr. Mahathir arahkan BN untuk bertanding di DUN Penanti
Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan mengubah keputusannya dan akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil dikerusi tersebut untuk memuaskan hati Dr. Mahathir. Dr. Mahathir yang juga “Ketua Umum Umno” akan berkempen bermati-matian bagi memastikan calon daripada partinya memenangi pilihanraya kecil tersebut. |
Penanti: Pakatan dakwa BN bimbang
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Barisan Nasional (BN) sebenarnya takut untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, justeru menyatakan kemungkinan tidak akan meletakkan calon.
Pengarah Strategik PKR, Saifuddin Nasution berkata, kekalahan BN kepada Pakatan Rakyat dalam empat pilihan raya kecil secara berturut-turut sebelum ini iaitu di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang serta DUN Bukit Selambau menyebabkan BN tidak yakin untuk terus bertanding.
"Tindakan itu didorong oleh keadaan politik semasa yang mana mereka diselubungi kebimbangan kerana tumpas dalam empat pilihan raya kecil sebelum ini.
"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, BN tumpas secara berturut-turut seperti itu," katanya ketika dihubungi mStar Onlinen hari ini.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, berkemungkinan BN tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen.
Kerusi DUN Penanti yang berada dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh kini kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, jika BN bertanding di Penanti, parti itu akan bertanding sebagai calon 'underdog' dan hal itu akan memberi keadaan yang tidak selesa kepada BN.
"Soal pembaziran wang rakyat dan PKR main-main seperti yang dikatakan Najib itu tidak timbul sebenarnya.
"Alasan sebenarnya adalah BN tidak mahu masuk sebagai calon underdog," katanya.
Beliau berkata, jika BN tidak meletakkan calon sekali pun, itu tidak bermakna proses demokrasi dalam negara ini sudah mati.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan pilihan raya kecil hanya perlu diadakan jika berlaku kematian juga tidak boleh diterima kerana sejarah menunjukkan pilihan raya kecil juga pernah diadakan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Abu Hassan Omar yang ketika itu seorang Ahli Parlimen bertanding di DUN bagi membolehkan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Muhammad Muhd Taib pada 1997.
"BN tidak boleh lupa sejarah. Pilihan raya kecil DUN itu juga sengaja diadakan, bukan disebabkan ada kematian," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, beliau berasa hairan dengan kenyataan Mohd Najib itu kerana katanya, BN adalah parti yang paling berminat untuk bertanding sekiranya berlaku pilihan raya kecil.
"Sejak 50 tahun lalu, setiap kali adanya pilihan raya kecil, BN lah yang paling berminat untuk meletakkan calon.
"Kenapa kali ini tidak berminat pula? Itu betul-betul membingungkan saya," katanya.
Dr. Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, tindakan Fairus meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti adalah disebabkan tidak tahan dengan tekanan yang dihadapi berikutan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah.
"Siapa yang menghebohkan perkara itu kalau tidak Umno.
"Janganlah sudah baling batu kemudian sembunyi tangan. Selepas sudah memberi tekanan, kini tidak mahu bertanding pula," katanya.
Beliau berkata, alasan BN bahawa pertandingan itu nanti hanya membazirkan wang rakyat juga tidak harus timbul kerana perkara itu tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau amat menyokong tindakan BN untuk tidak meletakkan calon di DUN Penanti.
"Jika alasannya adalah tidak mahu membazir, saya amat menyokong kerana ia adalah satu tindakan politik yang rasional.
"Tidak semestinya setiap kali pilihan raya kecil, parti pemerintah mesti meletakkan calon," katanya.
Beliau yang juga ADUN Salor berkata, tindakan itu pastinya akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut.
Saturday, April 18, 2009
umno fobia dengan PRK
parti keadilan dan PR bukan macam BN..menyimpan orang yang terlibat dengan rasuah. jika didapati wakil atau calonnya terlibat dengan gejala rasuah dan memang terbukti kesalahan tersebut maka wajarlah mereka meletak atau disuruh meletakkan jawatan.
dan pula, kenapa umno takut sangat nak hadapi pilihanraya tersebut? bukankah umno mendakwa rakyat menyokong mereka. dan bukankah sebelum ini punca rakyat menolak BN pada PRU12 yang lalu disebabkan oleh pak lah dan anak beranaknya. tapi sekarang pak lah dan anak menantunya telah pun di nisankan oleh najib dan muhyidin. kenapa pembaziran wang rakyat dijadikan alasan. tapi bila begitu banyak wang rakyat digunakan untuk wanita pertama yang melakukan lawatan ke negeri sembilan tidak membazir? bila duit rakyat digunakan untuk membayar komisen yang tidak munasabah bagi pembelian kapal selam tidak membazir?
jika benar tindakan keadilan ini dianggap permainan politik, jadi apa masalahnya. memanglah keadilan itu pun sebuah parti politik...jadi nak main apa lagi? tak kan nak main masak-masak dengan rosmah kot. jangan lah takut...hadapilah kenyataan bahawa umno dan BN sudah hampir kepada masa untuk menuju kehancuran... disebabkan oleh kemungkaran dan penyelewengan yang telah anda lakukan lebih 50 tahun lamanya. persiap lah diri untuk menghadapi saat-saat yang semakin hampir itu.
untuk PR teruskan perjuangan....lawan tetap....lawan.
takbir..takbir...takbir
Tiada lagi k'jaan campuran PAS-BN
| PAS mengambil keputusan tidak akan meneruskan perbincangan berhubung cadangan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan campuran dengan BN. "Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini. "Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lepas, yang turut dihadiri Abdul Hadi, dua naib presidennya Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dan lebih 10 ahli jawatankuasa. Dzulkifli, juga ahli parlimen Kuala Selangor, berkata keputusan itu dibuat selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam. Dalam mesyuarat yang sama, PAS juga mengambil keputusan untuk tetap dengan keputusan muktamar tahun lalu untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Ahmad pula berkata agenda kerajaan perpaduan telah dibangkitkan oleh Abdul Hadi sendiri ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut. Sebaliknya, tambahnya yang juga pesuruhjaya PAS Perak, tidak ada perbincangan khusus berhubung agenda tersebut dalam mesyuarat itu. Katanya, cadangan presiden kini "hanya tinggal sebagai lontaran idea dan menjadi lipatan sejarah". Manakala seorang lagi ahli jawatankuasanya Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu kerajaan perpaduan tidak dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat tersebut. "Tidak buat keputusan rasmi ... ia tidak timbul (lagi) selepas kepimpinan negara bertukar daripada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada Najib," katanya. |
Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
| Mohamed Hanipa Maidin | |
| Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak? Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat. Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut. Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan. Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut: Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan. Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah. lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas. Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar. Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut. Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut: 1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang. 3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah. 4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang. 5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya. 6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak. 7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009. 8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah. Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan. Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka. Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut. Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya. Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak. Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku. Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang. Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker. Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini. Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- |
Friday, April 17, 2009
Kes MB Perak vs Sivakumar undang bahaya
| | |
| Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Dato' Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak didakwa memberi implikasi 'bahaya' selepas ini. Demikian kata peguam muda, Abdullah Abdul Karim kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu tersebut. Bagi Abdullah, ia memberi implikasi kepada persoalan 'separation of power' (pengasingan kuasa) iaitu kuasa Speaker itu sendiri sudah boleh dibawa ke mnahkamah untuk dicabar. Kes ini katanya menjadi 'president' dan tidak mustahil akan berulang selepas ini. "Nampaknya dewan itu sendiri kini tidak bebas, dan kuasa speaker boleh dicabar.Ia akan menyebabkan tidak ada lagi keistimewaan kepada Speaker.Ini akan mengundang bahaya," katanya. Teori pengasingan kuasa yang biasa diamalkan di negara Komanwel hari ini sudah tidak dipakai lagi dengan keputusan ini, katanya. Maknanya selepas ini di Dewan Rakyat sekalipun,sebarang tindakan yang dibujat Speaker Dewan akan terdedah untuk dibawa ke mahkamah,katanya. Sebelum ini, Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran Dun |
DAP anggap mahkamah campuri urusan perundangan
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata dengan keputusan itu, semua percakapan atau perbuatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen kini boleh disemak oleh mahkamah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan berkata, keputusan itu juga memberi nama buruk kepada badan kehakiman dan mewujudkan duluan yang berbahaya.
"Dengan memulakan campur tangan dalam badan perundangan dan menjejaskan reputasi badan kehakiman, keputusan mahkamah pagi ini (semalam) boleh diabaikan oleh DUN.
"Keputusan mahkamah ini juga hanya deklarasi, bukannya kuasa menghalang.
"Deklarasi hanya satu luahan pendapat. Hakim memberi pendapat mereka mengenai kuasa Speaker DUN," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat kepemimpinan Pakatan Rakyat Perak di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Osman Abdul Rahman; Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, semua 28 Adun Pakatan Rakyat akan menghadiri Sidang DUN yang dijangka akan dipanggil oleh Barisan Nasional (BN) tidak lama lagi, berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.
Katanya, Adun Pakatan Rakyat menunggu notis dua minggu yang akan dikeluarkan Setiausaha Dewan yang baru, Mohd Misbahul Munir Masduki.
Beliau berkata, Speaker DUN Perak, V Sivakumar menggantung tugas Setiausaha Dewan sebelum ini, Abdullah Antong Sabri, bulan lalu.
Dalam perkembangan lain, Mohammad Nizar berkata, Ipoh akan menjadi tuan rumah kepada konvensyen Pakatan Rakyat peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 8 dan 9 Mei ini.
Pakatan tolak runding dengan BN
Oleh Wan Faizal Ismayatim
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sependapat dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Kamaruddin Jaafar, bahawa rakyat Perak mungkin melakukan rusuhan seperti di Thailand, jika Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu tidak dibubarkan segera.
Beliau berkata, krisis politik di Perak hanya dapat diselesaikan melalui pembubaran DUN bagi membolehkan kuasa penentu dikembalikan kepada rakyat menerusi pilihan raya negeri.
"Kemungkinan (perkara sama seperti di Thailand berlaku di Perak), memang kemungkinan... mana ada orang boleh terima cara macam tu, Malaysia ni bergerak dengan cara demokrasi, orang yang hilang dan tak ada di rumah, tiba-tiba muncul bersama Perdana Menteri sekarang.
Nak ambil negeri guna pilihan raya, jangan rampas kuasa macam tu... kemungkinan berlaku (seperti di Thailand)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Penambahbaikan Masjid Al-Mukhlisin di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, turut menolak sebarang usaha perundingan antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan krisis politik di Perak kerana menurutnya biar rakyat membuat keputusan menerusi pilihan raya.
"Perundingan ialah pilihan raya, itu perundinganlah. Krisis yang berlaku di Perak tidak akan selesai kecuali bubar DUN dan diadakan pilihan raya," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Kamaruddin dalam laman web Harakah Daily, beberapa hari lalu yang mendakwa tidak mustahil rakyat Perak akan melakukan tunjuk perasaan seperti di Thailand jika DUN Perak tidak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz, menyambut baik konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, konsep berkenaan perlu ditonjolkan bagi menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dan pada masa sama mendesak Umno tidak lagi mengamalkan prinsip ketuanan Melayu yang dakwanya tidak lagi diterima rakyat.
"Konsep Satu Malaysia perlu ditonjolkan, boleh. Saya nasihatkan pada orang Melayu dalam Umno, tinggal Ketuanan Melayu dan ambil Ketuanan Islam kerana ini bukan masalah Pas, tetapi untuk dunia akhirat," katanya.
MAJLIS PEGUAM TIDAK PUAS HATI KEPUTUSAN MAHKAMAH
Walaubagaimanapun, Menurut Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan, Keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak menyelesaikan isu tersebut sepenuhnya dari segi undang-undang dan politik. Keputusan Mahkamah masih mempunyai banyak kekaburan dan lacuna yang tidak terjawab.
Menurutnya lagi, Majlis Peguam Malaysia tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan kerana ia telah mengambil kuasa daripada wakil yang dipilih oleh rakyat dan diberikan kepada pentadbir kerajaan yang dilantik untuk menentukan kedudukan kekosongan kerusi dewan negeri.
Untuk menyelesaikan masalah ini Mahkamah Persekutuan perlu mengkaji semula keputusannya yang berpihak kepada Suruhanjaya Pilihanraya.a
SURAT DATUK HUSAM KEPADA DATUK ZAMBRY
Assalamualaikum wr wt.
PEMBUBARAN DUN PERAK
Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.
YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya.
Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.
Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai ‘Menteri Besar’ tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.
Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak.
Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa Kerajaan Perak.
Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah.
Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan tindakan berkenaan.
Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan berlebih lagi.
Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil?
Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai ‘Menteri Besar Perak’ sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?
Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi.
Salam
Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi’ul Akhir 1430/
9 April 2009
KUASA SPEAKER MENGIKUT PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK
Bukankah perintah tetap ini memberi kuasa muktamad kepada Speaker untuk mentafsir kandungan keseluruhan Perintah-perintah Tetap. Hanya Speaker sahaja yang berhak mentafsir Perintah-perintah Tetap. Pihak lain tidak mempunyai kuasa langsung dalam memberi pentafsiran undang-undang Dewan Negeri.
Dari Blog Speaker DUN Perak