Tuesday, April 14, 2009

Ubah jika perlu - Nik Aziz

MACHANG 13 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada para perwakilan muktamar parti itu Jun ini untuk menentukan barisan kepimpinan Pas termasuk bagi jawatan presiden.

Katanya, barisan kepimpinan parti sedia ada tidak semestinya kekal, dan jika para perwakilan inginkan perubahan maka ia wajar dilakukan ketika berlangsungnya muktamar parti itu kelak.

"Kalau ada yang perlu diubah, ubahlah. Ia bergantung kepada ahli-ahli di peringkat cawangan dan perwakilan yang dipilih untuk mengundi nanti.

"Malah kalau ada sesiapa rasa berkemampuan bertanding, tidak salah untuk tawarkan diri kerana mereka mempunyai hak," katanya ketika ditanya mengenai proses pemilihan dalam parti itu yang akan dijalankan Jun ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong dan Sambutan Hari Air Sedunia 2009 di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz mengulas kemungkinan berlaku perubahan barisan kepimpinan parti itu untuk disesuaikan dengan tuntutan keadaan.

Keputusan mahkamah hari ini

PUTRAJAYA 13 April - Keputusan sama ada Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri menggunakan pendekatan undang-undang yang betul bagi mencabar keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar melarang mereka menghadiri sidang Dewan, akan diputuskan esok.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff menetapkan demikian setelah mendengar bantahan awal peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Sivakumar.

Beliau bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.

Sebelum itu, panel tersebut menolak bantahan awal pertama yang dikemukakan oleh Sulaiman agar tafsiran isu perlembagaan melibatkan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak 1957 dalam saman pemula itu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Pada peringkat itu, Sulaiman sekali lagi mengemukakan bantahan awal dengan menyatakan, pemohon-pemohon melakukan prosedur yang salah ketika memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi tersebut.

Beliau menyatakan, saman pemula itu jelas merupakan tindakan memintas dan penyalahgunaan kuasa mahkamah kerana mereka sepatutnya mengemukakan permohonan melalui semakan kehakiman mengikut Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Bagaimanapun, peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaludin yang mewakili ketujuh-tujuh pemohon berhujah, Aturan 53 tidak boleh diguna pakai pada peringkat ini kerana ia tidak melibatkan semakan terhadap mana-mana keputusan mahkamah.

Menurut beliau, anak guamnya hanya memohon perisytiharan agar keputusan menggantung dan melarang mereka itu adalah tidak sah dan terbatal kerana ia bertentangan dengan undang-undang.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exco itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.

Negeri Mana Yang Bubar DUN Dulu,Perak Atau Terengganu



Oleh Angkasanuri

Terangga nu kini masuk dalam senarai DUN yang akan dibubarkan selepas Perak. Sabah dan Sarawak juga bakal berhadapan pembubaran DUN bagi memberi laluan pilihanraya negeri diadakan.

Cuma yang menariknya kita menunggu DUN mana yang akan dibubarkan dulu. Dun Perak akan terbubar dengan sendirinya sekiranya sidang DUN tidak diadakan dalam tempoh 6 bulan iaitu selewat-lewatnya 24 Mei depan mengikut pelembagaan negeri. Jika sidang Dun 'bawah pokok' diambil kira maka tempoh hayat Dun Perak boleh bertahan sehingga bulan September tahun ini.


Namun, jika sidang Dun bawah pokok tu diterima, bermakna segala keputusan yang dibuat adalah sah mengikut undang-undang. Tetapi saya yakin Umno@BN tidak akan beri 'perkenan' sidang Dun berkenaan.

Di Terangganu telah wujud desas-desus yang kuat akan wujud 'pemberontakan' daripada kumpulan Datuk Idris Jusoh kepada MB sekarang, Datuk Ahmad Said untuk mengemukakan usul tidak percaya. Walaupun dalam tempoh sehingga Rabu ini tidak ada sebarang usul tidak percaya dikemukakan tidak bermakna Ahmad Said boleh menarik nafas lega.Bila-bila masa usul tak percaya boleh dibuat walaupun Datuk Rasol Wahid dalam team Idris Jusoh kata isu itu tidak pernah dibincangkan.

Dalam masa yang sama DUN Sabah dan Sarawak semakin menuju tempoh matang. Dun boleh dibubarkan bila-bila masa dari sekarang. Tetapi dalam keadaan sekarang beranikah kerajaan BN yang memerintah membubarkan Dun di Sabah dan Sarawak?

Jom kita terus berspekulasi, Dun mana yang akan dibubarkan dulu? Dun Melaka?

Monday, April 13, 2009

Undi Melayu tidak merosot, undi Cina makin bertambah. Bukti PAS kian diterima .




"Saya masih ingat pada tahun 1994, ketika Tuan Guru Nik aziz dalam kempen pilihan raya kecil Lundang beliau pernah mengatakan akan tiba satu masa duit tidak lagi laku dalam pilihan raya. Jadi pada hari ini sudah terbukti apa yang pernah dikatakan oleh beliau" kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika interbiu Salmiyah harun. Beliau turut mengulas lanjut berhubung keputusan pilihan raya Bukit Gantang yang memberi tamparan hebat kepada BN.


Keputusan di Bukit Gantang akhirnya memberi kemenangan kepada rakyat, bagaimanapun nampaknya BN tetap menafikan keputusan itu adalah referendum rakyat? Apa komen Dato'?

DATO' WAN ABDUL RAHIM: Keputusan pilihan raya ini memberikan suatu gambaran semasa tentang sikap dan pendirian pengundi Bukit Gantang yang bagi saya merupakan satu bentuk referendum walaupun dinafikan oleh BN.
Tetapi dari sudut masanya, inilah peluang rakyat Bukit Gantang khususnya, dan rakyat negeri Perak umumnya menyatakan sikap mereka mengenai apa yang berlaku peralihan kuasa di Perak.
Ini dibuktikan dengan pengakuan oleh Dato' Zambry Abdul Kadir ketika mengulas pada pengumuman keputusan pilihan raya baru-baru ini, bahawa keputusan ini adalah satu petanda sikap rakyat ke atas apa yang berlaku di Perak.
Ini juga secara rasminya adalah referendum rakyat. Apa yang penting semua pihak meneliti keputusan ini, yang jelas daripada rakyat Perak yang menghadapi kegawatan politik yang sedang berlaku.

Perak mempunyai majoriti 50-50 di kalangan Melayu dan Cina. Daripada pemerhatian Dato' bagaimana 'trend' pengundian di Bukit Gantang?

Trend pengundian menunjukkan pengundi-pengundi Cina dengan jelas menggambarkan sikap mereka dalam pemilihan antara PAS dengan Umno. Apa yang dicapai di daerah mengundi yang mempunyai 97 peratus pengundi Cina misalnya di Kuala Sepetang.
Di sini PAS mendapat undi 85 peratus daripada pengundi Cina. Saya membuat kesimpulan ini bahawa 85 peratus daripada masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat. 85 peratus undi popular diberikan kepada PAS manakala 15 peratus sahaja kepada BN.
Oleh kerana pengukuran sokongan Cina kepada PAS hanya boleh dibuat di sini, kerana Melayu daripada 3,300 orang sahaja, di tempat-tempat lain pengundi Cina dan Melayu bercampur-campur. Kalau kita hendak tahu sikap pengundi Cina... Kuala Sepetanglah tempat yang sesuai.


Adakah ini pencapaian terbaik?

Pencapaian ini bukan sahaja PAS tidak pernah dapat di kalangan masyarakat Cina, tetapi DAP juga sebelum ini hanya mendapat 80 peratus sahaja. Jadi 84 peratus ini adalah satu rekod baru.
Jadi apabila kita lihat majoriti kemenangan kita bertambah, begitu juga undi PAS. Ini memberikan satu tanda yang baik mengenai ketuanan rakyat sebagaimana yang dikatakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Di mana apabila berlakunya demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan, akhirnya rakyatlah yang membuat penentuan.
Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan satu landasan dimana rakyat telah menyatakan kematangan sikap dan kemahuan masing-masing. Walaupun institusi yang ada dalam negara tidak memihak kepada PAS misalnya SPRM, polis, istana, mahkamah... itu tidak mengapa.
Akhirnya rakyat yang membuat keputusan. Dalam amalan demokrasi ini juga memberi petanda dan harapan baru bahawa dalam pilihan raya umum ke-13 nanti kita akan meraihkan kemenangan di luar jangkaan.

Dalam siri pilihan raya kecil bermula Permatang Pauh, Kuala Terengganu, dan terkini di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, BN nampaknya sudah ditolak habis-habisan oleh rakyat. Apa yang boleh kita gambarkan keadaan BN ini?

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang akan membuat 'post-morterm' di kalangan badan bebas untuk mencari punca kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil. Saya rasa BN bukan memerlukan 'post-morterm', ini kerana 'post morterm' di Permatang Pauh belum pun keluar lagi begitu juga di Kuala Terengganu.

Apa post morterm yang mereka hendak buat?

Apa yang mereka perlukan ialah 'soul searching' bermakna mereka kena fikir balik asas BN itu sendiri. Saya melihat bahawa pada tahap sekarang ini rakyat dan pengundi tidak boleh di perbodohkan, ini bukan tahun 60an.
Tahap pendidikan dan pemikiran, jadi rakyat sudah pandai memilih. Peranan media tradisi atau yang sedia ada ini, memang tidak mampu untuk mempengaruhi sikap pengundi dalam pilihan raya.
Saya masih ingat pada tahun 1994, ketika Tuan Guru Nik Aziz dalam kempen pilihan raya kecil Lundang beliau pernah mengatakan akan tiba satu masa duit tidak lagi laku dalam pilihan raya. Itulah Tuan guru pernah mengatakan bagi duit ambil, bagi kain pakai dan bagi gula kacau. Jadi pada hari ini sudah terbukti apa yang pernah dikatakan oleh beliau dulu.
Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau ini, banyak mana BN mencurahkan duit atau bantuan tidak mempengaruhi pengundi sebagai mana berlaku di Kuala Sepetang. Sewaktu berkempen hampir tiap-tiap malam BN mengagihkan hadiah, sumbangan, bantuan duit tetapi tidak menjejaskan undi kita.
Janji BN yang hendak menyelesaikan masalah air di Kuala Sepetang, sedangkan sepenggal yang lalu BN juga yang menjadi wakil rakyat di sana bagaimana pun masalah ini tidak selesai juga. Sekarang masalah perparitan di Kuala Sepetang masih berlaku. Akhirnya rakyat naik muak dan menolak segala bentuk habuan untuk memujuk mereka menyokong BN.

Nampaknya, BN sudah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina dalam pilihan raya ini, bagaimana Dato' melihat situasi Umno sendiri pada masa akan datang berdepan dengan pilihan raya umum nanti?

Untuk masa depan Umno perlu bergantung kepada pengundi di kawasan yang mempunyai 70 peratus orang Melayu jika untuk menang. Kalau kurang daripada itu, seumpama di Bukit Gantang yang mempunyai 62 peratus pengundi Melayu ia tidak mampu untuk menang, kerana penguasaan pengundi Melayu cuma 50 peratus dan paling tinggi ialah 53 peratus, tetapi apabila masyarakat bukan Melayu tidak memberikan sokongan kepada BN maka sukar untuk BN meraih undi.
Satu tugas yang berat jika BN mahu mengambil balik undi Cina dan India. Ataupun mungkin rakyat boleh melihat sejauh mana kekuatan Perdana Menteri kita yang baru ini. Buat masa ini semakin banyak Umno bercakap semakin kuat pengundi Cina lari.
Kita lihat apa yang dikatakan oleh Dato Hishamuddin baru-baru ini, menegaskan Melayulah yang memulakan perjuangan kemerdekaan. Mereka menganggap orang di sekelilingnya tidak peka dengan apa yang beliau ucapkan sehinggakan pimpinan tertinggi MCA mempertikaikan kenyataan mereka itu.
Keris yang selalu dijulang oleh bekas ketua Pemuda Umno itu, dan berharap beliau tidak lagi menghunus keris 'telanjang' itu di khalayak ramai. Ini satu perbuatan samseng yang mana bukan sahaja masyarakat Cina tidak boleh menerima bahkan orang Melayu pun tidak boleh menerima.

Majoriti di Bukit Gantang bertambah sekali ganda. Bagaimana pun ada dakwaan undi Melayu untuk PAS merosot? Bagaimana Dato' melihat senario ini?

Saya masih hendak mempertikaikan bacaan daripada Pengarah Pilihan Raya Perak Asmuni Awi. Mungkin beliau ada kaedah pengiraan yang khusus, tetapi saya melihat tempat-tempat seumpama di Kemunting Station yang mempunyai 90 peratus undi Melayu.
Memang kita kalah di sini. Tetapi sedarkah kita dalam pilihan raya umum 2008 kita kalah majoriti 500 lebih, tapi kini kita kalah majoriti 400, jadi macam mana kita nak kata undi Melayu merosot.
Saya juga mendapati memang undi Melayu kita meningkat, walaupun kita tidak sampai 50 peratus, tetapi pengurangan majoriti itu cukup jelas. Saya melihat pengukuran undi Melayu ditempat yang mempunyai 100 peratus Melayu, manakala pengukuran undi Cina di kawasan yang mempunyai 90 peratus undi Cina. Di kalangan Cina jelas dan di kalangan Melayu pun jelas.

Dengan kemenangan selesa ini, apa yang perlu PAS lakukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti?

Untuk masa depan keputusan ini memberi suatu mesej kepada PAS dan pemimpin PAS bahawa mereka harus melipatkan ganda usaha. Kerana tidak ada parti lain yang mampu melawan Umno seumpama PAS yang mana kedua-dua parti bergerak dalam kawasan Melayu.
Apa yang diperkatakan oleh Tun Musa Hitam yang mana mengatakan Umno sedang mengalami penyakit tua yang tidak mempunyai ubat hanya menunggu mati.
Dan kita lihat daripada pengishtiharkan kabinet pun nampak cukup terang dan jelas, yang menang tidak diberikan tempat sebaliknya yang kalah diberi jawatan. Tidak tahulah tidak pasti apa hujah yang digunakan BN. Ketua pemuda pula tidak diberi tempat sebaliknya timbalan pula yang dilantik menteri. Suasana ini saya lihat ianya agak kurang sopan.

Bagaimana respons masyarakat Melayu di Bukit Gantang terhadap PAS?

Orang Melayu di Bukit Gantang seolah-olahnya terabai. Misalnya apabila petugas muslimat hadir berkempen di salah sebuah rumah pengundi Melayu, memang pada peringkat awal kurang mendapat respons tetapi semangat berkempen di kalangan jentera kita yang tidak berputus asa terus juga turun ke rumah-rumah.
Akhirnya mereka menerima petugas kita sehingga kita boleh ke dapur mereka menggoreng keropok. Ada ketua wanita yang meninggalkan program Umno kemudian hadir ke program cakna PAS malah ada yang terasa bahawa muslimat PAS mendekati dan menyantuni mereka sehingga mereka tertarik.
Maknanya jika PAS tidak sampai tahap itu boleh jadi peti undi seperti Sungai Limau, Kampung Menteri, Batang Gelugur yang mana jentera PAS sukar untuk menembusi hingga ke akar umbi.
Apabila kita hadir dengan pembantu dari luar kita diterima baik. Kita dapat meningkatkan usaha kita mendekati pengundi di peringkat akar umbi.

Dua isu yang dominan dimainkan olah BN iaitu derhaka dan Nizar boneka DAP, sejauh mana isu ini boleh mempengaruhi undi PAS?

Saya tidak fikir isu ini boleh mempengaruhi undi. Saya lihat Nizar adalah satu peluang. Bahawa orang tidak tahu ada manusia seumpama Nizar.
Orang kata kepimpinan dalam PAS seperti Allayarham Dato' Fadhil Noor, Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi, adalah ulama yang memimpin parti adalah kelebihan PAS. Apabila Nizar dalam tempoh tidak sampai setahun boleh membuktikan pengaruhnya walaupun beliau bukannya hasil daripada pondok tetapi dia menjadi satu aset kepada PAS.
Beliau ini macam 'revealation'. Pendek kata, kita tidak menyangka beliau ini bukan sahaja intan tetapi batu geliga. Sebagai Menteri Besar dan ketua Kerajaan Perak, kadang-kadang boleh menenggelamkan orang lain.
Bukan sahaja orang Cina tetapi seluruh rakyat melihat Nizar mempunyai peribadi yang baik untuk menjadi ketua kerajaan dalam masyarakat majmuk seperti di Perak.

Nik Aziz: Hanya yang layak boleh tawar diri tanding

MACHANG: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini.

Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan.

"Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding.

"Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia," katanya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini.

Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana pemimpin yang dirasakan tidak lagi diperlukan parti itu.

"Saya tak nak sebut apa-apa, nanti pengaruhi orang lain pula, biar saya senyap-senyap sudahlah. (Tetapi) kalau barang perlu diubah, ubahlah.

"Terserah kepada (anggota parti) dari peringkat cawangan untuk mengundi siapa," katanya.

Muktamar PAS dijadual diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.

Pengundi kini lebih bijak, kata Ahli Sains Politik

Keputusan tiga pilihan raya kecil semalam menunjukkan pengundi masa kini berfikiran bebas tanpa sebarang pengaruh serta pembayar cukai yang bijak, dan aliran sebegini akan terus kekal, menurut seorang pensyarah sains politik.

Prof Madya Saliha Hassan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata rumusan itu mungkin frasa yang diulangi berkali-kali sejak keputusan pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas, tetapi itulah yang gagal difahami kebanyakan pemimpin politik arus perdana.

"Sebilangan pemimpin politik arus perdana masih lagi berkempen dengan cara lama, memandang rendah, berinteraksi dengan rakyat di kawasan pilihan raya dan menganggap mereka tidak cerdik untuk memahami isu-isu.

"Tetapi mereka seharusnya menyedari hakikat bahawa kita sekarang ini mempunyai pemikiran bebas tanpa sebarang pengaruh dan pembayar cukai yang bijak sebagai pengundi, ia bukan lagi seperti dalam tahun 70-an di mana rakyat dianggap bersikap tidak peduli dan jahil," kata pensyarah pengajian sains politik dan strategik di Pusat Sejarah UKM.

Ketiga-tiga pilihan raya kecil yang diadakan serentak semalam menyaksikan status quo dikekalkan apabila Barisan Nasional mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, di Sarawak; Parti Keadilan Rakyat (PKR) kekal di DUN Bukit Selambau, Kedah dan PAS berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Ditanya sama ada perubahan kepimpinan negara memberi sebarang kesan untuk mempengaruhi pengundi, Saliha berkata ia tidak memberi kesan besar kerana pengundi meletakkan penekanan kepada ciri-ciri dan prestasi calon.

"Pada masa dulu, apabila tiba pilihan raya pemimpin politik akan melawat ke rumah-rumah pengundi dan membaca doa dan makan bersama mereka dan berfikir mereka telah melakukan peranan mereka untuk meyakinkan rakyat.

"Tetapi, pengundi hari ini lebih bijak dalam permainan politik semasa. Mereka melihat latar belakang calon, prestasi masa lalu dan membuat penilaian sendiri terhadap ciri-ciri calon berkenaan," katanya.

Saliha berkata ramai pengundi melihat tindakan kerajaan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), termasuk dua pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), sebagai "tiada apa yang perlu dihebohkan".

"Ramai rakyat Malaysia percaya mereka yang dibebaskan itu sepatutnya tidak ditahan sejak dari awal lagi, maka mereka berpendapat pembebasan mereka memang sudah sepatutnya.

"Satu perkara lagi, apa yang berlaku di peringkat pusat biasanya jarang mempunyai kesan terhadap kepercayaan dan idealisme mereka yang tinggal di luar bandar," katanya.

Mengenai kemenangan BN di Batang Ai, Saliha berkata gabungan parti pemerintah itu mempunyai formula kemenangan di Sarawak yang boleh dilaksanakan di negeri-negeri lain bagi mencontohi kejayaan di Batang Ai.

"Selagi mereka meletakkan kepentingan rakyat dalam perjuangan mereka, rakyat akan terus mengundi mereka," katanya.

Saliha berkata beliau gembira rakyat Malaysia menjadi semakin kritikal ketika memilih pemimpin mereka dan pada masa sama ahli politik seharusnya bergerak mengikut perubahan masa.

"Aliran pengundi sebegini akan berkekalan, maka kedua-dua pihak seharusnya waspada," katanya.

Sementara itu, Prof Madya Dr Azahari Ismail daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kurangnya jumlah majoriti ketara yang diperoleh pemenang menunjukkan kedua-dua pihak menghadapi kesukaran untuk menang besar.

Beliau mengakui wujud kesukaran untuk menerima hakikat bahawa pengundi Malaysia kini sudah "matang".

"Kematangan ini bermakna keupayaan untuk berfikir dengan mendalam dan rasional terhadap sesuatu isu selepas mengumpulkan segala fakta dan banyak membaca tentang sesuatu isu.

"Ada orang menyatakan pengundi-pengundi kita kini lebih matang sebagaimana pengundi di negara maju, tetapi masyarakat umum di negara berkenaan lebih celik huruf dan banyak membaca, serta terdedah kepada pendidikan politik.

Beliau berkata rakyat Malaysia masih jauh ketinggalan dalam amalan membaca dan masalah ini perlu ditangani segera.

Khairy ibarat kera sumbang



Oleh Mohd Rashidi Hassan

SEPERTI yang dijangka, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang b aru ditabalkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno 25 April lepas, tiada tempat dalam Kabinet baru pasca Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy memberikan alasan bahawa beliau diberikan task yang amat besar untuk memulihkan Pemuda Umno, sebagai justifikasi tidak tersenarai dalam 'barisan baru' Mohd Najib Tun Razak.

Pada saat ini, nasib penentangnya Mukhriz Mahathir jauh lebih baik daripada beliau. Walaupun kalah, Mukhriz dapat juga jawatan Timbalan Menteri.

Masalahnya Khairy terlupa bahawa bukan Pemuda sahaja yang tenat dan harus diperbaiki. Wanita dan Puteri Umno juga gagal berfungsi. Tetapi Ketua Wanita dan Ketua Puteri dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.

Hakikat sebenarnya, seluruh parti Umno berada dalam keadaan tenat. Jika hendak digunakan hujah Khairy, tidak perlu dilantik Menteri-Menteri dari kalangan Umno, biar semua mereka tumpu pulihkan parti.

Tetapi tradisi Umno tidak begitu. Kebanyakan mereka bertanding merebut jawatan dalam Umno, menghabiskan wang sebegitu banyak adalah kerana mereka mahukan jawatan dalam kerajaan.

Dengan kedudukan sebagai Menteri atau Timbalan Menteri, dengan menguasai senarai peruntukan melalui kementerian tertentu, atau dalam erti kata lain, orang-orang Umno-BN mempergunakan jawatan dalam kerajaan untuk survival mereka dalam parti.

Nasib yang menimpa Khairy ini, hanya menunjukkan jawatan Ketua Pemuda Umno yang direbutnya sejak sekian lama, tidak mempunyai nilai apa-apa.

Khairy, Mukhriz dan Khir Toyo berebut 'sakan' untuk mendapatkan pencalonan jawatan ketua pemuda. Berbulan-bulan ketika mesyuarat bahagian, mereka berhempas pulas dan menghabiskan tenaga dan wang untuk berkempen.

Ketiga-tiga mereka terpaksa mengharungi empat bulan yang kritikal daripada November 2008 (selepas pencalonan ditutup) sehingga Mac 2009 untuk 'maintain supporters' dari kalangan perwakilan Pemuda Umno seluruh negara.

Beratnya serangan balas yang diterima Khairy dan Khir, sehingga mereka dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno atas dakwaan mengamalkan politik wang, namun nasib baik mereka dibebaskan.

Khairy harus sedar bahawa walaupun beliau menang jawatan Ketua Pemuda, ianya bukan petanda beliau diterima oleh Umno. Dua pertiga Pemuda Umno menolaknya, tetapi hanya berpecah undi kepada Khir dan Mukhriz.

Khairy harus sedar bahawa sorakan dan 'boo' dari perwakilan Pemuda dan perwakilan Perhimpunan Agung Umno, tatkala namanya disebut sebagai Ketua Pemuda yang baru, di hadapan bapa mertuanya, yang ketika itu masih Presiden Umno, sebagai penolakan secara terang-terangan.

Kedudukan Khairy dalam Umno hanya ibarat bernafas dalam lumpur. Bukan Abdullah Badawi seorang sahaja tidak dikehendaki Umno, malah Khairy dan juak-juaknya dalam Umno dan Kabinet, tidak dikehendaki dan harus dibersihkan.

Bagi orang-orang Umno yang membenci Khairy, inilah saat yang terbaik bagi mereka untuk membalas hukuman, kerana suatu ketika mereka terpaksa tunduk kepada Khairy yang berkuasa penuh menentukan perjalanan parti dan negara.

Besarnya kuasa Abdullah sebagai Presiden Umno dan PM menyebabkan, orang-orang Umno yang berkepentingan takut dan gerun kepadanya. Selama tempoh lebih lima tahun itu juga Khairy terperangkap dalam sebuah ilusi kuasa.

Kerana menatang kuasa dalam usia muda, Khairy terlupa bahawa sokongan yang diterima selama ini hanya tipu helah dan terpaksa semata-mata. Rakan , penyokong setia, kini semuanya sudah tiada dan semakin menjauhi Khairy.

Kedudukan Khairy dalam Umno yang dilihat amat berkuasa suatu ketika, kini hanya 'melukut ditepi gantang' sahaja. Lebih hodoh lagi apabila beliau kini ibarat 'kera sumbang' dalam Umno.

Orang Umno yang membenci dan menyalahkan Khairy begitu ramai. Bilangan mereka semakin bertambah ketika Najib mula berkuasa. Lalang-lalang ini memang mudah berpaling tadah mengikut angin bertiup.

Hakikatnya, Abdullah sudah tiada. Khairy tiada 'back-up'. Penentang-penentangnya dari kalangan penyokong Mukhriz begitu ramai, menanti saat yang sesuai untuk menjatuhkannya.

Ketika Khairy menang Ketua Pemuda, mereka bergaduh dan menjerit-jerit dan memaki hamunya sebagai perasuah. Meminjam kata blogger Husin Lempoyang, gelagat mereka di PWTC tempohari, tidak ubah seperti 'siamang gagap'.

Khairy sebenarnya harus sedar bahawa masa depannya dalam Umno begitu kabur dan gelap. Khairy tidak harus menjadi seperti penglipur lara Pak Pandir dengan mengiyakan sahaja, walaupun nasibnya sentiasa dirundung malang._

Umno Pahang Yang Tidak Pernah Serik



Oleh Zukri Aksah

 Ini cerita Umno Pahang, bukan cerita pasal beberapa orang wakil rakyat mereka dari negeri ini yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno, itu semua orang dah tahu. Ini pasal anak syarikat di bawah PKNP yang diterajui oleh Adnan Yaakob. Semua orang Pahang kenal PASDEC Holdings Berhad, PASDEC ada banyak anak syarikat dan terlibat dengan banyak perniagaan, Pengerusi PASDEC adalah Adnan Yaakob

Al-kisahnya jawatan GMD (Group Managing Director - Pengarah Urusan Kumpulan) PASDEC Holdings kosong. Maka PASDEC pun buatlah “head hunter,” mencari tokoh-tokoh korporat berkelayakan bagi mengemudi konglomerat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ini. Maka dapatlah empat orang calon yang disenarai-pendekkan, siap sudah dibuat penilaian dengan markahnya sekali, ringkasnya sudah ada yang terbaik di kalangan empat orang ini yang sepatutnya dipilih!

Tup-tup dengar ceritanya dari orang dalam, sekali Adnan Yaakob telah bawa orangnya untuk dijadikan GMD PASDEC Holdings. Khabarnya orang itu adalah Khairuddin Abdul Manan, bekas calon Umno dalam Pilihanraya Umum yang lepas di DUN Kuala Semantan yang kalah dengan calon PAS, Syed Hamid Syed Mohamad.

Mengikut biodata yang dihantar, Khairuddin dikatakan seorang tokoh korporat yang berpengalaman. Lalu orang dalam PASDEC yang curiga telah membuat carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Didapati bahawa syarikat yang pernah diterajui Khairuddin ini telah bankrap, dan Khairuddin sendiri telah disenarai-hitamkan (sama ada Khairuddin telah membersihkan dirinya dari senarai hitam ini, wallahu’alam). Tetapi yang pentingnya PASDEC adalah antara anak syarikat kerajaan negeri yang terbesar, apakah perhitungan logik yang digunakan untuk menyerahkan PASDEC kepada seorang yang pernah membangkrapkan syarikat yang diterajuinya?

Itulah saya kata Umno Pahang ini tidak serik-serik. Saham Hyatt Kuantan telah dijual, PASDEC Resources hilang tanpa nisan, Samudera Riverview Hotel memburuk di tengah bandar, yang terbaru Astana Golf disita, tidak belajar lagikah mereka?

Saya tahulah Umno Pahang masih menang bergaya dalam Pilihanraya Umum yang lepas. Kalau Umno di negeri lain sudah banyak yang berjalan tunduk muka, Adnan Yaakob masih berjalan mendabik dada. Namun sampai bila kita mampu hidup menongkat langit?

Cerita pasal pekerja-pekerja Astana Golf pun ada juga lucunya. Hari ini kalau anda ingin ke Carrefour di East Coast Mall, Kuantan, di depan pintu masuknya ada sebuah kiosk menjual ais krim RM1.00 sebatang. Kiosk ini dibuka oleh PKNP bagi menempatkan bekas pekerja Astana Golf, dan mereka menerima gaji yang serupa sebagaimana mereka di Astana dahulu. Seorang pegawai ketika di Astana, maka dia dibayar RM1700 - RM1800 sebulan, seorang lagi kedi golf, dia dibayar lebih kurang RM700 sebulan. Anda bayangkan PKNP membayar RM2400 - RM2500 sebulan untuk penjual ais krim. Dengan harga RM1.00 sebatang, anda rasa bolehkah mereka menjual 2500 batang ais krim sebulan?

Anda tahu? Inilah kezaliman sebenar, bila meletak sesuatu bukan pada tempatnya. Habis kita yang berteriak KEADILAN siang-malam buat apa? Duduk diam? Saya rasa mungkin wajarlah desakan Umno Paya Besar supaya Adnan Yaakob meletak jawatan.

Abdullah PM Lemah, Najib Boneka Mahathir

Komentar Oleh IbnuSabah

"
 Dulu tika PM ke 5, Tun Abdullah Badwi diratibkan sebagai PM yang lemah, kuat tidur dan macam-macam lagi. Pada hal, sebelum menduduki kerusi PM yang liat untuk dilepaskan oleh Mamak Kutty dulu, Tun Abdullah amat harum namanya sebagai cucu Ulama, Mr. Clean, jadi Imam Solat dan indah belaka.

Kesian juga, selepas beberapa tahun menjadi PM, Tun Abdullah disuruh letak jawatan, diminta undur oleh orang UMNO sendiri. Ganjil sungguh perangai orang UMNO ni.


Tak sempat Tun Abdullah melaksanakan agenda untuk negara dan rakyat. Sedang 2010 merupakan plan peralihan telah ditetapkan.

Itulah bila prinsip parti dibelakangkan, ketaatan kepada pemimpin cuma lakonan, lantaran ramai pengikut umpama gunting dalam lipatan.

Balasan Qisas akan menimpa Najib juga. Siapa juga yang menjadi pemimpin UMNO/BN akan menerima balasan Qisas itu.

Mahathir dulu ribut sedunia suruh PM Tuanku Abdul Rahman undur, zamannya lagi dahsyat bagaimana balasan Qisas itu menimpa dirinya.

Hari ini di depan mata, Mahathir dan anaknya Mukhriz pelbagai cara suruh Tun Abdullah undur dari kerusi PM, sedang Najib sekadar bermain mata bersama Mahyuddin, Mahathir dan Mukhriz.

Bukankah itu satu konspirasi?

Nah, kini Najib sedang menunggu giliran penerima balasan Qisas itu. Pasti balasan Qisas itu akan diterima oleh setiap orang yang berniat menghina kawan, lawan dan siapa juga.

PM Baru, baru tapi sudah usang. Macam kereta Proton Perdana yang dihebohkan tentang kos pembaikpulihannya termahal diantara kereta-kereta mahal seperti Mercedes, Camry dan lain-lain lagi, penulis pun tidak faham mana jenama kereta mahal, rakyat marhaen mana tahu semua itu.
Sebab itu kena tipu selalu oleh pimpinan UMNO/BN yang suka tipu rakyat sampai 50 tahun ditipu hidup-hidup sampai pun ditipu lagi.

PM baru mahu polish dirinya seperti kereta baru. Tidak mungkin yang sudah usang bila kena polish boleh jadi baru.

Lemah-lemah Tun Abdullah, tetapi masih ada sedikit keberaniannya menyanggah Mahathir dengan menolak projek mega yang merugikan rakyat dan negara.

PM baru ke 6, dengan slogan satu Malaysia, memangpun Malaysia ni cuma satu.

Satu Malaysia, faham penulis yang tidak arif, mungkin dengan tujuan menjadikan kerajaan ini bersatu dalam segalanya dari Perlis hingga ke Sabah.

Tetapi, bila melihat kepada susunan kabinet sudah nampak tersasar dari matlamat 'Satu Malaysia'. Perlis tiada menteri dalam kabinet baru, Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy tersingkir dari kabinet Satu Malaysia, Mukhriz anak Mahathir yang kalah dalam perebutan ketua pemuda pula diangkat menjadi timbalan menteri.

Benarkah slogan Satu Malaysia tercapai

Terjawap sudah konspirasi penyingkiran Abdullah dari kerusi PM dan menantu Pak Lah tersingkir dari kabinet dapur menteri PM ke 6

Sungguh benarlah bahawa Najib sekadar boneka dan kuda tunggangan Mahathir dan Rosmah bininya



Namun, doa penulis Najib akan diberikan petunjuk, hidayah dan ilham terbaik oleh Allah, moga PM baru kita ini menjadi lebih baik daripada Mahathir, Abdullah dan rakyat akan menilai pembaharuan PM baru untuk rakyat dan negara.

Walaupun, tidak semua kita percaya kebolehan PM baru lantaran palitan imej peribadi yang dipersoalkan................

Sungguhkah PM dulu lemah, PM sekarang adalah boneka dan kuda tunggangan, mai pi mai, Abdullah lebih baik sikit, Najib lebih lemah kerana menjadi boneka dan kuda yang ditunggang?

Rakyat sendiri boleh nilai.

Kaki ampu punya penilaian tidak boleh diterima pakai.

Penilai bebas insya Allah terjumpa jawapan lebih tepat.

Sekadar komen untuk membina, mencari yang terbaik dikalangan yang baik-baik.

Kritik untuk membina satu negara Malaysia yang berdaulat, merdeka dan maju sebagai negara 'Baldatun Toiyibatun wa Rabbun Ghaffur'.

Sekian"

Andainya Usul tidak percaya pada MB jadi kenyataan

Riuh heboh diseluruh Terengganu kononya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang bermula 13.4. - 15.4 2009.

Riuh heboh ini sebenarnya bermula dari Wisma Darul Iman, bukan bermula dari Kampung Bukit Diman,Ajil, bukan pula bermula dari Tok Has Besut,tidak juga bermula dari Bukit Besi atau kg Jerung Surau Marang, tetapi ideal untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said bermula dari Wisma Darul Iman.


Ideal dan perancangan disusun rapi oleh pegawai tadbir negeri yang sudah tidak tahan dengan gelagat dan sombong gong MB dan orang kelilingnya.

Pegawai Tadbir ini telah membuat gabungan sepakatan, memerah buah fikiran dan bergabung dengan beberapa orang Adun BN, malah lebih dari itu diberitakan usaha telah dibuat untuk mendapat kerjasama dari ADUN Pas. Sejauh mana kesanggupan dan kesediaan ADUN Pas dalam kes ini tidak lah dapat dipastikan.

Perancangan ini dibuat sebegitu hampir 2 bulan, ianya agak terggendala sedikit akibat dari Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kebetulan pula selepas perhimpunan Agung Umno telah berlaku peralihan kuasa dalam struktur Kerajaan malaysia, jadi Geng Reformasi Umno Terengganu telah bersepakat untuk menghantar wakil menemui Najib Razak semasa perhimpunan Agong tersebut, namun Najib selaku Presiden Umno dan PM6, sekadar menyerahkan agar perkara ini di bincang dengan Muhyiddin Yassin Selaku Timbalan.

Kebetulan pula ketika usul ini hendak dibawa di DUN Terengganu, sepatutnya PM 6 masih di Tahiland, menghadiri sidang kemuncak Asean. Disebabkan berlaku rusuhan dan darurat di Bangkok, Persidangan tersebut dibatalkan.(Tanpa gas pemedih mata)

Pada hari ini 12 .4. 2009, empat orang Adun BN dari Terengganu telah berada di Ibu negara menemui TPM bagi membincangkan dan mendapat restu tujuan tersebut.

Siapakah pula nanti yang akan dicadangkan sebagai MB Terengganu dalam usul tersebut? Idris Jusoh rasanya tidak sama sekali selepas diberitakan nama beliau telah ditolak untuk dilantik senator dan seterusnya menteri kabinet dalam Kabinet Najib baru-baru ini.

Kalau dilihat pada kedudukan Umno Terengganu sekarang, yang paling layak dan mampu menerajui Terengganu berpandukan pengalaman mentadbir ialah Ketua Umno Marang, YB Yahya Khatib.Satu satu nya ketua bahagian di Terengganu yang menjadi Adun Terengganu ketika ini selepas Ahmad Said dan Idris Jusoh.

 Walupaun Rosol Wahid menafikan yang beliau akan membawa usul tersebut, namun yang jelasnya beliau ada bersama-sama rombongan 4 orang Umno/BN Terengganu yang menemui Muhyiddin Yasin.

Sumber dari Wisma Darul Iman menyebut bahawa kemungkinan besar usul ini akan dibawa oleh Bukit Besi, kesahihannya tidak lah dapat dipastikan.

Sementara itu seandainya usul ini dibawa, Ahmad Said telah merancang  dengan beberapa Adun yang menyebelahinya agar membawa usul pembubaran DUN Terengganu.Disinilah dilihat undi dari ADUN Pas akan menjadi penentu dan dirasakan PAS lebih bersedia menyokong usul pembubaran DUN berpandukan saranan ADUN PAS Batu Buruk YB Dr Syed Azman supaya Ahmad Said mengambil langkah membubarkan Dun.

Apa pun sama-sama lah kita tunggu isnin, selasa dan rabu.

- Kesempatan ini diucapkan jutaan tahniah kepada beberapa Pegawai tadbir Negeri yang sanggup menungkah arus menentang ketidak telusan Ahmad Said dalam pentadbiran Negeri."

Sunday, April 12, 2009

Pakatan Rakyat, Jangan Besar Kepala?

Najib Razak telah selamat ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-enam. Khairy Jamaluddin pula telah berjaya menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO. Muhyiddin Yassin pula nampaknya telah berjaya pula meletakkan dirinya pada kedudukan “kerusi beracun” Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pakatan Rakyat (PR) pula telah berjaya memenangi hati pengundi pada pilihanraya kecil dua bukit (Bukit Selambau dan Bukit Gantang). Barisan Nasional (BN) pula cuma dapat menang dikawasan yang sememangnya kubu kuat mereka iaitu di Batang Ai.

Persoalannya sekarang ini, rata-rata maklumat yang saya terima dari rakyat marhaen adalah;

1. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang terlebih lagak sehinggakan susah untuk dilihat hampir dengan rakyat.
2. Sikap sesetengah pimpinan parti (PR dan BN) yang cuma mengambil berat itu masyarakat hanya sewaktu musim pilihanraya
3. Sikap besar kepala pimpinan parti (PR dan BN) yang semakin menonjol, walaupun telah dinasihatkan beberapa kali.
4. Sikap bermuka-muka pimpinan parti (PR dan BN) yang dilihat tidak konsisten dengan perjuangan parti.

Kepimpinan Barisan Nasional sememangnya terkenal dengan sikap pekak dan buta terhadap masalah yang menimpa rakyat marhaen walaupun BN telah berkuasa lebih dari 50 tahun. Sikap ini tidak dapat dihakis sama sekali kerana mereka (pimpinan BN) merasakan bahawa mereka adalah sama taraf atau lebih berbanding dengan Sultan atau Raja. Sebab itulah mereka terkenal membelakangkan aspirasi rakyat marhaen apabila mereka berada dipuncak kuasa. Tidak pelik sekiranya anda boleh melihat ramai pimpinan BN yang bersikap sedemikian.

Kini penyakit yang sama juga telah merebak dan menjangkiti ramai dikalangan pimpinan parti (Pakatan Rakyat) sehinggakan ianya boleh dilihat dengan ketara selepas kemenangan besar pada Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Penyakit kronik ini pada awalnya menjangkiti Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini telah merebak dengan teruknya kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS). Walaupun begitu penyakit ini nampaknya kurang berjaya menjangkiti pimpinan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Ketika penyakit besar kepala ini menghinggapi pimpinan Parti Keadilan Rakyat, kita semua masih tidak ambil kisah perkara ini kerana pada anggapan umumnya, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya tidak pernah dapat membuang imej UMNO/BN yang telah lama mereka sarungkan, sebelum mereka menyertai PKR. Tapi bila penyakit besar kepala ini berlaku didalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), maka ramailah rakyat marhaen yang agak terkejut dan musykil termasuklah saya sendiri.

Saya dapati beberapa pimpinan utama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah teruk dijangkiti oleh penyakit besar kepala ini sehinggakan semua keputusan yang dibuat oleh mereka ini langsung tidak boleh dipertikaikan. Malah pimpinan ini nampaknya telah menjauhkan diri mereka daripada rakyat marhen dan amat suka dianggap sebagai orang besar (tidak berusaha untuk menunjukkan imej merendah diri).

Malah orang-orang yang dahulunya masuk menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) seawal 1999 telah menunjukkan taring mereka yang selama ini disimpan dengan baik. Kemasukan mereka kedalam PAS tidak dapat ditentukan dasarnya, namun setelah mendapat kuasa dan sebagainya mereka nampaknya menjadi lupa diri dan berasa besar kepala.

Jika ianya berterusan, tidak mustahil rakyat marhaen akan mengambil tindakan drastik untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Kepada ahli mana-mana parti didalam Pakatan Rakyat, saya nasihatkan anda supaya mencantas “dedalu” dan “kanser” ini sebelum ianya merebak dan seterusnya akan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar. Pimpinan yang berpenyakit ini perlulah disingkirkan demi untuk kelangsungan Pakatan Rakyat.

Akhir kata, sekalung tahniah kepada Ir Nizar kerana berjaya di Bukit Gantang. Peringatan dari saya ialah supaya Ir Nizar tidak besar kepala. Jika anda besar kepala, pastinya saya akan menentang anda sehabis mungkin.

Ingat, Rakyat Adalah Hakim.

Nizar bukan menghadap, dijemput Sultan Perak


PETALING JAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas.

Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.

Dakwa wujud krisis, PAS gesa MB Terengganu bubar DUN

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digesa supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri untuk mengelakkan kebuntuan seperti yang berlaku di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok dari PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, Ahmad perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan krisis yang wujud antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dengan membubarkan DUN bermula esok.

Jelas beliau Menteri Besar itu perlu bertindak bagi mengelakkan daripada berlakunya krisis perlembagaan berikutan sokongan yang semakin menurun terhadapnya oleh ADUN BN sendiri.

Syed Azman berkata demikian bagi mengulas spekulasi yang disebarkan bahawa ADUN BN akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad pada persidangan DUN yang akan bermula esok.

Persidangan DUN Terengganu mulai esok sehingga Rabu ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Sabtu lalu Ahmad mengingatkan kepada mana-mana wakil rakyat BN yang cuba untuk membawa usul sedemikian bakal berhadapan dengan tindakan disiplin termasuk akan dipecat.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu menyifatkan usul sedemikian boleh menjejaskan kepimpinan BN di peringkat negeri.

Syed Azman bagaimanapun beranggapan bahawa keadaan ini mencerminkan kepimpinan Ahmad selaku Menteri Besar bukan sahaja tidak disukai oleh barisan pembangkang di negeri itu malah oleh barisan kepimpinannya sendiri.

Tambah Syed Azman, oleh yang demikian Ahmad perlu menerima hasrat yang disampaikan oleh wakil rakyat BN dengan membubarkan DUN.

Difahamkan juga empat wakil rakyat BN hari ini pergi ke Kuala Lumpur untuk menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka.

Namun usaha untuk menghubungi keempat-empat mereka gagal.

UMNO Tolak ISLAM, Tak Salah?




Oleh Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.

Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar.


Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada sebab ia tidak dialu-alukan. Jika dalam zaman awal Islampun, Abu Lahab yang bukan Islam itupun diizin membaca dan memahami surah Al-Lahab yang mencela beliau, maka apa pilihan kita untuk menutup hak bukan Islam untuk mendekati, membaca dan cuba memahami al-Quran ?

Isu ini bermula sebaik saja pemimpin Umno mencetuskan keresahan demi meraih perhatian untuk mendapatkan populariti dan simpati ke atas partinya yang semakin dibenci orang. Saya diberi faham bahawa isu asal hanyalah kecil. Isu yang berbangkit ialah nama surah sahaja yang disebut salah tetapi ayat yang dikutip dan diterjemahan adalah betul.

Bacaannya masih OK; cuma intonasi dan sebutannya saja yang sedikit tersalah. Tetapi, taklah pula bacaannya itu sebaik seorang qari musabaqoh atau tilawah. Hatta, ada juga orang Islam baka, yang sudah lama Islamnya sekalipun; masih tidak sempurna dari segi tertib dan tartil, dari segi sebutan dan tajwid serta lafaz panjangpendeknya.

Apa yang saya nampak, YB. berkenaan tidak mentafsir. Dia cuma membaca terjemahan "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan". Dia terjemah perkataan “ehsan” sebagai 'belas kasihan'. Itu saja.

Dalam Islam, ada satu perkara yang disebut “ Li iilaafi-quraisy “ seperti yang terkandung didalam surah Quraisy ayat 1. Maksud bergerak dari kalimat ini saya ertikan sebagai “menjinak atau menjinakkan.” Menjinakkan siapa, jika tidak orang-orang yang belum Islam kepada Islam? Disini, apa salah orang Cina jika dia baca Quran dengan tujuan untuk berjinak-jinak dengan Islam? Jika katakan tersalah(katakan), maka dengan lemah lembut dibetulkan. Tak berbangkit sama sekali soal keperluan lapuran Polis oleh sesiapa. Pada saya, ini percubaan menutup ruang dan menyekat langsung laluan non-Muslim mendekati Islam seperti yang pernah dilakukan oleh sebahagian dari penguasa masjid di tempat-tempat tertentu yang menghalang orang non Islam dari memasuki masjid. Sedangkan dalam surah ‘Abasa, jelas yang Nabi SAW menerima, menegur dan membimbing orang Islam dan non Islam didalam masjid.

Berbalik kepada isu, jika orang Cina baca salah, maka apa jaminan yang orang Melayu yang kebanyakannya datang dari jenis Islam baka inipun turut tidak salah ? Hal ini boleh disahkan oleh guru-guru tajwid seluruh negara pada bila-bila masa. Ambil saja surah al-Fatihah yang menjadi ummul kitab.Saya tidak suka mencabar tetapi saya hampir pasti akan kekurangan yang juga turut melanda orang Melayu yang diperanakkan dalam suasana Islam sepenuhnya ini.satu lagi ialah apa gunanya Quran jika tidak untuk dibaca?Bagaimana orang bukan Islam mahu memahami jika diharamkan mereka dari bertatih membaca al-Quran. Ini permulaan.Kita kena faham. Hatta, Saidina Umar sendiri diwaktu belum Islam(kufur) sekalipun direkodkan pernah merampas sesuatu dari tangan adik beliau. Beliau lalu mendapati bahawa ia satu tulisan dari Surah Toha lalu beliau membacanya dalam keadaan genggam dan lepas. Sebenarnya kufur zaman dulu adalah orang Cina atau Indialah di zaman sekarang. Sepatutnya, kita berbangga apabila orang bukan Islam boleh memetik dan cuba-cuba membaca ayat dari kitab suci kita.

Salah satu punca kelemahan dalam menguasai ilmu pembacaan al-Quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. Ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin Umno akibat dari “dasar anti- jawi” mereka yang amat dungu? Pemimpin Umno yang sebelum inilah? Dalam keadaan pemimpin Umno yang meninggalkan Quran dan telah membunuh tulisan jawi itu, tiba-tiba, apabila ada pemimpin Cina membaca Quran dalam pelat yang dipandang salah, pemimpin Umno sibuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Disini soalan pertama saya, mana lebih besar dosanya, menolak Quran dan mengherdik hukum Islam dengan dosa cuba membaca al-Quran? Soalan kedua saya, apa kata, jika dalam satu masa terdekat, ada pihak yang dapat buktikan yang ada juga pemimpin Melayu dari Umno yang membaca Quran dengan salah? Mahu atau wajarkah mereka dimalukan dengan dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka?

Saya perlu ingatkan di sini bahawa kita sedang hidup di zaman IT. Ingatlah bahawa bukti cukup mudah untuk dicari. Saya pernah tengok keajaiban teknologi internet yang ditunjukkan oleh kawan-kawan dan anak cucu saya. Di sana ada kamera digital, adanya “youtube”, ada 3G, ada pen drive, CD, email dan pelbagai lagi rangkaian produk rakaman yang cukup sofistikated.

Dalam hal begini saya lebih gemar kita semua melakukan muhasabah. Jika takdirnyalah, rakan-rakan kita dari yang “belum Islam” ini ada kekurangan dari segi sebutan ayat-ayat Quran, kenapa kita tidak berfikir untuk adakan kelas-kelas asas pengenalan ilmu al-Quran kepada non Islam? Dalam hal ini, gunakanlah semua rangkaian radio dan telivisyen kita untuk mengadakan slot-slot rancangan berupa kelas “mesra al-Quran” seperti yang ada dalam rancangan “learn a word a day” atau belajarlah satu perkataan satu hari . Mungkin juga ia boleh disusuli dengan kelas-kelas malam percuma di semua masjid dan surau. Mungkin juga, kelas-kelas tuisyen malam disekolah-sekolah boleh juga diatur seperti sistem sekolah dewasa di awal tahun 60 han. Atau , kita ada IKIM, JAKIM, YADIM, dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap Negeri. Saya percaya, kita boleh melakukan sesuatu ;mengambil kesempatan dan menafaat dari trend keghairahan baru yang sihat ini demi membangun bersama Islam dan mendekatkan non Islam kepada Islam.

Di sini, tidak bolehkah kita sama-sama cuba berfikir dalam kerangka pemikiran sebuah kerajaan. Janganlah terlalu mahu berpolitik secara berparti dalam serba-serbi sehingga segenap perkara hendak dipolitik mengikut syak wasangka kepartian. Sikit-sikit menuntut maaf.Ini seperti yang didesak oleh Naib Ketua Bahagian Hulu Terengganu misalnya dalam akhbar semalam bertarikh 7 April 2009. Sikit-sikit lapuran polis. Sikit-sikit ini perkara perkauman, menghasut, sensitif dan boleh menimbulkan pecah belah. Jika kita tidak sensitifkan isu ini maka tidak sensitif lah ia. Perkara ini bukannya susah sangat tetapi sengaja nak dikeliru dan nak disusah-susahkan. Mungkin dalam kekeliruan dan kemarahan yang sengaja di api-apikan itulah Umno mengharapkan dirinya dijulang. Sekarang, orang sudah ramai yang cerdik. Ini khususnya dikalangan orang-orang muda. Mereka biasanya lebih cepat menghidu dan dapat membezakan terus antara durian dengan tempoyak.

Sebagai penutup, mari kita mendalami keluhan dukacita YB. Nga di atas pendirian terbaru Umno ini. Kata beliau, “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.” Pendek kata, pelik sungguh Umno ini. Dia tolak Islam tak salah. Orang Tionghua nak dekati Islam melalui bacaan al-Quran di kira salah ?

Sejak kalah di kedua bukit, Umno ini, betul-betul sudah menjadi sebuah parti yang meracau. Tidak cukup dengan seribu satu masalah di kedua tangan, dia masih menimbulkan masalah. Kehadirannya cukup menimbulkan serba salah. Ajaran yang dibawanya semakin sehari semakin salah.

Razaleigh tidak keluar Umno, sedia bantu bentuk kerajaan perpaduan

Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, beliau tiada sebarang hasrat untuk keluar Umno buat masa sekarang, sebaliknya bersedia untuk membantu usaha pembentukan kerajaan perpaduan jika diperlukan.

"Saya tidak akan keluar Umno buat sekarang," kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu, yang beberapa kali pada sidang media sebentar tadi, menekankan yang beliau adalah penyokong Umno.

Ketika ditanya mengapa beliau berkata "tidak buat masa sekarang", bekas Naib Presiden Umno itu menjelaskan, tidak tahu apa akan berlaku esok.

Desas-desus muncul semula sejak minggu lalu bahawa Razaleigh yang pernah menubuhkan Parti Semangat 46 selepas keluar Umno dua dekad lalu akan menyerai Partik Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau kembali ke Umno tahun 1995.

Desas-desus sedemikian pernah muncul tahun lalu tetapi telah dinafikan oleh bekas Menteri Kewangan itu.

Mengenai idea kerajaan perpaduan yang pernah diutarakan oleh beliau tahun lalu dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, beliau bersedia untuk memainkan peranan jika dikehendaki.

"Kalau saya dikehendaki, saya bersedia untuk membantu... saya bersedia untuk itu," kata Razaleigh yang awalnya berkata, "beliau tidak penting" dan ada pemimpin-pemimpin lain yang boleh memainkan peranan ke arah itu.

Bagaimanpun beliau juga menekankan bahawa pembentukan kerajaan perpaduan adalah penting bagi negara ketika ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalaman dan luaran seperti krisis ekonomi global.

Langkah sedemikian pernah diambil oleh bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak sehingga membawa kepada pembentukan Barisan Nasional (BN) pada 1974.

Ketika ditanya sama ada Perdana Menteri baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak perlu mengorak langkah ke arah kerajaan perpaduan, Razaleigh memberitahu:

"Saya rasakan beliau (Najib) harus ambil langkah itu."

Katanya, PAS telah memberikan respons dengan baik berhubung idea tersebut.

Najib, anak Tun Razak, dilantik menjadi Perdana Menteri yang keenam pada 3 April lalu.

Najib ketika menyampaikan ucapan penerimaan jawatan Presiden Umno dan dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri ada menyentuh keperluan semua pihak termasuk parti politik bekerjasama ke arah pembangunan negara dalam keadaan yang mencabar ini.

Pandangan yang sama turut disentuh ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di Parlimen bulan lalu.

Razaleigh turut menyentuh tentang kegagalan BN mendapatkan balik dua kerusi iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil minggu lalu.

BN hanya mempertahankan kerusi DUN Batang Ai.

Tegas beliau, BN pernah kalah dalam pilihan raya kecil tetapi tidak seperti yang disaksikan sejak Ogos 2008.

Oleh itu, segala sumber perlu digandingkan untuk mendapatkan balik sokongan rakyat, jika tidak dalam tiga atau empat tahun akan mengalami situasi buruk.

Ketika ditanya sama ada Najib perlu menjalankan pembaharuan, Razaleigh berkata: "Ya, ya."

Pas diminta tolak gaya elit

Semua pemimpin Pemuda Pas di setiap peringkat hari ini diingatkan supaya tidak mengamalkan gaya hidup elit kerana dikhuatiri mampu menghakis sokongan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata, mereka harus sedar gaya hidup elit langsung tidak memberi faedah malah jika dibiarkan ia akan memberi kesan buruk kepada parti.

Beliau berkata, kekuatan Pas pada masa ini adalah hasil daripada sokongan rakyat, justeru semua pihak harus bertanggungjawab memelihara mandat tersebut.

“Saya sebenarnya khuatir dalam keadaan Pas semakin mendapat sokongan ada di antara kita terdorong hidup ke arah itu. Saya tidak mahu perkara ini berlaku dalam perjuangan kita.

“Berjuanglah seperti mana sekarang. Saya gembira melihat pemimpin-pemimpin kita sanggup berkongsi kesusahan bersama rakyat. Inilah sepatutnya kita lakukan kerana perjuangan kita adalah untuk rakyat,’’ katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat di Markas Tarbiyyah Pas di Taman Melewar dekat sini hari ini.

Search This Blog